Thursday, 4 December 2014

Bernama TV Terus Tenat, Mana Janji Shabery Cheek?


Janji Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek untuk melakukan pembaharuan di Bernama TV menjelang awal tahun 2015, masih tidak menampakkan sebarang tanda positif sehingga ini.

Tidak dapat dipastikan sama ada rancangan yang diumumkan oleh Shabery Cheek sebelum ini untuk menukar Bernama TV menjadi saluran berita bahasa Inggeris sepenuhnya akan menjadi kenyataan atau sebaliknya.

Ketika ini bukan saja tiada tanda-tanda ke arah itu sedang dilakukan, malah kedudukan gaji sebahagian kakitangan yang belum dibayar sejak Oktober, masih juga kabur bila akan dilunaskan.

Ada kakitangan yang tertunggak gajinya sejak Oktober manakala ada juga yang tidak dibayar sejak November. Menjelang musim persekolahan yang bakal bermula beberapa minggu saja lagi, tidak diketahui sama ada masih terdapat cahaya di hujung terowong atau sebaliknya yang muncul nanti adalah rempuhan kepala keretapi yang datang tanpa belas kasihan menimpa semua kakitangan bernasib malang itu.

Disebabkan tidak mampu membayar elaun kepada penyampai senior seperti Sharkawi Jirim dan Dahlan Maamor, Bernama TV kini hanya mengulang-ulang program lama Ruang Bicara yang dihostkan oleh kedua-duanya itu.

Beberapa bulan lalu, blog ini pernah mendedahkan mengenai kemelut dalam Bernama TV yang menghadapi masalah tidak mampu membayar gaji serta elaun kakitangannya berikutan kedudukan kewangannya yang meruncing. Walaupun mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan tetapi disebabkan pendapatan iklan yang rendah, masalah kewangan ini nampaknya berulang kembali.

Shabey Cheek pula, dalam jawapan di Parlimen pernah berkata bahawa Bernama TV akan dijadikan saluran berita bahasa Inggeris secara berperingkat mulai hujung tahun ini agar saluran itu lebih diminati penonton dan mampu menarik sumber iklan yang lebih banyak.

Beliau juga memberi jaminan, dalam proses pertukaran itu, tiada pemecatan kakitangan akan dilakukan, sebaliknya mereka akan disesuaikan dengan perubahan tersebut.

Bagaimanapun, perubahan yang dicadangkan oleh Shabery itu mendapat kritikan yang meluas daripada masyarakat kerana sepatutnya bukan bahasa saluran televisyen itu dijadikan alasan, sebaliknya pembaharuan yang lebih mustahak ialah meliputi pengurusan, kandungan, iklan dan sebagainya.

Sehingga ini, walaupun sudah minggu pertama bulan Disember,  bukan saja tiada tanda-tanda pembaharuan yang sudah dijanjikan itu akan dilakukan, malah bila bayaran gaji dan elaun yang tertunggak kepada kakitangan dan penyampai juga masih tidak diketahui bagaimana pengakhirannya.

Jika tanda pembaharuan atau pemulihan itu benar-benar akan berlaku, sekurang-kurangnya gaji dan elaun kakitangan tidaklah dibiarkan berbulan-bulan tertunggak begitu saja. Dalam ertikata lain, Bernama TV kini seolah-olah "hidup segan, mati tak mahu" saja kedudukannya.

Lebih dari itu, nasib CEO Bernama TV, Ibrahim Yahya yang bakal tamat kontraknya pada pertengahan bulan ini, turut tidak diketahui sama ada akan disambung atau ditamatkan perkhidmatannya.

Kepada kakitangan Bernama TV, mereka melihat peranan Shabery Cheek seperti tidak serius dan sepenuh hati untuk menyelesai dan memulihkan stesen itu sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh menteri terdahulu, Dr Rais Yatim. Itulah antara sebabnya, kemelut dan permasalahan dalam Bernama TV ini terus berlaku dan berlaku, sama seperti programnya yang kerap diulang-ulang siarannya.

Jika ini berterusan, tidak mustahil Bernama TV yang membawa imej kerajaan ini akhirnya akan berkubur ditangan Shabery Cheek sendiri. (SH 04/12/2014)

31 comments:

  1. tanpa gelaran datuk seri drpd selangor anwar ibrahim akan dikenali sebagai Brother Anwar Bin Ibrahim di majlis rasmi kerajaan selangor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Anwar Ibrahim...more appropriate.

