Friday, 7 September 2012

Bila Mahathir Meracau Lagi...


Untuk kesekian kalinya mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Mahathir Mohamed bersuara lagi mengenai politik negara. Lagi dekat pilihanraya, lagi banyak PM selama 22 tahun bersuara. Dengan bercakap mengenai pelbagai perkara sebelum ini, termasuk menyifatkan UMNO dan BN sebagai syaitan yang dikenali, meminta ahli UMNO bersikap waras dan berusaha memenangkan parti, menyalahkan kerajaan sekarang yang dianggapnya lemah dan berpunca daripada Pak Lah, terbaru ini beliau meminta rakyat supaya tidak mudah menukar kerajaan yang ada.

Tanpa keraguan beliau menyatakan bahawa pertukaran kerajaan tidak semestinya membawa kebaikan. Hakikat ini sebenarnya masih boleh diterima tetapi apabila Mahathir menyatakan bahawa sekiranya PR diberi peluang menjadi kerajaan, mereka akan berusaha supaya BN tidak dapat kembali berkuasa, ia tentunya tidak boleh diterima sama-sekali.

Di mana-mana kerajaan di dunia sekarang, pertukaran kerajaan adalah perkara biasa. Kerajaan demokrasi bertukar dan kerajaan diktator serta kuku besi juga boleh bertukar. Kerajaan Hosni Mubarak dan Muammar Gaddafi yang dulunya gagah juga tumbang akhirnya.

Dalam dunia terbuka dan kesedaran rakyat makin tinggi sekarang, sesebuah kerajaan hanya dapat dipertahankan jika ia sentiasa menjaga kebajikan rakyat dan terhindar daripada unsur-unsur penyelewengan serta salah guna kuasa.

Dakwaan Mahathir bahawa seolah-olah PR akan melakukan sesuatu yang bersifat kuku besi untuk mengelakkan berlakunya pertukaran kerajaan sekiranya memperolehi kuasa dalam PRU 13 ini, amatlah sukar diterima oleh akal yang waras. Dakwaan itu tidak lebih merupakan percubaan menghasut dan menakut-nakutkan rakyat supaya tidak memilih PR dan terus mengekalkan BN walaupun ia dianggap syaitan.

Dengan menakut-nakutkan rakyat bahawa jika BN tumbang, ia akan berkubur dan lenyap terus daripada bumi Malaysia, Mahathir mengharapkan BN akan terus berkuasa walau sesyaitan mana jahat dan buruknya BN itu di mata rakyat.

Jika sesebuah kerajaan dapat melakukan sesuatu untuk mengelakkan pertukaraan kerajaan, sudah tentu UMNO dan BN yang berpeluang berkuasa selama 55 tahun terlebih dulu melakukannya sebelum ini. Atau setidak-tidaknya Hosni Mubarak dan Muammar Gaddafi lebih dulu melakukannya.

Oleh kerana UMNO tidak mampu melakukannya dan Hosni Mubarak atau Muammar Gaddafi juga tidak mampu melakukannya, bermakna ia memang sesuatu yang mustahil dilakukan.

Pertukaran kerajaan hanya boleh dielakkan dengan sesebuah kerajaan itu sentiasa mengutamakan rakyat, menjaga kepentingan rakyat, pemimpin tidak rasuah, tiada penyelewengan serta sentiasa diselubungi dengan sifat-sifat baik lagi terpuji.

Jika PR dapat berkuasa dalam PRU 13 ini dan kekal berkuasa dalam suatu tempoh yang lama selepas itu, hakikatnya ialah kerana mereka lebih mengutamakan rakyat dan menghindari perbuatan tidak baik yang sudah mendarah-daging dalam pentadbiran UMNO dan BN selama ini. Ia sama-sekali bukan kerana PR akan melakukan sesuatu yang bersifat kuku besi dan tidak demokratik untuk mempertahankan kerajaannya.

