Tuesday, 4 March 2014
Gossip Ku Nan Dengan Erra Fazira, Jangan Lepas Ni Betul Pulak!!
Dengan tidak semena-mena tiba-tiba muncul gossip mengenai hubungan yang dikatakan sudah terjalin antara Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor dengan aktress yang belum habis edahnya, Erra Fazira. Sampai ke tahap mana hubungan mereka atau ia betul-betul hanya khabar angin tidaklah diketahui, tetapi kedua-duanya pantas menafikan adanya hubungan itu.
Tengku Adnan yang lebih mesra dengan Ku Nan apabila ditanya mengenai gossip yang berlegar itu segera menafikannya. Menurut Ku Nan, beliau adalah lelaki yang sudah berkahwin dan bahagia dengan perkahwinannya.
Erra pula kemudiannya turut menafikan beliau mempunyai hubungan atau mengenali Ku Nan, malah terkejut dan mengatakan beliau tidak pernah mengenali pun Setiausaha Agung UMNO dan Ahli Parlimen Putrajaya itu.
Erra juga berkata, beliau terlalu sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki ketika ini.
Apabila timbul gossip sedemikian, mereka yang terbabit memang pantas menafikan tetapi kerap juga berita yang bermula dengan penafian akhirnya betul-betul menjadi kenyataan. Terutama dalam politik, berita yang dinafikan itu selalunya ada kebenarannya, bak kata pepatah, pokok takkan bergoyang kalau tidak ditiup angin.
Tetapi zaman sekarang, pokok juga bergoyang kerana sengaja digoyang atau mungkin kerana ada kera yang sedang menggoyangnya.
Terakhir berita yang dinafikan tetapi akhirnya benar-benar berlaku ialah mengenai pilihanraya kecil Kajang dan ura-ura Anwar mahu menjadi Menteri Besar Selangor. Ketika mula beritanya timbul, semua menafikannya, termasuk Anwar sendiri tetapi lihatlah apa yang berlaku sekarang.
Begitu juga ketika Anwar mahu dipecat daripada kerajaan pada 1998 dulu, berkali-kali Mahathir menafikannya. Bahkan sehari sebelum pemecatan Anwar dan ketika ia sudah menjadi perbualan hangat, Mahathir tetap menafikannya.
Dalam dunia artis lagi parah, mereka paling suka menafikan sesuatu berita dengan mengatakannya ianya sekadar gossip atau khabar angin meskipun mereka sendiri tahu kebenarannya. Yang sudah ada anak pun boleh menafikan mereka berkahwin, apatah lagi menafikan bercinta dan mempunyai hubungan mesra. Daripada sepuluh artis yang membuat penafian, lapan daripadanya selalu menjadi kenyataan.
Oleh itu, walaupun kedua-dua Ku Nan dan Erra Fazira telah menafikannya, jangan percaya 100 peratus dulu penafian mereka. Tunggu dua atau tiga bulan lagi, atau paling lama setahun daripada sekarang barulah boleh diputuskan untuk mempercayai atau tidak penafian mereka ini.
Kadangkala penafian hanyalah untuk menutup mulut orangramai daripada terus berbicara. Dunia artis selalunya begitulah. Dunia politik pula turut terikut-ikut dengan tabiat penafian ini.
Kadang-kadang juga mungkin betul mereka belum kenal sekarang ini tetapi setelah adanya gossip ini, masing-masing mula menyimpan perasaan dalam hati. Lalu kemudian mencari saluran untuk berkenal-kenalan dan menjalin persahabatan.
Apabila menjadi kenyataan, lalu dikatakan sudah takdir Tuhan.
Baik Ku Nan mahu pun Erra Fazira, tiada salahnya jika hubungan itu benar-benar wujud. Ini kerana Ku Nan adalah lelaki yang berkemampuan dari segi zahir, manakala Erra pula sudah keseorangan dan tidak lagi menjadi milik sesiapa sekarang ini.
Lagi pula hubungan mesra atau perkahwinan antara orang politik dengan artis bukanlah perkasa asing atau tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia sudah berlaku sejak dulu dan sentiasa berlaku sehinggalah sekarang.
Cuma, kalau sudah ada penafian yang cukup pantas ini, janganlah pula akhirnya menjadi kenyataan pula! (SH 04/03/2014)
betol tu...macam Zizi Ezzett dgn orang tua dari Kina Batang An. Kalau betul ada keinginan, cakaplah. Tapi kalau Erra dgn Adnan (Tengku Fraud), macam pinang di steamroll lagaknya. Maafya, kalau terguris hati Tengku Fraud.
ReplyDeletesri hartamas
Leleki boleh kawin 4, tidak salah poligami
ReplyDeleteMaassalam Sdr Din. Kak rasa adelah lebih mulia kita - don't go this road - we better people than them - not worth covering. Focus on the rakyat -centric lagi banyak budi dan pahala - lain la kaki belit - sapu & penyangak Negara NR duo!
ReplyDeleteNasib baik filem Bin R `The Wolf of WS' tak raih ape2 di Oscar if NOT sibuk muka sorang tu nk Jet ke sana! Kot kata ke dubai tapi ke Oscar!
Bkn boleh caya!
Salam tuan, sedikit pembetulan. Dari segi feqah, Erra Fazir tu masih lagi isteri Engku Emran kerana belum habis edah.
ReplyDeleteJadi ayat tuan "tiada salahnya jika hubungan itu benar-benar wujud..." adalah salah dan bertentangan dari sudut fekah. Bagaimana seorang isteri boleh mempunyai hubungan dengan lelaki lain pula.
Pada saya, pandan jumhur ulama' lebih tepat berbanding pandangan peribadi seperti ini.
Walaubagaimanapun, saya mengikuti entry tuan yg bernas dan maafkan saya sekiranya teguran ini agak berbeza dari pandangan tuan.
Wasalam.