Friday, 19 April 2013

ROS Akhirnya Jadi Senjata Makan Tuan Kepada BN


Hanya dua hari sebelum penamaan calon, ROS atau Pendaftar Pertubuhan tiba-tiba menghantar surat kepada DAP memberitahu bahawa ahli jawatankuasa pusatnya yang dipilih dalam pemilihan lalu tidak diiktiraf dan mahu diadakan pemilihan semula. Tindakan ROS itu jelas berniat politik dan untuk mengelakkan DAP bertanding menggunakan logo roketnya dalam pilihanraya ini.

Walaupun ROS dan SPR kemudiannya ada juga memaklumkan bahawa DAP masih boleh bertanding menggunakan logonya, isu yang timbul ialah kemungkinan pencalonan calon-calon DAP akan ditolak oleh SPR kerana pemegang jawatan DAP yang menandatangani watikah calon tetap juga tidak diiktiraf oleh ROS. Isu teknikal ini, jika DAP tetap juga menggunakan logonya, akan dijadikan senjata untuk membatalkan semua calon-calon DAP dan menjadikan mereka tidak layak bertanding. Akhirnya buta-buta calon BN yang berlawan dengan DAP akan menang tanpa bertanding.

Itulah sebenarnya muslihat ROS menghantar surat kepada DAP di saat-saat akhir sebelum hari penamaan calon ini.

Muslihat lain yang diharapkan oleh Najib dengan menggunakan ROS menghantar surat itu ialah ia akan menyebabkan calon-calon DAP yang bertanding akan menyertai pilihanraya atas tiket Bebas dan masing-masing menggunakan logo yang berbeza-beza. Ini diharapkan akan mengelirukan pengundi serta memudahkan BN memutarbelitkan pelbagai fakta.

Siapa pun yang melihat tindakan ROS tergadap DAP di saat-saat akhir ini dapat merasakan ia bermotifkan politik dan untuk kepentingan Najib dan BN. Isu bantahan terhadap pemilihan DAP ini sebenarnya sudah lama berlalu dan surat penjelasan kepada ROS juga sudah dihantar beberapa bulan lalu, kenapa baru sekarang hendak memaklumkan ROS tidak mengiktirafnya?

Budak-budak sekolah pun dapat memahami maksud politik ROS itu?

Setelah mendapati kedudukan pengundi Cina masih tidak berubah dan tetap mahukan perubahan, Najib seolah-olah hilang punca untuk memikirkan apakah tindakan selanjutnya untuk menjadikan mereka berpecah. Sudah berbagai usaha dilakukannya, dari bantuan BR1M bernilai RM500 hinggalah bantuan berjuta kepada sekolah Cina, menghadiri pelbagai majlis keramaian masyarakat Cina, memakai pakaian kebudayaan Cina dan sebegainya, hakikatnya pengundi Cina tetap menolak BN.

Sementara DAP dan PKR makin menggelembung dengan sokongan pengundi Cina, MCA dan Gerakan pula makin lama makin ditolak dan diketepikan.

Najib sedar jika undi Cina tidak dipecahkan, masa depan BN akan terus kelam. Tindakan terbaru ROS terhadap DAP adalah dipercayai ke arah itu dan bagi memastikan BN terus berkuasa. Sudahlah pendaftaran Pakatan Rakyat yang menaungi PAS, DAP dan PKR untuk menyaingi BN bagi menjadikan sistem pilihanraya negara ini bergerak ke arah sistem dua parti, sehingga sekarang masih tidak ketahuan dan terperap di pejabat ROS, nawaitu ROS sebenarnya makin terserlah dengan tindakannya yang terbaru terhadap DAP ini.

Meskipun semalam DAP memberi tempoh sehingga jam 3 petang ini untuk ROS membatalkan suratnya yang terdahulu yang tidak mengiktiraf pemegang-pemegang jawatan dalam parti itu, sehingga ke malam ini, ROS masih tiada jawapan.

DAP akhirnya memutuskan calon-calonnya akan bertanding menggunakan logo Pas di Semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak pula akan menggunakan logo PKR. Dalam hal mendesak seperti ini, ROS seharusnya bertindak pantas mengikut kepentingan semasa, sebaliknya telah gagal berbuat demikian dan seolah-olah tidak berani bertindak tanpa mendapat kelulusan daripada orang atasannya.

Tidak syak lagi, dalam beberapa tindakan ROS kebelakangan ini, termasuk melengah-lengahkan kelulusan pendaftaran Pakatan Rakyat dan yang terbaru menghantar surat tidak mengiktiraf pemegang jawatan DAP hanya dua hari sebelum hari penamaan calon, mengesahkan ROS merupakan alat politik Najib dan umpama anggota terbaru komponen BN.

