Sunday, 16 February 2014
Anwar Sebagai MB Selangor Seharusnya Dialu-alukan
Satu-satunya kejayaan yang terlihat menonjol di sebalik tindakan SPR melewatkan tarikh pilihanraya kecil DUN Kajang ialah menjadikan peluang Anwar Ibrahim menjadi MB Selangor mula tidak menentu dan caca-marba. Walaupun DAP amat konsisten dan lebih memandang peluang yang mungkin lebih terbentang dalam PRU 14 jika Anwar menjadi MB Selangor, PAS sebaliknya tidak mempunyai kesepakatan pemikiran yang sama.
Selain sikap Pas yang masih menjadi perbualan, semakin masa berlalu, tersebar pula pelbagai berita mengenai MB Selangor, Khalid Ibrahim yang kononnya tidak mahu berundur dan bakal merencatkan peluang Anwar untuk menggantikannya. Semua ini seolah-olah permainan yang sengaja diatur kerana dengan ruang masa yang masih terbuka, banyak duri dan jarum dapat dicucuk-cucukkan untuk menggugat kesepakatan dalam PR.
Meskipun pimpinan tertinggi PAS memberi sokongan kuat untuk memastikan kemenangan beliau di Kajang, tetapi masih kedengaran suara-suara kecil daripada Dewan Ulama, Dewan Pemuda Pas dan bekas Ketua Pemudanya, Nasharuddin Tantawi yang seolah-olah tidak bersetuju dengan pendekatan politik PKR memaksa pilihanraya kecil DUN Kajang ini diadakan.
Lebih dari itu, seperti dalam keadaan terpaksa juga mereka hanya bersedia memberikan sokongan dan memastikan kemenangan Anwar dalam pilihanraya kecil itu saja, tetapi tidak mahu ia melibatkan pertukaran jawatan MB Selangor.
Dengan memberi hujah bahawa jawatan MB Selangor haruslah disepakati bersama antara Pas, PKR dan DAP dan Anwar atau PKR tidak seharusnya memandai-mandai sendiri memutuskan jawatan itu milik mereka, terlihat bahawa Pas cuba menghantar mesej tentang jumlah kerusi DUN dimilikinya adalah 15 berbanding PKR yang hanya 14. DAP, walaupun juga mempunyai jumlah kerusi 15 tetapi tidak berpeluang menjadi MB kerana peruntukan memutuskan jawatan itu mesti dipegang oleh Melayu dan Islam.
Tindakan beberapa gelintir dalam Pas mula mengocakkan keadaan dalam Pakatan dan seolah-olah mereka sudah termakan dengan hasutan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang berulang-kali mengatakan bahawa jawatan MB Selangor sepatutnya dipegang oleh Pas kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi DUN yang lebih berbanding PKR.
Sementara Mahathir terlupa atau buat-buat lupa bahawa UMNO yang mempunyai jumlah kerusi lebih juga memberikan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan, beberapa gelintir dalam Pas tadi juga mungkin terlupa atau buat-buat lupa bahawa kerana pertembungan Pas dengan PKR yang sama-sama meletakkan calon di DUN Kota Damansaralah yang menjadikan jumlah kerusi PKR menjadi 14.
Jika tidak, komposisi Pakatan Rakyat di Selangor ialah 15-15-15 dan mungkin tidak merangsang sesiapa untuk bangga kepada kelompok sendiri.
Dengan DAP tiada masalah untuk menyokong Anwar sebagai MB Selangor, Pas juga seharusnya memberikan sokongan yang sama bulat sebagai menebus kesilapan yang dilakukan di Kota Damansara dulu.
Lagi pula, dengan menyokong Anwar sebagai MB Selangor, ia juga turut memberi keuntungan kepada Pas sendiri dari segi keupayaan menembusi dan mendapat sokongan yang lebih meluas di kawasan bandar, separa bandar dan juga daripada kalangan pengundi bukan Melayu.
