Wednesday, 16 October 2013
3 Hari Menjelang Pengundian, Hishammuddin Masih Lagi Ketinggalan
Pemilihan UMNO bakal diadakan pada 19 Oktober ini, iaitu kira-kira tiga hari daripada sekarang. Kerusi paling panas diperkatakan ialah Naib Presiden. Semua calon bagi merebut jawatan itu ketika ini sedang sibuk berkempen ke seluruh negara menemui perwakilan, di samping turut sibuk muncul berkempen di televisyen melalui program bual bicara atau wawancara.
Memandangkan kali ini jumlah perakilan yang mengundi adalah seramai 146,500 orang dan tidak mungkin calon-calon dapat bertemu dengan semua perwakilan itu, maka peluang muncul di televisyen tentunya kesempatan yang tidak mahu dilepaskan begitu sahaja.
Selain itu, calon-calon juga turut tidak melepaskan peluang menggunakan akhbar sebagai medium kempen sama ada melalui wawancara, kenyataan akhbar, ulasan isu semasa mahupun bercakap mengenai bidang tugas rasmi masing-masing.
Bagi yang aktif di laman sosial pula, mereka juga turut menggunakan kecanggihan dunia internet untuk berkempen dan mempromosi diri masing-masing.
Bagi calon-calon Naib Presiden, hanya Isa Samad yang didapati tidak aktif dalam laman sosial dan didapati akaun Facebooknya sudah lama tidak dikemaskini, selain tidak mempunyai akaun Twitter mahupun Instagram manakala calon-calon lain iaitu Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie Apdal, Mukhriz Mahathir dan Ali Rustam, kesemua mereka didapati aktif dalam laman sosial dan sekurang-kurangnya mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun sama ada Facebook, Twitter ataupun Instagram.
Dengan Perdana Menteri, Najib Razak menggalakkan semua pemimpin UMNO dan kerajaan agar aktif dalam laman sosial bagi memudahkan berinteraksi dengan rakyat, Isa Samad nampaknya tidak menyahut seruan itu dan menjadi pemimpin yang tidak mahu bergerak seiring dengan perkembangan zaman.
Ini menjadikan Isa agak terkebelakang dan hanya mengharapkan bantuan media tradisional atau komunikasi secara bersemuka dengan perwakilan untuk kempen-kempennya.
Jika calon-calon yang bertanding Naib Presiden kali ini dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu penyandang dan penentang, sehingga ini Isa Samad berada di kedudukan paling bawah dari segi keupayaan menggugat kedudukan tiga penyandang sedia ada.
Dari kumpulan penentang, calon yang didapati paling menggugat dan berpeluang cerah untuk memenangi salah satu kerusi Naib Presiden kali ini ialah Mukhriz Mahathir. Faktor kejayaan BN menawan Kedah, imejnya sebagai pemimpin muda yang baik serta pengaruh bapanya, Mahathir Mohamad adalah antara sandaran yang menjadi perkiraan para perwakilan.
Calon kedua daripada kumpulan penentang yang dijangka mampu membuat kejutan ialah Ali Rustam, bekas Ketua Menteri Melaka dan sekarang bergelar Senator serta Pengerusi PUNB. Selain hubungan baik dan mudah mesranya dengan ramai orang, jasanya dalam membangunkan Melaka serta serangannya kepada pelbagai isu yang berkaitan orang Cina baru-baru ini turut memberi kelebihan kepadanya.
Daripada kumpulan penyandang pula, calon yang paling popular dan boleh dikatakan selamat ialah Zahid Hamidi. Pelbagai ketegasan yang dipamerkannya semenjak menjadi Menteri Dalam Negeri seperti Ops Cantas, Akta Pencegahan Jenayah dan sebagainya menjadikan beliau pilihan paling atas di hati perwakilan UMNO, meskipun sikapnya itu menyundang pertikaian daripada bangsa lain.
Manakala dua calon penyandang yang lain iaitu Hishammuddin dan Shafie Apdal, kedua-duanya masih lagi berada di zon bahaya. Berbanding Shafie, kekalahannya mungkin tidak begitu memeranjatkan kerana undi daripada Sabah sendiri didapati tidak solid kepadanya berikutan wujudnya masalah antara beliau dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman tetapi kedudukan Hishammuddin yang masih tidak menunjukkan banyak kemajuan sedangkan hari pengundian semakin hampir, mungkin petanda tidak baik baginya.
