Monday, 3 February 2014

Salahkah Anwar Terus Mengejar Cita-Cita Jadi PM?


Kejutan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dengan bertanding di DUN Kajang dan kemungkinan besar menjadi Menteri Besar Selangor selepas itu, membuatkan orangramai bercakap kembali mengenai cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri. Dalam PRU 13 lalu, cita-cita Anwar itu tidak kesampaian berikutan jumlah kerusi yang dimenangi oleh PR hanyalah 89 berbanding BN sebanyak 133.

Meskipun kekurangan bilangan kerusi tetapi dengan penguasaan undi popular sebanyak 51 peratus, lantas menyebabkan Anwar menangguhkan persaraannya. Beliau barangkali meyakini peluang sebenarnya ialah pada PRU 14.

Meskipun tidak berjaya menggapai cita-cita ke Putrajaya, Anwar tetap penting dalam perjalanan politik negara. Beliau tidak tenggelam begitu sahaja. Berita mengenainya jarang tidak menarik perhatian ramai. Dengan berjawatan Ketua Pembangkang, beliau sering bercakap mengenai perpaduan, konsensus nasional, kritikannya terhadap Najib, teguran kepada kerajaan dan sebagainya dan semuanya menjadi berita yang diperbualkan rakyat. Malah kejadian beliau dihalang memasuki negara Jepun juga menjadi bahan berita yang menarik dan ini membuktikan Anwar masih merupakan bahan berita yang menarik, di sebalik kegagalannya dalam PRU 13 lalu.

Jika Mahathir sering dikatakan sebagai sumber berita yang menarik bagi akhbar dan media baru, Anwar mungkin berada di kedudukan kedua dalam perkara ini.

Namun sejak berita mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang dan diikuti dengan keputusan rasmi beliau bertanding di kerusi itu, Anwar kembali menjadi sorotan ramai. Beliau menjadi pehatian media dan berita mengenainya dikejar setiap saat oleh pencari berita, tidak kira yang memihak atau memperlekehnya. Beliau dilaporkan akan menjadi Menteri Besar Selangor dan akan menjadikan jawatan itu sebagai tangga untuk melangkah ke Putrajaya pula.

Mahathir sendiri mengakui hakikat itu dengan menyatakan keupayaan mentadbir negeri dengan baik akan dijadikan tiket bagi membuktikan kemampuannya mentadbir negara pula. Tambah Mahathir, jawatan Menteri Besar Selangor hanyalah tangga untuk Anwar mengejar cita-citanya yang sebenar iaitu menjadi Perdana Menteri.

Bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin atau juga mengakui hakikat yang sama dengan membayangkan melalui jawatan Menteri Besar yang disandangnya, Anwar akan menjadi pencabar yang hebat untuk merampas kerusi Perdana Menteri yang kini disandang oleh Najib Razak.

Dalam masa yang sama, menyedari bahawa jawatan Menteri Besar mungkin memberi kelebihan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat dalam PRU 14 nanti, usaha menghalangnya menduduki kerusi itu turut dibuat. Untuk BN menewaskan Anwar di Kajang, mungkin sesuatu yang mustahil berdasarkan mood dan kedudukan BN yang tidak popular ketika itu, lantas usaha menghasut mengenai kuasa Sultan Selangor pula dilakukan.

Ahli akademik, peguam, pemimpin NGO dan peguam pencen tiba-tiba ghairah membuat tafsiran mengenai kuasa Sultan Selangor dalam melantik Menteri Besar. Semua mereka memberi hujah yang cenderung untuk menghalang Anwar daripada menjadi Menteri Besar dengan memberi bayangan Sultan ada hak menolak Anwar dan memilih calon yang disukai oleh baginda.

