Friday, 5 April 2013

Masalah Najib Bukan Saja Melayu Tak Sokong UMNO Tapi Juga Pegawai Kerajaan Tak Sokong Kerajaan


Masih ramai yang bercakap mengenai wajah sugul yang dipamerkan Najib ketika beliau mengumumkan pembubaran Parlimen, Rabu lalu. Tidak seperti Mahathir dan Pak Lah dahulu yang riang, ceria dan yakin ketika membuat pengumuman itu, Najib sebaliknya mempamerkan wajahnya yang muram dan tidak manis. Malah Muhyiddin yang ada disebelahnya, jauh lebih ceria dan meyakinkan.

Sepatutnya bila Perdana Menteri mengumumkan tarikh bubarnya Parlimen, beliau seharusnya berwajah ceria dan manis. Ini kerana tarikh yang dipilihnya itu tentulah dibuat setelah mendapat pelbagai maklumat bahawa keadaan berpihak kepadanya. Biasanya hanya setelah semua keadaan ok dan persiapan mencukupi serta harapan kemenangan berada di tahap yang tinggi, barulah Parlimen dibubarkan.

Tetapi PRU ke 13 ini memang lain dari yang lain. Jika Najib menunggu semua keadaan berpihak kepadanya baru hendak mmengumumkan pembubaran Parlimen, barangkali tarikh itu tidak akan muncul sampai bila-bila. Najib tidak akan terjumpa tarikh yang sesuai untuknya dan keadaan memihak kepadanya sebelum membubarkan Parlimen kerana secara umumnya rakyat sudah bersedia sejak lama untuk memberi pengajaran kepada UMNO dan kerajaan. Rakyat mahukan perubahan dan mahu mengakhiri monopoli kuasa oleh UMNO.

Generasi muda dan mereka yang terdedah kepada internet dan maklumat langit terbuka, memang diketahui tidak memihak kepada UMNO dan BN. Mereka begitu skeptikal dan melihat ada saja yang tidak kena yang dilakukan oleh pemimpin dan kerajaan sekarang. Isu rasuah, pembaziran, pengumpulan kekayaan keluarga pemimpin dan ekonomi adalah antara isu yang menyebabkan mereka tidak memihak kepada kerajaan.

Generasi muda ini yang terdiri daripada penuntut pusat pengajian tinggi dan mereka yang telah memasuki dunia pekerjaan secara umumnya amat terdedah kepada alat-alat gajet moden dan sering menghabiskan masa santai berjumpa rakan-rakan serta berbual-bual di Starbucks, Coffee Bean dan segala macam kedai kopi atau kopitiam lainnya. Dari wajah-wajah kebanyakan pengunjung di situ, tergambar paparan yang jelas memperlihatkan mereka tidak bersama UMNO dan kerajaan.

Sudahlah pengundi muda ini meliputi jumlah besar daripada 13 juta pengundi, keadaan nampaknya diburukkan lagi oleh kesepakatan di kalangan pengundi bukan Melayu yang begitu solid ke arah perubahan. Walaupun Najib melakukan pelbagai perkara dan mencurahkan bermacam peruntukan kepada mereka ini, keadaan tetap tidak banyak berubah.

Kedudukan pengundi bukan Melayu ini sebenarnya amat membimbangkan UMNO. MCA, MIC dan Gerakan bagai sudah hilang upaya untuk memujuk mereka kembali bersama BN dan kerajaan. MCA kini memiliki 15 kerusi Parlimen yang dimenangi dalam pilihanraya lalu dan MCA sampai memberitahu pengundi Cina bahawa mereka tidak akan menyertai kabinet jika kerusi dimenangi kurang daripada itu. Tetapi tindakan itu disifatkan sebagai ugutan oleh pengundi Cina dan mereka memberitahu balik MCA, jangan cuba ugut kami!

Ada pula pemimpin UMNO yang sudah beberapa penggal bertanding berkata, jika kali ini mampu dapat 40 peratus sokongan pengundi Cina pun sudah dianggap terbaik baginya.

