Wednesday, 8 May 2013

Najib Lebih Teruk Dari Pak Lah, Perlukah Peralihan Kuasa?


Keputusan pilihanraya yang baru ini tidak menjanjikan masa depan yang baik bagi Najib. Sementara tiada sebarang pujian yang dittujukan kepadanya, malah tiada majlis meraikan kemenangan pun diadakan,  Najib bahkan sudah mula menerima kritikan berhubung keputusan  buruk kali ini.

Selain pengundi Cina yang tidak memihak kepada BN cuba persalahkan dan api perkauman sedang cuba dibakar untuk menutup kelemahan, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir juga tidak menjangka Najib mencapai keputusan yang lebih buruk daripada Pak Lah pada 2008.

Malah Mahathir juga membayangkan Najib bakal berdepan dengan kritikan daripada dalam UMNO sendiri berhubung keputusan buruk pilihanraya ini, sambil berkata Najib hanya boleh kekal sebagai Perdana Menteri selagi UMNO menyokongnya.

Kenyataan Mahathir yang begitu pantas menyebut Najib lebih teruk daripada Pak Lah mengingatkan kepada amaran beliau sebelum ini bahawa Najib  seharusnya berundur jika tidak mampu mencapai keputusan yang lebih baik daripada Pak Lah.

Pilihanraya 2008 menyaksikan Pak Lah mendapat hanya 140 kerusi dan hilang majoriti dua pertiga. Beliau kemudian dipaksa berundur atas nama peralihan kuasa untuk menyelamatkan masa depan UMNO. Najib pula hanya mampu mencapai 133 kerusi, juga hilang dua pertiga dan kemerosotan sokongan pengundi Cina yang lebih ketara.

Walaupun Najib dan BN kali ini menghadapi persaingan sengit daripada PR, hakikatnya beliau telah gagal mengatasi kelemahan Pak Lah walaupun dalam masa yang sama Mahathir dan seluruh pimpinan UMNO berdiri teguh di belakangnya. Ini berbeza dengan Pak Lah yang ketika itu menghadapi tentangan dan ingin dijatuhkan oleh Mahathir.

Keputusan kali ini bukan saja menyaksikan BN berkurangan 7 kerusi Parlimen, tetapi juga kehilangan 71 kerusi DUN berbanding 2008.

Meskipun Kedah dapat kembali ditawan dan Perak yang dirampas melalui pintu belakang dapat dikekalkan, tetapi Najib juga gagal menawan kembali Selangor yang mana beliau mempertaruhkan dirinya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan Pengarah Pilihanraya negeri itu.

Ini menjadikan kegagalan Najib lebih berganda sebenarnya.

Malah dengan trend pengundian kali ini di mana BN hanya kekal kukuh di luar bandar sementara pengundi Cina, pengundi bandar serta generasi muda menolaknya, masa depan UMNO dan BN terus menjadi tidak menentu menjelang PRU 14 akan datang.

Tidak itu saja, peratusan undi popular rakyat juga jelas tidak memihak kepada BN di mana pencapaiannya hanya 47 peratus saja manakala PR mampu mengaut lebih 50 peratus.

Sebagai Perdana Menteri pula Najib sebenarnya mempunyai masa yang terlebih cukup untuk membuktikan keupayaannya sebelum pilihanraya lalu di mana beliau mempunyai tempoh selama 4 tahun sejak mengambil alihnya daripada Pak Lah pada 2009 lalu.

Kebimbangan kini bukan saja mengenai masa depan UMNO dan BN dalam PRU 14 akan datang tetapi juga apakah Najib sedia berkorban untuk menyelamatkan UMNO dan BN? Jika Najib kekal lagi mengemudi PRU 14, jelas bahawa pencapaian yang lebih baik adalah mustahil.

UMNO dan BN perlu pemimpin yang lebih baik dan diterima untuk menghadapi pilihanraya seterusnya. Mahathir yang dianggap masih berpengaruh dalam UMNO jelas memberi bayangan tentang masa depan Najib apabila mengatakan beliau lebih teruk daripada Pak Lah. Sama ada Najib memahami signal itu atau peralihan kuasa perlu dilakukan dalam pemilihan UMNO yang dijangka hujung tahun ini atau setahun dua selepas itu, hakikatnya pertukaran kepimpinan UMNO merupakan sesuatu yang tidak dapat ditolak lagi jika parti itu ingin bernafas lagi.

Di mana-mana pun, pemimpin yang gagal harus berundur. UMNO sendiri sudah meletakkan penanda aras sebegitu untuk memperbaiki halatujunya dengan Tunku Abdul Rahman melaluinya pada 1969 dan Pak Lah pada 2008.

Najib juga tidak seharusnya lari daripada hakikat itu. (SH 08/05/2013)


3 comments:

  1. Tuan,

    Dosa besar Najib,
    BN paling teruk dalam PRU, Pak Lah tidak teruk.

    Singapura dapat Tajung Pagar, Ketua Melayu yang paling bodoh adab ini. Lee K Y dapat jumpa Rosmah, esok Najib serah Tajung Pagar.

