Friday, 5 December 2014

Antara Datuk Seri, Datuk Berseri-Seri Dan Datuk Tak Berseri


Berikutan penarikan gelaran Datuk Seri kepada Anwar Ibrahim oleh Sultan Selangor, dunia politik Malaysia bagai nak runtuh seketika. Walaupun pemberian atau penarikan gelaran kepada mana-mana individu adalah hak dan kuasa istana, tetapi oleh kerana ia melibatkan Anwar, ramai musuh-musuh politiknya gembira dengan keputusan Istana Selangor itu.

Pada peringkat awal berita itu tersebar, ramai pemimpin dan pengendali media sosial pro UMNO menyambutnya dengan gembira. Masa depan politik Anwar seolah-olah telah musnah dan mati dengan penarikan gelaran itu.

Ada yang berkata Anwar hanya akan dipanggil "Saudara Anwar" atau "Brother Anwar"  saja selepas ini. Ada pula yang berkata cukup dengan Anwar saja. Yang memperlekeh pula meminta dipanggil "Datin Seri Anwar"  berikutan isterinya, Dr Wan Azizah bergelar Datuk Seri.

Hanya setelah didedahkan bahawa Anwar masih mempunyai sekurang-kurangnya tujuh lagi gelaran Datuk termasuk tiga Datuk Seri, barulah mereka yang riuh-rendah pada awalnya tadi mula berdiam diri. Ditarik cuma satu, ada banyak lagi yang berbaki.

Tetapi serangan mereka tidak berakhir setakat itu saja. Ada pula yang meminta Anwar memulangkan semula semua gelarannya dan ada juga yang terlebih daulat meminta supaya Sultan dan Yang Dipertuan Negeri yang pernah menganugerahkan gelaran kepada  Anwar agar menarik balik semua gelaran itu.

Ketua Pembangkang DUN Selangor, Shamsudin Lias pula meminta Anwar meletakkan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor berikutan dakwanya, penarikan gelaran itu menyebabkan Anwar telah hilang intergeritinya.

Sebenarnya penarikan gelaran Anwar itu adalah kuasa dan pertimbangan Sultan yang tidak perlu kita kaitkan dengan politik atau perkara lain. Baginda berhak memberi dan menarik balik atas apa juga alasan. Dan Anwar sendiri menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka serta mengambil maklum mengenainya dan menyatakan tidak pernah meminta atau memohon gelaran itu.

Sebelum ini ramai yang sudah pernah ditarik gelaran termasuk Tengku Razaleigh Hamzah dan Ibrahim Ali. Sebagaimana Ku Li dan Ibrahim Ali tidak terkesan atau mati hayat politiknya dengan penarikan gelaran oleh istana, Anwar juga demikian.

Beliau akan meneruskan perjuangan politiknya selagi mampu dan selagi diberi sokongan oleh rakyat. Tidak perlu diminta menyerahkan gelaran yang lain atau meminta semua gelarannya ditarik balik. Tidak perlu juga diminta melepaskan jawatannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor kerana itu adalah hak Menteri Besar dan tiada kena-mengena sama ada bergelar atau pun tidak. Juga tidak perlu dikaitkan dengan apa-apa yang lain kerana semuanya tidak berkaitan.

Sama ada bergelar atau tidak, tidak mengubah apa-apa kepada Anwar. Kadangkala panggilan tanpa gelaran lebih menyerlahkan kemesraan. Ghafar Baba tetap dihormati dan disanjung walau tidak bergelar apa-apa ketika memegang jawatan dalam kerajaan. Beliau hanya menerima gelaran Tun setelah bersara dan meninggalkan kerajaan.

Memang ada orang yang bangga dan memburu gelaran Datuk atau Datuk Seri ini. Ia bagaikan aksesori paling mahal yang menghiasai kehidupan mereka. Ada pula yang tidak peduli dengannya dan walaupun mempunyai gelaran tertentu tetapi tidak kisah dipanggil apa pun. Yang menolak gelaran pun ramai juga.

Mereka yang ada jasa dan sumbangan kepada bangsa dan negara mungkin berhak berbangga dengan gelaran ini kerana tanda adanya pengiktirafan. Gelaran Datuk atau Datuk Seri tentunya menjadikan mereka lebih dihormati dan berseri-seri. Begitu juga dengan mereka yang dikenali dalam masyarakat, gelaran Datuk atau Datuk Seri seringkali menambah aura dan seri kepada penampilan seharian. 

Tetapi ada juga mereka yang kita tidak tahu jasa dan sumbangannya, tiba-tiba diketahui telah menerima gelaran Datuk atau Datuk Seri. Kadang-kadang kawan lama yang berpuluh tahun tidak berjumpa, tiba-tiba sekarang sudah bergelar Datuk atau Datuk Seri juga. Mungkin ia rezeki dan pilihan mereka sendiri yang tidak perlu kita gundah-gulana dengannya.

