Saturday, 15 December 2018

APAKAH EPISOD 1998 AKAN BERULANG KEMBALI?


Di sebalik satu demi satu Ahli Parlimen UMNO bertindak keluar parti di mana sehingga ini jumlahnya sudah mencecah 16 orang, dalam waktu yang sama disahkan seramai 36 Ahli Parlimen BN juga telah menandatangani akujanji menyokong kepimpinan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.


Perkara ini didedahkan oleh Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin yang turut mengumumkan keluar daripada UMNO bersama lima yang lain semalam.


Kata Hamzah yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, sokongan kepada Tun Mahathir itu bertujuan untuk memastikan kestabilan kerajaan dan bagi mengelakkan Parlimen digunakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri.


Tidak sukar untuk memahami bahawa pihak yang dimaksudkan Hamzah yang dikatakan mungkin menggunakan Parlimen untuk menjatuhkan Tun Mahathir itu tidak lain tidak bukan ialah Anwar Ibrahim.


Anwar ketika ini berada dalam dua senario - pertama, sebagai pengganti yang sudah dipersetujui oleh Pakatan Harapan untuk mengambil alih kedudukan Tun Mahathir dalam tempoh kira-kira setahun setengah daripada sekarang dan kedua, beliau mungkin bekerjasama dengan Ahli Parlimen UMNO yang pro kepada Zahid Hamidi untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.


Jika penantian suatu penyeksaan dan ternampak tanda-tanda Tun Mahathir enggan menyerahkan jawatan, pilihan bagi Anwar ialah mengusulkan undi tidak percaya di Parlimen bagi menyingkirkan Tun Mahathir.

Meskipun jika Ahli Parlimen PKR berpecah kerana kumpulan pro Azmin ketika ini dilihat sudah "jatuh cinta" kepada Tun Mahathir, tetapi dengan sokongan DAP dan Amanah, ditambah dengan kehadiran sokongan Ahli Parlimen UMNO serta daripada Sarawak, kebarangkalian untuk Anwar berjaya melakukan rampasan kuasa tidak boleh ditolak.


Tun Mahathir ternampak menyedari hakikat ini dan sebab itu usaha menarik Ahli Parlimen UMNO melompat parti giat diusahakan, selain melalui akujanji sokongan terhadapnya yang melibatkan 36 Ahli Parlimen BN itu.


Bermakna, dalam diam-diam sekarang, wujud perlumbaan kuasa antara Tun Mahathir dan Anwar.


Dalam hal ini, yang menarik sekali ialah Hamzah sekali lagi muncul sebagai watak yang dipergunakan untuk menghalang kemaraan Anwar.


Pada tahun 1998 dahulu, sebelum Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, Hamzah merupakan salah seorang yang memainkan peranan penting dalam episod tersebut.


Melalui rakaman perbualan Anwar mengorat isterinya yang disebar-luaskan waktu itu, ia telah dijadikan sandaran untuk menunjukkan buruknya perangai beliau sebagai bakal pemimpin negara yang kemudian ditambah lagi dengan hebaran cerita serta pendakwaan berkaitan kes liwat terhadapnya.


Sejak tersingkirnya Anwar pada 1998 itu, Hamzah terus melonjak dalam politik sehingga berjaya menjadi menteri, walaupun beliau bukanlah pemimpin yang menonjol sangat ketokohannya.


Apakah kali ini Hamzah sekali lagi akan muncul sebagai watak untuk menghalang Anwar?


Tetapi, jika benar trendnya ke arah itu, mengapa Tun Mahathir tidak mahu menyerahkan jawatannya kepada Anwar, walhal ia sudah dipersetujui dalam Pakatan Harapan?


Apakah kesalahan atau salah laku yang ada pada Anwar ketika ini?


Sampai bila pula Tun Mahathir mahu memegang jawatan Perdana Menteri, sedangkan usianya sudah melebihi 93 tahun dan beliau juga menyatakan hanya mahu memegang jawatan itu selama dua tahun saja?


Siapakah pilihan sebenar yang ada dalam hati Tun Mahathir yang mahu diserahkannya jawatan Perdana Menteri selepasnya? (ShahbudinHusin 15/12/2018)

42 comments:

  1. Replies
    1. Padah ikut ajaran sesat tok garu brahim - wirid & zikir disudahi dgn "Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaahhhh" tebiat syaitan yg direjam.

      Doa & kutukan sesat terbukti sampai saat ini belum pernah mendapat berkat & restu Illahi

      Delete
    2. Syukran... walau ratusan kutukan telah dilemparkan, saya masih hidup sihat wal afiat, malah siap siaga untuk bertemu muka dgn Kejora TongGeng Najib - menunggu jawapan pasti dari sekor desperado, pengecut, pembohong, pengadu domba & tidak ada jati diri,

      Delete
    3. Aku sgt yakin Anwar tak akan jadi PM. Ini mungkin suratan Ilahi sendiri yg mentakdirkan demikian.

      Jika hidup dlm dunia Melayu, melayu adalah manifestasi bangsa yg busuk hati dan bermulut manis.