Berbanding dengan adanya kerjasama dengan PKR dan DAP, Pas sejak dua pilihanraya yang lalu telah berjaya memenangi beberapa kerusi bandar yang sebelum ini dianggap mustahil kerana sokongan Pas secara sendirian lebih tertumpu kepada kawasan kampung, pedalaman dan kelompok Melayu sahaja.
Harus juga diakui bahawa keinginan rakyat untuk berubah begitu terserlah dalam PRU 13 lalu. Kemenangan BN yang hanya bertunjangkan sokongan 47 peratus pengundi, turut juga dibantu oleh persempadanan kawasan pilihanraya.
Oleh yang demikian, untuk meneruskan momentum dalam PRU 14, pemikiran dan gerak kerja yang luar biasa amat diperlukan. Salah satunya ialah dengan menjadikan Anwar sebagai MB Selangor. Dengan kedudukan sebagai MB Selangor, Anwar akan mempunyai ruang yang lebih luas untuk berperanan, bukan saja di Selangor tetapi juga di seluruh negara.
Beliau bukan saja berpeluang membuktikan keupayaan mentadbir sebuah negeri terlebih dahulu untuk meyakinkan keupayaan mentadbir negara pula, hubungan dan buah fikirannya juga boleh dilontarkan ke arena yang lebih meluas seperti dslam mesyuarat Menteri-Menteri Besar serta mengiringi Sultan Selangor dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja.
Semua ini, jika Anwar dapat melakukan dengan baik, lebih-lebih lagi jika cemerlang, pasti akan mempengaruhi keputusan pilihahraya 2018 nanti.
Dalam masa yang sama, jika Anwar menjadi MB Selangor selepas 23 Mac nanti, terdapat tempoh kira-kira empat tahun sebelum PRU 14 nanti. Dengan Mahathir sendiri tidak menyembunyikan kerisauannya bahawa jawatan MB Selangor itu akan menjadi tangga untuk Anwar mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri, dalam tempoh yang sama juga akan menyaksikan kekuatan politik yang seimbang antara BN dan PR.
Politik yang seimbang ini tentu saja akan membuatkan kedua-dua pihak, iaitu BN dan PR, saling berlumba-lumba untuk menawarkan sesuatu yang terbaik untuk rakyat. Bukan saja berlaku "check and balance" yang lebih menguntungkan rakyat, malah rakyat tidak lagi menjadi mangsa buli mana-mana parti yang berkuasa.
Setelah kejayaan Anwar mewujudkan gabungan pembangkang yang kuat sehingga menggegar Putrajaya dalam PRU 13 lalu, mewujudkan kekuatan seimbang antara BN dan PR dalam tempoh empat tahun akan datang yang sekaligus mengalir pelbagai faedah dan kebaikan untuk rakyat, ia merupakan satu lagi sumbangan yang seharusnya dihargai dan dialu-alukan.
Menyokong Anwar sebagai MB Selangor sebenarnya tidak merugikan sesiapa, bahkan semua pihak yang menyokong itu ada bahagian keuntungan masing-masing. Yang rugi hanyalah UMNO dan BN.
Tetapi, tidak mengapalah UMNO dan BN rugi kali ini kerana mereka sudah untung sejak lebih 50 tahun lalu. (SH 16/02/2014)
No 1
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/photo.php?v=10152198435658592
DeleteYa PAS , bila lagi nak ambil peluang ni, Anwar mungkin boleh pergi dalam 3 atau 4 tahun sahaja, lepas tu PAS ambillah sampai kiamat pun tak apa-kita Melayu selamanya inginkan Islam yang sebenar-tapi kena ada strategi terbaik.YB Muhamad Sabu dan lain2 nampak kenapa dua 3 kerat badan2 dalam PAS tak nampak.....?
ReplyDeletePada pandangan saya, pilihanraya kecil DUN Kajang itu bukan kerana Anwar jadi calon ADUN Kajang atau mahu menjadi MB Selangor. Atau pergeseran antara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali tapi lebih tertumpu kepada kepemimpinan PAS Selangor untuk diuji dalam mengekalkan pendiriannya sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat dan bukan menjadi musuh dalam selimut.
