Sunday, 8 February 2015

Mudah-Mudahan Anwar Dipenjara...


Tanggal 10 Februari 2015 hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Tarikh itu begitu ditunggu-tunggu untuk melihat sama ada Anwar Ibrahim akan bebas atau didapati bersalah.

Jika bebas, ia adalah peluang terakhirnya untuk berjuang menawan Putrajaya bersama PR dengan imejnya yang sudah dibersihkan tetapi jika didapati bersalah pula, beliau mungkin menghuni penjara sekali lagi.

Bedasarkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara keatas Anwar, jika bersalah, ada kemungkinan hukuman itu akan dikekalkan tetapi ramai juga menjangka lebih berat daripada itu.

Sejak Anwar dipecat daripada kerajaan pada 1998 dan menggerakkan kekuatan pembangkang, isu yang paling utama ialah mengajak rakyat melakukan reformasi dan perubahan.

Jika dilihat apa yang berlaku hari ini, hasrat kepada perubahan itu sudah meresap ke dalam jiwa dan keinginan majoriti rakyat. Hampir semua kelompok masyarakat bercakap tentang perubahan dan yakin dengan adanya perubahan saja negara ini menjadi lebih baik, perangai pemimpin lebih baik dan kekayaan negara diurus dengan lebih baik.

Tidak cukup dengan rakyat biasa, pengundi atas pagar dan penyokong PR yang mahukan perubahan, ahli dan penyokong UMNO juga semakin ramai yang "letih" dengan kerajaan yang ada.

Dalam PRU 13 lalu, memang rakyat telah menunjukkan keinginan untuk berubah. 52 peratus yang menolak kerajaan adalah bukti ke arah itu tetapi BN kekal memerintah hanya kerana sistem pilihanraya yang digunakan dan pecahan kawasan Parlimen yang tidak seimbang.

Menjelang detik 10 Februari dan berhadapan dengan PRU 14 akan datang, isu perubahan sekali lagi menjadi bualan. Ada yang percaya dengan  memenjarakan Anwar menjadikan peluang BN lebih cerah untuk mengekalkan kuasa.

PR dikatakan akan pecah dan tiada lagi lagi pemimpin yang boleh menyatukannya sebagai Anwar berjaya melakukannya selama ini.

Tetapi pemenjaraan Anwar juga menjadikan simpati rakyat lebih tinggi dan perbualan mengenai hukuman itu dan sistem kehakiman tidak terhenti sampai bila-bila. Ia mungkin sama seperti rakyat terus bercakap tentang motif pembunuhan dalam kes Altantuya walaupun mahkamah paling tinggi telah memutuskan Azilah Hadri dan Sirul Azhar bersalah.

Dalam masa yang sama, jika sudah dipenjara juga akan menjadikan UMNO dan BN tidak boleh lagi mempergunakan kelibat Anwar untuk menakut-nakutkan rakyat seperti menggambarkan beliau sebagai ejen Amerika, ejen Yahudi, pejuang plural dan sama rata dalam agama, pro Cina, alat DAP dan pelbagai kaitan yang lain.

Cabaran pertama yang bakal dihadapi oleh UMNO dan BN jika Anwar dipenjara ialah pilihanraya kecil Permatang Pauh serta perbualan antarabangsa mengenai hukuman yang diterimanya. Kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang dihantar ke penjara juga boleh mengundang persepsi negatif seantero dunia mengenai sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi.

Oleh itu, ada juga yang berpendapat, lebih baik Anwar dibebaskan kerana selain isu mengenai dirinya boleh terus didendangkan, perbualan rakyat mengenai ketidakadilan kerajaan dan sistem kehakiman yang didakwa tempang juga dapat dihentikan.

Selain itu, sejarah juga sudah membuktikan bahawa Anwar seharusnya dihadapi secara politik  serta berdepan dan bukannya dengan penggunaan undang-undang atau kehakiman sebagai alatnya.

