Friday, 11 July 2014
Najib Atau Khalid Yang Terdesak?
Kehadiran Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim bersama Perdana Menteri, Najib Razak di majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO Selangor semalam menimbulkan banyak persepsi dan tafsiran. Sejak menjadi Menteri Besar Selangor, inilah kali pertama Khalid Ibrahim hadir di majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh parti dan pihak yang bermusuh dengannya.
Walaupun ada yang berhujah bahawa kehadiran itu adalah perkara biasa, mungkin kerana adanya jemputan daripada Majlis Tindakan Negeri Selangor yang diketuai oleh Noh Omar atau daripada Najib sendiri, malah dikatakan Anwar Ibrahim juga pernah minum teh tarik bersama Perdana Menteri sebelum ini, tetapi kehadiran Khalid ini tentulah berbeza sama-sekali.
Ini kerana Khalid hadir di majlis berbuka puasa itu di ketika kedudukannya sedang tergugat dan kepimpinannya semakin ditolak oleh rakan-rakan dalam PR, tetapi ketika kedudukannya tidak dipertikaikan, tidak pula beliau mahu hadir di majlis-majlis seumpama itu.
Apakah Khalid sekarang ingin menunjukkan beliau sudah ada tauke baru sebagai tempat pergantungannya? Apakah Khalid begitu terdesak untuk menyelamatkan kedudukannya?
Di sisi yang lain, UMNO memang mengetahui kedudukan Khalid sedang terancam sejak wujudnya apa yang dipanggil KajangMove lagi. Dengan serangan, kecaman dan desakan bertali arus agar Khalid segera diundurkan serta Khalid pula enggan mengalah, mungkinkah UMNO sekarang cuba menunjuk baik dengan menghukurkan dahan untuk bergantung kepadanya?
Sekali imbas, kehadiran Khalid di majlis berbuka puasa itu sambil bergurau senda dan gelak ketawa dengan lain-lain para pemimpin UMNO yang tahun-tahun sebelumnya mengutuk dan mencercaya, manakala pemimpin UMNO yang berada di situ juga seakan terlupa mereka pernah mengata macam-macam kepadanya, ianya seolah-olah mereka sama-sama mendapat manfaat daripadanya.
Mungkin dengan berbaik dengan UMNO, Khalid dapat bertahan lebih lama lagi di kerusi empuk Menteri Besarnya. Khalid juga mungkin beranggapan dengan menunjuk beliau boleh berbaik-baik dengan UMNO dan Najib, serangan dan kecaman terhadapnya bakal berkurangan kerana ia memberi gambaran jika beliau ditukarkan, tentulah beliau akan bekerjasama dengan UMNO dan menelanjangkan semua kepincangan PR selama ini.
Kiranya PR bimbang dengan kemungkinan itu, tidak mustahil Khalid akan dikekalkan sehingga pilihanraya akan datang.
Dan jika itu yang berkaku, maka tercapailah hasrat Khalid untuk kekal menjadi Menteri Besar sehingga habis penggal ini sebagaimana yang selalu disebutnya selama ini.
Selain itu, hubungan Khalid dengan Sultan Selangor juga secara tidak langsung menjadi lebih kukuh apabila beliau mula berbaik-baik dengan UMNO dan Najib. Ada kemungkinan juga akhirnya Sultan Selangor akan menolak sebarang pertukaran jawatan Menteri Besar yang mahu dicadangkan oleh PR, sebaliknya mahukan Khalid terus kekal sehingga akhir penggalnya.
UMNO pula, dengan hanya 12 kerusi yang dimilikinya, ia tentulah sedar peralihan Menteri Besar daripada PR kepada BN mustahil boleh berlaku. Walaupun PKR mempunyai 14 kerusi, tetapi berapa sangatlah yang boleh ditarik oleh Khalid jika beliau memutuskan untuk menjadi Bebas atau menyertai BN kerana kuasa politik parti itu di Selangor lebih ditentukan oleh pengaruh Anwar dan Azmin Ali selaku Pengerusi PKR negeri. Untuk menukar Menteri Besar pula, kerusi Pas dan DAP yang berjumlah 30 adalah halangan paling besar.
Oleh itu, berbaik-baik dengan Khalid yang hatinya sudah tiada lagi dengan PR, adalah satu-satunya jalan yang menguntungkannya UMNO. Bagi UMNO, biarlah Khalid terus kekal asalkan hatinya sudah berada dalam genggaman Putrajaya.
