Thursday, 6 March 2014

Mungkinkah Masa Depan Anwar Berkubur?


Kini baru difahami mengapa tarikh penamaan calon dan hari pengundian pilihanraya kecil DUN Kajang dilewatkan sehingga menghampiri tempoh 60 hari yang dibenarkan oleh undang-undang. Walaupun SPR dimaklumkan mengenai tarikh kekosongan DUN Kajang pada 27 Januari 2014 tetapi tarikh penamaan calon hanya ditetapkan pada 11 Mac manakala hari pengundian pula pada 23 Mac.

Ini bermakna jarak masa antara tarikh kekosongan DUN Kajang dengan hari penamaan calon ialah selama 44 hari manakala dengan hari pengundian pula ialah 56 hari.

Walaupun kelewatan ini menimbulkan sedikit keanehan, namun Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof memaklumkan ianya berlaku kerana SPR tidak menjangka langsung akan ada pilihanraya kecil ini manakala SPR pula sedang sibuk menumpukan kepada tugas-tugas lain.

Jika tanggapan dulu tarikh itu sengaja dilewatkan untuk meletih dan membuat Anwar kepenatan, rupa-rupanya terdapat agenda lain yang lebih besar disebaliknya.

Hari ini dan esok iaitu 6 dan 7 Mac akan berlangsung perbicaraan kes liwat Anwar di Mahkamah Rayuan berhubung pembebasan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini. Oleh kerana perbicaraan hanya ditetapkan selama dua hari dan keputusan sama ada bersalah atau tidak akan diputuskan pada petang 7 Mac bersamaan hari Jumaat atau pada hari Isnin.

Tetapi Ahli Parlimen Bayan Baru, Sin Tze Tzin meramalkan hakim hanya akan memberikan keputusannya pada petang Isnin kerana pada pagi Isnin, 10 Mac adalah hari pembukaan sessi Parlimen yang akan dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong di mana Anwar, peguam Karpal Singh dan beberapa yang lain terpaksa menghadiri berada di Parlimen pada sebelah paginya.

Bagi Sin Tze Tzin, dengan keputusan dijangka pada petang Isnin dan jika Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, maka proses rayuan tidak dapat dilakukan pada petang tersebut kerana sudah melewati waktu pejabat. Ia seterusnya akan menyebabkan Anwar ditahan di penjara sehingga rayuan menangguhkan hukuman ke Mahkamah Persekutuan yang hanya akan dapat dilakukan pada keesokan harinya, 11 Mac.

Oleh kerana 11 Mac juga ditetapkan sebagai hari penamaan calon pilihanraya kecil Kajang dan Anwar harus menyelesaikan proses rayuannya terlebih dahulu, Sin Tze Tzin menjangkakan kebarangkalian adalah tinggi bahawa Anwar tidak sempat mengemukakan borang pencalonannya ssbagai calon pilihanraya tersebut.

Pada 11 Mac sebelah petang juga Anwar dijadualkan berucap di Parlimen membahaskan titah ucapan Yang Dipertuan Agong. Kiranya Anwar didapati bersalah, bermakna Anwar bukan saja tidak dapat menjadi calon di Kajang, bahkan juga terlepas daripada berucap di Parlimen sebagai Ketua Pembangkang.

Tanpa ragu-ragu juga Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata bahawa prosiding kes rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan yang ditetapkan di saat-saat akhir dan tarikh penamaan calon Kajang juga ditetapkan begitu lewat olrh SPR, ia seolah-olah langkah politik BN untuk menamatkan hayat politik Anwar.

Sekali imbas, pertembungan tarikh ini dilihat seperti disengajakan untuk menghalang Anwar bertanding di Kajang dan seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor. Tergambar bahawa ada ketakutan di pihak BN dan Najib Razak terhadap langkah KajangMove yang dilakukan oleh Anwar ini.

Perbicaraan hari pertama di Mahkamah Rayuan pula seperti mahu mengaibkan Anwar sekali lagi kerana yang sering dibangkitkan hanyalah berkenaan air mani dan air mani saja. Mesej ini seolah-olah sengaja ditujukan kepada pengundi Kajang.

Dan sekiranya benar seperti yang dijangkakan bahawa akhirnya Anwar didapati bersalah, maka sahihlah segala yang diramalkan itu. Cuma, apakah benar jika Anwar didapati bersalah, dipenjarakan sekali lagi dan dihalang daripada bertanding di Kajang, kebangkitan rakyat akan mati dan PR juga akan berkubur?