      Jika terserempak seekor melayu yg jujur, nescaya sayalah orang pertama yg WAJIB MEMBUNUH DIRI.

      Delete
  2. Penerbit yang sama...skrip baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padah ikut ajaran sesat tok garu brahim - wirid & zikir disudahi dgn "Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaahhhh" tebiat syaitan yg direjam.

      Doa & kutukan sesat terbukti sampai saat ini belum pernah mendapat berkat & restu Illahi

      Delete
    2. Rilek man...bernafas dalam iman

      Delete
  3. Budin tak dengar ke cerita terbaru (yes terbaru)_yang Anwar masih melakukan aktiviti meliwat ??? Semua bukti jelas sudah pun berada ditangan PM - pening pening....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liwat 3 plak dah? Aduuuuh..

      Delete
    2. Udah xde komen perang KLIMAKS ke tuan John Doe?

      Delete
    3. Selepas satu satu fitnah yang dilemparkan dan direkayasa terhadap Bang Non dari 1998 hingga lah sekarang ni..tapi dia tetap teguh dan istiqamah menghadapinya.

      Dulu pun difitnah dengan isu ni oleh mantan PM ke 4 dan kini bakal dikitar sekali lagi, tapi oleh PM ke 7. Orang yang sama tapi skripnya berbeza sikit dari dulu. Ini lah hakikatnya politik yang menjadi anutan beliau...fitnah melibatkan pengaiban diri menjadi pegangan utamanya untuk menjatuhkan lawannya dan memastikan agenda dan matlamatnya tercapai..by hook or by crook, mesti dipastikan menjadi kenyataan.

      Jadi rakyat tak heran lah kalau Fitnah liwat 2.0 bakal diputarkan lagi sekali dalam panggung politik negara...ini lah senjata yang paling ampuh lagi berkesan untuk menyekat dan menafikan terus peluang Bang Non untuk merasa kerusi empuk PM ke 8 tu.

      Tun Madey sedar..untuk dia bertarung dalam gelanggang secara adil lagi fair play dengan Bang Non dan mencapai kemenangan mutlak adalah tipis sekali...jadi lebih baik bertarung secara pukul curi...janji dia menang...matlamat menghalalkan cara bhai !!!!

      Delete
    4. Padah ikut ajaran sesat tok garu brahim - wirid & zikir disudahi dgn "Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaahhhh" tebiat syaitan yg direjam.

      Doa & kutukan sesat terbukti sampai saat ini belum pernah mendapat berkat & restu Illahi

      Delete
  4. Sekadar teori konspirasi yg belum pasti benar atau tidak. Dalam arena politik, segalanya mungkin....apapun Tun M lebih licik dari Anwar. Lebih licik dari Najib dan terlebih licik jika mahu dibandingkan dengan Zahid Hamidi. Siapa melawan ,alamat GELAP MASA DEPAN. Hehehekikikihahahakahkahkah

    ReplyDelete
  5. 1998 DSAI mempamir kepimpinan yg terpuji
    Tapi beliau telah dijatuhkan, dgn cara yg keji
    Kini DSAI jadi PM 8, depa cuba mungkir janji
    Tunggu apa lagi DSAI, guna parlimen lah taji

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padah ikut ajaran sesat tok garu brahim - wirid & zikir disudahi dgn "Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaahhhh" tebiat syaitan yg direjam.

      Doa & kutukan sesat terbukti sampai saat ini belum pernah mendapat berkat & restu Illahi

      Delete
  6. Asalnya amno Cuba porak poranda PH tp akhirnya amno Di checkmate olh Madey..
    Perancangan asal Anwar slps Madey akan berjln spt dirancang...

    ReplyDelete
  7. Tun Mahathir menerima masuk bekas-bekas wakil rakyat UmNo ke dalam PPBM adalah didorong azam dan cita-citanya untuk melihat bangsa Melayu kembali bersatu di bawah PPBM selepas UmNo telah menjadi kaum yang berpaling.

    Sekiranya Anwar dan Rafizi benar-benar ikhlas mahu melihat Pakatan Harapan menjadi kukuh, mereka tidak sepatutnya merasa terancam dengan tindakan ini. Bukankah Anwar orang yang paling gemar mempromosikan kaedah lompat parti demi menjatuhkan kerajaan? Masih ingat episod 16 September penggal PRU yang lepas?

    Maka apa salahnya tindakan PPBM menerima bekas-bekas ahli UmNo yang tidak terpalit jenayah ataupun skandal? Kecualilah sekiranya Anwar mempunyai 'rancangan lain'.

    Isu Tun M tidak mahu menyerahkan kerusi PM kepada Anwar selepas 2 tahun tidak timbul kerana Tun telah beberapa kali berkata dengan jelas Anwar adalah penggantinya.

    Isu sebenarnya ialah mampukah Anwar menahan diri sebelum Tun menghabiskan tempoh 2 tahunnya?

    Al-Malhamah Al-Kubra bakal berlaku ketika Pembawa Panji Hitam masih memegang kekuasaan di Bandaraya Akhir Zaman. Ini adalah formulanya.