ReplyDeleteKritikan yang kita dengar sekarang walaupun mereka berwajah PAS atau PKR adalah dari pejuang upahan UMNO Baru. Mereka cuba mempermainkan kewibawaan Khalid Ibrahim kononnya sebagai MB Selangor hebat yang tidak boleh disentuh. Sambil menuduh kononnya Azmin Ali gila kuasa.
Alasan ini dikuatkan apabila ada beberapa pemimpin tertinggi parti itu telah mengeluarkan kenyataan yang negatif apabila diberitahu Anwar Ibrahim akan menjadi calon DUN Kajang dan MB Selangor.
Walaupun perbezaan pandangan itu pekara baik dalam mencari keputusan namun perbezaan pandangan yang cenderung pada perbalahan adalah merbahaya kepada kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Dari tindakan itu kita boleh lihat pemimpin UMNO Baru dan BN juga mengeluarkan kenyataan yang hampir serupa disamping mengapi-apikan emosi mereka dalam merebut kekuasaan dalam negeri Selangor.
Jika ahli PAS berjaya memporak-perandakan agenda Kajang maka pemimpin UMNO Baru akan lebih mudah menguasai PAS yang disifatkan parti lebai malang dan boleh dilembutkan dengan pemberian beberapa jenis rasuah sebagaimana terjadi di negeri Kedah.
Oleh kerana itu yang menjadikan isu bertambah hangat dalam Selangor adalah permainan UMNO Baru dengan PAS. Dan untuk menyelesaikan kecurigaan PKR dan DAP terhadap PAS adalah mencari kemenangan pilihanraya DUN Kajang sebelum bercita-cita untuk ke Putrajaya.
Kepimpinan PAS Selangor khasnya dan Pusat amnya patut tutup mulut dalam isu MBSelangor kerana PAS Selangor telah menikam belakang PKR dengan meletak calon PAS melawan calon Pakatan Rakyat di kerusi Kota Damansara dalam PRU 13.
DeleteJika tidak dikhianati oleh PAS Selangor PKR juga memperol3hi 15 kerusi DUN SAMA SEPERTI PAS DAN DAP! Juga PAS Selangor memperolehi kerusi yang meningkat kerana kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR. DAP juga m3ndapat manafaat yang sama. Jadi bila PAS Selangor membangkitkan isu MB dan Anwar, ia hanya menunjukkan sikap angkuh san sombong PAS Selangor yang tidak sepatutnya ada pada sebuah jamaah Islam. Begitu juga sikap tikam b3lakang kawan yang banyak memberi manafaat kepada PAS Selangor.
R3kod yang ada m3nunjukkan PAS GAGAL JIKA MEMERINTAH S3NDIRIAN ATAU D3NGAN MAJORITI. Lihat apa yang jadi kepada kerajaan PAS K3dah dan Terengganu. Juga kerajaan PAS Kelantan pasca TGNA.
PAS nak perintah sendiri ...pergi lah...otak macam nasharudin tu tak bolih pakai pun...duduk dalam parlimen pun macam tunggul je...
ReplyDeleteSebahagian pimpinan PAS mulai perasan dan syok sendiri kononnya parti itu makin kuat dan diterima ramai atas kekuatan parti tu sendiri.Tak pernahkah pimpinan ini bertanya dan buat analisa sejak bila PAS mulai mendapat tambahan kerusi berbanding 15 tahun dulu?. Nampak sangat kumpulan pimpinan PAS ini jenis haloba dan suka berkhayal. Kemenangan kerusi PAS yang bertambah mendadak di kawasan bandar hakikatnya adalah undi simpati yang parti berkenaan dapat kerana kerjasama dalam PAKATAN. Inilah masalahnya bila PAS banyak memberi peluang pada pimpinan yang Fail matematik menerajui parti. Keupayaan analisa pimpinan begini terlalu daif dan hanya gah dengan degree syariah atau usuluddin saja. Sebab itu golongan pimpinan ini terlalu bebal untuk memahami satu satu keperluan semasa yang menuntut tindakan segera. Jatuhnya kembali Kedah dan Terengganu ke tangan UMNO adalah gambaran tumpulnya kepimpinan yang diterajui pemimpin PAS. Percayalah..jika orang sebegini menerajui Selangor sebagai MB...UMNO BN pasti akan buat kenduri kesyukuran lebih awal.
