Friday, 28 February 2014

Kesian Rosmah Mansor....


Secara tiba-tiba isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor mengeluh tentang masanya yang kini telah diambil oleh rakyat sehingga tidak mempunyai kesempatan lagi untuk melayan hobinya sendiri, terutama bermain badminton yang menjadi kegemarannya sebelum ini.

Berucap dalam satu majlis semalam, beliau berkata, "semua telah diambil rakyat, termasuk masa dan hobi saya. Saya sampai tiada masa untuk bermain badminton sekarang. Saya hanya luangkan masa untuk rakyat".

Ucapan Rosmah ini agak menghairankan kerana siapa yang menyuruhnya sibuk-sibuk atau menyibukkan diri menjaga rakyat. Tiada siapa yang memintanya berbuat demikian, bahkan beliau tidak dibayar gaji pun untuk menjaga rakyat. Beliau bukanlah wakil rakyat, menteri atau seumpamanya.

Beliau hanyalah isteri seorang Perdana Menteri yang perlu menyokong kerjaya dan menemani suaminya dalam program-program tertentu yang memerlukan kehadirannya. Tetapi ketika Najib ke pejabat, tidak perlulah beliau ke pejabat sama. Tiada siapa yang marah jika ketika Najib ke pejabat, beliau hanya berehat di rumah dan tidak berjumpa rakyat.

Sebagai isteri Perdana Menteri atau bahasa canggihnya, First Lady, bagaimanapun beliau bolehlah mengaktifkan dirinya dalam program-program ringan seperti yang biasa dilakukan oleh mana-mana isteri pemimpin lain di dunia ini. Isteri Presiden Amerika, Michelle Obama misalnya sering terlibat dalam program-program santai seperti bersama kanak-kanak, wanita, menghadiri program kebajikan, pertunjukan fesyen amal dan sebagainya.

Jika ditambah dengan program Permata pun, Rosmah sebenarnya tidaklah sesibuk mana. Tapi kenapa semua masanya diambil oleh rakyat sampai tiada masa bermain badminton? Adakah Najib menderanya untuk melakukan kerja-kerja bertemu rakyat?

Rosmah sebenarnya tidak perlu mengeluh kerana tiada siapa mewajibkannya melayan rakyat daripada pagi sampai petang dan kemudian bersambung hingga ke malam. Kerja melayan rakyat adalah kerja suaminya, menteri-menteri adan wakil rakyat yang sudah dibayar gaji oleh kerajaan.

Tetapi jika beliau melakukannya kerana suka-suka atau ingin membantu Najib, berpada-padalah. Curilah masa untuk hobi sendiri seperti membeli-belah, bertemu kawan-kawan atau bermain badminton dan janganlah sampai terlebih sibuk daripada wakil rakyat, menteri atau pegawai di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang memang dibayar gaji untuk kerja demikian.

Ada seorang bekas pegawai Najib yang ketika berkhidmat dulu menjadikan setiap hari Khamisnya untuk beliau bermain golf bersama kawan-kawannya. Di hujung minggu tertentu pula, pegawai terbabit juga masih mempunyai masa bermain golf sehingga ke Indonesia dan Thailand sedangkan beliau lebih dikehendaki membantu bossnya melayan rakyat.

Jika pegawai Najib sendiri yang memang dibayar gaji untuk sebahagiannya ialah melayan rakyat masih mempunyai banyak masa melayan hobi golfnya, agak menghairankan juga bagaimana Rosmah sampai tiada masa untuk bermain badminton.

Lagi pun, baru beberapa hari lalu ketika menyampaikan sumbangan air mineral di Cheras, Rosmah mengelak ketika didekati wartawan dengan alasan beliau hanyalah suri rumah dan bukannya ahli politik.

Kalau hanya suri rumah, kenapa sampai sibuk sangat sehingga tiada luang waktu untuk bermain badminton?