Mereka yang memberi hujah dan pandangan ini bukan saja menampakkan warna yang jelas sebagai pro BN dan tidak mahu Anwar menjadi Menteri Besar dengan harapan Sultan akan menerima bulat-bulat hujah dan tafsiran mereka tanpa menyedari bahawa Sultan juga ada kebijaksanaan sendiri di samping baginda juga mempunyai penasihat-penasihat yang cukup arif mengenai undang-undang serta perlembagaan negeri.

Tenampak ketakutan yang amat sangat di kalangan sesetengah pihak kiranya Anwar berjaya menduduki kerusi Menteri besar Selangor akan memudahkan lagi laluannya menuju Putrajaya.

Menghalang Anwar daripada menjadi Menteri Besar sepatutnya dilakukan dengan usaha yang lebih keras bagi memastikan beliau tewas di Kajang dan bukannya dengan cuba menghasut Sultan atau mengajar baginda mengenai tafsiran undang-undang dan perlembagaan negeri.

Soal sama ada percaturan Anwar kali ini akan memudah akan menyulitkan lagi matlamatnya ke Putrajaya biarlah masa dan takdir Tuhan yang menentukannya. Tetapi Anwar memang seorang yang tidak mudah putus asa serta mempunyai daya juang yang tinggi. Beberapa bekas menteri turut melahirkan kekaguman terhadap daya juang Anwar dan berkata, jika mereka yang dihadapkan dengan pelbagai cabaran dan dugaan seperti itu, sudah lama mengambil jalan berundur dan mengalah saja.

Di sebalik pelbagai cabaran, dugaan serta masalah yang membelenggunya, sumbangan beliau juga sebenarnya adalah besar. Anwar telah berjaya mewujudkan barisan pembangkang yang kuat melalui kesepakatan beberapa parti dan ini amat baik dalam sistem demokrasi. Kewujudan pembangkang yang kuat dan tidak berjaya dibentuk oleh mana-mana pemimpin sebelum ini telah menyumbang beberapa faedah yang bermanfaat kepada rakyat dan ini haruslah diakui sebagai sumbangan terbesarnya kepada rakyat dan negara.

Melalui kekuatan pembangkang ini, kerajaan menjadi lebih bertanggungjawab dan tidak boleh lagi bertindak sesuka hati mentadbir negara. Tindakan kerajaan mewujudkan BR1M serta pelbagai bentuk bantuan lainnya, menukar pinjaman tabung PTPTN menjadi biasiswa dan lain-lainnya tidak lain adalah bertujuan untuk menunjukkan kerajaan lebih prihatin kepada rakyat bawahan dan menyaingi janji yang dilakukan oleh pembangkang.

Sekiranya kekuatan pembangkang ini berterusan dan politik kita menjadi sistem dua parti iaitu BN dan PR, nikmat yang diperolehi oleh rakyat tentulah lebih berganda lagi. Sesiapa yang menjadi kerajaan akan berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat agar dalam pilihanraya yang seterusnya mereka terus diberikan sokongan.

Mana-mana kerajaan yang tidak baik, tidak amanah dan tidak menunaikan janji pula boleh ditukar oleh rakyat dengan memberi peluang kepada parti lain pula menjadi kerajaan. Inilah sistem yang telah menjadi amalan di beberapa negara maju sekarang ini.

Dalam konteks negara kita, walaupun pengejaran cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri tidak dinafikan mempunyai unsur untuk kepuasan peribadi dan matlamat yang dipendam sejak sekian lama tetapi memandangkan bersamanya turut berkembang suasana politik yang semakin matang, faedah untuk rakyat juga turut ada.

Ini kerana Anwar dan Pakatan Rakyat, dalam usaha menarik sokongan, telah menjanjikan perlbagai faedah serta pembaharuan untuk rakyat dan negara jika mereka diberi kuasa. Kiranya janji-janji itu diyakini dapat ditunaikan dan pembaharuan yang dijanjikan juga boleh menjadi kenyataan, tidak mustahil mereka mampu mengungguli kuasa.