ReplyDeletepada pndapat sy.. Pas tidak mahu kerusi MB di Selangor pun.. DAP pula brdiam diri x mahu mengeruhkan keadaan... mereka hanya mahu Tan Sri Khalid kekal sbg MB.. sperti mana Pas brsama DAP pd awal2 lagi slpas PR menang brgaya di Slangor pd PRU 13 yg lalu mnyatakn pndirian bahawa mahu Tan sri Khalid trus mnerajui Selangor untuk penggal ke 2... pd ketika itu siapa yg kecoh..? parti PKR sndiri.. jngan la PKR trtikam diri sndiri sperti mana yg brlaku di Perak suatu masa dahulu apabila smua percaya dngan dakwaan DSAI bahawa 30 ahli Parlimen BN cross over.. akhir nya ADUN PKR yg cross over.. org Pas x sesekali boleh melupaknnya dngan mudah... Perak tumbang kerana PKR syok sndiri akhirnya masuk perangkap UMNO... apabila DSAI jd MB maka brtambah la modal buat UMNO ntuk menyerang kepimpinan Selangor.. mengaitkn Selangor dngan skandal peribadi DSAI yg blum pasti kesahihannya.. DSAI boleh jd PM kerana merampas kepimpinan drpd Najib BN tapi bukan sbg MB Selangor dngan merampas drpd rakan sepasukan kemudian seolah2 mnyalahknnya itu ini... maka Pas yg menegur dituduh mcm2 gila kuasa & sbg nya.. walau bagaimana pn PKR merancang Allah jua menentukan... kita sama2 lihat apa peranan Sultan Selangor pula.. adakah baginda akan mmperkenankan prlantikan MB baru...? kita lihat siapa yg kenaaaaa....
ReplyDeleteRuntuhnya Kerajaan Negeri Perak adalah kerana kelemahan menteri besarnya dalam menangani isu yang dimainkan oleh pemimpin UMNO Baru yang menggunakan tipu muslihat dari agensi kerajaan khasnya SPRM.
DeletePertelagahan sesama sendiri diantara PAS, DAP PKR pengagihan kuasa dan ekonomi diantara punca pemimpin UMNO Baru ambil kesempatan. Lambat bertindak menyelamatkan keadaan juga membuatkan segala-galanya berakhir dengan lompat parti.
Menteri Besar adalah orang yang bertanggongjawab dalam hal ehwal kerajaan negeri yang beliau tadbir. Oleh kerana itu orang seperti Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin jika tidak mampu menyelesaikan masaalah yang berbangkit perlu merujuk kepada orang yang lebih berpengalaman untuk dapat bantuan seperti yang dilakukan oleh YAB Tan Sri Dato Seri' Abdul Khalid Ibrahim merujuk kepada Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim.
Tindakan itu telah mengejutkan pemimpin BN dan UMNO Baru.....apa yang anda faham ?
jangan sesekali sentuh Anwar... beliau sentiasa kelihatan sempurna & tidak pernah bersalah pada mata PKR... yg harus dpersalahkan adalah PAS sahaja.. semua salah PAS... PKR langsung tidak bersalah.. seberapa ramai wakil rakyat PKR khianat juga tidak bersalah... tidak ada kena mengena langsung dengan kepimpinan Anwar.. nik aziz brjaya mmpertahankan Kelantan dengan majoriti 1 kerusi DUN pada penggal 2004 juga bukan sebab kepimpinan Pas hebat & ahlinya setia pada perjuangan,,, semuanya kerana Anwar... anwar hebat...
DeleteTGNA adalah insan istimewa yang sukar dicari. Beliau bukan sahaja seorang ulamak yang tinggi ilmu dan amal tetapi seorang politician yang hebat. Itulah kelebihan yang Allah anugerahkan kepada beliau.