Hakikatnya, penolakan pengundi Cina berlaku di mana-mana. Pemimpin PR pula amat yakin pengundi Cina akan bersama mereka. Lim Kit Siang misalnya sanggup berpindah dari kawasan selamat di Ipoh Timur ke Gelang Patah walaupun sedar kawasan itu dimenangi oleh MCA dalam pilihanraya lalu dengan majoriti lebih 5 ribu undi.

Begitu juga Sallahuddin Ayob yang memilih Pulai, Johor yang juga merupakan kawasan yang mempunyai undi campuran dan ramai pengundi Cina.

Sementara kedudukan pengundi Cina merisaukan BN, ia sebaliknya bakal memberi kelebihan kepada PR dan di mana terdapat pengundi Cina melebihi 30 peratus, ia sudah boleh dianggap "lubang maut" bagi BN.

Jika perkara itu yang merisaukan Najib, maka tidak hairanlah beliau kelihatan sugul dan tidak ceria ketika mengumumkan pembubaran Parlimen hari Rabu lalu.

Dalam pada itu, Najib juga mungkin risau memikirkan soal calon dan kemungkinan berlakunya sabotaj di kalangan mereka yang tidak terpilih sebagai calon.

Tetapi jika dihalusi secara mendalam senario politik negara secara keseluruhannya, beban Najib juga diberatkan lagi oleh dua perkara lainnya iaitu kedudukan orang Melayu yang smakin ramai tidak lagi mahu menyokong UMNO dan sentimen pegawai kerajaan yang mungkin menjadi "bom jangka" ketika hari pengundian nanti.

Dulu orang Melayu sinonim dengan UMNO dan ramai yang bangga menjadi ahli UMNO. Ketika ini suasana sudah banyak berubah dan kaitan itu menjadi semakin rapuh terutama di kalangan orang muda dan profesional. Menyokong UMNO sudah dianggap tidak mengikut trend dan poyo, sebaliknya menjadi kritis dan berani menyanggah banyak perkara yang dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin UMNO kerapkali mengundang pujian dan sanjungan.

Di Johor yang dulunya merupakan kubu kuat UMNO dan sering diungkapkan, letak songkok pun boleh menang pilihanraya. Tetapi sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, kebangkitan orang Melayu yang menolak UMNO di Johor begitu memeranjatkan. Banyak program PR mendapat sambutan luar biasa daripada orang Melayu sendiri. Malah pakai songkok tinggi pun tidak boleh membantu lagi.

Dengan campuran kebangkitan Melayu Johor dan kesepakatan pengundi Cina, beberapa pemimpin UMNO Johor sendiri percaya BN akan kehilangan banyak kerusi dalam pilihanraya akan datang ini. Jika pemimpin PR mensasarkan mampu menawan antara 9 hingga 14 kerusi Parlimen di Johor, ada pula pemimpin UMNO sendiri yang berani bertaruh sekurang-kurangnya 7 kerusi BN akan melayang kali ini.

Satu lagi masalah yang merisaukan Najib ialah kedudukan pegawai kerajaan yang merupakan lebih 1 juta pengundi. Campur dengan pasangan, anak yang sudah layak mengundi dan ada yang beristeri dua, jumlahnya mungkin hampir 3 juta orang.

Dahulu, pegawai kerajaan boleh dikatakan solid memihak kepada kerajaan. Bahkan sering diungkapkan UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO tetapi kini tanggapan itu sudah berubah. UMNO itu UMNO dan kerajaan itu rakyat. Walaupun Najib cuba menabur pelbagai imbuhan dan memberi kenaikan gaji kepada pegawai kerajaan, sentimen penentangan masih lagi kuat di kalangan pegawai kerajaan pelbagai peringkat.

Jika kita rajin berbual dan berkawan rapat dengan mereka, kita pasti akan memahami isi hati dan kecenderungan mereka. Majoritinya kini sudah matang dan dapat membezakan sokongan kepada kerajaan dengan sokongan kepada parti politik. Menjadi pegawai kerajaan tidak semestinya terikat dengan UMNO dan tidak boleh melihat hakikat sebenarnya.

