Thursday, 13 December 2018

SALLEH SAID KERUAK YANG MENGEJUTKAN....


Keluar parti, melompat parti dan menubuhkan parti baru mungkin perkara biasa dalam politik Sabah. Ia sudah beberapa kali berlaku sebelum ini dan kini ia sekali lagi menjadi hidangan buat kita semua.


Meskipun dengan keluarnya beramai-ramai pemimpin, Ahli Parlimen dan Adun negeri itu meninggalkan UMNO tidak menyebabkan UMNO Sabah terbubar secara serta merta, tetapi realitinya parti itu boleh dikatakan sudah lumpuh dan tidak lagi bermaya.


Matinya UMNO di Sabah bukanlah sesuatu yang menghairankan. Sebelum ini pun sudah banyak parti yang mati dan terkubur begitu saja bila ada pertukaran kerajaan negeri.


Apa yang berlaku kepada UMNO Sabah hari ini semacam ulangan saja. Tiada yang pelik dan tidak ada sesiapa yang terperanjat.


Tetapi, di sebalik keluarnya beramai-ramai pemimpin UMNO meninggalkan parti itu setelah ia kehilangan kuasanya dalam PRU14 yang lalu, yang paling menarik dan mengejutkan tentunya ialah kerana di antara yang berbuat demikian itu termasuk Salleh Said Keruak.


Siapa tidak kenal Salleh Said Keruak atau SSK sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun pernah menjadi Ketua Menteri Sabah beberapa tahun sebelum ini, nama SSK paling menjadi bualan ialah sejak berlakunya permusuhan antara Najib Razak dengan Tun Mahathir Mohamad.


SSK yang pada awalnya hanya merupakan Speaker DUN Sabah dan agak aktif dalam penulisan melalui blog, telah mengambil kesempatan daripada permusuhan dua pemimpin itu untuk menonjolkan dirinya melalui tulisan-tulisannya untuk menyokong serta membela Najib, sambil sudah tentunya dalam waktu yang sama membelasah Tun Mahathir.


Beliau muncul menjadi pembela paling tegar kepada Najib, terutama berkaitan isu 1MDB serta menghentam Tun Mahathir hampir tanpa belas kasihan dengan mengungkit pelbagai perkara mengenai Pengerusi Pakatan Harapan itu.


Keaktifannya berbuat demikian itu akhirnya mencambahkan kepercayaan Najib terhadapnya sehingga melantiknya sebagai menteri kabinet dengan portfolio di Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Bendahari UMNO.


Bersama jawatan itu, SSK kemudiannya terus memainkan peranannya  dengan lebih aktif lagi sebagai pembela dan penyanjung Najib. Selain terus menulis melalui blognya atau memberi kenyataan melalui pelbagai saluran media di bawah kawalannya, SSK dengan jawatan tinggi yang diberikan Najib itu, kerjanya hampir saban waktu ialah membela dan mempertahankan Perdana Menteri.


Tidak cukup dengan itu, isteri Najib iaitu Rosmah Mansor juga turut dibela dan dipertahankannya cukup-cukup, sesuai dengan ganjaran yang Najib berikan kepadanya.


Bagaimanapun, sebaik UMNO hilang kuasa dan Najib tidak lagi berjawatan Perdana Menteri, selain beliau sendiri kalah di Kota Belud, SSK terus tidak lagi nampak bayangnya.


Dalam Najib turun naik mahkamah atau membuat kemunculan di beberapa tempat awam, bayang SSK tidak lagi kelihatan. Dalam program-program UMNO atau ketika ada penampilan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO yang baru, beliau tidak lagi seperti dulu yang hampir setiap masa ada di sisi.


Kebanyakan orang percaya SSK mungkin dalam proses untuk bersara dan meninggalkan terus dunia politik. Iyalah, apa lagi dimahukannya, jadi ketua menteri sudah dan jadi menteri juga sudah merasa.


Tidak pernah terbayang kepada sesiapa SSK akhirnya akan meninggalkan UMNO dan muncul bersama dengan pemimpin-pemimpin Sabah yang lain yang bukan saja keluar parti, malah sedia untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Mahathir.


Meskipun alasannya menyokong kerajaan ialah untuk memastikan pembangunan Sabah tidak terbantut, tetapi tidakkah SSK tiada sedikit pun teringat kepada jasa serta sumbangan UMNO terhadap dirinya?


Apakah beliau juga sudah melupakan Najib yang sebelum ini banyak memberinya jawatan dan kedudukan?


Dengan sudah bersama-sama pemimpin lain meninggalkan UMNO dan menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir yang sebelum ini dibalun serta dikejinya, apakah SSK selepas ini akan kembali berperanan membela Perdana Menteri sebagaimana beliau membela Najib sebelumnya? (ShahbudinHusin 13/12/2018)

50 comments:

  1. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan pelakuan Salleh Keruak meninggalkan UmNo.

    Pun demikian, hakikatnya ialah UmNo adalah ibarat kapal yang telah jahannam diakibatkan oleh pengkhianatan kaptennya yang terdahulu dan sebahagian anak-anak kapalnya yang lain. Pada masa itu Salleh juga sebahagian penyokong Kapten berkenaan.

    Kapten baru yang dipilih sebagai pengganti pula tidak mampu melakukan apa-apa pun untuk membaiki kerosakan kapal ini, malah kapten baru ini juga sama juga khianatnya seperti kapten lama, cuma kuantumnya mungkin sedikit rendah, walaupun kuantiti pertuduhannya melebihi kapten yang terdahulu.

    Salleh Keruak telah mengetahui bahawa kapal UmNo sedang karam dan melakukan perkara yang betul iaitu dengan melompat keluar daripadanya.

    Malang dan kecelakaan besar akan menimpa anak-anak kapal yang masih kekal di dalam kapal pada hari kapal tersebut benar-benar karam dan tenggelam.

    Dengan izin Allah, hari itu pasti berlaku, dan hanya masa yang memisahkannya.

    Lompat keluar selagi sempat, walau siapa pun anda dan walau apa pun pangkat anda. Sama ada ahli MT mahupun macai cyber.

