Wednesday, 30 January 2019

JIKA RASA2 TAK MAMPU TUNAIKAN JANJI, BAIKLAH MINTA MAAF DAN LETAK JAWATAN DENGAN SEGERA!!


Di mana-mana ketika ini, semakin ramai yang bersuara menuntut agar kerajaan PH segera menunaikan janji-janji utama yang dibentangkan kepada rakyat sebelum PRU14 lalu.


Bukan saja mereka yang merupakan penyokong BN dan rakyat biasa yang mula menuntut perkara tersebut, malah ketika ini kalangan daripada dalam PH sendiri sudah tidak segan-segan bersuara mengenainya.


Anwar Ibrahim dan Dr. Rais Yatim adalah antara yang agak ke depan mahukan kerajaan menunaikan janji-janji manifesto itu, terutama untuk memungkinkan nasib malang di Semenyih dapat dielakkan sepertimana di Cameron Highlands.


Blog ini juga sudah beberapa kali memuatkan tulisan betapa perlunya manifesto PRU14 segera diusaha untuk ditunaikan sebelum kesan penolakan rakyat kian membesar yang akhirnya menyebabkan PH kecundang dalam PRU15 akan datang.


Realitinya, apakah kerajaan PH ini benar-benar serius mahu menunaikan janji mereka?


Benarkah kekangan kewangan kerajaan benar-benar merupakan halangan yang tidak dapat dielakkan untuk menunaikan semua janji manifesto itu?


Sebagai kerajaan yang berjaya menumbangkan BN buat pertama kali sejak merdeka dan sebahagian kejayaan itu adalah atas janji-janji bulan madu yang dihamburkan kepada rakyat, Tun Mahathir Mohamad dan PH tidak boleh semudahnya lepas tangan atau berlengah-lengah dalam perlaksanaannya.


Rakyat lebih menilai kejayaan kerajaan jika mampu menunaikan banyak janji kepada tersebut berbanding keghairahan Tun Mahathir mahu menjulang namanya kembali di pentas antarabangsa atau kerapnya beliau melawat luar negara.


Bukan tidak penting melakukan lawatan ke luar negara atau menjalin hubungan dengan negara luar, tetapi glamour di pentas antarabangsa tidak akan menyebabkan perut rakyat terisi dengan sendirinya.


Pokoknya, utamakan kepentingan rakyat sendiri terlebih dahulu sebelum memikirkan hal-hal yang lain.


Jika pun beban kewangan merupakan halangan yang terlalu besar, apakah salah jika kerajaan meminjam lagi demi untuk memberi kesejahteraan dan kebahagiaan kepada rakyat sendiri?


Bukankah suatu ketika dahulu Tun Mahathir sendiri pernah menyebut di pentas Perhimpunan Agung UMNO tentang perlunya kerajaan meminjam daripada negara luar yang sedia memberi faedah rendah asalkan negara terus membangun dan kepentingan rakyat sentiasa terjaga?


Lagi pun, kata Tun Mahathir lagi pada waktu itu, jika meminjam pun bukan beliau yang akan membayarnya!!


Isunya, di ketika desakan kian kuat menuntut kerajaan menunai janji manifestonya ketika ini - terutama berkaitan tol, hutang peneroka dan PTPTN, selain beberapa yang lain yang memerlukan komitmen kewangan - kenapa kerajaan tidak sedia untuk meminjam sekali lagi?


Sebaliknya, jika mahu menunggu kedudukan kewangan selesa dan tidak meminjam baru mahu menunaikan janji-janji manifesto itu, sampai bila rakyat harus bersabar?


Apakah setelah ditolak rakyat di peti undi dalam PRU15 nanti maka barulah PH mahu bangun kembali dengan janji-janji barunya?


Dalam hal ini, PH harus sedar peluang kemenangan mereka dalam PRU14 adalah peluang sekali seumur hidup saja.


Kiranya dalam pilihanraya umum akan datang PH kecundang dan ditolak rakyat, percayalah ia tidak akan mampu untuk bangkit kembali. 


Gagal menunaikan janji akan membuatkan PH tidak lagi dipercayai sampai bila-bila. Malah dengan hilangnya kuasa PH itu nanti, Bersatu terutamanya akan turut masuk kubur sekali.


Sebab itu, janji manifesto penting sekali untuk tidak dimungkiri.