Atau mungkinkah dengan segala halangan ini akan menyebabkan kebangkitan rakyat lebih membara lagi?

Jika ini yang berlaku, sama ada Anwar dihalang atau tidak, riwayat Najib dan BN tetap tidak selamat juga?

Tetapi bagaimana pula jika keputusan Mahkamah Rayuan mendapati Anwar tidak bersalah? Sudah tentu semangat Anwar dan penyokong PR akan melonjak lebih tinggi, bukan saja untuk menghadapi pilihanraya kecil Kajang tetapi juga menuju Putrajaya menjelang pilihanraya 2018 nanti. Dalam masa yang sama, sudah tentu juga sekali lagi Najib dan BN didakwa mempunyai niat jahat membawa Anwar ke mahkamah dalam kes liwat ini kerana terbukti sudah dua mahkamah iaitu Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepadanya.

Meskipun mungkin ada yang beranggapan bahawa jika Anwar dipenjarakan sekali lagi, bukan saja masa depan politiknya akan berkubur, malah tempoh hayat politik BN diramalkan akan terus berkekalan tetapi jangkaan ini tidak semestinya betul. Dengan pelbagai masalah dihadapi rakyat, kebencian terhadap perangai pemimpin politik yang sudah membara sekian lama serta kesedaran rakyat makin meninggi sekarang ini, memenjara dan menghalangnya daripada bertanding mungkin juga akan menghasilkan natijah yang songsang.

Maknanya, lagi Anwar dihalang dan lagi beliau dipenjarakan, lagi membara kebangkitan rakyat. Ini kerana kebangkitan ini bukan lagi berkaitan dengan Anwar semata-mata tetapi sudah menyeluruh mengenai kesedaran rakyat mengenai hak yang sepatutnya lebih baik boleh diperolehi daripada sesebuah kerajaan berbanding sebelum ini. Anwar dan PR sebenarnya hanyalah alat kepada rakyat.

Sama ada keputusan Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah atau sebaliknya, ia sebenarnya tetap tidak berupaya memulihkan imej dan keyakinan rakyat terhadap Najib serta kerajaan. (SH 06/03/2014)

23 comments:

  1. Hidup tuan terlalu banyak 'fantasi' sedangkan anwar atau najib akan menghadapi tiap satu segala kemungkinan penuh dengan kematangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. admin tetap dengan pendapatnya.. menulis apa yg dirasakan betul baginya.. pendapat org lain semua nmpak x brapa betul saja..
      post terdahulu: "Anwar Sebagai MB Selangor Seharusnya Dialu-alukan".. sekarang Anwar x bole brtanding .. maka tanya lah admin siapa calon yg lebih layak menggantikan Anwar dlm PRK Kajang ini.. kalo tanya org lain nanti jawapan nya ialah... x payah susah2 buat PRK pn.. kekalkn Khalid sbg MB Selangor.. beliau tidak ada kes pelik2 dituduh fitnah yg bukan2 di mahkamah..

      Delete
  2. Sekiranya badan perundangan mempamerkan wajah hodoh mereka, pelabur2 asing tentu akan hilang kepercayaan kpd negara ini. Pelabur baru tidak akan masuk sementara pelabur2 sedia ada akan memindahkan pelaburan ke negara lain yg lebih meyakinkan. Yg menjadi mangsa adalah rakyat dan generasi seterusnya. Hakim yg membuat keputusan membebaskan Anwar dulu terkhilafkah atau Shafiee yg cuba untuk mengkhilafkan hakim perbicaraan sekarang ini? Apakah semudah itu menuduh hakim dulu itu terkhilaf?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai penyokong PKR "tekhilaf" dengan menyokong keputusan hakim2 terdahulu. :)

      Delete
  3. kekadang aku beranggapan ini semua adalah bala ALLAH kpd anwar kerana pernah memalingkan muka dr Pas dn bersahabat dgn parti komunis melayu @ umno ....