    Ditukar kepada fakta semasa ia bermaksud PERTEMPURAN KLIMAKS bakal berlaku ketika Tun Mahathir masih memegang kekuasaan yang sah di Seri Perdana.

    Sebarang percubaan untuk menjatuhkannya bakal gagal. Sebaliknya percubaan itu akan membawa kepada berlakunya PERTEMPURAN KLIMAKS dan apabila ia berlaku Pasukan Tun Mahathir akan menang mutlak ke atas lawan-lawannya yang bersekutu.

    Tun Mahathir adalah 'ketua pasukan yang tidak pernah tewas'. Ia akan kekal sedemikian sehinggalah zaman fitnah ditinggalkan, in shaa Allah.

    2019M / 1440H in shaa Allah.


    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga penganalisa politik negara tidak berpartisan berpendapat...mantan PM ke 4 ni terlalu bersikap pendendam orangnya dan tak mudah untuk melupakan apa yang telah berlaku kepada diri dan anaknya, yang dikatakan dilakukan oleh UMNO.

      Tentu kita ingat betapa marah dan kecewanya Tun bila kehendaknya untuk membina jambatan Bengkok , yang mana projek tersebut telah dimenangi oleh kroninya...tetapi kemudiannya tidak disokong oleh Pak Lah dan dibatalkan terus kerana ternyata tidak feasible kepada negara. Tun ingat bila DS Najib naik jadi PM ke 6, dia akan meluluskan semula projek tersebut, tapi tidak berlaku mengikut perancangannya. DSNR juga tidak meluluskan projek tersebut.

      Tentu kita juga ingat betapa marah dan kecewanya TUn Madey bila anaknya Boboi Botak kalah dalam pemilihan jawatan KP UMNO dan kemudiannya VP UMNO, sedangkan dia amat2 mengharapkan agar DSNR memayung anaknya dan menyediakan laluan mudah untuk Boboi menang.

      Bila itu tak berlaku..dah tentu lah Tun kecewa dan marah kerana legasinya melalui Boboi tak dapat diteruskan dalam UMNO. Dan kemarahan tu dilempiaskan kepada DSNR dan UMNO secara keseluruhan.

      Jadi memang ada kebenarannya jika dikatakan hajat Tun dan BERSATU ialah untuk menelan UMNO dan menjenamkannya semula sebagai UMNO 3.0 .

      Ini adalah umpama serampang dua mata...iaitu melempiaskan dendam lamanya terhadap DSNR dan UMNO, dan secara tak langsung untuk mengimbangi kekuatan PKR dan DAPigs dalam parlimen...setuju tak kengkawan sekelian???

      Delete
    2. Padah ikut ajaran sesat tok garu brahim - wirid & zikir disudahi dgn "Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaahhhh" tebiat syaitan yg direjam.

      Doa & kutukan sesat terbukti sampai saat ini belum pernah mendapat berkat & restu Illahi

      Delete
    3. Ada juga rakyat yang waras berpendapat..perjuangan Tun Madey untuk melihat melayu kembali bersatu tak jauh bezanya dengan apa yang telah ditegaskan oleh Papagomo dan malay muslim brotherhoodnya dan juga gagasan blok ketiga yang diterajui oleh Reggie Rithaudeen dan Dato Anwarddin.

      Kedua2 gagasan tersebut juga memperjuangkan agar melayu Islam bersatu di bawah pemimpin2 melayu untuk terus menerajui kerajaan dan secara tak langsung...menggagalkan hajat DAPigs dan sekutu2 mereka untuk melenyapkkan ketuanan melayu di negara tercinta ni !!!!

      Delete
  8. Jelas juga dgn surat terbuka Rafizi pd Khairy yg mana Rafizi cuba halang lebih ramai ahli/MP umno dari keluar dan sokong Tun melalui Khairy...mngkin kah....

    ReplyDelete
  9. Mahathir vs anwar...mahathir rekasaya mcm 1 Malaysia vs anwar!!!

    Huhhu

    Jika UMNO bekerjasama dengan DAP siap sedia untuk tukar nama parti SAMPAH!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padah ikut ajaran sesat tok garu brahim - wirid & zikir disudahi dgn "Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaahhhh" tebiat syaitan yg direjam.

      Doa & kutukan sesat terbukti sampai saat ini belum pernah mendapat berkat & restu Illahi

      Delete
  10. Syok ke jadi pm ni, lagi syok jadi raja.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. ds zainiddin hamzah tlh memberi kata dua (ultimatum) utk ds zahid meletak jawatan dlm masa 10 hari.

    kita tunggu saja apa akan terjadi selepas itu.

    saya percaya bro anwar sekarang sdn dlm 'kepanasan'.

    tapi yg lucu nya saya juga percaya yg yab tun m 'is as cool as a cucumber' (idiom).

    ReplyDelete
  13. apa lah Shahbudin ni mengarut aje, belum pun sampai tempoh 2 tahun, baru 8 bulan, sudah membuat tuduhan Tun M tak nak serahkan kpd Anwar. dulu lain sekarang lain, Tun hanya nak negara selamat di rompak oleh Najib, Zahid dan geng geng klepto nya dalam UMNO. Ini adalah FAKTA.

