Thursday, 30 January 2014

Gerak Kerja Politik Mahathir Memang Selalu Bermula Dengan Penafian


Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menafikan beliau adalah orang yang memainkan peranan di belakang gerakan mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Najib Razak sebagaimana yang didakwa oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan juga sudah sekian lama menjadi percakapan umum.

Bagi Mahathir, anggapan mengenai penglibatan dirinya hanyalah tafsiran Rafizi semata-mata. Rafizi mengaitkan gerakan mahu menjatuhkan Najib itu untuk mempertahankan keputusan meletakkan Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Kajang dengan menyifatkan setelah Najib ditumbangkan oleh kumpulan yang ditunjangi oleh Mahathir, gerakan seterusnya ialah memastikan Selangor yang dianggap mutiara kepada negara dapat dijadikan milik BN pula.

Dengan Anwar bertanding di DUN Kajang dan seterusnya menjadi MB Selangor, Pakatan Rakyat lebih mempunyai kekuatan untuk memastikan negeri Selangor dalam dakapannya, demikian antara hujah yang diberian Rafizi.

Gerakan mahu menggulingkan Najib yang dikaitkan dengan Mahathir sebenarnya bukanlah rahsia lagi UMNO. Selain Kadir Jasin dan beberapa blogger pro Mahathir semakin mempertingkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib dengan antaranya menggelar Najib "PM Kangkung", mereka juga meminta PM segera berundur atau berambus bagi mengelakkan BN hilang kuasa dalam PRU 14 nanti.

Deretan kelemahan yang kian ketara, sikapnya yang tidak berubah, lembik, terlalu dikawal oleh penasihat, membiarkan isteri dan keluarga campurtangan dalam urusan kerajaan serta pelbagai lagi, meyakinkan banyak pihak bahawa BN lebih mungkin untuk tewas dalam pilihanraya akan datang jika beliau terus kekal sebagai PM.

Selain Kadir Jasin dan beberapa blogger yang berbuat demikian sejak beberapa bulan lalu, bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin juga sudah secara terbuka mengkritik kelemahan Najib, sambil mengingatkan bahawa BN akan tumbang jika pilihanraya akan datang diadakan dalam suasana seperti yang ada sekarang.

Kritikan terbuka Daim segera dikaitkan dengan Mahathir berikutan kedua-dua mereka mempunyai hubungan rapat yang kekal sehingga ke hari ini dan mereka juga dikatakan selalu bertemu untuk berbincang mengenai isu-isu politik semasa.

Penglibatan Mahathir dalam gerakan menjatuhkan Najib yang dimulai dengan serangan oleh blogger-blogger yang rapat dengannnya tidaklah menghairankan kerana ia pernah berlaku ketika mahu menjatuhkan Pak Lah dahulu. Namun dalam kes Najib ini, ia bukan saja dimulai oleh blogger yang rapat dengannya, malah turut disertai oleh Daim juga.

Lantaran itu, apabila buah nangka sudah dibelah, sukar untuk mengaitkan tiada yang terpalit dengan getahnya.

Sebagaimana gerakan menjatuhkan pemimpin yang tidak sebulu dengannya adalah perkara biasa bagi Mahathir, membuat penafian juga adalah perkara biasa dalam gerak kerja politiknya selama ini.

Ketika hubungan tidak mesranya dengan Musa Hitam dihidu oleh ramai orang pada awal 1980an dulu, Mahathir beberapa kali menafikannya, malah beliau juga kerap menunjukkan sifat mesranya di depan umum dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Namun akhirnya hubungan beliau dengan Musa Hitam terlerai juga sudahnya.

Ketika Tun Ghafar menjadi timbalannya dan terdengar gerakan Anwar mahu mencabar Tun Ghafar, Mahathir pada awalnya terlihat memihak kepada timbalannya dan menafikan beliau menyokong Anwar. Tetapi komen dan reaksinya selepas itu jelas memihak kepada Anwar sehingga Tun Ghafar terasa jauh hati.

Begitu juga dengan Anwar Ibrahim. Walaupun dalam beberapa ucapan di Perhimpunan Agung UMNO, beliau sering menyebut mengenai sejarah Julias Ceaser dan Brutus, tetapi beliau tetap menafikan hubungan renggangnya dan berulangkali juga mengatakan Anwar adalah bakal penggantinya.