    ReplyDelete
  4. Tuan Shah,
    Mati hidup srmula pun saya tak percaya dan tak mungkin akan percaya dan dapat terima hikayat dan mitos liwat I dan II karya UMNO BN ni. Kes ini serta cara ianya dikendalikan di mahkamah tak ubah macam cerita doremon dan pokemon saja. Ada ka munasabah lepas kena liwat dengan Anwar,
    Saiful biarkan pula bontotnya ditembusi plastik (konon dipaksa). Kalau dah tak suka dan rela diliwat, kenapa tak lari saja dari tempat tersebut. Kanak kanak yang sindrom down pun mampu lari jika tidak suka dibuay begitu, inikam pula Saiful tu. PEMBOHONG DAN PENDUSTA SUPER MEGA SI SAIFUL NI. Yang pasti dan SANGAT PASTI kes liwat I dan II ini adalah satu versi kartun hasil produksi UMNO BN Production. Mereka mereka yang terlibat dalam episod pendakwaan dan penghakiman adalah pelakun pelakun yang membawa watak penting yang dipilih khusus untuk menguatkan lagi kesan lawak kartun. Penonton yang mempercayai kartun versi ini afalah setaraf pemikiran kanak kanak yang menggilai cerita cerits merapu begini. Pelik kan bila kes yang sangat meragukan ini boleh dibicarakan di mahlamah dan rayuan pendakwa boleh dibenarkan sedangkan kes kematian Altantuya yang lebih jelas buktinya malah pelaku bunuh telah akui itu perbuatannya tapi pendakwa seakan tidak berminat buat rayuan terhadap pembebasan tertuduh
    Nampaknya Malaysia sejak era Mahathir hibggalah ke Najib ini....MAHKAMAH DAN SISTEM PERUNDANGAN TELAH IKUT DIKARTUNKAN. Punah dan hancur masa depan dan rakyat negara ini. Bersedialah menerima situasi dan suasana lebih teruk dan pelik dimasa depan selagi puak haloba dan tamak lagi keparat parti UMNO BN terus dibiar berkuasa. Kena batang hidung diri dan keluarga sendiri baru kalian akan tahu rendah tingginya langit ciptaan Ilahi ini.

    ReplyDelete
  5. Anon 9:27

    Saya tak tahu la Saiful berbohong atau tidak. Tapi kalau mangkuk hayun yang bernama Anwar Ibrahim tu, memang sah-sah terbukti sebagai manusia hidup berbohong berkali-kali....ingat ancaman bunuh dan kedutaan Turki? Ingat sakit leher? Ingat arsenik? Ingat mangkuk tua tu terbaring atas stretcher waktu Bersih dulu?....PEMBOHONG tak layak jadi pemimpin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana anda tahu Anwar Ibrahim berbohong, apakah anda jadi pasangan liwatnya sehingga segalanya anda mengetahui ?

      Delete
    2. Anon 13.51.

      Aku tak nampak pun anon 11.58 kata Anwar berbohong dalam kes liwat. Dia cuba sebut pasal pembohongan Anwar mengenai ancaman bunuh hingga lari bersembunyi di kedutaan Turki...pembohongan mengenai arsenik, lakonan sakit leher dan lakonan berbaring atas stretcher. Kalau kau ikut sejarah politik Anwar, dia berbohong tak habis-habis. Atas pentas, depan Datuk Haji Suhaimi dia kata takkan cabar Haji Suhaimi tanding ketua pemuda Umno...tapi esoknya dia umum nak lawan. Lidah biawak punya mengkarung.

      Delete
    3. Strategi politik Anwar sering luar biasa, dan kerap bersifat memberontak, dan mencemuh. Siapa lagi yang belum kena cemuhannya? Dalam ketenangan selepas solat, ramai rasa terguris dengan permainan politik isu Allah. Mereka yang Anwar tidak cemuh pun rasa pedih terguris.

      Delete
  6. Liwat cuma mainan mahathir firaun untuk mnutup kebrobrokannya terhadap anwar yg mngetahui selokbelok politik sadis mahathir.
    Kita bukan pnyokong fanatik yg tiada asas untuk d sokong tapi ktahuilah saya takkan percaya hingga kiamat pun Anwar peliwat.

    Mahathir bukan dr kturunan mlyu tapi yahudi yg sanggup berbuat apa saja fitnah hingga ke hujung nyawAnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes Liwat II tak ada kena mengena dengan Mahathir la, bro.
      Lu kenal Anwar sejak bila?
      Berapa dekat lu kenal dia?
      Bab liwat gua tak campur, tapi bab berbohong...mengkayakan kawan-kawan...korbankan musuh-musuh politiknya masa dalam UMNO, tak siapa boleh lawan Anwar.