    ReplyDelete
  14. Fuyooo...Bang Non dah beri warning dan menegaskan pendirian PKR tentang exodus secara massa MP2 serta ADUN2 UMNO keluar parti dan dah tentu lah bakal menyertai Bersatu selepas tempoh bertenang nanti.

    Senario ini sangat2 membimbangkan Bang Non, PKR serta DAPigs yang merasakan hegemoni mereka dalam politik Msia bakal dicabar dengtan hebat oleh Bersatu nanti!!!

    Anwar: PKR tolak kemasukan pemimpin pembangkang ke dalam Fuckatan Haprakan...membahayakan kejituan dan kesepaduan koalisi itu!!!

    Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata parti itu setakat ini menolak permintaan daripada beberapa pemimpin pembangkang yang berminat menyertai PKR.

    Anwar berkata keputusan itu dibuat untuk mempertahankan integriti dan prinsip perjuangan parti serta memastikan agenda reformasi dapat dicapai.

    "PKR telah didekati dan saya bertemu dengan mereka. Saya fikir dalam politik, walaupun orang menyatakan rasa tidak senang pada pertemuan yang mana saya tak faham, bagi saya melakukan pertemuan dan mempunyai hubungan mesra harus digalakkan.

    "Tetapi saya jelaskan kepada mereka, anda boleh kekal dalam parti anda, atau menjadi bebas tetapi sukar pada masa ini untuk menerima mereka kerana mood orang ramai umumnya adalah untuk menyokong PH dan agenda pembaharuan kami," katanya ketika ditemui di Universiti Malaya.

    Terdahulu, Anwar melancarkan buku Naib Presiden PKR bertajuk 'Lakaran Jiwa Merdeka: Catatan Dari Penjara Kajang' di universiti tertua Malaysia itu.

    Anwar berkata mereka telah memberitahu rakyat bahawa parti itu komited untuk melakukan perubahan.

    "Kami berjuang dalam pilihan raya bersama-sama menentang kerajaan yang korup dan oleh itu anda mesti membenarkan kami meneruskan ini tanpa sebarang halangan.

    "Apa pun konsensus, kita harus menghargai fakta bahawa ini adalah perubahan yang dilakukan kerajaan.

    "Kita komited kepada agenda PH, isu integriti dan keperluan untuk melaksanakan langkah-langkah yang berkesan mesti dilaksanakan," katanya, sambil menambah terserah kepada Bersatu untuk mempertimbangkan pandangan tersebut.

    Persoalan yang besar di sini ialah...mau ke Tun Madey dan Bersatu menerima pandangan Bang Non tersebut sedangkan kemasukan beramai2 MP2 dan ADUN2 UMNO ni kedalam BERSATU merupakan talian hayat terakhir bagi BERSATU dan Tun Madey untuk menafikan jawatan PM ke 8 kepada Bang Non dan seterusnya mengimbangi kekuatan dan pengaruh PKR dan DAPigs dalam parlimen dan kerajaan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persoalannya - siapa menghadap siapa...??

      Mentelah pula, keyakinan rakyat berbilang bangsa & agama di semenanjung, Sabah & Sarawak terhadap Tun M semakin menyerlah melalui Amanah, PKR, DAP, UMNO & Warisan. Ini ditambah lagi dgn penghormatan tertinggi seantero dunia, khususnya dari negara2 Islam.

      Delete
  15. Nak tanya korang lah kat blog ni...sapa yang paling terkesan dengan isu MP2 UMNO keluar parti ni...UMNO Atau Pakatan Harapan Yang Sedang Bergegar????

    Baru2 nie, politik tanah air dipanaskan dengan berita 14 pemimpin Umno Sabah tinggalkan parti dan menyatakan sokongan secara terbuka kepada Dr. Mahathir...

    Bila berita nie meletup, ramai yang menjangkakan bahawa ini adalah penghujung kepada riwayat Umno Sabah...

    Tapi mereka lupa, berdirinya Umno adalah kerana kekuatan di akar umbi dan bukannya terletak pada seorang dua pemimpin...

    Tak dapat dinafikan, bila pemimpin khianat pada partinya sendiri, sedikit gegaran akan dirasakan oleh ahli parti...

    Tapi dengan semangat dan keikhlasan perjuangan dari ahli parti, gegaran PASTI akan dapat ditenangkan, saf PASTI akan dapat dirapatkan semula...

    Yang Keluar Parti Ialah Pemimpin UMNO Tapi Kenapa Pemimpin Pakatan Harapan Yang Jadi Macam Cacing Kepanasan???

    Memang dah di jangkakan, ada konspirasi yang cuba membawa pemimpin2 UMNO keluar beramai2...

    Tapi satu perkara yang sangat2 menarik untuk kita perhatikan ialah, yang keluar meninggalkan parti ialah pemimpin UMNO...

    Mereka secara terbuka menyatakan sokongan kepada Dr. Mahathir...

    Sepatutnya, berita nie disambut baik oleh semua pemimpin Pakatan Harapan...

