Wednesday, 29 January 2014

PRK Kajang Bukan Ujian Kekuatan, Tapi Mengukur Kelemahan Najib


Selepas PRU 13, isu yang paling banyak diperkatakan ialah mengenai kelemahan Najib sebagai Perdana Menteri. Ia tidak saja diselak dan dijaja oleh pembangkang, diperkatakan oleh rakyat biasa, malah secara perlahan-lahan turut diakui oleh banyak kalangan dalam UMNO sendiri.

Pelbagai isu yang berlaku, daripada kenaikan harga barang, perkauman, keselamatan, kalimah Allah dan sebagainya lagi ternyata lebih menyerlah kelemahan Najib berikutan tiada satu pun isu-isu tersebut cuba diselesaikannya secara tegas dan berani. Beliau bukan saja gemar menangguhkan masalah, malah responnya dalam banyak isu juga sering ketinggalan bas.

Tidak saja banyak blogger menyarankannya agar segera meletakkan jawatan bagi mengelakkan BN terus kalah dalam pilihanraya akan datang, malah bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin mulai lantang menggariskan beberapa kelemahan Najib, sambil mengingatkan bahawa BN lebih berpotensi kecundang dalam pilihanraya akan datang jika tiada sebarang perubahan.

Sementara Mahathir Mohamad bersetuju dengan pandangan Daim itu, anaknya Mukhriz dan Marina juga turut bersuara. Dalam isu kenaikan harga, Mukhriz turut mengingatkan bahawa BN akan kalah dalam PRU 14 jika kepentingan rakyat terus diabaikan. Tegurannya itu dilihat cukup memberi kesan sehingga Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor segera menegurnya agar menggunakan saluran yang betul jika ingin menegur kerajaan dan pucuk pimpinan.

Marina pula mengkritik Najib dan kerajaan yang dianggapnya begitu lemah dan lambat bertindak menyelesaikan kemelut isu kalimah Allah sehingga berlakunya beberapa kejadian tidak diingini antara kedua penganut Islam dan Kristian.

Kelemahan lain Najib yang turut dipertikaikan ialah pergantungannya yang keterlaluan terhadap sekian ramai penasihatnya serta Pemandu yang dilihat lebih banyak menyusahkan berbanding memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Kelemahan Najib menjadi lebih hangat diperbualkan apabila adiknya sendiri, Nazir Razak menulis sebuah rencana sempena 38 tahun pemergian Allahyarham Tun Razak, sambil menitipkan satu persatu ingatannya mengenai sikap ayahnya yang begitu cermat dan berhemah dalam berbelanja dan menggunakan wang rakyat sehingga ia dilihat merupakan sindiran tepat yang ditujukan ke dahi Najib dan Rosmah Mansor.

Pendeknya isu kelemahan Najib dan perlunya beliau segera berundur adalah isu ruji sebelum meletusnya isu pilihanraya kecil Kajang ini. Semua orang mahu mengambil bahagian, termasuk kalangan yang sebelum ini kuat mempertahankan Najib seperti Perkasa dan beberapa NGO yang lain.

Tetapi sebaik saja pilihanraya kecil Kajang ini berakhir nanti, isu itu tentunya akan bangkit semula. Oleh itu, pilihanraya kecil Kajang ini adalah ukuran pertama yang akan menentukan sama ada kelemahan dan keupayaan Najib yang dipertikaikan selama ini turut melekat di hati rakyat atau sebaliknya. Lebih-lebih dengan komposisi pengundi Kajang yang meliputi 48.48 peratus pengundi Melayu, 40.46 pengundi Cina dan 10.15 pengundi India, ia adalah hampir menyamai realiti sebenar pecahan kaum di negara ini.

Selain kerana komposisi kaum, pilihanraya kecil ini juga diadakan di ketika isu kenaikan harga barang, kalimah Allah, hubungan kaum dan lain-lain sedang hangat menjadi perbualan dan kereshan. Oleh itu, ia akan menjadi ukuran kepada kepimpinan Najib yang banyak dipertikaikan selama ini.

Jika di Kajang ini menyaksikan BN tewas dan mendapat undi yang lebih buruk, maka ramalan Daim bahawa BN akan kalah jika pilihanraya umum diadakan dalam suasana seperti sekarang, ada kebenarannya dan Najib tidak harus kekal lebih lama sebagai Perdana Menteri.

Begitu juga, jika di Kajang ini pengundi Cina kekal menolak BN, bermakna dasar keterbukaan, liberal, 1Malaysia dan sogokan peruntukan atau habuan berjuta-juta kepada komuniti itu sebagaimana menjadi amalan Najib sebelum ini kekal umpama "mencurah air ke daun keladi." Dan sekiranya sepanjang kempen pilihanraya nanti, Najib meneruskan juga amalan yang sama, ia pasti akan menyebabkan pengundi Melayu lebih jauh hati dengan BN dan kerajaan.