DeleteDalam PAS hari ini tidak ada tokoh yang sehebat beliau hatta Presiden PAS sendiri. Presiden PAS memileki ilmu Islam yang tinggi tetapi siasah beliau tidak sehebat beliau. Sebab itu PAS hanya dapat memerintah Terengganu hanya sepenggal. Begitu juga Dato Haron Din. Sebenarnya kerajaan PAS Terengganu memileki ilmuan ugama yang hebat2 tetapi kurang mantap dari segi siasah. Dengan kata lain terlebih bijak dalam dalam siasah.
PAS tidak boleh menjadikan TGNA dan PAS Kelantan sebagai hujah kerana selain dari faktor peribadi TGNA, rakyat Kelantan secara majoritinya mempertahankan TGNA khasnya dan PAS secara amnya. Faktor rakyat sebagai pe dukung dan sebagai ba4isan depan kepimpinan TGNA tidak ada pada rakyat Terengganu atau Kedah.
Jika kita lihat kepimpinan kerajaan PAS Kelantan pasca TGNA, kita boleh nampak jauh bezanya. Kepimpinan sekarang tidak mempunyai kebijaksaan siasah sebagaimana kepimpinan semasa TGNA. Gaya yang ada hari ini tidak ada bezana dengan stail Kerajaan PAS Terengganu dan Kedah. Tidak heran jika kerajaan PAS Kelantan juga akan mengikuti jejak langkah kerajaan PAS Terengganu dan Kedah - kecundang dalam PRU 14nanti. Dokongan rakyat kepada Dato Ahmad Yaakob tidak sekuat zaman TGNA. Sikap pilih bulu atau puak begitu terserlah.
Maka kerajaan PAS Kelantan pimpinan Dato Ahmad Yaakob juga akan menjadi kerajaan sepenggal selepas mengambil alih dari TGNA - sama seperti kerjaan PAS Terengganu dan Kedah kerana sudah menunjukkan ciri-ciri/ kelemahan yang sama. ( Siapa MB kerajaan PAS Terengganu masa tu? ....hehehe)
Perintah Terengganu satu penggal. Jatuh! Perentah Kedah 6 bulan. Sudah ada amaran PAS akan tumbang kerana lemah pemimpin PAS. Degil. Buat macam PAS ada perhubungan khas dengan Tuhan. Apa jadi? Sekarang apa nak pandai-pandai?
ReplyDeleteSedar atau tidak, hakikat sebenar ialah pimpinan UMNO bijak mengguna kesempatan yang ada dengan membeli jiwa para sultan sesebuah negeri. Kes rampasan kuasa di Perak ysng akhirnya menyebabkan UMNO krmbali berkuasa turut dikaitkan dengan peranan istana. Begitu juga di Selangor dan beberapa negeri lain. Rakyat umum yang bijak tentu dapat mengagak kenapa perkara ini berlaku. Untuk mengubah situasi yang telah lama berakar dikalangan golongan bangsawan ini, rakyat memerlukan seorang MB yang tegas dan berani yang tidak tunduk kepada nilai dan sistem lama yang merugikan rakyat kebanyakan. Adakah pimpinan pimpinan PAS mempunyai ciri ciri ini dan sedia menegakkan kebenaran bila berhadapan dengan situasi sukar begini. Para penguasa bangsawan ini tentulah tidak memerlukan seorang MB yang tegas dan berprinsip kerana ini akan menyukarkan mereka. Kalau PAS cuma ada calon seperti bekas MB Kedah musim dulu untuk menjadi MB Selangor, lebih baik pendamkan saja hasrat itu. Tidak mudah untuk berurusan dengan penguasa bangsawan ini kecuali sanggup mengakui warna hitam itu adalah putih. Tanggung jawab ini sangat berat. Jika PAS tidak ada calon yang secekal Anwar, lupakanlah angan angan itu kalau tidak mahu menanggung dosa subahat kemudian nanti.
ReplyDeletehttps://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc1/t1/1794818_717858098258238_1712034506_n.jpg
ReplyDelete