Apa yang berlaku dalam konteks kebangkitan rakyat hari ini sebahagian besarnya ialah kerana simpati dan penolakan terhadap undang-undang dan kehakiman yang ditekan secara berlebih-lebihan keatas Ketua Pembangkang itu.

Anwar sendiri, walaupun tidak suka dan cuba mengelak untuk ke penjara sekali lagi, lebih-lebih lagi dalam usianya yang semakin tua ketika ini, tetapi tetap realistik dalam konteks perubahan rakyat jika Penjara Sungai Buloh atau Penjara Kajang bakal menjadi kediamannya sekali lagi.

Menurut Anwar, di sebalik pelbagai masalah yang berlaku dalam dalam PR ketika ini, sokongan undi popular 52 peratus itu kekal menjadi milik mereka.

Dengan yakin juga beliau berkata, tentunya berdasarkan simpati yang lebih tinggi, kebangkitan rakyat dan penolakan terhadap penggunaan undang-undang dan kehakiman yang didakwa tidak adil - sokongan undi popular akan meningkat kepada 60 peratus jika takdirnya ke penjara lagi pada 10 Februari ini.

Seiring dengan keinginan rakyat kepada perubahan, penolakan terhadap UMNO dan BN serta kepimpinan Najib Razak yang sudah seperti "lemak tepu" dan tidak mungkin boleh berubah lagi walau sudah kerap dikritik dan ditegur, pemenjaraan Anwar sebenarnya amat baik sekali untuk rakyat.

Hanya dengan keputusan penjara pada 10 Februari ini, kalau boleh lebih berat daripada hukumah lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini, satu-satunya pemangkin yang boleh meletuskan lagi perubahan.

Berbanding Anwar yang lepas bebas, perubahan yang boleh membawa natijah kebaikan kepada rakyat sebenarnya jauh lebih utama dan diharap-harapkan oleh sesiapa saja.

Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa semoga Anwar tetap ke penjara kerana itulah yang sebenarnya terbaik buat kita semua. (SH 08/02/2015)

16 comments:

  1. Tiga hakim mahkamah Rayuan yg mendapati Anwar bersalah atas dakwaan reka cipta tu tidak akan selamat didunia dan diakhirat. InshaAllah dan ameen.

    Saya rasa bagitu juga dengan Hakim2 Mahkamah Persekutuan kelak sekiranya mereka membuat keputusan berdasarkan kepentingan politik.

    Doa orang2 yg teraniaya selalunya dimakbulkan. Apa yg terjadi kpd
    bekas peguam Negara Mohtar Abdullah, Hakim Arifin Jaka dll dlm sodomy 1 patut jadi ikhtibar.
    Bagitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana iklan ramalan nombor ekor boleh terlepas ke sini Tuan Budin??? MBAH Kaboireng ni nak kena liwat ni.......