Begitu juga pengundi Melayu bandar dan separa bandar di Kajang kekal menolak BN, ia juga isyarat jelsd pergantungan BN hanya tinggal pengundi luar bandar dan kampung yang sentiasa berkurangan dalam tempoh empat tahun akan datang.

Najib mungkin hanya terselamat daripada serangan dan asakan yang mahunya berundur jika beliau berupaya menunjukkan perolehan undi yang lebih baik dalam pilihanraya ini, suatu misi yang sangat-sangat sukar dan hampir mustahil.

Muhyiddin Yassin juga sebenarnya menyedari pilihanraya kecil Kajang ini lebih memberi tekanan dan impak kepada Najib. Sebab itu, sementara ramai yang mempertikaikan PKR kerana membenarkan calonnya, Lee Shin Sheh meletakkan jawatan untuk memberi ruang Anwar bertanding dengan menganggapnya mengabaikan mandat rakyat serta mengundang pembaziran wang rakyat, Muhyiddin adalah orang pertama yang menegaskan BN akan tetap meletakkan calon meskipun ramai yang berpandangan sebaliknya.

Tanpa menunggu mesyuarat UMNO atau BN membuat keputusan atau menunggu sehingga Najib memberi reaksinya, Muhyiddin terlihat amat pantas memutuskan tentang penyertaan BN dalam pilihanraya Kajang ini sedangkan pada pilihanraya kecil DUN Penanti 2009, BN pernah tidak meletakkan calonnya kerana tidak mahu membazir masa, tenaga dan wang ringgit.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pula bertegas mengatakan, meskipun pihaknya membantah pendekatan PKR ini yang dianggapnya semata-mata untuk kepentingan politik Anwar, tetapi bantahan itu mesti dinyatakan dengan cara BN meletakkan calon.

Patutnya kalau bantah, janganlah letak calon. Tapi entah macam mana, bagi KJ, kerana membantah, maka BN mesti letak calon. Bak kata Shuib yang merupakan salah seorang anggota Kumpulan Sepahtu, "peninglah...."

Hanya dengan tidak meletakkan calon boleh dianggap sebagai bantahan, selain dapat mengelakkan pembaziran wang rakyat sepanjang kempen pilihanraya diadakan. Dengan beria-ia mahu BN meletakkan calon, bermakna BN bukan saja sedang meraikan permainan politik yang sedang dipapan-caturkan oleh Anwar, bahkan akan menyebabkan BN sentiasa menari mengikut lagu yang dialunkan oleh pihak lain.

Berbanding tidak meletakkan calon, sebaliknya turut bertanding dan kemudian kalah lebih memudaratkan reputasi UMNO, BN, kerajaan dan Najib sendiri. Sebagaimana ukuran kelemahan Najib dan penerimaan rakyat terhadapnya sedang diperkata dan diperhatikan sejauh mana teruk atau tidaknya, ukuran ketepatannya mungkin boleh dibaca berdasarkan keputusan pilihanraya kecil Kajang ini.

Jika Pakatan Rakyat boleh menunggu sehingga tahun 2018 untuk menghukum Najib dan BN berdasarkan keputusan pilihanraya kecil Kajang, keputusan pilihanraya yang sama mungkin menjadikan gerakan menyingkirkan beliau menjadi bertambah agresif lagi selepas ini. (SH 29/01/2014)

5 comments:

  1. Kalau BN menang di Kajang naik toncanglah ROSMAH dan NAJIB.

    ReplyDelete
  2. Tuan, sya ni x penah hayat undi bn n sya bukan pengundi kajang. Tp instinct sya merasakan bn boleh menang kerana rakyat sudah bosan dgn kacau bilau PKR, terutama azmin n khalid, juga ketidaksehaluan pimpinan PR. Tgk statement pemimpin PAS, sepatutnya mereka suarakan ketidakpuasan hati dalam muafakat PR bukan via media terutama yg pro bn. Sya nampak PAS umno boleh ngam klu bergabung sebab mrk Islam dan melayu majoritinyer. Dengan DAP n PKR, sukar utk pakatan yg teguh sbb mereka akan saling berebut kuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akulah69,

      Macamana PAS dan UMNO Baru hendak bergabung atas dasar mereka melayu dan Islam. Sdra nampaknya tidak memahami status UMNO Baru setelah UMNO Baru memasuki Sabah sekitar 1992/93 dahulu setelah keputusan undi popular PRU 1990 m3nunjukkan orang melayu menolak UMNO Baru. UMNO Baru mendapat 46% sahaja undi popular. Kemasukan UMNO Baru ke Sabah adalah langkah tektikal yang dibuat Mahathir untuk mengelak UMNO BARU berkubur dalam politik di Semenanjung Malaysia.

      Izinkan saya memberi sedikit pencerahan mengenai perkara ini yang sengaja disorok dari kita.Juga mengapa pergabungan antara PAS dan UMNO BARU aras dasar ters3but tidak mungkin.

      Sebelum UMNO BARU ia adalah s3buah parti melayu Islam iaitu s3buah parti berasaskan kaum seperti MCA?MIC, PQSOK dll. Keahlian UMNO BARU dibuka kepada orang melayu yang berugama Islam.

