Friday, 21 February 2014

Chew Mei Fun Calon BN, Perkasa Wajib Jadi Tukang Kempen Utama


BN akhirnya memutuskan calonnya bagi berhadapan dengan Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil DUN Kajang pada 23 Mac depan ialah Naib Presiden MCA, Chew Mei Fun. Meskipun beliau seorang wanita, tetapi dengan kedudukannya dalam MCA serta pengalamannya pernah menjadi Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen sebelum ini, beliau dianggap calon terbaik untuk menghalang Anwar daripada memenangi kerusi itu dan seterusnya menjadi MB Selangor.

Dengan sahnya BN turut menyertai pilihanraya kecil ini dan mengelak untuk membiarkan Anwar hanya ditentang oleh calon Bebas dan sekaligus boleh menjimatkan wang kerajaan, pengundi Kajang sudah boleh membayangkan kemeriahan kempennya yang pasti disusuli dengan pelbagai pengumuman projek segera bernilai juta-jutaan ringgit untuk mendapatkan sokongan.

Menyedari cabaran BN dalam pilihanraya ini bukannya mudah dan Najib sendiri mengakui perlunya BN bekerja dua kali ganda daripada biasa, limpahan projek pembangunan dan seumpamanya juga mungkin turut berlipat kali ganda jumlahnya.

Menariknya pilihanraya kecil ini bukan saja kerana ia akan membuka jalan kepada Anwar menjadi MB Selangor dan BN pula cuba menghalangnya, tetapi pihak yang turut menyertai pilihanraya ini juga adalah semata-mata untuk menghalang kemaraan Anwar itu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim mengumumkan hasratnya bertanding adalah semata-mata untuk menghalang Anwar menduduki kerusi MB Selangor dan mengekalkan Khalid Ibrahim di kerusi tersebut, meskipun tiada sesiapa yang memintanya berbuat demikian.

Calon Bebas lain yang turut mengumumkan untuk bertanding seperti Nallakaruppan, Yuktes Vijay dan Herman Tino, walaupun hasratnya juga mahu menghalang Anwar, mungkin sudah hilang semangat meneruskan niat masing-masing berikutan pengumuman yang dibuat sebelum ini langsung tidak mendapat sambutan.

Zaid juga dijangka tidak mampu memberi saingan yang hebat dan persaingan sebenar adalah antara PKR dengan BN.

Menariknya juga pilihanraya kali ini ialah kerana ia telah menyebabkan NGO pendesak Melayu, Perkasa turut menjadi mamai dan tidak keruan pendiriannya. Pada peringkat awal, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, Perkasa tidak mahu terlibat dalam pilihanraya kecil ini kerana ia tidak membawa sebarang perbezaan kepada Selangor.

Menurutnya, pilihanraya itu diadakan lebih untuk kepentingan peribadi individu tertentu dalam PKR dan kalah atau menang tidak membawa perbezaan kepada politik Selangor.

Bagaimanapun beberapa hari kemudian, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang terdengar ura-ura bahawa MCA bakal mencalonkan Chew Mei Fun untuk berhadapan dengan Anwar, lantas menyokong pemilihan itu dan menganggapnya sebagai pilihan yang tepat untuk menewaskan Anwar.

Bagi Ibrahim yang mengaku beliau 1000 lebih hebat daripada Anwar Ibrahim, pemilihan Chew Mei Fun yang pernah meletakkan jawatan daripada MCA kerana tidak bersetuju dengan bekas Presiden MCA sebelumnya, Chua Soi Lek yang dikaitkan dengan isu moral dan penyebaran video seks, adalah pilihan paling tepat untuk membawa obor kemenangan BN.

Sokongan Ibrahim itu menjadikan beliau seolah-olah memangkah pendirian awal yang pernah dinyatakan oleh Syed Hasan yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Kelab Chedet iaitu sebuah kelab yang menyokong perjuangan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.

Mungkin secara kebetulan atau barangkali BN memang menerima pakai hujah Ibrahim Ali itu, hari ini Muhyiddin Yassin secara rasmi menyatakan bahawa BN bersetuju untuk memilih Chew Mei Fun sebagai calon BN di Kajang untuk berhadapan dengan Anwar.

Maka, dengan persefahaman secara tidak langsung ini, Ibrahim Ali dan Perkasa wajib menjadi tukang kempen utama untuk pilihanraya kecil ini. Ia bukan saja untuk membuktikan kebenaran bahawa Chew Mei Fun sebagai calon yang paling tepat dari segi moral dan kualitinya untuk membawa kemenangan kepada BN tetapi juga untuk mengesahkan Ibrahim Ali benar-benar 1000 kali lebih hebat berbanding Anwar.

