Friday, 24 January 2014

Kalah PRU 14 Adalah Baik Untuk UMNO


Di kala semakin ramai yang melahirkan kebimbangan mengenai kelemahan kepimpinan Najib bakal menyebabkan UMNO dan BN tewas dalam pilihanraya umum akan datang, generasi muda dalam parti itu pula merasakan kekalahan adalah ubat paling mujarab untuk memulihkan UMNO daripada segala penyakit yang sudah sekian lama bersarang didalamnya.

Bagi mereka, kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, gagal meraih undi popular dan hilang beberapa negeri, ternyata tidak mampu mengubah sikap dan perangai pemimpin UMNO untuk menjadi lebih baik dan disenangi rakyat, bahkan majoriti pemimpin yang mempunyai kuasa masih tidak banyak berbeza antara sekarang dengan era 80an atau 90an dahulu.

Paling ketara ialah perubahan yang diharapkan juga tidak berlaku dalam diri Perdana Menteri dan pemimpin kanan parti dan kerajaan. Mereka masih menampilkan sikap boros, suka berbelanja mewah, mudah melupakan janji yang dibuat ketika mahu mendapatkan sokongan dan hanya menjadikan rakyat penting ketika sebelum pilihanraya sahaja.

Dengan mewarisi kerajaan yang lemah sebaik menjadi Perdana Menteri pada 2009 dan kemudian keputusan pilihanraya 2013 menjadi lebih buruk lagi, Najib seharusnya segera berubah dan menampilkan kualiti kepimpinan yang lebih baik jika tidak mahu nasib lebih buruk menimpa BN dalam pilihanraya 2018 nanti.

Namun, penampilan Najib bukan saja mengecewakan malah lebih teruk berbanding sebelum PRU 13. Slogan rakyat didahahulukan dan kononnya BN tidak pandai menipu rakyat, ternyata hanya tinggal janji. Bukan saja satu demi satu kenaikan kos hidup rakyat dilakukan, bahkan banyak janji-janji yang diucap dengan penuh manis sebelum pilihanraya, akhirnya bertukar menjadi tuba di mata rakyat.

Dalam masa yang sama, berikutan timbulnya isu demi isu berkaitan politik, ekonomi, agama, keselamatan dan sebagainya pula tidak cuba diselesaikan berasaskan prinsip ketegasan serta keberanian, malah dengan membiarkan isu demi berlarutan dalam masyarakat, Najib dan kerajaan seolah-olah suka melihat rakyat hidup dalam perbalahan dan perkelahian.

Yang lebih malang lagi, di ketika Najib diminta berubah dan menunjukkan ketegasannya atau kemungkinan berhadapan risiko kehilangan kuasa dalam PRU 14, beliau ternyata masih berdegil dan ingin terus berpaut pada kuasa walaupun pada hakikatnya kuasa kerajaan yang ada hanyalah minoriti dan semakin rapuh pula umpama kayu yang sudah mula disarangi anai-anai.

Apabila Najib sendiri tidak mahu berubah, sudah tentulah pemimpin lain juga tidak akan berubah. Apabila Najib dan keluarga terus berbelanja mewah, tentulah tidak timbul rasa segan di kalangan menterinya untuk berparti hari jadi mewah serba merah atau mengadakan kenduri kahwin dua hari dua malam di ketika rakyat diminta berjimat cermat dan mengikat perut bagi mengimbangi kenaikan kos sara hidup.

Lantaran tidak terpamer tanda-tanda keinginan daripada Najib dan semua pemimpin UMNO untuk berubah, ramai yang merasakan bahawa kekalahan dalam PRU 14 nanti mungkin merupakan ubat paling berkesan untuk memulihkan semula UMNO dan menjadikannya tampil dengan lebih baik lagi.

Hilang majoriti, hilang beberapa negeri dan hilang undi popular rupa-rupanya tidak memberi apa-apa kesan langsung kepada UMNO dan para pemimpinnya.

Barangkali hanya setelah kalah, hilang kuasa dan kemudian diikuti dengan sebahagian besar pemimpinnya tiada pilihan selain mengundur diri dan kenal erti bersara, barulah UMNO diyakini mampu tampil dengan wajah baru yang lebih baik dan segar bagi menghadapi perjuangan yang seterusnya.