      Darjah kebesaran dan penhormatan dari rakyat jelata adalah lebeh bermakna, lebeh afdhal dan lebih keberkatan dari Darjah kebesaran dari seorang manusia..tak kiralah apa gelarannya..Lebai ke..Khalifah ke..Sultan ke...President ke...

      Betul tak Labu?

      Delete
    2. Ini sudah tiada kerja yang datang nilai kepada rakyat duduk atas kerusi diam-diam sudah lah.

      Delete
    3. bangang ni dapat berapa elaun..

      Delete
    4. Anon 19:40...siapa bangang? anon 16:57 ke?

      Najib dh henti elaun...najib ckp bangang.

      Delete
  2. Janji rais untuk kerajaan mengambil alih brtv sepenuhnya yak jadi. Buat public anouncemen sampai pihak swasta hilang iklan dansebagainya sebab kata putus yang sentiasa putus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rais perogol siapa nak percaya.

      Delete
    2. Semua diving lepas tu anounce ..

      Delete
  3. Itulah lain kali jangan siar berita berat sebelah.Bila ramai yang menyumpah maka terimalah akibatnya.semua yang tak dibayar gaji harus insaf.kerja mesti jujur dalam menyampai berita.Bila ikut telunjuk dan tak menceritakan keadaan sebenar, maka yang bershubahat menyampai fitnah kena terima balasan akibat perbuatan keji mereka sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu .. jgn jdi penjilat KERAAAjaan

      Delete
    2. abis tu nak jilat gay tua tu.. puuuiiii..

      Delete
    3. ANON 2:44..BUKAN LAH MAU JILAT BIG MOOMA KO LA..KO X NAK KE? DAH VANGANG X DAPAAT ELAUN..KO JILAT BIG MOOMA OR BIG LUMBU KIRA DAPEK GAK UNTUNG- JILATAN..KLU X MAU JILAT JUBOR SAY FOOL TU..TU KAN MAKANAN PARTI VANGANG KO PARTI KERIS TELANJANG CAM JUBOR SAY FOOL GAK TU?

      Delete
  4. Jika tak mampu Menandingi Channel Channel Lain terutama Dari Singapura dan Timur Tengah Baik saja Tutup Channel "Bernama TV" Sebab ianya Cuma Mampu Menunjukkan Kepada Seluruh Dunia Betapa Primitifnya Channel TV dari Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Ceo bernama tv datuk ibrahim yahya dah pergi makan angin. Apa dia nak peduli dgn nasib kakitangan bernama tv. Dia dah dapat gaji daripada Bernama. Selama ni pun dia tak pernah buat kerja pun. Asyik memonteng dan pergi buat kerja saja dgn IPTAR. Kalau masuk office pun asyik main facebook drp pagi sampai ke malam. Cubalah check FB dia. Tak pernah tak update. Kereta dapat,smart tag dpt. Minyak dapat. Apa nak susah. Kerja tak pernah buat lansung
    Kejayaan terbesar dia bila lebih 50 orang kakitangan dah letak jawatan. Itu lah barang kali KPI yg Shaberry Cheek bagi kat dia. So mission accomplished.
    Bernama dah tawarkan untuk serab semua kakitangan bernama tv. Semua kakitangan telah pun memohon enam bulan yg lalu, tetapi Shaberry Cheek yg menolak rancangan ini. Apa pun alasannya hanya dia saja yg tahu.
    Hari ini Ceo Bernama Tv dan Shaberry Cheek boleh makan nasi dan pergi retreat. Kakitangan nak beli susu anak pun tak ada duit. Ini kah balasan kepada yg harus kami terima? Ini kah caranya rakyat diutamakan pencapaian diutamaka?
    CEO dgn menteri seronok seronok pergi retreat. Joli dan habiskan duit kerajaan .

    ReplyDelete
  6. BERNAMA sendiri ada banyak lagi masalah lain.. Orang buta aje tak nampak apa yang berlaku..

    http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=9569

    ReplyDelete
  7. apabila bayaran kepada BANGANG lebih mendapat perhatian dari BERNAMA. bernamatv sepatutnya mengutamakan bahasa melayu dlm penyiaran. ramai kurang minat sebab dicampurkan 3 bahasa dalam satu chanel. bukan faham pon bahasa yg lain tu.