      Sebelum memasuki Sabah UMNO BARU telah mengubah syarat keahlian parti daripada melayu Islam kepada BUMIPUTRA TAK KIRA MELAYU ATAU TIDAK ISLAM ATAU TIDAK. Perubahan syarat ini dibuat melalui satu EGM khas dan perubahan ini menjadi sah disisi undang-undang ia itu Akta Pertubuhan 1966. Dengan perubahan ini UMNO BARU TELAH BERUBAH DARI MENJADI PARTI MELAYU ISLAM KEPADA SEBUAH PARTI BUMIPUTRA SECARA SAH DISISI UNDANG-UNDANG.

      Ini bermakna status parti UMNO BARU selepas memasuki Sabah adalah SAMA DENGAN PARTI PBB ( Parti Pesaka Bumiputra Bersatu) Sarawak yang dipimpin oleh Taib Mahmud. Parti PBB dianggotai ol3h orang melayu mekanau,iban, dayak dll bumiputra. Timbalan Presiden Kanan PBB ialah Alfred Jabu,seorang Iban Kristian.

      Tindakan m3ngubah syarat keahlian UMNO BARU sebelum memasuki Sabah juga adalah satu langkah tektikal Mahathir mengambil kira pecahan kaum disana dan timing keputusan memasuki Sabah.

      Kita tahu jaum teebesar di Sabah adalah dari kelompok bumiputra bukan melayu dan bukan Islam yang kebanyakannya berugama KRISTIAN. Bumiputra melayu adalah kaum minoriti ( beraia kerusi je jan). Kedua, timing UMNO BARU memasuki Sabah masa itu adalah dipertengahan penggal parlimen ( 1990-1995). UMNO BARU tidak mempunyai masa yang panjang untuk establish UMNO BARU sebagai parti utama untuk menghadapi PRU 1995. Nak tak nak UMNO BARU memerlukan undi dari kaum bumiputra bukan melayu dan bukan Islam ini untuk mengekalkan kuasa di peringkat pusat.

      Jadi hari ini UMNO BARU adalah sebuah parti bumiputra yang sah disisi undang-undang. Di Sabah sahaja, mengikut Ku Nan Setiausaha Agung, UMNO BARU m3mpunyai seramai 40,000 ahli dari kaum bumiputra bukan m3layu dan bukan Islam. Penganalisa bebas meramalkan jumlah sebenar lebih besar,mencecah ratusan ribu. Kat Kedah pun terdapat beberapa ribu orang siam yang menjadi ahli UMNO BARU. Persatuan Mastarakat Siam Malaysia bernaung dibawah UMNO BARU...!

      Jadi jika sdra berpendapat pergabungan antara PAS dan UMNO Baru boleh diatas dasar melayu dan Islam - KAT MANA NAK LETAK AI UMNO BARU KETURUNAN BUMIPUTRA BUKAN M3LAYU DAN BUKAN ISLAM YANG RAMAI KAT SABAH DAN ORANG SIAM TU?

      Kedua, sanggupkah UMNO BARU mengkhianati undi-undi dari kaum bumiputra bukan melayu san bukan Islam yang banyak menyumbang kerusi parlimen kepada UMNO BARU selama ini dalam suasana kekeliruan kalimah ALLAH kini?

      Ketiga sanggupkah UMNO BARU menerima kemarahan ahli-ahli UMNO BARU dari keturunan ini apabila ditipu sekali lagi dengan pergabungan dengan PAS atas dasar melayu/Islam setah ditipu pertama kali dengan isu kalimah Allah.

      Ini adalah antara hujah-hujah pergabungan itu tak akan m3njadi. UMNO BARU m3nyedari banyak masaakah yang akan dihadapi jika bergabung dan laba politiknya lebih parah dengan pergabungan ini. Ajakan pergabungan atau kerjasama yang dicabang oleh UMNO BARU sehadar umpan untuk mengabui mata orang melayu di semena jung sahaja agar terus menyokong UMNO BARU.

      Delete
  3. Seperti masa dr mahathir mula2 memimpin umno, beliau mengambil masa hampir 10 tahun untuk membina kekuatan dalam parti. Untuk Najib, kekuatan beliau semakin bertambah dan perlu dua tiga tahun lagi untuk menjadi lebih kukuh. Jika dilihat di p kecil di kedah, majoriti kekalahan turun dengan sangat ketara. Sekiranya kaum tionghua kembali menyokong bn (dan sudah ada tanda2 sedemikian sekarang), bn akan kembali kepada sediakala.

    ReplyDelete
  4. Pada pendapat saya, satu kesilapan besar yg kedua dlm career politik DSAI selepas yg pertama sebelum dikeluarkan dari UMNO. Terlalu byk alasan yg perlu dikeluarkan untuk membetulkan keadaan. Perlu diingat, seperti yg diwar2kan selama ini, rakyat sudah boleh berfikir dan menilai sendiri semua tindakan yg dibuat untuk rakyat.

    ReplyDelete