Malah sehari sebelum beliau memecat Anwar pada 2 September 1998, beliau sekali lagi menafikan hubungannya dengan Anwar sedang bermasalah. Namun akhirnya Anwar bukan saja dipecat, bahkan juga dimalu, diaibkan dan dihantar ke penjara seolah-olah tidak pernah bersahabat baik dan duduk makan semeja sebelum itu.

Tetapi itulah Mahathir. Apa yang dinafikannya, selalunya itulah yang dilakukannya.

Dalam beliau menafikan berada di belakang gerakan mahu menjatuhkan Najib, beliau juga dalam masa yang sama mulai kritis terhadap Najib. Mahathir tidak saja mengkritik sikap bermewah kerajaan dan menyarankan Najib sepatutnya menjimatkan kos kerajaan berbanding menaikkan harga barang, beliau juga menyokong kritikan Daim dengan menyatakan pandangan bekas Menteri Kewangan itu ada asas dan kebenarannya.

Di ketika beliau menafikan mahu menjatuhkan Najib, Mahathir juga seperti menyindir Perdana Menteri dengan ulasannya bahawa pemimpin selarang lebih mengutamakan mencari kekayaan berbanding memberi khidmat kepada rakyat. Siapakah pemimpin sekarang yang ghairah mencari kekayaan kalau bukan Najib dan keluarganya berikutan pendedahan pelbagai kemewahan yang dimiliki, termasuk hartanah mewah kepunyaan anaknya di luar negara?

Ketika ditanya mengenai pilihanraya kecil Kajang yang dikaitkan dengan pembaziran, Mahathir sekali lagi bersikap sinis dengan menyatakan banyak lagi pembaziran, termasuk yang bernilai berbilion-bilion ringgit yang lebih perlu diberi perhatian berbanding pembaziran mengadakan pilihanraya kecil secara sengaja.

Siapa lagi yang disindir berkaitan pembaziran ini kalau bukan ditujukan kepada Najib?

Mengenai pilihanraya kecil Kajang pula, Mahathir secara terus-terang mengatakan ia merupakan tangga untuk Anwar menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang kerana dengan menunjukkan keupayaan mentadbir negeri Selangor dengan baik, adalah lebih mudah untuk Anwar meyakinkan rakyat tentang kemampuannya mentadbir negara pula.

Kenyataan ini secara jelas merupakan tekanan kepada Najib kerana ia memberi gambaran bahawa setelah Anwar menjadi MB Selangor, laluannya menjadi lebih selesa dan terbuka untuk menawan Putrajaya pula dan menjadikan kedudukan Najib kian meruncing.

Najib kini bukan saja ditekan oleh Anwar dan Pakatan Rakyat untuk memiliki Putrajaya, dalam masa yang sama beliau juga dihimpit mengenai ketidakyakinan daripada dalam UMNO sendiri untuk mempertahankan kuasa BN. Walaupun Mahathir menafikan penglibatan dirinya, tetapi sejarah politiknya sepanjang 22 tahun berkuasa membuatkan lagi beliau menafikan, lagi banyak orang bercakap mengenainya.

Kadang-kadang bila ada penafian, ia adalah tanda gerakan itu sudah pun bermula. (SH 30/01/2014)

35 comments:

  1. mahathirlah dalang kemusnahan melayu demi kepentingan diri dan kroni...jika ada internet selepas merdeka...mahathir takkan menjadi pm...mahathir perlu dijatuhkan...mukhris perlu ditewaskan...malaysia akan aman sekiranya petualang politik ini dilenyapkan pengaruhnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat daripada desprado yang PALING BODOH. Kerana Mahathir pentingkan kronilah, aku...budak kampung...yang emak bapa menoreh getah dapat hidup senang-lenang macam sekarang. Aku tak dapat projek, tapi aku dapat peluang untuk belajar...aku dibekalkan dengan semangat 'Melayu Boleh' dan 'Malaysia Boleh'...Alhamdulillah, hasilnya aku dapat apa yang aku dapat.

