Tuesday, 23 December 2014

Hudud Dan Banjir, Ada Baiknya Pas Batalkan Sidang Khas DUN Kelantan Pada 29 Disember Ini


Semakin hampir menjelang tarikh 29 Disember di mana DUN Kelantan dijangka akan mengadakan sidang khas untuk membentangkan undang-undang hudud, Pas sendiri mula menampakkan kedudukannya yang tidak sekata dalam hal itu.

Mengikut perancangannya,  selepas diluluskan di DUN Kelantan, Pas kemudian akan membawa usul persendirian pula di Parlimen pada Januari tahun depan bagi membolehkan undang-undang Islam itu dilaksanakan di negeri yang telah ditadbir Pas sejak 1990 lagi.

Sementara Pas Kelantan melalui Menteri Besar, Ahmad Yaakob dan timbalannya, Nik Amar Abdullah begitu bersungguh-sungguh dan yakin untuk terus dengan perancangan mereka mahu melaksanakan hudud, halangan kini bukan lagi daripada rakan-rakan dalam PR, terutama yang bukan Islam, sebaliknya daripada Pas Pusat sendiri.

Jika DAP tidak bersetuju dengan hudud kerana menganggap ianya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan PKR pula menyatakan ianya bukanlah dasar yang dipersetujui bersama, Pas pula hari ini berkata, jawatankuasa pusat parti itu tidak pernah bersetuju dengan hasrat mahu membawa usul persendirian berkaitan hudud ke Parlimen.

Sebaliknya, Pas Pusat dikatakan hanya bersetuju berkenaan penubuhan jawatankuasa teknikal bersama kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh UMNO sahaja.

Perkara tersebut diakui oleh Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli dan seorang lagi AJK Pas Pusat yang enggan disebut namanya.

Seorang lagi AJK Pas, Khalid Samad turut mengakui bahawa Pas Kelantan tidak pernah merujuk atau membincangkan mengenai enakmen hudud dengan Pas Pusat.

Dalam perkembangan lain, Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar pula memberitahu, Pas Pusat tidak pernah diberi taklimat oleh Pas Kelantan berhubung pindaan enakmen syariah itu.

Sehubungan itu, katanya, Pas Pusat tidak mengetahui kandungan pindaan yang bakal dibentangkan nanti serta berharap suatu taklimat berkaitan dengannya akan dibuat.

Mahfuz juga mengakui Pas Kelantan turut tidak pernah mengadakan sebarang pertemuan dengan parti-parti dalam PR berhubung perlaksanaan undang-undang hudud itu.

Melihat semua perkembangan ini, apakah Pas Kelantan hanya bertindak bersendirian, bukan sekadar membelakangkan PR tetapi juga menidakkan kewujudan Pas Pusat dalam keghairahan mahu melaksanakan hudud di negeri itu? Mungkinkah lebih ramai dalam Pas Pusat turut tidak setuju dengan hudud?

Jika demikian, apakah tujuan Pas Kelantan bermati-matian mahu melaksanakan hudud itu?

Apakah hudud begitu penting kepada perjuangan Pas Kelantan sekarang? Kenapa sejak tahun 1990 iaitu sudah hampir 25 tahun mentadbir Kelantan, hanya ketika ini kesungguhan itu ternampak bagai tidak boleh ditolak-ansur langsung sedangkan sebelum ini hudud juga pernah "ditidurkan" dan digantikan dengan negara kebajikan?

Ternyata kini hudud bukan saja menjadi masalah sesama rakan dalam PR, tetapi juga dalam Pas sendiri. Wajarkah Pas Kelantan terus berkeras mahu juga mengadakan sidang khas DUN pada 29 Disember ini dan kemudian membentangkan usul persendirian di Parlimen?

Memanglah kita memahami hudud merupakan perjuangan Pas dan menjadi impian mereka menegakkannya di bumi Allah ini. Namun Pas perlu juga bijaksana dan melihat realiti yang ada dalam negara di sebalik keinginan mahu melaksanakan undang-undang itu.

Oleh kerana mereka masih berada dalam PR dan berkali-kali menyatakan ingin terus kekal dalam gabungan itu, khususnya bagi membawa perubahan sebagaimana yang dikehendaki rakyat dalam pilihanraya akan datang, bertindak secara keras hati dan tidak membincangkannya dengan bersungguh-sungguh dengan rakan sendiri, bukanlah langkah yang bijaksana bagi Pas Kelantan, apatah lagi mengeluarkan kenyataan meminta sesiapa yang tidak bersetuju dengan hudud agar meninggalkan PR.

Jika benar seperti dakwaan Mahfuz bahawa Pas Pusat dan rakan-rakan dalam PR tidak pernah diberi taklimat mengenainya, tentulah ini merupakan sesuatu yang malang sekali.

