Saturday, 9 November 2013

Semuanya Mulai Tak Betul Di Mata Mahathir


Sebagaimana yang diramalkan oleh banyak pihak, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad bersuara lagi mengenai UMNO. Dalam tulisan terbaru di blognya, beliau mengkritik cara kempen UMNO dan BN dalam pilihanraya kecil Sungai Limau yang menyaksikan calon BN kalah kepada calon Pas dengan kekurangan 1084 undi.

Mahathir menyifatkan pemberian wang dan hadiah ketika kempen di Sungai Limau tidak berjaya memikat hati pengundi, malah menganggapnya suatu pembaziran dan kekalahan calon BN adalah bukti bahawa pengundi menolak budaya itu yang telah pun ditunjukkan sejak PRU 13 lagi.

"Ini jelas sejak PRU 13, yang tidak sokong, tetap tidak sokong juga. Wang yang diberi adalah suatu pembaziran, tidak kira sama ada wang kerajaan atau bukan kerajaan.

"Sokongan kepada parti politik diasaskan kepada perjuangan serta tingkah laku pemimpin dan calon. Kalau datang dengan Mercedes atau motosikal 1000cc, saguhati dan apa yang diberi tidak akan menawan hati," demikian antara intipati tulisannya.

Sanggahan Mahathir mengenai cara kempen BN ini memang ada benarnya, malangnya itulah yang sebenarnya telah diamalkan sejak sekian lama. Di era Mahathir pun, ketika kempen pilihanraya, itulah juga cara kempennya. Pemberian wang, hadiah, kain batik, kain pelikat dan projek-projek pembangunan adalah cara kempen yang sudah sebati dengan UMNO dan BN sejak dulu lagi.

Ketika kempen pilihanraya, tidak banyak yang bercerita tentang apakah perjuangan UMNO dan sasaran masa hadapan yang mahu dilakukannya kepada rakyat. Yang banyak dicurahkan oleh janji-janji pembangunan dan seumpamanya saja. Dan melalui janji pembangunan, pemberian wang dan saguhati itulah UMNO dan BN menang pilihanraya selama ini.

Kenapa Mahathir tidak mengkritiknya sebelum ini dan hanya berbuat demikian setelah BN kalah di Sungai Limau?

Adakah jika BN menang dalam pilihanraya Sungai Limau tempohari, kritikan Mahathir tetap sama?

Kritikan Mahathir terhadap amalan pemberian wang dan saguhati ini adalah serangan terbarunya terhadap UMNO dan kerajaan yang dipimpin oleh Najib Razak. Ini juga memperlihatkan bekas Perdana Menteri itu semakin kerap bersuara mengenai UMNO, kerajaan dan Najib sejak pemilihan UMNO pada 19 Oktober lalu yang menyaksikan anaknya, Mukhriz hanya mampu mendapat tempat keempat dalan perebutan kerusi Naib Presiden UMNO walaupun dilihat calon yang popular.

Sebaik usai pemilihan itu, Mahathir seperti meluahkan rasa kecewanya dengan kekalahan Mukhriz. Katanya, beliau memang sudah menjangka anaknya yang juga MB Kedah akan tewas dalam pertandingan itu kerana beliau bukanlah calon pilihan Perdana Menteri.

Jelas daripada ungkapan itu, terpancar rasa kecewanya kerana Najib lebih meletakkan Hishammuddin, sepupunya dan dianggap lemah serta tidak disukai oleh rakyat, sebagai antara calon pilihan Perdana Menteri untuk memenangi jawatan nombor tiga itu, sebaliknya Mukhriz yang tidak dijadikan calon pilihan Perdana Menteri bertanding keseorangan.

Mahathir juga kemudian mengatakan politik wang masih berlaku dalam UMNO sehingga calon yang tidak layak akhirnya telah memenangi jawatan tertentu dalam pemilihan kali ini. Sekali lagi, tafsiran umum mengenai calon yang dianggap tidak layak tetapi telah memang itu sebenarnya ditujukan kepada Hishammuddin.

Memang diakui dalam pemilihan lalu, Hishammuddin merupakan calon paling tidak popular dan ramai yang mahukan beliau kalah. Berbanding dengan Mukhriz yang baru membawa kemenangan kepada BN menawan semula Kedah, anak bekas Perdana Menteri, Hussein Onn itu nyata jauh tertinggal di belakang.

Bagaimanapun ketika pemilihan, Hishammudin berjaya mendapat tempat ketiga dengan kelebihan 9 undi berbanding Mukhriz manakala Zahid Hamidi di tempat pertama dan Shafie Apdal di tempat kedua. Kedudukan sebagai calon bukan pilihan Najib dianggap sebab utama tewasnya Mukhriz dalam pemilihan itu.