      Aku yakin satu perkara; barangsiapa yang bersyukur dengan apa yang dia dapat dan berterima kasih dengan peluang-peluang yang diberikan kepadanya akan dilimpahkan Allah dengan rezeki yang berkali ganda. Barangsiapa yang hidupnya dalam maki cela dan sumpah seranah, Insya Allah tidak akan sampai ke mana-mana.

      Delete
    2. negara mana di dunia ni yg tak bagi peluang pendidikan...pendidikan memang harus disediakan...kampung mana hang duduk..??? senang lenang apa..?? hutang keliling pinggang..nak aku cakap ke keadaan ekonomi jerlun..? dari zaman mahathir sampai ke anak semua nak tipu orang jerlun..

      Delete
  2. ya betul.....mamak tua ini adalah punca kepada segala permasalahan ekonomi, politik, sosial, akademik yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa ini...kalau mamak tua ini sudah mampos....mungkin masa depan Malaysia akan lebih cerah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL AKU SOKONG HANG 1000 PERATUS SEBAB BILA MAHATHIR JADI PERDANA MENTERI BOLEH KATA 90 PERATUS MELAYU SAKAI JADI PENSYARAH, PENGARAH, PENGETUA SEKOLAH DAN BANYAK LAGI MELAYU SAKAI JADI PEGAWAI TETAPI SEMASA TUNKU ABDUL RAHMAN JADI BANYAK MUKA BANGSA ASING. AKU PUN TIDAK FAHAM SEBAB APA ALLAH PILIH MAMAK TUA JADI PEMIMPIN. AKU SETUJU KALAU HANG PERINTAH KEPADA ALLAH SUPAYA DIA MAMPUS CEPAT. SEBAB HIDUP MATI DI TANGAN ALLAH.. BUKAN ALLAH PERINTAH MANUSIA, MANUSIA PERITAH ALLAH. MASYALLAH

      Delete
  3. Rasanya ramai yg mendoakan Tun mati cepat..tapi dialah yg mampos dulu sbb Tun masih panjang umur dan sihat..nasihat saya jgn sikit mulut bila berckp..takut mkn diri sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang umur kalau amalan tak bertambah pun tak ada guna. Ada kalanya yang mati awal itu lbh mulia dari dari tun yt panjnag umur.. Menongkat dunia

      Delete
    2. Anon 20.47 ni contoh Islam yang terang-terang sesat. Cakap mendahului Allah. Macamlah tau sangat soal dosa pahala orang. Kesian mak bapa dia dapat anak macam ni.

      Delete
  4. Mahathir tu mamak, Najib tu Melayu, mana mungkin mamak akan senang dengan keselesaan orang Melayu dna kerana inilah maka mamak ini akan mengakui lebih Melayu dari Melayu sendiri. Begitu juga jika kita lihat mamak mamak di Thailand serta Indonesia, mereka akan bersikap lebih bangsa watan dari anak watan sejati. Sebenarnya mamak ni tidak mempunyai sebarang negara untuk mereka tumpahkan kesetiaan mereka sebab mamak ini adalah berasal dari kelompok 'gipsi' yang tidak bernegara seperti bangsa yahudi yang hidupnya melata serta mengakui negara orang sebagai negaranya, tapi tidak pernah dihati mereka kedapatan taat setia terhadap negara tersebut, cuma kekayaan negara itu sahaja yang perlu disedutnya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUKAN MAHATHIR SAJA MAMAK ANWAR IBRAHIM PUN MAMAK

      Delete
    2. Aku tambah...dan Anwar Ibrahim itu mamak yang hidupnya PENUH PEMBOHONGAN dan LAKONAN. Perosak Melayu tulen...depan Melayu cakap lain, depan bangsa lain cakap macam lain...ptuiiiih

      Delete
  5. Cukup2 lah mencela tun dr mahathir..selama 22 tahun beliau berjaya menjaga negara dgn baik dan menjadikn masyarakat malaysia yg puratanya pelbgai kaum hdup dlm aman dan harmoni tanpa ada mslh yg serius..kita manusia skdar pndai mengkritik dan pandai cari kesalahan seseorang..pernahkh kita terfikir sekurang kurangnya dia juga berjasa pada negara yg kita sayangi ni..jgn lah kita terlalu meyakini seorang hamba allah yg msih belum tentu menjadi seorang pemimpin.krn mungkin dia blh jdi pemimpin yg lbh teruk dri yg pernah ada..lbh baik kita berdoa smg pemimpin kita berubah disuatu mse nti dri kita sentiasa berprasangka buruk dan menfitnah yg mana dri 10 mgkn 2 atau 3 saja yg btol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun membangunkan Malaysia,manusia tak akan dihormati jika dia menganiaya orang lain dengan tuduhan yang keji dan kejam. manusia seperti ini kalau dia mati layak kuburnya dikencing oleh rakyat jelata.

