Monday, 5 January 2015

Jadilah Perdana Menteri, Jangan Jadi Macam Pencuri


Apakah pengajaran kepada Perdana Menteri, Najib Razak di sebalik perbualan ramai mengenai misteri jet kerajaan yang didapati mengelilingi dunia sejak dua minggu lalu tetapi tidak diketahui siapa menggunakannya?

Jawapannya hanya satu iaitu sebagai Perdana Menteri, beliau harus bersikap telus, sesuai dengan dunia langit terbuka yang ada sekarang.

Jika ketika bercuti ke Hawaii sebelum sambutan Krismas dulu, Najib tidak merahsiakan pemergiannya dan memberitahu salah satu acaranya ialah bermain golf dengan Barack Obama, sudah tentu tiada siapa kisah apabila gambarnya dengan Presiden Amerika itu tersebar luas.

Jika setelah banjir semakin menggila dan beliau kemudian membuat keputusan kembali ke dalam negara, beliau pulang dengan pesawat yang sama yang membawanya bercuti ke Hawaii, sudah tentu juga tiada siapa mahu sibuk-sibuk menjejaki di mana pesawat rasmi itu berada.

Tetapi tentulah agak menghairankan apabila pesawat itu ditinggalkan di Amerika sedangkan Najib sebagai "tuan yang berhak" menggunakannya sudah berada di dalam negara.

Itulah yang akhirnya mendedahkan bahawa Najib menaiki pesawat komersial daripada Amerika ke Hong Kong sebelum dijemput oleh jet TUDM ke Kota Bharu. Hanya setelah timbul banyak persoalan kenapa jet itu ditinggalkan di Amerika, barulah kemudian ada penjelasan bahawa ia mengalami masalah teknikal.

Tetapi apabila dikesan melalui FlightRadar24, pesawat itu bergerak di antara Hawaii - Indianapolis - Los Angelas dan Ne York, bukan saja penjelasan mengenai masalah teknikal sudah tidak bermakna, bahkan menyebabkan keghairahan orangramai untuk mengetahui siapa penggunanya jadi semakin membara.

Jika setelah beberapa hari menghabiskan masa dengan mangsa banjir di seluruh negara, Najib juga memberitahu semua media bahawa beliau akan pergi ke Thailand bertemu dengan rakan sejawatnya di sana, sudah tentu juga tiada siapa mengaitkannya dengan "kebetulan"  pesawat 9M-NAA itu turut berlabuh di Bangkok pada waktu yang sama.

Tetapi sekali lagi, sebagaimana bercuti ke Hawaii dilakukan secara sembunyi-sembunyi, pemergian Najib ke Thailand juga seperti seorang yang ada kekasih hati tapi takut bini.

Dan jika Najib memberitahu bahawa selepas bertemu dengan Perdana Menteri Thailand, beliau juga bertemu kembali dengan keluarganya yang ditiinggalkannya di Hawaii sebelum ini, tiadalah juga sesiapa yang berminat mahu  bercakap tentang pemergiannya itu dsn mengambil gambar isterinya sedang membeli-belah di kota Bangkok.

Malangnya, bukan saja pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand dirahsiakan, malah bagaimana isterinya boleh sampai ke Bangkok juga tidak diberitahu secara rasmi. Nasib baiklah ada FlightRadar 24 yang memberitahu bahawa jet kerajaan itu menjelajah beberapa kota besar dunia dan berada di Bangkok ketika Najib juga berada di sana.

Malam tadi, jet 9M-NAA itu akhirnya kembali ke dalam negara secara rasmi. Sekali lagi, Najib juga pulang secara sembunyi-sembunyi.

Jika sebelum ini, setiap kali Najib berlepas dan kembali ke dalam negara, ramai yang menyambut, meraikan dan mencium tangannya, semua itu tidak berlaku lagi kali ini.

Sebagaimana beliau pergi ke Hawaii dan Thailand macam pencuri, kembalinya juga macam pencuri. Semuanya dilakukan secara sembunyi dan ingin dirahsiakan.

Dalam dunia langit terbuka yang Najib sendiri antara pengagumnya dengan begitu aktif menyebar-luaskan aktiviti, menghebahkan maklumat dan memuat-naik gambar-gambarnya melalui laman sosial miliknya, adalah begitu ganjil beliau bersikap sebaliknya kali ini.

Di ketika beliau juga kerap menyatakan bahawa internet dan media sosial adalah medium penyebaran maklumat yang penting sekarang, adalah ganjil juga apabila Najib merasakan seolah-olah Utusan, Berita Harian dan TV masih berkuasa.

Dalam dunia langit terbuka dan hanpir semua orang sudah memiliki gajet pintar dalam genggaman, sesiapa saja adalah wartawan dan pemberita sebenarnya. Penyebaran berita tidak lagi menunggu media rasmi menghebahkannya.