Sesetengahnya menjadi menyampah dengan UMNO kerana perilaku pemimpin yang memegang jawatan dalam kerajaan itu sendiri. Sikap pemimpin yang suka mengarah, sombong, mahu itu dan ini dan sebagainya ketika memegang jawatan dalam kerajaan, secara perlahan menyebabkan mereka meragui kemurnian dan suci hati perjuangan UMNO itu sendiri.

Saya sendiri pernah menemui sekumpulan pegawai kerajaan yang baru pulang daripada menghadiri program kementeriannya yang disempurnakan oleh Najib tetapi mereka dengan berani menyanggah hujah yang disampaikan Najib semasa berucap di majlis itu. Mereka dilihat begitu terbuka dan mahukan perubahan walaupun baru berhempas pulas memastikan program yang dihadiri Najib berjalan sempurna.

Kedudukan pegawai kerajaan ini dikuatkan lagi dengan semakin ramainya pesara daripada kalangan pegawai tinggi kerajaan yang menyertai Pas dan PKR sebaik meninggalkan perkhidmatan kerajaan. Ramai pula pesara kerajaan lainnya yang tidak menyertai mana-mana parti setelah bersara tetapi bersikap kritis dan menyanggah pelbagai program Najib. Ditambah dengan beberapa pegawai polis dan tentera yang menyertai pembangkang setelah bersara dan dipilih sebagai calon, yang jelas memperlihatkan arus deras sedang mengalir secara senyap di dalam perkhidmatan kerajaan ketika ini.

Sikap guru-guru juga sudah banyak berubah. Dahulu ramai guru menyertai UMNO dan cenderung menyokong UMNO tetapi kini jumlah yang memihak kepada pembangkang dan mahukan perubahan serta berani hadir di majlis-majlis anjuran PR semakin ramai jumlahnya. Mereka tidak lagi hanya berani dengan murid tetapi juga sudah mula berani menyuarakan keinginan terhadap perubahan dalam masyarakat terbuka.

Jika dihalusi masalah-masalah yang dihadapi Najib ini, mudahlah untuk memahami kenapa terpamer wajah muramnya itu. Pembubaran Parlimen dilakukan ketika banyak masalah belum selesai dan dalam keadaan terpaksa. Beliau membubarkan Parlimen bukannya untuk memperolehi mandat baru tetapi seperti melepaskan mandat yang sedang dipegangnya untuk diambil alih oleh orang lain. (SH 05/04/2013)

7 comments:

  1. PM muram sbb nk terkincit...cuba lihat muka2 yg senak perut..mana ada manis dan cerianya...setuju x ??

    ReplyDelete
  2. As Salam, saya harap Presiden Cuepacs tahu untuk membezakan antara Kerajaan dan Parti. Presiden Cuepacs tak perlu berkempen untuk UMNO/BN. Kalau nak berkempen, sila letak jawatan dan bertanding sebagai calon dan tak perlu lah nak kempen supaya penjawat awam sokong UMNO/BN. Siapa jua yang penjawat awam nak sokong, itu hak masing-masing dan Presiden Cuepacs tak perlu nak ajar penjawat awam tentang perkara ini. Tq.

    Jusa Pencen

    ReplyDelete
  3. Hangpa jangan cari penyakit. Kalau pembunuh dan perasuah besar pun hangpa nak lantik jadi PM, tak ubah macam hangpa letak tengkok di tali gantung.

    Selagi orang yang upah Sirul dan Hazilah bunuh Altantuya tu tak juga dapat diheret ke mahkamah, bermakna kerajaan dan instrumen yang ada hari ni memang haprak dan tak boleh pakai. Hakim kes ni serta polis yang terlibat menyiasat tragedi ini terang terang manusia bengong alias bangang aka tak ada teloq. Aku tak heran kalau PM dan UMNO BN masih terus berkuasa, tak mustahil esok esok adik beradik dan keluarga hangpa pulak boleh meletup dan berkecai badan dikerjakan puak puak ni. Bila kes dibawa ke mahkamah, akan berulang alasan " motif bunuh tak penting " malah kes mahkamah kematian Altantuya ni boleh pula dijadikan sumber rujukan dimasa depan untuk melepaskan pesalah sebenar.