Menjelang sembilan bulan berkuasa dan didapati masih banyak janji 100 hari gagal ditunaikan, apa lagi janji dalam lima tahun tempohnya, PH mulai sekarang perlu berfikir secara serius dan jika boleh sebulan sekali mesti mengadakan mesyuarat berkenaan bagaimana untuk melaksanakannya.


Boleh?


Jika rasa-rasa menunaikan janji itu terlalu berat dan tidak mampu untuk ditanggung lagi, lebih baiklah PH, termasuk Tun Mahathir dan menteri-menteri kabinet sedia ada agar meminta maaf secara terbuka kepada rakyat dan kemudian meletakkan jawatan dengan segera.


Jangan terus bermuka-muka dan membuatkan rakyat kian terseksa.


Apa kata untuk seterusnya kita cuba pula PM8 menunaikan janji-janji yang tergendala itu? (ShahbudinHusin 30/01/2019)

47 comments:

  1. budin oooo budin....kalau semua letak jawatan, election la oiiii.....kempunan pulak pak sheikh nanti de! pm8 dalam mimpi laaaa

    alnajib al but sudah dalam jail......aljawa pun dah senyap, cari idea supaya tak masuk jail....agak2 pm8, siapa tu budin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalah rasa tak kisah sama ada akan diundi atau tidak di PRU akan datang maka Zulkipli Amat menteri kesihatan sila la BERAMBUS dari jawatan serta merta! Jangan desebabkan kamu seekor imej serta sokongan terhadap Pakatan Harapan akan tergugat! Rakyat tak memerlukan kepimpinan kamu wahai bedebah! Kamu elok berambus sekarang. Rakyat tak rugi apa apa pun. Rakyat rugi kerana terpaksa keluar duit bayar denda atas peraturan kamu yang menindas! Zulkipli Amat sibedebah sila berambus kau! Kah kah kah.

      Delete
    2. Abang Din = GENG NAJIB YANG SENTIASA MENJILAT NAJIB.

      Nak tenyeh muka depa:

      BN Kalah Sebab Najib?
      12:52 Politik, Sinar Harian

      SHAH ALAM - Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, faktor kekalahan BN pada PRU14 lalu bukan disebabkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata.

      Menurutnya, terdapat faktor lain yang mempengaruhi keputusan rakyat menolak BN pada 9 Mei lalu.

      http://www.malaysianupdate.com/2018/07/bn-kalah-sebab-najib.html

      Delete
    3. Budin ni cybrtrooper bangang dan tolol mcm haramjadah.
      Yg kau sebok nk suroh menteri letak jawatan..pa hal
      Kau sapa barua pm8 ke?

      Delete
  2. Syabas kpd Tn Budin, hal rakyat dia sgt peka
    Ternyata janji manifesto PH tipu aota belaka
    Apa jadi tol, petrol, PTPTN & utang peneroka
    Pemimpin berseronok.. rakyat terus berduka

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Binatang yang pakai banyak nama seperti Anonymous, Abang Din, justice league, GENG NAJIB YANG SENTIASA MENJILAT NAJIB tak berani keluar awal di sini sebab tak mahu di sembur maki hamun awal2 lagi.

      Cakap pasal manifesto KEPALA BAPAK DIA. Najib janji Cekap, Bersih dan Amanah tapi curi wang rakyat RM2.6 biliun di 1MDB, rasuahkan sebahagian nya kpd ketua2 bahagian Umno, menyebabkan lebih ramai yang makan rasuah di negara ini sekarang.

      Delete
  3. Mmg PH ini parti yang tidak boleh dipercaya
    Janji depa, mcm citer sang kancil dgn buaya
    Dgn janji2 palsu PRU14, kita udah terpedaya
    Elok letak jwtn jer & buat semula pilihanraya

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. YB umno ada berani ke nk letak jawatan.... dah tersepit pun sanggup tukar haluan. Kalau menteri ketak jawatan pun apa pasal pulak kena bubar kerajaan. Lantik ajelah menteri baru. GN pun boleh jadi menteri kalau menang tu hari....

      Delete
  4. Bukan itu aje baik terus pencen dari politik sebab org mcm inilah merosakkan Parti dan Kerajaan

    ReplyDelete
  5. Skrg ini, masalah rakyat merata2 dah jadi isu
    Dgn kos sara hidup yg tinggi rakyat letih lesu
    Tapi 'KERA'jaan PH, terus jer buat pekak bisu
    PRU14 rakyat kena tipu dgn manifesto palsu

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos sara hidup ini adalah kesan langsung dari gst dulu.... cakap orang tak nak dengar. Jangan buat gst bimbang kos hidup naik tapi menteri dulu buat pekak aje.... sekarang baru nk merungut barang naik harga. Barang2 naik harga,kan masa tu UBN memerintah..... ada pulak kata gst akan turunkan harga barang... menteri pulak tu...

