Thursday, 23 January 2014

Najib Tidak Akan Berubah


Walaupun jangka masa PRU 14 masih ada empat tahun lebih daripada sekarang, tetapi sudah ramai yang bercakap mengenai kemungkinan UMNO bakal kalah dalam pilihanraya itu. Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin yang pandangannya mengenai politik jarang tersasar, secara terbuka berkata, BN akan kehilangan kuasanya jika PRU 14 diadakan dalam suasana seperti sekarang di mana kelemahan kepimpinan Najib Razak begitu ketara dan diperkatakan oleh ramai orang.

Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin pula membayangkan tiga senario yang bakal berlaku iaitu sama ada Najib berubah, beliau ditukarkan jika gagal berubah dan jika tiada apa-apa yang berubah, BN akan tewas dalam pilihanraya akan datang.

Seorang lagi bekas wartawan iaitu Zainuddin Maidin yang juga merupakan bekas Menteri Penerangan, tidak jemu-jemu menyarankan agar bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad diberikan semula kuasa dan pengaruh dalam kerajaan, dengan terbaru mencadangkan agar dilantik sebagai Menteri Mentor bagi membantu Najib, suatu gambaran hakiki bahawa kepimpinan Najib begitu lemah dan tidak bermaya sehingga Mahathir yang sudah berusia 89 tahun dan lebih 10 tahun bersara, dirasakan perlu dipanggil semula untuk menyuntik "ubat kuat" kepada Najib.

Pemimpin UMNO yang lain pula, sama ada secara terbuka atau sembunyi-sembunyi, ramai yang turut resah tentang hidup mati UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang. Bagi semua pemimpin ini, UMNO, BN dan kerajaan selepas PRU 13 lalu bukannya bertambah baik dan diterima oleh rakyat, sebaliknya menjadi semakin lemah, kalut dah hilang punca dalam mengurus banyak perkara.

Daripada isu politik, ekonomi, keselamatan, agama, perkauman dan sebagainya, semuanya dilihat gagal ditangani dengan sebaiknya oleh Najib dan kerajaan kerana seperti kata Zainuddin Maidin, Najib hanya mempunyai kepakaran menangguhkan masalah dan bukan menyelesaikannya.

Kebimbangan banyak pihak, daripada ketua UMNO Cawangan hinggalah kepada bekas menteri seperti Daim Zainuddin, tentang kemungkinan BN tumbang dalam pilihanraya akan datang, sebahagian besarnya adalah kerana kelemahan yang dipamerkan oleh Najib. Najib dilihat punca segala-galanya.

Dalam hal ini, berikutan orang-orang yang rapat dengan Mahathir seperti Daim, Kadir Jasin dan Zainuddin Maidin sudah semakin lantang bersuara dan terbaru, Mukhriz Mahathir juga melahirkan rasa bimbang BN akan tewas dalam pilihanraya akan datang jika terus mengabaikan kepentingan rakyat jelata, terutama dalam kenaikan kos sara hidup, sebenarnya hampir pasti sekarang ini Mahathir juga sudah mempunyai pendirian yang sama.

Beliau mungkin hanya menunggu masa yang sesuai untuk menunjukkan persamaan dan hubungan sehati sejiwa dengan mereka yang lebih dulu mengkritik Najib itu.

Tetapi, biar bagaimana banyak meriam dan peluru serangan semakin dihalakan kepada Najib, ramai yang percaya tidak akan ada apa-apa yang berubah mengenai Najib. Najib kelihatan cukup selesa dengan stail lemah dan lembiknya dalam memimpin negara ini. Najib juga akan terus meletakkan kepercayaannya kepada Idris Jala, Omar Ong, JJ dan lain-lain rakan penasihatnya. Begitu juga kepercayaannya kepada Pemandu dan konsultan luar tidak akan berubah walau seinci pun.