Setelah kuasa diperolehi pula, sekiranya ia gagal ditunaikan, rakyat juga mempunyai pilihan untuk kembali menerima BN semula. Namun kiranya mereka mampu menunaikan janji dan terbukti menggembirakan rakyat, sokongan akan terus diterima.

Sistem dua parti dan kerajaan yang boleh bertukar ganti harus diakui lebih baik daripada membiarkan sesebuah kerajaan memerintah selama 50 atau 100 tahun tanpa henti-hentinya. Inilah yang seharusnya difahami di sebalik Anwar terus berusaha mengejar cita-citanya. (SH 03/02/2014)

14 comments:

  1. Tuan,

    Dengan sistem pilihanraya yang ada, daftar pengundi yang diragukan dan pecahan kerusi yang memihak kepada UMNO/BN - amat sukar untuk pembangkang menang.

    Jika kita serius untuk mewujudkan sistem pilihanraya yang adil perkara-perkara diatas perlu diperbetulkan. Pembetulan ini tidak boleh dibuat jika SPR tidak direformasikan dan diletak dibawah pa4limen.

    PRU 13 adalah contoh yang terbaik untuk menjelaskan bagaimana faktor-faktor ini akan memenangkan UMNO/BN selama-lamanya.

    Sebenar dalam PRU 13 kekentalan UMNO/BN yang bersandarkan faktor-faktor diatas agak goyah sedikit. Disebabkan faktor ini begitu kukuh,k3goyahannya dapat diatasi dengan melakukan sedikit pengukuhan seperti BR1M, memainkan isu perkauman dan ugama, tabur duit kerajaan sana sini dll.

    Setelah reinforcements ini dilakukan kedudukan UMNO/BN kembali stabil dan faktor-faktor diatas k3mbali berperanan seperti dalam PRU-PRU sebelumnya untuk memenangkan UMNO/BN.

    Dalam PRU 14 nanti pe4kara sama akan berulang dan sekali lagi menyelamatkan UMNO/BN. Kali ini kerja lebih senang dengan adanya duit yang banyak hasil mencekik rakyat secara licik melalui GST.

    Anggaran hasil tambahan dari GST ialah sekitar RM 30.75 billion setahun. PRU 14 hanya sekali je sekitar 2018. Kalau tabur sekemuanya RM 30.75 billion tahun tu untuk beli undi pun berbaloi kerana lepas tu masih ada 5 tahun lagi untuk joli katak atas keringat rakyat. Pada mereka,siapa suruh biarkan diri ditipu dengan umpan duit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saranan saudara ada kebenaran nya. Yang kelihatan masih berjaya di lakukan UMNO/BN ada lah "MEMPERBODOH" kan orang Melayu. Setelah 50 tahun di usaha kan tentu sukar untuk di ubati. Itu sebab masih ada dari kalangan mereka yang beranggapan bahawa, "TANPA UMNO" Melayu akan mati. Ungapan tersebut kelihatan sukar untuk di kikis dari minda orang Melayu. Kecuali kalau anak anak mereka berfikiran terbuka, celik IT dan mau berubah.

      Selain dari "MEMPERBODOH"kan orang Melayu. "KEMISKINAN" juga menjadi senjata ampuh buat UMNO/BN.

      Selain dari berusaha, mari lah kita sama sama bermunajat ke hadirat Ilahhi agar di buka kan mata hati mereka yang masih buta.

      Delete
    2. Parti UMNO Baru yang hebat dan dominan dalam Barisan Nasional tapi memilih Najib yang lemah dan takut debat jadi perdana menteri bermakna siapa saja khasnya Anwar Ibrahim juga boleh jadi perdana menteri kerana beliau mempunyai ideologi yang lebih baik dari Najib.