Selepas mengkritik mengenai politik wang yang masih berlaku dalam UMNO, Mahathir juga kemudian mengatakan kepimpinan Najib sebenarnya semakin lemah kerana kerap tunduk kepada tuntutan kumpulan ekstrem daripada pembangkang.

Jika dikira pendedahan mengenai tekanan yang sedang diberikan oleh Mahathir kepada Peguam Negara, Ghani Patail dengan menjadikan kehilangan Pulau Batu Puteh dan salah lakunya ketika mengendalikan kes mata lebam yang melibatkan Anwar Ibrahim sebagai asas menekan pegawai tinggi kerajaan yang dianggap rapat dengan Perdana Menteri itu, serangan dan kritikan Mahathir kepada UMNO, kerajaan dan Najib sudah menjadi episod yang bersiri sebenarnya.

Ia kini sudah memasuki siri kelima -bermula dengan luahan kecawa kerana anaknya bukan calon pilihan Najib, politik wang telah menyebabkan calon tidak layak terpilih, kerajaan Najib makin lemah kerana tunduk kepada tuntutan ekstrem pembangkang, tekanan kepada Ghani Patail tetapi sasaran sebenarnya ialah Najib dan terbaru kritikannya mengenai pemberian wang dan hadiah yang dianggap pembaziran dalam kempen.

Pastinya selepas ini banyak lagi kritikan dan serangan akan dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu. Dalam tempoh tidak sampai sebulan, sudah terlihat tanda-tanda bahawa semua yang ada dalam UMNO dan kerajaan sekarang tidak lagi betul di mata Mahathir.

Bukan saja pemberian wang dan hadiah yang dulunya menjadi alat memenangkan BN setiap kali pilihanraya sudah dianggapnya tidak betul dan membazir, malah Ghani Patail yang mula digunakannya ketika era pemerintahannya untuk mendakwa dan menyingkirkan musuh politiknya Anwar Ibrahim ketika ini, turut dilihatnya tidak lagi betul sekarang ini.

Oleh itu, janganlah terkejut, jika selepas ini bukan saja kritikan Mahathir makin kerap, malah apa yang dulunya dianggap betul, turut dilihatnya salah selepas ini. Oleh kerana Mukhriz menang undi popular berbanding Hishammuddin yang mengatasinya dengan kelebihan 9 undi berdasarkan kaedah "electoral college" atau satu bahagian satu undi, tidak mustahil juga Mahathir selepas ini mahukan kaedah undi popular digunapakai dalam pemilihan UMNO pula.

Sikap berubah-ubah bukanlah asing bagi Mahathir dan dalam sejarah politiknya, sudah banyak kali kawannya bertukar menjadi musuh dan musuh kembali menjadi kawan.

Oleh itu, bermula dengan semuanya tidak lagi dianggap betul oleh Mahathir sekarang ini, tidaklah mustahil Najib yang dulunya wangi dan disanjung, bakal dikitai tak lama lagi. (SH 09/11/2013)

19 comments:

