Saturday, 7 December 2013
Mungkinkah Kenaikan Tarif Letrik Akan Dibatalkan Petang Ini?
Hari ini merupakan hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2013. Antara isu yang disentuh dalam perbahasan kali ini ialah mengenai kenaikan letrik sebanyak 15 peratus mulai Januari depan. Ramai yang menyifatkan kenaikan itu tidak wajar, bukan saja kerana TNB mencatat untung yang banyak iaitu kira-kira RM4.6 bilion pada tahun lepas tetapi juga kerana rakyat turut dibebankan dengan kenaikan minyak dan gula sebelum ini.
Jika sebelum ini, dalam kenaikan minyak dan gula, suara-suara dalam UMNO ramai yang bersetuju dengan kewajarannya tetapi kenaikan letrik ini mendapat respon yang sebaliknya. Bukan saja suara bantahan itu dapat didengar melalui ucapan perwakilan dalam perbahasan, malah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut menyuarakan bantahannya terhadap kenaikan itu dalam ucapan semasa perhimpunan Pemuda pada Rabu lalu.
KJ menyifatkan kenaikan letrik ini tidak wajar kerana TNB mencatat untung besar dan seharusnya memikirkan juga kepentingan rakyat manakala perwakilan dari Kedah, Osman Aziz pula berkata, dengan pelbagai kenaikaj sebelum ini, rakyat ini bertanya, "apa akan naik lagi sekepas ini?"
Di kalangan pemerhati yang memenuhi ruang legar dan sekitar PWTC, isu kenaikan letrik ini juga menjadi topik perbualan dan rata-ratanya tidak bersetuju dengan kenaikan itu serta mengharapkan Perdana Menteri mendengar suara bantahan dan rintihan rakyat ini.
Dan sehingga ini, walaupun kenaikan letrik ini sudah menjadi isu negara di mana bantahan boleh didengar di mana-mana, Najib Razak belum lagi memberi sebarang respon mengenainya. Malah dalam ucapan pembukaan dan perasmian pada Khamis lalu juga, isu kenaikan tarik letrik ini tidak disentuhnya. Beliau hanya menyentuh mengenai kebaikan harga minyak dan gula saja.
Apakah Najib sengaja menunggu hari terakhir ucapan penggulungannya petang ini untuk menyentuh mengenainya?
Di sekitar PWTC ini, ramai yang merasakan Najib akan berbuat sesuatu mengenai kenaikan tarif letrik ini pada ucapan penggulungannya nanti. Najib dijangka akan membatalkan atau menangguhkan kenaikan itu sebagai respon kepada suara bantahan yang jelas melalui perhimpunan UMNO ini.
Dengan berbuat demikian, Najib akan dilihat sebagai pemimpin yang memahami dan mendengar dan suara rakyat. Dan yang penting, beliau akan dinobatkan sebagai hero atau adiwira rakyat dalam perhimpunan tahun ini.
Sama ada ianya akan berlaku atau sebaliknya, sama-samalah kita tunggu ucapan penggulungan Najib lewat petang ini. (SH 07/12/2013)
Tuan,
ReplyDeleteDalam keadaan kewangan yang tenat, jangan mimpilah Najib akan tarik balik k3naikan tarif elektrik. K3adaan terlalu desperate.
Semua kenaikan-kenaikan yang diumum sehingga kini dari ron 95/disel hingga kepada tarif letrik tidak masuk akal langsung. Semua naik dikala harga dipasaran dunia sedang menurun. Dalam kes tarif letrik dikala TNB membuat keuntu ngan tertinggi dan permintaan meningkat.
Juga kenaikan secara pukal semua benda ini dilakukan dalam keadaan ekonomi negara yang tenat dan kehidupan rakyat terhimpit. Mustahil Najib tak tahu. PERSOALANNYA MENGAPA KENAIKAN-KENAIKAN INI DITRUSKAN JUGA UNTUK MENEKAN RAKYAT YANG SUDAH TEROK TERBEBAN? MENGAPA TAK BOLEH TANGGUH?
Kita diberitahu oleh kerajaan bahawa kenaikan-kenaikan ini adalah untuk menyelaras/mengurang subsidi. MENGURANG SUBSIDI lebih tepat.
Tak boleh taangguh ke pengurangan subsidi ke masa yang lebih sesuai. Juga tak bolehkah dibuat berperingkat BUKAN SEKALIGUS melibat banyak jenis subsidi.
Banyak perkara pelik yang kita nampak dengan kenaikan-kenaikan ini yang dikatakan u tuk mengurangkan subsidi. Satu perkara yang nampak jelas ialah kewangan negara sekarang ini t3nat dan kritikal sehingga memerlukan tindakan drastik ini.
Saya juga membaca satu artik3l didalam FMT mengenai isu ini. Penulis membuat spekulasi bahawa siri kenaikan ini adalah merupakan cara baru Najib nak mendapatkan kewangan negara iaitu dengan menekan duit dari rakyat. Dengan cara ini, kerajaan tidak perlu meminjam dari mana-mana pihak. Dalam keadaan penarafan kredit kita yang telah diturunkan ia akan m3mburukkan lagi k3dudukan kr3dit kita dimana sebarang pinjaman dimasa depan agak sukar diperol3hi dan kadar pinjaman akan dikenakan interest yang l3bih tinggi.
Pandangan ini ada logiknya jika kita perhati bagaimana k3naikan-kenaikan ini diumum. Apatah lagi jika kita lihat bagaimana Najib dan kerajaan LEBIH MENGUTAMAKAN PAU dari membantu mangsa-mangsa banjir. Yang berPAU adalah UMNO. Mengapa kerajaan m3njadi lumpuh s3hingga tidak dapat berfungsi menangani bencana banjir yang sedang m3landa negara?
Bat8