    Jangan cakap John Doe tak payung, ok.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah dan syabas kepada PPBM kerana tak lama lagi gerombolan penyamun kalah akan menyertai PPBM! Sekali lagi TAHNIAH budin, hang akan duduk sebaris dgn mereka, bolehlah bertukar2 pendapat ye tak?

      Delete
    2. Kurang² boleh terselamat dari skandal dikorek.. Pun jadilah. Jgn jadi mcm Najib Rosmah, alang² bodoh, biar sampai masuk penjara.

      Delete
    3. Rasa-rasanya The Kruaks tu ada buat salah besar selain dari memainkan peranan sebagai penjilat Najib dan Rosmah sewaktu BN berkuasa dulu. Mungkin ada salah laku lain yang dikhuatiri akan mengheret beliau ke Bamboo River Resort. Jadi sebelum perkara yang lebih buruk terjadi elok dicari jalan menjilat Tuan baru... Orang sebigini serta keturunan pengampu yang sewaktu dengannya tidak sukar untuk mengubah pendirian.

      Delete
    4. Salam Tun,mohon lah sangat2 jangan terima sampah2 Umno Sabah ni. Masih ingat tak layanan dorang semasa PH jadi pembangkang? Layanan Pandikar Amin semasa dia jadi speaker dewan? biarlah dorg jadi lalang2 di luar kerajaan. Memang padan dengan muka dorg

      Delete
    5. Berok-berok umno tengah cari tuan baru.

      Tuan yang lama dah nak masuk penjara.

      Nak cari makan. Nak cari Harta. Nak cari kuasa.

      Kalau tidak badan merana.

      Delete
  2. Segalanya menghampiri suatu kepastian!!!

    Kebenaran akan menang!!!

    Kebobrokan akan pasti tewas!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi budak ini merenyh di sini.

      Entah apa di tulis nya si otak lobak.

      Delete
  3. wwwwwwwww
    ww.......ww
    ww.(o)..(0).....Dulu si kruak ni kemain!!!
    cc.....00.).....la kena kifarah jadi katak..
    ----------).....lompat kruak!!!lompat..lompat
    ----------)
    .....))))

    ReplyDelete
  4. Biar dia keluar umno...
    PH pula jangan ambil dia...
    Dan bawa kes2 yg perlu utk dia kedalam... bagi karouk ni rehat bersantai di sg buloh resort in.. sammmpai habis..

    ReplyDelete
  5. Tak sampai 3 jam pun tidur aku dah terjaga
    Tadi mimpikan Mas, bagai berada di syurga
    Gini lah agaknya bila dekat berumahtangga
    Mungkin semua ini, sengaja Allah nak duga

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengarut lagi si Gora.

      Men"distract" perhatian pembaca dari apa yang Budin tulis.

      Macam sekor yang asyik mengkopipes di atas berbagai nama spt Geng Najib dll.

      Delete
  6. Dek rindukan Mas, aku rasa macam nak gila
    Sungguh tak sabar rasa utk bertemu semula
    Kini ku perhamba diri ini, kepada Allah Taala
    Bersolat & baca al-Quran utk mencari pahala

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengarut lagi si Gora. Atas nama Anonymous pulak.

      Men"distract" perhatian pembaca dari apa yang Budin tulis.

      Macam sekor yang asyik mengkopipes di atas berbagai nama spt Geng Najib dll.

      Otak lobak betul.

      Delete
  7. Aku ni terbangun bagai dikejut oleh malekat
    Beribadah tgh mlm, bagi aku mcm dah lekat
    Baca Quran pulak, sgt lancar tidak tersekat2
    Kpd Allah ku pohon, amal ibadat ku diberkat

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asyik mengarut si Gora.

      Men"distract" perhatian pembaca dari apa yang Budin tulis.

      Macam sekor yang asyik mengkopipes di atas berbagai nama spt Geng Najib dll.

      Dia satu badan dua kepala.

      Delete
    2. Macam bagus lah kau LAHANAT
      Ibadat suka menunjuk-nunjuk
      Riak takabbur ujub
      Kenapa kau tak ambik video post kat UTube
      Tunjuk satu dunia kau punya amalan
      Kenapa malaikat maut yang tak datang cabut nyawa kau
      Kurang sikit dosa kau, LAHANAT

      Delete
  8. Anak Keruak sekor ni memang la tak berguna pada PH sama la dengan majoriti penjawat awam dari sebangsat jawatan hingga yang tertinggi yang duduk kat PutraJaya nun! Majoriti mereka adalah penjilat UMNO BN yang menyayangi dan mencintai tengku pelsu si Adnan Mansor nampak spenda! Walau pun mereka semua itu jenis lalang yang hanya layak ditebas pasal menyemak pandangan saja namun pilihanraya akan datang mereka pasti menyokong PH yang berkuasa pasal begitulah resmi lalang yang menyemak tak habis habis. Buat masa ini Madey tak perlulah pikirkan sangat kebajikan semak kat PutraJaya tu. Biarkan mereka terus menjilat tuan mereka si Adnan anak Mansor nampak spenda... Dasar spesis tak berguna orang PutraJaya ni...kih kih kih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang PH masih goyah pasal yang berjawatan di bawah kuasa eksekutif tertinggi masih ramai lagi orang2 umno dan bn... lantikan berdasarkan pilihan orang2 politik. Dorang ini diam beri masalah pada kjaan ph...

      Delete
  9. Masa ada kuasa, ckp xigt2... skrg br tau langit tinggi ke rendah

    ReplyDelete
  10. Kerajaan PH serta umum tahu dan kenal tiap satu 'petualang' UMNO/BN sewaktu mereka masih memerintah. Ini bukan soal mahu balas dendam… tapi ini soal patut tahu manusia jenis apa mereka ini. Mereka nak keluar atau berkubur dengan UMNO/BN itu mereka punya suka. Yang penting kerajaan PH tidak boleh sesekali terima mereka lagi. Ingat kerajaan PH adalah kerajaan rakyat yang sudah cukup sengsara dengan tingkah-laku dan perbuatan malaun malaun ini semua. Biarlah mereka dengan halatuju kehidupan masing masing.