      Delete
    2. ALLAH PILIH PEMIMPIN, ALLAH AMAT MENGETAUI KEPADA SIAPA DIA PILIH, DALAM 28 JUTA PENDUDUK ALLAH PILIH MAHATHIR.KALAU HANG BERANI HANG KENCINGLAH KUBUR DIA.HANG NIAT NAK KENCING KALAU HANG TAK KENCING ..................

      Delete
    3. Kemelut perpecahan orang Melayu bermula dari anak dajal ni. Kemunculan pemimpin2 seperti Pak Lah dan Najib ni kerja siapa kalau bukan anak dajal ni..Yang lebih parah siapa yang telah merosakan pemikiran orang Melayu kalau bukan anak dajal ni juga. Yang haram jadi halal dan yang halal jadi haram. Bayangkan kalau si bapa menghalalkan anak sendiri memiliki kilang arak terbesar di asia tenggara !!!
      Kesimpulan nya taktik yang digunakan oleh anak dajal ni digunakan pakai oleh Yahudi ia itu 'the art of deception".dimana kejahatan mereka ditutupi dengan menuduh orang lain yang empunya angkara. Betul seperti kata Sdr Shah, anak dajal ini akan menafikan segala perbuatan dan niat jahat mreka. Oleh itu orang2 Malayu mula lah bangan dn sedar akan perbuatan khianat ini. Salam .

      Delete
    4. NABI MUHAMMAD BERPESAN SEBELUM TENGOK KEBURUKAN ORANG TENGOK KEBAIKAN ORANG. MANA TUAN YANG MENGETAUI TAU ANAK DIA BUKA KILANG ARAK. KALAU TUAN YANG AMAT MENGETAHUI BERANI SUMPAH DENGAN NAMA ALLAH YANG AKAN YAKIN 100 PERATUS YANG TUAN AMAT MENGETAHUI TENGOK DENGAN MATA SENDIRI. KALAU PERKARA INI TIDAK BENAR TUAN YANG MENGETAHUI TANGGUNG DOSA BESAR SEBAB PENGARUH ORANG-ORANG LAIN YANG MEMBACA KOMEN TUAN YANG MENGETAHUI.

      Delete
  6. Firaun dulu pun menjaga negaranya dgn dasar yg semua kita tahu. Begitu juga dgn pemimpin Israel dan Amerika Syarikat. Satu perkara yg jelas adalah mereka menentang islam sepenuh hati dgn segala tipu daya. Mahathir juga bertindak serupa, menentang ajaran islam yg tidak memenuhi nafsunya. Sila tanya Mahathir, kenapa Ibrahim Libya dibunuh di Memali dulu dan kenapa Tun Hussein Onn melepaskan jawatan PM kepadanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lah kalo ko tau ko bagitau jer lah buat ape nak pegi tanya TDM . Ker ko main hentam jer? Ko tanya diri ko apa yg ko dah korbankan utk negara, kurang2 TDM dah korbankan masa dan tenaga dia utk negara.
      Duduk depan komputer ngata org memang senang boh, beli kete beso2, pakai baju mahal2 tapi bila part nak anto anak belajo nak minta sedekah. Cukuplah kita jer dpt biasiswa hidup dah senang sikit nih pikirlah macam mana nak anto anak belajo tanpa minta belas ikhsan kerajaan. Hidup biar bermaruah jgn jadi macam peminta sedekah kat paso malam.

      Delete
    2. Yang ditentang bukan ajaran Islam tapi puak-puak yang memanipulasi ajaran Islam untuk nafsu serakah politiknya. Puak yang sanggup menjual nama Islam waiimma kepala dipijak oleh orang lain semata-mata kerana cita-cita politik sempitnya.