    ReplyDelete
  8. Ibrahim wayang pacak tu tak layak jadi Ceo bernama tv. Bukan saja bodoh sombong dan bangang satu apa pun dia tak buat. Entah macam mana dia boleh dapat gelaran datuk. Mungkin datuk beli kot.
    Manusia ni datang ke bernama tv untuk ambil gaji saja.Apa dia nak susah sebab gaji dan segala gala faedah bernama yg bagi. Apa kerja yang tahu buat? Apa jasanya kepada bernama tv ? Menghabiskan beras pandai lah dia.
    Ini lah sebodoh bodoh ceo dibernama tv. Mungkin juga ceo yg paling bodoh di dunia.Hanya tahu mengarah tapi dia sendiri pun tak tahu apa yg dia arah. Mana ada orang yang suka kat dia masa di RTM dulu. Tiap tiap hari disumpah seranah oleh orang orang RTM. Nama saya tiger tapi berat telur berat butuh saja. Tak pernah cari duit pun. Elok sangatlah kalau Shaberry Cheek ambil kerja dengan dia dengan Shaberry Cheek pun gulung tikar nanti. Ini manusia hanya layak jadi despatch boy atau security guard saja.

    ReplyDelete
  9. Kesian ya. Nama je Islam tapi perangai masing-masing macam tak bertuhan. Fitnah itu dosa. Jangan nanti bila korang dah mati tercari-cari CEO Benama TV untuk minta maaf. Muhasabah diri. Tengok wajah masing-masing kat cermin apakah kalian tu baik? Kalau baik tak mengata orang dan menfitnah orang. Apakah BERNAMA benar-benar tolong orang Bernama TV? Siapa yang setiap bulan berjumpa Menteri dan KSU menceritakan kesusahan Bernama TV dan mencari pengiklan yang mahu memberi peluang-peluang terbaik untuk BERNAMA TV? Bernama sendiri? Jawabannya?? Tidak....Tanpa canang dari CEO - BERNAMA tak bergerak. Berapa banyak agensi Kementerian KKMM? tak ada satu pun yang bayar iklan di BERNAMA TV. sebab takut tak ada orang tengok. tapi bila nak masuk program nak free. Salah siapa sebenarnya? Tanya diri sendiri... wahai bijak pandai yang hanya pandai bersuara dan tak pernah takut akan Tuhannya... Kalian sanggup bertanggungjawab diatas setiap huruf dan patah perkataan yang kalian keluarkan di sini dan dihati? Kemudian bertemu dengan Sang Pencipta? Kalau sanggup teruskanlah bersuara...tapi hati-hati jangan disaluti hasad dengki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suruh dia buat tiger show

      Delete
    2. Tolong bagi laluan..tolong bagi laluan. Kesian ya..kat beruk tua tu. Nama jer islam tapi perangai sendiri macam tak bertuhan.
      Dulu siapa yg berikrar dan berjanji di hadapan semua kakitangan btv beberapa kali? "Sekiranya saya tidak mampu untuk memajukan btv tuan tuan jangan bimbang. Saya sendiri akan mengundurkan diri sebelum contract saya tamat." Itu janji saya.

      Tetapi apabila contract kau tamat. Kenapa kau pergi merayu kepada menteri untuk disambungkan bulan ke bulan? Dengan alasan bodoh kau kononnya kau akan hilang pendapatan.

      Beruk tua. Mana janji kau? Ini menipu namanya. Kau tahu ker apa hukum orang yang menipu? Apa hukum orang yang mengkhianati janji sendiri? Jangan pandai cakap saja. Jangan pandai kata kat orang konon menfitnah kau. Cermin muka sendiri dulu sebelum mengata kepada orang lain.

      Si tua kutuk yang tak sedar diri. Tahunya makan gaji buta saja. Pernahkah kau menjalankan tanggung jawab dengan betul.Jangan bila kau dah mati nanti tercari cari semua kakitangan btv untuk minta maaf.

      Delete
    3. Pembohong mesyuarat editorial dan pengurusan Bernama pun kau tak pernah masuk kau nak kata tiap tiap kalau berjumpa menteri. Kalau begitu senang kau boleh masuk keluar pejabat menteri mana gaji kami? Mana gaji kami? Apa menteri tiap tiap bulan ada hari minum kopi dengan kau ker? menteri tak ada kerja lain nak buat ker? Apa lah sangat kepandaian kau selain daripada mengampu, tak habis habis mengampu, jumpa menteri minta extent contract kau itu aja. Ada kau ambil peduli nasib kakitangan di bawah tanggungjawab kau? Ada kau ambil tahu apa yang berlaku di bahagian production? Ada kau ambil tahu apa yang berlaku di bahagian teknikal dan lain lain bahagian? Kau tahu apa sebabnya? Sebabnya kau tak tahu buat kerja, sebabnya kau tidak menjalankan tanggungjawab kau dengan betul. kau hanya megah dengan jawatan CEO, itu saja.