    Tuhan anugerahkan pancaindera kepada semua manusia. Tak kanlah perkara semudah ini hangpa tak boleh nak pikiaq cara rasional?. Cubalah hangpa tengok perangai dan sejarah peribadi blogger tersohor kesayangan UMNO BN tu, Papa Gomo. Tak pelikkah hangpa betapa manusia sial, haprak, punya rekod jenayah polis dan pelucah bernama Papa Gomo ini boleh menjadi sahabat istimewa menteri menteri UMNO BN dan blog lucah malaon haprak ni pula sentiasa dijadikan rujukan menteri UMNO BN malah dipopularkan pula oleh Utusan, Berita Harian, TV3 dan segala media massa utama pro UMNO BN. Dari sudut ni saja hangpa tentu boleh nilai moral dan etika sebenar pemimpin pemimpin UMNO BN ini. Papa Gomo ni seolah olah umpama " kitab suci " rujukan puak syaitan dikenali ini.

    Aku harap hangpa jangan perbodohkan diri sendiri. Biaq lah hanya puak puak kontraktor kelas macai yang hidup cuma mengharapkan projek dari UMNO tu pertahankan tuan dan " tuhan RM " depa. Geng geng senaman punggung dan kumpulan kumpulan lontaq baru, cat dan teloq busuk ke majlis Anwar Inrahim tu adalah golongan golongan kontraktor pengemis inilah.Depa ada alasan kenapa depa tentang PR...sebab fulus dan nak terus dapat duit mudah.

    Hangpa yang cuma tangga gaji RM5,000 ke bawah nak pertahankan parti pelesit dan syaitan ni buat apa?. Tak dak menafaat langsung. Ini masa untuk TUKAQ ! Tak kan lah selama nya hangpa sanggup pakai " seluaq dalam " dan " pakaian lusuh lagi koyak rabak "?.

    Kalau kepala No 1 dalam parti syaitan ni pun cukup bermasalah baik moral dan segalanya, jangan harap la parti karat UMNO BN tu akan kembali seperti era sebelum Mahathir dulu. Selagi kepala kepala bermasalah tak bertukar...ekur akan jadi pak turut saja. Kalau kepala keretapi terbabas ke ganung..ekoq pun akan terima kesannya.

    Dalam GE 13...WAJIB TUKAQ...UMNO BN patut ditalkinkan. WAJIB KITA LAKUKAN INI BERSAMA SAMA. Kita heret perancang utama pembunuhan Altantuya ke mahkamah dan tali gantung. Petualang negara dan kuncu kuncunya yang menjual warganegara kepada orang asing wajib dibicara dan dihumban ke Sg Buloh. Nak tau berapa besar dosa pemimpin UMNO BN terhadap rakyat Malaysia....TUMBANGKAN UMNO BN supaya segalanya boleh dinongkar dan dibicara secara adil di mahkamah di depan hakim yang berintegriti.

    ReplyDelete
  4. Tukar jangan tak tukar. Bersama2 talqinkan UMPORNO tuuuuuuu

    ReplyDelete
  5. Setakat tulisan dari najis politik yg dibuang UMNO ni...hanya org bodoh je bole caya....kalo lah anda tahu peribadi sebenar Shabudin ni x taulah....sbb tu lah skang ni jd najis politik je...

    ReplyDelete
  6. Anonymous - maknanya engkau orang dalaman UMNO merangkap barua la ni. setakat apa shahbudin tulis ni masuk akal . enkau barua UMNO mestilah senang nak buat komen konon shahbudin ni komen bodoh. hai korang barua umno masih tak sedar diri.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete