Thursday, 11 December 2014

Najib Ganti Tunku Sebagai PM Paling Gembira


Walaupun Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj pernah mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri paling gembira, gelaran itu kini seharusnya sudah pun berpindah kepada Najib Razak.

Jika Perdana Menteri pertama itu didapati memanggil rakan-rakannya bermain poker ketika api pergaduhan kaum sedang marak di Chow Kit dan Kampung Baru dalam peristiwa 13 Mei 1969, Najib pula tetap meneruskan agenda percutiannya ke luar negara biar pun pelbagai isu sedang melanda negara ketika ini.

Najib ketika ini sedang mengadakan lawatan rasmi ke Korea Selatan dan beberapa hari selepas itu dikatakan terus bercuti panjang sehingga 6 Januari 2015.

Pada 1 Ogos lalu, iaitu pada Hari Raya ketiga dan sehari selepas mengadakan lawatan rasmi ke Belanda berhubung isu MH17, beliau juga didapati bercuti panjang sehingga 15 Ogos. 

Seperti yang didedahkan oleh Asia Sentinel, di sebalik membatalkan jamuan Hari Rayanya, Najib didapati bercuti di beberapa bandar Eropah seperti Paris, Sardinia (Italy), Cannes, Rom dan London bersama sekumpulan ahli perniagaan Cina,  jutawan  playboy Taek Jho Low serta bekas Perdana Menteri Qatar.

Hanya dalam tempoh kira-kira empat bulan saja selepas percutiannya yang terakhir, Najib sekali lagi mengambil cuti dan berehat di luar negara.

Tahun-tahun sebelumnya juga, meskipun era pemerintahannya sentiasa diselubungi banyak masalah, Najib dan keluarganya sentiasa meluangkan masa untuk bercuti.

Dengan ini, tidak diragui lagi bahawa daripada semua Perdana Menteri, Najiblah yang paling "enjoy" dan bergembira dengan jawatannya. Beliau dan keluarganya, disebalik pelbagai kecaman dan kekalutan yang berlaku dalam negara, didapati terus bergembira dengan segala macam kemudahan yang hadir bersama jawatan Perdana Menteri yang disandangnya.

Cuti tetap cuti dan semua yang  berlaku dalam negara seperti prestasi kerajaan yang dipertikai, sokongan rakyat yang terus merosot, kritikan Mahathir yang berterusan serta 1001 isu lainnya, langsung tidak mengganggu perancangannya untuk bercuti dan bergembira.

Sebelum ini, ketika timbul isu pembaziran dan kemewahan yang melibatkan isteri dan keluarganya, ia juga tidak mengganggu untuk terus berbelanja mewah sehingga satu demi satu "kebejatan" keluarga Perdana Menteri didedahkan kepada umum.

Tidakkah ini menunjukkan Najib seorang pemimpin yang mementingkan kegembiraan dalam hidupnya?

Berbanding Mahathir yang pernah tidak bercuti selama beberapa tahun ketika suasana dalam negara tidak begitu menggalakkan suatu waktu dahulu dan kemudian bercuti panjang selama dua bulan apabila keadaan negara terkawal, Najib seolah-olah tidak sedia menangguhkan kegembiraannya yang sebenarnya tidaklah lebih utama daripada amanah yang dipikulnya.

Sebagaimana dalam ucapan di Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu, di samping menyatakan kebimbangan bahawa hanya dengan merosotnya sokongan pengundi sebanyak 2 peratus saja sudah boleh menyebabkan UMNO dan BN hilang kuasa dalam PRU 14, Muhyiddin Yassin turut menyatakan bahawa beliau dan Najib akan mengurangkan program-program ke luar negara bagi memberi lebih tumpuan kepada masalah dalam negara.

Ketika pewakilan UMNO di Dewan Merdeka bertepuk dan bergembira dengan perkhabaran itu yang seolah-olah menunjukkan keprihatinan sebagai pemimpin, sejurus kemudian semuanya "terbarai" apabila didapati Muhyiddin pergi China manakala Najib pula ke Korea Selatan.