Sesuai dengan itu, Najib juga seharusnya bersikap telus dan terbuka. Sebagai Perdana Menteri yang menjadi hak kepada mana-mana rakyat memperkatakan tentang setiap jalur kehidupannya, Najib tidak seharusnya cuba bersembunyi-sembunyi lagi kerana banyak kamera tidak rasmi sedang berada di sekelilingnya sepanjang masa.

Lagi beliau cuba berahsia, lagilah pemberita tidak bergaji ini makin aktif mengejarnya. 

Sebagai Perdana Menteri, jadilah betul-betul macam Perdana Menteri, bukan lari-lari, sembunyi-sembunyi dan macam pencuri. (SH 05/01/2014)

15 comments:

  1. Makin lama makin kita kenal sikap/perangai sebenar (true color) PM kita in.

    Sebenarnya, dah 'kenal' dia sejak 'ucapan'-nya di PSY CNY performance di Penang.

    Seorang politician yang cuma tahu main politic SAHAJA, tiada apa-apa sumbangan kepada rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Bakal pm pun sama ja..tiket kapal terbang x leh beli..suit broni boleh plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg kau merapek ni Labu????

      Delete
    2. Nampak sangat mamat sekor ni nak bela tuan.. cuba cari salah orang lain.. agaknya si Labu ni ada private jet sendiri kot.. sebab tu melalut tak ketahuan ni.. kalau bodoh tu Labu, jangan tunjuk kat orang yg ko tu bangang.. hahaha..

      Delete
    3. Dasar pencuri juga nak pertahankan Pencuri besar...macam cerita Ali Baba bujang lapok P.Ramlee.
      Siketot nak jaga Cip (Chief)

      Delete
  3. Nak buat macam mana lagi?....Rosmah yang control semuanya. Rosmah yg arah Najib balik Malaysia guna pesawat lain...dan Rosmah juga yg mengarahkan Najib datang kat Bankok.

    Bincang fasal banjir dan nak ucap tahniah kpd Thailand kerana menolong. Baik cakap..Najib ucap tahniah kepada Obama kerana Amerika menolong Msia semasa banjir.

    Apa dia agak? orang bodoh macam pegawai2 dia diPMO tu. Haramjadah punya PM.

    Bodoh punya ahli Umno. Lantik orang macam ni jadi President mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macamana kerana siNajis ni lah yang terbaik dari yang semua bodoh dalam Umnob...yang menyanjung semua bangang.
      Patut lah pandai mencuri kerana jadi PM pun kerana menipu.

      Delete
  4. anon 1608 salah sorang dari 47% tu.walau sejahat mana sekali pm tetap akan da yang membelanya.mcm firaun gak la tetap ada pengikut yang setia dan sedia berkorban untuk tuannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko pun sama..anwar buat onar ada bukti video semua pun ko bela jugak..ko pun mcm pengikut firaun..setia dan sedia dimacaukan..

      Delete
  5. Makin kalut nampaknya pm kita ni

    ReplyDelete
  6. Pastikah itu pelakunya jika fizikalnya tidak sama. Adalah uai juga dikatakan melakukan perbuatan buruk walau wajahnya sama? Jangan melakukan perbuatan yg boleh membawa kepada fitnah kerana ianya amat jahat. Jika anda nampak sendiri dgn jelas, dan sipenuduh bkn fasik. . Maka itu betul jika sipenuduh adalah fasik. . . Maka selidiki lah dulu.
    Kisah penggunaan jet ini tidak akan berlaku dinegara lain hatta di thailand,indonesia aingapura ,malahan tidak berlaku dikebanyakkan negara maju lainnya kecuali di beberapa negara afrika . Itu pun ada negara yg sanggup menjual jet demi menyelamatkan ekonomi kerajaannya. Ini jelas dan fakta.
    Hanya malaysia sesatunya negara dimana pemimpin dan pembesarnya menggunakan pesawat milik kerajaan yg dibayar dari hasil negara termasuk cukai rakyat , pemimpinnya bebas pula menggunakannya dgn tujuan bercuti.? Selain jarang benar kita dgr tujuan mencari pelaburan yg masuk berbillion ke dalam negara ini, dan menguntungkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ko nampak najib bunuh altantuya..

      Delete
  7. Tuan Shah, nak buat macam mana. Kita dah tahu akan keadaan beliau. Hidup di celah kelengkang bini yang busuk tu. Perangai bini macam perempuan puaka. Menderumnya dari India sudah tentu terbukti hebat.

    ReplyDelete
  8. merepek je la.

    ReplyDelete
  9. najib adalah perdana menteri UMNo yang terakhir....

    ReplyDelete