Tuesday, 11 September 2018

ZAHID HAMIDI MACAM BISKUT?


Di ketika Najib Razak semakin kerap muncul di tempat awam dan lebih rajin menulis atau menjawab pelbagai isu di media sosial, ramai yang bertanya di mana Zahid Hamidi sekarang ini?


Kenapa beliau lebih banyak mendiamkan diri dan tidak bersuara apa-apa dalam sekian banyak isu yang melanda negara sedangkan jawatannya adalah Presiden UMNO dan Ketua Pembangkang?


Beliau dilihat hanya aktif ketika berkempen untuk jawatan Presiden UMNO sebelum ini dan kemudian terus senyap sehinggalah diketahuitentang pemergiannya menunaikan haji ke Mekah.


Sekembalinya daripada Mekah, tiada apa-apa khabar berita kedengaran mengenai dirinya, tup-tup baru-baru ini beliau muncul sekali dalam kempen pilihanraya di Seri Setia dengan janji, "Insya Allah ana akan datang" ke Muktamar Pas di Kuala Terengganu, hujung minggu ini.


Selepas itu, beliau senyap lagi dan kita mungkin hanya akan melihat gambar-gambarnya berkopiah putih sambil berpeluk dengan Hadi Awang atau Tuan Ibrahim Tuan Man di Muktamar Pas pada 15 dan 16 September akan datang.


"Dia dah macam biskut, sekejap ada sekejap hilang," kata seorang pemimpin UMNO peringkat bahagian yang ditanya mengenai gaya kepimpinan Zahid Hamidi sejak beliau memimpin UMNO menggantikan Najib Razak.


"UMNO ada ketua paling lemah ketika ini," tambah pemimpin bahagian itu lagi.


Ramai yang tidak faham sebenarnya mengapa Zahid Hamidi lebih banyak mendiamkan diri daripada bersuara di ketika negara sekarang ini dilanda pelbagai isu di mana sebagai ketua parti yang sudah jadi pembangkang, beliau seharusnya memainkan peranan yang lebih aktif untuk meraih sokongan rakyat.


"Bahkan, sudah mula kedengaran ada pemimpin UMNO di bawah sudah mula bersungut dengan kepimpinan Zahid Hamidi kerana mereka seolah-olah dibiarkan tanpa haluan seperti "ayam kehilangan ibu" ketika ini.


"Kadang-kadang pula kita rasa macam Lokman Noor Adam saja yang sedang jadi Presiden UMNO,"  tegas pemimpin UMNO bahagian itu seterusnya.


Hairan, kenapa Zahid Hamidi tidak mengaktifkan dirinya sebagai Presiden UMNO sedangkan dulunya bersungguh-sungguh berkempen untuk jawatan tersebut?


Apa yang masih ditunggunya untuk menggerakkan parti?


Apakah beliau bertanding untuk jadi Presiden UMNO dahulu dengan satu harapan bahawa dalam waktu terdekat ini bekas mentornya, Anwar Ibrahim akan jadi Perdana Menteri dan dengan itu beliau dapat membawa kembali parti pimpinannya yang sudah tiada kuasa untuk berkongsi kuasa?


Namun, apakah apabila Anwar kemudiannya bertegas tidak akan membentuk sebarang kerjasama dengan UMNO apabila beliau menjadi Perdana Menteri, lalu membuatkan Zahid Hamidi terus patah hati dan kecewa? (ShahbudinHusin 11/09/2018)

70 comments:

  1. Replies
    1. PAS Tempelak Rafizi. Menang dulu baru cakap



      Menang dahulu baharu cakap !

      Lepas tu perbetulkan dahulu dalam parti, baharu cakap hal luar parti !

      Ungkapan sinis itu dilontarkan Timbalan Menteri Besar kerajaan PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mahu Rafizi Ramli memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR terlebih dahulu.

      Jangan sesuka hati keluar kenyataan yang mana Pakatan Harapan (PH) akan merampas Kelantan dan Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

      Mohd Amar juga menasihatkan Rafizi supaya selesaikan masalah dalaman parti itu terlebih dahulu sebelum memasang angan-angan untuk merampas Kelantan dan Terengganu.

      “Jangan angan-anganlah….bagi saya sebagai calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi perlu menang dalam pemilihan parti itu sebelum beliau mengeluarkan kenyataan demikian.

      “Bila sudah menang, barulah boleh cakap apa yang dia suka,” katanya di sin.

      Beliau diminta mengulas kenyataan Rafizi yang menjangkakan hubungan erat antara UMNO dan PAS akan membuka ruang kepada PH untuk merampas Kelantan dan Terengganu pada PRU-15.

      Rafizi dilaporkan berkata, kerjasama antara UMNO dan PAS bakal mengubah pola pengundian di kedua-dua negeri Pantai Timur itu yang selama ini setia kepada parti itu saja.

      Beliau menjangkakan UMNO dan PAS akan menjadi lebih rapat selepas ini selepas kerjasama rasmi terutama pada dua Pilihan Raya Kecil, Sungai Kandis dan Seri Setia.

      Sumber : https://www.bacalahmalaysia.com/


      : Rafizi rasa dirinya serba sempurna....

      Delete
    2. Pasca Kes LGE, Di Mana Nilai Khir Toyo?



      PEJABAT Peguam Negara boleh memberi apa sahaja alasan dan justifikasi pengguguran kes rasuah Menteri Kewangan Lim Guan Eng (LGE) minggu lepas. Hakikatnya kes tersebut tidak mungkin digugurkan jika pejabat Peguam Negara tidak diketuai oleh bekas peguam beliau Tommy Thomas.

      Semua orang bercakap mengenai persamaan kes bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dan Lim Guan Eng. Terdapat juga komen-komen mereka yang tidak mengikuti kes Mohamad Khir dengan terperinci cuba menyatakan ada perbezaan kepada inti pertuduhan yang menyebabkan Dr Khir didapati bersalah dan Lim Guan Eng dibebaskan.

      Oleh kerana kedua-dua kes sudah habis perbicaraan maka orang awam bebas menulis dan mengulas tanpa berhadapan kemungkinan disabitkan pertuduhan menghina mahkamah.

      Sebagai orang yang meneliti perjalanan kes Dr Khir dengan terperinci dan juga kes Lim Guan Eng, saya berani menyatakan Lim Guan Eng akan didapati bersalah jika kes tersebut diteruskan. Atas sebab itu, pejabat Peguam Negara tiada pilihan kecuali menarik semula pertuduhan di tengah perbicaraan.

      Jika benar kes ini lemah seperti dakwaan pihak pendakwa, mereka boleh sahaja meneruskan perbicaraan dan membiarkan mahkamah membebaskan Lim Guan Eng. Ini akan menyelamatkan integriti dan imej kerajaan hari ini.

      Hakikatnya kes Lim Guan Eng lebih kuat dan kukuh dari kes Dr Mohamad Khir Toyo. Kedua-dua mereka didakwa di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan.

      Dalam kes Pendakwaraya lawan Dr Mohamad Khir Toyo, mahkamah memutuskan beliau bersalah kerana membeli barangan dengan balasan tidak setimpal dengan orang yang mempunyai hubungan rasmi dengannya.

      Menurut Yang Arif Datuk Wira Mokhtarudin Baki dalam penghakiman ke atas Mohamad Khir, Perkara 165 Kanun Keseksaan tidak memerlukan sebarang bukti berlaku unsur rasuah atau suapan. Ia hanya perlu membuktikan seorang penjawat awam mendapat sesuatu barangan dengan balasan tidak mencukupi daripada seseorang yang mempunyai hubungan rasmi.

      Dalam kes ini Mohamad Khir dituduh mendapat satu barangan berharga bagi dirinya dan isteri dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, yang beliau ketahui mempunyai hubungan rasmi dengannya, pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

      Khir dalam pembelaannya mendakwa beliau membeli sebuah rumah yang terbengkalai dan mengikut penilaian daripada penilai hartanah yang berlesen dan menggunakan pinjaman bank HSBC pada tarikh pembelian.

      Dalam masa sama Shamsuddin tidak pernah dibuktikan dalam mahkamah mendapat apa-apa keistimewaan daripada pentadbiran Mohamad Khir ketika proses pembelian rumah tersebut berlaku. Malah surat sokongan Mohamad Khir ke atas syarikat Shamsuddin juga ditolak oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

      Manakala dalam kes Lim Guan Eng, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang bukan sahaja tahu harga rumah beliau lebih tinggi dari harga pasaran, malah penjual juga mendapat faedah daripada kerajaan negeri.

      Dalam kenyataan akhbar Lim pada awal pendakwaan, pembelian banglo beliau yang berharga RM2.8 juta adalah berdasarkan “willing seller, willing buyer”. Ini alasan yang sama dengan pembelaan Mohamad Khir Toyo.

      Menurut Lim, “Ini adalah transaksi ‘bebas dan rela hati’ antara saya dan penjual berasaskan dasar kesanggupan secara rela hati pembeli dan penjual. Penjual merupakan individu persendirian melalui sub jualan, dan bukan merupakan pemaju perumahan.”

      Beban pembuktian melalui seksyen ini sangat mudah. Apa yang perlu dibuktikan ialah tertuduh mengetahui beliau telah membeli sesuatu barangan dengan harga yang tidak mencukupi daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan tertutuduh sebagai penjawat awam.

      Delete
    3. Dalam kes Khir beliau telah membeli rumah terbengkalai mengikut penilaian daripada Penilai Hartanah Rahim and Co daripada Syarikat Ditamas Sdn Bhd.

      Namun beliau didapati bersalah kerana mahkamah berpendapat bahawa beliau mengetahui balasan tersebut tidak mencukupi kerana beliau tahu harga asal rumah tersebut yang dibeli Ditamas ialah RM6.5 juta.

      Mahkamah langsung tidak mengambil kira hakikat rumah tersebut sudah runtuh dan separuh siap ketika dijual kepada Khir. Mahkamah Persekutuan menerima hujahan bahawa tertuduh telah melakukan transaksi pembelian hartanah dengan orang yang mempunyai hubungan rasmi dengan beliau dan balasannya tidak mencukupi.

      Orang dalam kes ini, Shamsudin Haryoni, merupakan salah seorang pemilik saham syarikat Ditamas. Shamsuddin juga merupakan salah seorang pemegang saham syarikat Pengarah Urusan Roniaga Sdn Bhd yang mempunyai hubungan rasmi dengan kerajaan negeri Selangor.

      Elemen kedua dalam Perkara 165 yang perlu dibuktikan ialah hubungan rasmi antara penjawat awam dengan penjual atau pembeli. Mahkamah memutuskan berlakunya unsur rasuah bukan perkara utama dalam pertuduhan di bawah Perkara 165 ini.

      Dalam kes Lim Guan Eng hari ini, beliau dengan jelas mengakui mengetahui pembelian hartanah tersebut jauh lebih rendah dari harga pasaran.

      Jika Mohamad Khir yang membeli hartanah tersebut mengikut harga pasaran oleh penilai hartanah yag diiktiraf tetapi masih didapati bersalah mustahil Lim Guang Eng boleh melepaskan diri dari hukuman apabila secara terang-terangan mengakui beliau tahu harga rumah beliau di bawah harga pasaran.

      Dalam kes Lim Guan Eng pemilik rumah tersebut juga merupakan salah seorang pemilik saham sebuah syarikat yang telah diberikan lot tanah untuk pembangunan di Pulau Pinang.