Yang perlu difahami juga, hudud tidak mungkin menjadi kenyataan selagi Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda, terutama berkaitan beberapa agensi penguatkuasaan seperti polis dan sebagainya yang berada di bawah kawalan Kerajaan Pusat.

Anwar Ibrahim pernah berkata, hudud  di Kelantan akan menimbulkan banyak masalah seperti siapa yang mahu menangkap dan membawa pesalah ke mahkamah sekiranya Perlembagaan tidak dipinda terlebih dahulu.

Walaupun UMNO dan Kerajaan Pusat menawarkan diri dalam jawatankuasa teknikal yang difahamkan sudah banyak kali bermesyuarat, sama ada Ahli-Ahli Parlimen UMNO akan menyokong atau tidak usul persendirian itu juga masih tidak diketahui.

Mahukah UMNO menyokong usul itu sedangkan mereka masih mengemis undi bukan Melayu melalui MCA, Gerakan dan MIC?

Dengan hanya lulus di peringkat DUN Kelantan tetapi tidak berjaya di Parlimen, hudud akhirnya tidak ke mana juga? Atau apakah memang itu yang dimahukan oleh Pas Kelantan bagi membuktikan UMNO menolak undang-undang Islam?

Jika itu, maknanya hudud hanyalah alat politik semata-mata?

Dalam keadaan sekarang, terutama banjir yang kian buruk di Kelantan ketika ini, ada baiknya Pas membatalkan saja sidang khas pada 29 Disember ini dan menumpukan kepada usaha-usaha membantu mangsa-mangsa yang kian bertambah jumlahnya.

Tangguhkanlah hudud dan selesaikan banyak perkara yang lebih penting terlebih dahulu.  Lihatlah kepada realiti dan bersikap praktikal dalam soal ini.  Lagi pula, berkeras mengadakan sidang DUN di ketika banjir kian memburuk dan rakyatnya berjuang antara hidup dan mati, pasti akan memburukkan lagi imej Pas sebagai parti Islam.

Tidak perlu Pas Kelantan tergesa-gesa dan seolah-olah tiada esok kerana Allah pun tidak pernah meletakkan "dateline" bahawa hudud mesti dilaksanakan sebelum PRU 14 ini. (SH 23/12/2014)

8 comments:

  1. Nik Amar adalah contoh "beruk jantan" yang malas memanjat kelapa tetapi apabila diberi makan oleh tuan beruk maka "beruk jantan" tersebut akan berebut dan makan hingga habis hidangan tanpa memperdulikan beruk-beruk yang lain.

    ReplyDelete
  2. PAS parti kampong! Pukul gendang kuat. Duduk fikir tak mahu kerana malas kena laksana nanti. Apakah undang-undang hudud? Bagaimana pelaksanaan? Bagai mana nak selesai masalah percanggahan antara 2 sistem? Ugama lain tak ada dalam negara Malaysia?

    ReplyDelete
  3. Sebagai orang islam saya memang menyokong perlaksanaan hukum hudud dinegara kita. TAPI...... hukum hudud yang diusung oleh segelintir pemimpin PAS kehulu kehilir itu dilihat tidak menepati citarasa sebahagian besar orang islam kerana mereka tidak faham apa yang telah disampaikan malah ada yang keliru diantara kebenaran dan kepalsuan hukum hudud itu.

    Diharapkan hukum hudud yang sibuk diperkatakan ketika ini bukan untuk membantu UMNO Baru melindungi diri dari menjawab isu 1MDB, kejatuhan nilai ringgit, GST, kerajaan makan duit subsidi petrol

    Saya amat bersetuju dengan kenyataan Anwar Ibrahim bahawa hudud di Kelantan akan menimbulkan banyak masalah seperti siapa yang mahu menangkap dan membawa pesalah ke mahkamah sekiranya Perlembagaan tidak dipinda terlebih dahulu.

    Selain dari pada itu saya juga ingin bertanya.... hukum hudud yang disibukkan oleh pemimpin PAS itu akan tertaklok pada semua orang yang beragama islam atau dikhaskan kepada rakyat miskin saja.

    Di Berunai, sultan dikecualikan dari hukum hudud kerana kasta itu dikatakan tidak pandai berbuat salah walaupun biasa terbabit dengan pesta arak, judi, dan zina.

    Di Malaysia, Rajanya adalah melayu beragama islam, perdana menterinya adalah melayu beragama islam, timbalan perdana menterinya adalah melayu beragama islam. Sebahagian menteri kabinetnya adalah melayu beragama islam. Ketua polisnya adalah melayu beragama islam, Ketua hakim negara, peguam negara adalah melayu beragama islam. Menteri Besarnya sebahagian besarnya adalah melayu beragama islam.

    Jika orang-orang dari kasta tertinggi itu melakukan kesalahan.... siapa yang akan menahan, menangkap, menyiasat, membicarakan dan menghukum mereka ?