Ternampak ada kecelaruan di sini, sekejap suri rumah dan sekejap yang lain sebagai penjaga rakyat paling sibuk. Kalau hanya suri rumah sebagaimana yang diakuinya, disitulah sebenarnya kepuasan dan pahala untuknya. Sebagai suri rumah tetapi menyibukkan diri mahu menjaga rakyat sama, belum tentu dapat pahala, apatah lagi jika mengabaikan suami dan mengeluh kemudiannya.

Bagaimanapun mungkinlah tugasnya sibuk dengan rakyat dan menemui pelbagai kelompok manusia sekarang ini berikutan suasana politik tidak lagi stabil, bahkan yang mendesak suaminya berundur pun makin ramai. Selain pihak pembangkang dan yang terbaru, Hindraf pula bersuara dengan desakan yang serupa, bekas Perdana Menteri, Mahathir serta Daim Zainuddin pula sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengganggunya.

Mungkinlah semua ini yang mengganggu Rosmah untuk meluang masa daripada hobi badmintonnya. Alahai, kesiannya...

Namun, jika Rosmah terlampau ingin melangsaikan hobinya yang banyak tertangguh selama ini, beliau bolehlah juga meminta suaminya agar berundur dengan segera. Kemudian berbadmintonlah dengan sepuasnya. (SH 28/02/2014)

13 comments:

  1. dia nak minta simpati la tu, merengek sebab karier PM suami dia semakin Nazak. itu sebenarnya ..

    pen buruk online ™

    ReplyDelete
  2. Mungkin dia lah PM kita. Suami nya hanya jurucakap.

    ReplyDelete
  3. Ngam la tidak masuk gelanggang badminton, gegaran yg kuat tidak baik untuk gelanggang............ Damam

    ReplyDelete
  4. Pergi gym langsingkan badan lagi lebih baik.

    ReplyDelete
  5. RM ni jenis makhluk yg tak tau malu@takde kemaluan tapi punya ambisi melangit.utk dptkn sebentuk cincin 24juta dia sanggup 'menabung' duit rakyat semenjak dia lahir.familinya di lenggeng bgtau..dia juga sanggup berdukun sana sini semata-mata utk mendptkn NR sibibir merah.koleksi beg tangannya aje blh membina ribuan PPRT walaupun kita semua tau brape gaji + elaun lakinya.malangnya rakyat malaysia dpt spesis '1st lady'(ini dia yg mngaku.bkn rakyat malaysia yg ikhtiraf)seperti ini...

    ReplyDelete
  6. tapi ada pula seorang ketua menteri yg baru bersara sudah terlebih bekerja siang-malam sehingga pendapatannya dianggarkan 46 billion.
    billion bukan million

    ReplyDelete
  7. Yang Kesihan adalah puak melayu 3 Garis, Perkasa, Pekida Yang mati matian BEREBUT nak cium kaki RM dengan perbuatan mereka terhadap Video Jenaka MP Seputeh..... inikah Maruah orang Melayu UMNO sekarang?? Tak Tahu Tamadun Langsung?? Tak ada ubat untuk binatang begini...melainkan masa kat lokup kemudian kat Neraka!!

    ReplyDelete
  8. Menyibuk ke buat-buat sibuk? Entahlah tu.........

    ReplyDelete
  9. Betul la, takda masa main BADMINTON pasal selalu main BEDMINTON. TT kata Gemok, Pendek dan Hudoh!!!!!

    ReplyDelete
  10. ..laaa....tak tau la pulak Badak Sumbu pun reti main badminton.hahaha.. Kalau dah gemok gedempol, tak payah kecoh la kata rakyat ambik masa kau sampai tak ada masa nak exercise... The reality is, wahai badak sumbu, kurangkan makan (esp. duit haram dari rakyat)..insyallah eventually kurus la badan tu..

    ReplyDelete
  11. si Rosmah ni lebih sudu dari kuah.mengaku luang masa untuk rakyat.kelakarnya badak air seekor ni.ha ha ha

    ReplyDelete
  12. bila aku ambil masa dia tah..? tollllong sikittt...

    ReplyDelete
  13. Sdr shah, tak perlu nak keluarkan cerita betina sial ni. Not worth. Siall betina ni yang telah menjahanamkan bangsa melayu ni. Salam

    ReplyDelete