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Janji2 tak ditunai, takkan kerajaan tak sedari
    Mmg KERAjaan kini asyik ditibai kanan & kiri
    Bukan sj oleh pembangkang atau haluan kiri
    Bahkan, ditibai oleh penyokong depa sendiri

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  8. Apa pon sejuta ucapan terimakasih buat PH sebab kemenangan PH telah dapat membuka minda org Melayu untuk membuat penilaian lebih matang terhadap MP/YB yg mereka pilih... Teruskan sikap pemimpin PH seperti sekarang yg hanya memberi HARAPAN tapi tinggal HARAPAN yg tidak tertunai....
    Pilihanraya akan datang boleh.......Pi raaaH


    ReplyDelete
  9. Tak keterlaluan, kalau nak kata PH ini celaka
    Janji2 depa tidak tunai, rakyat bersedih duka
    PM, mentri2, semua munafiq bermuka-muka
    Baik tampil segera, minta maaf cara terbuka

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  10. X kira sapalh bro..
    yg ada pun dibenci org..nak dinaikan dibenci org..yg nak naik pun dibenci org..baik disebelah bn mau pun p h..
    Jikalo dah berat sangat bubar je..janji menjanji dah benci membenci..suka x suka walo mengunung duit nak dipakai pilihanraya itu pun dibenci org..habis rakyat dah benci membenci..melayu sesama kita dok benci membenci..dlm berpendapat x sehaluan x sekata x berpihak pun benci membenci..
    Bang Shah dlm hal ni janji tetap tunaikan..tiada sebab kemenangan tidak dijangka..tiada alasan hutang terlalu tinggi..
    andai tau firasat najid kalah sebelum keputusan dia dah blah..
    untung dia disabit hal duit hendak dhukum..
    umpan ditabur pancing mengena..apa disalahkan ikannya ke???

    Hehhehhehhehantusakapuakamerana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Ramly, mmng kita Tun M, meneri2mya fan PH buck up, tunaikan kanji2 manifesto PRU14 dulu. Here is a piece of my mind, if all jlin the bsndwagon of imno/Pas keep on wagging Tun M & PH,you can't expect the lresent govn to fullfill all tbeir promises overnite neither 9 mths since GE14. Be rational, jgn hanya lihat dan kondem apa ug Ljaan alrng gagal lakukan dan kota janji, kema juga tgk dan hargai apa yg menteri2 PH da jaya lakukan, pas bulanan interhrasi bersepadu perjalanam LRT,MRTrapidkl,BRT monorail,telah dkurangkan ke hanya RM50 dan RM100 sebulan , . Itu sudah kurangkan perbelanjaan pengangkutan warga kk dan selangor. Lahi minyaj turun, motosikal pub dikecualikan tol. 66,000 masyarakat pendapat B40 dpt banruan sara hidup baru2 ni
      So pelan2 la kjaan salurkan byk bantuan lagi utk ringankan beban ekonomi rakyat. Bukan kah sabar itu separuh dari imann dituntut agama islam. Aparaaahhh

      Delete
  11. Apa yg Budin katakan ini perlu diambil serius. Tanda2 utk meleburkan PH dari dlm semakin jelas kelihatan. Ditambah pula dgn menteri angkuh tong sampah, menteri rokok, menteri tol dan ramai lg yg cuma garang pada rakyat tp terkial2 dgn sykt korporat, nampaknya harapan utk melingkup semakin nyata.