Tetapi melihat beberapa kenyataan Mahathir akhir-akhir ini, termasuk meminta rakyat tidak mudah menukar kerajaan dan menakutkan bahawa ia akan menyebabkan BN tidak lagi mampu kembali berkuasa, ia tidak lebih menggambarkan kebimbangan beliau yang teramat sangat jika UMNO dan BN kehilangan kuasanya. Mahathir yang dulunya amat rasional dan setiasa demokratik, kini cuba menakut-nakutkan rakyat agar menolak perubahan dan menjadi tidak demokratik.

Selama ini Mahathir terbukti begitu lantang mengkritik pembangkang dan beberapa kuasa Barat yang disifatkannya tidak demokratik tetapi kini ternampak beliau juga tidak lagi demokratik.

Selain kebimbangan terhadap legasinya yang bakal musnah dan dilupakan, kebimbangan Mahathir juga ialah berkaitan kepentingan anak-anaknya dalam perniagaan dan politik yang mungkin terencat jika UMNO dan BN tidak lagi berkuasa.

Jika Mahathir memikirkan kepentingan rakyat dan negara sepenuhnya tanpa disaluti kepentingan untuk memikirkan perniagaan dan masa depan politik anak-anaknya, beliau tentu menyedari bahawa pertukaran kerajaan tidak selalunya buruk untuk rakyat dan negara. Bahkan selalunya kerajaan yang mudah bertukar ganti akan melahirkan kerajaan yang baik, prihatin dengan rakyat serta pemimpin-pemimpin yang bersih juga akhirnya.

Amatlah malang semakin kuat Mahathir meraban dan meracau untuk mempertahankan UMNO dan BN, muslihat dan kepentingannya makin terserlah pula di mata rakyat. (SH 07/09/2012)





4 comments:

  1. Saya harap hang boleh masuk DAP bersama sak dan aspan untuk mewarnakan lagi parti tu. saya percaya balance akam menjadi dan malaysia ni terus makmur

    ReplyDelete
  2. mahathir ni tak sedar sedar lagi...dialah punca keadaan politik sekarang. Asyik dok salahkan orang lain saja. kalau memang sifat dia kaki gemapg keling, sampai bila pun dia tetap gempag keling.

    ReplyDelete
  3. Tuan Shahbudin,

    Rasanya masa makin hampir untuk tuan tulis buku baru berjodol " Rebahnya Putra Kerala ( Putra Keras Kepala ) ". Banyak sejarah Malaysia perlu diperbetulkan. Kisah Si Kitul moden ini perlu dibukukan untuk tatapan dan teladan generasi akan datang.

    Sikitul yang megah menggelarkan partinya pasti syaitan semakin panas dan rimas oleh dosa dosa silamnya. Melihat Anwar makin gagah umpama nampak Malaikatul Maut dimata beliau. Patut lah dia samakan PR dengan malaikat...takut benar dia kepada Malaikatul Maut... ha ha.

    Dan sekarang...1 Malaysia sedang saksikan si Kitul Bernama Mahathir ini sedang sibuk ke sana sini menghenyak dan memijak maruah dirinya sendiri. Dia cuba menegakkan benang basah..menyokong kemungkaran, sebuah parti yang terang2 diakuinya sebagai syaitan. Maruahnya tidak lebih tidak kurang setarf syaitan sekarang.

    Doa arwah Fadhil Noor sikit demi sikit telah dikabulkan Allah. Sikitul ini akan jatuh sehina hinanya. Allah maha besar.

    ReplyDelete
  4. 1.'Dengan menakut-nakutkan rakyat bahawa jika BN tumbang, ia akan berkubur dan lenyap terus daripada bumi Malaysia, Mahathir mengharapkan BN akan terus berkuasa walau sesyaitan mana jahat dan buruknya BN itu di mata rakyat.'

    madey dan rakyat tak perlu risau sbb bila bn dah keluar dari 'sekolah' bn boleh kembali bersaing

    3'...Mahathir menyatakan bahawa sekiranya PR diberi peluang menjadi kerajaan, mereka akan berusaha supaya BN tidak dapat kembali berkuasa, ia tentunya tidak boleh diterima sama-sekali.'...
    sy fikir jika bn sekarang ni tak boleh mengekang pr dari overtake bn, maka pr pun (suatu hari) nanti tidak boleh halang bn dari overtake. ya , persaingan adalah baik untuk negara.

    ReplyDelete