      Delete
  7. TUAN SHAHBUDI SEMUA MANUSIA PERANGAI MACAM TU YANG TIDAK ADA PERANGAI MACAM ITU NABI MUHAMMAD

    ReplyDelete
  8. kami anak anak muda alor setar menolak pimpinan mukris sbg mb..apa kami dapat selepas mukris jadi mb....yg kami nampak banner dan sepanduk semua muka mukris...mana mana tempat pon ada...nak glamor...nak promote..??? sedarlah diri kamu tu mukris...bisnes pon rugi macamana nak pimpin rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan suka-suka guna perkataan 'kami anak muda Alor Setar'...kalau setakat dua tiga ekor beruk tu tak mencerminkan seluruh anak muda Alor Setar... Mukhriz tak buat apa-apa? Kepala torak hang! Jangan setakat gebang di kedai kopi la. Buat homework sikit. Lepas tu timbang dan nilai guna otak, bukannya guna tempurung kepala hang yang kosong tu. Jangan jadi pencacai murahan.

      Hang nak tau Mukhriz popular ka dak, di Alor Setar, cuba hang banci tengok...kalau 10 hang jumpa, kurang daripada 7 suka kat dia, hang ludah muka aku. Kalau tak hang ludah muka hang sendiri...

      Delete
    2. jgn cabar kami bang....apa yg mukris buat...semua apa yg arwah ustad azizan dah buat..mukris ibarat businessman yg mnanti peluang nak sapu...biasalahkan tokey kilang...

      Delete
    3. Tak payah cakap pasal cabar la...cakap pasal realiti. Ayat cabar-cabar ni, kalau atas pentas ceramah, untuk muhong orang kampung boleh la.

      Saya tak mau sentuh tentang arwah Ustaz Azizan. Sat lagi timbul benda tak elok. Saya pun akui, dia buat banyak juga, tapi yang pelingkupkannya puak-puak penyangak dalam PAS dan PR sendiri.

      Hang pi check sendiri la jumlah pelaburan, jumlah peningkatan hasil Kedah, jumlah yang dijimatkan tahun lepas.\. Hangpa nanti kata, ia meningkat sebab 5 bulan pertama Kedah dibawah PAS...BN mai tuai hasil saja. Tu cara hangpa berhujah. Bila kena batang hidung sendiri, elak sampai tak cukup tanah. Apa-apa pun, tengok flownya secara menyeluruh...tunggu sampai hujung tahun ni...lepas tu siap sedia la dengan alasan.

      Satu lagi, BN ambil balik Kedah dalam keadaan sakit tenat. Zahir dan batin. Banyak masa dok perbetui semak samun yang hangpa tinggalkan (kecuali hutan balak)...mengkalu biar kat hangpa lagi, mau pokok petai belalang kut tepi jalan tu pun habis kena tebang.

      Delete
  9. mahathir memang seorang penipu...pengkhianat negara no 1 ialah mahathir...sanggup keluarkan kenyataan agen cia kerana nak jatuhkan peguam negara...ada sesiapa nak berhujah dak...???.. buat klcc tapi nikmatnya untuk kroni...orang miskin hanya melihat di tv...buat sepang tapi nikmatnya orang kaya dan kroni...buat proton tapi nikmatnya kroni...rakyat menanggung hutang tapi kereta tak berkualiti..buat apa lagi hangpa cakap...??? buat gerakan guling tunku..tun razak..najib..paklah..anwar...khairi..gani patail..dan ramai lagi...huuuh penat betoi dgn mamak tua nih...suka menipu...dahlah kaki rasuah...menyusahkan rakyat malaysia pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. KLCC untuk orang kaya? Litar untuk orang kaya?
      Hahahaha...dah sah la mamat ni bodoh dan bangang...jenis yang Allah dah tutup pintu hatinya dan akal fikirannya.
      Kalau tak reti dan tak faham ilmu sosio-ekonomi...tak payah buang masa baca blog la...isi masa tu cari ilmu, tingkatkan taraf pemikiran dan taraf hidup...kut-kut la bila hidup senang sikit, akal celik sikit, hidup tak bergelumang dengan maki hamun....