    ReplyDelete
  11. Si Gora tak pernah ingat pahala nak diimbuh
    Tak pernah ku lihat dia bangun waktu subuh
    Dah mati pucuk tak mungkin dia bersetubuh
    Pelir dah kecut lembik, telor pulak dah labuh

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  12. J.Doe dlm syirik, yng menuju kpd kekufuran
    Dia percaya, karamah Tun beri kemakmuran
    Semua dari Allah dia tak ada pun kesedaran
    Lari ostat ni, bila aku tikam dgn ayat2 Quran

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaahhhh


    Doe perasan dirii tempayan, tapi dia buyung
    Tak sedar yg ketua panji, terkial2 berdayung
    Tunggu hari ditelan senja punya lembayung
    Asyik jer ulang2, "jgn cakap Doe tak payung"

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr Kejora

      Selalunya saya tak jawab, tapi kali ni biarlah aku jawab juga secara ringkas sahaja.

      Kelak ketika kamu sedang melalui tempoh berputus asa, kamu akan berkata kepada dirimu 'di manakah John Doe yang dahulunya aku katakan seorang yang jahat? Tersembunyikah dia dari pandanganku atau aku ambilnya sebagai olok-olokan'.

      Pada ketika itu jangan lupa pesananku. Lafazkanlah kebenaran yang berada di hadapanmu, mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada orang-orang selepas kamu.

      Teruskanlah memperolok-olokkan peringatan yang diberikan, asal kelak jangan kamu kata John Doe tak payung ok.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Sekurang-kurangnya john doe ada ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh pengunjung blog ini
      Kau ada apa?

      Delete
  13. Mmg ler tak sabar, aku tunggu cuti krismas
    Dlm hati bagai berdebar, bercampur cemas
    Yg akan aku dpt, lebih dari segunung emas
    Ketibaan puteri dewi intan manja ku si Mas

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaahhhh

    ReplyDelete
  14. Kengkawan semua..korang tak payah lah nak keypoh sangat pasal apa yang berlaku kat UMNO Sabah tu..tau lah diorang semua selesaikan nanti..kan sekarang Bung Mokhtar dah dilantik sebagai pengerusi perhubungan barunya, dah tentu lah dia ada strategi untuk baiki keadaan kat negeri tu.

    Sepatutnya korang perlu fokus dan tumpukan perhatian kepada strategi cukong2 DAPigs untuk terus melemahkan kusa ketuanan melayu kat negara tercinta ni..tu kan lebih berpaedah dari kita menyorakkan anak bangsa sendiri..betul tak???

    Lepas Tewas Dengan ICERD, DAP Gunakan Cara Lain Untuk Hapuskan Kuasa Melayu

    PILIHANRAYA TEMPATAN : Agenda DAP Untuk Hapuskan Kuasa Melayu

    Dr. Mahathir menegaskan Pilihanraya Tempatan tidak akan di laksanakan, walau pun menerima tekanan hebat, terutamanya dari DAP...

    Kali terakhir Pilihanraya Tempatan dilakukan adalah pada 1964, dan kerajaan menghapuskannya sejak itu...

    Apa maksud dan ancamannya dari Pilihanraya Tempatan ini, sampaikan DAPigs tergila2 mahukannya ia dilaksanakan?

    Pilihanraya Tempatan di adakan bertujuan untuk memilih wakil kerajaan tempatan...

    Umpama Datuk Bandar, Yang Di Pertua Majlis dan Ahli Majlis...

    Sekarang ini, jawatan2 itu di isi oleh mereka yang dipilih terus oleh kerajaan dan kebanyakan dari mereka ini adalah Melayu...

    Tapi, bila Pilihanraya Tempatan dilaksanakan, orang Cina boleh memilih pemimpin Cina untuk mengetuai bandar2 besar...

    Sedia maklum, kaum Cina adalah majoriti di bandar besar...

    Dengan mudah mereka boleh memilih pemimpin kaum mereka untuk menguasai bandar2 besar ini...

    Bayangkan jika Datuk Bandar dan pemimpin setempat Kuala Lumpur semuanya Cina...

    Mereka ini akan mempunyai banyak kuasa untuk menindas dan mendiskriminasi perniagaan dan masyarakat Melayu keluar dari ibu kota...

    Sudah tentu polisi mereka nanti hanya akan menguntungkan kaum mereka sahaja...

    Dan kerajaan Persekutuan tidak boleh mencampuri urusan mereka...

    Maka bandar2 besar akan dikuasai oleh golongan Cina yang kaya sahaja...

    Kerajaan Tempatan mempunyai kuasa terhadap cukai dan undang2 kecil...

    Sebab inilah DAP sangat mahukan Pilihanraya Tempatan...

    Ianya untuk mereka menguasai sepenuhnya bandar besar dan sekaligus mengawal ekonomi negara...

    Setelah episod ICERD mula lega dengan kemenangan bagi orang Melayu...

    DAP masih belum berputus asa untuk menguasai negara dengan apa cara sekalipun...

    Oleh itu, orang Melayu harus berhati2...

    Perhimpunan Daulat 812 adalah permulaan kepada perjuangan bangsa Melayu Islam kerana perjuangan kita baru saja bermula dan pastinya belum selesai...masih banyak keje lagi yang perlu kita buat bersama2..kalau tak ..nampak gayanya, melayu hanya bakal menjadi warga kelas ke dua aje, sama taraf dengan mamat Bangla, Indon, Nepal dan myanmar yang melambak2 kat negara tercinta ni bhai!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Kulop melayutakberkhatan...Dah tentu lah kau salah sorang yang melonjak gembira bila membaca berita ni kan ????

      Bung Moktar Radin dilantik Pengerusi UMNO Sabah

      #BuletinBernama. UMNO Sabah tidak terbubar walaupun beberapa pemimpin negeri isytihar keluar parti.

      Sehubungan itu, kepimpinan tertinggi UMNO sebulat suara melantik Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai pengerusi badan perhubungan UMNO baharu.

      Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media khas berkata, tindakan segera telah dilakukan bagi menyusun dan merombak Badan Perhubungan UMNO Sabah.

      Delete
  15. Ini pun satu isu besar yang perlu kita sama2 ambik berat...iyelah..ia ada kaitan dengan maruah dan kedaulatan negara..takkan lah nak biarkan Singapork tu buat sesuka hati mereka aje, sampai dah berani ugut nak guna kuasa ketenteraan pulak ???

    Dewan Muda Johor (DMJ) menggesa Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu perlu segera mengeluarkan kenyataan bagi menunjukkan pendirian serta ketegasan Malaysia dalam soal kedaulatan serta keselamatan negara.

    Menurut DMJ, mereka mengambil serius konflik pertikaian antara Malaysia dan Singapura membabitkan sempadan ruang udara dan maritim, lebih lagi melibatkan Johor. - lapor media.

    Inilah bahananya bila Menteri Celupar sangat mulut mendedahkan kelemahan aset pertahanan Negara dan membuat dakwaan yang bukan-bukan.

    Kalau hari tu pandai sangat bukak mulut.

    Bila situasi ada didepan mata macam sekarang ni, mana pergi Menteri Kengkang ni?

    Takkan bila Negara kena serang, dia nak baling Mikrofon ke dinding aje kot????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si kulop melayutakberkhatan...Tentu kau perasan kenapa...

      DAPigs terus DESAK laksanakan Pilihanraya Tempatan (Strategi Singa Makan Kerbau)

      DAP akan terus mendesak kepada pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), walaupun kerajaan hari ini menegaskan tidak akan melakukannya.

      Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pilihan raya tersebut sememangnya menjadi sebahagian daripada perjuangan DAP kerana percaya perkara tersebut mempromosikan budaya demokrasi.

      “Kami menyokong usaha Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mahu melaksanakan pilihan raya tempatan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

      Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, pilihan raya PBT tidak akan diadakan kerana berkemungkinan boleh mewujudkan konflik berasaskan perkauman.

      Malah tegasnya, pilihan raya PBT sekiranya diadakan boleh menghasilkan keputusan yang salah antara bandar dan luar bandar.

      “Keputusan di bandar lain, di luar bandar lain. Berkemungkinan wujud konflik disebabkan perbezaan kaum. Kita tidak mahu perkara itu terjadi, tiada pilihan raya PBT,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

      Kerbau Melayu PH ingat Singa DAP hanya MERATAH Kerbau Melayu UMNO, PAS & NGO Islam

      PILIHANRAYA TEMPATAN: CARA HALUS DAP UNTUK MENGHAPUSKAN KUASA MELAYU

      1. Tun Mahathir menegaskan Pilihanraya Tempatan tidak akan dilaksanakan, walaupun menerima tekanan hebat, terutamanya dari DAP.

      2. Kali terakhir Pilihanraya Tempatan dilakukan adalah pada 1964, dan kerajaan menghapuskannya sejak itu.

      3. Apa maksudnya dan ancamannya dari Pilihanraya Tempatan ini, sampaikan DAP tergila-gila mahukannya?

      4. Pilihanraya Tempatan diadakan bertujuan untuk memilih wakil kerajaan tempatan. Umpama Datuk Bandar, Yang diPertua Majlis dan Ahli Majlis.

      5. Sekarang ini, jawatan-jawatan itu diisi oleh mereka yang dipilih terus oleh kerajaan, dan kebanyakan dari mereka ini adalah Melayu.

      6. Tapi, bila Pilihanraya Tempatan dilaksana, orang Cina boleh memilih pemimpin Cina untuk mengetuai bandar-bandar besar.

      7. Sedia maklum, kaum Cina adalah majoriti di bandar besar. Dengan mudah mereka boleh memilih pemimpin kaum mereka untuk menguasai bandar-bandar besar ini.

      8. Bayangkan jika Datuk Bandar dan pemimpin setempat Kuala Lumpur semuanya Cina. Mereka ini akan mempunyai banyak kuasa untuk menindas dan mendiskriminasi perniagaan dan masyarakat Melayu keluar dari ibu kota.

      9. Sudah tentu polisi mereka nanti hanya akan menguntungkan kaum mereka sahaja, dan kerajaan Persekutuan tidak boleh mencampuri urusan mereka. Maka, bandar-bandar besar akan dikuasai oleh golongan Cina yang kaya sahaja.

      10. Kerajaan Tempatan mempunyai kuasa terhadap cukai dan undang-undang kecil.

      11. Sebab inilah DAP sangat mahukan Pilihanraya Tempatan. Ianya untuk mereka menguasai sepenuhnya bandar besar dan sekaligus mengawal ekonomi negara.

      12. Setelah episod ICERD mula lega dengan kemenangan bagi orang Melayu. Kini, DAP masih belum berputus asa untuk menguasai negara dengan apa cara sekalipun.

      13. Oleh itu, orang Melayu harus berhati-hati. Perjuangan belum selesai.

      Delete
    2. Setuju dengan sdr GN bahawa di dalam isu ini DAP sedang mendesak Tun, dan Tun kelihatan tegas tidak tergugat dengan desakan ini.

      Inilah salah satu sebab mengapa Tun M dan pasukannya perlu diberikan kemenangan mutlak ketika Tun M masih lagi menjadi PM.

      Ia adalah disebabkan tidak ada seorang pun pemimpin politik Melayu di dalam PH apatahlagi di dalam BN ataupun PAS yang mempunyai kekuatan dan kebijaksanaan Tun M untuk menangani segala cabaran dan desakan-desakan yang datang dari pelbagai pihak.

      Bukan sahaja daripada pihak bukan Melayu, malah juga daripada ekstrimis Melayu-Islam dan juga pihak Istana.

      In shaa Allah, pasukan Tun M akan diberikan kemenangan mutlak itu pada hari PERTEMPURAN di antaranya dan musuh-musuhnya telah mencapai KLIMAKS.

      Perjuangan Yang Belum Selesai Tun M adalah Perjuangan Yang Ditakdirkan. Dengan izin Allah, ia akan selesai sebelum Tun menutup mata.