      Delete
    2. Kita harus bersyukur wujudnya anugerah tuhan (anuar Ibrahim) di Malaysia, hinggakan "gangster melayu" pun dah mula giat dan ambil peduli pasal politik Tanahair :)

      Aku pun tak pedulik sangat kes Liwat ni.. tapi aku tak rela kalau anwar jadi PM Malaysia atau MB Selangor.

      Delete
    3. Hari Anwar lari ke kawasan kedutaan Turki, ramai dah rasa terdetik, dia memang takut. ......... Bila ramai peguam Islam tarik diri dari membela Anwar, ramai dah dapat teka.......

      Delete
  7. Anwar Ibrahim mungkin akan akhiri kerjaya politiknya di penjara jika kalah bicara dalam mahkamah rayuan pada 6, 7hb. Mac.2014 ini. Namun saya percaya Anwar tidak keseorangan dalam mempertahankan maruah dirinya yang telah diaibkan selama 16 tahun oleh bekas parti nya yang terdahulu UMNO Baru. Lawan tetap lawan.

    Ramai dikalangan pemimpin UMNO Baru sama ada yang hampir mati, sudah tua atau separuh tua beriya-iya mengungkit isu moral yang dijadikan alasan untuk menghalang cita-cita Anwar menjadi apa saja keinginan beliau.

    Bila disebut isu liwat maka akan dilihat kononnya perbuatan itu amat keji disisi agama islam. Tapi bila disebut isu rasuah pula semuanya senyap membisu seperti biawak kenyang. Macam Sial.

    Jika benar Anwar meliwat, beliau hanya menyusahkan beberapa orang saja tapi isu rasuah yang diamalkan oleh semua pemimpin UMNO Baru khasnya dari Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty@ Mahathir bin Mohamed sehingga Najib Razak telah melibatkan semua rakyat terpaksa tanggong hutang negara. Apakah perbuatan rasuah itu mulia disisi agama islam ?

    Saya menyokong Anwar Ibrahim kerana Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty @ Mahathir bin Mohamed sehingga kini tidak mampu mengaitkan Anwar dengan isu rasuah tetapi menggunakan isu liwat sebagai cara untuk menutup perbuatan rasuahnya ketika beliau memerintah selama 22 tahun yang lalu.

    Itu juga menunjukkan bahawa Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty @ Mahathir bin Mohamed adalah ahli politik yang tidak berwibawa dan hipokrit.

    Jika dibandingkan dengan mana-mana pemimping dalam UMNO Baru, Anwar adalah pemimpin yang jujur dalam mempromosikan idealogi politiknya untuk keadilan semua anak bangsa Malaysia.

    Kalau melayu mamak boleh kita sokong selama 22 tahun lamanya, mengapa kita tidak boleh memberi peluang dan menyokong kepada melayu siam pula memerintah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau dah check Anwar itu keturunan apa? Kak Wan keturunan apa? Kau tahu berapa ramai 'budak-budak Anwar'' yang dikaya rayakan oleh manusia yang kau ingat suci tu? Kau nak aku bagi nama? Bapa, abang adiknya semua kaya masa dia berkuasa, bro...

      Delete
    2. Cakap tak serupa bikin...jaga lubang dubur saiful jangan sampai kena kau yang mrliwat pulak.

      Delete
    3. Sedangkan Nabi Muhammad SAW tak mengaku peliwat sebagai umatnya, apatah lagi kalau nak biarkan dia jadi PM Malaysia. Nauzubillah. Mamat yang muat turun komen ni mungkin baru dalam politik Malaysia. Begitu mudah ditipu oleh kata-kata dusta Anuar Ibrahim. Bak kata Anon 9:49";

      "Kau dah check Anwar itu keturunan apa? Kak Wan keturunan apa? Kau tahu berapa ramai budak-budak Anwar yang dikaya rayakan oleh manusia yang kau ingat suci tu? Kau nak aku bagi nama? Bapa, abang adiknya semua kaya masa dia berkuasa, bro..."

      Delete
    4. Anwar akan terus diperkuda dengan masalah liwat. Penyokong Anwar sangka Mahkamah Malaysia menganiaya beliau, tapi negara lain dah susun strategi macam nak pulas telur Anwar kalau dia jadi PM kerana video Anwar bersepah dalam stor perisik negara lain.

