Sunday, 23 December 2018

BAKAL PM MELANGKAUI ANWAR, LALUAN AZMIN TIDAK SEMUDAH DISANGKA


Entah bagaimana, mungkin secara kebetulan atau memang dirancang, bersekali dengan khabar angin mengenai konon rapuhnya kedudukan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri ke-8, nama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali turut dicanangkan sebagai pengganti pilihan.


Dikhabarkan Tun Mahathir Mohamad sendiri lebih senang dengan Azmin dan memang mahu Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu menggantikan tempatnya.


Dalam erti yang lain, walaupun sudah ada perjanjian dan dipersetujui dalam Pakatan Harapan bahawa Anwar adalah penggantinya, seolah-olah Tun Mahathir ketika ini tidak lagi ada perasaan terhadap Presiden PKR itu dan tidak mahu menunaikan janji peralihan kuasa yang telah dipersetujui sebelum ini.


Beberapa pemimpin Bersatu dan pemain media sosial yang akrab dengan parti itu juga nampaknya tidak malu-malu menyebut Azmin adalah bakal Perdana Menteri ke-8 dan terang-terang telah mengenepikan Anwar.


Tidak dipastikan siapakah yang memula dan merangsang sebutan nama Azmin sebagai Perdana Menteri ke-8 itu,mtetapi yang nyata ia terus berlaku sehingga kini.


Keadaan itu, ditambah dengan tiada penafian khusus lagi tegas daripada Tun Mahathir sendiri, maka sebutan nama Azmin itu terus diperkatakan di merata-rata, malah makin diperbesar dari hari ke hari.


Keadaan ini jugalah yang kini dilihat meretakkan hubungan antara Tun Mahathir dan Anwar sejak akhir-akhir ini, meskipun sebelum pilihanraya lalu, Tun Mahathir terlihat begitu mengharapkan sokongan bekas timbalannya itu sanggup merendahkan dirinya menemui Anwar di mahkamah beberapa kali serta menghantar Tun Daim Zainuddin yang  terpaksa menghidupkan lesen guamannya, bagi membolehkan pergi ke penjara untuk melakukan rundingan seterusnya.


Mengapakah setelah berjaya memperolehi kuasa, semuanya nampak berbeza? 


Benarkah juga Azmin jadi pilihan Tun Mahathir dan bukan lagi Anwar?


Dalam hal ini, sesuatu yang harus diingat ialah proses memilih Perdana Menteri atau penggantinya adalah berbeza antara BN dengan Pakatan Harapan. 


Di dalam BN, sesiapa saja yang jadi Presiden UMNO, dia adalah Perdana Menteri dan sesiapa juga yang menduduki Timbalan Presiden UMNO, dia jugalah Timbalan Perdana Menteri.


Walaupun banyak yang kecundang, tetapi daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri jugalah seseorang itu akhirnya akan menjadi Perdana Menteri.


Dalam konteks itu, Perdana Menteri boleh menggunakan kuasanya terhadap sesiapa yang disukainya untuk dijadikan Timbalan Perdana Menteri atau bakal penggantinya dengan cara memberi kedudukan yang baik-baik dalam kerajaan dan menunjukkan keakraban atau sokongan supaya orang berkenaan menang dalam pertandingan dan boleh menjadi Timbalan Presiden UMNO.


Dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO antara Musa Hitam dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan antara Tun Ghafar Baba dengan Musa Hitam, perkara itu jelas telah berlaku di mana Tun Mahathir yang menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri ketika itu telah berjaya membuatkan calon kesukaannya menang dalam kedua-dua pertandingan tersebut.


Musa Hitam dua kali berjaya mengalahkan Tengku Razaleigh kerana sokongan terbuka yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir, begitu juga Tun Ghafar berjaya menewaskan Musa Hitam berikutan kenyataan Tun Mahathir yang menyebut kedudukan Tun Ghafar sebagai Timbalan Perdana Menteri akan terus kekal, meskipun kiranya tidak berjaya mengalahkan Musa Hitam.


Kemudian, ketika Anwar mahu mencabar Ghafar Baba pada 1993, disebabkan Tun Mahathir memberikan Anwar jawatan sebagai Menteri Kewangan serta dalam masa yang sama menampakkan kecondongannya lebih menyayangi Anwar sebagai bakal penggantinya, maka dengan mudah Tun Ghafar pula dapat diketepikan.


Begitulah realitinya dalam UMNO. Tetapi keadaannya berbeza dengan Pakatan Harapan. Pemilihan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan pengganti Perdana Menteri mesti dirundingkan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dianggotai para pemimpin kanan PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.


Berdasarkan keputusan sebelum PRU14, keputusan yang dipersetujui ialah Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Anwar adalah bakal Perdana Menteri ke-8 setelah dua tahun Tun Mahathir menduduki kerusi Perdana Menteri ke-7.


Sehingga ini, kedudukan ini adalah kekal dan tidak berubah. Bermakna, Anwar masih merupakan calon yang dipersetujui untuk menggantikan Tun Mahathir.


Dalam hal ini, katalah jika Tun Mahathir benar-benar berhasrat mahu menjadikan Azmin sebagai penggantinya dan menolak Anwar, beliau mesti membawa perkara itu dalam Majlis Presiden untuk dipersetujui terlebih dahulu.