Melalui berbaik-baik dengan Khalid, UMNO dapatlah menunjukkan kepada rakyat Selangor bahawa mereka adalah parti yang baik dan budiman serta sedia berbaik dengan sesiapa saja, tidak seperti PR yang sentiasa bergolak dan berbalah. Jika pengundi Selangor melihat ini sebagai suatu kelebihan, ia mungkin memberi lebih peluang kepada BN untuk menawan kembali negeri itu dalam pilihanraya akan datang.
Tetapi dengan berjaya Khalid kekal sehingga habis penggal ini, yang pasti untung ialah UMNO dan kerajaan Pusat. Jika sebelum ini ia sudah pun berjaya memujuk Khalid untuk bersetuju dslam isu air dan peneruskan projek Langat 2 serta pembinaan Lebuhraya Kidex yang dianggap projek kepada kroni UMNO, dengan kekalnya lebih lama Khalid sebagai Menteri Besar tentulah lebih banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh UMNO dan Kerajaan Pusat.
Sebab itu, tidak menghairankan apabila Najib sendiri dilihat amat berbesar hati dengan kehadiran Khalid di majlis berbuka puasa semalam dah mengatakan, walaupun mereka berbeza dari segi politik tetapi boleh menjalinkan kerjasama dalam banyak segi.
Tidak mustahil selepas ini, dengan hubungan Khalid yang semakin renggang dengan rakan-rakan dalam PR sendiri, beliau akan terus dipergunakan, bukan saja untuk melaksanakan beberapa projek yang memberi keuntungan dan nilai tambah kepada UMNO tetapi juga untuk memberi gambaran bahawa PR bukanlah sebuah parti yang boleh mentadbir negeri dan negara dengan sebaik-baiknya.
Jika pun UMNO terdesak untuk berbaik-baik dengan Khalid, hanya itulah tujuannya.
Dengan Khalid sudah menunjukkan secara terbuka warna dirinya sekarang ini, jalan terbaik bagi PR ialah segera menukarkan beliau tetapi mestilah dengan cara yang paling berhemah dan berhati-hati. Menyimpan Khalid lebih lama mendatangkan lebih bahaya kepada cita-cita untuk kekal di Selangor dan juga membawa perubahan kepada negara. (SH 11/07/2014)
Salam Tuan,
ReplyDeleteSaya berpendapat yang Khalid telah tersilap langkah. Dia memang seorang pengurus yang baik tetapi tidak tahu berpolitik. Membelakang Tuannya dan rakan2 PR, Khalid telah pasti akan disingkir dari kerusi MBnya kerana telah berbaik dengan musuh dan rakyat yang memilihnya akan merasa geram dan tiada rasa simpati terhadapnya kerana berbaik dengan musuh yang sangat dibenci rakyat kini.
Saya menjadi boring dengan Anwar, Rafizi, Azmin dan PKR keseluruhannya dengan episod langkah ke Putra Jaya, Kajang Move, black out n banglanya.
ReplyDeleteLast-last hanya jawatan MB ajer yang dikejar bukannya nak mentadbir dan bekerja secara professional.
Rasanya bukan saya seorang yang tidak memiliki mana-mana parti politik.
Perlu diingat, jumlah yang tidak menjadi ahli kepada mana-mana parti poltik jauh lebih ramai dslam 32 juta penduduk dinegara ini.
Kami yang berumur 21 tahun ke atas adalah pengundi.
Undi je le UMNO...semuanya elok...baik dan hebat
DeletePKR akan Kecundang sama saperti PAS di Kedah!!! Sebab?
ReplyDeleteTabiat MB Selangor sama dengan MB Kedah sebelum tiba masa kehilangan kuasa!
Heboh pasal PKR dalam situasi tak tentu arah. Tapi pihak UMNO janganlah syok sangat. Dalam politik macam kekalahan Spain dan Brazil di Piala Dunia....anything can happen.
ReplyDeleteBagi sesiapa yang tak hirau rasuah, kroni dalam pimpinan UMNO .... teruskanlah sokong UMNO walaupun diri hidup "merana" dalam koskehidupan yang tinggi. Asal makan ikan murah, telur masin dan sedikit garam cukuplah.......
khalid... kenapa tamak sangat?? umo da dekat 70...sayang duit... hidup ni tak lama, besok x pasti untuk semua... sakit jantung tu perkara biasa bila da tua2.... beringat2 laaa
ReplyDelete