Sunday, 24 November 2013

"Tak Perlulah Sampai Guna Lilin, Tapi Tunjuklah Keinginan Nak Berjimat"


Perdana Menteri, Najib Razak akhirnya bersuara juga mengenai kontroversi bil letrik di Seri Perdana yang mencecah lebih RM2.2 juta bagi tahun 2012 yang lalu sehingga bukan saja menjadi isu Parlimen tetapi juga menjadi perbualan di kalangan rakyat. Rata-rata berpendapat, bil sebanyak itu terlalu tinggi dan kurang sesuai dengan kedudukan ekonomi negara sekarang ini.

Dalam penjelasannya, Najib berkata, jumlah sebanyak itu adalah sesuatu yang wajar dan tidak dapat dielakkan kerana Seri Perdana adalah sebuah kompleks yang mempunyai pelbagai kemudahan dan digunakan juga untuk meraikan tetamu-tetamu kerajaan.

Lagi pula, kata Perdana Menteri lagi, Seri Perdana bukanlah miliknya, sebaliknya adalah milik rakyat. "Saya orang ketiga berpeluang tinggal di sana, sesiapa saja yang menjadi Perdana Menteri, termasuk jika PR yang memerintah selepas ini, Perdana Menteri mereka juga tinggal di situ.

"Jangan bangkit pasal bil letrik Seri Perdana tinggi, macam mana nak elak, itu bukan saya punya, tapi rakyat yang punya. Itu bukan kediaman saya, itu adalah kediaman Perdana Menteri dan saya hanya menumpang. Kalau ketua kerajaan lain datang, adakah kita kena raikan mereka dalam gelap?

"Bila Presiden China datang, takkan nak makan dengan cahaya lilin" jelas Najib dalam suatu program di Kuala Lumpur.

Sekali imbas, memang nampak logik dan meyakinkan jawapan Najib itu. Tetapi dua kali imbas, jawapan itu memperlihatkan sikapnya yang tidak mahu berubah dan mengurangkan langsung walau satu sen bil letrik di Seri Perdana itu. Tidak ada sesiapa menafikan bahawa Seri Perdana adalah kediaman Perdana Menteri dan sesiapa yang menjadi Perdana Menteri berhak tinggal di situ. Persoalan yang dibangkitkan ialah kenapa bil letriknya terlalu tinggi sedangkan di ketika yang sama hutang negara makin tinggi dan rakyat diminta berjimat cermat? Tidak bolehkah berjimat sedikit?

Ini kerana ramai yang tahu bahawa bil letrik di Seri Perdana tidaklah terlau tinggi ketika Mahathir dan Pak Lah tinggal di sana. Kenapa hanya sekarang bilnya tinggi? Adakah tiap-tiap malam tetamu luar diraikan di sana? Adakah kenaikan itu kerana banyaknya alat-alat letrik dan lampu-lampu kristal dipasang di Seri Perdana sejak Najib dan Rosmah tinggal di situ?

Jawapan Najib bahawa "kalau Presiden China datang, takkan nak makan dengan cahaya lilin" pula ternyata keluar daripada tajuk yang diperdebatkan rakyat. Kalau dalam peperiksaan, jawapan yang keluar tajuk ini tidak mendapat apa-apa markah. Persoalan rakyat ialah kenapa bilnya terlalu tinggi dan tak bolehkah dikurangkan jumlahnya itu?

Rakyat tidaklah mahu Perdana Menteri sampai menjamu tetamu negara luar dengan cahaya lilin atau tidur tanpa menggunakan penghawa dingin atau tanpa kipas angin. Kalau mahu juga makan makam dengan cahaya lilin, cukuplah ketika beliau makan dengan isterinya saja. Untuk kegunaan ketika meraikan tetamu luar negara, gunakanlah yang sewajarnya tetapi ketika tiada apa-apa kegunaan, berjimatlah.

Apa yang rakyat mahukan ialah sekurang-kurangnya tidaklah semua penghawa dingin atau lampu dipasang sepanjang masa. Pasangnya di mana yang perlu saja. Lampu-lampu hiasan dan kristal mewah tidaklah juga perlu dinyalakan seoanjang malam.

Apa yang rakyat mahukan juga ialah komitmen dan keinginan untuk berjimat cermat sebagaimana yang beliau selalu sarankan kepada rakyat. Tetapi kenapa Najib terlalu berat mulut untuk memberikan komitmennya untuk turut sama berjimat cermat seperti rakyat, sekurang-kurangnya berjanjilah bil letrik di Seri Perdana bagi tahun 2013 dan tahun-tahun seterusnya akan terus menurun berbanding bil RM2.2 juta bagi tahun 2012.