Tun Mahathir tidak boleh sesuka hati meletakkan nama Azmin sebagaimana ketika beliau ada banyak kebebasan sewaktu menjadi Presiden UMNO dan Pengerusi BN dahulu.


Dalam Majlis Presiden pula, selain ada Tun Mahathir, Anwar dan Dr. Wan Azizah, ia juga dianggotai oleh Lim Kit Siang, Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan lain-lain, termasuk Azmin sendiri sebagai Timbalan Presiden PKR.


Dengan kapasiti keanggotaan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang sedemikian itu, mampukah Azmin mendapat sokongan dan kepercayaan majoriti untuk melangkaui Anwar bagi merampas takhta sebagai Perdana Menteri ke-8? (ShahbudinHusin 23/12/2018).

41 comments:

  1. Dr Mahathir masih individu yg sama seperti 1990an. Kasihan Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah! Hang pikiaq la Madey.. Gwa orang tak berPARTI boleh sokong dan tolak sapa saja. Gwa no hal punya. Yang jelas Gwa tak dapat terima Zemin Aiskrim jadi Kapten kat negara ni. Untuk kepentingan peribadi, dia sanggup belot pada sesiapa saja asal saja apa yang dia hajati tercapai. Dia dah sebakul dengan KJ berok. Kah kah kah.

      Delete
    2. Tun Mahathir lagi licik, dengan mudah Tun boleh Tong Sampahkan Majlis Presiden PH.

      Delete
    3. Tuan Budin Tuan Budin... racun kuattt...

      Delete
    4. Hihi.. Lagi Melayu, lagi Islam = langsung x boleh dipercayai. Kuat berbohong pun yg Melayu lagi Islam ni la.

      Delete
    5. Berbohong ni sifat manusia takde kena mengena dengan bangsa dan agama...

      Delete
  2. Dlm sejarah Malaysia, Mahathir telah 2 kali menentukan siapa PM iaitu mula2 Dollah Badawi dan selepas tu Najib. Dua2 po cai..

    Mahathir jangan ingat negara ni bapak dia punya. Selepas 2 tahun spt perjanjian, dia kena undur & penggantinya perlu ditentukan olih Presidential Council PH. Mahathir kena ingat dia sendiri jadi PM atas persetujuan PH.

    Manusia yg tk pegang pd janji yg mana dia jugak menikmati dari perjanjian itu adalh manusia yg paling hina disisi Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tuan susah hati, Allah akan memilihnya. kalau Anwar tidak jadi jangan salah siapa

      Delete
  3. Oii brader...ini politik lah..masing2 ada strategi dan sebab2nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segalanya pakai balun je..matlamat menghalalkan cara....hukum tuhan letak ke tepi...lupa diri

      Delete
    2. Dosa apa kira..biar banyak pun berbaldi2..janji dunia x rugi..selagi boleh pegang bawa kuasa sampai mati..rakyat jugak terkebil2 memerhati sakit hati..
      p k r punya ahli dsampok puak puaka hantu tinggi..besar hitam tiada rupa muka sembunyi2..puak main belakang cucuk sana sini..apahal..x puas hati..kasi main wayang azmin buah hati mahathir terkini..kasi
      Goyang PH anwar mahathir bolehlh bergusti.. dorang main politik serupa gelumang dlm kubang babi..

      Kehkehkehhhehhehhhsakapuakahati2

      Delete
  4. INILAH MELAYU. MELAYU BUNUH MELAYU. KEMUDIAN TIDAK SEMENA-MENA DIKATAKAN BUKAN MELAYU MUSUH MELAYU. SEMUA ITU MITOS. YANG BETUL, MELAYULAH MUSUH KEPADA MELAYU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keling yg bunuh Adib tu kau sorok dlm coli bini kau ke?
      Bodoh betul mangkuk ni.

      Delete
    2. Hello bro 1007..jgn tunjuk kebodohan..simpan sikit bodoh tu.. cuba fahamkan apa yg MS maksudkan

      Delete
    3. Dia simpan dlm coli kau ke?

      Delete
  5. Kian dekat 25 Dis, kian degup jantung terasa
    Debaran dlm hati ini bukan ler debaran biasa
    Tak sabar ku nanti, Mas Merah si gadis desa
    Dewi intan manja ku, akan tiba di Kedah lusa

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  6. Mr syed albodin.
    Politaik tanah mlayu.mlayu konker habih-habisan suma jawatan besag dan penting dlm kerajaan mlayu.
    Alih-alih yg bkn mlayu makmog yg mlayu jd mundog dlm tanah mlayu.
    Cina jd tokeh dari moda sampe toa dan sampe mampuih.
    Mlayu jadi koli cina dari moda sampe toa dan sampe mampuih..
    Menteri mlayu jd barua cina sampe mampuih.
    Yg dok bawah takyah pikir pasai yg dok atas.sepatotnya yg dok atas kena pikir pasai yg dok bawah jgn coma pikir diri sendiri dan parti saja.
    Malaisa negara islam.mlayu memali yg amal islam. kerajaan mlayu masok kampong bonoh mlayu memali berame-rame.
    Kes kuil keling paria yg salah pong mlayu juge walaupong yg tekorban mlayu juge.keling paria yg merusoh tidak bersalah.
    Manteri keling paria tepok tangan.
    Manteri mlayu tepok dahi sambil tepok poket.
    Kwah kwah kwah hirop kuah yob..