      Kes Lim Guan Eng lebih kuat berbanding dengan kes Khir Toyo kerana syarikat terbabit bukan sahaja mendapat tanah dengan harga yang agak meragukan, tetapi juga Kerajaan Negeri dikatakan telah menukar status tanah tersebut dari tujuan untuk pembangunan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada pembangunan komersial.

      Oleh kerana keputusan kes Dr Khir Toyo telah sampai ke Mahkamah Persekutuan ia telah menjadi satu “precedent case” yang tidak boleh ditolak oleh mahkamah yang lebih rendah, maka mustahil Lim Guan Eng akan dibebaskan jika perbicaraan diteruskan.

      Soalnya setelah Lim Guan Eng dibebaskan, apakah pejabat Peguam Negara ada keberanian melakukan semakan semula kes Mohamad Khir dan memberi keadilan kepada beliau?


      Ab Jalil Backer Presiden Angkatan Karyawan nasionalis (Akar)

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. SB lapor pemimpin DAP mahu pisahkan semenanjung kata Hanif



      Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar mendakwa cadangan DAP untuk memisahkan semenanjung kepada dua bahagian, untuk orang Melayu dan bukan Melayu, diperolehi daripada hasl laporan risikian polis Cawangan Khas (SB).

      Dalam wawancara bersama Sinar Harian yang disiarkan hari ini, beliau mempertahankan dakwaan itu yang dibuat dalam satu majlis di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, minggu lalu.

      Beliau mendakwa seorang pemimpin DAP mengusulkan cadangan pemisahan itu di Eropah selepas peristiwa 13 Mei 1969.

      Beliau mendapat laporan itu atas kapasiti sebagai Ketua Pegawai Turus (Polis) Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada masa itu.

      “Maklumat tersebut sampai kepada saya melalui SB. Ketika itu Tun Mohamed Salleh Ismael merupakan ketua polis negara.

      “Dia beri taklimat kepada Mageran setiap minggu tapi kalau ada yang penting sebelum sampai masa taklimat, mereka (SB) hantar kepada saya laporannya.

      “Saya juga laporkan kepada Tun Razak (Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein),” katanya seperti dipetik.

      Hanif tidak menamakan pemimpin DAP itu, tetapi pada 6 September lalu beliau dilaporkan berkata beliau bertindak menahan Lim Kit Siang selama 18 bulan selepas dakwaan cadangan memisahkan semenanjung itu dibuat.

      Lim menafikan dakwaan itu keesokannya dan memberi masa 48 jam untuk Hanif memohon maaf.

      Peguam Lim dijangka memfailkan saman fitnah esok selepas Hanif tidak berbuat demikian.


      Sepatutnya LIM KIT SIANG kena tanya Mahathir dalam isu ini betul atau tidak kenyataan TS Hanif
      Dalam wawancara hari ini, Hanif bagaimanapun menjelaskan beliau mengarahkan penahanan Lim ketika Ops Lalang 1987, bukannya susulan peristiwa 13 Mei.

      "Dalam ucapan itu, saya cakap pasal komunis, lepas itu perkauman, bila mulanya. Melayu dengan Cina tidak pernah bergaduh sebelum itu.

      “Pada 1987 ada Operasi Lalang, Kit Siang antara yang ditahan oleh saya ketika saya menjadi Ketua Polis Negara. Itu yang saya maksudkan, bukan saya arahkan dia ditahan pada 1969," katanya seperti dipetik.

      Hanif juga berkata beliau tidak berniat untuk memburukkan DAP dalam ucapannya minggu lalu, tetapi sekadar perkongsian pengalaman dalam Mageran.

      Menurut laporan itu lagi, Hanif dilihat tidak marah dengan Lim yang menggelarnya sebagai nyanyuk, dan berkata beliau tiada masalah peribadi dengan tokoh DAP itu.

      “Selepas dia keluar daripada tahanan, saya ada buat rumah terbuka dan dia (Kit Siang) datang ke rumah saya. Masalah peribadi memang tiada, saya dengan siapa pun memang tiada masalah,” katanya lagi.


      : Makin hari makin terburai kebusukan Tun Mahathir dan PH akan dilingkupkan oleh Mahathir....

      Delete
    6. PH ANTI MELAYU


      Tidak wajar Dr. Mahathir jadikan PTPTN contoh Melayu malas kata Najib



      Datuk Seri Najib Tun Razak tidak setuju Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunakan isu pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai contoh untuk menyatakan kaum Melayu sebagai malas dan tidak bertanggungjawab.

      Najib berkata sejak 10 tahun lepas prestasi pembayaran semula PTPTN tidak begitu memuaskan antaranya disebabkan hasutan dari pihak pembangkang ketika itu yang menjanjikan pemansuhan hutang PTPTN sekiranya menang pilihan raya umum.

      “Dalam isu PTPTN bukan sahaja kaum Melayu tidak membayar tetapi ramai juga peminjam dari kalangan kaum-kaum lain yang menerima pinjaman PTPTN kerana termakan hasutan Pakatan.

      “Hakikatnya, Pakatan yang merosakkan PTPTN dan mereka tidak patut menggunakan isu ini sebagai alasan untuk menyalahkan satu kaum sahaja. Maka, Pakatan perlu bertanggungjawab terhadap tindakan ramai yang tak mahu membayar pinjaman PTPTN,” kata Najib.

      Najib berkata, oleh kerana kerajaan Pakatan Harapan tidak akan memansuhkan hutang PTPTN seperti dijanjikan beliau menyeru kepada semua peminjam tak kira bangsa untuk menunaikan tanggungjawab mereka membayar balik pinjaman mengikut kemampuan masing-masing.

      Ini agar lebih ramai lagi pelajar-pelajar boleh mendapat bantuan PTPTN pada masa depan.

      Delete
    7. Guan Eng jahil jangka harga rumah turun dengan pengecualian SST



      Menteri Kewangan Lim Guan Eng menunjukkan kejahilannya apabila menjangka harga rumah akan turun selepas dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata pemuda MCA.

      "Lim tiada pertimbangan wajar yang asas apabila menjangka dengan pengecualian SST, yang akan diberikan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) kepada perkhidmatan pembinaan dan bahan binaan tertentu, akan membuatkan harga rumah menurun.

      "Dia berada dalam khayalan atau cuba memanipulasi bakal pembeli memandangkan dia gagal faham yang pengecualian SST terhadap perkhidmatan pembinaan, pasir, besi dan simen semata-mata akan menyelesaikan masalah," kata Naib Pengerusi Pemuda MCA Nicole Wong Siaw Ting dalam kenyataan hari ini.

      Beliau berkata, keyakinan Lim itu menunjukkan beliau tiada pengetahuan tetapi cuba berlagak "benar" sehingga mengelirukan orang ramai.



      Wong berkata ada orang yang membeli hartanah sebagai pelaburan dan ia akan tetap membuatkan harga rumah meningkat.

      Bank Negara mungkin telah merangka langkah untuk meredakan industri hartanah seperti mengetatkan syarat pinjaman, tetapi golongan yang paling banyak terkesan adalah pembeli perumahan kos rendah dan sederhana, katanya lagi.

      Katanya lagi, ini kerana bank menetapkan nilai ambang lebih tinggi atau terma yang lebih ketat buat pemohon, yang memberi kesan kepada ramai pembeli kali pertama.

      Dua hari lalu, Lim berkata beliau berharap akan ada perubahan terhadap harga rumah selepas kerajaan tidak mengutip SST untuk perkhidmatan pembinaan

      Delete
    8. Hadi Awang minta perbandingan sebatan syariah dan sivil dilakukan



      PAS berpendapat pihak yang terlibat dalam isu hukuman sebatan ke atas pesalah dua wanita lesbian baru-baru ini seharusnya membuat perbandingan terlebih dahulu antara sebatan syariah dan sebatan sivil.

      Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan yang dibuat pada hari ini kebanyakkan diperoleh secara spontan.

      “Sepatutnya mereka perlu kaji dahulu perbezaan sebatan syariah dan sivil. Saya yakin sekiranya perbandingan dibuat secara adil, orang bukan Islam juga akan pilih sebatan syariah yang tujuannya mendidik dan tidak menyeksa pesalah. Saya percaya ini akan berlaku,” katanya.

      Beliau berkata demikian menerusi video pendek berdurasi seminit yang dimuat naik di laman Twitter rasmi beliau.

      Dalam pada itu, rata-rata pengikut Hadi turut bersetuju dengan kenyataannya dan menganggap mereka yang menentang isu berkenaan sebenarnya adalah golongan tegar politik tanpa mengira agama yang takut terhadap penguatkuasaan serta pematuhan kepada sistem perundangan Islam.

      Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa hukuman sebat yang dilakukan oleh Mahkamah Syariah Terengganu dianggap satu hukuman yang melihatkan Islam sebagai agama yang suka menghukum dan bengis.

      Dr Mahathir berkata, hukuman tersebut bukan cara yang digalakkan oleh Islam dan kerajaan berharap agar semua pihak berhati-hati dalam mempamerkan Islam sebagai agama yang tidak ada tolak ansur dan tidak ada bertimbang rasa.

      : Kadang kala kritikan datang daripada mereka yang sendiri buta maklumat dan membuat persepsi buruk melalui berita yang tak jelas....

      Delete
    9. Teguran Tun M terlambat, silap tuju



      SHAH ALAM - Teguran pedas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap orang Melayu dilihat agak terlambat dan silap tuju.

      Pemerhati politik, Dr Amini Amir Abdullah berkata sepatutnya teguran itu dibuat ketika Tun Mahathir berada di Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di KLCC, minggu lalu.

      “Saya fikir Tun Mahathir agak terlewat menegur orang Melayu kerana dalam majlis sambutan ulang tahun ke-2 Bersatu, ucapan itu seolah-olah dituju kepada ahli-ahli Bersatu.

      “Sepatutnya beliau menyuarakan perkara ini dalam Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di KLCC minggu lepas.



      “Saya sendiri berada di sana ketika itu tapi beliau tidak menyuarakan perkara ini. Ketika itu Tun ada suarakan tentang orang Melayu tidak ada ketuanan Melayu kerana orang Melayu masih cuci kasut bangsa asing,” katanya kepada Sinar Harian.

      Malam semalam, Tun Mahathir dalam ucapan sempena ulang tahun kedua Bersatu menggariskan kesalahan yang perlu diakui dan diperbetulkan oleh orang Melayu.

      Ini termasuk orang Melayu tidak kuat bekerja, kurang menguasai ilmu dan maklumat, muda mungkir janji, tidak mahu kalau tidak bayar hutang dan tidak peduli sekiranya dianggap tidak amanah.

      Dalam pada itu, Amini berkata kritikan Tun Mahathir itu bukan pertama kali yang ditujukan kepada kaum Melayu.

      “Ini merupakan pengulangan kritikan pedas Tun terhadap orang Melayu. Saya masih ingat dalam bukunya Dilema Melayu, Tun kata orang-orang Melayu ini malas, tidak kuat bekerja dan tidak berapa cerdik kerana berkahwin dengan sepupu.

      “Tapi Tun juga harus sedar, orang Melayulah yang usahakan bendang sampai menjadi salah satu makanan ruji kita. Orang Melayu yang usahakan Felda sampai menjadi salah satu eksport komoditi utama negara kita,” katanya.

