Tuesday, 6 January 2015

Siapakah Jadi "Perdana Menteri" Ketika Penerbangan New York - London - Dubai - Bangkok?


Beberapa blog dan akaun media sosial semalam mulai tampil mempertahankan perjalanan jet kerajaan dari Amerika Syarikat yang singgah di beberapa bandar syurga membeli-belah dunia sebelum berehat selama dua hari di Bangkok dan akhirnya selamat kembali ke tanahair.

Mereka mewajarkan bahawa jet 9M-NAA itu terpaksa singgah di di London dan Dubai dalam perjalanan ke Bangkok daripada Amerika Syarikat kerana  pesawat itu mempunyai tangki yang kecil dan oleh itu perlu selalu mengisi minyak.

Mereka juga menyebut bahawa jet itu hanya singgah tidak sampai dua jam di London dan Dubai dan oleh itu tidak mungkin  jangkamasa itu digunakan untuk membeli-belah.

Berapa lama pula masa diperlukan untuk keluar dari pesawat, melalui beberapa pintu, pilih barang-barang, bayar di kaunter dan kemudian bergegas semula menuju pesawat, kata mereka.

Sekala imbas, ternampak bahawa blog dan pengendali media sosial ini telah memberi hujah yang logik dan dapat diterima akal dan mungkin dapat mengembirakan Najib dan isterinya, Rosmah Mansor yang kian dipertikaikan berikutan isu jet ini.

Dalam masa yang sama, wujud juga penjelasan dari PMO sendiri bahawa jet itu ditinggalkan di Amerika kerana menghadapi masalah teknikal dan tidak digunakan oleh mana-mana ahli keluarga Perdaha Menteri.

Seolah-olah jawapan dan penjelasan itu senada untuk membersihkan nama isteri Perdana Menteri daripada tohmahan membeli-belah di beberapa bandaraya indah yang disinggahinya.

Tetapi, satu perkara yang tidak mampu dijelaskan oleh blog dan pengendali media sosial ini ialah siapakah penumpang utama di dalam jet ketika dalam perjalanan daripada Amerika ke Bangkok itu?

Adakah ada Rosmah di dalamnya atau jet itu pulang kosong setelah masalah teknikalnya berjaya diatasi?

Jika Rosmah menjadi penumpangnya, siapakah yang membenarkannya? 

Kenapa juga jet itu berada di Bangkok dan dalam masa yang sama Rosmah juga didapati membeli-belah di Central Chidlom? Adakah Rosmah penumpangnya atau Rosmah datang ke Bangkok daripada Amerika menaiki pesawat komersial?

Kenapa daripada Amerika, setelah kononnya masalah teknikal jet itu diatasi, ia tidak terus balik ke Kuala Lumpur saja?

Kedatangan Najib ke Bangkok pula menaiki apa? Adakah juga menggunakan jet khas TUDM sebagaimana kepulangannya daripada Hong Kong ke Kota Bharu sebelum ini?

Jika pemergian Najib ke Bangkok menggunakan jet TUDM, adakah ia pulang kosong kerana pulangnya  Najib dan Rosmah ke Kuala Lumpur  kemudiannya adalah dengan jet 9M-NAA yang didatangkan daripada Amerika itu? Tidakkah sudah berlaku pembaziran berganda di sini?

Sebenarnya banyak lagi persoalan dalam isu jet ini yang menimbulkan lebih tanda-tanya kepada rakyat walaupun cuba diwajarkan dengan pelbagai perkara seperti masalah teknikal dan sebagainya.

Meskipun juga blog dan pengendali laman sosial ini bersungguh mahu mempertahankankan tiada aktiviti membeli-belah dan jet itu singgah daripada satu bandar ke bandar yang lain hanyalah untuk mengisi minyak, namun tiada yang berani memberi jawapan siapakah penumpang utama di dalamnya?

Daripada Amerika Syarikat - London - Dubai - Bangkok, siapakah yang jadi "Perdana Menteri" di dalam jet itu?

Selagi jawapan yang benar dan "kerana Allah" tidak diberikan, malah cuba disimpang-siurkan kepada hal-hal lain, selagi itulah isu jet ini terus menjadi percakapan ramai dan tambah membawa derita kepada Najib yang sedang berehat kerana jangkitan e.coli sekarang ini. (SH 06/01/2015)

2 comments:

  1. Ada rakaman cctv tak rosmah naik lif kat supermarket tu..mungkin pelanduk dua serupa..

    ReplyDelete
  2. rocky the great brown unused dick says: Sebenarnya alas an yang paling teknikal utk menutup mulut2 bachar ialah: 9M-NAA (RM9 juta nanti aku ambik) singgah di LA sebab brake pad depan haus kena ganti, gi ke Indianapolis sebab tercabut rantai dari "prewel", singgah London sebab locheng "kring kring" tersangkut spring; singgah Dubai sebab pelana terjungkit; singgah Bangkok sebab mad gad tersangkut. Nak cakap ni sume kang kene gelak pulak. Malu laa.

    ReplyDelete