    Sebab ianya pasti akan menambahkan bilangan kerusi Pakatan Harapan di Dewan Rakyat dan mengurangkan kerusi pembangkang terutamanya UMNO...

    Tapi sebaliknya yang berlaku, DAP mengeluarkan AMARAN kepada Dr. Mahathir supaya tak jadi pengutip sampah secara besar2an...

    Bukan Ronnie jer yang sound Dr. Mahathir tapi Ramkarpal Singh pun tumpang sekaki...

    Kenapa DAP tak suka dan marah dengan tindakan Dr. Mahathir???

    Sebabnya, kalau Dr. Mahathir terus dapat perkukuhkan PPBM dengan mencuri kerusi UMNO, maka DAP dah tak boleh PERKUDAKAN Dr. Mahathir untuk teruskan agenda Malaysian Malaysia DAP...

    Jelas Dr. Mahathir sekarang nie hanyalah PATUNG BERNYAWA TANPA SUARA dalam kabinet Malaysia...

    PKR Pun Menggelupur Rupanya????

    Bakal perdana menteri yang paling lama menunggu giliran dalam sejarah Malaysia malah mungkin dalam sejarah dunia, Anwar Ibrahim, pantas mengatur langkah...

    Di katakan Anwar dan Kit Siang bertemu dengan Nazri Aziz (khabarnya dengan restu presiden UMNO) untuk membincangkan sesuatu bagi memastikan sokongan MP UMNO nanti...

    Tapi akar umbi UMNO tak bersetuju dan menentang cadangan gila tu...

    Kenapa Anwar menggelabah???

    Kenapa Kit Siang pun menggelabah???

    Jawapannya mudah, kalau PPBM dah ada kerusi majoriti dalam Pakatan Harapan, maka Anwar akan terus dalam penantian dan patung belaan DAP akan mula makan tuan...😂😂😂

    Jadi pada semua ahli UMNO yang masih taat kepada perjuangan parti :

    》Biarkanlah ahli2 parlimen yang nak melompat ke PPBM tu melompat dan apa pun alasan bangang yang dia orang bagi, kita semua tahu itu semua untuk menutup pengkhianatan mereka sedangkan matlamat utama mereka ialah untuk kepentingan dan kemewahan peribadi, yakinlah, Allah swt sedang membantu kita membersihkan UMNO dari pengkhianat2 dari dalam UMNO sendiri...

    》Mereka PASTI akan datang kepada kita sebab pemimpin yang keluar itu tak membawa ahli2 UMNO bersama mereka, betul, kita akan kehilangan suara di parlimen tetapi POLITIC IS ALWAYS ABOUT NUMBER, pada PRU 15 nanti, percayalah, sama ada mereka TIDAK AKAN menjadi calon atau AKAN KALAH dalam PRU 15 sebab yang akan mengundi nanti ialah ahli UMNO yang mereka khianati!!!

    》Kepada pemimpin UMNO dan PAS, usahakanlah satu kerjasama antara kedua2 parti orang Melayu Islam di Malaysia kerana , In Sya Allah, Putrajaya akan berada dalam genggaman kita pada PRU 15...Aminnnn!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keyakinan rakyat berbilang bangsa & agama di semenanjung, Sabah & Sarawak terhadap Tun M semakin menyerlah melalui Amanah, PKR, DAP, UMNO & Warisan. Ini ditambah lagi dgn penghormatan tertinggi seantero dunia, khususnya dari negara2 Islam.

      Delete
  16. Cubalah cari titik persamaan supaya kuasa yg ada dperuntukan itu untk kesejahteraan rakyat..balik je pd asal..perjanjian udah d buat sebelum menang p r u 14..ph kan berkuasa umnobn yg kuat hebat akhirnya merempat..
    hati2 pengkhianat..berupa2 ini hantu saka puaka menjelma dimerata tempat..kelihatan baik tapi pendusta curang pencela melanun penjahat..

    masih kami tetap dgn janji manifesto p h..dan masih bersangka baik dsebbkan kecelaruan hutang negara yg x telus era kerajaan lama..uruskanlh dgn yg terbaik..supaya rakyat x rasa pahit..

    Kurangkan politiking politikong..buat rakyat ramai bengang binggong..apa peduli umno hampir kosong..bkn tiada jasa banyak klentong..siapa dpt peluru siapa dpt kelonsong..sebhgian kenyang sebhgn melopong..rakyat susah jgn susah x tertanggung..
    hehhehhehhehbongkarmelayumelayu..
    Asak bang Shah kasi umno dorang bergasak..

    ReplyDelete
  17. Tabik lah pada presiden UMNO ni...sikit pun tak panik dan menggelabah dengan isu keluar parti yang melanda UMNO ketika ini, malah masih terus beristiqamah dan masih mampu lagi mententeramkan hati ahli2 akar umbi UMNO seluruh negara!!!

    Ahli UMNO jangan panik - Zahid Hamidi

    Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang akhbar di Menara Dato Onn, PWTC, hari ini.

    Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpesan kepada ahli-ahli partinya supaya tidak panik susulan tindakan beberapa Ahli Parlimen dan pemimpin parti itu yang keluar daripada UMNO sejak kelmarin.