      Namun katanya, orang Melayu perlu mengambil positif teguran tersebut dengan melakukan transformasi diri.

      “Maksud saya orang-orang Melayu perlu ubah persepsi mereka terhadap pekerjaan, tanggungjawab sebagai warganegara, tanggungjawab terhadap majikan dan seumpamanya. “Orang Melayu perlukan anjakan paradigma dalam pemikiran mereka untuk mengubah cara bekerja dan seumpamanya.

      “Saya fikir orang Melayu perlu menceburi bidang keusahawanan dan menyahut seruan Tun ini sebagai satu cabaran untuk mengubah sikap, cara bekerja, pemikiran, kualiti dan sebagainya,” katanya.

      Katanya, Tun Mahathir masih mempunyai masa untuk menggerakkan sesuatu bagi membantu kaum Melayu sebelum baton bertukar tangan.


      : Dr Mahathir mengkritik Melayu malas untuk menjadi alasan kepada kerajaan tak payah tunai janji manifesto....

      Delete
    10. PH = LGBT = UEC = RASIS = ULTRA KIASU = LIBERAL = SEKULAR = PLURAL = NEPOTISME = BOROS KRONI = KELENTONG KRASI = TERORIST = SYIAH = anti melayu = anti islam = ANTI RAJA = EVANGELIST = SUBAHAT KUASA ASING = SLOW SLOW TIPU ( SST )= SELECTIVE PROSECUTION = BN = SIS = G25 = MUNAFIK = KEDEKUT RAKYAT = anti hudud = ANTI TAKZIR = KENCING HANCING SATU MALAYSIA = BARU BERAPA BULAN DAH BUAT MACAM-MACAM BENDA TAK SENONOH = islam ikut kepala hotak dia = PARTI SODOM = HIPOKRIT = MAHU ISLAM IKUT NAFSU DIA = puak SESAT = KERAjaan = BAPOK PONDAN = KAKI BULI = PENDENDAM = MAKIN HARI MAKIN MEMBUSUK = KELDAI DAP

      Delete

    11. CAPTAIN MALAYSIA = PEROSAK MALAYSIA = GENG NAJIB = JUSTICE LEAGUE = yenggedey valikopo = LEBAI MODEN DLL

      CAPTAIN MALAYSIA PENJILAT NAJIB

      NAJIB = UMNO = 1MDB = CURI RM2.6 BILLION DUIT RAKYAT = RASUAH RM90 MILLION KPD YOU KNOW WHO = KLEPTOKRAT = SONGLAP RM16 BILLION DUIT CUKAI HILANG = LAYAN UEC = ANTI BM = ANTI MELAYU & ANTI-ISLAM = ANTI EVANGELIST = SYIAH

      = JUAL TANAH KPD PUAK CHINA KOMINIS, BENARKAN FOREST CITY PROSPEK BERJUTA RAKYAT CHINA MASUK JADI PENDUDUK TETAP SELEPAS 12 TAHUN BOLEH MOHON KERAKYATAN = BENARKAN TEMBOK BESAR CHINA DI KUANTAN (COMMUNIST CHINA INSIDE MALAYSIA) = JEJASKAN MARUAH DAN KEDAULATAN BANGSA DAN NEGARA = EXTREMIST = TERORIST = PINDA AKTA KESELAMATAN NAK KUASA ISTIHARKAN DHARURAT BILA KALAH PRU14 =

      = SUBAHAT KUASA ASING PANGGIL CIA BILA NAK KALAH PRU14 = DERHAKA KPD BANGSA & NEGARA = MASUK PENJARA 10-20 TAHUN SELEPAS BICARA 7 TUDUHAN YANG SEKARANG SUDAH ADA DI MAHKAMAH =

      WHAT HE CAN DO (EQUATING STYLE) WE CAN DO BETTER

      Delete
    12. Zahid sedang bertapa.. mendalami ilmu hilang diri..belum tamat tu yg sekejap ade sekejap takde..dah tamat hilang terus..

      Delete

    13. UNTUK MAKLUMAN PEMBACA YANG TIDAK MASUK BLOG INI SELALU:

      Yang pakai berbagai nama seperti GENG NAJIB, Kejora, justice league, lebaimodern, KEPTENMALAYSIA dan lain lain itu ia lah petugas Umno yang dijangka bekerja di Umno Dirty Tricks Departmnt (DTD), dibayar gaji cara biasa atau berdasarkan berapa banyak komen dimasukkan nya ke sini.

      Dia masuk siang dan malam, tak kira pukul berapa, ada masa nampak seperti dia tidur ha nya 3-4 jam sehari sahaja.

      Tujuan nya ia lah seperti diarah Umno DTD: propaganda, misinformation, disinformation, twists, spins, sabotaj, dan apa sahaja yang boleh menjatuhkan imej PH, menaikkan imej UMNO/BN.

      Cara2 nya termasuk mengcewakan (frustrate), menyakitkan hati pembaca dengan mengkopipes apa saja, laporan2 yang panjang lebar, sebanyak mana yang boleh, untuk mencapai tujuan itu. Maka diletakkan nya komen2 dan/atau kopipes tersebut sebagai jawapan kepada setiap komen pro-PH. Biasa nya, tidak berkaitan dengan tajuk pos atau komen2 pro-PH itu.

      Cara bagi meng”counter” nya ia lah dengan “giving him a taste of his own medicine ” – mengkopipes apa saja yang membusukkan Najib, Umno, BN dan seperti nya. Dengan itu, juga memaklomkan kpd pembaca apa2 yang mungkin belom terbaca.
      @@@

      Bila bendaklah yang menggunakan nama GENG NAJIB, justice league dll itu masukkan kopipes hingga seminit tiap satu, maka nampak lah dia gunakan cara Internet Bots atau Robot. Definasi nya ada di komen berikut ini.

      Siapa yang ada masa melayan nya, sila lah. Kalau tidak, biorkan aje, boikot dia. Siapa yang sebut sahaja nama dia, tentu akan menyebabkan dia masuk. Jenis keras kepala, jenis kejarkan bayaran bagi komen2 dia dari Umno DTD.

      Bila dia masuk, letih lah kita mengscroll atas bawah. Ada masa kita bosan, tak dapat ikut perbincangan diantara kita, peserta pro-PH diblog ini. Bila itu berlaku, menang lah dia, tercapai lah sebahagian dari tujuan Umno DTD. Jadi, bergantung lah diatas sesiapa yang mahu melayan nya.

      Melayan dia sudah tentu membikin dia masuk dengan lebih banyak kopipes lagi. Gamak nya membunyikan alarm dilaptop nya yang dia kaitkan dengan komen2 kita yang menyebut dia.

      Saya boikot dia. Ha nya sesekali menjawab, bila yang dikomen atau dikopipes nya nampak bodoh sangat, mahu tunjukkan pembaca bahawa dia mengarut. Tak salah meng-counter comment. Tapi dia mengarut.

      INTERNET BOTS

      An Internet Bot, also known as web robot, WWW robot or simply -bot-, is a software application that runs automated tasks (scripts) over the Internet. Typically, bots perform tasks that are both simple and structurally repetitive, at a much higher rate than would be possible for a human alone.

      It is software that performs an automated task over the Internet. More specifically, a bot is an automated application used to perform simple and repetitive tasks that would be time-consuming, mundane or impossible for a human to perform
      Bots can be used for productive tasks, but they are also frequently used for malicious purposes.

      The term "bot" comes from robot. An Internet bot may also be known as a Web robot or WWW robot.

      https://www.techopedia.com/definition/24063/internet-bot

      Delete

    14. DIA SUDAH KENA TANGKAP RED HANDED MENGGUNA MULTIPLE NICS, saperti dibuktikan berikut:

      Kopipes2 berikut ditarikh yang sama, dimasa yang berbeza 1,2,3 minit sahaja, menunjukkan dimasukkan orang yang sama tapi menggunakan nama yang berlainan:

      GENG NAJIB13 July 2018 at 08:08
      Apa citer pulak ni..

      lebaimodern13 July 2018 at 08:12
      APA HEBAT NYA BANGSA MELAYU

      lebaimodern13 July 2018 at 08:13
      APA HEBATNYA HUDUD

      lebaimodern13 July 2018 at 08:15
      KENAPA SISTEM BERAJA PERLU DIPERTAHANKAN

      GENG NAJIB13 July 2018 at 08:17
      Dulu masa era Reformasi

      lebaimodern13 July 2018 at 08:23
      KENAPA INSTITUSI ISLAM WAJIB DIPERTAHANKAN

      lebaimodern13 July 2018 at 08:27
      APA ERTINYA ANDA MENGAKU MUSLIM

      lebaimodern13 July 2018 at 08:28
      APA ERTINYA ANDA MENGAKU SEORANG BERIMAN

      lebaimodern13 July 2018 at 08:31
      APA HEBATNYA ALQURAN

      Bodoh nya dia - tunjukkan pattern pulak dengan beberapa perkataan permulaan kopipes tu saperti

      "Apa citer .. APA HEBATNYA .. APA ERTINYA .."

      Apa saja dibuat nate' yang dibayar Umno Dirty Tricks Dept nih. Untuk mempropaganda Najib/Umno, sabotaj PH, dll.

      KEPALA BAPAK DIA.
      PMD (yang nih tak boleh dieja, censored).

      Delete
    15. PH JANGAN BUANG RAJA


      Yang di-Pertuan Agong tonggak negara
      WARTAWAN SINAR HARIAN 17 OGOS 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore
      Zainul Rijal Abu Bakar
      Zainul Rijal Abu Bakar
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      MALAYSIA adalah satu-satunya negara yang unik kerana mempunyai sistem giliran dalam kalangan raja-raja Melayu yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pemilihan lima tahun sekali ini merupakan sejarah yang akan diingati oleh setiap rakyat. Tiada negara lain yang mengamalkan sistem giliran seperti Malaysia.

      Perkara 39 Perlembagaan Per­sekutuan meletakkan kuasa eksekutif Persekutuan adalah di tangan Yang di-Pertuan Agong dan kuasa tersebut boleh dijalankan oleh jemaah menteri. Walaupun Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasi­hat, ia tidak bermakna Yang di-Pertuan Agong pada hari ini perlu mematuhi secara total nasihat jemaah menteri.


      Kuasa dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan cuma pentafsiran peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mungkin masih dibelenggu dengan tafsiran silam.

      Sebagaimana diketahui umum bagi mentafsirkan sesuatu per­kataan dalam Perlembagaan Persekutuan terdapat beberapa kaedah yang perlu diikuti. Antaranya jika perkataan tersebut jelas maka makna yang jelas tersebut tidak perlu ditafsirkan lagi. Makna literalnya perlu diberikan bukan makna yang dihasratkan oleh penggubal undang-undang.

      Pada pandangan saya nasihat adalah nasihat, nasihat tidak perlu diikuti sepenuhnya kerana perkataan nasihat itu sangat jelas dan mempunyai maknanya sendiri.

      Sudah sampai masanya tafsiran perlembagaan tidak boleh lagi dipenjara dengan tafsiran berdasarkan sejarah kerana makna perkataan nasihat itu sangat jelas. Kalau dahulu British mentafsirkan nasihat Resident British kepada raja-raja Melayu bersifat wajib dipatuhi, tafsiran sebegitu hendaklah tidak lagi di­gunakan sebaliknya memartabatkan makna sebenar nasihat itu sendiri yang tidak bersifat mengikat.

