Tuesday, 23 April 2013
Pemimpin UMNO Johor Mula Simpati Dengan Nasib Ghani
Masuk hari ketiga kempen pilihanraya berjalan sejak penamaan calon pada 20 April lalu, antara kerusi Parlimen yang menarik untuk diperhatikan ialah Gelang Patah, Johor. Kedudukan bekas Menteri Besar Johor, Ghani Othman yang dipertaruhkan oleh BN untuk menentang Lim Kit Siang di Gelang Patah, masih lagi menampakkan kesukaran yang nyata. Bukan saja program kempen dan ceramah oleh PR yang menampakkan sambutan hangat, malah respon pengundi terhadap Ghani kekal di tahap suam-suam kuku.
Sehingga kini Lim Kit Siang mendapat respon yang sangat baik daripada kalangan 54 peratus pengundi Cina di kawasan itu dan mereka mengalu-alukan kehadirannya. Ceramah dan program kunjung mesranya bertemu pengundi sentiasa mendapat sambutan yang baik.
Ghani pula dilihat tetap sukar diterima oleh mereka, walaupun beliau cuba mengapi-apikan sentimen perkauman dengan mengatakan jika Lim Kit Siang menang di Gelang Patah, ia bakal menyebabkan parti itu bersetuju menerima Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.
Kenyataan Ghani yang lebih bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina itu sehingga ini dilihat gagal meninggalkan kesan kerana mereka secara umumnya menyedari isu hanya semata-mata adu-domba BN sahaja.
Sebagai menunjukkan mereka tidak takut jika perkara itu berlaku, di Gelang Patah kini terdapat sekumpulan pengundi Cina yang sentiasa memakai t shirt berlogo Pas dan sekumpulan pengundi Melayu pula memakai t shirt berlogo DAP. Dan hari ke hari, jumlah golongan ini semakin bertambah jumlahnya.
Di kalangan pengundi Melayu pula yang merangkumi jumlah sekitar 34 peratus yang menjadi sandaran utama Ghani, harapan Ghani dan BN untuk mendapat sepenuhnya undi dari kelompok itu juga dilihat sukar kerana adanya Sallahuddin Ayub yang bertanding di Nusajaya, salah satu DUN dalam kawasan Gelang Patah.
Selain Sallahuddin sentiasa berganding rapat dengan Lim Kit Siang untuk berkempen bersama, Sallahuddin juga mempunyai peranan menjernihkan jika ada sebarang kekeliruan yang sengaja ditimbulkan oleh BN mengenai hubungan Pas dengan DAP dan juga kekeliruan berkaitan Islam dan bukan Islam.
Semua keadaan ini sekaligus menyukarkan lagi kedudukan Ghani dan BN di Gelang Patah. Sebagai bekas Menteri Besar yang dipertaruhkan sandaran untuk menguburkan karier politik Lim Kit Siang, harapan Najib dan BN terhadap beliau sememangnya tinggi tetapi pengundi Cina tampak lebih memihak kepada DAP manakala pengundi Melayu pula berpecah-pecah dan tidak solid terhadap BN.
Isu-isu berkaitan tanah dan kecenderungan Ghani dengan beberapa tauke Cina yang melibatkan projek-projek utama di Johor turut menjadi isu yang digunakan untuk menghakis sokongan pengundi Melayu terhadap beliau.
Bagi pemimpin dan ahli UMNO Johor pula, ramai yang turun ke Gelang Patah dengan hasrat ingin membantu Ghani atas kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi negeri itu. Mereka ingin melihat Ghani menang dan maruah politiknya sebagai pemimpin tertinggi negeri terpelihara. Kekalahan Ghani bererti maruah UMNO Johor telah tercemar.
Tetapi setelah tiga hari kempen berjalan, ramai di antara mereka yang mula simpati dengan nasib yang bakal menimpa Ghani. Mereka melihat harapan untuk menang terlalu tipis. Ia bukan sangat disebabkan oleh penolakan terhadap batang tubuh bekas Menteri Besar itu tetapi lebih kepada arus perubahan dan sentimen penolakan yang semakin kuat terhadap BN sekarang ini.
Bagi kebanyakan pemimpoin dan ahli UMNO Johor, tindakan mempertaruhkan Ghani bertanding di Gelang Patah adalah suatu kesilapan yang dilakukan Najib, melainkan jika memang niatnya mahu menguburkan karier politik bekas Menteri Besar itu.
Mereka beranggapan, sebagai bekas menteri kabinet dan MB Johor selama empat penggal, tidak sepatutnya Ghani diletakkan bertanding di situ dan berhadapan pula dengan Lim Kit Siang kerana langkah itu lebih memungkinkannya kecundang dan karier politiknya berakhir dengan cara yang mengaibkan.
Ada pula pemimpin UMNO Johor yang berkata, jika pun Najib mahu membersarakan Ghani, beliau sepatutnya hanya perlu memaklumkannya secara baik atau menggugurkannya daripada senarai calon sebagaimana yang dilakukannya terhadap Isa Sabu, bekas Menteri Besar Perlis.
Apa yang berlaku di Gelang Patah sekarang, kata mereka, lebih memungkinkan Ghani dan UMNO Johor mendapat malu daripada menerima sanjungan. (SH 23/04/2013)
najib nak malukan muhiddin yassin aje....supaya terus kekal PM....gugurkan Muntahdin Racis naik yang lain.....Mukriz?? Atas Suruhan Tun bapa kemerosotan malaysia??
ReplyDeleteMuntahdin racis lagi bodoh....apa harapan melayu UMNO...Melayu PAS, PKR dan DAP lebih cerdik dari semua segi!!
Tolong ingat sket eehhh.. Ini kali lah! Bukan saja applicable to umno.. Slogan tu oso can be applied to opposition. This time around i give u my vote. But if u cannot walk the talk... Nxt round u guyz definitely will not gain my trust anymore.
ReplyDeleteNo need next time. PKR badly managed Selangor.
ReplyDelete