Dan ini juga bukanlah kali pertama Najib dan Muhyiddin tidak berada dalam negara secara serentak, malah disambung pula dengan percutian Perdana Menteri sehingga 6 Januari 2015 tidak ubah seperti memandang "enteng" semua masalah dan kekalutan dalam negara.

Adakah Najib tidak bimbang dengan kedudukan UMNO dan BN yang kian merosot ketika ini yang ditambah dengan kritikan berterusan daripada Mahathir terhadapnya?

Apakah Najib juga tidak bimbang UMNO akan kalah dan kemungkinan BN menjadi pembangkang selepas ini?

Atau Najib memang tidak peduli dengan nasib dan masa depan UMNO selepas ini kerana sekurang-kurangnya beliau sudah merasa menduduki kerusi Perdana Menteri yang menjadi buruan ramai pemimpin itu.

Kekentalan dan ketidakpedulian terhadap pelbagai masalah serta kekalutan dan tetap meneruskan percutian lebih dari sekali dalam setahun serta mengutamakan kegembiraan memang sukar ditandingi dan melayakkan Najib diberikan trofi "PM paling gembira dalam sejarah Malaysia". (SH 11/12/2014)

12 comments:

  1. Najib tak bimbang..Hanya admin budin yg bimbang dengan imaginasi mat jenin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 20:05,
      kau ni bangang macam najib jugak la...

      Delete
    2. Najib sentiasa bimbang...kerana dia lah satu2nya PM yang decontrol olih bini...Rosmah.

      PM2 dulu...ada kau tengok bini mereka bagitu menonjol. Rosmahlah defacto President Umno dan defacto PM.

      Tak tahu makna 'defacto'...semak dlm kamus Oxford.

      Delete
  2. Bagilah peluang suami pok jib menjadi blue army banggang untuk 3 tahun lagi seperti kata amah indon.

    ReplyDelete
  3. Pm haramjadah ni dah tahu nyawa sebagai PMnya sudah dihujung tanduk.

    ReplyDelete
  4. keja cuti je ko ni bang jib..tidur lak hotel mewah..contohi ketum..kerja kuat...hotel pun tak pernah masuk..tidur dlm kereta ja..

    ReplyDelete
  5. ...habis tu enjoy sakan lah, duit permata rm711 juta nak buat apa?..bebudak kecik mana bolih pagang duit banyak2...kahakahkah

    ReplyDelete
  6. Hari hari terakhir seekor Najib. Biarlah dia bergembira. Yang paling menyakitkan hati dia bersama-sama jutaawan China dan playboy kroni rapat Jho Low. Di Peerhimpunan UMNO berucap berdegar-degar kononnya China sedsang mengancam ketuanan Melayu....di belakang kita dia berkongkek tidur sebantal dengan China...memang haramjadah...tak habis-habis menipu Melayu. Walau pun begitu masih ramai pencacai upahan tidak sedar-sedar terus terusan menjilat pungkok Rosmah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kongkek dgn cina, brader je saudara oi..kongkek sampai lupa jam..

      Delete
    2. Machai bangang detected di atas!

      Delete
  7. teruskan jib percutian mu...aku sentiasa mendoakan kau terus bermewah mewahan..moga makin ramai yg akan membenci umno n bn...dek kelakuan mu...bravo jib...long live kak mah...lagi byk kau enjoy..lg bgus untuk pr...teruskan jibbbbb

    ReplyDelete
  8. Jib tak takut BN kalah, sebab..........Selagi Pengarah SPR boleh dijadikan barua untuk menipu seluruh rakyat Malaysia, maka Jib akan berpeluang besar menyambung tugas sebagai PM selepas PRU14. Selagi wang yang dirompak dari rakyat masih banyak dan mencukupi untuk rasuah Melayu banggang pada PRU14 kelak bagi memangkah BN, maka Jib masih berpeluang menjadi PM selepas itu. Kepada Melayu laknat wal haramjadah yang mengundi BN di PRU13 lepas, maka segala dosa yang Jib lakukan terhadap rakyat kamu semua kongsi-kongsilah tanggung bersama ye!. Kepada Melayu haram jadah wal banggang yang masih menyokong BN, lebih baik kamu bunuh diri sahaja kerana kebodohan kamu semua tak layak hidup untuk menyusahkan insan yang lain.

    ReplyDelete