  1. klu firaun mati lemas dgn sekali rentap ditelan laut merah...
    ada yg akan mati..lemas..lemas kelemasan 'slow-death' ddlm kegelabahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. INFOTUYULMESIR: tuyul ini sangat kecil ukurannya,kira-kira tingginya 5cm-6cm,tuyul ini dapat dilihat dengan mata terbuka Jika (NAMA) sudah Memberikan Minyak khusu bagi anda yang ingin Kontrak atau ingin Beli tuyul.
      orang lain tidak dapat melihatnya. Bagaimana merawatnya..?? Sangat mudah ,tuyul ini sangat canggih & tidak merepotkan, tuyul ini tidak suka netek pada ibu-ibu, tuyul kepunyaan mbah hanya perlu 1 buah kamar khusus tempat tuyul bermain & istirahat serta butuh KUNYIT DAN SUSU BIASA yang sering Diminum anak-anak, seperti SUSU CAP BENDERA, anda tidak usah takut atau repot, karena Kunyit banyak Dijual di pasar-pasar terdekat di kota anda, itupun hanya diberikan jika si tuyul akan bertugas mencuri uang/perhiasan, tuyul ini sangat setia dengan majikannya. Berapa harganya..?? khusus untuk tuyul biasa mbah patok harga yaitu 1,7MILIAR, dan jangan Khwatir, karena ada sistem ngontrak, Hanya 5Jt/ tahun, dan Bisa menghasilkan uang sekitar 20jt/Hari. Tuyul Mesir pintar sama seperti tuyul lainnya, tetapi terdapat perbedaan yaitu Memiliki Pakean yang Bagus dan topi yang kayak seperti Jin dan Jun, atau Tuyul dan AKI Tuyul ,selain itu Tuyul Mesir dapat berlari lebih kencang daripada tuyul biasa, lebih pintar mencuri uang/perhiasan, oleh karena itu disebut tuyul spesial, kenapa begitu..?? karena banyak Paranormal atau para ahli hikmah mengakui sulit untuk menangkap TUYUL MESIR karena lari'nya cepat seperti kilat, hanya segelintir dukun sakti saja yang bisa menangkapnya, itupun harus menggunakan ilmu khusus yang sudah sangat langkah.
      SISTEM KONTRAK DARI KAMI :
      1.SISTEM KONTRAK TUYUL BIASA : Rp 15Jt DALAM WAKTU1
      TAHUN
      SISTEM KONTRAK TUYUL SPESIAL:Rp 25 Jt DALAM WAKTU 1 TAHUN
      &PENGHASILAN BISA MENCAPAI ATAU BAHKAN LEBIH 20Jt DALAM 1 HARI.
      2 SISTEM BELI: HARGA 1,7 MILIAR
      HANYA SEHARGA 1,7 MILIAR
      Anda dapat memesan tuyul biasa atau tuyul MESIR silahkan
      TLP :
      082-310-142-255
      (AKI DARMO
      anda juga biasa dapatkan angka goib yang akurat tembus 100%dan pasti jebol.
      info selengkapnya silahkan ANDA Hub:BELIAU ATAU MEMINTA ANGKA TOGEL DI JAMIN TEMBUS ANGKA TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D,

      Delete
  2. Bila la orang tua nak sedaq dan kembali ke pangkal jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidayah bukan milik sesiapa tetapi ia dimiliki oleh Allah swt.................dan dengan hanya orang terpilih saja akan di beri hidayah

      Delete
  3. Come on mahathir...
    Sdh lah.biarlah Najib dgn caranya.
    Biarlah rkyt mlysia mnilai najib.Anda mnilai najib untuk kpntingan politik kluarga anda saja tapi rkyt mnilai untuk kpntingan 28 juta rkyt mlysia.

    ReplyDelete
  4. Tun M penuh dengan pengalaman mentadbir Malaysia selama 22 tahun. Aku sokong kat Mukhriz sbb dia tegas,bukan cam Hishamuddin...ntah apa2 yg dia buat contonye masa dia jaga KDN....nampak lesu je pihak berkuasa. Asyik2 amaran,amaran,amaran....cakap sampai berbuih2 mulut tp tindakan takdak. Korang nilai la sendiri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro,

      Mahathir memang berpegalaman. Tetapi bila melihat pelbagai kerenah yang buat oleh beliau sejak zaman paklah, aku tak pasti pengalaman apa yang bro maksudkan.

      Mahathir ni kalau merasakan dirinya hebat dan orang lain semuanya tak boleh pakai -kita minta dia jawab satu soalan: MENGAPA BERHENTI DARI JADI PM DAN PRESIDEN UMNO TAHUN 2003 DULU SEDANGKAN DIA TAK SAKIT, TIDAK ADA TEKANAN POLITIK SEPERTI DEMO HARIAN YANG MINTA DIA BERH3NTI. TAK ADA GERAKAN BAIK DALAM UMNO ATAU DILUAR UNTUK MENJATUHKAN BELIAU. Mengapa pi gatai-gatai berhenti.

      Dulu masa nak jatuhkan Paklah, Mahathir kata dia buat kesilapan. Paklah terok. Dia dok puja Najib. Bila Najib dah naik seperti kehendaknya, Najib pula tak betul.

      Sebenarnya dia mempunyai pilihan lain selain dari tindakan dok memburuk dan mengeji Najib setiap hari. JIKA PERSOALAN KUASA yang menjadi punca, ada jalan yang l3bih bijaksana dan Mahathir pun tahu jalan itu.

      Jalannya senang dan mudah. UMNO mengamalkan demokrasi. Juga tidak ada larangan dalam perlembagaan UMNO yang melarang bekas Presidennya k3mbali aktif dan bertanding jawatan yang pernah disandangnya.

