Friday, 12 December 2014

Ketika Pemimpin PR Disaman Mengenai 1MDB, Suami Umie Aida Dengan Beraninya Pula Buat Laporan Polis Kepada Najib


Meskipun seorang pemimpin DAP, Tony Pua telah disaman oleh Najib Razak berhubung isu 1MDB sebelum ini, keadaan itu bukan saja tidak menggentarkan barisan pemimpin pembangkang untuk terus bercakap mengenainya, bahkan kini sudah ada pemimpin UMNO juga yang senada dengannya.

Seorang pemimpin UMNO iaitu Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan,  Pulau Pinang, Khairuddin Abu Hassan hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi kerana curiga dan ragu-ragu dengan pengurusan kewangan 1MDB yang dianggapnya tidak telus serta meragukan.

Beliau yang juga suami kepada pelakon Umie Aida, mahu pihak polis menyiasat secara mendalam dan menyeluruh semua kakitangan pentadbiran, pegawai, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah serta keseluruhan personaliti dan syarikat yang terbabit dalam urusniaga meragukan dengan 1MDB.

Dalam langkah untuk terus ke hadapan mencari kebenaran mengenai 1MDB, Khairuddin juga berjanji akan membuat laporan polis khusus kepada Najib sebagai Menteri Kewangan jika tiada tindakan susulan diambil terhadap laporan polisnya ini.

Isu berkaitan 1MDB sudah banyak diperkatakan ramai. Selain ramai pemimpin pembangkang  bercakap mengenainya, baik di pentas terbuka mahupun di Parlimen, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan Daim Zainudddin, turut kerapkali menegur dan meragui badan pelaburan kedua terbesar selepas Khazanah Nasional itu.

Keraguan bukan saja mengenai pelaburannya yang  kabur dan bagaimana wangnya digunakan termasuk dakwaan pembelian ekuiti yang lebih tinggi daripada harga pasaran tetapi juga berkaitan hutangnya yang kian meningkat dan sebahagiannnya dijamin oleh kerajaan. Ini menjadikan hutang 1MDB adalah juga hutang negara sedangkan Najib telah sedia menambah hutang negara hampir ke paras siling 55 peratus daripada KDNK.

Di suatu peringkat, Mahathir  juga mengatakan simpanan wang 1MDB di Pulau Cayman adalah suatu bentuk perjudian dan memberitahu, "negara tanpa 1MDB pun tak apa".

Badan pelaburan yang dicetuskan oleh Najib ini seakan-akan menyimpan banyak misteri apabila ramai pemimpin UMNO dan kerajaan sendiri tidak berani bercakap mengenainya. Najib pula lebih gemar memulih jalan mengemukakan saman terhadap Tony Pua yang kerapkali membangkitkan isu berkenaan dengannya.

Sesetengah ahli dan pemimpin UMNO yang kritikal pula beranggapan isu berkaitan 1MDB ini bakal menjadi skandal kewangan yang besar kepada negara selepas beberapa skandal sebelum ini seperti BMF, Mamimco, Talasco dan sebagainya.

Selain Tony, Rafizi juga beberapa kali membangkitkan mengenai 1MDB ini tetapi turut disaman oleh Najib apabila mengaitkan subsidi minyak dengan pembelian perhiasan mewah untuk isterinya, Rosmah Mansor.

Tetapi apabila ada pemimpin UMNO sendiri sudah berani membuat laporan polis mengenai 1MDB, episodnya kini menjadi lebih menarik.

Apakah Khairuddin juga bakal disaman oleh Najib atau UMNO bakal mengambil tindakan terhadapnya? Apakah Najib memilih untuk terus berdiam diri juga sebagaimana banyak isu lain sebelum ini?

Keberanian Khairuddin membuat laporan polis mengenai 1MDB hanya berlaku dua hari setelah ada menteri kabinet sendiri membangkitkannya dalam mesyuarat mingguan kabinet yang tidak dihadiri Najib pada Rabu lalu. Najib ketika ini berada di Korea Selatan melakukan lawatan rasminya.