      British mengongkong raja-raja Melayu melalui residen mereka kerana British mahu mengawal Tanah Melayu mengikut telunjuk mereka. Ini juga dilakukan bagi menjaga kepentingan British di Tanah Melayu. Pada hari ini hal yang sama tidak lagi berlaku yang mana Kerajaan yang dilantik adalah pilihan rakyat dan terdiri daripada anak watan.

      Ramai yang sudah mula sedar sistem kenegaraan di Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia bukanlah hanya berpaksi kepada tiga elemen sahaja iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman.

      Sebaliknya ketiga-tiga elemen tersebut dipayungi oleh Yang di-Pertuan Agong. Oleh itu Yang di-Pertuan Agong perlu diberi kebebasan menilai nasihat jemaah menteri. Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong melaksanakan tanggung­jawab berperlembagaan baginda sudah tidak boleh dinafikan lagi kerana kita lihat ketika ini raja-raja Melayu sudah mempunyai pen­didikan tinggi.

      Malah Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan pula mengangkat Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan. Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong juga berfungsi menjaga keamanan dan mempertahan kedau­latan negara.

      Baginda pada bila-bila masa boleh mengerah angkatan tentera bersiap siaga atau melakukan sesuatu bagi mempertahankan negara dari aspek ketenteraan.

      Yang di-Pertuan Agong tidak keseorangan dalam melaksanakan tanggungjawab berperlembagaan baginda. Baginda dibantu oleh Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada sembilan raja-raja Melayu kese­luruhannya.

      Perkara 38(3) Perlembagaan Persekutuan umpamanya memberi keabsahan kepada Majlis Raja-Raja menimbang dan memberi penelitian berkenaan dasar-dasar negara. Penimbang telitian dasar negara tidak akan menjadi sah tanpa kehadiran Yang di-Pertuan Agong.

      Delete
    16. Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.
      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.
      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.

      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.

      Delete
    17. 3 sebat terbuka di Sabah, kenapa Anwar tak bising pun?



      Hukuman rotan secara terbuka di khalayak ramai sebenarnya bukan menjadi perkara baharu lagi di negara ini.

      Malah hukuman tersebut yang bakal dilaksanakan di Kelantan, dilaporkan pernah dilakukan di sebuah mahkamah syariah di Sabah sebelum ini.

      Ketua Hakim Syarie Sabah, Datuk Jasri Nasip Matjakir berkata, kali terakhir hukuman tersebut dilakukan di Sabah adalah pada tahun lalu.




      Perlaksanaan hukuman sebat itu dilakukan di Mahkamah Syariah Tawau yang membabitkan dua pesalah setelah disabitkan kesalahan.

      Jasri bagaimanapun berkata, perlaksanaan hukuman itu hanya dilakukan di dewan mahkamah syariah bersaksikan orang ramai yang hadir di mahkamah terbabit.

      “Selain itu, pada 2014 juga ada seorang pesalah wanita dikenakan hukuman rotan tetapi ditangguhkan selepas pesalah terbabit disahkan sedang hamil oleh pegawai perubatan.

      “Wanita itu disabitkan kesalahan melakukan persetubuhan haram dan dijatuhi enam sebatan, penjara tiga tahun serta denda sebanyak RM5,000.

      “Bagaimanapun, atas permintaannya dia hanya dihukum sebat sahaja,” ujar Jasri yang dipetik portal BH Online.


      Tapi pelik Anwar tak ada pun nak komen pasal sebat terbuka.
      Masa dulu NAK SEMBUNYI SIFAT ANTI ISLAM, demi nak dapat undi PAS. Tapi bila dah menang semua temberang sudah nampak.

      Mahathir pun sama, mungkin pada masa itu dia masih sayang Najib dan Najib masih bagi DEDAK kepada anak-anaknya.

      : Ini dikalatakan manusia menggunakan Islam untuk kepentingan diri....

      Delete
  2. Kengkaawj semua..buat malu betul lah kerajaan Rejim Haprakan ni....rupa2nya ramai pegawai2 khas dan timbalan menteri ayng takde kelulusan BM dalam SPM, tapi mengadu bagai kerana lewat dapat gaji !!!

    Kelayakan akademik yang tidak mencapai tahap akademik dikehendaki menjadi punca lantikan pegawai menteri dan timbalan menteri lewat sehingga lambat menerima gaji. Ia bukan tindakan melengah-lengahkan mensabotaj seperti didakwa PM sebelum ini.

    Memetik laporan The Malaysian Insight, yang merujuk kepada beberapa sumber di Putrajaya antara kelayakan yang tidak mencukupi seperti tidak lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Sesetengahnya tidak mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan ijazah sarjana muda.

    Ini menyebabkan pelantikan mereka oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak dapat diproses mengikut masa. Sesetengah dokumen yang dikemukakan juga tidak lengkap.

    “Hendak kata kita melambatkan proses, itu tidak betul. Mereka yang dilantik tidak menepati syarat kelayakan menjadi penjawat awam.

    “SPM mereka Bahasa Melayu pun tidak dapat kepujian tetapi hendak gred paling
    tinggi, gaji maksimum. Itu belum tengok ada ijazah atau tidak lagi.

    “Masalahnya JPA tidak boleh sign(tandatangan) surat pelantikan itu kerana dari segi melantik penjawat awam tidak boleh sebab syarat tidak cukup.” – Sumber

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2012 menjelaskan mengenai perjawatan urusan perkhidamatan di pejabat menteri dan timbalan menteri menetapkan gaji pegawai-pegawai yang boleh dilantik oleh menteri dan timbalan menteri.

    Gaji pegawai tugas-tugas khas (PTTK) ditetapkan mengikut gred di bawah klasifikasi perkhidmatan tadbir dan diplomatik, manakala gaji setiausaha akhbar (SUA) bersandarkan gred di bawah klasifikasi perkhidmatan sosial.

    Semakan ke atas kedua-dua klasifikasi itu menunjukkan calon lantikan hendaklah antaranya memiliki kepujian sekurang-kurangnya gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan. Bagi
    jawatan SUA, calon lantikan hendaklah memiliki ijazah sarjana muda dalam
    bidang berkaitan.

    Sumber juga mendedahkan ada menteri dan timbalan menteri yang memohon pegawai lebih daripada kuota yang diperuntukkan dalam pekeliling yang sama, iaitu lapan orang bagi menteri dan empat bagi timbalan menteri.

    “Dalam pekeliling ada tetapkan berapa had pegawai menteri dan timbalan menteri boleh ambil. Tetapi ada menteri yang ambil lebih ramai daripada yang sepatutnya.

    “Kita kena ikut prosedur, tidak boleh selesai terus. Yang jadi lambat sebab perkara-perkara macam inilah.” – Sumber

    Dah lah tak pandai buat kerja dan terlibat dengan kes tak bermoral maacm Pegawai khas timbalan menteri KDN tu, ada hati nak gaji tinggi...Pooorah bhai !!!

    ReplyDelete
    Replies

    1. TMJ: Intipan libatkan pantau telefon, e-mel, komunikasi peribadi

      Berdasarkan prinsip, saya tidak pernah mengambil jalan mudah. Saya percaya ia adalah tugas kami untuk bercakap benar dan tanpa mengira akibat dan kesannya.

      Nampaknya dengan saya bersuara lagi sekali membuat setengah pihak kurang senang.

      Seorang penulis telah berkata, bahawa "tersesat dalam kancah arena politik" akan meletakkan keluarga saya dan diri saya sendiri berisiko menjadi 'mangsa serangan' dan status kami akan 'direndahkan'.

      Saya telah mendengar kata-kata yang sama seperti itu sebelum ini. Sama ada kami di 'whacked' atau di ‘clobbered', ia adalah perkara kecil bagi saya.

      Status saya hadir daripada khidmat saya kepada rakyat dan bercakap benar adalah salah satu tugas saya.

      (Ini ada lah berkaitan dengan penulisan AKJ bertajuk "Tentang bangsawan yang bermain politik")

      Kepada penulis tersebut, ingin saya katakan, anda tidak perlu bimbang dengan ‘status’ saya - saya akan baik-baik saja.

      Penulis itu kemudiannya menyatakan bahawa saya harus menerima hakikat bahawa saya sedang dipantau, semata-mata kerana saya aktif di ‘online’ (media sosial).

      Beliau membandingkan dengan egonya dengan mengatakan bahawa beliau suka dipantau dengan orang membaca apa yang ditulisnya.

      Baiklah penulis, mungkin apabila anda menulis untuk kebaikan negara, anda akan mendapat lebih ramai pembaca.

      Saya tidak ada niat untuk membela 'ego' saya dengan apa yang ditulis. Sekali lagi, saya tidak bercakap untuk diri saya sendiri - saya bersuara supaya rakyat tahu perkara yang benar.

      Kita mesti bersuara apabila ada perkara yang salah sedang dilakukan.

      Ia bukanlah perkara memantau apa yang ditulis pada laman sosial media saya. Ia melibatkan pemantauan telefon peribadi saya, e-mel, dan komunikasi peribadi.

      Saya rasa 'penulis' ini pun tidak suka jikalau diletakkan di bawah pemerhatian yang sama.

      Johor sokong pentadbiran negara

      Biar saya jelaskan disini - saya bukan bercakap kerana ingin menentang kerajaan. Polisi Johor adalah menyokong mereka yang mentadbir negara.

      Delete
    2. PH PAKAR KENCING


      Jangan asyik beri alasan bayar hutang'
      SYAMILAH ZULKIFLI 14 OGOS 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore3.4K
      'Jangan asyik beri alasan bayar hutang'
      LATTEFFAH
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      SEREMBAN – Kerajaan PH tidak sewajarnya mem­berikan alasan ingin memberi tumpuan men­gurang­kan hutang negara hingga mengakibatkan tiada kenaikan gaji terhadap 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

      Ketua Wanita Umno Negeri Sembilan, Latteffah Ali berkata, kenyataan itu jelas menunjukkan yang mereka gagal mengurus tadbir kewangan dan ia tidak pernah berlaku pada kerajaan BN sebelum ini.


      “Kenapa kerajaan baru ini tak boleh buat benda sama? Dulu mereka kata kerajaan BN banyak hutang, tapi setiap tahun penjawat awam tetap ada kenaikan gaji.

      “Jangan pula semua perkara beri alasan sebab nak bayar hutang negara. Gunakanlah kutipan Tabung Harapan Malaysia itu untuk bayar segala hutang atau mungkin boleh kurangkan jumlah hutang yang ada,” katanya kepada Sinar Harian.

      Menurutnya, jika benar kerajaan begitu bersusah payah terpaksa membayar hutang negara, buktikan kepada penjawat awam secara lebih telus ia berikutan dalam keadaan ekonomi negara hari ini, kenaikan gaji amat penting terutamanya kepada yang berpendapatan rendah.

      “Walaupun jumlah kenaikan diberi sedikit, tapi ia amat bermakna. Yang penting ada kenaikan kerana itu yang dinanti-nanti penjawat awam setiap tahun. Saya berharap kerajaan dapat pertimbangkannya semula,” katanya.

      Terdahulu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan belum bersedia menaikkan gaji 1.6 juta penjawat awam namun berjanji untuk melakukannya pada waktu bersesuaian.

      Beliau berkata, kenaikan gaji itu akan memberi kesan kepada kerajaan yang ketika ini sedang memberi tumpuan untuk mengurangkan hutang negara.

      Delete
  3. BUKAN MACAM BISKUT DAAA....
    TAPI BALIK INDON JUAL BISKUT

    ReplyDelete
    Replies

    1. Wak Jahit merajuk sebab Najib curi tugas2 dia sebagai Presiden parti, Al Jibo sibuk dengan kenyataan2 di Facebook dll, se olah2 dia Presiden.

      Ranap lah Umno, yang di pilih jadi Presiden dok diam yang dah di singkir dari jawatan tuh nak menyibuk.

      Biarkan, biarkan, si Luncai dengan labu2 nya ...

      Delete
    2. PH TAK PANDAI URUS EKONOMI


      Ringgit opens lowest in 8 months against US dollar
      Bernama | August 15, 2018
      Current investors were said to be worried about the contagion affecting emerging market currencies, which saw a move to a safe haven.

      Ringgit Malaysia. (Reuters pic)

      KUALA LUMPUR: The ringgit slid further against the US dollar in early trade today, reaching an eight-month low amid escalating tension between Washington and Ankara.

      At 9 am, the local note was traded at 4.0970/1000 versus the greenback from yesterday’s close of 4.0950/1000.

      Hermana Capital Bhd Chief Executive Officer and Chief Investment Officer Datuk Nazri Khan Adam Khan said current investors were worried about the contagion affecting emerging market currencies, which saw a move to a safe haven.

      “Malaysia will be affected as we are a significant trading partner with Turkey, with the nation being the 18th largest economy in the world. However, the ringgit (poor) performance is due to external factors, not domestic,” he said.



      Yesterday, Turkey retaliated with a boycott on American electronic products after the US hit the nation with higher tariffs on aluminium and steel following the detention of an American pastor.

      The ringgit, however, was traded higher against a basket of major currencies.

      It increased against the Singapore dollar to 2.9714/9747 from 2.9795/9851 on Tuesday and rose against the Japanese yen to 3.6787/6818 from 3.6909/6964.

      The local note inched up against the British pound to 5.2061/2107 from 5.2330/2410 and strengthened vis-a-vis the euro at 4.6435/6486 from 4.6699/6769.

      Delete


  4. ....hari ni boleh tau pengundi parlimen mana yang akan dilembukan oleh Anwar....


    .....demi cita-cita menjadi pm.....




    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan akan haram perkawinan bawah umur walaupun pun Islam (Allah) benar kata Mujahid



      Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, meskipun Islam membenarkan perkahwinan bawah umur, namun kerajaan melihat kepada maslahat (keperluan) yang lebih besar.

      Menurut menteri agama, berdasarkan siasah syar'iyyah, kerajaan mahu mengharamkan perkahwinan bawah umur bagi mengelak berlakunya eksploitasi golongan itu.

      "Kalau kita ketatkan (kawalan), ia bersifat sementara sahaja. Isu perkahwinan kanak-kanak ini adalah untuk melindungi kanak-kanak bawah umur.

      "Kita kena ambil satu sikap, biarpun dia (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) kata dalam Islam (Allah) dibenarkan.

      "Perkara itu boleh, tapi kita kena faham maslahat kepentingan awam yang lebih besar terutama pelindungan pada kanak-kanak dan banyak kes perkahwinan bawah umur ini lebih kepada eksploitasi," katanya.

      Beliau berkata demikian pada pemberita di lobi parlimen hari ini.

      Ia sebagai mengulas soalan pemberita berhubung kenyataan Mohd Amar, timbalan menteri besar Kelantan, yang tidak setuju pengharaman perkahwinan kanak-kanak dilaksanakan atas alasan “dari segi agama ia tidak salah”.

      Komentar:

      Mohon saya kongsikan sedikit keindahan agama Islam dengan saudara. Dalam Islam, anak gadis tidak boleh berkahwin kecuali dengan izin wali yang sah (kebiasaan ibu bapa). Tak kira lah anak gadis tersebut dah umur berapa sekali pon.

      Dan apa itu syarat umum menjadi wali dalam perkahwinan? Wali wajib seseorang yang baligh, berakal, merdeka, laki2, islam, adil dan tidak dalam haji/umrah. Sekiranya wali tidak menepati syarat tersebut, perkahwinan dianggap tidak sah. Sekiranya perkahwinan tersebut merugikan anak gadis, adakah wali tersebut boleh dianggap adil?

      Islam telah memberi jawapan isu perkahwinan bawah umur ini 1400 tahun dahulu, sedangkan Malaysia masih mencari penyelesaian pada tahun 2018. Begitulah indahnya ajaran Islam. Tepat dan terpakai sepanjang zaman. - Abdullah Sadzik

      : Pakatan Harapan cuba Mengharamkan yang halal dan peliknya yang haram dihalalkan pula. Rosak pimpinan yang langgar baiah dengan Allah dan lari daripada PAS atas alasan kononnya PAS tak terbuka....

      Delete
  5. Wak dlm ketakutan bersuara nanti mengundang sprm hahaha. Jgn buat Tun marah hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronak jadi presiden parti Islam liberal Amanah rahmatan lilaalamin



      Mat Sabu ini tak boleh jumpa perempuan, mula menggatai. Sebelum ni dengan Zaza. Kata nak saman sampai hari senyap aje 'tutup kotei'. (sesuai dengan isu ceramah Mat Sabu di kedah)

      Dengar cerita "Haji Ikram" sedang buat persiapan nak guling si Mat Sabu ni pada konvesyen mereka tahun depan.

      Nampaknya perang besarlah...


      : Siapa nak ganti Salahuddin atau Husam?....

      Delete
  6. DSZH ni bukan calang2 orang..dia ni Otai dalam sepak terajang politik UMNO dan negara. pengalamannya cukup luas bila bergandingan dengan DSAI dalam satu team ketika dia jadi ketua pemuda dan DSAI Timbalan Presiden UMNO.

    Apa tah lagi dengan kedudukannya sebagai Presiden sekaarng ni, dah tentu dia tak perlu sangat untuk menonjolkan diri macam DSAI tu. Dia ternyat bukan lah sorang yang gila kuasa dan pangkat, malah pangkat lah yang datang kepadanya.

    Janagn disangka air yang tenang tu takde buaya, malah Bujang senang pun boleh ujud dalamnya. Dah tentu ada perancanagan teliti yang sedang dirangka dengan majlis kepimpinan tertinggi parti yang tak diperlukan untuk diuar2kan kepada massa.

    Kita masih ingat kaat2 tegas DSZh yang mengatakan Rejim Haprakan ni takkan bertahan lama dan bakal berantakn sesama mereka demi jawatan dan kuasa. ini terbukti benar kalau kita amati aoa yang berlaku dalam PKR.

    Daalm Bersatu pun lebih kurang jugak..tiaad langsung rasa hormat kepada Tun sebagai pengerusi parti, apa tah lagi Timbalannya pulak dah lama tak dapat menjalankan tugas atas faktor kesihatan. Maalh, amalan melantik kroni2 sebagai pegawai2 khas dan juga pemberian projek2 kepada mereka ayng dilihat kuat mengampu juga semakin ketara. kalau tak caya..sila rujuk posting saya yang lepas2 !!!!!

    Walaupun DSAI telah kuarkan kenyataan takkan bergabung dengan UMNO, yakinklah..itu hanya lip service aje. Daalm jiwa DSAI tetap kekal tebal DNA UMNOnya. Takkan lah senang2 dia nak lupakan parti yang telah banyak berjaas padanya hingga menjadi orang nombor dua..dan bakal menjawat PM , kalau tidak disailang dengan fitnah liwat 1.0 oleh Tun.

    Bani melayu menaruh harapan besar agar penggabungan PKR dan UMNO ni bakal berlaku sebaik saja DSAi menjadi PM. Tak kiralah jika kemasukan beramai2 MP2 UMNO kedalam PKR dan menjenamakan mereka sebagai PKR 2.0, yang penting ketuanan melayu dan kedaulaatn Islam serta kemurnian institusi kesulatanan dapat terus dipertahankan.

    Bayangkan..jumlah MP2 PKR dan MP2 UMNO melayu baakl membolehkan mereka mendapat majoriti mudah dalam kabinet. Dewasa ini pula, PAS semakin akrab dengan UMNO dan tak mustahil MP2 mereka aakn bergabung denagn PKR dan Umno untuk membentuk kolisi MP2 melayu yang cukup2 mantap.

    terpulang lah kepada DAp samaada untuk bergabung dengan kolisi baru ni..tapi jika dilihat hubungan raapt Lim kit Siang denagn DSAI, tak mustahil DAP juga akan menyokong kolisi baru ni. Tinggal lah amanah adn Bersatu terkontang kanting..jumlah MP2 mereka tak sampai pun 40 orang. Warisan parti lalang...DSSA akan ikut kolisi yang mempunyai majoriti MP dalam parlimen.

    MP2 Serawak pun macam warisan..kalau lihat dari sambutan yang diberikan kepada DSAI baru2 ni dalam rangka lawatannya ke Serawak, no problem untuk mereka menyokong kolisi yang diketuai oleh DSAI. Dengan cara ini saja lah, pengaruh dan sokongan terhadap Tun dapt dilenyapkan selama2nya. Lepas tu..boleh lah DSAI melempiaskan dendam kesumatnya kepada Tun tu. Mat Syabu takde aap2..hanya nasi tambah aje, bila2 masa boleh berpaling tadah demi kuasa dan pangkat.

    Jadi jangan sekali2 meremehkan DSZH..dia ni umpama padi..makin berisi makin tunduk..diam2 ubi berisi beb !!!

    ReplyDelete
    Replies

    1. KOMEN2 KPD BERITA "TMJ: Intipan libatkan pantau telefon, e-mel, komunikasi peribadi" -

      Din Ismail

      boleh tak kesultanan johor dok diam diam spt sultan negeri lain...byk ckp sgt lah kesultanan johor ni...

      Megat Muzaffar

      x ada kena mgena dgn rakyat pun hal org kena intip tuuuuu. the wickedness of the wicked shall be upon himself. xperlu seret2 rakyat pun.

      Ramli Mohamad

      Rakyat ada wakil rakyat iaitu MP & Adun utk jaga mereka. Jadilah wakil rakyat dn bertanding dlm GE. Negara & negeri2 mengamalkan Raja Berperlembagaan.


      Delete
    2. Selagi Pas diberi kuasa Hukuman Sebat Syariah Akan Diteruskan



      1. Pusat Penyelidikan PAS (PPP) meyakini selagi PAS berkuasa di negeri Terengganu dan Kelantan hukuman yang berkaitan dengan Syariah Islam akan terus dipertahankan. Hukuman seumpama itu termasuklah Hukuman Sebat Syariah seperti yang dijatuhkan kepada dua orang wanita yang terlibat dengan jenayah syariah di Terengganu baru-baru ini.

      2. Meskipun ada segelintir pihak di Malaysia termasuklah kabinet kerajaan PH dan SUHAKAM, ataupun pihak antarabangsa seperti Human Right Watch (HRW) menyuarakan bantahan, PPP melihat kerajaan pimpinan PAS di Terengganu dan Kelantan tidak akan sekali-kali mundur. Malah adalah diyakini, perundangan Syariah akan terus diperkasakan di kedua-dua negeri itu.

