Saturday, 30 March 2013

Kemelut Isu Calon Masih Menjadi Halangan Buat Najib


Sementara tarikh pembubaran Parlimen masih menjadi penantian bagi rakyat, Najib selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO dilaporkan menghabiskan banyak masanya selama (Jumaat) untuk menemui ketua parti-parti komponen dan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri-negeri bagi memuktamadkan senarai akhir calon yang bakal dipilih bagi pilihanraya akan datang ini.

Beberapa ketua parti komponen dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dilihat keluar maasuk menermui Najib di Bangunan Perdana Putra dan sebahagiannya dikatakan mengambil masa lebih satu jam untuk mengadakan perbincangan mengenai senarai calon itu.

Tidak seperti sebelumnya, baik di zaman Mahathir mahu pun Pak Lah, biasanya perbincangan mengenai calon ini dilakukan selepas pembubaran Parlimen diumumkan tapi Najib dilihat mengambil pendekatan sebaliknya iaitu menyelesaikan dahulu isu pemilihan calon sebelum pembubaran Parlimen diumumkan.

Langkah ini dipercayai diambil Najib kerana sebaik pembubaran diumumkan, beliau mahu menghabiskan sepenuh masa yang ada untuk turun ke negeri-negeri menemui rakyat dan memastikan kemenangan BN. Beliau juga akan memberi lebih tumpuan kepada Selangor kali ini dan menjadikan ianya sebagai keutamaan selain mengekalkan Putrajaya.

Sehingga isu pemilihan calon ini tidat dapat diselesaikan dengan sebaiknya, Najib dikatakan tidak akan membubarkan Parlimen dan inilah antara faktor yang menyebabkan beliau masih tidak berbuat demikian meskipun DUN Negeri Sembilan sudah pun terbubar secara automatiknya pada 28 Mac lalu.

Pertemuan semalam dilaporkan kritikal dan Najib dipercayai akan mengambil masa beberapa hari lagi untuk menemui ketua-ketua parti komponen BN dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri-Negeri bagi menyelesaikan isu calon itu. Ia mungkin bersambung lagi pada hari ini dan berlarutan sehingga minggu depan.

Pihak yang dekat dengan UMNO memberitahu, Najib mendapat tekanan yang kuat daripada beberapa ketua parti komponen dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri untuk menyenaraikan calon masing-masing yang terdiri daripada pemimpin UMNO bahagian serta daripada kalangan wakil rakyat yang sudah berkhidmat beberapa penggal. Alasan yang dihujahkan mengapa mereka mahu terus dikekalkan ialah kerana pengaruh di kawasan masing-masing dan bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya sabotaj jika mereka terbabit digugurkan.

Tindakan beberapa Pengerusi Perhubungan UMNO yang masih mahu menyenaraikan calon-calon lama dan berusia itu dikatakan menimbulkan rasa kurang senang Najib kerana beliau mahu segera mengaplikasikan keinginannya meletakkan calon-calon muda dan baru yang disifatkannya "winnable" di banyak kawasan dalam pilihanraya kali ini.

Namun apabila Najib diberitahu bahawa tindakan menggugurkan ramai calon-calon lama dan berusia bakal memungkinkan berlakunya sabotaj, bilik gerakan ditutup, jentera parti tidak bergerak dan berlakunya kemerosotan sokongan, beliau kini dilaporkan perlu menilai semula banyak perkara mengenai pemilihan calon ini bagi menyeimbangkan antara kemenangan yang boleh dicapai dan hasrat meletakkan calon-calon yang "winnable".

Isu calon juga dilaporkan masih menghantui dalam perbincangan dengan beberapa parti komponen di mana masing-masing dilaporkan mengemukakan pelbagai tuntutan yang sesetengahnya turut memeningkan kepala Najib sendiri terutama dari segi pemilihan kerusi yang mahu ditandingi.

