Monday, 17 February 2014
Berbanding Zaid Ibrahim, 1000 Kali Lebih Baik Undi Diberi Pada Herman Tino
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim akhirnya mengesahkan hasratnya bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihanraya kecil DUN Kajang pada 23 Mac depan. Setelah mendapat lampu hijau daripada isterinya dan menganggap penyertaannya dalam pilihanraya ini sebagai hadiah Valentine, Zaid juga tidak menyembunyikan hasrat sebenarnya ialah untuk menghalang Anwar daripada menjadi Menteri Besar Selangor.
Menurut Zaid, sekiranya beliau menang dan Anwar kalah, maka amanlah Pakatan Rakyat di negeri Selangor dan Khalid Ibrahim akan terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
Dengan alasan sebegini, penyertaan Zaid dalam pilihanraya ini tidak lebih menunjukkan jiwanya yang celaru dan keliru. Selain tidak ada sesiapa yang memintanya menjadi pengaman dalam Pakatan Rakyat, impiannya untuk menang dan sekaligus memastikan kemaraan Anwar dapat disekat juga jauh panggang dari api. Walaupun memberi contoh sokongan hebat yang diterimanya semasa bertanding di Hulu Selangor tidak lama dulu, Zaid barangkali terlupa bahawa ketika itu beliau bertanding atast tiket PKR dan mendapat sokongan kuat daripada Anwar sendiri.
Kekeliruan dan kecelaruan jiwa Zaid ini sebenarnya boleh dilihat daripada sejarah perjalanan politiknya yang kacau-bilau. Zaid pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Kota Bharu sebelum digantung kerana didakwa terlibat dalam politik wang. Beliau kemudian dijadikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri oleh Pak Lah dengan bertanggungjawab mengenai hal ehwal undang-undang.
Disebabkan tidak bersetuju dengan kes penahanan ISA dan mungkin merasakan Pakatan Rakyat mampu menumbangkan BN, beliau kemudian meletakkan jawatan dan menyertai PKR. Ketika pilihanraya kecil Hulu Selangor diadakan tidak lama selepas itu, Zaid dipilih sebagai calon mewakili PKR.
Walaupun kalah dengan kekurangan undi sebanyak 1725 dalam pilihanraya itu, Zaid mula merasakan beliau orang penting dalam PKR. Dalam pemilihan PKR selepas itu, beliau menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden dan berhadapan dengan Azmin Ali yang merupakan antara penggerak awal gerakan reformasi. Wujud tanggapan bahawa beliau bertanding jawatan nombor dua ketika itu dan Anwar pula sedang menghadapi kes liwat di mahkamah adalah bertujuan memastikan PKR berada dibawah terajunya suatu hari nanti.
Apabila hasratnya untuk menjadi orang nombor dua PKR tidak kesampaian dan tidak mendapat sokongan Anwar, Zaid lalu keluar dari PKR dan mengambil alih sebuah parti yang tidak dikenali dan menukarnya menjadi parti KITA.
Malangnya parti itu tidak mendapat sambutan, malah dipenuhi dengan krisis sesama sendiri yang akhirnya membuatkan Zaid sekali lagi meninggalkan parti yang ditubuhkannya sendiri.
Sejak tidak berparti dan seolah-olah menjadi "hantu raya tak bertuan", Zaid aktif dalam penerbitan buku dan penulisan di alam maya. Tulisannya seringkali kritikal terhadap kerajaan dan seolah-olah masih tersimpan keyakinan di dalam hatinya terhadap Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara dan memberi perkhidmatan yang lebih baik untuk rakyat.
Dengan sejarah yang tidak menentu ini, tidak ada sesiapa yang dapat memahami apa sebenarnya yang dimahu dan diperjuangkannya melalui politik. Dengan melompat dari satu wadah ke satu wadah apabila terkehel, akhirnya hasil perjuangannya tidak dirasai oleh sesiapa pun.
Dalam pilihanraya kecil Kajang ini, sekali ini terlihat jiwa keliru dan celaru Zaid. Pada 31 Januari lalu, beliau menulis di twitternya, "Saya akan turun ke Kajang untuk membantu Anwar Ibrahim."
Kemudian pada 2 Februari, beliau menulis lagi dengan memuji Anwar, "Anwar telah membuat keputussn tepat untuk menjadi MB. Harimau mesti berhadapan dengan singa baru selesa rakyat jelata."
Entah apa yang merasuknya untuk tiba-tiba berubah fikiran, bukan saja menjadi calon Bebas bahkan mahu menghalang Anwar daripada menjadi Menteri Besar Selangor yang pernah dipujinya sebagai keputusan tepat itu, tiada siapa yang tahu kecuali dirinya sendiri. Lebih menarik lagi, beliau juga mahu menjadi benteng paling hadapan mempertahankan kedudukan Khalid Ibrahim daripada diambil alih oleh Anwar Ibrahim. Ewah..ewahhh...
Dengan ketiga-tiga mereka berbinkan Ibrahim, pertelagahan ini seperti krisis adik-beradik berebutkan harta pusaka yang puncanya dicetuskan oleh seorang adik bernama Zaid saja layaknya.