    ReplyDelete
  7. Ini ada satu soklan cepu mas...ada tak sesapa kat sini boleh menjawabnya dengan tepat????

    MASALAH BESAR DALAM MALAYSIA NI BERPUNCA DARI TUN M????

    22/12/2018, Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily 林瑞源 (Lin Rui Yuan), telah menulis dalam kolum isu semasa dengan tajuk "问题出在敦马 – masalah berpunca dari Tun M".

    Pada hari semalam, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sebaik saja selesai mempengerusikan mesyuarat kabinet terus meluangkan masa selama 90 minit menaiki cruise mengelilingi Tasik Putrajaya sambil menikmati keindahan Putrajaya.

    Dengan berita ini memberikan anggapan kepada semua orang bahawa menteri-menteri dah berasa lega.

    Mengapa jiwa dah berasa lega, adakah semuanya telah berada dalam landasan yang betul atau hanya merasakan syok sendiri ?

    Mengikut kajian strategik dari Invoke baru-baru ini bagi mendapatkan pandangan rakyat mendapati bahawa tahap kepuasan terhadap Perdana Menteri dalam jangka masa setengah tahun ini saja sudah menjunam dari 72% kepada 53%.

    Bagi orang-orang Melayu telah merosot dari 66% ke 45%. Di kalangan orang-orang Cina jatuh kepada 65% daripada 87%. Manakala di kalangan orang-orang India pula, tahap kepuasan jatuh ke 64% daripada 84%.

    Sokongan dari orang-orang Cina jatuh menjunam sebanyak 22%, ada setengah menteri besar yang tidak dinyatakan nama pun masih mendapat sokongan lebih tinggi daripada Tun M.

    Dengan ini menunjukkan suatu masalah yang besar telah berlaku. Maka dengan itu, sekarang ini bukanlah masanya untuk berasa lega. Sepatutnya melipat-gandakan usaha pentadbiraan negara dan menyelesaikan masalah rakyat.

    Di awal bulan pertama dan kedua apabila Pakatan Harapan memerintah dahulu, memang didapati ada kekuatan untuk melakukan pembaharuan dan membetulkan keadaan yang kronik.

    Bagaimanapun, pada 16hb Julai yang lalu setelah Tun M mengisytiharkan yang manifesto pilihanraya hanyalah satu panduan, bukan sebagai kitab, dan kemudiannya Pakatan Harapan dari masa ke semasa menggunakan pelbagai alasan, tak henti membuat U-Turn, jauh menyimpang dari arah pembaharuan.

    Malah fokus diberikan kepada permainan politik tetapi tidak kepada menyelesaikan masalah rakyat.

    Kemudian diikuti dengan "amanat berharga" yang tidak kunjung putus. Ini termasuklah membina kembali jambatan bengkok, projek kereta nasional ke 3 adalah keperluan rakyat, demokrasi membenarkan lompat katak, UMNO juga ada orang yang baik, menolak untuk menerima lompat katak dan lain-lain adalah sama dengan menolak sokongan rakyat.

    Terus-menerus menghalalkan segala tindakan yang membelakangkan inspirasi rakyat.

    Lain-lain parti komponen juga meniru dengan permainan politik yang kotor. Dari isu bantuan kewangan University College Tunku Abdul Rahman (TARUC) sehinggalah kepada bantuan kewangan KOJADI, tidak tahu sehingga bila ianya akan berakhir.

    Merosotnya sokongan rakyat terhadap kerajaan baru ini disebabkan oleh faktor utamanya ialah tidak berpuashati dengan Pakatan Harapan yang tidak mentadbir negara secara profesional.

    Begitu juga ramai ahli-ahli perniagaan yang merungut, setelah berlaku perubahan kerajaan menyebabkan pasaran semakin sunyi. Ekonomi semakin suram, ia bukan sahaja telah menghancurkan semangat "tukar kerajaan" malah telah mengubah pandangan rakyat kepada sebuah kerajaan baru.

    Pengasas Invoke, Rafizi bercakap dengan betul. Orang-orang Melayu yang menyokong Pakatan Harapan bukanlah disebabkan Pakatan Harapan itu "lebih Melayu" daripada UMNO dan PAS.

    Tetapi disebabkan mereka percaya yang Pakatan Harapan akan memberikan penghidupan yang lebih baik kepada mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi lah..teruskan membaca bhai!!!!

      Jika kerajaan baru tidak berupaya untuk memberika kelesesaan kehidupan kepada rakyat, para pengundi di PRU yang akan datang sudah pasti tidak akan menyokong Pakatan Harapan.

      Pakatan Harapan tidak melaksanakan pelbagai janji-janji pilihanraya kepada pelbagai kaum telah mengoncang kepercayaan rakyat.

      Ini termasuklah janji melunaskan semua hutang-hutang yang tidak sepatutnya dikenakan kepada peneroka Felda. Tidak menunaikan janji untuk mengiktiraf UEC.

      Tidak juga menunaikan 25 janji yang ditaburkan kepada masyarakat India.