Apa yang menarik dalam pilihanraya kali ini ialah meskipun persaingan dijangka getir hampir di semua kawasan Parlimen dan DUN tetapi keghairahan di kalangan pemimpin UMNO peringkat bahagian untuk menjadi calon turut meningkat sama. Bagi yang sudah bergelar wakil rakyat pula, ramai yang masih mahu dikekalkan meskipun sudah berkhidmat melebihi dua atau tiga penggal. Ada pemimpin UMNO bahagian mempunyai keghairahan tahap maksima untuk menjadi calon walaupun diketahui kawasan yang diintainya itu sudah diwakili oleh pembangkang sejak beberapa penggal lalu.

Ada pula yang melobi siang malam untuk menjadi calon di sesuatu kawasan walaupun harapan untuk menang amat tipis kali ini.

Sebenarnya terdapat beberapa faktor mengapa ramai pemimpin UMNO ghairah mahu menjadi calon. Ada kerana mahu berkhidmat, ada kerana kemaruk dengan gelaran YB dan disanjung di sana-sini, ada kerana untuk kepentingan perniagaan dan ada pula yang menjadikan tiket wakil rakyat sebagai landasan mengaut kemewahan dalam hidup. Bagi kawasan yang sukar untuk menang pula, ada yang ghairah mahu menjadi calon kerana merasakan inilah masanya untuk membuat "sedikit duit" sebab masa kempen itu nanti pelbagai sumbangan dan bantuan kewangan boleh dikaut daripada pelbagai sumber.

Dengan hanya menggunakan sebahagian saja sumbangan kewangan yang diperolehi untuk tujuan kempen, manakala selebihnya dijadikan simpanan peribadi, sebenarnya peluang menjadi calon pilihanraya juga boleh menjadi tiket untuk mengumpul kekayaan secara mudah bagi golongan ini.

Sumber yang dekat dengan UMNO itu memberitahu lagi, perbincangan mengenai calon ini mungkin memakan masa beberapa hari atau minggu lagi untuk diselesaikan dan selagi kemelut calon ini tidak dapat diselesaikan, selagi itulah tarikh pembubaran Parlimen tidak akan diumumkan.

Memandangkan Najib masih masih ada masa sehingga tarikh 28 April sehingga Parlimen terbubar dengan sendirinya dan ulangtahun keempat beliau menjadi Perdana Menteri pula ialah pada 3 April, ramai yang menjangkakan tarikh yang menjadi pilihan Najib untuk membubarkan Parlimen ialah antara 3 April hingga 28 April. (SH 30/03/2013)

5 comments:

  1. 11.4.2013 bubar.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan!

    Sepertimana Tuan hebahkan pada artikel yang lepas, di sebelah Utara Semenanjung ada bekas ketua Bahagian yang kalah bertanding PRU12 memacak posternya bersama Najib.

    Mereka lebih berani menonjolkan diri mereka yang kalah dan ada hati nak bertanding lagi. bagi kami rakyat biasa,muka-muka begini adalah selipar buruk yang akan menaikkan kemarahan rakyat.

    Najib takkan berjaya memuktamadkan barisan calon, kerana rakyat sudah membuat keputusan yang BN akan kalah pada PRU13 ni sebab najib adalah presiden yang tidak melihat mukanya pada cermin.

    ReplyDelete
  3. Salam tuan Shah,

    Kali ni Najib UMNO BN berundur sampai rapat dinding di asak musuh. Dah rapat didnding nanti, tak dapat nak undur lagi. Masa tu lah peluru musuh akan meratah tubuh Najib dan UMNO BN. Kalau C4 yang hinggap, berkecailah Najib dan UMNO BN macam nasib mendiang Altantuya.

    Si tua Madir Kutty nak bantu pun dah tak sempat sebab dia sendiri semput dan berpenyakit nyanyuk . Silap silap si tua ni pun tersalah tembak Najib.

    ReplyDelete
  4. Pening najib pening

    ReplyDelete
  5. Kita tunggu sajalah bubar automatik pd 30/4/13 ni..malas nk fikir tarikh dah..tapi lawan tetap lawan!

    ReplyDelete