      3. Berdasarkan pemerhatian PPP, pelaksanaan Hukuman Sebat Syariah baru-baru ini telah mendapat sokongan besar masyarakat Islam di negara ini, termasuklah para agamawan dan ilmuwan. Lebih mengujakan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir, yang menempelak hukuman itu, telah dikritik hebat oleh para netizen yang mengikuti FB beliau.

      4. Sehubungan dengan sokongan besar masyarakat Islam terhadap pelaksanaan hukuman yang berkaitan dengan syariah, PPP menggesa Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh PH memberi laluan kepada perbahasan pindaan RUU 355 yang telah diusulkan oleh Presiden PAS sebelum ini. Pindaan itu akan memberi ruang lebih besar kepada negeri Terengganu dan Kelantan memperkasakan hukuman seumpamanya.

      5. PPP ingin mengingatkan para penentang Perundangan Syariah, bahawa dari kalangan umat Islam akan ada golongan yang terus-menerus berusaha mendaulatkan Syariah sehingga hari kiamat. Dalam konteks Malaysia, PAS adalah golongan itu, yang telah memaktubkan matlamat itu dalam Perlembagaan PAS dan sudah ditanam dengan begitu mekar dalam jiwa ahli-ahlinya.

      Dr Mohd Zuhdi Marzuki
      Pengarah PPP

      6 September 2018
      25 Zulhijjah 1439

      Delete
  7. Syed albodin sontoloyo.
    Pemimpin yg kalah jd mcm biskot sekejap ado sekejap tak ado ,maseh oke apa.
    Kalu ado selalu pong rakyat menyampah tengok muka dia,siap sumpah serapah, bilala dia ni nak mampuih,
    Nampak mcm nak mampuih tapi tak mampuih -mampuih lagi..
    Bila hilang orang tak cari bila mampuih ucaplah alhamdulillah dan inalillah.

    Kolibatak mcm teman tetap jd malokot tepian gantang akibat pemimpin yg curang dan kaki temberang,masa bekuasa sembang kenchang bikin bimbang nak jaga ketuanan mlayu dgn raja-raja mlayu dan juga islam ..puiii..
    Punya seronok masa memerentah siap belagu lg anak kecil main api,, bomi d pijak milek orang dok ulang pimai pimai sampe 60 tawon,dasar pemimpin haram - jadah haramjadah haramjadah haramjadah.

    Biagpi dia nak melinkop nak telentang atau telongkop...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu Sebatan Syariah : DPPM bantah Tekanan Antarabangsa



      Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengambil serius kritikan yang dibuat oleh Timbalan Pengarah Human Rights Watch (Asia), Phil Robertson sepertimana yang dilaporkan oleh Malay Mail bertajuk, "Ensure Terengganu caning is the last, human rights watchdog urges Putrajaya" pada tarikh 4 September 2018. Robertson juga menyifatkan hukuman sebatan tersebut satu penderaan, pencabulan hak asasi manusia dan memburukkan imej Malaysia.

      DPPM mengecam kritikan tidak berasas tersebut dan menjemput beliau untuk berdialog dengan pihak berautoriti bagi mendapatkan gambaran secara keseluruham berhubung kedudukan Islam dan perundangan Syariah di Malaysia, termasuk Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah yang telah termaktub di negeri-negeri. Beliau juga tidak wajar memberikan tekanan politik kepada Kerajaan Persekutuan kerana tindakan tersebut telah mencabar kedaulatan undang-undang di negara ini.

      Selain beliau, Malay Mail turut melaporkan komentar daripada seorang aktor AS, Dirk Blocker yang menggesa supaya memboikot produk-produk buatan Malaysia sehingga pihak kerajaan berhenti mendera rakyat. Mereka perlu sedar hubungan seks songsang dan LGBT umumnya tidak diterima dalam undang-undang dan hukum adat di Malaysia. Sesiapa yang disabitkan bersalah boleh dihukum dengan hukuman ta'zir sepertimana yang telah diperuntukkan oleh lunas undang-undang.

      DPPM merayu rakyat Malaysia supaya memberikan sokongan kepada pelaksanaan undang-undang Syariah dan menggesa pihak autoriti tampil memberikan penjelasan secara meluas kepada masyarakat. Ramai lagi yang masih tidak berpuas hati dengan pelaksanaan hukuman ini termasuk pemimpin parti politik tertinggi kerajaan walhal peruntukan ini sudah bertahun diperuntukkam dalam enakmen setiap negeri.

      Sekian.

      "Sejahtera Bersama Islam"
      "Mara Menuju Cita"

      YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
      Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
      ADUN Batu Burok
      Terengganu

      Delete
  8. Rakan2 sekelian..korang perasan tak benda ni yang kini menjadi bualan hangat di kedai kopi dan restoran2 mamak seluruh negara ???

    Jangan kata rakyat.... DAPigs pun pelik dengan Bersatu yang kononnya mengaku diorang tu mewakili kaum Melayu Bumiputera di Malaysia ni.

    Sejak dari awal lagi DAPigs menolak kewujudan parti yang berasaskan kaum walaupun realitinya parti itu sendiri didominasi oleh kaum Cina.

    Baru2 ini, DAPigs pertikai pendirian Bersatu yang mendakwa kononnya parti itu mewakili orang Melayu dan mahu menggantikan UMNO serta PAS.

    Padahal, Bersatu tu hanya merupakan parti tunggangan DAPigs yang sama sekali tak mengambil peduli kebajikan orang Melayu secara terang - terangan.

    Perkara tu dapat dilihat dengan jelas dari kenyataan - kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Bersatu yang enggan mengambil berat tentang kebajikan orang Melayu.

    Sebaliknya, dia lebih mengutamakan kebajikan anak beranak dan kroni-kroni dia yang dikatakan sebagai golongan "Hardworking" semata-mata!!!

    ReplyDelete
    Replies

    1. KOMEN2 KPD BERITA "TMJ: Intipan libatkan pantau telefon, e-mel, komunikasi peribadi" -

      Ahmadin Marjin

      Satu je nak tanya mana raja2 ni bila negara tengah susah oleh najib.....dan apa yg dkj kata ada betulnya klu nak buat teguran biarlah jgn berpihak...

      ini terang2 (menghasut) jgn percaya seorang tua berumur 93 thn sebelum pru14... Andai di suruh memilih antara putra raja dan seorang tua berumur 93 tahun....rasanya rakyat akan pilih yg berumur 93 tahun sbb dia berjuang demi seluruh rakyat negara malaysia....berbanding yg tu....

      Lumpiswongolinunukara Lumpis

      Haaà. Ini baru berani dan otak geliga.

      Ramlli Kamal

      Terbaik bro

      Anatta Zen

      TMJ sudah hilang kredibiliti bila dia sendiri gagal memahami perasaan orang johor bila johor sendiri kecundang pru14 sedangkan dia mengajak mereka mengekalkan umno bn.

      Delete
    2. Cabar Najib Hidup RM1500 sebulan, Atuknya si Mahathir tu mampu ke hidup RM1050 sebulan?



      Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencabar Datuk Seri Najib Razak cuba hidup dengan gaji RM1,500 sebulan bagi membuktikan kos sara hidup di Malaysia terendah di kalangan negara Asean.

      Beliau yang dipetik Sinar Harian berkata, perdana menteri hanya perlu melalui cara hidup itu selama sebulan untuk menilai sendiri bebanan ditanggung rakyat.

      “Cuba beliau hidup dengan gaji RM1,500 seperti kebanyakan rakyat Malaysia. Cuba berbelanja dengan gaji sebanyak itu…boleh hidup tak, senang tak?” soalnya yang memilih jumlah itu kerana mendakwa ia adalah purata gaji kebanyakan rakyat Malaysia.

      Habis Mahathir putus gaji minimum RM1050. Tak nak cabar ke Mahathir hidup dengan gaji RM1050 sebulan?

      Makin hari makin nampak celaru menteri kerajaan PH.
      Lagi celaru mereka pertahankan tindakan dengan menipu rakyat.

      Delete
  9. Sobat2 yangt ku kasihimsekelian di blog ni..kita selalu mendengar ungkapan dari pimpinan2 tertinggi Rejim Haprakan ni yang kerap menyurh rakyat untuk berkorban !!!!

    Siapa yang Rejim Pakatan Hancing suruh berkorban ni sebenarnya? Diorang nak suruh rakyat atau diri diorang sendiri yang perlu berkorban?

    Adakah kebajikan rakyat perlu dikorbankan demi nak menjaga kepentingan Politik Dendam Peribadi puak Rejim Pakatan Hancing ni?

    Atau adakah pemimpin Rejim Pakatan Hancing tu yang sanggup berkorban demi kebajikan rakyat dengan menerima gaji sebanyak RM 1500 sebulan?

    Kalau setakat nak harapkan rakyat je yang berkorban sedangkan kroni dan anak beranak Ketua Rejim tu dapat projek billion-billion, baik tak payah la. Nampak sangat Rejim Pakatan Haprak ni pentingkan diri sendiri, anak beranak dan kroni2nya aje...rakyat..pandai2 lah sendiri kalau nak terus hidup bhai!!!

    ReplyDelete
    Replies

    1. KOMEN2 KPD BERITA "TMJ: Intipan libatkan pantau telefon, e-mel, komunikasi peribadi" -

      Amer Hamzah

      adakah di Malaysia hanya ada raja kat Johor saja ke? selangor tak ada raja ke?.. perlis tak ada raja ke?.. kedah tak ada raja ke? pahang tak ada raja ke?.. kelantan tak ada raja ke?.. atau pun raja-raja negeri lain duduk dalam gua .. tak reti main facebook.. main online ni..

      peliharalah martabat sendiri supaya tak di "bash" balik dalam dunia online yang memang tak ada hati perut..

      raja lain ada ke main facebook ni.. atau memang dah terlalu banyak masa free.. tak tau apa nak buat dah..

      Adzam Sahlan

      tmj masa pgg FAM pun tumbang. Dulu bising2 fam dia amik lg haprak

      Ayop Abdul Aziz

      kes pendrive pn snyap sunyi..hahaa

      Delete
    2. Sebat, Pendirian Kerajaan PH Songsang Dan Sumbang



      1. Kenyataan YAB Perdana Menteri berkaitan pelaksanaan hukuman sebat ke atas dua pesalah yang cuba melakukan musahaqah menunjukkan pendirian songsang dan sumbang Kerajaan Pakatan Harapan dalam isu ini.

      2. Kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu kerana undang-undang Islam adalah di bawah Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah telah membuat keputusan ini berdasarkan Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama.

      3. Hakim dalam menentukan kadar hukuman bukan sahaja menilai keadaan pesalah sebaliknya turut mengambil kira implikasi kesalahan yang dilakukan itu terhadap kepentingan awam melibatkan agama dan masyarakat. Tambah pula, menurut perspektif Islam malah juga dari sudut nilai moral dan naluri kemanusiaan, kesalahan musahaqah ini adalah perlakuan songsang yang sangat mencemar maruah dan kehormatan masyarakat dan sangat berat sehingga boleh mengundang kemurkaan Allah s.w.t.

      4. Justeru, sama ada ia merupakan kesalahan kali pertama atau kali ke-berapa pun, adalah munasabah hukuman pengajaran seperti sebat syarie dijatuhkan sebagaimana peruntukan undang-undang itu bagi memberi amaran dan mesej nasihat bukan hanya kepada pesalah tetapi juga kepada masyarakat agar tidak melakukannya.