      2019M / 1440H in shaa Allah.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  16. Korang tentu ingat kata2 si Waytha ni hari tu bila di arahkan oleh SPRM untuk isytihar harta...saya orang miskin, takde harta..semua dah dihabiskan untuk bantu orang miskin.

    KINI TERBUKTI...*WATHYA KANTOI MILIKI DUA BUAH KERETA!!!*

    HAHAHA!!! Hah! Kan dah kantoi. Nampak sangat Menteri Sekor tu cuba nak kencing rakyat dengan mendakwa kononnya dia tak memiliki sebarang aset.

    Kononnya niat dia nak tunjuk pada orang ramai yang dia ni pemimpin rakyat yang marhaein sehingga tidak ada harta yang dikumpul untuk diri dia sendiri.

    Habis semua harta dia dibelanjakan untuk membantu memperjuangkan kebajikan rakyat KONONNYA. Selama ini dia hanya berjalan kaki ke hulu dan ke hilir.

    Tapi ternyata itu semua hanya sekadar wayang Politik Longkang belaka. Itu baru orang dedah cerita pasal kereta, belum cerita pasal hal rumah dan sebagainya.

    Setakat nak Kencing Pendedak Rejim Pakatan Hancing macam korang kat blog nitu boleh la kan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Kulop melayutakberkhatan...Rasanya kaalu aku postkan ulasan DS Najib kat sini, baru lah kau dan cai2 haprak yang lain akan sedar bahawa memang ada kebenarannya apa yang disebut beliau berkaitan TH selama ni kan ????

      Isu TH : BN TIDAK Merompak TH, TAPI kejam Kerana TERLEBIH Bayar DIVIDEN

      Kerajaan PH telah mengumumkan bahawa Tabung Haji (TH) telah membuat kesalahan yang kejam iaitu telah terlebih bayar dividen kepada pencarum untuk 4 tahun berturut-turut, tahun 2014, 2015, 2016 dan 2017.

      Mereka mendakwa, akibat membayar dividen berjumlah RM12.652 bilion kepada pencarum untuk empat tahun ini, Tabung Haji sudah kekurangan RM4.1 bilion pada akhir tahun 2017

      Tiada dakwaan bahawa wang TH sudah dirompak ataupun diselewengkan tetapi TH di bawah kerajaan BN telah melakukan tindakan yang kejam iaitu untuk terlebih bayar dividen kepada pencarum-pencarum TH untuk 4 tahun berturut-turut sejak tahun 2014.

      Saya amat hairan mengapa audit luar dan audit kerajaan tidak pernah menimbulkan isu ini untuk 4 tahun berturut-turut.

      Seperti yang saya beritahu minggu lepas, masalah utama Tabung Haji ialah penurunan teruk nilai pelaburan-pelaburan mereka untuk tahun ini akibat kejatuhan Bursa Malaysia selepas PRU14.


      Pelaburan Tabung Haji rugi 20.5% selepas PRU14

      Oleh itu, dividen TH untuk tahun ini akan jauh lebih rendah berbanding tahun lepas dan cara yang paling sesuai untuk kerajaan PH ialah untuk menyalahkan kerajaan BN terdahulu.

      Mereka yang fasih tentang audit dan penilaian aset sudah tentu memahami bahawa ini bukanlah satu langkah yang baik.

      Adalah amat mudah untuk sesuatu aset dinilai rendah apatah lagi pada ketika pengurusan baru TH bersetuju dengannya.

      Bukan sukar untuk menilai sesuatu aset 5 peratus lebih rendah ketika proses audit.

      Aset TH hari ini ialah RM73 bilion maka jika dinilai 5 peratus lebih rendah sudah RM4 bilion.

      Saya tidak terharu dengan pengumuman kerajaan PH bahawa cara penyelesaian utama untuk TH mengatasi defisit yang mereka umum hari ini ialah untuk menjual aset.

      Ya, jual aset sekali lagi.

      Kerajaan PH umumkan bahawa aset TH akan dijual kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) pada nilai semasa, iaitu nilai yang sudah rendah selepas kejatuhan teruk Bursa Malaysia. Ini termasuk 150 hartanah milik TH di seluruh dunia.

      Secara tipikalnya, apabila SPV ambil alih aset-aset itu, mereka bebas untuk mencairkan atau menjual aset berkenaan.

      Saya harap akan ada pemantauan dibuat agar penjualan aset sedemikian dibuat dengan betul dan tiada mana-mana pihak tertentu mendapat manfaat daripadanya ekoran hubungan politik kerana ia akan mencetus pertikaian sebagaimana yang berlaku apabila Danaharta dan Danamodal ditubuhkan dahulu.

      Biarpun jika ada terlebih penilaian terhadap aset TH dan wujud kekurangan, tiada keperluan mendesak untuk SPV mengambil alih aset TH kerana kerajaan menjamin wang pendeposit.

      Aset-aset ini boleh ditinggalkan di TH sahaja untuk menunggu nilai aset pulih.

      Satu lagi cara mudah untuk kerajaan ialah menyuntik aset sama ada melalui tunai atau bukan tunai yang sama nilai dengan kekurangan yang didakwa itu.

      Dan apabila nilai aset itu pulih, TH boleh membayar semula kepada kerajaan.

      Kalau kau kurang faham apa yang dijelaskannya tu..kau boleh rujuk pada pak diny...yang mengangkat dirinya sendiri sebagai pakar ekonomi kat negara ni!!!!

      Sumber: FB Najib Razak

      Delete
  17. Korang caya tak kalau dikatakan...

    Hisham dalang MP keluar Umno, kata sumber parti????

    Beberapa sumber parti mendakwa bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein adalah dalang di sebalik tindakan beberapa wakil rakyat parti itu yang berpaling tadah.

    Sumber berkenaan memberitahu Malaysiakini demikian selepas diminta menerangkan kenyataan bekas Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di laman sosial Twitter ketika mengulas tindakan puluhan pemimpin dan wakil rakyat yang meninggalkan parti itu.

    Khairy sebelum itu ditanya oleh seorang pengguna Twitter mengapa beliau tidak berusaha menghalang tindakan mereka keluar parti.