    ReplyDelete
  12. Kpd PH, 'dendam rakyat' kan terus tersimpan
    Dgn manifesto 'janji palsu', kita dah diumpan
    Mau tunggu janji ditunai, mmg tiada harapan
    Kita singkir saja le PH ni nanti, PRU hadapan

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  13. Tuan Budin, selama ni kita penyokong2 PKR menolak dan apa2 saja parti politik ABU (selain umno, BN dan Pas) . Skrng just bcoz thehere are setbacks in PH governance and syatem, baru tak sampai setahun Tun M me jdi PM PH menerintah da terdengar suara2 sumba g & x pias hati mendesak, mengugut utk jatihkan pemwtintah skrng ye.
    Ni yg keciwa dan nk marah. Sabar lah, beri pihak2 mememrintah ni peluang dan masa sekurang2 nya sepenggal ke. Ni tidaq, tak sabar2 nk tukar party politik, PM dan kjaan. Yg wra Najib dan umno/BN sepuloh thn, sampai merebak raduah, kletokrasi, bole hangpa bersabar! 4 thn derita dgn cukai GST, tol naik, brg naik, pwratus pendatang2 naik, i dex jenayah naik, rasuah menjadi2.
    Habis saya nk tanya parti lain dan calon pemimpin yg mana skrng bermain2 difikiran yg difikirkan lebih layak skrng utk menha rikan Tun M, barisan2 MP dan PH. Selain dari Anwar Ibrahim dan Azmin....

    ReplyDelete
  14. Salah satunya yang sumbang sumbing si Budin.
    kekeke...
    Bodoh bertempek² si Budin ni. Lahai...

    ReplyDelete
  15. Kita lantik Tuan Budin aja jadi PM...lepas tu buat semua benda2 tu

    ReplyDelete
  16. Dsai mampu laksanakan janji manifesto.

    ReplyDelete
  17. Dsai mampu laksanakan janji manifesto.

    ReplyDelete
  18. Encik Budin,

    Kita faham kalau rais yatim yg menuntut tapi anwar pun menuntut????....anwar ni dlm kerajaan ke masih pembangkang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat menegur je dah dilabelkan pembangkang..





      Delete
  19. Wow. bravo mr syeikh albodin.
    Lawa lagu tu.
    Bila d beri amanah dia kianat
    Bila berjanji pong dia kianat
    Benda remeh d bwatnya berat
    Benda berat d bwatnya remeh temeh sampe bekarat-karat
    Contoh golongan mosibat lagi lahanat,depa dok penting donia sampe tak hingat akhirat dan mlayu ponya omat.
    Slogan bersih cekap amanah.
    Yg bersih coma romah depa anak beranak,laman romah bersih seropa ruang tamu bag-hang.
    Jamban pong bersih boleh bwat bilek tidog wa ckp lu.
    Pasai cekap dok kencing mlayu ponya omat.
    Amanah coma ada amanah raya.
    Amanah siket pong takdak yg hado kianah dan amanah yg kena pecah. Hang boboh bodin jgn dok biag mosibat sama lahanat ni bwat malaisa mcm bapak dia yg amponya.
    Depa tibai mkn belaksa-laksa.
    Mlayu coma hirop laksa ponya koah. Haramjadah sunggoh depa.
    Kwah kwah kwah koah koah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teman boboh laguni bwat mr syed albodin sontoloyo.

      Kulitnya bersih hati pun bersih
      Budi yang baik hatinya pengasih
      Kulitnya bersih hatipun bersih
      Memikul belati tiada memilih
      Jadikan bersih hati pun putih
      Berkata benar bermulut fasih
      Jadikan bersih hati pun putih
      Dialah Khazanah pintu terpilih
      Awak yang payah membelah ruyung
      Orang bertandang yang beroleh untung
      Akhirnya kita tak akan dihitung.

      Masa dok dengar palak mao dok hanggok dan geleng-geleng.
      Kalu boboh todi 2 atu 3 botoi boleh berjoget ronggeng .
      Mkn todi tak salah jgn mkn rokok nnti kena saman ooi..

      Delete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Hang ni betui bak kata peribahasa biar papa asal bergaya.

    Satu lagi bila pemimpin cakap kena faham konteks. Masa tun m kata meminjam untuk pembangunan, kemampuan meminjam ada dan pembangunan tu kritikal dan tak boleh tidak.

    Laaa, dalam keadaan hutang dan liabiliti sedia tinggi. Takkan nak meminjam lagi? Habis lah hasil negara buat bayar faedah hutang saja lepas ni.

    Satu lagi kita pun kena faham hutang untuk pembangunan bagus sebab meningkatkan daya saing dan kapasiti pengeluaran negara. Contoh buat sekolah, jalan dan hospital.

    Tapi kalau meminjam sebab nak bagi tol free, ptptn free, semua free, bukit pun rata bang. Kalau inilah idea bang non nak bagi rakyat sokong ph, baik dia jangan naik. Lagi haru kewangan kerajaan dan ekonomi negara.