Niat dan gerak kerjanya lebih ke arah memastikan BN menang pilihanraya dan Najib kekal sebagai Perdana Menteri.

Dalam berharapan dengan PR dalam pilihanraya ini, Najib nampaknya tidak sedia untuk berhadapan dengan lawannya di padang yang sama luas dan sama rata. Sampai ke saat akhir, beliau masih cuba menekan parti-parti dalam PR dengan harapan kemenangan akan berpihak kepadanya.

Tetapi dengan tindakan DAP menggunakan logo Pas, banyak rahmat dan kelebihan akhirnya memihak kepada PR. Selain BN dan Najib tiada isu lagi untuk mengadu-domba serta melaga-lagakan antara Pas dan DAP, ia juga akan menjadikan penyatuan hati dan jiwa yang lebih erat antara penyokong kedua-dua parti itu. Jika selama ini mereka mudah dipecahkan, kini sudah tiada isu lagi.

Penyokong Pas dan pengundi atas pagar yang beragama Islam tidak akan ragu-ragu lagi mengundi Pas kerana berpendapat orang bukan Islam pun sudah boleh menerima Pas, manakala pengundi bukan Melayu pula tidak melihat ianya sebagai masalah kerana yang bertanding tetap sebangsa dengan mereka walaupun logo Pas yang digunakan. DAP tidak memilih menggunakan logo PKR kerana antara kedua parti itu tidak ada masalah dan tidak menjadi sasaran adu-domba oleh BN.

Dalam hal ini, harus diakui tindakan DAP menggunakan logo Pas adalah langkah bijak disaat-saat mereka ditekan oleh Najib melalui ROS. Tindakan Najib mahu menggunakan ROS bagi menekan DAP dan menjadikannya senjata untuk meraih keuntungan politik, nampaknya gagal lagi, malah menikam dirinya sendiri.

Dengan hanya logo Pas dan PKR yang menyertai pilihanraya kali ini untuk menentang BN manakala DAP berada di alam halimunan buat sementara tetapi calon-calonnya yang bertanding atas tiket Pas yang akan lebih bersemangat untuk melakukan perubahan, gelombang kebangkitan rakyat pasti lebih menyerlah dan membuak-buak bagi mengakhiri era BN dan Najib pada 5 Mei nanti. (SH 19/04/2013)

10 comments:

  1. Undilah pas dan pkr lupakan umno bn dacing kaki kencing rakyat

    ReplyDelete
  2. Ayuh bangsa Malaysia yang cintakan keamanan, ketelusan dan perpaduan, UNDILAH PAKATAN RAKYAT. UMNO dah nyawa2 ikan. Dah nazak. Akan berkubur. Akan hanyut. Dan akhirnya mati. Mahukah anda bersama mereka lagi?

    ReplyDelete
  3. memberi undi pada BN sama ertinya membuka pintu kepada PEROMPAK!!!

    ReplyDelete
  4. Tuan,

    1/2

    Saya telah melayari blog-blog yang dimiliki oleh rakyat kita berbangsa cina untuk melihat reaksi mereka mengenai keputusan ROS dan pandangan mereka jika calon-calon DAP bertanding menggunakan simbol PAS. Melalui pandangan-pandangan ini saya cuba mendapat gambaran tentang persepsi/pandangan mereka mengenai PAS.

    Saya terkejut membaca hampir majoriti mereka berpandangan bahawa tindakan ROS ini bermotifkan politik dan tindakan tersebut adalah tindakan desperado yang dangkal yang didalangi oleh UMNO/BN untuk memenangi PRU13secara kotor dengan membatalkan pencalonan calon-calon DAP diakhir tempoh bantahan. Seterusnya memberi kemenangan menang tanpa bertanding kepada calon-calon BN bagi pertandingan 2 penjuru atau mereka hanya bertanding melawan calon bebas sahaja, dimana sudah tentu calon-calon BN akan menang dengan mudah.

    Strategi ini dengan sendirinya, pada pandangan mereka yang menggunakan kepala lutut untuk keluar dengan strategi ini, berupaya untuk memenangkan calon-calon BN dikawasan-kawasan majoriti kaum cina yang secara terang-terangan menolak BN...... Ini adalah strategi tahap kanak-kanak tahap yang belum layak pun nak masuk sekolah tadika! Apa, mereka ingat pembangkang terdiri dari orang-orang gila atau mereng yang tidak boleh membaca motif disebalik tindakan ROS ini?

    Kedua, rata-rata mereka bersetuju DAP menggunakan lambang PAS bagi mengelak sebarang permainan jahat oleh pihak SPR pada hari penamaan calon.

