Friday, 6 February 2015

Dulu Kena Tegur Dengan Harussani, Kini Dr Asri Pula...


Kehadiran Perdana Menteri di perayaan Thaipusam sekali lagi mengundang kritikan ulama. Kali ini Mufti Perlis yang baru dilantik, Dr Asri Zainal Abidin membuktikan sikap berani menegurnya kekal seperti biasa walaupun sudah berada dalam kerajaan.

Hanya beberapa hari selepas dilantik bagi kali kedua sebagai Mufti Perlis, beliau menegur kehadiran Najib di Batu Caves untuk perayaan Thaipusam baru-baru ini yang turut menyertai acara keagamaannya.

Kata beliau, "Najib boleh datang dengan memakai sut. Tidak salah berpakaian demikian. Yang penting Najib meraikan program keagamaan penganut Hindu kerana beliau Perdana Menteri dan  menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia."

Bagaimanapun, tambahnya, penasihat Najib perlu memaklumkan kepada penganjur agar tidak menghadiahkan kalungan bunga atau meminta Perdana Menteri memakai pakaian seperti orang Hindu ketika menyambut perayaan itu.

Menurut Dr Asri, orang Islam boleh hadir di upacara keagamaan agama lain tetapi dilarang turut serta atau mengambil bahagian dengannya.

Sejak beberapa tahun lalu, setiap kali perayaan Thaipusam, Najib pasti menjadi kritikan ulama dan orang Islam berikutan kehadirannya ke Batu Caves. Berbanding tahun-tahun sebelumnya, kali ini Najib hadir bersama isterinya Rosmah Mansor meraikan Thaipusam. Sudah beberapa kali, beliau hadir bukan saja untuk meraikan perayaan Thaipusam, bahkan berpakaian seperti mereka.

Dua tahun lalu, Mufti Perak, Harussani Zakaria turut menegur Najib kerana perkara yang sama. Malah, beliau menyifatkan kehadiran Najib di perayaan Thaipusam dengan pakaian mirip penganut agama Hindu sebagai telah "menggadai akidah".

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun, namun Perdana Menteri seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dah akidah.

"Ini perbuatan syirik, saya tak tahu mengapa jadi macam ni...sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut, ini pula hadir di rumah ibadat mereka," katanya sebagaimana yang pernah disiarkan media pada 10 Februari 2012 lalu.

Kini sekali lagi, Najib bukan saja melakukan perkara yang sama sama, bahkan seperti tidak menghiraukan teguran ulama dan mufti terhadapnya.

Dulu Mufti Perak menegur, kini Mufti Perlis pula. Apakah yang mendorong Najib jadi begini? Kenapakah beliau tidak mengendahkan pandangan dan teguran ulama terhadapnya?

Jika perbuatan ini kali pertama dilakukannya, mungkin ia masih boleh dimaafkan dan tidak menghairankan. Tetapi setelah teguran demi teguran dilakukan dan terus juga melakukannya, apakah misteri sebenar di sebaliknya?

Kenapa masih tidak diambil berat pandangan ulama, tambahan pula sudah dua orang Mufti yang menegurnya.

Tidak bolehkah kalau beliau tidak hadir ke Batu Caves? Atau kalau hadir pun, ikutlah nasihat dan garis panduan yang diberikan oleh para ulama.

Apa pun kita tunggu tahun depan sama ada Najib hadir lagi atau tidak ke Batu Caves? Apakah teguran ulama dan mufti berbekas  di hatinya atau dibakulsampahkan sekali lagi? (SH 06/02/2015)

7 comments:

  1. wey najib...

    tak payah kau datang batu caves laaa...
    korang ni buat kecoh jer...

    lain kali berambus...
    kami tamau PM tak kira sapa masa depan dtg batu caves time thaipusam...

    u nak tengok kelawar, tgk muka bini u time gelap malam2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. For the first time, I agree with you my friend.

      Delete
  2. bagi la jamil khir tegur baru dia ikut

    ReplyDelete
  3. Bagi saya x salah PM Najib pakai baju macam org India pun ketika menghadiri perayaan Thaipusam atau pakai baju Cina ketika meraikan Tahun Baru Cina atau pakai baju Barat di majlis Wesak.

    Mufti dan alim ulama harus bersedia menegur perkara yg pokok dan serius spt kesaksamaan dlm pembangunan ekonomi, kemajuan pendidikan dan sosiobudaya masyarakat, penghapusan riba dari perbankan Islam, pembenterasan penyelewengan dalam pentadbiran, penaikan taraf hidup rakyat teramai, dsbnya. Bukan dok tumpu kpd baju perdana menteri masa Thaipusam.

    Saya agak hairan bila org macam Dr. Asri pun turut terjebak dgn keremehan seumpama ini. Kalau Datuk Harussani sj tak hairan sebab itu tahap dia. Saya x pasti samada mereka ni x mampu atau x boleh komen pasal hal ekonomi dsbnya.

    ReplyDelete
  4. Tak tahulah agama apa anon 20.54.Kalau dia mengaku orang islam jelas sangat kejahilannya sama seperti Najib yg tak tahu najis mugholazah. Manusia jenis ini cuma tahu islam waktu nak nikah dan waktu nak mampos. Hidup spesis ini hanyalah isi perut dan penuhkan syahwat tak kira halal haram. Dahlah jahil tapi mendedahkan kebangangan kepada umum,

    ReplyDelete
  5. XUMNO main kutok membuta tuli dan bahasa pulak kesat, apa yang nak dibangga mengaku Islam jenis kesat macam ni?

    ReplyDelete