      Ini adalah cara terbaik yang Mahathir perlu lakukan daripada cuba meruntuh dan menghancurkan UMNO seperti yang dibuat sekarang. Itulah cara demokrasi, itulah cara orang bijaksana dan berpegalaman. Mahathir mempunyai banyak advantage jika dia mahu mengambil semula kuasa yang dilepaskan dulu dengan sukarela. Dia yang buat UMNO BARU.Dia yang menyusun peraturan-peraturan bagaimana nak urus UMNO. Pemimpin2 yang ada hari ini hanya meneruskan peraturan2 yang dia buat dulu j3. Semua p3mimpin-pemimpin yang ada hari ini semuanya adalah p3ngikut-pengikut setianya yang akan buat apa sahaja yang dia mahu semasa dia berkuasa dulu.

      Sekali lagi gua tanya.....apa maksud " Tun M p3nuh dengan p3ngalaman...." ?

      Delete
  5. tiap kali dia buka mulut je..ada la tu benda yang dia tak puas hati...aku rasa dia memang tak puashati selagi anak dia Mukriz tu tak naik jadi TPM atau PM...tu yang dia dok membebel tak habis2 tu.... cuba najib lantik mukriz jadi TPM ..gerenti senyap la tu..tapi sekejap aja la..pasal orangtua ni dia bukan tau duduk dia..kalau mengkritik orang no. satu..padal zaman dia dulu ..zalim nak mampus..sap2 aja agaist opinion dia..gerenti kena potong..done.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat lagi kisah contract petronas?...orangtua ni dok membebal dalam media sana sini tak puashati la cara najid award tender dna contract kat petronas bla, bla bla... bila najib bagi satu contract besar kat anak dia ..Sapura Kencana ke apa ke bana la namanya..tup2 jam2 tu dia pun senyap..senyap la sekejap..la ni do keriau lagi ...

      Delete
    2. aisehman...mamak ni marah dan tak puas hati sbb mukris kalah naib presiden....

      Delete
  6. Selagi Allah beri nyawa selagi itulah tiada kepuasan didlam hati.

    ReplyDelete
  7. Berdoalah kita kepada Allah semoga berpeluang dapat melihat kesudahan kehidupan Mahadzir untuk menjadi iktibar jenerasi mendatang.

    ReplyDelete
  8. Dari mula jadi PM Mat Krala ni perasan dia lah yang paling pandai...biaqpi la dia....anak dia tu pun berhingus lagi orang bodoh sahaja yang lantik dia jadi MB...apa ada.... pengalaman pun takadak...sebab dia anak bekas PM keturunan Krala itu standard UMNO pilih ketua...anak dia jadi kaya tu mana dia dapat duit...ish org Kedah pi tanya sikit kat MB hampa tu...semoga ALLAH memberi balasan yang setimpal kepada Mahathir....aminnnn.

    ReplyDelete
  9. Pendapat tuan Shahabudin ada benarnya. Cuba masing2 review dua keputusan pru yg lepas. PRU 12 dan 13. Apakah sokongan meningkat? Peningkatan kerusi UMNO ada peningkatan. Ya, bagaimana pula kerusi yang parti bukan Melayu dalam kerajaan? Begitu teruk DAP memukul MCA. Apakah masih releven dengan cara menabur duit untuk menarik sokongan rakyat, menjanjikan pelbagai ganjaran untuk rakyat? Akhirnya kalah juga.

    UMNO kalau nak selamat PRU 14, tukar pendekatan. Jangan masih dengan "old fashion tactical." Jangan pernah rasa selamat walaupun memenangi PRU. Jangan terlalu sogokkan rakyat dengan wang. Tak semestinya rakyat yang menerima BR1M akan menyokong sebagai contoh. Bila berlaku kekalahan, mulalah menyalahkan rakyat kerana tak menyokong sedangkan bantuan telah diberikan.

    "Rakyat hanya berkuasa bila tibanya Pilihan Raya kerana mereka memilih; Dan kerajaan tidak ada kuasa bila tibanya Pilihan Raya kerana kuasa memilih di tangan rakyat"

    ReplyDelete
    Replies
    1. PRU 14, Umno will Be eNd and become history.

      Delete
  10. Oit bro.. ce baca apa yg gua dah tulis dah ulas tentang ni seminggu lagi awl dari keputusan ... aku dah dapat baca apa yg berlaku dlm politik sampah Najib.. http://darah-satria.blogspot.com/2013/10/hisyammudin-zahid-hamidi-shafie-kekal.html

    ReplyDelete
  11. the whole idea was to retain power and money

    ReplyDelete
  12. Tun mmg jenis memperlekehkan orang..klu nak tegur jumpa face to face..ini bukan nak menegur, tp nak mengaibkan

    ReplyDelete