Wednesday, 5 February 2014
PRK Kajang Dilewatkan Untuk Meletihkan Anwar?
Dalam langkah yang dianggap sedikit luar biasa, SPR akhirnya mengumumkan tarikh pembuangan undi bagi pilihanraya kecil DUN Kajang ialah pada 23 Mac depan, manakala tarikh penamaan calon pula pada 11 Mac. Luar biasanya tarikh yang diumumkan ini ialah kerana SPR dimaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang pada 27 Januari dan hampir dua bulan dari tarikh itu iaitu 23 Mac, baru ditetapkan sebagai hari pengundian.
Meskipun perkara ini dibenarkan iaitu SPR mesti menetapkan tarikh pilihanraya dalam tempoh 60 hari daripada tarikh dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang oleh Speaker Selangor, namun menetapkan tarikh sehingga ke penghujung tempoh tidak pernah berlaku sebelum ini.
Biasanya SPR akan menetapkan tarikh sesebuah pilihanraya hanya beberapa minggu selepas mereka dimaklumkan mengenai kekosongan sesebuah kerusi itu.
Dalam pilihanraya kecil terakhir iaitu di Kuala Besut berikutan kematian ADUNnya, Dr Abdul Rahman Mokhtar pada 26 Jun 2013, SPR yang membuat pengumuman mengenai tarikh pilihanraya kecil tersebut pada 5 Julai, telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 12 Julai dan pengundian pada 24 Julai.
Jarak masa daripada tarikh pengumuman dibuat dengan tarikh penamaan calonnya seminggu sahaja.
Begitu juga dalam pilihanraya umum ke 13 lalu di mana selepas saja Parlimen dibubarkan pada 3 April oleh Perdana Menteri, Najib Razak, beberapa hari selepas itu SPR telah menetapkan tarikh penamaan calon ialah pada 20 April manakala hari pengundian pula pada 5 Mei.
Jarak masa daripada Parlimen dibubarkan dengan tarikh penamaan calon hanyalah 17 hari sahaja.
Namun dalam pilihanraya kecil Kajang di mana SPR dimaklumkan secara rasmi mengenai kekosongan kerusi tersebut ialah pada 27 Januari, tetapi mereka menetapkan tarikh penamaan calon pada 11 Mac manakala pembuangan undi pada 23 Mac.
Ini bermakna jarak masa daripada tarikh kekosongan kerusi DUN Kajang dengan tarikh penamaan calon ialah selama 44 hari manakala jarak masa sehingga hari pengundian pula ialah 56 hari.
Terlihat ada sedikit keanehan dan kedudukan SPR sebagai badan bebas turut mengundang pertikaian. Tetapi jawapan Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof ialah, "SPR tidak menjangka langsung akan ada pilihanraya kecil ini. Buat masa ini kita menumpukan perhatian kepada urusan lain dibawah tanggungjawab SPR. Tetapi apabila pengumuman yang tidak disangka-sangka ini berlaku iaitu ada wakil rakyat neletakkan jawatan, kita kena ubah gear...ubah semua sekali untuk membuat persediaan," jelasnya.
Selain itu, tambahnya, SPR juga perlu menyediakan daftar pemilih yang lengkap, seberapa bersih yang mungkin, tempat mengundi, tempat penamaan calon, tempat pengiraan undi dan semua ini mesti dipersetujui pemilik bangunan.
Dalam masa yang sama, ujar beliau, SPR juga perlu menguruskan mengenai dakwat kekal yang turut memakan masa dan juga latihan untuk mengelakkan berlakunya kesilapan dalam mengisi borang dan sebagainya.
Ok, logik ke jawapan SPR itu atau ia satu lagi lawak jenaka dalam negara?
Penamaan calon bagi pilihanraya umum di seluruh negara yang memerlukan SPR membuat lebih persediaan dan latihan, boleh diadakan 17 hari selepas Parlimen dibubarkan tetapi hanya untuk satu DUN Kajang, SPR memerlukan 44 hari membuat persiapan.
Pelbagai spekulasi dan cakap-cakap kedengaran mengenai tindakan SPR menetapkan tarikh pilihanraya kecil DUN Kajang yang begitu lewat daripada kebiasaannya. Antaranya ia dikaitkan dengan kes rayuan kes liwat Anwar di Mahkamah Rayuan yang akan didengar pada 11 Februari ini. Wujud andaian bahawa kes tersebut akan digunakan sebagai bahan kempen pilihanraya dah ini merupakan kaitan yang tidak boleh diketepikan. Tambahan pula Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan sudah pun mengesahkannya.
Spekulasi lain ialah mengenai pemberian BR1M yang akan bermula pada pertengahan Februari ini dan tempoh pembayaran dijangka selesai dalam masa sebulan. BN dikatakan memerlukan BR1M sebagai salah satu bahan kempen utamanya di Kajang dan bagi menunjukkan kepada pengundi pemberian itu merupakan salah satu usaha kerajaan menangani kos sara hidup rakyat yang sedang meningkat.
Alasan lain mengapa pilihanraya kecil ini dilewatkan ialah untuk meletihkan Anwar dan jentera Pakatan Rakyat. Memandangkan mereka sudah mula turun padang mengadakan majlis penerangan, kempen dan program turun padang menemui pengundi sebaik saja DUN Kajang diisytiharkan kosong dan Anwar diumumkan sebagai calonnya, semua itu terpaksa diteruskan sehingga ke hari pengundian.