      Delete
  8. senang saja, bersumpah. sebelum kes liwat 2, sumpah adalah mainan anwar. sap2 suey saja dia bersumpah di stadium sultan muhammad keIV di kelantan selepas dia keluar jel dulu. sekrang dengar perkataan sumpah, dah tercirit. macam2 dalih. dah didapati tak bersalah, sumpah sajalah.

    anyway, anwar kemukakan rayuan nak tolak datuk shafiee lebih awal lagi dari keputusannya nak jadi mb selangor. memang taktik dia nak cari alasan.

    untuk sesiapa yang rasa anwar ni maksum, sila rujuk http://socialistmalaysia.tripod.com/oldstuff/news0812.html. dapat tahu sedikit sebanyak siapa manusia bernama anwar ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada siapa pun yg anggap Anwar tu maksum. Masalahnya perbicaraan kes liwat I dan II banyak tunggang langgang dan caca marba. Begitu juga perbicaraan kes Altantuya.

      Dalam kes liwat II misalnya dikatakan konon ada air mani milik lebih dari seorang termasuk oir mani Anwar dan Saiful sendiri dalam bontot Saiful, kenapa Anwar saja dipersalahkan. Hukuman yang sama tak pula berlaku kepada Hanif dalam kes pembunuhan seorang eksekutif wanita satu masa dulu. Hanif dibebaskan kerana terdapat mani milik lebih seorang di kemaluan si mati. Kenapa Anwar tak dibebaskan walhal kes yang dituduh terhadap beliau tidak pun melibatkan kehilangan nyawa?.

      Begitu juga dalam kes Altantuya. Kenapa Sirul yang mengaku bunuh Altantuya dibebaskan?.Kenapa Sirul dan Hazilah yang merupakan pengiring Najib yang membunuh Altantuya dan tidak orang lain dikalangan 30 lebih 30 juta penduduk. Kenapa mahkamah tak berminat mahu tahu bagaimana Sirul dan Hazilah mengenali Altantuya?.

      Rakyat Malaysia yang cerdik dan berakal matang serta berprinsip akan faham. Cerdik saja tapi ada kepentingan peribadi dan kecut menyatakan kebenaran lebih baik mati dari hidup. Mahkamah dan perundangan ternyata telah dikartunkan regim UMNO BN. Pendakwaan dan penghukuman terpilih mrnjadi senjata sekelompok manusia tamak dalam kerajaan yang memerintah sekarang. Bila parti UMNO dikuasai keturunan Mandeliar dikementerian strategik...inilah jadinya. Melayu hancurkan Melayu kerana tamak haloba, spesis Mandeliar senyum kerana jarum mereka mengena sasaran. Kepimpinan Melayu yang berkualiti habis ditolak dan dimusnahkan karir mereka gara gara cengkaman mandeliar dalam UMNO BN. Maruah boleh dibeli dengan hanya BR1M, sekampit beras dan sehelai baik atau pelikat.

      Delete
    2. hang baca tak transkrip mahkamah untuk kedua dua pertuduhan @Altantuya dan @Liwat?? atau hanya dengar ceramah sebelah pihak. Ini semua kesilapan kepimpinan Mahathir Mohamed yang terkhilaf pandangan terhadap segelintir rakyat yang kurang mendapat pendidikan dan kemahiran untuk berfikir.

      Tanpa disedari, pihak penyokong tegar PKR terkhilaf dalam menyatakan sokongan terhadap hakim-hakim terdahulu. :) Good start or you guys to accept that Anuar Ibrahim involved in Sodomi.

      Hidup Khalid Ibrahim!!

      Delete
  9. I really hope that Anuar Ibrahim's supporter making riot in Malaysia; toppling malaysian government like indonesian, turkish, egyption, thai, etc have ever done before. They have success to reform their own country to be more worst.

    But before you done it, asked for yourself; what will you get? better life? why don't you ask them??

    A person who direct you to topple your own government, are now plan to topple their own elected MB and their own state government? Where the hell you guys got this kind of leader? A leader who promoting slogan "Lawan Tetap Lawan" seem to be afraid to spoke in his own court's case? even worst, dragged and delay the case. Is the the man who fight for liberty or justice?

    I believed a party that rules your government have enough money to buy more than 40 member who known to be very closed to your leader. :)

    Guys, I really love malaysian people :)

    ReplyDelete