Wednesday, 30 January 2019

KAUKUS PARLIMEN ANGKAT KEDUDUKAN RAKYAT MISKIN DESA DAN BANDAR


Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus diwujudkan adalah bertujuan untuk mengkaji dan meneliti segala undang-undang, peraturan, cadangan, usul, petisyen, lampiran atau dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan langkah-langkah dan matlamat untuk menaiktaraf dan memperbaiki institusi Parlimen sebagai mekanisme semak imbang yang efektif.


Dalam pada itu, Kaukus ini yang dipengerusikan oleh saya turut melibatkan Ahli-Ahli Parlimen dari kedua-dua pihak. Dari pihak Kerajaan, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Segamat Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah dan Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman. 


Dari pihak Pembangkang pula adalah Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said, Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz, Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ahli Parlimen Kubang Kerian Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. 


Kaukus ini akan menyelia perjalanan urusan pentadbiran Kerajaan di setiap peringkat bagi memastikan keberkesanan ekonomi dan perjalanan pentadbiran Kerajaan. 


Dalam hal ini, Kaukus ini boleh mengemukakan permintaan kepada pihak Kerajaan untuk memperkukuhkan tadbirurus dalam Kerajaan yang berkaitan skop kajian Kaukus ini bagi penelitian dan pembaharuan. 


Mesyuarat Kaukus semalam (29 Januari 2019) telah membincangkan hala tuju Kaukus dan turut membuat beberapa syor dan cadangan, antaranya seperti berikut:


1. Untuk memastikan Kaukus ini dapat berfungsi dengan lebih efektif, maka usaha akan diambil untuk menjadikan Kaukus ini sebagai Jawatankuasa Pilihan Bersama Bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara di bawah Peraturan 87, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Perkara ini akan dibincangkan dengan Tuan Yang di-Pertuan Dewan Rakyat dan Tuan Yang di-Pertuan Dewan Negara mengenai perlaksanaan Jawatankuasa bersama ini berserta dengan terma-terma rujukannya;


2. Laporan Tahunan SUHAKAM akan dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara agar Ahli-Ahli Parlimen dapat memberikan pandangan dan cadangan dalam mengatasi serta memperbaiki keadaan hak asasi manusia di Malaysia;


3. Semua rang undang-undang yang dibentangkan ke Parlimen oleh Kerajaan perlu melalui saringan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat atau Kaukus ini; 


4. Cadangan agar YAA Ketua Hakim Negara mengetuai panel bebas mengenai reformasi institusi perundangan negara;


5. Kaukus menyokong gesaan YAB Perdana Menteri untuk memastikan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 dilaksana dan diterjemah secara berkesan, terutama dalam kalangan pemimpin politik dan penjawat awam dalam pentadbiran Kerajaan sekarang; dan


6. Tumpuan mesyuarat kaukus berikut akan menjurus kepada penilaian keberkesanan tindakan Kerajaan dalam mengangkat kedudukan rakyat miskin desa dan bandar.


ANWAR IBRAHIM

Pengerusi, 

Kaukus Reformasi dan Tadbirurus Parlimen

Ahli Parlimen Port Dickson

30 Januari 2019.

25 comments:

  1. Satu reformasi yg baguih...tapi Kaukus ato apa pun bukan boleh memulihkan ekonomi dan kehidupan rakyat...perkara utama yg medti fi beri tumpuan oleh madey bukan kaukus dan projek kereta ke 3.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun M yang tubuhkan dan tumpukan masa kpd Kaukus? Hang pun tak tau apa itu Kaukus yer? Tapi awat hang dok marah Tun M bila hang tak tauhu? Hang Kaukut dan Kauput yer?

      Delete
    2. Bukan soal madey tumpukan masa....kalo tiada perancangan untuk ringankan beban rakyat dan pulihkan ekonomi kaukus nak teliti menatang ape ngok?...

      Delete
    3. Salam semua.

      Dah lama tak masuk, pagi ini masuk nak coba tulis komen2 yang tak menyayatkan hati sesiapa.

      Saya juga minat nak tahu apa kaukus ini, siapa tubuhkan, apa tujuan sebenar dsb nya. Terima kasih kpd yang dah keluarkan definasi caucus di bawah.

      Saya dah Google jugak, nak keluarkan apa2 yang mungkin menjadi isu yang boleh kita bincang. Siapa yang terjumpa maklumat yang boleh menambah pengtahuan kita, harap keluarkan disini supaya kita boleh berdailog, melebih luaskan pemikiran kita, terima kasih.