      Delete
    4. Hoii tua kutuk..pikul butil kau. Angkut barang2 kau dalam karung guni. Angkat kerusi meja kau pindah kat bawah pokok sebelah pondok pengawal. Di situlah pejabat kau sekarang.
      Gunakan longkang sebagai tandas rasmi kau. Kau angkat palang dan tabik hormat kepada semua kereta yang keluar masuk ke Bernama.
      Kau jaga lori lori yang keluar masuk ke tapak pembinaan sebelah tu. Berkuat kuasa esok kau datang ambil uniform dan wisel dengan ketua pengawal en. Basir. Tabik kat dia dulu dan panggil dia tuan. Jangan lupa ambil corta untuk buat rondaan di sebelah malam.
      Ingat jangan ponteng kerja lagi. Ingat kerja pun ibadat juga. Kalau aku dapat tahu kau ponteng kerja aku terajang kau nanti.

      Delete
    5. Malam ratai lehir dia kat pokok tu. Takut takut dia curi ayam pula

      Delete
  10. Kalau tahu takut kepada tuhan maka tak main facebookkah tiap tiap hari dan tak ambil gaji tiap tiap bulan kerana gaji buta haram hukumnya

    ReplyDelete
  11. Si bangang dah mula bersuara. Kata orang buat fitnah kat dia.Dah jadikan Bernama sebagai kambing hitam untuk selamatkan nyawanya.
    Wahai manusia bodoh sombong. Mahasabahlah diri kau sendiri. Selain asyik ponteng kerja setiap masa. Main facebook daripada pagi sehingga ke malam dalam pejabat. Tengok tengoklah sama bilangan mesyuarat pengurusan yang kau buat dalam setahun. Mesyuarat pengurusan seminggu sekali tetapi Kadang kadang sehingga tiga bulan langsung kau tak buat.Bukti ada. Boleh panggil jabatan audit siasat kalau mahu.Mana kau pergi selama ini. Apa yang kau buat untuk Bernama Tv. Sebagai Ceo berapa banyak busines yang kau bawa masuk selama ini? Sedangkan hala tuju syarikat pun kakitangan tak tahu. Mana dia busines plan yang kau buat? Sila tunjukkan. Busines plan pun kau tak tahu nak buat kau nak berniaga macam mana. Cakap besar kau pandailah. Mulut kau tak habis habis berkata " l am in the circle with the minister. The minister send me here". Itu sajalah modal kau. Kalau kau gentlement suruhlah jabatan audit masuk buat siasatan. Jangan sedap mulut nak kata orang buat fitnah kepada kau.Jangan nak takut takutkan orang lain kononnya di padang mahsyar kena cari ceo bernama tv untuk minta maaf. Tuhan dan malaikat pun nampak apa perkerjaan kau dalam bilik tu. Tuhan dan malaikat pun nampak kau ponteng kerja. Pegawai khas dan secretary kau pun letak jawatan. Ini semua bukti di dunia. Bukti di akhirat lain lagi. Jangan ingat kau sorang saja ada agama orang lain tak ada agama.

    ReplyDelete
  12. Kesian ya.

    Ada hati pula tu untuk jadi Pengurus Besar Bernama.

    Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula mula dulu dia harap dapat jadi Ketua Pengarah Finas. Tapi tak dapat. Jadi taukeh panggung wayang pacak sudahlah berahim.
      Itulah projek kau yang paling besar di Melaka apabila kau masuk bernama tv dulu. Apabila hari pelancarannya kau cabut lari balik kl sebab project wayang pacak tak dapat permit. Duit hotel kau pun minta orang lain tolong bayarkan.
      Manusia banggang manusia bodoh sombong mana pernah menjalankan tanggung jawab dengan betul. Asyik pandai mengarah saja. Last last lari malam daripada hotel di Melaka. Buat malu dengan Menteri Besar Melaka saja yang patut merasmikan pesta wayang pacak pada hari tu.
      Pucat lari balik ke kl termengah- mengah macam orang nak terberak.Macam tu ker ceo buat kerja. Bikin malu bernama tv saja.

