Thursday, 10 July 2014

Najib Dan Bung Mokhtar Lebih Kurang Sama Saja


Kekalahan Brazil 1-7 kepada Jerman mengundang kejutan dan reaksi yang pelbagai daripada seluruh dunia. Di Negara kita, Najib Razak mengaitkan kekalahan Brazil itu kerana tiada kepimpinan dalam pasukan tersebut dan cuba membuat analogi dengan sebuah negara yang juga boleh kecundang jika tidak mempunyai kepimpinan yang meyakinkan.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin pula memberi reaksi kemenangan Jerman itu dengan memberikan pujian kepada Hitler, pemimpin Jerman yang dianggap bengis, kejam dan diktator serta telah membunuh beribu-ribu Yahudi semasa Perang Dunia Kedua.

Jika reaksi Najib mendapat sindiran daripada pengguna laman sosial dengan menyifatkan kenyataan itu sebenarnya lebih merupakan percikan ke muka sendiri lantaran beliaulah yang ditaksir pemimpin paling lemah dan tiada kepimpinan kerana gagal mengurus banyak isu, komen Bung Mokhtar pula mendapat kecaman yang merata di seantero dunia.

Tidak saja pengguna laman sosial dalam negara yang mempersenda Bung Mokhtar kerana komennya yang tidak cerdik dan di luar konteks itu, malah Duta Jerman, Holger Michael juga menyatakan kata-kata Ahli Parlimen Kinabatangan yang berbunyi, "Well done, bravo, long live Hitler" itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima biar bagaimana sekali pun ghairahnya seseorang mahu memberi sokongan kepada pasukan bolasepak Jerman.

Dalam masa yang sama, komen Bung Mokhtar itu juga mendapat liputan yang meluas daripada media-media antarabangsa yang rata-ratanya memperlekeh kenyataan seumpama itu.

Berikutan kecaman yang mula merata terhadap kenyataan Bung Mokhtar itu, Najib Razak juga turut menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima dan salah.

Najib juga berkata, Bung Mokhtar akan menarik balik kenyataannya itu.

Susulan itu, Bung Mokhtar pun kemudiannya menarik balik dan meminta maaf atas kenyataannya melalui Twitter yang dianggapnya tidak disengajakan telah menyakiti perasaan rakyat Jerman kerana terlalu teruja dengan kejayaan besar pasukan bolasepak negara itu menewaskan Brazil.

Jika diimbas, kedua-dua reaksi Najib dan Bung Mokhtar mengenai bolasepak dan kejayaan Jerman menewaskan Brazil adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan menimbulkan kecaman, meskipun dalam konteks yang berbeza. Bung dilihat tidak matang dan tidak memahami sejarah dunia apabila memberi reaksinya, manakala Najib pula seolah-olah tidak mencermin diri sebelum mengaitkan kekalahan Brazil dengan masalah tiada kepimpinan.

Kiranya beliau benar-benar sedar begitu banyak timbunan isu yang tidak selesai, gagal dijawab dan bagaimana sebahagiannya kerana beliau lebih suka berdiam diri dan menangguhkan penyelesaiannya, Najib tentunya tidak mungkin bercakap soal tiada kepimpinan mengenai Brazil itu.

Ini kerana sesiapa pun akan merasakan kenyataan itu lebih tepat ditujukan kepada dirinya sendiri berbanding mana-mana pemimpin di negara ini. Tetapi dengan bercakap mengenainya, adakah Najib tidak sedar akan kelemahannya atau beliau sebenarnya memerlukan cermin besar di rumahnya selepas ini?

Lebih menghairankan, kenapakah Najib begitu pantas menyedari kata-kata Bung Mokhtar sesuatu yang salah dan tidak boleh diterima sedangkan beliau sepatutnya melihat ke dalam dirinya terlebih dahulu. Reaksi Najib mengenai Brazil yang disifatkannya sebagai tiada kepimpinan sebenarnya tidak ubah apabila beliau memberi contoh kangkung sebagai merujuk penurunan harga barang di pasaran sebelum ini.

Oleh sebab itu, tidak menghairankan baik reaksinya mengenai Brazil mahupun kangkung, kedua-duanya menjadi bahan sindiran dan sendaan pengguna laman sosial. Bung Mokhtar juga menerima nasib yang sama, bukan saja mengenai kemenangan Jerman ini tetapi juga melalui banyak komen yang diberikannya sebelum ini.

Jika kita merasa sedih dengan adanya seorang Ahli Parlimen seperti Bung Mokhtar, kita juga sebenarnya sedih kerana terus mempunyai Perdana Menteri seperti Najib. Kedua-dua mereka, lebih kurang sama saja. (SH 10/07/2014)

6 comments:

  1. Cermin diri dan peribadi jadi hadiah terbaik pada diri sendiri. Syabas bro SH...

    ReplyDelete
  2. Jika Begitu Adakah Pasukan Bolasepak Malaysia lebih hebat dari Brazil? Mungkin Najib tidak tahu menahu bahawa Malaysia ada Pasukan Bolasepak. Adakah maksud Najib Kepimpinan Bolasepak Malaysia lebih hebat dari Brazil dan kerana itulah Malaysia tidak dapat masuk bertanding diWorld Cup ini? Otak Najib Memang banyak kekurangan....

    ReplyDelete
  3. Pepatah Orang Putih "Birds of the Same Feather Flock Together" memang tepat bagi Najib dan Orang Orang yang amat rapat dengan nya.
    Cuit mencuit diantara burung burung gagak memang biasa berlaku. Najib Cuit Bung dan Bung Cuit Najib....Jangan pula MB Selangor Khalid sudah memasuki digolongan bulu bulu yang sama warna?

    ReplyDelete
  4. Memang tepat,kedua-duanya tiada kepimpinan.Seorang namanya Panda seorang lagi bernama berok dari Kinabatangan.

    ReplyDelete
  5. Analogi najib tentang kepimpinan berkaitan kekalahan memalukan brazil. Klu dianalogi semula dgn kepimpinan negara sekarang, Scolari adalah pengurus brazil yg gagal itu, kepimpinan malaysia yg boleh dianalogikan sebagai scolari ialah najib senfiri. Klu selepas kempen piala dunia scolari letak jawatan, maka itulah juga tindakan najib.

    ReplyDelete
  6. industri sukan bola ada lh pesta judi paling hebat abad skrg. pikir2 kn lh

    ReplyDelete