    Ketiga, mereka mempunyai pandangan positif terhadap PAS. Malah kesediaan PAS membenarkan DAP menggunakan lambang PAS didalam PRU 13 ini akan membuka pintu penerimaan PAS dikalangan masyarakat cina dengan lebih luas lagi dan merobohkan tembok pemisah yang menjadi phobia masyarakat mereka tentang PAS hasil propaganda UMNO selama 56 tahun ini.

    TIndakan ini juga akan lebih mengukuhkan dan meningkatkan lagi kerjasama antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa tempoh berkempen nanti untuk melawan kekuatan jentera BN yang disokong oleh pelbagai aparatus kerajaan. Bayangan kerjasama dan semangat yang akan terjalin dengan lebih kukuh dan erat dikalangan pekerja-pekerja parti-parti semasa tempoh berkempen nanti akibat tindakan ROS ini. Yang pasti, keretakan yang timbul sewaktu " hard negotiation" untuk membahagi-bahagikan kerusi untuk ditandingi oleh parti-parti didalam Pakatan akan hilang.

    Yang pasti kita akan melihat satu bentuk kerjasama antara 2 parti politik yang bertentangan didalam Pakatan iaitu PAS dan DAP yang kita tidak pernah menjangkakan possible akan berlaku selama ini- bekerjasama sebagai satu unit, saling membantu antara satu sama lain kerana mereka bertanding menggunakan satu lambang.

    ....bersambung

    bat8

    ReplyDelete
  5. Tuan,

    sambungan...... 2/2

    Bolehkah tuan bayangkan Karpal Singh bertanding atas tiket PAS?Bagaimanalah aski beliau berceramah semasa tempoh berkempen ini menggunakan pentas berlambangkan PAS?...hahahaha, saya mahu melihat senario ini!

    Sekarang ini, buzzword dikalangan penyokong-penyokong DAP ialah " THE ROCKET HAS LANDED ONTHEFULLMOON ( Roket telah mendarat di bulan)". Buzzword ini adalah dari kenyataan TGNA.

    Tuan,

    Jika antara strategi UMNO/BN melalui tindakan ini diharapkan akan dapat mengelirukan sebahagian penyokong DAP terutamanya golongan tua, sekaligus dapatmengurangkan bilangan undi DAP - ternyata UMNO/BN silap besar. Mereka lupa tempoh berkempen kali ini ialah 15 hari bukan 7 hari! Tempoh 15 hari untuk berkempen menggunakan pentas-pentas berlambangkan PAS sudah cukup untuk menyedarkan dan memberitahu penyokong-penyokong mereka termasuk golongan tua tentang perubahan lambang DAP didalam PRU 13 ini.

    Tindakan ROS ini juga akan menguatkan lagi kebencian masyarakat Cina dan India terhadap UMNO/DAP. BUkan sahaja sokongan masyarakat bukan melayu kepada DAP semakin utuh, PAS punmenerima manafaat dalam bentukpeningkatan undi dari kalangan bukan melayu semata-mata kerana kebencian kepada UMNO/BN akibat dari tindakan ROS ini.

    Mungkin ada yang akan kata tidakkah PAS akan kehilangan undi dari ahli-ahli dan penyokongnya diluarbandar? Kehilangan ini ada apabila UMNO menggunakan isu PAS membenarkan DAP menggunakan lambangnya, tetapi jumlahnya tidak sebesar peningkatan undi yang akan PAS perolehi dari kaum bukan melayu.

    bat8

    ps: Kekadangtimbultandatanya mengenai startegi Najib ni? Dia nak memenangkan UMNO/BN atau nak memastikan kehancuran UMNO/BN?

    ReplyDelete
  6. Wahai RAKYAT ( Malaysia )...tanpa kekuatan Pakatan RAKYAT, Jangan harap BR1M rakyat DAPAT, Lagi hebat Pakatan RAKYAT lagi LEBAT BR1M DAPAT (PRU14). 1 SAMAN AES 1 UNDI PAKATAN RAKYAT....ingat...ingat..wahai rakyat

    ReplyDelete
  7. BN merancang dan Allah juga merancang. PR akan menang besar insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. We proposes, Allah disposes. Allahu Akbar!

      Delete
  8. Terhapus le donkrin UMNO BN mengatakan, DAP anti melayu, DAP rasis dan DAP anti islam

    ReplyDelete
  9. akhirnya aku tertawa bila membaca kenyataan..ROS takdapat bagi kebenaran awal sebab FAX ROSAK...APA PUNYA BANGAE DAA..teknologi sekarang amat terkini..adakah ROS masih seperti kereta lembu???LEMBU? TAU LEMBU ??takkan minda ROS tahap lembu!! bilamana dilihat pakatan sangat2 bersatu untuk menggunakan antara satu sama lain logo, maka terhegeh2lah hantar...pelawak ,janganlah mana2 pihak menjadi sebodoh itu lagi...

    ReplyDelete