      Delete
  2. dibebas atau dipenjara....kesannya tetap buruk kepada BN

    >>. Air Mata Buaya page fb

    ReplyDelete
  3. Tuan,

    Apakah perlu kita berdoa untuk penderitaan orang lain semata mata kerana mengharapkan kebahagiaan dan perubahan esok hari? Apa tah lagi seorang itu telah meniti usia senja dan telah bertahun tahun menjadi mangsa ketidakadilan?. Apakah tidak ada doa lain yang layak dan sesuai untuk kita terus maju dan mencapai cita cita tanpa perlu mengorbankan sosok tubuh seseorang yang kita sedia ketahui betapa banyak sudah pengorbanan beliau?. Tidak kah kita terfikir tentang perasaan isterinya, anak anaknya, saudara mara serta para sahabat yang begitu menyayanginya sedang kan kita tahu dia sudah banyak berkorban untuk negara ini serta rakyat agar mereka sedar dan sentiasa peka tentang kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku didepan mata?. Kita perlu doakan yang terbaik untuk beliau dan juga terbaik untuk kita yang cintakan keamanan, keadilan dan kesejahteraan. Jangan kita meletak 100% kesukaran dan kesengsaraan itu ke atas bahu beliau walhal diri kita adalah satu dari jutaan warga di Malaysia ini yang perlu ikut bertindak dan melakukan sesuatu yang lebih efektif kalau pun tidak dapat menjadi seperti beliau 100%. Marilah kita berdoa agar Allah merancang dan melakukan yang terbaik buat beliau dan buat kita semua selagi kita ikhlas berjuang menegakkan kebenaran. Insyallah Maha Suci Pencita Alam Semesta ini akan bersama kita jua akhirnya selagi kita berada di jalan Nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan 1057.. bahasa En Budin ini sarcastic. Jika tuan berasa susah nak hadam, sila hantuk kepala di dinding sebanyak 3 kali. Kemudian tuan baca kembali.

      Nabi berpolitik pun tak selurus bendul macam tuan. Adakala kebun kurma Yahudi pun dibakarnya. Ini taktik politik berperang..sedangkan dalam taktik dan adab berperang, kita dilarang berbuat begini. Ada mesej tuan tak dapat nak sambungkan lagi sel sel otak tuan. Saranan saya dengan menghantuk kepala ke dinding begini, insyaAllah itu ubatnya untuk orang yg sel2 otaknya lambat bersambung.

      Delete
  4. TUSN SH....HARAP DAPAT BRRKONGSI INFO2 BILA DAH JUMPA RAZAK BAGINDA....

    ReplyDelete
  5. masuk ka tidak ka itu bukan masalah
    yang penting semangat terus kuat untuk melawan apa jua kedzoliman
    2 dari setiap 3 hakim ke neraka ingat pesanan Nabi

    ReplyDelete
  6. Ya.. tanpa Anwar Ibrahim, jangan anda berani sembang sombong dan bongkak la yg parti pembangkang mampu memberi saingan kpd BN.

    Mmg Anwar bukan nabi yg ada mukjizat. Betul Anwar tu bukan tuhan. Dengan berbekalkan kudrat manusia biasa, beliau mampu kumpulkan 2 parti politik yg berbeza idea dgn begitu ampuh bergabung. Hinggakan menjadi pembangkang yg digeruni BN. Tak terbayang kegelisahan BN yg terpaksa merekayasakan kes2 berat di mahkamah demi memburukkan nama Anwar. BN juga sanggup dipandang hina seperti babi demi membunuh karier Anwar.

    Hanya melayu sombong saja masih menidakkan karisma Anwar yg dipinjamkan untuk kita oleh Allah untuk meruntuhkan BN jika diizinkanNya. Atas nama Islam, rakyat pembangkang masih belum utuk merobakkan BN. Atas nama kezaliman keatas manusia selain Anwar, walaupun dibunuh beratus2 jiwa spt di Memali, di Bukit Pelanduk, didalam lokap..namun tak kemana rakyat bangun bersuara. Tetapi atas kudrat dan suara Anwar sebagai manusia yg lemah, rakyat mampu mengorak langkah menobrok BN dan melondeh keburukan dan kebobrokan pemimpin2nya saban hari.

    Bukan kita menidakkan Islam sbg agama penting dlm semua amalan kita. Bukan kita menyanjung bangsa untuk melawan kezaliman dan pembohongan. Bukan kita mengangkat Anwar sebagai nabi atau bermukjizat. Namun kalau bukan kerana kehendak Allah melalui karisma Anwar, mampukah rakyat bangun melawan sehingga mencapai tahap sekarang? Teruskan melawan. Selagi Anwar hidup, kita gunakan karisma namanya untuk melawan. Buat masa sekarang, karisma ampuh yang lain belum mampu menobrok benteng BN hingga runtuh majoriti 2/3. Tanpa karisma Anwar yg masih hidup ini, mampukah rakyat bangkit melawan BN?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan pendapat tuan