    Menerusi status dalam laman Twitter beliau hari ini, Ahmad Zahid menganggap apa yang berlaku itu merupakan harga yang terpaksa dibayar untuk kembali kepada perjuangan UMNO yang sebenar.

    Malah beliau menyifatkan kemelut yang berlaku itu hanya bersifat sementara dan tidak menjejaskan sokongan daripada akar umbi.

    "Ahli-ahli UMNO tidak perlu panik. Ini mungkin harga yang terpaksa kita bayar, bila kita ingin kembali kepada perjuangan UMNO yang sebenarnya untuk memartabatkan agama dan bangsa.

    "Biarpun terdapat (mereka) yang tinggalkan Umno, kita percaya ia tidak menjejaskan dokongan akar umbi. Ini bersifat sementara," katanya.

    Selepas beberapa ahli UMNO Sabah mengumumkan keluar daripada parti itu kelmarin, hari ini beberapa lagi Ahli Parlimen UMNO dilaporkan melakukan tindakan sama antaranya Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

    Ternyata UMNO kini dalam fasa pemutihan untuk menendang keluar pengkhianat2 bangsa melayu dari parti keramat tu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa dengan 45 tuduhan pecah amanah, menerima rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM114 juta (S$37.8 juta) pada pagi Jumaat (19 Okt).

      Lapan daripada 45 tuduhan yang dikenakan ke atas Dr Ahmad Zahid membabitkan suapan berjumlah RM21.25 juta (S$7.05 juta) semasa beliau menjadi menteri dalam negeri, menurut laporan Malaysiakini.

      Tuduhan yang dikenakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasauh Malaysia (SPRM) itu melibatkan tiga kes berasingan.

      Kes pertama melibatkan bantuan kepada Mastoro Kenny It Consultant & Services mendapatkan projek MyEG.

      Dalam kes berkenaan, Dr Ahmad Zahid menerima sejumlah 24 cek bernilai RM13.25 juta (S$4.40 juta) antara 15 Julai 2016 hingga 8 Feb 2017.

      Dalam kes kedua pula, Dr Ahmad Zahid dituduh menerima dua cek bernilai RM6 juta (S$1.99 juta) daripada Chew Ben Ben, Datasonic Group Bhd pada 26 April 2017, lapor Malaysiakini.

      Encik Chew kini adalah pengarah urusan Datasonic dan pemegang saham utama, dengan kepentingan 14.18 peratus dalam kumpulan itu.

      Pada Disember 2015, Datasonic memperolehi kontrak kerajaan bernilai RM318.75 juta (S$106 juta) untuk membekalkan 12.5 juta cip pasport dari Disember 2016, sehingga akhir November 2021.

      Pada bulan April, kumpulan itu berjaya mendapatkan kontrak RM270.71 juta (S$89.8 juta) daripada Kementerian Dalam Negeri Malaysia untuk membekalkan 9.96 juta laman biodata polikarbonat bagi kegunaan Jabatan Imigresen.

      Bagi kes ketiga pula, mantan timbalan perdana menteri Malaysia itu dituduh menerima tiga cek bernilai RM2 juta (S$663,500) daripada pengarah Profound Radiance Sdn Bhd, Azlan Shah Jafril, antara 3 Ogos 2017 hingga 15 Mac 2018.

      Menurut SPRM, Profound Radiance menjalankan pusat sehenti di Nepal dan Pakistan.

      Pusat itu memproses permohonan visa bagi mereka yang mencari pekerjaan di Malaysia.

      Profound Radiance adalah salah satu daripada tiga syarikat yang dilantik oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia bagi menguruskan pusat sehenti itu semasa Dr Ahmad Zahid menyandang jawatan sebagai menteri dalam negeri.



      Delete
    2. TERBARU....!!

      KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan tambahan melakukan pecah amanah membabitkan wang RM10 juta.

      Kesalahan membabitkan wang milik Yayasan Akalbudi itu didakwa dilakukan bekas timbalan perdana menteri itu tiga tahun lalu pada Disember 2015.

      Delete
  18. Sepatutnya ini lah masa yang sesuai untuk UMNO bermuhasabah dan mencari titik jalan agar parti keramat tersebut terus kukuh lagi releven keberadaannya dalam persada politik negara..khususnya untuk bani melayu Islam tercinta.

    Sudah SEWAJIBnya nasihat bernas ini perlu dilaksanakan dengan kadar segera oleh pemimpin2 UMNO yang masih cintakan parti ni!!!!

    Henti Menunding! Mulakan Berunding!

    Senario politik berubah mendadak dalam masa kurang dari setahun peralihan kuasa.

    Kekuatan parti terbesar BN yakni UMNO yang gah dengan lebih 100 kerusi sebelum PRU12 merosot kepada kurang 40 kerusi hari ini.

    Jangan dinafikan! Perkembangan sebegini sememangnya beri kesan kepada mentaliti penyokong serta akar umbi UMNO.

    Motivasi akar umbi bagai dicarik halus sedikit demi sedikit dengan mainan psikologi lawan.

    Jangan terlalu yakin dengan berkata yang melompat hanyalah pemimpin tetapi penyokong dan akar umbi kekal setia.