    Hadoi lahhhh. Kakakakakaka.

    ReplyDelete
  22. PH menang cara tipu bukan kerna depa kuat
    Bila dah tipu apa dijanji tak mampu le dibuat
    Mentri2 depa pula pakai main tangkap muat
    Dgn sbb itu, 'KERA'jaan PH rakyat sgt meluat

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  23. Rakyat termakan janji, lalu pangkah Pakatan
    Bila dah menang PRU14, janji depa persetan
    Kini rakyat mula bangun untuk buat tuntutan
    Kalau tak mampu tunai elok je letak jawatan

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  24. Rata2 kita dengar, janji PRU-14 rakyat ungkit
    Tidak kira BN ke PH, ramai merasa hati sakit
    Sesalan dlm hati masing2, bukan lah sedikit
    Ada motorbot mahu kapal yg dpt cuma rakit

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh


    Ramai yg terjun pangkah PH, mcm si Luncai
    Tidak kira yg pangkat tinggi, atau pun macai
    Namun janji2 hanya palsu, harapan berkecai
    Ada Proton gila Mercz yng dpt motor kapcai

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh


    Rata2, sana sini, habis rakyat rasa menyesal
    Kalau boleh, depa nak balik semula spt asal
    Dek pangkah PH, dapat bala tak pasal-pasal
    Ada banglo nak istana, yg dpt cuma bangsal

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whatever, rakyat ke yg marah, Tuan Budin ke yg marab, ramsi kar sini termasuk penyokong2 PH dan Tun M dah naik marah. I still say puncanya adalah kjaan BN dulu, Najib, Umno dan kroni2 la yg sebabkan ekonomi parah sampai hutang negara mencecah Rm1.8 trillion !!!. Jenuh Tun M, LGE, menteri2 PH caru jalan dan usaha. Yg ni pun hnagoa tak hargai, yg tau tak sabaq, naik hangin, mendesak PH suoaya cepat2 tunaikan janji2 manifesto dan ugut nk tukar kjaan. Aper hal tu !! Klu ya pun tunggulah lagi setahun. Yg hangoa memderita dan serba kesusahan hidup disebabkan 1MDB, hangpula bole pula sabaq no, tunggu sampai 3 thn sblum jatuhkan Najib di PRU14

      Delete
  25. Mana udah hilang Suman kedi mulut celupar
    Kemain lagi, mengalah guruh dibikin gempar
    Tapi silap lah dia, tercabar Kejora singa lapar
    Tak lama lagi iblis ini akan makan penampar

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  26. ....mungkin DSAI ada formula untuk selesai semua masaalah rakyak...beri peluang kepadanya...pasti esok minyak akan turun RM 1.50 / liter...PTPTM akan terus mansuh....

    ReplyDelete
  27. Itu sdr anwar dulu kata apabila kita menang hari ini (p r u )pendidikan free minyak kita turunkan esoknya..amcam!
    T Manhathir apabila kita menang janji ptptn tol htg Felda bagai 100 hr setel..amcam!
    Cakap boleh kaji x..masa bangkang dulu cerdik pulak kaji selidik terjongkit2 umnobn dkejekan bagai nak runtuh dewan bagai bergegar pentas ceramah..terpikat rakyat jelata..masa berkuasa ni amcam!
    Mcm terkapai2..hilang belang..mcm umang2 je..
    Hehhehhehhehhantusakapuakabiak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro Ram.. depa dah bagai hilang formula
      Dulu, sblm PRU, melalak bagai orang gila
      Elok sgt lah, PH haprak bro paku dan tala
      PRU15 nanti kita pakat2 kalih ke BN pula

      Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaahhh

      Delete
  28. Hutang 1 trillon hanye putarbelit madey...jamin hutang dan bunge hutang pon dikira hutang...standard definasi badan2 dunia hanye iktiraf hutang malaysia kurang dari 700 billion dan masih seimbang dgn GDP...hutang besar adalah hutang dlm negara...

    Kalo hutang dah besar kenape madey ambik hutang lagi dari jepun yg berisiko?...

    Madey dah sediakan berpuluh juta untuk projek kereta ke3...tak ade duit mcm mana boleh nak buat kete?...proton pon dah telan wang rakyat berbillion....sape yg ontong?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah3x ko ni. Jamin hutang kalau yang dijamin tak boleh bayar sapa kena bayar? Tentulah yang menjamin. Sebab tu dikira hutang. Hutang ka tanggungan ka tentulah kena bayar balik.