      Menggunakan alasan masalah kewangan untuk melambatkan pelaksanaan janji manifesto pilihanraya masih lagi boleh dimaafkan.

      Namun, kini didapati kerajaan baru terang-terang telah menyimpang dari landasan asal, termasuklah tidak menandatangani ICERD, menolak untuk melaksanakan pilihanraya tempatan, tidak memansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara (2016) dan lain-lain akta yang lapuk.

      Pakatan Harapan tidak menghormati inspirasi dan kehendak rakyat. Ini termasuklah berkeras mahu memansuhkan hukuman mati malah memberi amaran mana-mana ahli parlimen yang tidak menyokong haruslah meletakkan jawatan.

      Dengan menerima ahli parlimen UMNO yang melompat parti semakin membuat rakyat merasa meluat.

      Selain daripada itu yang menekan hati rakyat ialah prestasi para menteri kerajaan Pakatan Harapan.

      Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee memaksa pemakaian kasut hitam ke sekolah, merosakkan imej dan kepercayaan terhadap kerajaan baru.

      Baru-baru ini, beliau telah mengeluarkan kenyataan di Dewan Rakyat yang mahukan para guru yang mengajar pengajian Islam yang berasal dari Kelantan, Terengganu, Kedah kini mengajar di Malaysia Timur terus mengajar di sana, ia terus membangkitkan kemarahan dan asakan dari DAP Sarawak.

      Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy tidak berupaya menyelesaikan masalah yang membabitkan rusuhan kuil di USJ25, Subang Jaya.

      Setelah kematian anggota penyelamat bomba, Allahyarham Mohammad Adib Mohd Kassim, pihak pembangkang mahukan Tun M melucutkan jawatan menteri beliau.

      Malah sayap pemuda PPBM, Armada juga membuat desakan yang sama.

      Tun M melantik P. Waytha Moorthy adalah kerana mahukan undi dari orang-orang India dan sokongan dari HINDRAF. Jika melucutkan jawatan Waytha Moorthy akan menyakiti hati mayarakat India, maka sebab itulah Tun M harus menjaganya.

      Namun demikian, puak-puak pelampau kanan masih tidak mahu mengundur, mereka akan terus-menerus menggoreng isu ini. Ia akan membangkit satu lagi gelombang perkauman.

      Dalam keadaan perhubungan etnik yang genting, bagaimana para pemimpin Pakatan Harapan boleh berasa lega ?

      Adakah kerana UMNO telah hampir terkubur maka menyebabkan Tun M berasa amat gembira, tetapi dia masih banyak lagi perkara yang belum diselesaikan.

      Ini termasuklah pematuhan prinsip pembaharuan Pakatan Harapan. Prestasi para menteri baru yang tidak memuaskan. Dia juga harus mengawasi dengan rapat bagi mengelakkan sabotaj dalaman.

      Mengenai cakap-cakap politik yang mengatakan DAP akan menjadi MCA 2.0, Lim Kit Siang menegaskan jika kerajaan baru melepaskan matlamat untuk membina Malaysia Baru,

      DAP tidak teragak-agak untuk keluar dari Pakatan Harapan. DAP berani bercakap dan berani tanggung, berani untuk membetulkan dari dalam dan barulah dapat menyelamat keadaan yang kronik sekarang.

      Tahap kepuasan dah jatuh merudum sehingga membunyikan loceng penggera. Adakah Pakatan Harapan dah nampak keadaan genting ini atau perangkap semakin mendalam ?
      .
      Sumber daripada Sin Chew Daily dan ditulis oleh 林瑞源 (Lin Rui Yuan), Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily.

      Delete
  8. Tun M belum pun menggenapkan tempoh setahunnya dan kini mereka berbunyi menuduhnya mahu memungkiri janjinya untuk berundur selepas 2 tahun. Mereka hanya sedang mencari alasan untuk memungkiri janji mereka tidak akan menganggu Tun M sebagai PM di dalam 2 tahun yang awal.

    Azmin menjadi menteri kanan di dalam kabinet Tun M adalah disebabkan ia adalah Timbalan Presiden PKR, salah satu parti sekutu di dalam PH. Habis takkanlah Timbalan Presiden PKR tidak diberikan apa-apa portfolio penting di dalam kerajaan PH yang pertama.

    Azmin telah dicabar oleh Rafizi untuk jawatan TP PKR dan azmin menang. Adakah ia salah Tun Rafizi tewas?

    Kenapa bukan Anwar yang menjadi Menteri Kanan? Sebab Anwar sendiri yang telah berkata dia tidak mahu berada di dalam kabinet Tun M dan hanya mahu mengambil alih terus sebagai Perdana Menteri.

    Adakah ini juga salah Tun , Anwar tidak berada di dalam kabinet Tun?

    Malah, Anwar telah pun memberitahu bahawa isterinya DS Wawi akan kekal sebagai TPM, dan selepas Anwar mengangkat sumpah jawatan sebagai PM, barulah DS Wawi akan berundur.

    Adakah salah Tun juga Anwar bukan TPM di dalam kabinetnya?