Walaupun beliau sedang bekerja keras menemui perwakilan di seluruh negara sambil cuba menangkis pelbagai persepsi negatif mengenai dirinya, malah jentera kempennya juga turut giat ke sana dan ke mari, sehingga ini penerimaan perwakilan UMNO daripada pelbagai negeri masih lagi membimbangkan.
Masih ramai perwakilan yang merasakan beliau tetap seorang pemimpin yang lembik dan tidak tegas dan mereka kekal dengan kesangsian untuk memberikan undi kepadanya.
Walaupun sebelum ini ada dakwaan mengatakan bahawa kemenangan Khairy Jamaluddin dan Shahrizat sebagai Ketua Pemuda dan Ketua Wanita adalah isyarat bahawa penyandang jawatan Naib Presiden, termasuk Hishammuddin juga mempunyai kelebihan tetapi ramai perwakilan yang menolak teori tersebut.
Bagi kebanyakan perwakilan, teori itu tidak semestinya benar kerana untuk jawatan Naib Presiden perlu dipilih tiga pemenang manakala Ketua Pemuda dan Ketua Wanita hanya seorang saja, selain pencabar untuk KJ dan Shahrizat juga dianggap tidak cukup berwibawa untuk menggugat.
Ramai perwakilan yang melihat pemilihan Naib Presiden kali ini adalah cerminan wajah parti untuk menghadapi cabaran akan datang, terutamanya PRU 14 yang dijangka lebih getir berbanding PRU 13 lalu. Persepsi negatif mengenai sepupu Najib itu terutama ketika beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri, masih lagi menghantui majoriti perwakilan.
Dengan Zahid dan Mukhriz dikira calon selamat, Hishammuddin kini bukan saja terpaksa bersaing dengan Shafie Apdal untuk mengisi slot ketiga tetapi juga dengan Ali Rustam yang kini geraf politiknya sedang naik dengan mendadak di hati para perwakilan.
Jika sehingga 19 Oktober, tiada berlaku campurtangan atau arahan mana-mana pihak dan pemilihan benar-benar bersih, Ali Rustam dilihat mempunyai peluang lebih cerah mengisi slot ketiga berbanding Hishammuddin ataupun Shafie Apdal. (SH 16/10/2013)
hishamudin kalau menang pun pasti tak akan beri persembahan yang baik kepada umno mahu rakyat maka wajiblah gantikan hishamudin dgn yg paling layak seperti Mukhriz...
ReplyDeleteIsa samad yang terpalit namanya dgn politik wang dan terbaru dalam memusnahkan felda seperti dicanang oleh ANAK dan ramai lagi aktivis felda ada kesahihannya maka menyinkir Isa dan dikekalkan Zahid ada manafaatnya....
Antara Shafie afdal dan Ali rustam, ada kelebihan dan kekurangan pada ke2 2 orang ini, Ali rustam walaupun gunakan isu perkauman sebagai modal namun ramai orang melayu yang suka kaedahnya iaitu mengutuk orang cina, sememangnya orang melayu kelas 3 kurang selesa dgn orang cina terutama dgn budaya dan amalan orang cina, hal ini Ali telah gunakan sebaik mungkin utk menghentam orang cina dan hal ini disukai oleh melayu kelas 3 yg kurang ilmu dlm pelbagai perkara....
Shafie pula walaupun diam namun dia ada sokong dari sabah, dan hanya dia wakil tunggal dari borneo yang menjadi ukuran rakyat sabah pada kuala lumpur sejauh mana undi2 orang sabah dihargai oleh semenanjung demi menguatkan kuasA BN sebagai krajaan, jika shafie ditolak oleh semenanjung dalam pemilihan ini maka ini bermakna jasa umno sabah tidak dihargai oleh org melayu semananjung utk perkasa kuasa umno sbagai dominan dalam BN.....apa pun shafie lebih bersih drp ali rustam...ini fakta
pandangan ini bernas. Bagaimanapun perlu lihat sejauh mana peranan KJ dalam percaturan Naib Presiden
ReplyDelete