Sunday, 21 December 2014

Kempen Sabtu Tanpa Beg Plastik Gagal?


Ketika ini ramai yang bertanya, ke manakah penyudahnya kempen tanpa beg plastik setiap hari Sabtu yang telah berjalan sejak beberapa tahun lalu?

Apakah ia masih kekal sebagai kempen semata-mata tanpa sebarang titik akhirnya?

Memanglah diakui bahawa kempen menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan beg plastik amatlah baik untuk kehidupan kita. Ini kerana beg plastik dikatakan memakan masa antara 100 hingga 500 tahun untuk dilupuskan dan sekiranya dibakar pula akan mengeluarkan gas karbon dioksida yang boleh meningkatkan pemanasan suhu bumi.

Atas kesedaran itu, kerajaan melalui Kementerin Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan kerjasama beberapa pasaraya, kedai serbaneka dan premis terpilih telah memperkenalkan kempen ini di mana setiap hari Sabtu tidak lagi dibekalkan beg-beg plastik secara percuma.

Pengguna digalakkan membawa beg sendiri atau menggunakan beg kitar semula untuk mengisi barang-barang yang mereka beli atau terpaksa membayar 20 sen jika inginkan beg plastik.

Wang 20 sen itu pula dikatakan akan disalurkan kepada badan kebajikan, untuk program kepenggunaan serta pemuliharaan alam sekitar.

Ketika mula-mula diperkenalkan dulu, ramai yang bersungut dan marah-marah dengan kempen ini kerana menganggap ianya menyusahkan. Ramai juga mengelak untuk membeli-belah pada hari Sabtu kerana tidak mahu membayar 20 sen semata-mata untuk beg plastik yang sebelum ini diperolehi secara percuma.

Seorang rakan yang membeli keperluan harian di Bangsar pernah bertekak dengan juruwang kerana enggan membayar 20 sen untuk beg plastik semata-mata kerana prinsip. Rakan itu berpendapat, oleh kerana beliau telah membeli-belah di situ, adalah menjadi tanggungjawab pasaraya terbabit menyediakan beg plastik atau kertas kepadanya.

Oleh kerana bertegas dengan pendiriannya, juruwang itu akhirnya mengalah dan memberinya beg plastik secara percuma.

Seorang rakan yang lain pula telah bertindak meninggalkan begitu saja barang-barangnya yang mahu dibelinya di kaunter kerana juruwang berkeras tidak mahu memberinya beg plastik secara pecuma.

Banyak lagi insiden antara pengguna dengan juruwang yang berlaku sebenarnya akibat kempen ini. Ada yang bersungut, membebel dan bermasam muka dengan juruwang di kaunter. Tetapi ramai juga yang baik hati, memahami dan tiada masalah mengeluarkan tambahan 20 sen daripada poket mereka.

Meskipun memahami pentingnya menjaga alam sekitar, tetapi setelah sekian lama masa berlalu, ramai yang mula mempersoalkan kempen tanpa beg plastik ini. Bukan bayaran 20 sen itu yang dipersoalkan, sebaliknya ramai yang keliru bilakah kempen ini akan berakhir sebenarnya?

Apakah selama-lamanya pengguna terpaksa membayar untuk mendapatkan beg plastik jika membeli-belah pada hari Sabtu? 

Setelah sekian tahun kempen diadakan, bukankah sudah sewajarnya penggunaan beg kertas diwajibkan sepenuhnya bagi menggantikan beg plastik sebagaimana yang diamalkan di beberapa negara lain?

Selain itu, dengan hanya hari Sabtu penggunaan beg plastik dikurangkan sedangkan hari-hari lain ia digunakan seluas-luasnya, kempen ia juga seolah-olah sekadar  main-main dan melepaskan batuk di tangga semata-mata.

Bukankah kempen itu bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik dari semasa ke semasa dan dengan demikian seharusnya kempen tanpa plastik itu semakin ditambah harinya sehingga akhirnya mencapai tahap paling minima sekali?

Dalam pada itu, ada juga yang mempertikaikan ke manakah perginya wang pembelian beg plastik sebanyak 20 sen itu iaitu sama ada ia benar-benar digunakan untuk tabung kebajikan dan kempen alam sekitar atau akhirnya hanya menjadi milik pasaraya dan premis terbabit saja?

Kerajaan pula, sejak memperkenalkan kempen itu seolah-olah tidak melakukan apa-apa untuk mengurangkan lagi penggunaan beg plastik atau menggalakkan penggunaan beg kertas. Mereka seperti sudah berpuas hati dengan kempen setiap hari Sabtu itu sejak bertahun-tahun sebagai sumbangan yang bermakna kepada alam sekitar tanpa berusaha ke arah lebih baik lagi. Dalam ertikata yang lain, kerajaan dilihat gagal dalam kempen ini.