Ini bermakna untuk pilihanraya kecil Kajang ini, Anwar dan jentera Pakatan terpaksa meneruskan kempen dan bakal berkempen hampir dua bulan lamanya. In berbeza dengan UMNO dan BN yang belum pun menggerakkan jenteranya lagi.
Meskipun BN tiada harapan untuk menang, tetapi dengan melewatkan tarikh pilihanraya boleh membuatkan ramai orang keletihan, jemu, bosan dan mungkin sesetengahnya pula akan menyalahkan Anwar dan Pakatan kerana sengaja membenarkan ADUNnya meletak jawatan serta menimbulkan kesusahan dengan adanya pilihanraya kecil ini.
Strategi ini bersama bantuan BR1M dan keputusan Mahkamah Rayuan sekurang-kurangnya diharapkan melemahkan Anwar dan menjadikan undi diperolehinya turut menurun. Memandangkan mencapai kemenangan nampak mustahil, mengurangkan undi adalah pilihan yang dianggap terbaik bagi BN berbanding tidak meletakkan calon yang mungkin ditafsirkan sudah mengaku kalah sebelum berjuang. (SH 05/02/2014)
This Is What Women Really Want !!
ReplyDeletehttp://mantopbro.blogspot.com
Bila anwar memberi alasan tentang strateginya..tuan embrace dan sanjung kehebatannya..bila UMNO berstrategi tuan kutuk pulak...
ReplyDeleteUmno bukan berstrategi tapi SPR tu sendiri adalah parti komponen BN.
DeleteBetul bro...itu bukan UMNO berstrategi tapi SPR yang mengaku "telus" berstrategi
DeleteBila anwar begitu supreme dan mempunyai absolute power di negeri selangor hinggakan mencabar BN dan SPR bertindak balas..Bila SPR membuat kenyataan yang tidak menyenangkan..Tuan terus bersikap double standard..Musuh Anwar sebenarnya di dalam Pakatan Rakyat bukannya BN dan UMNO..
ReplyDeleteKalau Anwar bukan musuh Umno, takkan mat maslan awal-awal lagi nak buat cerita porno tentang Anwar!
Deletetahu takpa..
Deleteorang yang rapat dengan macam mat maslan ni..diorang tahu siapa anwar yang sebenarnya sebab tu diorang akan buktikan kepada rakyat kebenarannya walaupun susah...
DeleteSaya bersetuju dengan saudara, pilihanraya kecil Kajang diumumkan oleh tidak seperti pilihanraya kecil yang lain. Tindakan itu memberi petunjuk kepada kita bahawa sesiapa saja yang menjadi calon bertanding dalam pilihanraya sebenarnya bukan melawan calon dari Barisan Nasional tetapi berdepan dengan tipu muslihat sistem Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia yang sentiasa mencari kesempatan untuk memberi kemenangan pada calon BN.
ReplyDeleteDaftar Pemilih yang tidak telus dan tidak tersusun. Tipu dakwat yang tidak kekal dikatakan kekal. Pengundi pos yang diragui ketelusannya ditukar menjadi pengundi awal. Pengundi hantu. Pendatang asing diberi ic biru.
Itu semua adalah diantara kecurangan SPR dalam memutarbelitkan kewibawaan pilihanraya yang tidak adil lebih memihak kepada calon yang mewakili BN. Kerana itu mereka begitu yakin menggunakan isu moral boleh memberi kemenangan kepada calonnya dalam pilihanraya tersebut.
Semuga pekerja pilihanraya Pakatan Rakyat tidak akan leka dan terpedaya dengan tipu muslihat Suruhanjaya Pilihan Raya di Kajang.
Bila dah menjadi penulis upahan...cara berfikir memang akan lain macam...
ReplyDeleteTak apa, rendahkanlah lagi martabat saudara...semoga standard saudara akan sama dengan macai-macai belaan UMNO dan PR yang lainnya.
PRK KAJANG BUANG MASA DAN MEMBAZIR
ReplyDeleteK.pop 160 juta lg bazir
ReplyDeleteoleh kerana DACING SENGET kebuntuan utk memilih calon yg sesuai maka mereka terpaksa meletakkan TIANG LAMPU utk menentang anwar
ReplyDelete"SPR tidak menjangka langsung akan ada pilihanraya kecil ini ... " juga bermaksud SPR tak menjangka ADUN Kajang akan letak jawatan. Jadi dalam kes DUN Kuala Besut, ADUNnya meninggal dunia, PRK dapat diadakan segera, adakah SPR telah menjangka ADUNnya akan meninggal dunia?
ReplyDeleteTepat sekali komen saudara!
DeleteSPR,BN kedua duanya BANGANG!!!!!banyak sangat makan KANGKUNG kot.....
ReplyDeletewww.aim.gov.my
ReplyDeleteDalam umur 70an, Anwar sudah agak tua untuk megetuai negara. Dilihat Khalid Ibrahim pun tidak selincah sekarang dibanding ketika beliau menjadi pengerusi pnb. Anwar sendiri pun sudah mula hilang ummph tidak seperti zaman reformasi dahulu. a
ReplyDelete53% rakyat sudah sedar.... lagi 47% ni x tau nk jadi apa
ReplyDelete