      5. Mengatakan bahawa hukuman yang dijatuhkan itu telah mempamerkan Islam bengis hanya memperlihatkan betapa tidak cermat dan jahilnya YAB Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet Kerajaan terhadap kaedah hukuman sebat syarie yang sebenar - sangat ringan dan tidak mencederakan kulit langsung.

      6. Sangat malang, saya mengandaikan tiada dalam kalangan ahli kabinet termasuk yang berpendidikan agama memberikan pencerahan tentang kaedah hukuman sebat syarie ini kepada kabinet. Sebat syarie jauh lebih ringan berbanding kaedah sebat dalam undang-undang sivil yang menyakitkan dan mencederakan. Sebaiknya kabinet mempertikaikan hukuman sebat sivil berbanding mempertikaikan hukuman sebat syarie.

      7. Ia bukannya mempamerkan wajah bengis Islam sebagaimana dakwaan songsang kabinet malah sebenarnya memaparkan wajah ihsan dan rahmatnya pelaksanaan sebat syarie. Sebaliknya sebat sivillah yang telah memaparkan wajah bengis undang-undang negara yang telah diterima pakai dan diamalkan sejak dahulu hingga sekarang. Itulah yang sepatutnya lebih utama dipertikaikan oleh kabinet.

      8. Adapun imej buruk yang kononnya dipaparkan oleh sebat syarie ini sebagaimana dakwaan kabinet, suka saya tegaskan bahawa imej buruk itu terpapar apabila perlakuan songsang disokong dan dibela oleh pemimpin bergelar Muslim. Sebaliknya, menghukum sebagai pengajaran terhadap perlakuan sumbang ia adalah lambang betapa Islam adalah agama yang terhormat dan mengangkat nilai kehormatan diri masyarakat daripada terjebak dalam perlakuan songsang dan sumbang.

      9. Islam dicemuh bukan kerana hukuman sebat syarie itu, tetapi kerana ada dalam kalangan pemimpin Kerajaan yang beragama Islam lemah jiwa dan imannya serta tidak bersifat "izzah" dan tegas terhadap kemungkaran menyebabkan orang yang jahil dan pihak yang memusuhi Islam bertambah selesa untuk terus memberikan persepsi buruk terhadap Islam.

      10. Saya mengira kabinet pimpinan PH telah memberi mesej yang salah tentang sikap dan pendirian mereka terhadap amalan songsang. Saya berharap agar YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Pakatan Harapan dapat memperbetulkan semula pendirian yang songsang dan sumbang ini.

      Sekian.

      ”Sejahtera Bersama Islam”

      Delete
  10. Dah tentu satu Msia kenal si Syed Saddiq yang kini bergelar Menteri Belia Dan Sukaneka di dalam Kerajaan Pakatan Harapan. Beliau bukan lagi cytro Kerajaan yang boleh mengeluarkan kenyataan sesuka hati.

    Tambahan pula, beliau pernah memberitahu wartawan apa sahaja yang dikeluarkan dari sosial media beliau adalah kenyataan rasmi dari beliau.

    Semalam, beliau telah membuat komen di sosial media Twitter yang berbunyi, "Rakyat Malaysia dapat balik RM45 juta yang dicuri oleh 1MDB yang disimpan di Singapura".

    Kenyataan beliau merujuk kepada laporan wartawan Awani seperti di bawah. Tuduhan "dicuri dari 1MDB" adalah berat kerana laporan wartawan Awani berkenaan melaporkan, wang RM45juta berkenaan dicuri dari 1MDB dan bukan sebaliknya.

    Kedua, adakah ini satu kebetulan?

    RM45 juta diarahkan oleh Mahkamah Singapura untuk dipulangkan ke Malaysia berkaitan kes SRC - 10/09/2018.

    RM45 juta Malaysia terpaksa bayar kepada Singapura sebab tangguhkan projek HSR - 05/09/2018.

    Ingat kerajaan Singapork tu bodoh sangat ke ..takkan lah mereka begitu mudah nak memulangkan balik wang tu...dah tentu lah Msia gigit jari kaki aje...satu sen pun takkan dapat bhai !!!

    ReplyDelete
    Replies

    1. KOMEN2 KPD BERITA "TMJ: Intipan libatkan pantau telefon, e-mel, komunikasi peribadi" -

      Benjamin Taine

      Kalau suka mengkritik orang politik, tentu orang politik juga akan mengkritik balik.

      Kalau tidak mau dikritik oleh orang politik, jadilah orang apolitik dan jalankan tugas seperti yg termaktub dalam perlembagaan saja. Jalankanlah tanggungjawab diluar politik dan biarkan rakyat saja yang berpolitik

      Muhammad Harizi Bin Jasni

      jadi lah ahli politik bukan TMJ atau sultan sbab dalam perlambagaan malaysia sultan dan raja berkecuali bukan seperti ahli politik jika minat mendalam berpolitik apa salah tubuhkan parti

      Delete
    2. Naik gaji RM50 penuh troli



      Kerajaan mengumumkan kadar gaji minimum seragam bagi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak ditetapkan sebanyak RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari depan.

      Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebelum ini, Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntukkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjung dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

      Menurutnya, seperti diperuntukkan Seksyen 25, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta732), Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) selesai membuat kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2016 dan syor-syor MPGN juga sudah dibincangkan oleh Kabinet hari ini.

      Katanya, selepas menimbang syor MPGN daripada pelbagai sudut, kerajaan buat pertama kali bersetuju untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara.


      : 22 tahun pegawai kerajaan merana zaman atuk ini. Kini pegawai kerajaan nak tambah lagi merana kerana kebodohan pimpinan PH terikut dengan atuk ini....

      Delete
  11. Kengkawan semua..jom kita ramai2 mendengar apa kata bekas pemimpin PKR ni. Sepatutnya..orang macam ni lah yang menjadi ikutan kepada ahli2 PKR dan Bersatu demi kelangsungan dan kedaulatan Islam, institusi kesultanan serta bani melayu di hari muka !!!

    “Saya kembali kepada UMNO kerana saya sedar hanya UMNO yang mampu lindungi bangsa Melayu tanpa mengenepikan bangsa-bangsa lain,” ujar Bekas pemimpin PKR Pusat, Zamil Ibrahim.

    Beliau hari ini menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam di Ibu Pejabat UMNO Malaysia setelah 20 tahun keluar daripada parti UMNO.

    “Dulu saya keluar daripada UMNO kerana krisis antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim. Kembalinya saya kepada UMNO hari ini tiada langsung agenda politik peribadi tetapi hanya demi Bangsa Melayu.

    “Pada pandangan peribadi saya, Melayu kini berada di persimpangan yang amat genting dan atas rasa tanggungjawab terhadap bangsa Melayu dan Islam, maka saya merasakan adalah perlu untuk saya dan rakan-rakan yang menyepi sebelum ini kembali bangkit mempertahankan bangsa Melayu di bawah bumbung UMNO,” ujar beliau dalam satu sidang media penyerahan borang keahlian UMNO.

    Beliau turut melahirkan rasa kesal melihat Dap di bawah pentadbiran Lim Kit Siang berjaya memecah-belahkan bangsa Melayu melalui Tun Mahathir.

    “Tun ibarat pisau yang sedang memotong-motong bangsa Melayu dan tuan punya pisau adalah Kit Siang.

    “Justeru saya menyeru kepada rakyat negara ini terutama golongan di bawah 40 an untuk membaca kembali sejarah Dap serta sejarah penubuhan PKR serta Amanah agar mereka dapat mengenali pemimpin negara kini terutama Tun Mahathir yang pernah menggunakan UMNO untuk menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun serta bagaimana anak-anak beliau boleh menjadi terlalu kaya dalam tempoh yang singkat.

    “Baca juga sejarah UMNO yang telah berjaya menjaga bangsa Melayu serta tidak meninggalkan bangsa lain serta mewujudkan perkongsian kuasa di kalangan semua bangsa,” ujarnya lagi.

    Fuuuh..Berdiri bulu roma bila membaca kata2nya tu..ini lah contoh pejuang bangsa melayu yang kini semakin pupus di negara tercinta ni beb !!!!

    ReplyDelete
    Replies

    1. KOMEN2 KPD BERITA "TMJ: Intipan libatkan pantau telefon, e-mel, komunikasi peribadi" -

      Mohamad Ridzuan

      Dia kata jaga rakyat, tapi rakyat bila ada masaalah jumpa org politik bukan jumpa kerabat raja, mu bukan ada peruntukan dalam Perlembagaan, low profile dahlah, yo think you are somebody but to most rakyat you are nobody!

      Sg Buloh

      Rakyat paling benci orang yang menyalahgunakan kedudukannya untuk terang2 menjual negara.

      Adzam Sahlan

      Sekarang plk sokong kerajaan pusat. dulu kutuk dr. m mcm2. Sudahlah. Memang itu lah perangai awak. Ada x anak raja lain yg kecoh?

      Delete
    2. Hanye umno mampu kayekan melayu atasan umno dan miskinkan melayu yg lain..

      Delete
    3. Sivarasa Rasiah pula kritik pelantikan Maszlee



      SHAH ALAM: Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa Rasiah menggesa keputusan melantik Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dikaji semula.

      Sivarasa berkata, langkah itu perlu dilakukan supaya ia selaras dengan semangat membebaskan instiusi pendidikan termasuk UIA daripada pengaruh politik dan memberikan kuasa autonomi kepada universiti untuk mentadbir.

      “Saya juga terkejut dengar pengumuman itu dan saya rasa adalah wajar keputusan melantik Maszlee dikaji semula supaya ia selaras dengan semangat yang disebut dalam manifesto kita,” katanya kepada pemberita selepas majlis ceramah Pakatan Harapan (PH) di Glenmarie, Shah Alam, malam tadi.

      Pada 7 Jun lalu, Maszlee memberi jaminan kepada pentadbiran universiti bahawa institusi itu tidak akan disalah gunakan oleh sesiapa, termasuk dirinya demi kepentingan politik.

      “Ini adalah era baru, saya akan memastikan kerajaan PH tidak akan salah gunakan universiti untuk kepentingan politik, ia termasuk saya,” katanya.

      Sivarasa berkata, tidak dinafikan kesilapan dalam kalangan pemimpin boleh berlaku, termasuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu mengumumkan perlantikan dirinya sebagai menteri pendidikan sebelum ini.

      “Walaupun kita kadang-kadang buat silap, tetapi ia boleh dibetulkan, macam perdana menteri sendiri sebagai contoh, sebelum ini dia umumkan akan ambil portfolio perdana menteri bersama menteri pendidikan.

      “Tetapi apabila beberapa orang sudah tunjukkan kepada beliau (Dr Mahathir) bahawa itu bercanggah dengan manifesto, maka perdana menteri buat keputusan untuk berundur,” katanya.




      Terdahulu, Adun Bukit Tunku, Lim Yi Wei turut menggesa Maszlee melepaskan jawatannya sebagai presiden UIAM yang baru.

      Yi Wei yang juga pengerusi Pemuda DAP Petaling Jaya Utara berkata, sebagai ahli politik yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam Kementerian Pendidikan, memegang jawatan tertinggi di sebuah universiti jelas akan mewujudkan konflik kepentingan.