      Delete
    3. Bat8.... cara penulisan anda seolah-2 umnobn tiada langsung penyokong, tidak pernah memerintah, tiada apa-2 jasa... apakah dgn mengubah semua yang awak "sangkakan" tak betul itu, akan menyebabkan PR akan menang? apakah ko ingat rakyat semuanya bodoh mcm korang? apakah ko ingat rakyat lupa dgn kejahatan anwar sewaktu menjawat TPM? apakah mereka lupa kpd segala kehinaan anwar dlm kes liwat, video lucah semua tu?... ingatlah disebalik kejayaan korang yg sedikit melalui politik hina PR, terdapat kuasa yang besar yang memisahkan anwar dari kuasa, memisahkan melayu islam dari ditimpa bala... iaitulah kuasa Allah azzawajalla... biarpun apa sekali pembohongan korang, fitnah korang... ternyata Allah masih bersama melayu islam di malaysia.

      Delete
  2. Selagi umno menyerang Dsai dengan politik fitnah selagi itulah perjuangan politik Dsai relevan.Jika selama ini MB Selangor terbukti mampu mentadbir ekonomi negeri Selangor dengan makmur dan Dsai adalah pelengkap kepada kejayaan kerajaan PR tersebut dengan menangkis serangan demi serangan sentimen agama oleh umno dinegeri Selangor.Anggaplah serangan politik sentimen agama tanpa henti di Selangor sebagai suatu jemputan kepada Dsai menyelesaikannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politik fitnah kepala bapak ko... kes liwat, video lucah tu semua fitnah?... gila ke apa......

      Delete
    2. Kesian....melayu 50SEN ni penyokong tegar permainan politik dalam mahkamah rupanya..

      Pergi ambil 50SEN kat najib lepas tu pergi main jauh jauh.

      Delete
  3. Kepala bapak ko yang tidak hormat kes mahkamah.Tak akan mahkamah ikut cakap bapak ko.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak bila pula anwar hormati mahkamah??? Dah tu lebih 60 kali menangguhkan kes.... Penangguhan kes adalah merupakan penafian keatas keadilan...

      Delete
  4. ini salah manusia yang mengamalkan budaya fitnah sebagai cara menghalang manusia yang tidak sependapat dengannya.

    ReplyDelete
  5. Hairan saya. Korang (anon2) penyokong al jubb, korang makan apa sampai percaya yg anwar tu bersih suci murni? Sampai video tu pun korang nak nafi? Cuba tengok tangan lelaki dlm video tu.... Tengok pulak tangan anwar... Pasti korang terpaksa membohongi diri dan mengakui mereka adalah manusia yg sama.... Kecualilah korang dah makan tahi anwar... Tu lain lah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam dunia politik tiada siapa yang boleh menentukan siapa sokong siapa... kerana sesiapa saja berhak untuk sokong orang yang mereka suka tanpa mempedulikan keburukan mereka.

      Ada orang suka pada Najib, ada orang sayang pada Tun Mahathir, dan ada orang sokong Anwar Ibrahim.

      ...apa masaalah dan penyakit yang saudara hidapi sehingga marah pada orang yang sokong ahli politik yang mereka suka ?

      Delete
  6. kepala bapak kau macai lembu umno.kalau dah bangang & jahil,
    tulisan Shahbudin nampak fikiran terbuka,
    tulisan Aspan alias nampak hati fikiran berserabut dendam

    ReplyDelete
  7. Sesiapa pun berhak mengejar impian dan cita masing-masing dan anwar tidak terkecuali..tetapi untuk menjadi Perdana Menteri saya berpendapat ianya tidak masuk akal kerana isu moralnya masih belum selesai..mungkin penyokong tegar beliau seperti Tuan akan terus mengangkat maqamnya tetapi yang akan menjahanamkan impiannya bukannya UMNO kerana terlalu banyak cubaan masih beliau berjaya tetapi akan mempunyai rahsia dan senjata untuk TANAM anwar adalah Rakan2 DAP yang menyimpan segalanya..dan barangkali Anwar tak mustahil Jadi PM tapi hanya transit sahaja dan ini berlaku semuanya akan menjadi haru biru.

    ReplyDelete