Oleh itu, bagi sebahagian ahli UMNO, terutamanya generasi muda, kekalahan dalam PRU 14 adalah petanda baik bagi kesinambungan serta kelangsungan parti itu. Ini kerana, tambah mereka, tanpa kekalahan mutlak, tidak akan berlaku perubahan hakiki dari segi kepimpinan, kesedaran, budaya serta sikap di kalangan mereka yang menjadi pemimpin UMNO.

Sebab itu, sementara semakin ramai yang bimbang dengan kelemahan kepimpinan Najib dan memberi amaran tentang kuasa yang mungkin hilang, generasi pemimpin muda dalam UMNO tidak begitu kisah tentangnya. Ini bukanlah bermakna mereka tidak bimbang tentangnya tetapi kerana merasakan itulah satu-satu cara untuk memulihkan UMNO, mampu menjadikannya tampil lebih baik dan ruang akan lebih terbuka untuk diketuai oleh bakat-bakat muda yang lebih berpotensi serta berwibawa.

Berbanding terus berkuasa yang hanya menjadikan wajah UMNO menjadi bertambah buruk, kekalahan sebaliknya akan memberi ruang perubahan dan transformasi untuk berperanan dengan lebih baik. (SH 24/01/2014)

7 comments:

  1. Tuan,

    Sebenarnya g3nerasi muda dalam UMNO Baru terlalu naif dalam soal s3jarah UMNO Baru sendiri. Tetapi kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana mereka membesar dengan dakyah dan putar belit dan pelbagai pembohong yang s3ngaja dibuat untuk menutup watak seb3nar UMNO Baru itu s3ndiri.

    Penubuhan UMNO Baru sejak dari awal bukan pasal kesinambungan perjuangan orang melayu dan m3ndaulatkan Islam.

    Kalau itu hasratnya, UMNO Lama tidak sengaja dimatikan d3ngan m3nggunakan cara teknikal melalui Akta Pertubuhan 1966 yang baru dipinda masa itu.

    Jika ini tunjuannya,Akta yang sama memberi jalan untuk memastikan UMNO Lama dapat dipulihkan kembali.PERSOALAN YANG AKAN DITANYA OLEH SEJARAH DIMASA DEPAN - MENGAPA ORANG YANG MEMATIKAN UMNO LAMA TIDAK M3NGGUNAKAN R3M3DI INI JIKA DIA IKHLAS BERJUANG UNTUK ORANG M3LAYU DAN KEDAULATAN ISLAM. S3BALIKNYA DIA MEMBIARKAN UMNO LAMA TERUS MATI DAN DENGAN GHAIRAH MENUBUHKAN UMNO BARU YANG DIA KONTROL 100%? Jawapannya lain kalilah...jika ada yang nak tahu!

    Saya yakin s3jarah masa depan akan bertanya begitu setelah nasib orang melayu sudah terok merempat di tanah air sendiri.

    Tetapi apa relevannya ditanya setelah nasi menjadi bubur basi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si pembunuh UMNO 1946 itu bukan nya berniat untuk memperjuang kan orang me-LAYU yang sudah lama di perbodohkan. Bukan setakat itu, malah kedudukan raja raja juga turut di kacau. Nasib baik ALLAH tidak mengizinkan si MAMAK ni menjadi "PRESIDENT" kalau tidak sudah pasti hingga kiamat keturunan dia akan menjadi president. ALA Raja dan Sultan lah, di mana anak dia walau dalam apa kaedaan pun akan di lantik untuk mengantikan nya.
      Conclusion nya, si Mamak ni tidak ada niat pun untuk membela nasib Bani me-LAYU.

      Delete
  2. Sdra Saadun Sulaiman dan penjengok sekalian,

    Satu perkara yang perlu difahami oleh orang melayu, sejak UMNO Baru memasuki Sabah UMNO Baru telah meminda perlembagaan partinya mengenai keahlian. S3belum ini ahli UMNO Baru hanya diterima dari kalangan orang melayu yang berugama Islam sebagaimana syarat keahlian UMNO Lama.