Sekiranya kempen itu gagal mendidik pengguna dan penggunaan beg plastik masih lagi berleluasa, kerajaan juga disarankan menghentikannya dan mencari kaedah lain yang lebih berkesan lagi.

Nampaknya, ada tugas baru sedang menunggu Hasan Malek selain bercakap soal harga ayam, ikan dan lain-lain keperluan harian pengguna. (SH 21/12/2014)

11 comments:

  1. Tuan Shahbudin, malaysia ni negara dunia ketiga.Manusia yang tinggal didalamnya adalah bangang-bangang belaka,termasuklah kawan saudara.Inilah hasil dari kerajaan umnogok yang bangang memerintah malaysia selam 57 tahun, tapi malaysia masih belum maju.Tuan salahkan pemimpin-pemimpin umnongok,kerana selama ini tiada siapa yang memerintah malaysia,melainkan mereka dengan menteri-menterinya cap ayam dan cap lembu kondo.sekian.

    ReplyDelete
  2. now... da ada beg plastik bio degradable... tapi mahal sket ....
    anyway... masa shopping kite pakai beg kertas or reusable.. tapi kat rumah kita pakai beg plastik sampah hitam yang besar tu... plastik jugak tu... so apa bezanya....?

    kalau nak buat style negara maju, go ahead... beg kertas... tapi pokok kena tebang lagi kerap plk.... hehehe

    ReplyDelete
  3. Kami di Penang dah lama menjayakan kempen 'no plastic bag' ini, bukan saja setiap Sabtu, malah SETIAP HARI ! Benda ni dah dipraktikkan sejak 2 tahun lalu kalau tak silap saya. Pasar raya seperti Giant dan Tesco langsung tak menyediakan beg kertas pun. Kalau pelanggan perlukan beg plastik, kena bayar 20 sen setiap satu atau mereka boleh beli beg shopping khas ('green bag') yang berharga RM2.00. Kompleks membeli belah besar seperti Aeon pula hanya memberikan beg kertas pada pembelian yang berharga RM50 ke atas. Pendeknya, kempen no plastic bag ini berjaya di Penang kerana penduduknya lebih educated dan mempunyai kesedaran yang tinggi.

    ReplyDelete
  4. Saya membeli 2 bungkus mee segera, 2 bungkus kacang tanah cap tangan, 4 buku bun tomato, 3 botol minuman 100-Plus dan seekor ayam golek di Pasaraya Giant. Kesemua itu di pack atau dibungkus dengan menggunakan material plastik........Sepatutnya pihak pengilang dan pembekal serta pemborong terlebih dahulu mengamalkan penggunaan beg kertas atau botol kaca sebelum mengenakan syarat atau denda kepada para pengguna. Wang denda RM0.20 tu memang benar-benar menguntungkan pasaraya tersebut dan pihak yang membuat dan memperkenalkan dasar tersebut sememangnya "otak kemetot" atau "bangang" macam Hasan Malik.

    ReplyDelete
  5. Aii Yaa.........!, Lean, eaa aa ,apa pasat celita plastic begs ini hali ?,

    ReplyDelete
  6. Apakah anda mengharapkan susuatu yg indah drp memerintah sekelompok manusia yg BANGANG?

    ReplyDelete
  7. dah menteri ayam... so buat keje pn mcm ayam laa...

    ReplyDelete
  8. cerita beg plastik ni pun lebih kurang pkr je..ada masalah suruh rakyat selesaikan. setiap kali masalah alam sekitar rakyat kena tanggung.. setiap kali pkr ada mslh dlmn mesti buat prk pakai duit rakyat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon10:44

      ...... Kau diantara pencacai bodoh tunjuk bangang dalam membicarakan isu beg plastik percuma...... he..he..he..

      Delete
  9. apa pun budin dan macau macau pakatan..2014 adalah tahun yg penuh liku bg pakatan apabila mereka bergaduh sesama sendiri ekoran langkah kajang yg menampakkan nafsu besar pkr..2015 belum tentu cerah buat pakatan dengan banyak isu isu pokok dlm tahaluf siyasi belum diselesaikan..ia umpama bom jangka yang boleh meletup seperti letupan c4.. dikala bn diasak dan kelihatan lemah dibawah ah jib gor pakatan juga kelihatan rapuh..yg termanggu di tengah2 adalah rakyat jelata.. pi mai pi mai tang tu

    ReplyDelete
  10. budin oii. ko rentikan laa posting benda2 ilmiah macam ni. kalau nengok pada komen2, yg bagi komen manusia2 yg mempunyai tahap intelek rendah, mcm mamat2 felda mat rempit. diorang ni tak nampak the big picture. yg diorang nampak ialah kenapa aku mesti rugi 20sen... hasan malek betul la...

    ReplyDelete