Mereka membangkitkannya dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Muhyiddin Yassin itu kerana merasakan tidak mengetahui banyak perkara mengenai 1MDB serta tidak dapat memberi penjelasan apabila ditanya, baik mengenai pelaburan, kewangan dan hutangnya.

Apakah semuanya ini saling kait-mengait dan merupakan tekanan tambahan untuk menggoncang kedudukan Najib?  Siapakah lagi dalam UMNO yang berani membuat laporan polis mengenai 1MDB selepas ini?

Pertanyaan yang popular juga ketika ini, adakah Khairuddin membuat laporan polis ini atas kesedaran sendiri atau kerana ada seseorang di belakang keberaniannya itu?

Ketika kes liwat pertama melibatkan Anwar dengan Azizan Abu Bakar, Khairuddin adalah antara individu yang kerap muncul dan menjadi perhatian di mahkamah kerana sering hadir bersama beberapa selebriti seperti Ziela Jalil dan Normala Yusof.

Ketika era pentadbiran Pak Lah pula, beliau pernah melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia menggunakan kapal terbang kecil bernama "Kailan" iaitu sempena nama ibu bekas Perdana Menteri itu. Khairuddin kemudian menceburi dunia korporat dan berkahwin dengan Umie Aida beberapa tahun lalu.

Siapa pun Khairuddin, apa latar belakangnya dan sama ada terdapat orang lain di belakangnya atau tidak, Najib nampaknya tidak boleh lagi hanya berdiam diri atau mengemukakan saman terhadap mereka yang berani bercakap mengenai 1MDB  atau sekadar meminta Ahmad Maslan menjelaskannya kerana penjelasan yang telus dan benar dari hatinya sendiri lebih diperlukan ketika ini. ( SH 12/12/2014)

8 comments:

  1. malaysia bankrup biarkan kita sama sama dgn puak umnogok menghadapinya kah..kah...kah.

    ReplyDelete
  2. Sudah tiba masanya kita akan dengar "haramjadah" dan "banggang" berkumandang secara luarbiasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ejaan biar betul bang..bukan banggang...tp,BANGANG..nanti najib bangang haramjadah tu tak paham..

      Delete
  3. Kau orang ingat budak Khairudin tu berani buat laporan Polis jika tidak ada warlords umno di belakang beliau. Kau orang ingat Menteri-Menteri Kabinet berani membangkitkan isu 1MDB semasa Cabinet Meeting Rabu lepas ketika Najib sedang bercuti dan Malikul Sembab mempengurusikannya...All these developments were orchestrated...sudah dirancang...

    Gerakan menggulingkan Najib sudah bermula. Trust me...this is going to the final holiday for Najib and Rosmah in their capacity as the PM and the so-called 1st Fat Lady.


    Iyyeahhhh...tak sabo-sabo nak tengok puak-puak HAMNO bertikam sesama sendiri...sama macam tak sabo-sabo nak menunggu Hadi and the UG gang ditendang keluar dari PAS....Yabbedabuddu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eloklah najib berambus,buat menyemak malaysia saja dengan otaknya yang bangang lagi kangkung.

      Delete
    2. Oh Khairudin itu...bukan shj warlord dibelakang dia tetapi juga disertakan dng fulus...money can buy anything including people lahhhh.

      Aku rasa Najib pun tak tahu mengenai !MDB ni. Kena tanya Rosmah.

      Betul2 mangkuk hayun ahli Umno ni..lantik lelaki yg decontrol olih bini jadi President.

      Delete
    3. ya betul..najib boleh berenti dah..anwar pun patut masuk penjara tobat nasuha dlm tu..kit siang harap kena strok x leh bangun..hj hadi bukak pondok la ngajar kitab..

      Delete
    4. its ok...jadi la ape pun...mat nuar ..aji adi...kit siang.. tak menyusahkan rakyat pun..tak kesah...tp kalu si jib ni aku terus jd marah...sebab menyusahkan semua org...tp aku mmg tak nak jib ni kena tendang...biarkan dia terus merintah umno ni...supaya makin ramai org menyampah dgn bn...long live jib...teruskan ros...

      Delete