      Delete
    4. Mengoogle "Kaukus Reformasi dan Tadbirurus Parlimen" keluar laporan Berita Harian -

      Parlimen menubuhkan Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus membabitkan 12 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

      Kaukus itu dipengerusikan Ahli Parlimen Port Dickson daripada PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang (DAP) dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.

      Tapi tiada sebut siapa menubuhkan nya. Kalau Parlimen menubuhkan nya, laporan itu tak sebut Yang Di Pertua atau Setiausaha Parlimen mengeluarkan kenyataan itu.

      Delete
    5. Tanpannaa, Anonymous tahu apa kaukus. Agaknya tahun pun makanan arab morocco "kuskus" kot (couscous)

      Delete
  2. Apa Kukus nih? Aoa lagi yang nak di Kukus? Siapa lanriik Pengukus ini? Apasal kenyataan Anwarul Al Juburi tak sebut siapa mewujudkan Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus itu?

    Apa Reformasi? Apa lagi nak di reformasi? Bukan kah PH sudah memerintah. Bukan kah reforming dah berjalan?

    Aku kena Google? Apasal pulak? Bukan kah depa yang mahukan kita caya apa depa kata? Jadi depa lah yang patut memberi penerangan itu semua.

    ReplyDelete
  3. Lagi melingkop la jawabnya. Party sendiri pun kelam-kabut, setiap kali diadakan pemilihan, lagi nak kaukus-reformasi. Dah la selama 28 tahun orang tak tahu apa yang nak mahu direformasikan, ditambah dengan 'kaukus'... lagi pening la orang kampung.

    Dah tak ada Bahasa Melayu ka?

    ReplyDelete
  4. Inflasi dijangka meningkat kepada dua peratus tahun ini

    30 Jan 2019, 6:32 petang (Dikemaskini 30 Jan 2019, 6:53 petang)

    A A
    Inflasi dijangka meningkat kepada dua peratus tahun ini berbanding satu peratus yang dianggarkan pada 2018.

    Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Dr Zakariah Abdul Rashid berkata antara faktor di sebalik inflasi ialah tolakan kos dan tarikan permintaan, peningkatan kenaikan upah minimum kepada RM1,100 dan harga minyak yang berkemungkinan meningkat.

    MIER mengunjurkan harga minyak mentah Brent antara AS$60 dan AS$70 setong pada 2019.

    “Jika harga minyak lebih tinggi daripada lingkungan ini, ia akan memberikan tekanan kepada kebanyakan barang dalam Indeks Harga Pengguna (IHP).

    “Selain itu peningkatan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat tahun ini juga akan menyebabkan pengaliran keluar modal dari negara.

    "Jadi kita perlu mengatasi kemungkinan aliran keluar secara ketara," katanya pada taklimat media Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) MIER bagi suku keempat 2018 di Kuala Lumpur hari ini

    ReplyDelete

  5. Semenyeh kawasan bersatu...rakyat pilih PH untuk tumbangkan Najib dan harap dapat kehidupan yg lebih baik walopun bukan kerana manipesto...

    Najib sudah gol....tak perlu lagi ungkit kisah najib...penjara ato tidak bukan urusan rakyat..

    9 bulan masa sudah berlalu...krhidupan tak banyak berbeza dgn zaman najib....rakyat makin tersepit...madey dan menteri masih mau cerita masalah kerana najib...kunun hutang 1 trilion...
    Madey gagal penuhi harapan rakyat...madey tak mampu pulihkan ekonomi yg makin merudum....negara serantau makin berkembang ekonominye...penasihat ekonomi tua habiskan boreeh ajee...

    Madey masih confident Bersatu boleh menang di Semenyih....tapi tak ada usaha untuk perbaiki sebab kekalahan di CH....Rais Yatim dah perli madey dgn formula untuk menang prk..

    Dlm cerita hutang yg besar madey boleh sediakan bajet berpuluh juta untuk projek kereta ke 3.... Proton gagal...

    Madey dah habiskan berjuta2 kesana kemari nak tarik pelabor asing...tapi hasil yileks....seakan pelabor asing tak percaya kpd madey...

    Jadi wajar madey berundur jika gagal di semenyih kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kpd madey...

    Kekalahan di semenyih hanye akan melemahkan PH...

    ReplyDelete
  6. A caucus is a meeting of supporters or members of a specific political party or movement. The term originated in the United States, but has spread to Australia, Canada, New Zealand, South Africa and Nepal. As the use of the term has been expanded, the exact definition has come to vary among political cultures.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari definisi di stas, nampak nya menubuhkan caucus itu boleh di lakukan di atas daya usaha mana mana kumpulan, tidak semesti nya di lantik Speaker Parlimen seperti yang dibayangkan di laporan Berita Harian itu.