      Delete
    2. Sekarang ni dia dok aim jawatan kosong kat JASA pula

      Delete
  13. Dia ingat dia boleh sorok cerita tu...buat kerja nak memandai mandai saja...lari balik ke Bernama tv buat macam tak ada apa apa yang berlaku. Di Melaka riuh rendah dengan cerita ceo lari malam sampaikan tak menyempat nak bayar duit hotel. Itu pun tak tahu malu lagi tu.kalau dah bodoh tu bodohlah juga. Jangan asyik nak salahkan orang lain. Memang kau ni pembawa sial.Kecil kecil tak mahu mampus dah tua bangka menyusahkan orang saja. Makan gaji buta saja dengan main facebook di pejabat.

    ReplyDelete
  14. Dia ni burut kot..

    ReplyDelete
  15. BERNAMA Bhd was set up under the BERNAMA ACT 1967 with its objective clearly stated in Section 4 of the Act “to seek for and present complete, objective and impartial news matter of public interest and national interest, and distribute such news”. There is no provision in the Act for BERNAMA Bhd to allow its corporate name “BERNAMA” to be used by a private entity.

    But the management of BERNAMA Bhd not only allowed its name to be used by BERNAMA TV but also to incorporate a private company known as BERNAMA TV Synergy Sdn Bhd (Bernama TV). Bernama Bhd has also allowed BTV to use the BERNAMA official logo. Bernama TV also appears in the BERNAMA official website (www.bernama.com/aboutbernama/bi/index.htm), as though it is part of Bernama Bhd.

    Up till now Bernama TV has no broadcasting licence. It is riding on the broadcasting licence of ASTRO and yet it gives the impression to the public that it is part of our national news agency, BERNAMA Bhd.

    As at 19 June 2009 the registered particulars of BERNAMA TV Synergy Sdn Bhd are as follows:

    - It was incorporated on 14 January 2008.

    - Its prominent directors are:

    Yg Bhg Dato Syed Hamzah bin Syed Abu Bakar;
    Yg Bhg Datuk Azman bin Ujang (General Manager of Bernama until 1st July 2008);
    Yg Bhg Datuk Seri Panglima Mohd Anuar bin Zaini (Chairman of Bernama);
    Mr Visvakumar A/L Sangiah (Senior Manager Human Resources and Administration);
    Yg Bhg Datuk Mohd Suhaimi bin Abdullah (Ketua Bahagian, UMNO Gunung Jerai)
    - Major Shareholders are:

    Bernama Bhd 3,300,000 (free) shares
    Silver Ridge (Multimedia) Sdn Bhd 2,999,998 shares
    (Paid up capital RM100,000.00 – Yg Bhg Datuk Mohd Suhaimi holds 99,999 shares)

    3. Hallmax Entertainment Sdn Bhd 700,000 shares

    (A RM2 company)

    4. Standard Code Sdn Bhd 3,000,000 shares

    (A RM2 company)

    It would appear from the Parliamentary answer that Bernama Bhd took pride that it was given a 33% free shares in Bernama TV. Actually there is nothing to shout about as far as the shareholding is concerned. Bernama Bhd has no control of Bernama TV as it only has 33% of the equity in BTV. In its Board of Directors, Bernama Bhd also has no control because out of the 8 directors, there are only 3 members from Bernama Bhd (Yg Bhg Datuk Azman bin Ujang, Yg Bhg Datuk Seri Panglima Mohd Anuar bin Zaini and Mr Visvakumar A/L Sangiah.)

    It is also interesting to note from the shareholdings of Bernama TV, Hallmax Entertainment Sdn Bhd and Standard Code Sdn Bhd are RM2 companies and yet they could purchase BTV shares amounting to 700,000 shares and 3,000,000 shares respectively. It was just incredible.

    With the above facts in mind, it was crystal clear that at the material time, the three top officers in Bernama Bhd in the Board of Directors of Bernama TV, headed by its Chairman, Yg Bhg Datuk Seri Panglima Mohd Anuar bin Zaini, knew or ought to have known that it was unlawful to allow the corporate name and logo of “BERNAMA” to be used by a private company and at the same time with no effective control of Bernama TV. By virtue of this fact, Yg Bhg Datuk Seri Panglima Mohd Anuar bin Zaini, as a director of BTV and the chairman of Bernama Bhd, was clearly in the position of conflict of interest, and for this reason he did not protect the interests of Bernama Bhd. - Taken from Wee Choo Keong's blog

    ReplyDelete