    "Dah cuba tapi ada puak 'bangsawan' yang mendorong kepada tindakan keluar beramai-ramai," ciap Khairy di laman sosial itu.

    Khairy Jamaluddin


    @Khairykj

    Trying but there is a bangsawan faction that is leading the charge to trigger mass defections.


    Mohd Shah bin Mohd Yusof
    @MohdShahbinMoh2

    Mr @Khairykj, is there anything u can do to avoid ur party mp from leaving ur party? Definitely not the way, dato @raishussin

    Meskipun tidak menyebutkan nama, sumber memberitahu ia merujuk kepada Hishammuddin.

    "Pastinya dia, tapi dia (Hishamuddin) sendiri tidak berani untuk melakukannya (keluar Umno).

    "Sama seperti dia tidak berani bertanding semasa pemilihan parti. Dia lebih suka berada di tepi seperti beberapa 'Yoda' yang berunding dengan kerajaan hari ini," kata seorang pemimpin parti itu yang enggan namanya disiarkan.

    Pemimpin Umno itu mendakwa Hishammuddin mungkin "diperkudakan" oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

    Satu lagi sumber parti, yang juga enggan namanya didedahkan menyebut mengenai dua senario yang mungkin dalam perancangan Hishamuddin.

    "Dia mahu menunjukkan kepada Mahathir bahawa dia boleh membawa anggota parlimen melompat dan lepas itu boleh menuntut jawatan kanan dalam kabinet malah sebagai timbalan perdana menteri sekalipun.

    "Selain itu untuk meneruskan agenda anti-Anwar Ibrahim sementara mendapatkan keuntungan untuk dirinya sendiri. Dia betul-betul melihat dirinya sebagai bakal perdana menteri.

    "Pilihan lain adalah dengan menjadi anak jantan dan bertanding untuk jawatan presiden Umno nanti. Kedua-dua pilihan itu menjelaskan mengapa dia berdiam selama ini.

    "Dia tidak mahu dilihat membahayakan dengan menyatakan perkara-perkara yang sukar mengenai pembaharuan parti. Dia juga tidak mahu menyerang kerajaan sama sekali, "katanya.

    Pemimpin parti itu menuduh Hishammuddin sengaja mengalihkan perhatian kepada kelemahan kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi dalam Umno.

    "Jadi orang tahu tapi tak nak cakap mengenainya. Itulah yang dia mahukan dengan membawa orang-orang ini menyeberang demi memenuhi cita-cita sendiri," katanya.

    Sementara itu, seorang lagi ahli Umno menolak dakwaan terhadap Hishammuddin dengan mengatakan sesetengah pihak termasuk mereka yang bersekutu dengan Zahid, mempunyai agenda sendiri.

    "Hishammuddin tak akan keluar Umno. Dia jumpa MP Umno sebab nak kasi semangat dan redakan (keadaan).

    "Melarat orang-orang presiden cakap Hisham nak bawa (MP) keluar (Umno) dan ada cluster lain cuba nak bawa keluar walhal dia bantu presiden agar MP semua jangan keluar," katanya. - Malaysiakini

    Dah boleh agak dah..kaalu takde campur tangan ghaib dari mantan PM ke 4 tu..tak mungkin MP2 dan Adun2 tu nak tinggalkan UMNO , parti keramat ni kalau tak dijanjikan ..ehemm..eheeehemm...lu pikir lah sendiri bhai!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. melayutakberkhatan....memang sah terang lagi bersuluh..menteri2 melayu dalam Rejim Haprakan ni hanya jadi kerbau balau kepada cukong2 DAPigs aje..punya lah kuat membodek si tokong ni sampai berani langgar keputusan yang telah diputuskan oleh Tun madey berkaitan....

      P/raya Tempatan:Khalid SAMAD TIDAK rujuk kerajaan Selangor

      Khalid dilaporkan berkata Pilihanraya PBT boleh diuji di Shah Alam biarpun terdapat kegusaran terhadap keseimbangan kaum.


      KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dinasihatkan agar merujuk kepada kerajaan Selangor terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan berkaitan Pilihanraya Kerajaan Tempatan.

      Borhan Aman Shah yang juga Setiausaha Politk Menteri Besar Selangor berkata Khalid perlu merujuk kerajaan negeri mengenai pilihanraya pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana Shah Alam merupakan pusat pentadbiran Selangor.

      "Kedudukan YB Khalid Samad selaku Ahli Parlimen kawasan tersebut diakui, justeru adalah bersesuaian seperti yang saya nyatakan di atas agar beliau merujuk Kerajaan Negeri terlebih dahulu kerana ia melibatkan banyak pihak termasuklah pihak penjawat awam.

      "Manakala itu YAB Dato’ Menteri Besar Selangor mengambil maklum akan saranan YAB Perdana Menteri untuk tidak melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan dan juga menyambut baik usaha YB Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mahu mengadakan suatu kajian komprehensif berkaitan pelaksanaan Pilihanraya Kerajaan Tempatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

      Pada Selasa, Khalid dilaporkan berkata Pilihanraya PBT boleh diuji di Shah Alam biarpun terdapat kegusaran terhadap keseimbangan kaum.

      Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata proses memilih ahli majlis tempatan termasuk datuk bandarnya tidak wajar dibuat sewenang-wenangnya.

      Pada Isnin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak pilihan raya majlis tempatan dengan alasan ia boleh mencetuskan isu kaum dan menjejaskan keseimbangan bandar dan luar bandar.

      Fuuuh...Dah makin berantakan pemimpin2 dalam Rejim Haprakan ni..hanya semata2 untuk membodek dan mejilat tolor cukong2 DAPigs tu..setuju kan bhai????

      Delete
  18. Geng Najib nih kluar ikut bontot ke...tanye jer

    ReplyDelete
  19. Keluar tinggalkan jelh dr umno kan baik..parti dah nak berkubur..x boleh harap penyangak..mcm sisalleh keruak..ada lg berlambak..mak aii dulu bkn main berlagak..melalak kalah burung wakwak..menjilat najib bagai nak rak..kini keluar dr umno lak..apa mau cari payung yg boleh mentekedarah dedak..
    Dedak dedak dedak mati tersedak..

