Thursday, 23 October 2014

Seperti Jokowi, UMNO Juga Harus Keluar Daripada Kepompong Bangsawan


Indonesia baru saja menerima  secara rasmi Joko Widodo atau Jokowi sebagai Presidennya yang ketujuh menggantikan Susilo Bambang Yudhiyono. Beliau mengangkat sumpah pada 22 Oktober lalu dan sekaligus mencatat sejarah sebagai presiden pertama yang datang daripada orang kebanyakan.

Sebelum menjadi Gabenor Jakarta, Jokowi hanyalah seorang jurujual perabot. Kejayaannya melaksanakan banyak pembaharuan di kota Jakarta, kerap turun padang, selesa menyantuni golongan miskin dan selalu memakai baju yang sama, merupakan antara resepi kejayaannya mengungguli 53 peratus undi dalam pilihanraya presiden yang lalu.

Sebelum Jokowi juga, semua enam presiden Indonesa sebelum ini datangnya sama ada daripada golongan keluarga ahli politik terkenal, ahli perniagaan mahu pun elit ketua tentera. Tetapi Jokowi tidak termasuk dalam semua kriteria itu. Belia hanya orang biasa yang bukan daripada keluarga dan keturunan siapa-siapa.

Sementara rakyat Indonesia kelihatan berbangga dengan perlantikannya serta berharap dapat mengaplikasi lebih banyak kejayaan sebagaimana yang pernah dilakukannya ketika menjadi Gabenor Jakarta, media-media antarabangsa juga memuji Jokowi.

Banyak media antarabangsa yang merasakan perlantikan Jokowi sebagai peluang terbaik untuk Indonesia melangkah lebih gagah ke hadapan kerana ia membuktikan kejayaan manusia biasa mencapai cita-citanya berdasarkan kebolehan, daya fikir serta merit di sebuah negara yang berpenduduk kira-kira 250 juta orang jumlahnya.

Tetapi di Malaysia, apa yang berlaku?  Kerajaan BN yang hanya memenangi 48 peratus undi popular dalam pilihanraya 2013, bukan saja tidak habis-habis dengan gelora dan caca-marbanya, malah masih terkepung dengan keinginan menonjolkan golongan tertentu saja sebagai ketuanya. 

Menjelang PRU 14 yang akan diadakan sebelum Mei 2018, sudah banyak diperbualkan ketika ini mengenai pengunduran Timbalan Perdana Menteri, Munyiddin Yassin daripada parti dan kerajaan.

Dengan usianya sudah menjangkau 68 tahun berbanding Najib yang berusia 61 tahun, Muhyiddin bukan saja dianggap sudah tua, malah mungkin sudah letih untuk terus mengejar impian menjadi Perdana Menteri. Beliau dikatakan sudah cukup gembira dapat bersara sebagai Timbalan Perdana Menteri saja.

Muhyiddin diperbualkan secara meluas akan digantikan oleh Hishammuddin, sepupu Najib yang mendapat tempat ketiga dan hampir kecundang dalam pemilihan Naib Presiden UMNO pada penghujung 2013 lalu. Selain Ahmad Zahid Hamidi dan Shafie Apdal yang selesa memenangi jawatan tersebut, Hishammuddin hanya berbeza sembilan undi saja dengan Mukhriz Mahathir yang berada di tangga keempat dan pertama kali menyertai persaingan kerusi nombor tiga UMNO itu.

Tidak seperti Indonesia yang sudah melangkah jauh dengan menobatkan orang kebanyakan sebagai ketua negaranya, UMNO jika terus berkuasa, jawatan utamanya masih lagi berlegar di kalangan kelompok bangsawan saja. Najib yang merupakan anak bangsawan dan anak bekas Perdana Menteri, bukan rahsia lagi lebih cenderung memilih sepupunya, juga anak bangsawan dan anak bekas Perdana Menteri sebagai penggantinya.

Meskipun tidak dinafikan kuasa melantik Timbalan Perdana Menteri adalah hak dan kuasa Perdana Menteri dan jika perlantikan itu dibuat sebelum pemilihan UMNO yang seterusnya, pastilah Timbalan Perdana Menteri akan menang secara percuma jawatan Timbalan Presiden UMNO. Tidak ada mana-mana pemimpin yang mahu menggantung diri dengan sedia mencabar seseorang yang sudah ditunjuk itu.

Itulah yang biasa dilakukan oleh UMNO sebelum ini, kecuali Anwar yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri setelah menang jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan 1993. Selepas Anwar, semua Timbalan Presiden UMNO dijadikan Timbalan Perdana Menteri terlebih dahulu dan mereka akhirnya mendapat jawatan itu tanpa mengeluarkan walau setitik peluk pun.

