Sunday, 23 February 2014
Kemenangan Anwar Adalah Penolakan Mutlak Kepada BN
Pilihanraya kecil DUN Kajang semakin hampir tarikhnya. Calon-calon yang bakal bertanding juga sudah dumumkan. BN menamakan Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun manakala PKR sejak awal meletakkan Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim. Beberapa calon Bebas juga turut mengumumkan hasrat untuk bertanding tetapi kebarangkaliannya mungkin hanya Zaid Ibrahim yang berani mengotakan kata-katanya.
Sekarang ini yang perlu ditunggu hanyalah tarikh 11 Mac untuk diketahui secara rasmi siapakah yang bakal bertanding dalam pilihanraya itu.
Sejak awal pengumuman kekosongan pilihanraya ini, sasaran semua pihak tidak lain ialah Anwar Ibrahim. Langkah Kajang yang bakal menjadikan Anwar sebagai ADUN dan seterusnya MB Selangor seolah-olah sesuatu yang wajib dihalang oleh semua pihak.
Mahathir dan Daim yang sebelum ini dilihat sudah menghidupkan enjin untuk memulalan serangan terhadap kepimpinan Najib yang terus-terusan dilanda pelbagai masalah, kemudiannya turut mengalihkan sasarannya kepada Anwar. Mahathir terutamanya, melalui beberapa komennya, terpampang ketakutan yang amat sangat terhadap kemaraan Anwar dan sedang menggagahkan dirinya yang sedang menginjak usia 89 untuk menentang bekas TPM yang pernah dipecatnya itu.
BN pula, walaupun menyedari pilihanraya Kajang tidak mampu mengubah apa-apa kedudukan mereka di Selangor, atas desakan agar tidak memberi laluan percuma kepada Anwar dan mengelak dianggap penakut, akhirnya menamakan Chew Mei Fun yang dianggap bersih, bermoral tinggi dan rajin bekerja sebagai calonnya. Dibahu wanitanya disandarkan harapan untuk menewaskan Anwar dan juga melonjakkan imej MCA.
Calon Bebas Zaid Ibrahim juga, hasratnya bertanding tidak lain ialah untuk menghalang Anwar daripada menjadi MB Selangor.
Beberapa orang yang turut mahu menawarkan diri sebagai calon Bebas (entah jadi, entah tidak) sebelum ini seperi Nallakaruppan, penyanyi Herman Tino dan Yuktes Vijay juga hasrat mereka semata-mata untuk menghalang Anwar.
Barangkali ini pertama kali dalam sejarah begitu ramai yang mahu menawarkan diri bertanding sebagai calon Bebas bukan disebabkan tidak bersetuju dengan kerajaan yang memerintah tetapi semata-mata untuk melawan Ketua Pembangkang. Malah calon-calon Bebas ini lebih mirip menyokong kerajaan.
Jika diambil kira dengan beberapa NGO, badan bebas, ahli akademik dan sebagainya yang tidak henti-henti mencipta hujah agar Anwar dikalahkan dalam pilihanraya ini, dan seperti sedang bergandingan tangan bersama BN, Mahathir dan calon-calon Bebas itu, ia seolah-olah Anwar sedang berhadapan dengan gerombolan yang sangat besar dan gagah yang mahu menewaskannya.
Selain Tuhan yang menjadi sandaran Anwar dan PR dalam pilihanraya ini, harapan mereka yang seterusnya ialah agar pengundi Kajang dapat menggunakan kebijaksanaan sendiri dalam membuat pilihan yang tepat dan bijaksana.
Bagaimana jika akhirnya Anwar menang juga dalam pilihanraya ini? Dengan gerombolan yang terlihat begitu besar mahu menewaskannya, bagaimana juga jika akhirnya majoriti Anwar melebihi 6,824 undi sepertimana yang diraihnya dalam PRU 13 lalu?
Haruslah diingat bahawa selain cabaran yang besar itu, pilihanraya kecil ini juga diadakan ketika rakyat baru saja menerima pemberian tunai BR1M bernilai RM650. BN tentulah mengharapkan sekurang-kurangnya BR1M ini memberi kesan yang positif untuk mengubah kecenderungan pengundi Kajang dalam membuat pilihan.
MCA pula, selain meletakkan calonnya yang dianggap terbaik serta kepimpinan tertingginya pula baru saja mengalami perubahan, pilihanraya ini juga menjadi ujian sama ada parti itu masih melekat di hati pengundi Cina atau sebaliknya.