    Ibarat Filipina yang enggan membuka konsulatnya di Sabah supaya tidak dikatakan negaranya mengiktiraf kedaulatan Malaysia ke atas negeri Sabah, maka demikianlah keengganan Anwar untuk berada di dalam kabinet Tun mempunyai maksud tersendiri.

    Mereka sendiri yang merancang dan kedudukan kesemua mereka hari ini termasuklah kedudukan Azmin hari ini adalah disebabkan perancangan mereka sendiri, kini mereka salahkan Tun pula di atas kedudukan Azmin.

    Bagi yang terlupa kedudukan Azmin di dalam politik meletup diakibatkan oleh 'Langkah Kajang' yang merupakan rancangan mereka sendiri.

    Kini apabila Azmin kelihatan menyinar, mereka marahkan dia pula. Apabila Tun memberikan ruang yang besar kepada Azmin disebabkan dia adalah TP PKR mereka salahkah Tun pula.

    Ini baru dikatakan 'wamakaru waamkarallhu, wallahu khairul maakiriin' yang bermaksud 'mereka merancang dan Allah juga merancang, sedang Allah adalah sebaik-baik perancang'.

    Kelak apabila pasukan yang benar itu telah memenangi secara mutlak PERTEMPURAN mereka yang terakhir, kesemua manusia akan melihat setiap perancangan mereka itu sebenarnya adalah sebahagian daripada perancangan Allah sendiri untuk memberikan kemenangan mutlak kepada pasukan yang benar sedang pasukan-pasukan bathil yang bersekutu itu telah pun kehabisan alasan untuk terus beralasan.

    Segala rahsia akan terbongkar...
    Takkan dapat lagi berpura-pura...
    Kerana ia akan terjadi...
    Ia akan pasti tiba...

    Kemenangan pasukan yang benar dengan ditandakan dengan berkibarnya panji-panji hitam di sebuah negeri Islam di Timur adalah khabar nubuwwah. Membenci dan memutarbelit tidak akan dapat menghalangnya daripada berlaku.

    Malah tanpa mereka sedari, segala usaha mereka itu sendirilah yang akan menyebabkan ia berlaku.

    Masanya sudah semakin hampir.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segala rahsia, sudah terbongkar
      PH pelawak, parti Badut Kelakar
      Berebut PM, puak2 PH bercakar
      PRU15 sah ler akan gulung tikar

      Kah kaahh kaaahhh kaahh kaahh

      Delete
  9. Mohon izin..ulang siar untuk rakan2 yang terlepas pandang!!!

    Rasanya tak lah jadi satu dosa besar kalau aku nak kongsikan dengan rakan2 kat blog ni berkaitan satu artikel yang menganalisis power struggle dalam Rejim Haprakan sekarang ni...memang membuka minda kita semua untuk melihat sepak terajang politik yang disajikan tu !!!

    UMNO 3.0: After TDM, its Azmin PM, H2O DPM

    Yes, Dato Seri Anwar Ibrahim may not be PM. Neither will Tan Sri Muhyiddin.

    Must say, many would agree with the view of FMT’s TK Chua, Msia Insider's James Chai and Kim Quek, and M’kini’s pro-DAP Gunasegaran. The current politics is revolting.

    Country is going to the dogs – everything is down or will go down further, but cost of consumer goods are up.

    More so, it is frustrating for this blogger, who warned of PPBM game plan codenamed as Game Changer back in April, but live to see it happen.

    It made Anwar’s failed 916 and Sabah’s long history of frogging as child’s play.

    Though many Malaysians are concerned with the state of the nation, the majority could still be in the old habit of finding escapism by looking in awe at the destructive politics of Mahathir.

    He has always been a politician first and never really the serious nation building statesman. His hands has a reverse Midas touch, including destroying his own efforts.

    The current variation to the original Game Changer strategy is a masterpiece indeed, but ultimately, the hint “Watch Azmin” from someone close to Mahathir, very close to Mahathir, in April 2015 looks likely to be realised.

    Cutting through the chase, the A and H in the acronym MAHATHIR to succeed the acronym RAHMAN of UMNO PMs will likely be Dato Seri Azmin and Dato Seri Hishamuddin Hussein Onn.

    The steps are not known, but most likely, Mahathir will find reasons to close UMNO 2.0. According to sources within PPBM, there will be some kind of merger to transform PPBM into UMNO 3.0. Raja Petra has wrote of UMNO 3.0 before.

    MCA and DAP leader now begin to see it.

    Behind every of Mahathir's move is money. So UMNO 3.0 could be wiping out the last trail of evidence in UMNO 2.0 of the robbing of UMNO 1.0 by Mahathir and Daim.

    Neither Anwar

    By now, it is almost pointless to discuss why it is not Anwar Ibrahim. It is a foregone conclusion the moment Rafizi lost PKR’s Deputy Presidency.

    Larry Sng and father Dato Sng Chee Wah's trick at Julau could not stop Azmin's last dash in Sabah and Sarawak.

    The only last hope for Anwar is Lim Kit Siang’s threat to leave PH in the event it deviate from the Malaysia Baru aspirations. And, PAN will act as a truly DAP's poodle.

    Right now, there is a power struggle in the making within PKR and Latheefa Koya’s indirect attack at Anwar and Nurul Izzah is Azmin’s offensive at work.