    Dan perlu diingat...... Sistem perundangan negara ketika ini dikuasai oleh kerajaan BN, auta boleh ditukarkan kepada fakta, dan fakta boleh ditukarkan kepada auta....... semuanya korek...korek...korek.

    Sepanjang pentadbiran mereka tiada seorang pun pemimpin UMNO Baru yang didapati bersalah dalam penyalahan guna kuasa, menipu, mencuri, merompak, rasuah kecuali Anwar Ibrahim saja yang dibuli, di dera dan dipenjara dengan fitnah liwat sehingga kehari ini.

    Mampukah hudud PAS menahan diri dari menerima RASUAH dari orang berkasta tinggi itu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. MB Kelantan kata pelaksanaan undang-undang itu hanya melibatkan hukuman umat Islam di Kelantan sahaja dan langsung tidak membabitkan yang bukan Islam.

      Ini bermakna dinegeri lain, tidak dikenakan hukum hudud dan hanya rakyat Kelantan yang beragama islam saja yang akan dihambat dengan hukum tersebut.

      Cuma kita tidak pasti sama ada pemimpin tertinggi parti PAS yang berstatus ulamak, pemimpin tertinggi UMNO Baru Kelantan berstatus bangsawan, sultan Kelantan dan kaum kerabatnya akan dikecualikan dari hukum tersebut.

      Tapi yang amat pasti dan akan dijadi ujikaji hukuman hudud itu adalah rakyat miskin yang tidak cukup makan. Tunggu dan lihat.

      Delete
  4. PAS perlu bersih dan dilihat bersih sekiranya mahu laksanakan hudud. Tetapi pada zahirnya PAS masih belum dilihat sebagai benar-benar sebuah parti islam. Kes di Selangor telah menampakkan PAS dan umno sama saja. PAS belot perjuangan dan PAS bukanlah parti yang adil pada rakyat yang mengundinya.Akhir kata banyak orang PAs manusia yang cintakan dunia dari cintakan kematian. PAs jangan tipu islam sebagaimana umno menipu melayu.sekian.

    ReplyDelete
  5. kesimpulannya drpd artikel ni..pas tak boleh buat hudud. hudud ni mmg asalnya perjuangan pas tetapi majoriti ahli dan pemimpin yg berjuang untuk hudud sudah meninggal dunia.
    kita lihat hari ini bn khususnya umno diserang kiri dan kanan. ada yg ekstrem, ada yg liberal, ada agamawan, ada sosialis. mereka berlainan ideologi tetapi berhajat tumbangkan bn. persoalannya jika mereka berjaya tumbangkan bn pihak pihak ini akan terus bercakaran kerana mahu negara dibina berdasar acuan ideologi masing-masing..

    ReplyDelete
  6. Tuan

    Realitinya Nik Amar membawa PAS Kelantan bertindak secara bersendirian dengan membelakangkan PAS Pusat. Ada dakwaan yang mengatakan Nik Amar memberi gambaran PAS Pusat merestui tindakan PAS Kelantan sedangkan tiada persetujuan dari PAS Pusat. Ini boleh ke kita kata Nik Amar telah berbohong dan menipu?

    Bayangkan dalam dua tiga minggu ini pata-para ustaz PAS terutama yang pro UG mencanang isu hudud kelantan dan begitu kuat mengugut pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan cara Nik Amar dengan pelbagai ancaman dan menghukum. Bayangkan orang-orang kuat UG begitu angkuh mengajak DAP,parti kapir bergaduh. Yang lebih bodoh lagi Nik Amar menyuruh DAP keluar dari PR jika tidak menyokong hudud Kelantan. Yang paling top sekali Dato Haron Din isytihar tahaluf siyasi PAS dalam PR sudah koyak sebab hudud kelantan.

    Tup..tup sekarang tindakan Nik Amar ( kerana sekarang PAS Kelantan = Nik Amar. Ahmad Yaakob pengikut je) telah membelakangkan PAS Pusat dan bertindak diluar PAS Pusat!

    Kerosakan sudah berlaku dan tidak boleh dipulihkan lagi. Kerosakan ini bukan kecil tetapi amat besar kepada Islam dan petjuangan PAS sejak 63 tahun dulu. Chief clown yang memungkinkan musibah ini betlaku sekarang entah kemana,tidak kedengaran. Chief clown ini seorang pemimpin yang lemah. Dalam keadaan yang begitu mengancam masa depan PAS dan Islam, dia sepatutnya tampil membetulkan keadaan. Muncul menunjukkan kepimpinan yang betwibawa dan tegas menangani musibah ini.

    Cuba check chief clown ni ada ke takde dalam negara. Apakah beliau sudah pergi makan angin dengan rombongan dakwah ke Poland? Dimana apresideng PAS ooooooi.....!

    ReplyDelete
  7. agak2 la Allah swt tak tahu ke semua masalah ni wujud masa dia syariatkan hudud kepada umat Islam 1400 tahun dulu...ke kita semua rasa Allah ni bodoh

    ReplyDelete