Secara rasionalnya, sementara Anwar sedang digasak habis-habisan, pilihanraya ini juga menampilkan cabaran yang besar kepada BN dan semua pihak yang terlibat seperti UMNO, MCA, Najib, Mahathir dan lain-lainnya jika akhirnya kemaraan Anwar tidak mampu disekat.
Kemenangan Anwar adalah petanda buruk kepada BN dalam menghadapi PRU 14 nanti yang memerlukan semua yang terlibat, terutamanya Najib dan Mahathir agar segera memasang cermin besar di rumah masing-masing dan menatap wajah sendiri dengan lebih kerap berbanding biasa. (SH 23/02/2014)
Kepada semua ahli UMNO Baru Selangor, Apakah anda tidak takut pada Anwar Ibrahim ? dinasihatkan jangan keluar malam, kerana hantu Anwar Ibrahim ada dimana-mana dalam DUN Kajang. Jika anda langgar pantang maka anda akan dicekik sehingga hidup anda akan jadi seperti Tun Mahathir hidup senang jiwa tidak tenang.....
ReplyDeleteUmno selama ni telah menggunakan segala taktik kotor kapada dsai. Beliau masih ok. Malah bertambah kuat. Jadi untuk umnongok2 ni fikir baik2. Mesti ada sebab yang mengapa tidak berjaya. Jika ianya berlaku kapada pemimpin2 umnogok dah lama hancus dan padam.
ReplyDeleteSalam para pengundi Kajang! Selaku warga bandar Kajang ini, bagi memastikan pimpinan UMNO BN sentiasa sedar diri terhadap tanggung jawab sebenar sebuah kerajaan yang diberi mandat, parti yang mewakili pembangkang yang kuat harus diberi kemenangan dalam PRK Kajang ini. Kerajaan hari ini masih tidak peka terhadap desakan dan kesukaran hidup rakyat akibat kenaikan pendapatan yang tidak seimbang dengan kos kehidupan ekoran rantaian kenaikan harga barangan keperluan non-stop selain peningkatan kejadian jenayah serta isu perkauman. Sedar atau tidak, kerajaan UMNO BN hari ini mewarisi stail memerintah ala penjajah yang mengamalkan "dasar pecah dan perintah". Isu perkauman sengaja ditiup agar sentiasa ada prasangka antara kaum demi mengukuhkan parti parti berasaskan perkauman dalam BN. Kerajaan hari ini sanggup melihat pertumpaham darah antara kaum dan agama asalkan mereka berjaya pertahankan kekuasaan Malaysia. Sedarkah wahai para pengundi Kajang bahawasanya kebanyakan kes dan isu yang berkaitan agama samada melibatkan perhimpunan pelampau, kes pembakaran atau letupan bom di gereja. Kes daging dan kepala babi dilontar ke dalam masjid, kes polis terjumpa bahan letupan menjelang perhimpunan anjuran parti pembangkang dan banyak lagi, hampir kesemua kes tersebut gagal diselesaikan polis dan hanya sekitar 2% saja tangkapan pihak yang melakukannya berjaya dibuat polis. Kenapa polis Malaysia yang sering didakwa kerajaan sebagai antara yang terbaik didunia gagal selesaikan banyak isu isu sensitif ini?. Seseorang yang berakal tentu akan tahu jawabannya. Selagi UMNO BN kekal, rakyat Malaysia pelbagai kaum akan terus hidup dalam prasangka sesama sendiri. Integrasi kaum cuma laungan kosong. Ia boleh meledak satu ketika nanti bagaikan sebiji "time bomb". Untuk itu demi masa depan Malaysia dan generasi kemudian, mainan kotor UMNO BN harus dihentikan walau dengan apa cara sekali pun. Dalam PRK Kajang ini kita wajib pastikan BN ditumbangkan sebagai mesej bahawa UMNO BN harus berubah dan perbetulkan diri atau beri laluan kepada pihak lain yang mungkin lebih berkemampuan. Ingatlah...kalau tidak mahu diri kita atau anggota keluarga mati tanpa pembelaan sebagaimana berlaku terhadap Altantuya dan ramai lagi, UMNO BN tidak harus diberi mandat lagi. Dan ingat juga....BR1M diwujudkan hanya disaat parti pembangkang kuat. Jadilah pengundi dan rakyat yang bijak kerana kuasa rakyat boleh tentukan arah mana yang kita mahu tuju. Bijak bijaklah mengguna kuasa yang ada ditangan kita.
ReplyDelete