    ReplyDelete
  2. Tuan,

    Keputusan PRU 13 telahpun diketahui dan ramai penganalisa sedang meneliti keputusan tersebut dari pelbagai sudut. Dapatan dari analisa-analisa ini akan dipublish samada di pelbagai media konvensional dan internet untuk tatapan semua sedikit masa nanti. Pastinya kita berpeluang menilai sendiri dapatan-dapatan ini dan sudah pasti akan terdapat beberapa aspek menarik yang akan menguatkan lagi tangapan semasa yang BN sebenarnya menang dalam kalah. Komen awal dari mahathir tentang pencapaian najib yang lebih buruk dari Paklah mengesahkan lagi tanggapan umum selama ini bahawa UMNO dan BN sedang nazak dan dhaif dari segala segi.

    Dibawah ini saya tampalkan salah satu analisa mengenai keputusan PRU 13 untuk renungan semua. Data ini saya perolehi dari satu tampalan oleh pembahas dari Blog Aspan Alias.

    ...................
    Meh kita tengok satu lagi aspek keputusan PRU 13 yang melibatkan kerusi-kerusi parlimen yang diperolehi oleh BN dan Pakatan rakyat mengikut wiayah: Semenanjung Malaysia dan malaysia Timor ( Sabah & sarawak).


    BN

    Semenanjung Malaysia = 76 kerusi
    Malaysia Timor = 57 kerusi
    Jumlah = 133 kerusi

    Pakatan Rakyat

    Semenanjung Malaysia = 80 Kerusi
    Malaysia Timor = 9 kerusi
    Jumlah = 89 kerusi

    ............................. akhir tampalan .................

    Dari tampalan diatas - BN RUPA-RUPANYA TEWAS DI SEMENANJUNG MALAYSIA !!!!......

    Fakta ini juga mengesahkan bahawa kemenangan BN dalam PRU 13 disumbangkan sekali lagi oleh Sabah dan Sarawak. Dari berita-berita yang tersebar di internet, kemenangan BN di sabah dan sarawak tidaklah secara telus dan gentleman dimana tuduhan mengenai pembelian undi, pengundi-pengundi hantu/asing, penipuan dsbnya yang seringkali dikaitkan dengan BN kedengaran sekali lagi. Pun begitu, walaupun angka kemenangan di sabah dan Sarawak ini menunjukkan kekentalan kedua negeri ini menjadi fixed deposit, namun, jika diteliti, angin perubahan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat juga melanda kedua negeri ini, sama seperti di Semenanjung.

    Walaupun Pakatan Rakyat hanya mampu meraih 9 kerusi parlimen dari sabah dan sarawak, namun pencapaian Pakatan Rakyat di peringkat DUN adalah baik dan menunjukkan angin perubahan juga melanda kedua negeri ini walaupun tidak sekencang di Semenanjung. Ini adalah satu fenomena yang mengujakan bagi rakyat dan sebaliknya kepada BN.

    Saya kira Najib dan UMNO/BN mengetahui dan terkejut dengan fenomena terbaru ini yang melanda negara dalam PRU 13 yang lalu. Fenomena ini jugalah yang menyebabkan Najib cuba menyuapkan kepada rakyat yang kemenangan tipis BN adalah disebabkan "Tsunami Cina" - satu respon cliche BN yang orang semua sudah tahu, itulah jenis-jenis "decoy" yang akan digunakan oleh BN bila keadaan tidak menyebelahi mereka.

    Satu lagi fakta menarik ialah Pakatan Rakyat memenangi undi popular yang agak selesa buat pertama kali menewaskan BN dalam di dalam PRU ini.Dalam PRU 12, BN masih mengekalkan undi popular.

    Satu lagi fakta yang tidak kurang memeranjatkan ialah Pakatan Rakyat juga memenangi undi popular di semenanjung sekali lagi sebagaimana dalam PRU 12 yang sebelumnya ( daripada analisa blog Helen Ang).

    Jadi, dengan sedikit fakta setakat ini, kelihatan senario politik negara telah mengalami satu perubahan yang mengujakan dimana BN tidak lagi boleh kekal dengan sikap lama. Kita ucap good luck lah kepada UMNO dan BN dalam memerintah 5 tahun mendatang ini. JIka masih tidak berubah, silap-silap boleh terbarai ditengah jalan sebelum PRU 14.

    bat8

    ReplyDelete
  3. renong lah kdlm Quran dlm2..
    setiap permulaan SURAH bemula AR'RAHMAN & AR'RAHIM..
    yaitu..jd lah hamba2 NYA ygPEMURAH & ygPENYAYANG..

    Quran TIDAK pernah samaskali suruh jd pnipu peNGELIRU
    Quran TAK pernah suruh senyap2ROMPAK & senyap2SONGLAP
    Quran TAK dak suruh jd LANUN & jd peNYAMUN
    Quran TAK suruh jd "budak2" @ jd HAMBA kpd "harta&KUASA" yg sgt2 CELAKA & bahaya?

    Quran..
    Nabi ajar Quran..
    Nabi amanah kan Quran..
    supya kita jd HAMBA/abdi2 NYA ygPEMURAH & PENYAYANG..
    supaya kita jadi abdi2 ygKUDUS & brKASEH SAYANG..
    supaya bnar2 mgINSAFI hakikat kita sume "SATU" dr Adam as

    klu kita jd PEMURAH & PENYAYANG sume masaalah slesai
    insy'ALLAH..insy'ALLAH gerenti SELESAI!
    PEMURAH & PENYAYANG sume slesai

    PEMURAH PENYAYANG..'sharing & giving'= RAHMAN & RAHIM

    ingati PESAN akhir nabi..
    Ummat/rakyat sntiasa diHATI nabi:
    UMMATI..ummati..
    ummati..

    ReplyDelete