      Apa kah mungkin Anwar Ibrahim sendiri mendapatkan sekumpulan MPs dan menubuhkan nya? Tak tahu pula jika ada mesyuarat yang memilih atau "melantik" dia sebagai Penerusi dan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Pengerusi.

      Kita sedia maklum bahawa ada NGOs yang "ditubuhkan" oleh beberapa orang awam dan melantik yang menginisiatifkan nya sendiri sebagai Pengerusi.

      Bagus kalau Shahbudin, seorang wartawan, memberi penerangan berkenaan penubuhan Kaukus itu dan lantikan atau "pemilihan" Anwar sebagai Pengerusi. Kena tempat nyan sebab Shahbudin penyokong tegar Anwar.

      Namun demikian, siapa yang ada maklumat berkenaan dengan nya, sila lah sebut kan, sebutkan punca nya, kalau boleh link nya sekali.

      Delete
  7. Fuyoo...Tengok aje lah belum naik jadi PM ke 8 lagi, Bnag Non dah ada perancangan jangkamasa panjang yang realistik untuk membela dan menyantuni nasib warga marhaein , khususnya B40.

    Rakyat amat2 mengalu2kan pembentukan kaukus ni yang dilihat dapat mengangkat martabat mereka dan mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan yang terlalu menghimpit dan semakin teruk sejak PH mengambil alih pentadbiran negara.

    Ternyata Bang Non ni berjiwa rakyat..tak macam PM ke 7 tu..kejenya takde lain..balik2 nak menggemukkan tembolok anak beranak dan kroni2nya aje..betul tak kengkawan semua????

    ReplyDelete
  8. Tak nak cakap banyak lagi lah kan...Korang bandingkan sendiri presatasi kerja antara timbalan menteri cina ni dengan menteri melayu dalam kementerian sama ni..dan korang buat kesimpulan sendiri..boleh kan beb ????

    Timbalan Menteri Pendidikan DAP setelah dilantik memegang jawatan berkenaan kelihatan sibuk melaksanakan agenda memperkasakan pendidikan sekolah-sekolah Cina.

    Kalau sebelum ini beliau sibuk ke kolej universiti swasta Cina bermotifkan keuntungan,untuk menyampaikan sumbangan dana Kementerian Kewangan bernilai jutaan ringgit, kali ini beliau sibuk pula dengan majlis pecah tanah untuk membesarkan sekolah Cina.

    Berbeza dengan Menteri Melayu yang seorang ini. Semenjak bergelar Menteri, beliau sibuk dengan kasut dan stokin hitam, hendak buka universiti di Indonesia, ingin melatih pelajar berenang dan meminta hotel menyediakan kemudahan...sedangkan tak nampak satu pun polisi yang dibuat untuk meningkatkan lagi prestasi dan pencapaian pelajar2 melayu bumiputera di negara ni ????

    ReplyDelete
  9. Dlm kepala madey asyik pikir nak kencingkan rakyat supaya boleh buat projek kete ke 3......

    Projek kete jalan kroni kayer dan anak2 bertambah kayer...

    ReplyDelete
  10. Mr syed albodin.


    KAUKUS PARLIMEN ANGKAT KEDUDUKAN RAKYAT MISKIN DESA DAN BANDAR

    Tengok ketajok jadi seriyau sampe menyirap darah,cerin bolo roma, memang sempoi blaka
    Aleh-aleh suma menjadi seropa cilaka .

    Toksah kaukus lah elok suma mao dok bungkuih perabih.
    Majlisle jawatan kuase le badan le urostadbir le surohanjaya le lembaga le persatuan le koperasi le rizab le referandom le memorandom le bla bla bla le.
    Jaman uumno depa juai tanah mlayu bagi cina dodok kg baru le pengkalan le pekan le bandar baru le..
    Jaman ph depa bagi cina urostadbir kerajaan malaisa polak.. mlayu coma menang besorak sampe mampuih..
    Kaukus tu menatang ape ,,agak teman mcm kultus kot ada kepala badan kaki tamgan dan ekog.
    Kepala cina badan keling paria kaki tangan mlayu ekog sakai.
    Menatang malaisa baharu..yg dapat teman bayangkan dlm palak hotak khayalan teman..

    Kwah kwah koah koah mampuih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita punyai pemikir2 ekonomi yg berfikir diluar kerangka 'sistem kewangan semasa' yg memudaratkan pihak marhaen seperti Prof.Ahamed Kamel Mydin Meera & lain2 tapi mereka2 ini dikesampingkan pihak politikus yg punyai agenda sendiri.