Dalam masa yang sama, Najib juga dipercayai akan terus membiarkan isterinya, Rosmah Mansor, menonjol diri, membayangi dah kadangkala kelihatan lebih berkuasa daripadanya. Beliau juga dipercayai akan terus membiarkan isterinya itu menggunakan segala kemudahan kerajaan yang sudah biasa dinikmatinya selama ini.

Najib, menurut kalangan yang rapat dengannya juga, akan terus bertahan sehingga pilihanraya akan datang. Biar pun sokongan rakyat kian merosot, beliau seringkali dikangkungkan, isterinya diboo dan macam-macam lagi diperlakukan terhadap mereka berdua untuk tujuan memberi tekanan, dalam masa yang sama Najib amat menyedari bahawa beliau tidak mungkin ditumbangkan sepertimana Pak Lah dulu.

Tidak sepertimana Pak Lah, Najib telah menjaga semua segmen dalam UMNO yang mungkin boleh mengancam kedudukannya dengan memberikan mereka jawatan, kedudukan, lantikan sebagai penasihat, pengerusi dan ahli lembaga pengarah GLC, habuan dalam bentuk kontrak, projek dan sebagainya.

Waima ada maklumat memberitahu, jika Mahathir dan Daim serta semua suku-sakatnya mengambil keputusan mengkritik dan menyerang Najib secara bersepadu sekali pun, kedudukan Najib tidak akan tergugat dengannya. Kata maklumat itu, serangan dan kritikan itu mungkin hanya meriah di media dan di kalangan rakyat tetapi Najib akan terus kekal di singgahsana Seri Perdana sehingga pilihanraya akan datang kerana semua pemimpin UMNO sudah termakan budi dengannya.

Meskipun tujuan banyak pihak seperti Daim dan Kadir Jasin membangkitkan tentang kemungkinan BN tewas dalam pilihanraya akan datang adalah agar Najib sedar kelemahannya dah sedia memperbaiki diri, Najib pada hakikatnya lebih rela melihat UMNO dan BN berkubur di era pemerintahannya daripada menyerah kalah di pertengahan jalan.

Dalam hal ini, oleh kerana Najib tidak mahu berubah dan pemimpin UMNO pula enggan mengubahnya, hanya rakyat satu-satunya harapan untuk mengubah Najib. Itu pun kena sabar menunggu kira-kira empat tahun daripada sekarang. (SH 23/01/2014)

7 comments:

  1. Tuan,

    Amat tepat sekali penilaian tuan terhadap manusia be4nama Najib ni yang sedang menjawat jawatan PM dan presiden UMNO.Begitu juga pandangan saya setelah mengamati Najib sejak 5 tahun lepas.

    Sensitiviti Najib, kemampuan membaca situasi politik dll pada saya banyak bergantung kepada pencapaian akedemiknya. Walhasilnya, Najib nampaknya amat bergantung kepada penasihat-penasihatnya untuk merangka semua b3nda. Agaknya dia panggil penasihat-penasihat,bagitau masaalah dan suruh mereka kemukakan cadangan-cadangan macamana nak selesai. Dalam banyak hal,saya agak, Najib terima bulat-bulat cadangan pertama kerana tak mahu sakit kepala. Jika kita halusi, ini ler stail Najib buat keputusan-keputusan selama ini melainkan perkara yang akan mengugatkan kedudukannya, baru dia halusi betul-betul.

    Pada saya yang original datang dari Najib adalah seperti bandingan kangkung dengan kenaikan harga barangan, tanya orang penang " are you with BN" semasa konsert PSY dan seumpamananya.

    ReplyDelete
  2. Na Jik hanya berminat dengan kangkung...takde minat nak takbir negara..tu la jadi jaguh kampung..org cakap pasal export and product quality..sini cakap kangkung pun boleh turun harga...logik ke?? if a country production low, it unable to create more job and boss will cut cost, no job demand cause low purchase demand from citizen since no income..low purchase demand will cause rakyat only eat kangkung di rumah.... mungkin theory mathematic dr org kuat Na Jik...