Namun jawapan Najib ini hanya memperlihatkan sikapnya yang mahu terus bermewah dan menggunakan apa saja semahunya wang pembayar cukai tanpa sekatan. Beliau langsung tidak memperlihatkan sikapnya mahu menjiwai kesusahan dan derita rakyat, bahkan tanpa peri kemanusiaan melabelkan pula rakyat yang mengelak daripada membayar cukai sebagai pengkhianat.

Semua orang tahu tentang tanggungjawab sebagai pembayar cukai, tetapi pembayar cukai kadang-kadang hendak juga tahu ke mana wang cukai mereka dibelanjakan dan tidak mahu ia disia-siakan dengan penggunaan yang tiada kena-mengena seperti pembaziran bil letrik, sewaan jet eksekutif, jamuan mewah dan sebagainya.

Adakah pengkhianat juga namanya jika mempersoalkan ke mana perginya wang cukai ini? (SH 24/11/2013)

7 comments:

  1. INI jawapan yang paling bodoh sekali datang dari seorang yang belajar dan lulus pengajian tinggi juga anak kepada seorang tokoh negara! Lebih cocok ianya diungkap oleh isteri yang angkoh dan kadok itu!
    Apakah NajiBoRos mendakwa tetamu dan daif yang datang makan minum santai menyebabkan api air Seri Perdana mencecah RM (2.2 + 0.4) = 2.6juta sepanjang 2012? Cuba senarai siapa yang datang dan kalau berani sebut nama mereka terang-terang agar kedutaan masing-masing boleh dengar `nama mereka `dijual'.
    Lebih mirip sindiran dari betine yang tak insaf dan tak tahu malu. isteri kepada PM TB ini! Betul kata Aspan A. kalau toman pakai mahkota pun tetap toman.
    Kalau koman, salut berlian bertatah pun tetap koman `low born, low class and kadok as kadok will be!

    ReplyDelete
  2. Nampak warna sebenar:- Tiada perasaan bertanggungjawab langsung

    ReplyDelete
  3. Setuju 100% dengan tulisan anda.

    ReplyDelete
  4. Cincin rm24 juta tu da bagi zakat ke belum, kalau belum takut-takut jadi PENGKHIANAT kepada Tuhan & ISLAM.... Sebagai peringatan bukan menyibuk, ampun maaf

    ReplyDelete
  5. Najib kau bole tumbang bila2 masa je. Teruskanlah dgn politik kotor & bodohkanlah penyokong2 BN selagi mampu. Paling bagus kalau dpt tarik BN sama2 tumbang drp arena politik di Malaysia.

    ReplyDelete
  6. biarlah.....ngara ini surga pd dia....mgkin dah ada jawapan bila ALLAH tanya d mahkamahnya.....depa kan fikir depa hidup lama.....bila kena tegur...silap2 jawapannya...kubur masing2....

    ReplyDelete
  7. "Jangan bangkit pasal bil letrik Seri Perdana tinggi, macam mana nak elak, itu bukan saya punya, tapi rakyat yang punya. Itu bukan kediaman saya, itu adalah kediaman Perdana Menteri dan saya hanya menumpang. Kalau ketua kerajaan lain datang, adakah kita kena raikan mereka dalam gelap?

    "Bila Presiden China datang, takkan nak makan dengan cahaya lilin" jelas Najib dalam suatu program di Kuala Lumpur.

    JAWAPAN BIOL DRP PERDANA PENGKHIANAT MENTERI...KO INGAT SETIAP HARI ADA KETUA KERAJAAN LAIN, KETUO KAMPUNG, KETUA BALAI, KETUA JKK, KETUA KAMBING, LUMBU, TAPIR, GAJAH, ZIRAFAH, SINGA DAN LAIN-LAIN MAKHLUK ALLAH S.W.T DATANG TENGOK KO MAIN BUIH KE KEK SRI PERDANA TU WAHAI PERDANA PENGKHIANAT MENTERI???

    SO KALAU BUKAN TIAP-TIAP HARI, X KAN BERJUTA-JUTA LEMON BIL API, OR AIR OR BIUH KO PAKAI WAHAI PERDANA PENGKHIANAT MENTERI YG BIOL WOIIT?

    JAWAPAN KO MENUNJUKKAN BAHAWA MMG KO ADA MASALAH SCREW LOOSE OR MMG NO BRAIN AT ALL?

    ReplyDelete