Wednesday, 24 April 2013

Najib Tidak Harus Double Standard Dalam Isu Pasir Mas


Semalam UMNO telah memecat 61 orang ahlinya kerana bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihanraya kali ini. Antara mereka termasuk Naib Ketua Wanita UMNO, Kamilia Ibrahim, bekas Timbalan Menteri, Sharif Omar, bekas Exco Kedah, Fadzil Hanafi, Ketua Pemuda Sepang, Suhaimi Ghazali dan penyanyi Herman Tino. Yang lainnya merupakan AJK UMNO bahagian, pemimpin peringkat cawangan dan juga ahli UMNO biasa.

Dalam masa yang UMNO juga dilaporkan akan memanggil pencadang dan penyokong kepada 61 calon Bebas ini dan besar kemungkinan mereka juga akan dipecat keahliannya.

Ini bermakna UMNO bakal kehilangan hampir 200 ahlinya dan dalam pilihanraya 5 Mei ini juga BN akan kehilangan sekurang-sekurangnya 200 undi daripada mereka yang menjadi calon Bebas, penyokong dan pencadang itu.

Jika diandaikan setiap seorang daripada mereka itu mampu menarik sekurang-sekurangnya 10 ahli UMNO yang terdiri daripada kawan baik, kenalan rapat, geng minum teh tarik, adik-beradik dan saudara-mara supata tidak mengundi BN, jumlahnya sudah menjadi 2000 orang. Bermakna BN juga kehilangan 2000 undi.

Andainya ia berkembang lagi kepada jiran, orang yang simpati dan pelbagai kaitan lainnya, melalui 61 ahli UMNO yang dipecat ini akan menyebabkan BN kehilangan banyak undi dan sokongan dalam pilihanraya kali ini.

Tindakan UMNO memecat keahlian mereka yang bertanding Bebas, menjadi penyokong dan pencadangnya sememangnya merupakan tindakan yang wajar kerana memang itulah peraturan dan perlembagaan parti. Mereka ini dianggap mengkhianati parti.

Tetapi sementara UMNO mengambil tindakan keatas mereka ini, UMNO dalam masa yang sama tidak seharusnya juga mengagungkan orang yang melakukan kesalahan yang sama beberapa tahun lalu iaitu Ibrahim Ali, calon Bebas yang bertanding di Pasir Mas, Kelantan.

Ibrahim juga dipecat daripada UMNO kerana bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 2006. Kemudian beliau bertanding sebagai calon Pas pada 2008.

Berbanding 61 orang yang bertanding Bebas dan sudah dipecat semalam,  Ibrahim sebenarnya lebih dulu dipecat dan sudah dua kali mengkhianati UMNO. Sekali bertanding Bebas dan sekali lagi bertanding atas tiket Pas.

Namun sekarang ini, kerana Ibrahim Ali yang licik dan punya kabel besar, seorang calon yang sudah diberikan watikah, Johan Che Pa terpaksa menarik diri daripada bertanding dengan tidak mengemukakan kertas pencalonannya ketika hari penamaan calon, 20 April lalu.

Mengikut logiknya, Johan juga wajar dipecat keahlian UMNOnya tetapi sekarang beliau seperti dilindungi. Najib pula, selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN seperti sudah kehilangan kata-kata untuk mengulas mengenai isu ini walaupun dalam berbagai isu lainnya, beliau begitu banyak bercakap dan kuat menjerit.

Dengan Ibrahim sebagai calon Bebas yang bakal berhadapan dengan Pas di Pasir Mas, terlihat ada kecenderungan untuk meminta ahli dan penyokong UMNO di situ menyokong Ibrahim Ali. Johan Che Pa sendiri menyatakan tindakannya menarik diri kerana tidak mahu kerusi Pasir Mas jatuh ke tangan Pas dan berharap Ibrahim Ali diberikan sokongan ke arah itu.

Jika dari segi moralnya, 61 calon Bebas itu merupakan pengkhianat parti dan mereka yang menyokongnya juga dianggap pengkhianat sama, apa pula kategori yang wajar diberikan kepada ahli UMNO Pasir Mas yang menyokong dan mengundi Ibrahim Ali kali ini?

Ibrahim Ali hakikatnya masih lagi dianggap pengkhianat kepada UMNO atas tindakan masa lalunya dan beliau belum diampunkan lagi oleh MT UMNO. Lebih dari itu, Ibrahim Ali juga tidak pernah meminta ampun kepada UMNO atas tindakannya itu. Maknanya beliau tidak berbeza dengan Kumpulan 61 ini.

Jika Mahathir menunaikan janjinya untuk turun berkempen membantu Ibrahim Ali, apa pula label yang mahu diberikan kepadanya?

UMNO terlihat menjadi caca-marba dalam isu Ibrahim Ali dan Pasir Mas ini. Ramai yang keliru dan pening kepala.  Suatu ketika ahli UMNO diminta berpegang kepada "akujanji" sebagai ahli UMNO tetapi di ketika yang lain, ada pula kecenderungan  pemimpin mengamalkan "akusuka"  dalam kepimpinannya sehingga membelakangkan peraturan serta perlembagaan.

Kecelaruan dan caca-marba ini akhirnya menjadikan kepimpinan Najib dilihat lemah serta buruk di mata ahli UMNO sendiri dan juga  di sisi rakyat keseluruhannya. (SH 24/04/2013)







2 comments:

  1. Aku pun orang UMNO tegar juga tapi kali ini aku nampak Najib sudah hilang arah dan matlamat dek kerana terlalu ikut telunjuk Mahadey ini bukan kerana dia lemah dan bodoh tapi ingin balas jasa baik Mahadey yang telah menjatuhkan Pak Lah dan mengangkat Najib jadi PM, tapi Najib tidak baca otak licik Mahadey ,jika Najib dapat baca kelicikan Mahadey Najib tidak akan jadi bagini bodoh dan biul macam seorang laki kena nasi kangkang bini,apa tidaknya,jika Najib perasan semasa pemilihan ketua Penuda UMNO yang menjadi ketua Pemuda tiada jawatan dalam kebinet sebaliknya yang kalah dilantik sebagai timbalan menteri,portfolio menteri pula bukan sebarang menteri,timbalan menteri perdagangan Antarabangsa,tidak pernah berlaku dalam sejarah UMNO seorang ketua Pemuda tiada jawatan dalam kebinet, itulah sebabnya Mahadey bagitu ghairah sekali berkempen dalam PRU13 ini,sebab dia tau jika dia lepas peluang kali ini maka anaknya juga akan terlepas peluang juga untuk menyambungkan kesinambungan keluarga untuk menyapu dan menyamun harta rakyat,orang melayu khuusnya,mamak lah katakan dia datang dari Karala pun naik tongkang ,jadi Najib sekarang sudah tersepit ,itulah sebabnya semua kes dan isue yang dibangkitkan oleh rakyat tidak diambil pusing sebab dia tau Mahadey masih ada dan hidup untuk melindungi dia,tunggu 6hb ini kita akan lihat dimana Mahadey hendak sembunyi.

    ReplyDelete
  2. Orang yang hampir mati sering menampakkan sikap pelik dan luar biasa. Najib dan UMNO tidak terkecuali dalam hal ini. Apa yang sedang berlaku ini adalah petanda jelas UMNO BN akan mampus dan punah.

    Najib semakin hampir dengan tali gantung dan UMNO BN bakal berubah posisi menjadi pembangkang. Mursyidul Am UMNO..Mahathir Kutty berkebarangkalian besar akan bertukar warganegara..cabut lari dari Malaysia.

    ReplyDelete