    ReplyDelete
  3. Sebagai ahli yang teramat setia pada parti UMNO Baru, pertanyaan utama yang perlu dijawab dengan jujur ialah, “atas kriteria apa sehingga kita sanggup cadang, sokong lalu melantik Najib jadi pemimpin parti dan pemerintah negara ?”

    ....adakah kerana terhutang budi pada orang tuanya lalu disogokkan pula dengan rasuah maka kita menyiakan saja atau kerana Najib memang mempunyai kelayakan sebagai pemimpin.... ?

    Apa kah cadangan Zainuddin Maidin agar bekas bosnya Tun Mahathir dijadikan seperti Lee Kuan Yew di Singapura mampu mengubah cara Najib mentadbir sehingga dapat kembali berkuasa dan berpengaruh....?

    Pada pandangan saya jika Tun Mahathir dipungut semula jadi penasihat, negara Malaysia akan jadi huru-hara seperti yang pernah berlaku dizaman kesultanan Melaka dulu. Tanda awal kerosakan bakal berlaku ialah permintaan beliau agar akta ISA dihidupkan semula.

    Pekara ini tidak perlu diulas panjang tapi apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang adalah fakta dan bukti bahawa kaum kerabat Mahathir dan Zainuddin amat merbahaya jika mereka diberi kuasa. Pembiakan mereka perlu dikawal sama seperti Mahathir mengawal institusi raja-raja melayu semasa beliau menjadi perdana menteri 22 tahun.

    Untuk perbetulkan Najib supaya berubah adalah dengan menurunkan beliau dari tahta kerajaannya. Dan orang yang bertanggongjawab menurunkan beliau adalah ahli UMNO Baru kerana mereka yang mencadang, menyokong dan melantik beliau maka mereka juga perlu menurunkan mengikut apa jua cara yang sesuai atau tidak sesuai.

    Selesaikan masaalah berbangkit ini dengan berbincang, bermesyuarat, berhujah dan berdebat sesama sendiri demi mendapatkan keputusan yang betul demi masa depan parti dan sokongan rakyat untuk pilihanraya yang akan datang.

    Jangan ikut perangai orang tidak berbangsa, salah sendiri tunding jari pada orang lain pula yang bersalah.....itu CELAKA namanya


    ReplyDelete
  4. jika rkyat biasa digula-gulakan dgn brim krim trim bagai, apatah lagi org2 dlm UMNO. fikirkan.....

    ReplyDelete
  5. Nak tgu PRU14 habeh laaa... skrg pun tgh nazak nak tgu 4 thn lg? ntah2 balik zaman perang jepunlah mkn ubi kayu..

    ReplyDelete
  6. Tuan,

    Cadangan Zam dan macai2nya bingai betul la. Otak tak ada cahaya.

    Ingat la Madey tu dah tua ganyut.. tah bila kojol.
    Kalau dia jadi punahsihat aka ornd No.1 M'sia berapa lama boleh tahan???
    Lepah dia masuk kubur apa akan jadi...

    Pikir la dalam sikit bingai.

    ReplyDelete
  7. Salam semua, pd pengamatan saya ramai org terlalu memandang rendah kpd kebolehan Najib ini. Satu perkara yg kita lupa bahawa pengalaman byk memberi kelebihan kpd seseorg. Saya akui ramalan Tun Daim berkaitan dgn politik tanah air kebanyakannya tepat, tetapi manusia bukan semuanya sama terhap kecenderungan sesuatu perkara. NAJIB mempunyai pengalaman dlm arena politik sejak berumur 27 thn bermula sebagai Menteri Besar Pahang n dgn style serta gaya tersendiri beliau dpt menjadi PM. Perkara ini pihak penulis jgn lupa bahawa pilihanraya ygtersengit dlm sejarah tanah air telah pun berlalu, bukankan ini satu bukti bahawa beliau mmg ada karisma tersendiri.Cuba bandingkan dgn Anuar beliau dari segi peluang sebagai Tim PM gagal dlm arena politik sehingga berliku2 jadinya. Satu persoalan yg patut kita renungkan, bukan begitu

    ReplyDelete