    Bongkar bang Shah..kasi asak..
    Kalo boleh biar dorang bergasak..
    Sampai masing2 sampai sesak..
    Ahli dorang kini duduk diam melepak..
    Tak tentu arah mcm burung patah kepak..
    Sunyi sepi dlm jamban x lepas keluar berak..
    Ikut terlunjuk pemimpin x sedar dorang dpijak2..

    Hehhehhehhehhehhhehkaramumnokaram..

    ReplyDelete
  20. Rakyat dah tolak SSK dalam pilihanraya yang lepas, apa lagi SSK mahu.....cukup cukuplah berpolitik mengampu.....

    ReplyDelete
  21. Ampun terkeluar tajuk...Apek, ah chai, ah moi, nyonya...atak baca Ah Budin punya blog tak? Apasat itu MCA mahu hantar sulat mahu suruh itu BN kasi mampui? Apasat MCA tatak mahu telus keluar BN?
    Melayu kata "atak udang belakang itu mi"... Apa MCA mahu main opera kah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. peningpeningtaikpalat...Kalau kau kebetulan berada di Penang nanti..jangan lupa untuk sama2 menghadiri siri jelajah bertemu rakyat yang bakal diadakan oleh pembela melayu ni beb !!!!

      Azwanddin: G3 akan membuat pendedahan penyalahgunaan kuasa Bangsa DAP di Pulau Pinang

      Dato’ Azwanddin Hamzah

      Seperti yang saya dan sahabat-sahabat Gagasan Tiga (G3) telah janjikan setelah beberapa kali bermesyuarat dan bertemu, kita telah sebulat suara membuat satu keputusan untuk ke Pulau Pinang sebagai negeri pertama untuk kami jelajah.

      Beberapa program dan pertemuan akan dilaksanakan di Pulau Pinang, terutama sekali jadual pertemuan dengan ngo-ngo islam dan Melayu akan dijalankan.

      Difahamkan juga akan berlaku pertemuan dengan nelayan-nelayan Melayu yang akan diatur oleh pihak sahabat-sahabat kami di sana.

      Kehadiran G3 di Pulau Mutiara juga akan mendedahkan beberapa kes melibatkan hak-hak kepentingan orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang yang tidak adil dan penyalahgunaan kuasa oleh bangsa DAP.

      Pihak G3 juga akan memberi komitmen serius untuk terus mendedahkan kepincangan pentabiran kerajaan bangsa DAP.

      Pihak kami juga akan terus mengumumkan jadual waktu dan tarikh yang akan pihak G3 berada di Pulau Pinang.

      Bangkit bangsa ku untuk agama mu dengan semangat jujur dan amanah demi satu perjuangan yang suci!!!!

      Delete
  22. GengNajib...poooraaahhhh kengkawan konon piiiraaahhh sape kengkawan kamu...munkar nakir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. King of Majusi (KM)...Kemon lah, bukan ke kau ni bosom buddy aku sejak azali lagi????

      Ni haaah..cuba kau lapngkan dada dan kosongkan minda dan hadamkan apa kata pendakwah hebat ni beb!!!!

      Tidak cukup lagikah mematikan karakter Melayu? Insaflah…

      “Saya mohon agar pimpinan Melayu PH hari ini berhentilah menyalahkan pimpinan kerajaan terdahulu. Saudara semua adalah sebangsa dan seagama.

      Cukup-cukuplah memalukan sesama saudara. Mereka yang bersalah akan menerima balasan setimpal. Jika terlepas pun di dunia, mana mungkin terlepas di akhirat”

      Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

      SUDAH lebih enam bulan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), masih tidak reda lagi, ultra kiasu asyik menyalah pimpinan kerajaan terdahulu dengan kes salah laku dan rasuahnya.

      Satu demi satu kes ditimbulkan dan didendangkan agar rakyat dapat melihat betapa bobroknya kerajaan terdahulu.

      Tujuannya, seolah-olah mahu mengaburi rakyat, supaya rakyat tidak terlalu menuntut apa yang telah dijanjikan dalam manifesto.

      Satu dua bulan tidak mengapa lagi, tetapi hari ini sudah berlarutan enam bulan.

      Sebab itu, saya sangat teruja dengan nasihat Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin, agar kerajaan pimpinan PH lebih menumpukan kepada kerja bukan asyik mencari salah orang lain.

      Prinsip saya jelas, seseorang itu dibuktikan tidak bersalah, sehingga dibuktikan bersalah. Hukumlah mereka yang bersalah mengikut neraca keadilan, jika mereka dibuktikan bersalah.

      Sebelum dibuktikan, jangan hukum dan malukan mereka. Itu tidak adil namanya.

      Benar, memang mudah mencari salah orang daripada salah sendiri. Lebih menyedihkan jika tujuan mencari salah orang bagi menutupi kelemahan sendiri.

      Dewasa ini, sebut sahaja Melayu, maka dikaitkan dengan rasuah. Walhal berapa kerat sahaja Melayu yang menerima rasuah. Mereka inilah yang diberikan publisiti maha hebat.

      Bapak segala rasuah iaitu pemberi rasuah dalam kalangan ultra kiasu, tidak pula dihebohkan dan dipublisitikan.

      Tetapi yang dihebohkan adalah Melayu yang menerima rasuah. Seolah-olah Melayu itu rasuah, rasuah itu Melayu. Tidak pula ditanyakan siapakah bapak pemberi rasuah itu.

      Pergilah lihat projek-projek komersial dan perumahan yang memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan, berapa ramai Melayu/bumiputera yang dirasuahkan.

      Antara kedua kejahatan ini, mana lebih jahat, yang memberi atau yang menerima rasuah. Sudah tentu bapak segala kejahatan adalah pemberi rasuah iaitu ultra kiasu. Mereka jarang didakwa, yang didakwa adalah penerima.

      Di manakah keadilan?

      Satu demi satu karakter Melayu cuba dibunuh (character assassination) oleh ultra kiasu melalui rasuah tetapi masih gagal.