Sahnya penyertaan Zaid dalam pilihanraya kecil Kajang ini bukan saja memungkinkan hubungan Anwar dan Khalid tidak lagi semesra dulu, tetapi juga bermakna sudah lima calon yang sudah menawarkan diri. Selain Anwar yang akan bertanding atas tiket PKR, mereka yang turut berhajat ialah ialah Nallakaruppan, penyanyi Herman Tino dan Yuktes Vijay, bekas pembantu kepada peguam Sivirasa.
BN pula bukan saja belum memutuskan calonnya, bahkan tiada kepastian lagi sama ada ada bertanding atau tidak.
Nalla menawarkan diri dan berharap BN tidak meletakkan calon lain, semata-mata bertanding atas dendam peribadi dengan hasrat untuk mendedahkan semua keburukan Anwar yang diketahuinya. Begitu juga dengan Yuktes, hasratnya bertanding Bebas tidak lain untuk mencaci dan memburuk-burukkan peribadi Anwar.
Sama seperti Nalla dan Yuktes yang mahu bertanding kerana ada dendam peribadi dengan Anwar, Zaid juga jika dilihat daripada perjalanan politiknya turut terlihat mempunyai unsur-unsur dendam peribadi yang mahu dilangsaikannya melalui pilihanraya kecil DUN Kajang ini.
Hanya Herman Tino, walaupun tidak mempunyai sejarah politik sebelum ini, terlihat mempunyai nawaitu politik yang lebih murni berbanding Zaid, Nalla dan Yuktes. Seperti menulis di twitternya, Herman Tino bertanding hanya ingin membawa politik damai dan menawarkan pemimpin yang pandai, bukan memandai-mandai, sebagai pilihan kepada pengundi Kajang.
Sejauh mana politik damai dan kepimpinannya yang pandai itu mahu diterjemahkan, biarlah pengundi Kajang sendiri membuat penilaian.
Oleh kerana Nalla dan Yuktes hanya bertanding atas sebab-sebab peribadi dan barangkali hanya pengundi gila saja yang akan memberi undi kepada kedua-dua mereka itu, manakala jika pun ada simpati di kalangan pengundi Kajang untuk mencampakkan serpihan undi kepada calon-calon Bebas dan tak bertuan yang lain, memberi undi kepada Herman Tino adalah 1000 kali lebih baik daripada memberikannya kepada Zaid Ibrahim.
Sekurang-kurangnya politik damai yang mahu dibawanya lebih menyejukkan hati berbanding Zaid yang ternyata keliru, celaru dan kacau-bilau sepanjang perjalanan yang telah dilaluinya. (SH 17/02/2014)
No 1
ReplyDeleteIsteri Zaid Ibrahim kena belajaq cara nak kontrol suami bila suami dia dah menang.....
ReplyDeleteOrang kurang cerdik pun dapat mengagak Zaid akan kalah kalau bertanding calon bebas. Tanpa berparti adalah hampir mustahil Zaid untuk menang. Malah Zaid tahu hal ini. Atas sebab itu Zaid tidak bercadang bertanding sebelumnya malah nadanya menyokong Anwar. Adalah bodoh kalau Zaid sengaja membuang duit untuk sesuatu yang tidak akan menguntungkan beliau. Namun semuanya bertukar tiba tiba seolah olah Zaid mendapat suntikan dana dan durian runtuh. Zaid tiba tiba sanggup kehilangan modal untuk satu usaha yang sia sia. Tentu ada penyumbang yang bermurah hati menghulur bantuan. Jika Zaid didapati bertanding tanpa calon BN ikut sama, maka pengundi Kajang akan faham di sisi mana spesis Ibrahim Ali ini berada. Jika benar BN tidak meletak calonnya, kesan reverse akan berlaku. Sebahagian penyokong BN pasti akan undi calon lain selain Zaid kerana mereka melihat BN lebih mementingkan orang luar berbanding ahli sendiri. Kalau ini benar berlaku dan Zaid bertanding tanpa calon BN, majoriti kemenangan PKR pasti akan bertambah. Adakah pimpinan BN terlalu bodoh untuk nengizinkan ini berlaku dengan merestui Zaid?.
ReplyDeleteKena sponsor utk pecah undi..
ReplyDeleteAnonymous17 February 2014 19:14
ReplyDeleteBukan nak pecah undi, ikut ckp bini
mabuk ke Zaid tu...
ReplyDeletekalo diimbas kembali kenapa la Zaid ni bsusah payah... dulu beliau menyandang jawatan menteri dlm kerajaan pimpinan Pak Lah.. lpas tu resign sbb x setuju dngan tindakan kerajaan mengenai ISA.. masuk PKR sekejap kemudian berambus.. hari2 kemudiannya beliau kritik dua2 sekali BN & Pakatan.. skarang sanggup brtanding sbg calon bebas lawan Anwar.. apa yg beliau mahu sebenarnya ye..?
ReplyDelete