    Sebelum memasuki Sabah UMNO BARU telah mengadakan satu EGM khusus untuk meminda syarat keahliannya untuk memasuki Sabah dimana kaum bumiputra bukan melayu dan bukan Islam ( kebanyakannya berugana Kristian) adalah penduduk majoriti.

    EGM tersebut telah meluluskan pindaan syarat keahlian dari melayu Islam kepada semua kaum bumiputra tidak kira Iskam atau tidak. Pindaan tersebut telah diterima dan diluluskan ol3h ROS sebelum UMNO Baru masuk ke Sabah.

    Perubahan ini amat penting difahami signifikannya dari sudut undang-undang aka Akta Pertubuhan 1966. Yang terpenting sekali ialah UMNO BARU tekah berubah menjadi parti etnik melayu seperti MCA ( etnik cina) dan MIC(etnik india) m3njadi PARTI BUMIPUTRA. Status ini samalah dari segi AKTA itu dengan parti PBB( Parti Persaka Bumiputra Bersatu Sarawak ) pimpinan Taib Mahmud. Ahli PBB ada macam-macam : melayu m3lanau, iban, dayak dll asalkan berstatus bumiputera.

    Maknanya sesiapa saja yang m3mpunyai status bumiputra bol3h m3njadi ahli UMNO BARU s3karang!. Sebab itu beberapa ribu orang siam di Kedah dah jadi ahli U.NO BARU. Kaum portugis kat Melaka tu juga layak tau...

    Herankan sebahagian besar melayu-melayu yang menjadi penyokong totok dan melayu diluar bandar tidak tahu hakikat ini. Malah hakikat ini pun digelapkan menggunakan slogan "k3tuanan melayu" jika be4k3mp3n kat sem3nanjung.

    Jadi itu pasailah k3ahlian UMNO BARU dah jadi carca marba. Semua j3nis ada: melayu,mamak-mamak, bumiputra bukan melayu bukan Islam, beberapa ribu siam kat kedah dan PATI-PATI yang m3ndapat kerakyatan melalui pelbagai cara ( Indon, myammar Islam,kemboja, Islam Filipina, banglad3sh, warga India dll).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau itu lah "RUPA" umNO-baru yang ada sekarang maka tak hairan lah bahawa kebanyakan orang me-LAYU telah di tipu hidup hidup. Ternyata bahawa usahaumNO-Baru untuk "MEMPERBODOH"kan orang me-LAYU ternyata berkesan. Kesian orang me-LAYU. Kalau tiada ikhtiar untuk mebaik pulih mereka ini, sudah pasti mereka akan terus ME-layu.

      Kalau sudah begitu rupa nya wajah UMNO Baru mengapa "DICIPTA" isu kalimah ALLAH, bible dalam bahasa MELAYU dan sebagai nya. Bukan kah ia nya untuk di gunakan oleh para ahli umNO-Baru yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

      Tidak mematuhi sesuati janji yang telah "DI IKRAR"kan, sebagaimana yang tercatit di dalam manefisto UBN semasa PRU 13 dulu mengambar ke kmunafikan se seorang atau pun pertubuhan?Tidak kan orang me-LAYU yang mempunyai sekelumit "IMAM" menyedari nya. Kalau sudah sedar, tinggal kan lah "DACING" yang senget dan lalui lah lorong yang menjanjikan cahaya di hujung nya.

      Delete
    2. UMNO BARU ni dasar dia pragmatis - dalam bahasa mudah dia makan k3liling. Apa yang boleh buat orang bagi undi kat depa, depa sebut dan janji.Kat Semenanjung digunakan ketuanan melayu, kat sabah dia tak sebut ketuanan melayu. Depa pakai benda lain.

      Delete
  3. kelemahan UMNO dan Pembohongan pakatan pembangkang mempengaruhi belia Melayu yang tidak mendapat maklmat yang betul. Tak faham pun naib yang bakal menipa mereka

    ReplyDelete
  4. SEMUA cara tak BOLEH pegi. Hanya satu cara yang boleh menjamin kejayaan MANUSIA selamanya.Sokong lah ISLAM SELAMAT DUNIA AKHIRAT.

    ReplyDelete