    Adakah ini benar???

    Sebab kata beginilah yang diulang ucap sebelum PRU14 bahawa BN sedang mendapat majoriti dan bakal menang. Kesudahannya tergigit lidah apabila diucap tidak selari dengan apa terjadi.

    Keadaan parah begini, adalah baik diadakan mesyuarat dan pungutan suara di setiap peringkat dari kalangan ahli parlimen UMNO, Majlis Tertinggi, ketua bahagian dan cawangan.

    Jangan dibiarkan senario ini berterusan kerana dari parah membarah bawa ke rebah.

    Langkah damage control perlu segera digerakkan supaya moral dan motivasi penyokong terus yakin dengan UMNO.

    Apa guna kepimpinan dalaman UMNO terus menunding dan mengugut jika diri sendiri tidak mahu berunding.

    Kesimpulannya....Hentikan menunding! Mulakan Berunding tanpa bertangguh lagi!!!!!

    ReplyDelete
  19. Rakan2 sehati sejiwa di blog ni..khususnya seperti Wak Suman Tempek, Bulat Kontol, Si Kulop melayutakberkhatan dan cai2 yang sewaktu dengannya..Aku ambik kesempatan kat sini untuk berkongsi dengan korang satu luahan jujur lagi ikhlas dari sorang netizen yang juga penyokong kuat UMNO... berkaitan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ni !!!

    Jadi pembangkang fokus sahaja kepada kerja melemahkan kerajaan. Jika mahu melemahkan pembangkang baik sertai kerajaan.

    1. Saya bukan orang Presiden. Tapi apabila Ahmad Zahid menang beliau perlu diberi ruang mencorakkan hala tuju UMNO dalam tempoh tiga tahun ini.

    2. Sudah tentu kita berhak mengkritik kepimpinan beliau kerana ini parti demokrasi. Saya juga sering melakukan perkara yang sama. Namun kritikan dan teguran harus ada batas dan adab. Janganlah meroyan macam seorang calon Presiden yang kalah.

    3. Andaian bahawa wakil rakyat UMNO tidak akan keluar parti jika Presiden UMNO hebat adalah penyedap rasa sahaja. Hakikatnya wakil-wakil rakyat UMNO akan tetap keluar parti walau siapa pun Presiden.

    4. Ini kerana yang keluar parti bukan faktor dalaman tetapi kerana faktor luaran yang tidak mungkin dapat dihalang oleh sesiapa Presiden UMNO pun.

    5. Kenapa ahli perlu gundah gulana apabila ada wakil rakyat keluar UMNO. Adakah kita tidak dapat makan bila mereka keluar parti? Apakah hidup kita terjejas kerana parti kekurangan wakil rakyat?

    6. Hakikatnya, apabila tidak berkuasa, sama ada parti ada 50 ahli parlimen atau 10 orang sahaja tidak banyak berbeza.

    7. Parti-parti yang membentuk kerajaan hari ini tidak mempunyai kerusi sebanyak UMNO hari ini namun mereka berjaya menjadi kerajaan.

    8. Parti-parti yang membentuk kerajaan hari ini juga kehilangan ramai pemimpin sebelum pilihan raya namun mereka menang kerana isu dan ahli yang kekal dengan perjuangan parti.

    9. Kita kecewa dengan sikap wakil rakyat dan pemimpin UMNO yang keluar parti dan akan menyertai Bersatu. Namun mereka juga perlu membuat pilihan atas keutamaan diri.

    10. Percayalah sesiapa pun menjadi Presiden UMNO, ahli parlimen ini tetap akan keluar parti kerana ada desakan lain di luar kawalan parti.

    11. Jadi pembangkang fokus sahaja kepada kerja melemahkan kerajaan. Jika mahu melemahkan pembangkang baik sertai kerajaan.

    ReplyDelete
  20. Ramai Rakyat..khususnya ahli2 UMNO berpendapat ada hikmahnya MP2 dan ADUN2 UMNO ni keluar parti. Nampak sangat mereka ni semuanya bukan lah pejuang parti sebenar tapi lebih kepada pengkhianat bangsa dan bani melayu yang berjuang untuk kepentingan peribadi saja...mampih pi lah depa semua !!!!

    Keluar UMNO sebab hilang projek????

    Ini Bukan soal UMNO hilang hala tuju, tetapi tindakan wakil rakyat dan ketua bahagian UMNO keluar dari parti itu beramai-ramai adalah disebabkan kehilangan projek.

    Itu antara tiga sebab utama mengapa pada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO meninggalkan parti itu seperti yang digariskan oleh bekas Panel Pemikir Jasa, Tun Faisal Ismail Aziz.

    Menurut Tun Faisal melalui catatan di Facebooknya, isu hala tuju tidak perlu timbul kerana Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menjelaskannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2018 yang lalu.

    Katanya, sebab utama mereka lompat adalah hilang punca pendapatan, tiada lagi peruntukan dan tidak mahu didakwa oleh kerajaan baharu.

    “Berdasarkan pemerhatian, Ahli Parlimen dan ketua-ketua bahagian tertentu ini keluar parti atas tiga sebab utama.