      Orang kebanyakan manalah faham istilah teknikal, jadi mudahnya yang terikat dan kena bayar secara berjadual bagi tempoh tertentu mudahnya disebut hutanglah.

      Awak buat pinjaman peribadi ke sewa beli hire purchase ke, belian kredit courts mammoth ke, kan semua tu orang awam sebut hutang. Sebab perlu bayar balik dalam tempoh tertentu dan kalau gagal bayar balik boleh diambil tindakan. Jadi nak tak nak kena dibayar dahulu.

      Kalau dah jumlah sampai 1 trilion berapa belanja yang terlibat untuk bayaran balik? Kalau dah besar bayaran balik mana nak agih untuk pendidikan? Kesihatan? Biasiswa? Subsidi? Benda2 ni lah yang terpaksa dikurangkan.

      Faham?

      Delete
  29. Semenyeh kawasan bersatu...rakyat pilih PH untuk tumbangkan Najib dan harap dapat kehidupan yg lebih baik walopun bukan kerana manipesto...

    Najib sudah gol....tak perlu lagi ungkit kisah najib...penjara ato tidak bukan urusan rakyat..

    9 bulan masa sudah berlalu...krhidupan tak banyak berbeza dgn zaman najib....rakyat makin tersepit...madey dan menteri masih mau cerita masalah kerana najib...kunun hutang 1 trilion...
    Madey gagal penuhi harapan rakyat...madey tak mampu pulihkan ekonomi yg makin merudum....negara serantau makin berkembang ekonominye...penasihat ekonomi tua habiskan boreeh ajee...

    Madey masih confident Bersatu boleh menang di Semenyih....tapi tak ada usaha untuk perbaiki sebab kekalahan di CH....Rais Yatim dah perli madey dgn formula untuk menang prk..

    Dlm cerita hutang yg besar madey boleh sediakan bajet berpuluh juta untuk projek kereta ke 3.... Proton gagal...

    Madey dah habiskan berjuta2 kesana kemari nak tarik pelabor asing...tapi hasil yileks....seakan pelabor asing tak percaya kpd madey...

    Jadi wajar madey berundur jika gagal di semenyih kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kpd madey...

    Kekalahan di semenyih hanye akan melemahkan PH...

    ReplyDelete
  30. Menteri2 PH hanya taraf kabinet bwh pokok
    Depa cuma lebat gebang dan kuat berkokok
    Tapi idea bengap & masih lama punya takok
    Yg dibuat kalut tukar kasut dan haram rokok

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  31. Kekalahan di semenyih hanye akan melemahkan PH...

    Bukan isu ekonomi dan tekanan kehidupan saja...malah isu melsyu dan islam jugak menggugat Bersatu dan PH...

    Terbaru lantikan ADUN DAP dlm Yadim boleh tikam PH...badan dakwah islam sensitip bagi orang melsyu...

    Tersebar plak risalah Dap kempen di CH bahawa DAP berjaya dapatkan bsjet juta2 untuk sekolah dan kolej swasta milik cina...ini merisaukan orang melayu...

    Kalo pandang ringan hayat PH tak akan panjang..

    ReplyDelete
  32. Bagi aku janji itu janji ini yg ada dlm manifesto PH perkara kedua..
    Perkara pertama adalah untuk mnurunkn Najib dan meAlmarhumkn BN sdh tercapai dgn berjaya dan bergaya...
    Lambat atau cepat janji d tunai tdk penting sangat tapi jka d tunaikan sesuatu yg baik dan mnggembirakan...

    ReplyDelete
  33. WOW Keren nie artikelnya
    Sambil baca artikel ini, Aku numpang promosi deh !

    HANYA DI KENARI POKER BANYAK BONUSNYA BOSSKU
    Bonus Welcome Untuk New Member:
    - Bagi deposit Rp.10,000 - Rp.14,999 Bonus Rp.5.000
    - Bagi deposit Rp.15,000 - Rp.24,999 Bonus Rp.10.000
    - Bagi deposit Rp.25,000 - Rp.49,999 Bonus Rp.15.000
    - Bagi deposit Rp.50,000 - Rp.99,999 Bonus Rp.20.000
    - Bagi deposit Rp.100,000 ke atas Bonus Rp.25.000
    - Bonus next deposit 5% untuk deposit Rp.50.000
    REAL PLAYER VS PLAYER !!!

    ReplyDelete