Ibrahim dan Perkasa kini tiada pilihan lain, kecuali sama-sama menyingsing lengan berkempen untuk kemenangan cakon daripada MCA itu walaupun sebelum ini NGO pendesak Melayu dan parti berasaskan kaum Cina itu pernah berbalah dalam beberapa isu yang melibatkan kepentingan Melayu. (SH 21/02/2014)

11 comments:

  1. Cantik! Ternyata PERKASA telah di PERKOSA oleh Najib dan Mei Fun. Betul betul fun ! Ha ha ! Mana PEKIDA? Apakah PEKIDA juga telah di "PUKIDA" oleh Syeikul Al Najib dan "Ustazah" Melayu Mei Fun ! Really funny ! Jelas hujan tak turun walau pun suara katak melaung laung malah kemarau mulai ambil tempat. Apakah katak bakal kering kontang dan hanya akan menyepi bawah tempurung?

    Katak tetap katak. Hobby melompat. Dan dalam kes Kajang ini, prinsip katak Pasir Mas masih tetap melompat lompat. Katak Pasir Mas dah rabun. Bagi katak katak jenis ini...Mei Fun adalah "ustazah" Melayu. Ha ha ha. Hidup Melayu ! Hidup Melayu!. Nampaknya katak katak ini dah tertelan ludah dan kahak sendiri. Yiiii...geli !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua setuju dgn Anon 21Feb 2014. Apasal Braheng Katak dan PERKOSA nya jadi bisu?. Bukankah kaum Melayu penghuni majoriti di Kajang. Woi Braheng..jom demo. Kita sembelih ayam dan curah darah ke muka Najib sebab dah hina maruah Melayu. Ayuh Braheng. Kalau ini caranya macam mana nak pertahan " Melayu Tak Kan Hilang di Dunia ". Di Kajang pun Melayu dah hilang. Sejak bila Mei Fun tu masuk Melayu. Kah kah kah. Braheng..Braheng. Lu cuma meriam buluh dan tong kosong. Pakatan yang dikatakan anti Melayu pulak yang pertahankan Melayu. Malu oiiii.

      Delete
  2. Umno dah takde telor terpaksa letak wanita pula untuk lawan musuh mereka yang kental.Kalu macam ni lebih baik umno tutup kedai saja.Memalukan umat melayu!

    ReplyDelete
  3. Dalam PRK Kajang, gua tak sokong Melayu yang peliwat, kaki penipu, putar alam, pengkianat bangsa, penyokong Yahudi, LGBT, pluralisma, yang menyokong Kalimah Allah di gunapakai dalam Bible dan tah ape2 lagi. Sorry lah bro......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau setakat anda dengan sekeping kertas undi, macam mana boleh kalahkan Melayu yang peliwat, kaki penipu, putar alam, pengkianat bangsa, penyokong Yahudi, LGBT, pluralisma, sedangkan ada puluh, ratus dan ribu ahli UMNO Baru sokong orang itu ?

      Lebih anda baik rawat hati yang sakit itu sebelum jadi kanser....

      Delete
  4. Haahaha...betul cakap u, jiwa orang sakit jet meroyan cakap camtu..modal tarak...hahaha

    ReplyDelete
  5. Meliwat kepala bpk dia. Tak berlaku kemasukan tapi ada mani dalam bontot saiful. Dah la tu, mani Saiful pun ada dlm bontot dia. Ditambah pula mani orang lain yg tak dikenali. Tak ke lawak tu? Tapi di Malaysia yg ditadbir parti melayu karat, semua jadi boleh. Kah kah kah. Melayu Umno asyik telan kelentong pimpinan depa. Agaknya Anwar pakai magic masukkan mani dalam bontot Saiful. Kah kah kah. Umno sejak era Madet Kutty lebih advance, dah jadi parti saudagar bontot demi utk survival. Sayangnya hanya Melayu bengap yang sanggup telan hidup2 hikayat bontot Umno tu. Lebih pelik, Sirul pengawal Najib dah buat pengakuan bunuh Altantuya, tapi mahkamah era Umno boleh lepas malaon tu. Pendakwa langsung tak minat buat rayuan. Kah kah kah. Mahkamah pun jadi cartoon era Umno baru. Kes liwat Anwar yg jelas tidak berlaku kemasukan, pendakwa sibuk buat rayuan semula. Tapi kes yang melibatkan hilangnya nyawa manusia, pendakwa tak minat buat rayuan semula walau pun pelaku bunuh terang terang dah mengaku dia yang bunuh. Kata hakim motif bunuh tak penting. Nampaknya diera umno baru ni..mrmbunuh suka suka tak salah. Ancam dan ugut pukul orang tak salah. Patut la Zahid yang dah pukul teman lelaki anak perempuan dia separuh mati, sampai hari ni dia masih bebas. Jelas apa saja kerja samseng dan pembunuhan yang berjait dgn pimpinan tinggi parti karat umno, semuanya boleh kawtim kadi tutup. Agaknya kalau pemimpin umno rogol mak atau anak dara penyokong tegar parti karat tu..mrreka akan suka dan bersyukur. Dah kena batang hidung sendiri baru depa tau langit tinggi rendah. Orang lain teraniaya depa tak peduli, tunggulah balasan yang maha esa. Kalau nak menuokong kerana nak isi perut pun, biarlah berpada pada. Jangan cuma fikir hari ini saja. Keadilan untuk generasi kemudian perlu difikir juga. Menyerah kuasa pada yang mabuk kuasa, keturunan sendiri akan punah kemudian nanti. Cukup cukuplah menjadi barua parti karat umno tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puok Umno ni kalau kata baghal dia melenting macam orang hilang akal. Jenis kalau bak lucah melucah terus hilang akal sebab syok dengan bab-bab lucah tanpa melihat keseluruhan cerita sampai hujung.