    “Pertama, hilang punca pendapatan terutama bagi mereka yang mengharapkan projek kerajaan. Kedua, tiada peruntukan untuk menjaga kawasan.

    “Ketiga, tidak mahu didakwa oleh kerajaan Pakatan Harapan melalui Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM), polis, Peguam Negara dan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri),” katanya.

    Katanya, apabila para wakil rakyat dan ketua bahagian itu lompat bersama dengan kerajaan, pastinya tiga masalah itu tidak lagi menghantui mereka.

    “Faktor-faktor ini menjadikan mereka terdesak dan keluar parti sedangkan pemimpin lapisan kedua, ketiga dan ahli-ahli biasa UMNO yang tiada tiga masalah ini tidak terdesak meninggalkan parti,” ujarnya.

    ReplyDelete
  21. Fuuuhhh..Pemimpin macam ni lah yang betul2 boleh kita angkat sebagai pejuang dan pembela agama dan bangsa melayu yang cintakan prti keramat ni sepenuh jiwa raganya!!!!

    Jom kita semua luangkan masa untuk mendengar apa pesanan bernas tu beb !!!

    UMNO mesti mengembalikan kepemimpinan berprinsip dan bermoral dalam usaha memulih dan membangunkan parti itu yang kini berdepan dengan krisis kepercayaan.

    Perkara itu disuarakan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang percaya parti keramat orang Melayu itu perlu kembali kepada fitrah bahawa setiap pemimpin mesti diyakini kerana kebenaran nurani dan bukan kerana kuasa.

    “UMNO akan terus susut tanpa pemimpin berprinsip dan mempunyai wibawa moral yang utuh.

    Ia hanya akan kembali pulih, jika kita boleh mencari pemimpin yang percaya bahawa berpegang kepada prinsip adalah perjuangan yang sebenar-benar perjuangan.

    “Telah tiba masanya kita mencari mereka yang yakin dengan ideologi UMNO yang hakiki.

    iaitu memperjuangkan politik pertengahan yang akan membuahkan kebaikan kepada bangsa Melayu dengan seba­nyak-banyaknya, tanpa menga­baikan kepentingan rakyat Malaysia yang lain,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebook beliau hari ini.

    Tambah Mohamad lagi, ha­nya mereka yang percaya dengan prinsip dan meyakini ideologi tersebut akan mampu memberikan kepemimpinan berwibawa untuk bangsa Mela­yu dan Malaysia yang berkemajuan.

    “Jika ada kudrat, insya-Allah, inilah sebahagian dari apa yang saya akan ikhtiarkan untuk UMNO yang tenat ini.

    Mencari dan membangunkan pemimpin baharu yang berprinsip dan mempunyai kekuatan rohani serta moral yang unggul.

    “Tanpa mereka sebegini, bukan sahaja UMNO, malah mana-mana parti politik sekalipun, pasti akan menempuh detik pengakhirannya,” kata beliau.

    Sementara itu, beliau turut menzahirkan rasa bimbang ekoran perkembangan politik yang menimpa UMNO ketika ini selain sedih apabila banyak pemimpin yang telah meninggalkan perjuangan parti itu.

    “Tetapi inilah politik, masing-masing ada perhitungan sendiri dan mereka pasti mempunyai rancangan sendiri dan kita harus menghormatinya. Tiada paksaan dalam sebarang perjuangan, kese­tiaan bukan sesuatu yang kita boleh tuntut daripada sesiapa pun,” ujar beliau.

    Walau bagaimanapun, Mohamad menegaskan bahawa yang mesti ada dalam perjua­ngan ialah prinsip kerana perjuangan tanpa prinsip ialah sesuatu yang rapuh dan pasti tidak berkelangsungan.

    “Perjuangan yang berprinsip ialah perjuangan yang terbit daripada keyakinan moral yang mendalam bahawa apa yang kita perjuangkan itu, dapat kita benar-benar jiwai,” jelas beliau.

    ReplyDelete
  22. Terbukti jelas, pemimpin, orang umno dan penyokong umno masih kekal dgn perangai dan minda yg sama bukan untuk ugama, bangsa dan negara. Sudah2 lah..mesia dah lama menderita dan dah nak lingkup.
    Perkara ini akan reda, apabila sorang demi sorang pemimpin umuno yg ada skandal, satu persatu akan dibawa ke makamah.

    ReplyDelete
  23. Puak2 UMNO bila jadi pembangkang macam jadi orang bodoh terlopong nak bangkang pun tak ada idea..dulu jadi kera jaan bukan main seronok belasah PH dapat kontrak mula ingat komisen dari tokey2 cina...sekarang habuk pun tak ada poket pun kontang mula lah otak jadi buntu balik rumah pun tak ada home work..lebih baik keluar parti selamatkan diri dan kemaluan besar.

    ReplyDelete
  24. Tak gune rakyat menyahkan umno dlm PRU 14 dulu. PH terutama Bersatu sepatutnya jgn terima katak-katak umno ni. Rakyat tak mau dna umno ada dlm PH

    ReplyDelete