Tambahan pula, selain ada sembilan Sultan atau Raja, negeri tidak beraja melalui Yang Dipertuan Negeri juga berhak memberikan gelaran Datuk atau Datuk Seri ini. Belum termasuk lagi Sultan Sulu, Mindanao, Naning dan Sultan Melaka yang tidak diiktiraf. Untuk itu, saban tahun mereka yang bergelar ini berganda jumlahnya sehingga kadangkala di keliling kita lebih ramai yang bergelar Datuk atau Datuk Seri daripada yang tidak mempunyai sebarang gelaran apa-apa.

Bahkan, pelakon Hindi, Shah Rukh Khan dan ada individu daripada Bangladesh serta Indonesia juga turut bergelar Datuk dan Datuk Seri sekarang ini.

Kerap kali juga mereka yang bergelar ini bila berbual membahasakan diri mereka sendiri sebagai Datuk atau Datuk Seri. Itu maknanya mereka ingin memberitahu gelaran yang ada padanya dan mahu kita memanggilnya dengan Datuk atau Datuk Seri juga.  Kalau ringan mulut, panggillah mereka dengan penghormatan itu.

Kadangkala wajah mereka yang masam dan tak berseri, terus berubah jadi berseri-seri bila kita memanggilnya dengan gelaran Datuk atau Datuk Seri itu. Sekurang-kurangnya dengan memanggil mereka dengan gelaran yang diberi oleh istana itu berjaya menambahkan lagi keceriaan dunia ini. Oleh itu, jika ada tanda-tanda kawan kita yang bergelar mahu dipanggil dengan gelaran yang diterimanya, lakukanlah dengan senang hati kerana ia juga menunjukkan budi bahasa kita.

Namun demikian, ada juga mereka yang bergelar Datuk atau Datuk Seri ini yang  tampil tidak berseri atau tanpa berseri langsung. Kita pula kadangkala tidak percaya mereka itu sudah bergelar Datuk atau Datuk Seri jika dinilai daripada penampilannya. 

Apa pun, meski ada yang menganggap gelaran Datuk atau Datuk Seri sebagai aksesori paling mahal dalam kehidupan, perhiasan paling bernilai tetaplah budi bahasa sejak dulu, kini dan selamanya. Jika bergelar Datuk atau Datuk Seri tetapi tinggi budi bahasannya, pujian melangit akan selalu diberikan tetapi jika buruk budi bahasa, kelakuan dan perangai, walau ada 17 gelaran Datuk atau Datuk Seri sekalipun, tetap juga dipandang rendah oleh manusia lain.

Sekadar contoh, kiranya bergelar Datuk atau Datuk Seri tetapi sesuka hati memanggil orang lain dengan gelaran "haramjadah" atau "bangang", lama-kelamaan penghormatan akan hilang dan mungkin dibalas dengan cacian atau makian pula. Gelaran Datuk atau Datuk Seri tidak memberi kelebihan kalau tidak disertai dengan budi bahasa dan peri laku yang baik. 

Sebagaimana Anwar lebih dikenali kerana perjuangannya dan bukan kerana gelaran Datuk atau Datuk Seri yang dimilikinya, kita juga seharusnya tidak terlalu risau sama ada bergelar atau pun tidak. Yang perlu kita bimbang ialah jika kita sudah hilang akhlak, budi bahasa dan keceriaan dalam hidup ini. (SH 05/12/2014)

32 comments:

  1. Gelaran dikatakan boleh dibeli sekarang...tak macam dulu. Bercambah cambah Datuk dan Datuk Seri (dan Tan Sri dan Tun) macam kulat beracun selepas hujan..."toadstools after rain".
    Budak kanyaq pun boleh dapat gelaran dan anugerah. Tak ada hal lah penarikan ini.
    Macam budak2 kata "ada aku kisah?"

    sri hartamas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelaran untuk menipu orangramai.baik takpayah.bila mati yang ada gelaran akan kena dulu.

      Delete
  2. Dilain2 negeri Anwar bolih dipanggil Dato Seri Anwar.

    DiSelangor, panggilannya ialah ' Dato Seri (ditarik balik) Anwar. Buruk siku betul Selangor ini. Dah beri, ditarik balik.

    Dilain2 Negeri, agak sukar nak tarik balik darjah ni kerana Undang2 Tubuh Kerajaan negeri mereka mensyaratkan bahawa Sultan hanya berkuasa menarik balik darjah itu apabila sipenerimanya ' TELAH MEALKUKAN SEBARANG KESALAHAN YANG AMAT BESAR'.

    Kalau bab cakap Sultan tak ikut perlembagaan negeri dlm tindakannya bukan lah satu kesalahan (jenayah) yang amat besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. liwat bukan kesalahan besar ke..oh my country

      Delete
    2. memang liwat kesalahan besar.... Tapi tentang liwat Anwar, hanya orang bangang shj yg percaya fitnah liwat umno ni..

      Semua Sultan2 termasuh bapak Sultan Sgor skrang dan Governor2 negeri Malaysia tidak percya akan fitnah liwat ni. Kalau tidak tahun 2000 dah tarik semua darjah kebesaran.