      Delete
  7. Kalau pejuang kental seperti Anwar tidak dibela rakyat, aku bimbang tidak ada lagi manusia kemudiannya berani tegak dan bangun menentang pemerintahan toghut dan zalim. Tidak ada sesiapa lagi nanti berani perjuangkan kebenaran kerana mereka tahu rakyat Malaysia ini tidak akan mempertahankan mereka sekali pun mereka dipihak yang benar. Jika jasa Anwar cuma dipandang sebelah mata, maka tidak mustahil manusia pejuang seperti Anwar ini akan muncul lagi di negara bernama Malaysia ini disebabkan kedunguan dan kurangnya sensitivit rakyat tentang konsep keadilan dan kebenaran. Siapa yang lebih berani berada di barisan depan menentang kebobrokan pemerintah kalau bukan Anwar selama ini?.

    Teringat aku kisah seorang yang bertaraf ustaz dan amat dikenali ramai kerana menjadi antara pendokong parti Islam di utara tanah air. Semasa demontrasi petani berkaitan harga dan subsidi padi di negeri berkenaan, ustaz dan haji ini antara yang ditangkap dan dihumban ke lokap. Orang kenali beliau sebagai seorang yang kuat beragama. Namun selepas dibebaskan dari tahanan, pejuang ini tidak lagi segarang dulu dan tidak kerap lagi bersama rakyat meneruskan perjuangan. Itu kes tahanan tidak pun sampai setahun, sudah mampu mengubah dan melemahkan tokoh yang dikira kuat beribadah ini dari meneruskan perjuangan. Kita boleh bandingkan tokoh ini dengan Anwar Ibrahim yang telah berkali kali dipenjarakan dan ditahan. Tanpa dikenali imej sebagai seorang ustaz, berlebai, berserban...ternyata Anwar lebih tabah dan kuat semangat juangnya berbanding mereka yang dikatogerikan sebagai ustaz atau guru agama sendiri. Sepatutnya perkara yang sebaliknya harus berlaku bukan?. Jadi jangan mudah kita tertipu dengan pandangan zahir semata mata untuk menilai seseorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Hadi atau MB Kelantan skrg dilokapkan sebulan oleh UMNO BN, boleh tahan ke macam Mat Sabu, Guan Eng dan Anwar tu?. Tapi UMNO BN taka akan berani tahan dia orang tu. Satu adalah kerana UMNO BN risau mereka ni tak tahan pressure yg boleh sebabkan heart attack dlm penjara. Keduanya kerana pejuang macam tu tidak menggugat kedudukan UMNO BN sebagaimana Anwar, Guan Eng dan Mat Sabu. Cukup dengan gempar dan ugut saja dah boleh kecutkan telur orang begitu.

      Delete
    2. Kalo dah tahap tayang telor dekat org mana nak rasa apa dah..

      Delete
    3. Anonymous9 February 2015 at 13:15,

      Ko ada tengok ke orang tu tayang telor kat orang?. Ko ada gambar ke? Boleh buktikan? Atau ko memang ambil gambor telor ko sendiri nak jadikan bukti?. Berani..tunjukkan!. Kalo cakap jo tanpa bukti..sah akal ko memang bodoh macam telor.

      Delete
    4. Haji Hadi? Alamak.

      Lain kali sajalah. Hari ni separuh hari, besok holiday. Bila2 pun boleh blah laaa...Mamat biol cenggini pun masih ada orang bergantung harap nak lawan di medaln politik.. WTFFFF...[baca dalam keadaan bergema ala suara Ibrahim Pendek menang judi dlm filem Ali Baba]

      Delete
  8. NAK BURUKAN UMNO SUPAYA DPERINTAH KAFIR DAP ..?
    jangan makan Hasutan nanti melayu juga yg rugi..

    ReplyDelete