    However, Nurul’s decision to quit could be more than the rhetorics she claimed. Heard it is sulking due to family matter and not internal PKR power struggle in the making.

    Nothing to do with KJ pursuing another daughter of a PM-in-the-making.

    The power struggle could be Azmin’s attempt to find a reason to leave PKR. He and his people denied it, but during PKR party election, talk was Azmin's other option is to join PPBM in the event he lose.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan frust beb...pasti ada sambungannya lah!!!!

      Why Hishamuddin?

      But why Hishamuddin as DPM to Azmin in the event Azmin succeed Mahathir and promised no harm on Mahathir, his children (and grandchildren) and their wealth in Malaysia and abroad including at P Ramlee’s imaginary nation of Gohead Gostan?

      Well, not because Rafi Awang Kecik hate him and made some truly revealing expose, which few knew of, in his Facebook.

      Maybe it is part of the deal for working to disrupt UMNO from within. Though Hishamuddin denied several times, he is the main hand working to convince 40 UMNO MPs to support Mahathir.

      Zahid failed to read the ground that UMNO is more comfortable with Mahathir than Anwar.

      It is not far fetch because Hishamuddin has family link to Tan Sri Mokhzani Mahathir’s wife. Jani’s father-in-law, Dato Mat Abid is adopted into the household of Hishamuddin’s grandfather (father side), Dato Onn Jaafar.

      He is cousin to Dato Najib through mother side, their grandfather, late Tan Sri Noah.

      Che Alwi Ahmad confirmed to Joceline Tan of Azmin's presence at the gathering held at Hishamuddin’s house. It confirmed Hishamuddin's collusion with Azmin.

      This is an open secret and became public knowledge when he attended the wedding of Azmin’s first child.

      This formula is logical because Azmin is more capable of leading PPBM than Mukhriz. To Kedahans in the know, Mukhriz couldn’t care less and Mahathir is known to have told visitor seeking his audience that Mukhriz is a weak leader.

      If Mahathir was to meet his maker soon, and the possibility is always there at this late of age, more so, he fell during his official visit to Brunei, PPBM will instantly fragmentalise under Mukhriz.

      Nor Muhyiddin

      This discussion left out current PPBM President, Muhyiddin. The general belief is he will not remain in the position of President in view of his Pancreatic Cancer and chemotheraphy treatment he is undergoing.

      Mukhriz is heard yearning to return to a Cabinet position and his city lifestyle in KL. The rumour heard is Mukhriz's targeted Ministry is Home Ministry and that had slighted Muhyiddin.

      Unless Muhyiddin found some miraculous cancer treatment and as Home Minister, it is unlikely to be Cannabis treatment (could he?), Muhyiddin is out of the picture.

      If he is frustrated for missing out the number 2 position several times in the past and did not attain the number 1 after being Najib’s number 2, think of Anwar.

      Maybe it is too early to discount Muhyiddin but bear in mind, the migration of members out of PPBM before GE was due to disagreements with Muhyiddin and the anti Muhyiddin group could still be within PPBM.

      With the statement of Rafizi and Johari Abdul including the possibility Nurul's resignation is genuine, is it a white flag and for certain that Anwar is out of the picture?

      Delete
    2. Woiit..Korang dah habis ke haah..ada lagi lah beb !!!!

      How will the numbers stack up?

      According to a former Johorean wakil rakyat, Hishamuddin has 35 seats in-hand. Add that to PPBM 16, that is 51.

      Azmin has 25 PKR MPs to migrate but latest said to be 20. That is 71, making PPBM the biggest block in PH.

      Sabah and Sarawak need to be figured out.

      The Sabah UMNO leaders expressed their position to support the current government. However, Mahathir already has Warisan. Not sure PPBM will move into Sabah. It could be suicidal, Mahathir knows.

      But Mahathir did enter Sarawak but why Bintulu? Token as decoy or threat?

      It is said Taib Mahmud will back Mahathir, but Abang Johari is close with Anwar. Whatever the outcome, GPS will decide based on consensus and could support whoever come out as winner in Semenanjung.

      It means Mahathir may have some PAN MPs on his side. Remember Abang Mat was Mahathir’s mouthpiece to whack Anwar when he was in UMNO and labelled him Al Juburi.

      7 from DAP to join Mahathir?

      According to the Johorean source, there will be 7 DAP MPs jumping over to Mahathir.

      After several weeks of pondering and inquiring, including with some DAP friends, it is not possible for any DAP MP to leave with DAP in the Government driver seat.

      There maybe anti-Lim family faction like those in Perak, but it is unlikely they will leave DAP and join Mahathir.

      Never mind that Lim Guan Eng is upset and had to follow Mahathir’s directive to kow tow to China and allocate RM77 million to Felda.

      DAP can ignore Mahathir and resist him in cabinet meeting. They hold the levers of power.

      Seeing Mahathir likely refusal to sack Waythamoorthy and the loud voices of DAP Indians like P Ramasamy, it is possible that the 7 could be coming from DAP Indians.

      Not sure (more, not bothered to check) yet whether there are 7 Indian DAP MPs, but the Indian support could be the pull factor for Mahathir to secure for Azmin more than 20 PKR MPs from among Indian MPs.