      pertama, mengapa tidak diberi salinan repot polis yang dibuat oleh saiful. Sedangkan dalam kes lain pihak peguam bela boleh beli atau diberi salinan repot polis untuk mengetahui apa yang direpotkan oleh pengadu. Dalam kes saiful mengapa tidak diberi. Habis macamana nak tahu apa yg saiful repot dan untuk membolehkan pembelaan dibuat.

      Dalam pembicaraan kes saiful terdapat beberapa kejadian aneh yang menimbulkan kesangsian bahawa kes ini direkacipta. Pertama hasil pemeriksaan doktor di Pusrawi yang menolak kemungkinan liwat terjadi.

      Kedua bagaimana pihak pendakwa berhempas pulak dgn pelbagai alasan untuk tidak membenarkan rekod dan cacatan asal doktor-doktor di HKL yang memeriksa saiful disemak oleh pihak peguambela.

      Banyak lagi benda pelik2 betlaku yang boleh membuat orang yang waras berfikir bahawa kes liwat saiful itu sengaja dirancang untuk menghancurkan DSAI.

      Ada macai2 UMNO seperti Anon diatas peduli. Dia hanya meminati bab-bab lucah tu je tanpa mengira benar atau tidak. Fitnah atau tidak
      Yang penting bab lucah je sebab rasa syok dan boleh stim sensorang.

      Inilah mentaliti macai2 Umno. Baik yang berpendidikan tinggi maupun tidak. Dalam bab ini semua dah jadi otak udang. Soal dosa dan pahala dah tak kisah lagi....dan inilah manusia2 yang mengaku memperjuangkan kalimah Allah.....amat memualkan

      ps: Takde perasaan takut kepada seksa Allah langsung!Agaknya meteka ingat ALLAH JUGA AHLI UMNO BARU MACAM MEREKA...ASTARFIRULLAH!

      Delete
  6. Org goblok dan gemblong aja yg bagi komen camtu....tak habis2 bawa cerita liwat yg dah basi tu.....

    ReplyDelete
  7. Nyawa Umno dibontot Azizan dan Saiful. Tanpa bontot bontot ini, Umno dah lama mampus. Banyak benda yang harum dan wangi, bontot juga pilihan Umno. Agaknya Umno ingat rakyat Malaysia syok bontot macam mereka hingga dijaja kisah bontot puluhan tahun. Satu satunya parti sukakan bontot didunia adalah Umno. Tiada yang lain melainkan Umno, parti Melayu karat berkeris telanjang lucah karat. Najib patut malu menjadi kepala parti bontot. Tanya Jamaludin Jarjis, yang dirabanya dulu bukankah bontot. Chua Soi Lek, kepala parti sekutu Umno kerjanya suka colek tak kira jalang atau apa. Kenalah tuu. Megahlah yer pengampu parti penggemar bontot.

    ReplyDelete
  8. Dari sumber yang boleh dipercayai, dikatakan Altantuya ketika mati sedang mengandung. Malah diberitahu bahawa berlaku robekan depan belakang pada diri Altantuya. Razak Baginda lebih maklum hal ini. Agaknya sebab itu jasad Altantuya diletupkan dengan C4 agar segala pencarian bukti tidak dapat dilakukan. Logik akal bunuh dengan pisau pun dah boleh membawa maut. Apa perlunya jasad diletupkan sampai hancur kalau tiada motif lain. Bukankah mengguna bom C4 mudah didengari orang. Tapi keperluan untuk memadam segala bukti ditubuh Altantuya lebih penting untuk selamatkan tuan kepada Sirul dan Hazilah. Kalau jasad itu masih ada, barangkali "pengupah" laknat itu lebih tak senang duduk. Selagi parti karat Umno berkuasa, keadilan terhadap kes kematian altantuya tidak akan dapat ditegakkan. Kalau Altantuya tu adik atau kakak hangpa diletupkan sedemikian rupa, bahagiakah hangpa? Masih nak sokong Umno dan Mei Fun yang jadi barua Umno di Kajang tu? Lu fikir la sendiri!

    ReplyDelete