      Delete
  11. Nak kukus apa loagi. Lebih baik pi kukus buku manifesto PH yg bukan kitab suci tu. Kemudian bagi minum percuma kepada para pengundi PH dalam PRU 14 tu supaya sejuk sikit hati amarah mereka akibat kena kencing...

    Lagi2 Najib dipersalahkan...rakyat suadah muaaak dgn alasan separuh masak. Najib sudah dikenakan berpuluh2 pertuduhan. Tidak cukup tambah lagi 3 pertuduhan baru. So Bila Nak bicara ??? Kalau dia salah, hukumlah dia, habis cerita.

    Cerita yg pasti belum habis ialah hidup rakyat making tertekan...janji2 bulan bintang sebelum PRU 14 masih banyak yg masih samar2...menteri2 masih honeymoon dan masih teruma lihat slip gaji 50 - 60 ribu RM....

    ReplyDelete
  12. Kaji selidik: Majoriti Melayu tak puas hati pada PH
    31 Jan 2019, 9:32 pagi (Dikemaskini 31 Jan 2019, 9:32 pagi)

    A A
    Suatu kajian yang dijalankan di seluruh negara pada akhir tahun lalu menunjukkan hampir 60 peratus Melayu tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH.

    Dapatan daripada kajian itu menyatakan 54.4 peratus responden Melayu tidak percaya kerajaan serius melaksanakan agenda Melayu, termasuk mempertahankan hak Melayu serta Islam sebagai agama rasmi.

    Laporan TMI melaporkan 60 peratus responden pula percaya orang bukan Muslim sedang menguasai kerajaan dan DAP yang membuat keputusan di Putrajaya.

    Kajian Ilham Centre bersama Penang Institute itu dijalankan ke atas 2,614 responden bagi tempoh 24 Okt hingga 24 Dis 2018.

    Untuk rekod PH hanya mendapat sokongan kira-kira 17 peratus pengundi Melayu pada PRU Mei tahun lalu.

    Kajian itu juga menunjukkan lebih separuh responden percaya PH boleh bertahan lebih dari satu penggal dan pentadbiran sekarang akan membawa masa depan cerah buat negara.

    Pengarah Ilham Centre Mohd Yusri Ibrahim berkata naratif Islam yang dikemukakan PH sukar difahami ramai orang Melayu kerana falsafahnya terlalu dalam.

    "Untuk memenangi hati Melayu kerajaan mesti memaparkan diri mereka sebagai konservatif dan centrist, bukan progresif atau konservatif kanan seperti PAS atau Umno," katanya.

    Anggap DAP jadi penentu

    Kajian itu juga menunjukkan 53.6 peratus responden tidak bersetuju Dr Mahathir Mohamad menamatkan tempohnya selama lima tahun sebagai perdana menteri, sebaliknya menyerahkan pimpinan kepada Anwar Ibrahim seperti yang dirancang.

    Daripada jumlah itu 51.9 peratus responden bersetuju Anwar adalah orang yang terbaik untuk menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.

    Dapatan lain termasuklah:

    * 59.5 peratus responden tidak bersetuju mereka berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH sejak PRU lalu, berbanding 40.8 peratus yang bersetuju

    * 54.4 peratus bersetuju kerajaan PH mengabaikan hak orang Melayu dan kepentingan Islam, berbanding 45.1 peratus yang berpendirian sebaliknya

    * 50.1 peratus berpendapat PH tidak serius memenuhi janji pilihan raya dalam manifesto mereka berbanding 49.8 peratus percaya sebaliknya

    * 58.3 peratus yakin kerajaan pusat tidak serius menangani isu kos sara hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebencian rakyat kpd PH kerana madey kuat kincing..

      Delete
  13. Tahniah dsai.teruskan usaha reformasi parlimen

    ReplyDelete
  14. Tahniah dsai.teruskan usaha reformasi parlimen

    ReplyDelete
  15. WOW Keren nie artikelnya
    Sambil baca artikel ini, Aku numpang promosi deh !

    HANYA DI KENARI POKER BANYAK BONUSNYA BOSSKU
    Bonus Welcome Untuk New Member:
    - Bagi deposit Rp.10,000 - Rp.14,999 Bonus Rp.5.000
    - Bagi deposit Rp.15,000 - Rp.24,999 Bonus Rp.10.000
    - Bagi deposit Rp.25,000 - Rp.49,999 Bonus Rp.15.000
    - Bagi deposit Rp.50,000 - Rp.99,999 Bonus Rp.20.000
    - Bagi deposit Rp.100,000 ke atas Bonus Rp.25.000
    - Bonus next deposit 5% untuk deposit Rp.50.000
    REAL PLAYER VS PLAYER !!!

    ReplyDelete