      Syed Saddiq sidestepping Mahathir

      In the midst of the calls for Waytha's resignations, Syed Saddiq is not putting up an act for PM, but his and Armada’s demand for Waytha is politically motivated.

      Saddiq is running to win a seat on PPBM’s MPT. Will he get the support of die hard Mahathirists in PPBM after ignoring the old man’s position on PTPTN and inability to read Mahathir’s game with Waytha?

      The boy is just vocal but immature. He got too big-headed from the attention given to him from Mahathir, Daim, Muhyiddin, and even Anwar.

      However, he still get pushed around and still being treated as a kid by Mahathir’s officers.

      He is far from able to understand the intricacies of the Game Changer strategy. The frogging plan was to happen before, during and after General Election.

      The intention was partly psychological and partly to let UMNO use their money to win the seats but only shift later to PPBM.

      Both Mahathir and Daim are too “kedekut” (miserly) and will not spend their own money. When Daim gave RM30 million for PPBM campaign, he told sources that it is an investment which will not yield return

      Delete
    3. RASA MACAM DAH HABIS..RUPA2NYA MASIH ADA SIKIT LAGI LAH...SIKIT LAGI BEB !!!!!

      RM2 billion Game Changer?

      It was heard that money was brought in for GE by Daim through Brunei.

      It could partly explain the reason the Brunei Sultan was the first leader to pay respect to Mahathir upon receiving appointment as PM from Agong.

      The money was meant to buy UMNO MPs for the Game Changer.

      There were rumours claiming Yayasan Kepimpinan Perdana received €2 billon donation but its too obvious to be possible.

      A new blog claimed the money to buy is RM2 billion, came from Ting Pek Khiing, and Hamzah Zainuddin distributed it.

      However, Ting is bankrupt, dead broke and businesses under receivership. He was even beaten up by creditors for non-payment of merely hundred thousands.

      Maybe he was merely proxy as he had always been. Remember the announced RM30 billion city on water in Langkawi?

      Currently, the apparatus used to instill fear and get UMNO MPs to jump is investigation for corruption and money laundering by law enforcement authorities.

      The late Sanusi Junid did say in a PPBM meeting and even outside for quite sometime that it is not difficult to turnover UMNO MPs.

      Threaten with AMLA. Najib’s amended AMLA was particularly useful.

      However, Ku Nan's prosecution for corruption may have changed a deal made with Daim. It could be Lim Kit Siang and Anwar trying to hold back the tide.

      Among the MPs planning to jump, the charge put them in a state of confusion.

      Mahathir is not lying or U turn or doing deception when he said they never expect to win. The 13 Parliamentary seats was the best they could do, said a source in DAP.

      Following the lower than their planned outcome, the Game Changer was put on hold but varied for use as defensive mechanism in the event of a challenge on the three MB seats held by PPBM.

      It became an offensive mechanism when Anwar was pardoned by Agong.

      Delete
  10. HARAPAN SAYA DLM TAHUN 2019 (INSYA'ALLAH) :-

    1. TUN M MENERIMA JEMPUTAN UMNO UTK KEMBALI KE PANGKUAN SELAKU PRESIDEN N TS MUYI SELAKU TIM PRESIDEN.

    2. AZMIN N MP . ADUN YG MENYOKONG NYA KELUAR DRPD PKR. (TUBUH PARTI SENDIRI ? - MUNGKIN)

    3. TS MUHYIDDIN D UMUM SELAKU PM MENANTI N DS AZMIN ,TIM NYA.

    4.DAP AKAN BERPECAH - N JIKA MEMBUAT PEPUTUSAN UTK MENGIKUT LKS N MAHU TERUS BERSAMA ANWAR, MAKA MEREKA AKAN BERADA DLM KUMPULAN PEMKBANGKANG D PARLIAMENT.

    5. KEDUDUKAN TUN M D KALANGAN KAUM MELAYU AKAN MENCANAK NAIK.

    6. KELUARGA '69' AKAN TERUS MERAJUK

    7. SEMUA PENYANGAK KOLAR PUTIH AKAN D ASINGKAN D PULAU BIDONG TRENGGANU SAHINGGA KES MEREKA SELESAI D PUTUSKAN.

    ReplyDelete
  11. Kesian Tun! He is stuck between rock and a hard place. Pada Tun, melayu mesti menjadi champion dlm politik Malaysia! Parti Melayu khasnya! Jika Anwar mengambilalih nanti, Tun sudah boleh mengagak PPBM akan jadi lemah Dan mungkin akan beransur pupus. Parti PKR pimpinan Anwar bukan parti mewakili kaum melayu! Ini yg menjadi dilemma.

    Bagi Tun, parti bangsa Malaysia sprti PKR belum boleh menerajui politik malaysia. Sekiranya Anwar mengambilalih alih, akan menjadi lebih sukar utk parti Melayu seperti PPBM atau umno menerajui politik Malaysia. Oleh sbb itu, PPBM mesti diperkuatkan dari sekarang sementara Masa masih ada. Kemasukkan MP Umno adalah Salah satu caranya Dan mungkin the only option! Tapi bagaimana utk melakukannya tanpa bantahan dari rakan2 PH terutamanya DAP yg sudah menghidu Dan tidak mungkin bersetuju PH menjadi seprti BN dimana parti Melayu menjadi Tuan kepada mereka. Ini adalh sesuatu yg menarik, apakah Melayu secara majoriti akan berada dibelakang Tun mempertahankan kuasa politik Melayu atau sebaliknya.