      Maka, ultra kiasu menukar strategi daripada mereka yang membunuh karakter tersebut, lebih baik jika Melayu sesama Melayu melakukan pembunuhan karakter. Maka mereka sesama berantakan, sebangsa dan seagama.

      Pembunuhan karakter adalah tindakan untuk mematikan dan menjatuhkan kredibiliti, nama baik dan reputasi seseorang, institusi (parti), NGO dan sesuatu bangsa.

      Ini termasuk menyebarkan berita tidak benar, fitnah dan pelbagai lagi bagi mencemar dan merosakkan imej sasaran mereka.

      Mereka melakukan pembunuhan karakter atas peribadi seseorang dengan menyebarkan foto-foto dan berita-berita yang ‘direkayasa‘.

      Pergolakan politik dunia sebelum ini turut menyaksikan keadaan yang serupa seperti apa yang menimpa nasib Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy; Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto; Perdana Menteri India, Indira dan Rajiv Ghandi; Presiden Filipina, Benigno Aquino dan sebelum itu, Aung San Suu Kyi.

      Merekayasa foto dan berita adalah salah satu bentuk tindakan mencemarkan politik lawan.

      Misalnya mengedarkan foto rekayasa bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid (Gus Dur) yang memangku perempuan bernama Aryanti juga bentuk pembunuhan karakter bagi melenyapkan karier politiknya.

      Dalam konteks politik Melayu, pembunuhan karakter bagi tujuan untuk merosakkan bangsa Melayu yang dikaitkan dengan rasuah. Akhirnya, Melayu itu rasuah, rasuah itu Melayu

      Delete
    2. Inilah psywar dan psyops jahat yang selalu dimainkan wayangnya agar Melayu digambarkan dengan watak buruk.

      Ultra kiasu diangkat seolah-olah merekalah penyelamat.

      Akibatnya sedikit demi sedikit Melayu tidak yakin dengan kekuatan bangsa sendiri yang selalu dikaitkan dengan semua perkara negatif. Sehingga akhirnya Melayu malu mengaku dan menjadi Melayu.

      Ultra kiasu cuba mematikan watak bekas Perdana Menteri, Najib Razak dengan rasuah berbilion ringgit tetapi nampaknya watak Najib semakin hidup.

      Perancangan mereka masih gagal. Watak Najib bukan sahaja tidak mati tetapi semakin menonjol.

      Malah, seolah-olah hari ramai tertunggu-tunggu, apakah yang akan di cakapkan oleh Najib setiap hari.

      Sebelum ini dan sehingga ke hari ini, ultra kiasu cuba untuk mematikan watak Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang, tetapi dengan Islam yang menjadi landasan dan moto perjuangan, karakter Presiden PAS, bukan sahaja tidak mati, malah terus segar.

      Justeru, saya mohon agar orang Melayu perlu sedar akan perancangan busuk ini. Kurangkanlah bercakap pasal keburukan sesama sendiri dalam media sosial.

      Tumpukan apa yang boleh kita sumbangkan untuk membangunkan tanah air ini yang menjadi milik asal.

      Hari ini, seolah-olah kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu yang jelas termaktub dalam Perlembagaan mahu dihapuskan ultra kiasu.

      Kita selalu berhujah, mana mungkin perkara ini boleh berlaku, disebabkan oleh semua ini dijamin oleh Perlembagaan.

      Raja kita Melayu, PM kita Melayu dan banyak lagi berkaitan dengan Melayu.

      Pernahkah kita terfikir dan mengambil iktibar, kenapa negara Fiji tidak diperintah oleh dalam kalangan mereka sendiri (Fijian), tetapi oleh penghijrah iaitu India?

      Begitu juga dengan orang asal seperti Maori di New Zealand? Jangan pula ada berhujah balas, kenapa Malaysia tidak diperintah oleh orang Asli?

      Amat malang jika Melayu masih tidak sedar permainan ultra kiasu.

      Malah Melayu menjadi seronok apabila ada Melayu yang menerima rasuah dihukum. Sedangkan bapak segala perasuah bebas tanpa apa apa tindakan.

      Apakah Melayu selama ini tidak sedar bahawa selama lebih kurang 446 tahun Tanah Melayu dijajah, Melayu lah yang bangun sendirian mempertahankan tanah nenek moyang ini?

      Jangan hanya kerana beberapa orang yang dituduh rasuah, akhirnya kita mahu gadaikan bumi tercinta ini.

      Justeru, saya mohon agar pimpinan Melayu PH hari ini berhentilah menyalahkan pimpinan kerajaan terdahulu.

      Saudara semua adalah sebangsa dan seagama. Cukup-cukuplah memalukan sesama saudara.

      Mereka yang bersalah akan menerima balasan setimpal. Jika terlepas pun di dunia, mana mungkin terlepas di akhirat.

      Fokuslah untuk melakukan yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara.

      Bahaskan perkara yang fundamental, bukan membalas dendam atau membincangkan perkara picisan.

      Belalah rakyat marhaen di kawasan pedalaman yang berada dalam keadaan susah dan tertekan disebabkan oleh kejatuhan harga komoditi seperti sawit, getah dan sebagainya.

      Nasib mereka jarang kedengaran dalam perbahasan Bajet 2019. Siapa untung, siapa rugi? Fikirkanlah.

      Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
      Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
      Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

      King of Majusi..agak2 kau lah ..sapa kah yang dimaksudkannya tu sebagai bapak segala perasuah sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun tu bhai???

      Delete
  23. PH partii wayang, yang penuh dgn pura-pura
    Semua yg dulu buruk, itu lakonan sandiwara
    Dulu kata jual proton ke Cina spt jual negara
    Kini kononnya, Proton naik dan TDM itu wira

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  24. 25 Dec nanti hidup aku pasti nya lebih ceria
    Di Airport Alor Setar, akan aku tunggu si dia
    Utk si Mas, segala-galanya family aku sedia
    Utk aku, family Mas akan kirim sagu rumbia

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  25. Ahkirnya SSK kembali ke umno ha ha

    ReplyDelete