      ....oh my country...banyak lagi melayu yg dibangangkan olih Umno. Aku agak...makcik dan pakcik Felda shj yg Berjaya dibangangkan olih Umno...oh my country.

      Delete
  3. Saorang lelaki yang pernah berkahwin dan sudah menduda berpuloh-puloh tahun sudah tidak bernafsu ke? atau dia pachak kat mana selama ni? tidak berzinah ke?

    ReplyDelete
  4. Dak kemana bawa gelaran datuk tu, bukan tiket masuk syurga. Teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  5. Bila ditalkinkan nanti hnya nama diri dan ibu shj yg disebut! Tun, Tan, Tin, Tan Seri, Tiang Seri dll akn mendahului masuk kubur tanpa pengisytiharan! Apa ada pd gelaran dn darjat?

    ReplyDelete
  6. di selangor sila panggil beliau dengan nama brader anwar bin ibrahim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib ckp blogger Umno semua bangang.

      Delete
    2. oang yang bersorak gembira dengan penarikan itu adalah manusia yang bangang.

      Delete
    3. yg tak tahu di mana jam omega anwar juga super bangang..

      Delete
    4. Super bangang macam Anom 805.berapa kali nak tanya lu bangang ka atau buta huruf atau lu barua.

      Delete
  7. re ,Anuar lebih dikenali kerana perjuanganya,

    Wa sukak itu macam punya cakap lea aa , tapi apa perjuangan , wa manyak keliru maa aa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab lu bangang lagi tongong.

      Delete
  8. Pejuang Rakyat sejati tidak memperdulikan gelaran. Pengacara TV pun ada gelaran dato. Cina taukeh balak pun ada gelaran dato.

    ReplyDelete
  9. Terdapat bersepah sekarang pangkat dato di beli... sehinggakan yang tak masuk akal pun dah pakai pangkat dato...lawak kan?? Namun begitu Dato sekarang tidak lah sehebat mana pun di mata kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelaran-gelaran di malaysia gelaran tong taik.gelaran untuk negara dunia ketiga.gelaran untuk nak tipu melayu.

      Delete
  10. Ada aku kesah? Setakat Jantan Kavita Kaur yang nak tarik balik "benda" yang membebankan tu? Yang paling aku belas dan sayang adalah Almarhum Baginda Sultan Salahuddin (yang mengurniakan "benda" tak berguna tu). Tapi anak "duda" beliau pulak yang nak ambil balik sebab desakan dari sepupu-sepapat Idris Kamaruddin (abang RPK) yang "soru miss" sebab Khalid gagap dah tak berkuasa lagi nak memberi wang rakyat kepada puak-puak penyangak ini. Macam promosi dan sokongan simpati pula kepada DSAI.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raja Idris dan Din Ayam masih lagi bekerja dgn glc Sgor. Belum disuruh berhenti lagi.

      Hanya Fekah & Geng cabut dulu dng bawa duit RM2.6 juta.

      Delete
    2. di mana jam omega anwar?

      Delete
    3. Anon 20:29

      Jam omega anwar ada di celah bulu kelentiti emak kamu. Bapak kamu mesti jumpa kalau tebas bulu guna sabit.....

      Delete
    4. camna nk jadi pm..jam omega pun hilang..kalo jd pm silap2 negara pun hilang..

      Delete
    5. tak jadi pm pun Altantuya dah hilang.kalu jadi pm anom 811 pula kena c4

      Delete
  11. Gelaran yang paling mesra .... di panggil "Datuk" oleh cucu dan "Bapak" oleh anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. G-A-Y panggil dia abang, lebih mesra

      Delete
    2. Anom759 apa kurangnya, bapak kau pun GAY tua juga.kau lahir lalui lobang bontot mak kau.

      Delete
  12. Ramai Juga datuk Seri Yang Papa Kedana...

    Lebih Ramai Juga Guna Datuk Seri untuk menekan Pegawai kerajaan supaya diberi layanan istimewa..

    Bahkan Ramai Lagi yang Guna Nama Datuk Seri untuk mendapat kekayaan.

    Macam Macam Adaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakan yang ada gelaran semua penyamun tarbus!

      Delete
  13. "Towkeh, kasi itu Tan Sri - 2 kilo, Dato Sri - 3 kilo dan Dato - 28 kilo, oppsss... Jangan lupa bungkus sekali Tun - 1/2 kilo aje". Kalau negara ini tidak berbilang kaum dah tentu golongan "free loader" monarki ini dah gulung tikar dan ada yang kerja bawa teksi. Selama mana Melayu dibodohkan dan otak Melayu berjaya dibonsai-kan, maka selama itulah puak-puak free loader ini akan menjadi seperti lintah yang sedang menyedut darah kerbau terhadap rakyat. Rakyat Melayu banggang forever?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mencadangkan pkr mengurniakan anugerah A.P.N kpd anwar yang membawa gelaran brader..slps ini anwar akan dikenali sebagai brader anwar bin ibrahim...

      Delete
    2. Anom 818 tak perlu cadang,semua dah tau kau barua dan bangang.kau pencacai bangang macam kata najib monggol.

      Delete