    Dilemma bukan shja milik Tun, Tapi org seprti Saya yg berpandangan bahawa janji perlu ditunaikan, apatah lgi sudah menjadi pembangkang as long as I can remember. Tapi Saya juga mahu kuasa politik Melayu perlu dikekalkan. Malaysia masih lagi boleh berfungsi dgn parti Melayu sebagai peneraju, tpi akan menghadapi kecelaruan jika parti pelbagai kaum yg menjadi peneraju!

    Anwar akan tetap menjadi PM kelapan, kerana Saya yakin Tun akan tunaikan janjinya dalam Hal ini, cuma tempohnya mungkin tidak lama..sekiranya perancangan Tun berjaya, parti teras Melayu akan tetap menjadi peneraju kepada kerajaan tanah melayu. Political grandmaster is at work!

    ReplyDelete
  12. Aku sokong azmin sbb x meliwat

    ReplyDelete
  13. PRU14 dulu bendera mata 1 sama2 dijulang
    Bila udah menang, mula sailang menyailang
    Kini, DSAI nak naik PM 8, depa mahu halang
    DNA Umno, dlm diri boss Bersatu, tak hilang

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  14. Sebaik-baik TPM adalah cermin PM bukan bayang.

    ReplyDelete
  15. Udah kian 'terang', Cap Munge punya kelibat
    Sblm PRU 14, depa kata DSAI insaf bertobat
    Kini depa tuduh balik, DSAI itu dajal musibat
    Janji DSAI jadi PM8 depa ni tak mahu nobat

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  16. jangan susah hati Allah amat mengetahui dan bijaksana. Allah tau memilih pemimpin yang Allah suka. Kalau Allah tidak pilih Anwar jadi PM kita tidak boleh buat apa-apa sebab Allah yang pilih pemimpin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah memilih namrod...firaun..ariel sharon lagi dan lagi...




      .

      Delete
    2. Tak kesahlah siapa pun jadi pemimpin...Allah lah yang mengawal segala2nya

      Delete
    3. Anonymous melalut kosong tanpa substance & fakta.

      Namrudz @ Nimrod bernafsu syahwat buas binatang sampai mengahwini ibu kandungnya. Dia, firaun & Ariel Sharon mati dalam keadaan tersiksa.

      Pemimpin yg AnonyMOUSE puja pun tak kurang hebat - ada yg tebus talaq rampas bini orang, ditangkap khalwat dgn artis; ada pulak yg didapati bersalah mrlakukan sidomi oleh 2 mahkamah berasingan.

      Tun M bersih dari perbuatan seks keji & setia dgn isteri kesayangan. Raut wajah & ketrampilan beliau tetap menawan seantero dunia walau dah cecah 93 tahun.

      Delete
  17. GN asyik nak salah Mahathir
    Mengata tak henti lidah terjelir
    Merapu sakan bagai Pak Pandir
    365 hari takde holiday!

    Sanggup dia tinggalkan ladang
    Kini tempat jin bertendang
    Dengan Tun asyik meradang
    Orang biasa nak lawan Badang!

    Lepas Tun, giliran Azmin
    Mungkin Kadir, pastu Muhiyudin
    'Dual channels' langsung tak komen
    Tutup mata, bermuka sardin!

    Buta hati dan buta perut
    Dulu taufan kini tak ribut
    Melayu nak satu dikata karut
    DAP pulak dikata 'babut'!

    "Malaysia ini Cina yg punya
    Milik India jangan ditanya"
    "Melayu bukan tuan empunya"
    Si polan kata...terkejut dunia!

    Siapa yg tuduh Mahathir khianat
    Pada bangsa..jawab akhirat
    22 tahun tak pernah penat
    Yg menghina tak berapa kerat!

    Tun tahu apa nak buat
    Tetap mantap usia dah lewat
    Dunia memandang Melayu kuat
    Musnah sebab nafsu shahwat!

    Jangan hanya berat sebelah
    Di mana padi, burung mencelah
    Orang yg benar tak akan kalah
    Jauhi 'pemimpin' banyak masalah!

    ReplyDelete
  18. Dgn satu lambang PKR kemenangan dicapai
    Tetapi TDM tu, gerakan dia licik serupa tupai
    Azmin jadi pilihan TDM, Nuar terus terkapai2
    Kalu terus dgn PH, hajat PM8 takkan sampai

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies

    1. Pemimpin yg AnonyMOUSE puja pun tak kurang hebat - ada yg tebus talaq rampas bini orang, ditangkap khalwat dgn artis; ada pulak yg didapati bersalah mrlakukan sidomi oleh 2 mahkamah berasingan.

      Tun M bersih dari perbuatan seks keji & setia dgn isteri kesayangan. Raut wajah & ketrampilan beliau tetap menawan seantero dunia walau dah cecah 93 tahun.

      Delete
  19. Tun dalam umut 93 tahun mampu kembali memastikan menjadi pm. Inikan pula nak memastikan pengantinya. Mudah bagi tun.

    ReplyDelete