      Delete
    2. sah hang ni selalu dapat tiket free yg umno bagi...bodoh jugak penyokong mahathir ni..berapa ringgit dapat bila mahathir bertanding....mahathir kan dah cakap dia kena beli undi dgn duit..bodoh lah rakyat kalau tak sedar

      Delete
    3. Sah kebodohan hang tahap bangang. Mahathir tak kata dia kena beli undi dengan duit....dia kata dia kalah di perwakilan kubang pasu sebab tak beli undi...otak kalau dah kaki spin, hati kalau Allah dah hitamkan, bukannya nak nampak apa dah...pergi la cari cikgu tuisyen tang mana-mana, kut cerdik sikit.

      Delete
  10. mahathir lah orangnya yg menghabiskan wang malaysia...jeng jeng jeng...esok akan dinafikan..

    ReplyDelete
  11. Bila mahadir berkata-kata tentang satu keburukkan orang lain dan akan timbul 2 keburukan mahadir.siapa berani cabar saya disini dan saya akan lawan dengan fakta....

    ReplyDelete
  12. Ahli politik yang bertanggongjawab akan sentiasa bersedia menyelesaikan masaalah berbangkit dan tidak tunding jari pada orang lain jika berlaku kesilapan atau kesalahan ketika berkhidmat dalam parti atau kerajaan.

    Lihat perangai pemimpin yang kita sanjung dan sokong itu apakah mereka bertanggungjawab atau suka menyalahkan orang lain apa rakyat mengkritik kewibawaan mereka demi untuk menutup kelemahan diri sendiri..?

    Sikap suka ada beberapa sebab diantaranya suka kerana orang itu berpengetahuan tinggi, suka kerana orang itu mudah mesra. Suka orang itu kerana dia beri duit, barang dapur dan cenderahati. Suka orang itu kerana dia bagi projek. Suka orang itu kerana orang ramai suka padanya..

    Bila ditanya kenapa suka pada Tun Mahathir...ada yang menjawab kerana dia mempunyai banyak idea pembangunan untuk rakyat sehingga Malaysia terkenal dengan menara berkembar, mempunyai bangunan kerajaan yang hebat di Putrajaya.

    Tapi mereka terlupa bahawa Tun Mahathir juga membina tamadun dan budaya anak bangsa kekal bangang dikementerian pelajaran. Berbilion duit diperuntukkan disediakan setiap tahun tapi kejayaannya amat sedikit. Tiada siapa yang mempedulikan masaalah itu kerana leka dengan pembangunan fizikal.

    Setiap ahli politik ada pesaingnya dalam merebut jawatan dalam parti dan juga dalam kerajaan. Semuanya tertumpu pada kuasa yang menguasai ekonomi. Itu sebabnya selepas memecat Anwar Ibrahim dari kementerian kewangan Tun Mahathir bergegas mengambil alih jawatan itu tanpa diberikan kepada orang lain.

    Lihat sejarah apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir selaku perdana menteri merangkap menteri kewangan
    Apakah beliau bersikap adil dalam mengagihkan hasil negara pada sekelian rakyat atau bersikap pemerintah melayu berjiwa kapitalis ?

    Tun Mahathir merancang untuk jatuhkan Najib bukan kerana rakyat hidup susah disebabkan kenaikan harga barang dan cukai tapi beliau risau kesusahan hidup rakyat itu akan mengganggu perniagaan anak-anak beliau dan kroni yang dibela.

    ReplyDelete
  13. jeng jeng jeng....sah mahathir perlu ditendang secepat mungkin...ini disebabkan pengikut mahathir berhujah tiada fakta...

    ReplyDelete
  14. betul kata penulis....mahathir dan kroni serta pengikut akan menafikan...

    ReplyDelete
  15. Anwar Ibrahim pun macam Mahadet juga. Hari ni nafi akan bertanding di Kajang...esok tau-tau dia jadi calon di Kajang.

    Tapi dia ni bab pembohong lagi dahsyat. 10 keluar dari mulut dia, 50 tak boleh percaya...Dari di UM, sampai dalam ABIM, dalam UMNO, dalam jel...dalam PKR...sama saja...bohong sepanjang masa.

    ReplyDelete
  16. Dah la mahathir cukup2 la...ko dh kaya raya pulun hasil bumi malaysia.....skrng bagi la chance pulak pada najib pulun hasil mahsyul negara...

    ReplyDelete