Jika benar Muhyiddin akan berundur sebelum atau selepas PRU 14 akan datang dan jika benar juga desas-desus dan khabar angin bahawa Hishammuddin akan dilantik sebagai pengisinya, bermakna Najib juga cuba memberikan jawatan nombor dua dan mungkin bakal pewarisnya dalam parti dan kerajaan secara percuma kepada sepupunya itu.

Sekali lagi walaupun ianya merupakan hak dan kuasa Najib tetapi dalam dunia berasaskan keterbukaan, kompetetif dan merit sekarang ini, jika benar Najib mahu melantik Hishammuddin sebagai pengganti Muhyiddin, ianya adalah langkah ke belakang yang bakal menjadi cemuhan dunia dan ditolak secara senyap oleh majoriti rakyat.

Walaupun beberapa Timbalan Perdana Menteri sebelum ini dilantik atas kedudukan undi ketiga sebagai Naib Presiden UMNO, era itu seharusnya sudah menjadi dinasour.  Dunia, zaman dan pemikiran rakyat sudah banyak berubah. Berdasarkan merit dan kompetetif tadi, jika Muhyiddin mahu berundur, penggantinya mestilah dipilih daripada Naib Presiden yang mendapat undi paling tinggi dan bukannya yang ketiga, kedua atau mengikut selera Perdana Menteri.

Dan sekiranya amalan itu tidak mahu dilakukan, seharusnya biarlah diadakan pemilihan jawatan Timbalan Presiden UMNO terlebih dahulu dan siapa yang menang barulah layak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Jika ingin dilihat relevan di mata rakyat, UMNO harus berani melakukan transfomasi ini dan ia juga langkah tepat menepati hakikat parti menguasai kerajaan. ( SH 23/10/2014)

6 comments:

  1. apa beza anwar ibrahim..nak jadikan wan azizah mb selangor..permulaan kpd jawatan keturunan di selangor..nasib baik langkah kajang gagal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 19:43

      Memang benar.... nasib baik langkah kajang gagal..kalau langkah itu berjaya... Mahathir dan Daim pasti tidur berdiri kerana peluang untuk menjahanamkan UMNO Baru lebih cerah lagi....he..he..he..

      Delete
    2. Kalau di lihat kedua2 scenario ( najib - hishamudin), ( anwar- azizah) nampak persamaan dgn melantik ahli keluarga untuk jawatan terpenting. Tp. Kalau dilihat dari segi mikro, ada perbezaan dari sudut credential. Hishamudin adalah hanyalah naib presiden yg level ketiga, azizah adalah presiden parti. Tidakkah ada berbeza disitu? Walaupun ada yg tetap mentakrif yg anwar cuba menaikkan isterinya, tetapi credential azizah sbg presiden parti tetap boleh diterima pakai. Cuma bukan rezeki azizah utk menjadi MB. Tak pa lah.. Ada hikmahnya. Yg nyata PR tetap bertahan walaupun berkrisis berbulan2. However, jika DSNajib ingin melantik hishamudin utk jawatan TPM, adalah satu yg berbeza dari segi amalan terutamanya dari segi credential tp tidak mustahil. Dlm politik UMNO semua boleh. Yg penting kepentingan masing2 terjaga. Walaupun begitu.. Isu yg penting sekarang ini ialah pemimpin yg memimpin negara perlu memahami masalah rakyat, memacu negara ke arah yg lebih baik, tidak bisu dgn isu2 sensitive spt isu kontroversi spt perkauman dan keagamaan, kezaliman dan sebagainya yg kita boleh lihat begitu berkecamuk di negara kita. Jika terlantiklah hishamudin sbg penyambung kepimpinan, tiada perubahan yg akan kita nampak. Kes bg tender pada ahli keluarga sendiri pun sudah mencalarkan kredibiliti beliau. So, fikirkanlah.. Kemana hala tuju negara kita.. Masih mahu bergerak dgn pemimpin2 spt ini? At least rakyat indonesia sudah nampak perlu perubahan utk memilih pemimpin yg bukan golongan elit. Yg mampu menjaga kebajikan mereka. Kita bagaimana? Enough said.

      Delete
  2. Kita jangan lupa lea aa ,kita atak itu PM tatak anak olang kaya atau olang besat punya , itu Tun Dr Mahathir loo rr .

    Lia punya time semua olang manyak happy lea aa ,tatak olang manyak kachau-kachau punya ,cali makan pon atak senang maa aa.

    Sikalang manyak kacau loo rr !.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apek...apa kata kita angkat itu olang semula...lu appy laaa....tapi sikalang punya olang ale appy kaaa kah..kah

      Delete
  3. Kalau UMNO betul-betul sayang kepada bangsa melayu, eloklah letak jawatan drpd terus beretorik.

    ReplyDelete