      UIA dalam kenyataannya bagaimanapun mempertahankan lantikan Maszlee sebagai presiden baru mereka, mengatakan pelantikan itu dipersetujui oleh ketua perlembagaannya, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

      Bukan itu sahaja, UIA juga menambah pelantikan Maszlee juga disokong oleh Rektor universiti berkenaan, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

      Maszlee dilantik menggantikan Tan Sri Rais Yatim sebagai presiden ke-8 UIA. Kerusi itu kosong sejak tempoh perkhidmatan 5 tahun Rais tamat pada Jun lalu.


      : PH dah mula tunjuk angkuh tidak menerima teguran....

      Delete
  12. Raakn2 sekelian..rasanya korang dah baca pendedahan DSNR berkaitan isu wang dermanya tu kan !!!

    NAJIB RAZAK DEDAHKAN SURAT DAN TRANSAKSI SUMBANGAN DANA SEBAGAI HADIAH KEPADA BELIAU

    Ini berlaku selepas Kebangkitan Arab atau Arab Spring pada lewat 2010 di kalangan negara Islam di Timur Tengah dan Afrika termasuk negara sekutu Arab Saudi...

    Almarhum Raja Abdullah sangat bimbang ketika itu dan bertindak membiayai pemimpin dan kerajaan negara Islam dengan sejumlah wang yang banyak bagi mengekalkan kestabilan...

    Baginda telah *meminta agar ia tidak di warwarkan sejurus baginda juga bersetuju untuk membantu parti saya dengan pembiayaan*...

    Saya kemudian dapati jumlah pembiayaan yang di janjikan untuk beberapa tahun itu adalah lebih rendah daripada negara jiran Arab Saudi yang terjejas teruk daripada Arab Spring...

    Memandangkan saya bukan lagi Perdana Menteri dan Raja Abdullah telah mangkat (Al-Fatihah), *saya rasa adalah bersesuaian untuk saya dedahkan dokumen berikut bagi membersihkan nama saya dari pelbagai tuduhan dan fitnah*...

    *Pada 1 Februari 2011, Putera Abdulaziz Al-Saud menulis kepada saya, memberitahu bahawa Arab Saudi akan menyediakan US$100 juta (RM415 juta) kepada saya bagi tahun 2011*...

    *Dokumen pemindahan wang SWIFT bagi tahun 2011 menunjukkan yang US$20 juta di pindahkan daripada akaun Putera Faisal bin Turkey bin Al Saud...

    Dan US$80 juta di pindahkan daripada akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi kepada saya*...

    Sebahagian besar dana yang saya terima di gunakan bagi tujuan politik BN...

    Surat bertarikh 1 Februari 2011 ini adalah surat pertama daripada beberapa surat daripada putera yang sama di hantar kepada saya bersama sumbangan tahun2 kemudian...

    Salinan surat2 ini turut di lampirkan bersama dana yang di pindahkan ke akaun saya di Ambank bagi tempoh beberapa tahun...

    Sama ada BNM mahu pun bank berkenaan tidak pernah mempersoal atau menyatakan kebimbangan terhadap sumbangan ini kerana ia turut di lampirkan dengan surat pengesahan...

    Sebab itu Kementerian Luar Arab Saudi sudah dua kali mengesahkan secara terbuka bahawa kerajaan mereka memberi sumbangan kepada saya tanpa sebarang syarat terhadapnya...

    Pada status FB akan datang atau melalui temuramah dengan media di mana saya dapat menjelaskan dengan lebih terperinci sambil menunjukkan bukti...

    Saya juga akan menjelaskan mengenai sumbangan yang saya terima bagi tahun2 selepas 2011, termasuk isu RM2.6 billion...

    Lepas Tan Sri Shafee Dedahkan Taik Yang Mahathir Buat, DS Najib Pula Kemukakan Bukti

    Dia kata dah buat semua money trail...

    Jho Loh nak jumpalah...

    Mmmm...

    Jadi yg SPRM kata 40% hanya tunggu kenyataan asing apa cerita?

    Najib kata dah serah pada SPRM...

    Patutlah...

    Rm 2.6 bilion tak ada dlm tuduhan Tommy Thomas...😀😁😂

    Sembang sblm ini Rm 2.6 bilion duit 1MDB upa upanye( 1malaysia dap bodohkan) merangkak rangkak lah cari dsn lepas nie...😀😁😂🤣

    Dia kata dah buat semua money trail. Jho.Loh nak jumpa.

    Ada yg pertikaikan kenapa baru sekarang Najib kemukakan bukti...

    Faham tak apa yg Najib maksudkan 'Raja Saudi amanahkan supaya perkara itu tak di tularkan'...

    Dan faham tak kenapa Najib terpaksa juga dedahkan sekarang nie...

    Kalau tak faham, duduk diam diam dan makan pop corn aje bhai !!!

    ReplyDelete
    Replies

    1. KOMEN2 KPD BERITA "TMJ: Intipan libatkan pantau telefon, e-mel, komunikasi peribadi" -

      Lumpiswongolinunukara Lumpis

      Jgn lupa. Mahadir ni berani dan bijak. Nanti dia ubah "perlembagaan" sekali lg.

      Abdul Rasid

      Kalau banyak komen pasal politik eloklah tubuh parti politik yang baru. Kalau rakyat Johor tak sokong pun tak apa. Kalau bolih bertanding lah kat Johor dan kalau menang tentu ada hak bersuara kat Parlimen.

      Anda ada pilihan kalau nak berpolitik. jom cuba, mana tahu seluruh rakyat Johor yang mana dah tumbangkan BN akan menyokong atau sebaliknya. Kerajaan PH memeberi kuasa kepada rakyat.

      Tentang guna alat Yahudi untuk kena pantau, ini cerita rakyat tak nak dengar. Tugas kerajaan memastikan rakyat sejahtera, negara aman dan kalau ada yang nak gugat keselamatan negara kita pantau orang itu , apa salahnya?

      Delete
    2. Geng Najib dah tertinggal bas..isu ini sudah dibahaskan 2 harimlepas...

      Bila gaknye najib nak saman tun madey wsj dan cabar DOJ kerana baru dapat keberanian dedah bukti untuk bersihkan namanye..

      Kaki klentong sampai bila2 pon klentong..

      Delete
    3. UMNO dan Pas akan hadir muktamar & perhimpunan agong



      SHAH ALAM 6 Sept. - Tautan kerjasama antara UMNO dan Pas semakin erat apabila kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu mengesahkan akan hadir dalam perhimpunan agung serta muktamar parti masing-masing yang berlangsung bulan ini.

      Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, UMNO akan menjemput pemimpin Pas hadir dalam perhimpunan agung pada 29 dan 30 September ini, manakala Pas juga akan berbuat perkara sama bagi muktamar di Terengganu bermula 14 September.

      “Kalau dijemput (ke muktamar) kita akan hadir dan saya difahamkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga sudah memaklumkan hal sama, akan hadir (ke perhimpunan agung).

      “UMNO akan jemput Pas, Pas akan jemput UMNO dan kita akan sama-sama menghadirinya,” katanya dalam sidang akhbar bersama Pas Selangor di Ibu Pejabat Pas negeri sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia di sini hari ini.

      : Hubungan UMNO-PAS makin erat fitnah kini telah menjadi nyata. Yang fitnah mungkin tension....

      Delete
  13. wak jahid alik belalik sidang kelija kuat mana mau solok itu luit 'culi'.

    tapi itu 'money trail' manyak susah mau palam la. hi hi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lan dalam tiam tiam wah ingat dia selang asah lia punya Inglis lah! Mana tahu tup tup lapat balik kuasa lan telus bikin jadi Menteli Luar…..keh keh

      Delete
    2. Saya dah isytihar harta, Halimey bila lagi, soal Halimah



      SHAH ALAM: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia, Halimey Abu Bakar dicabar untuk mengisytiharkan hartanya sebelum tiba hari pengundian.

      Calon PAS, Dr Halimah Ali berkata beliau bersedia dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengisytiharkan harta kerana pernah berbuat demikian ketika menjadi exco kerajaan negeri, sebelum ini.

      “Sebenarnya saya punya dah ada dalam dokumen kerajaan negeri Selangor masa exco itu, dan saya tiada tambahan apa-apa lagi selain kereta Camry yang saya beli 10 tahun lepas.

      “Jadi saya akan tambah kereta itu sahaja,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Selangor, hari ini.

      Tambahnya, lebih “molek” Halimey turut mengistiharkan hartanya seiring dengan perjuangan reformasi PH yang sering dilaungkannya.

      “Kita tidak mahu orang yang memegang jawatan yang melibatkan rakyat menggunakan jawatan tersebut, lebih-lebih lagi dia dalam kerajaan.

      “Jadi dia tidak pernah isytihar sebelum ini, saya sudah,” katanya.

      Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir yang turut berada di sidang media itu berkata mesyuarat PAS-Umno yang diadakan hari ini memutuskan agar Halimey mengisytihar hartanya.

      “Penting untuk kita melahirkan pemimpin yang berintergriti. Kita nak rakyat berpeluang untuk memilih calon yang paling layak, bersih, cekap dan penuh berintergriti.

      “Kita kena isytihar harta, biar rakyat tahu pemimpin yang mereka mahu pilih itu tidak akan menyalahgunakan kuasa bila diberi kuasa,” katanya.

      Esok merupakan hari terakhir bagi kedua-dua calon itu berkempen sebelum tiba hari pengundian pada Sabtu ini.

      : PH kena tunjuk yang calonnya adalah berintergriti....

      Delete

  14. Kalau2 ada pembaca yang tak senang hati dengan cara saya meng"counter" nate' yang pakai bermacam nama dan asyik mengkopipes, saya perturunkan lagi ayat di komen saya yang berkenaan:

    Cara bagi meng”counter” nya ia lah dengan “giving him a taste of his own medicine ” – mengkopipes apa saja yang membusukkan Najib, Umno, BN dan seperti nya. Dan menaikkan imej Pakatan Harapan. Dengan itu, juga memaklomkan kpd pembaca apa2 yang mungkin belom mereka terbaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rotan: Fokus sebat atau LGBT? - Pas
      SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR 6 SEPTEMBER 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore179
      Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
      Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      SHAH ALAM - Pas kesal terhadap kenyataan Kabinet berhubung kes rotan yang dijalankan oleh mahkamah tinggi syariah di Terengganu.

      Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Kabinet jelas mempertikaikan bidang kuasa mahkamah syariah negeri yang berada di luar bidang kuasa kerajaan Pusat.


      "Pas menyeru kerajaan PH memberikan kesempatan kepada negeri-negeri melaksanakan hukum syarak yang berada di bawah bidang kuasa negeri, bukan mempertikaikannya.



      "Apa yang dikesalkan ialah yang disensasikan dan difokuskan ialah hukuman sebat itu dan bukannya kebimbangan terhadap perbuatan LGBT yang semakin berleluasa, meskipun ia suatu kesalahan jenayah," katanya dalam kenyataan hari ini.

      Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan hukuman sebat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu terhadap pasangan kekasih lesbian (musahaqah) tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa oleh Islam.

      Dr Mahathir berkata, umum mengetahui ia adalah kesalahan pertama pasangan tersebut dan mereka sepatutnya diberikan nasihat serta tidak terus dijatuhkan hukuman sebat sehingga diketahui oleh seluruh negara.

      Menurut Tuan Ibrahim, tindakan melaksanakan hukuman rotan di khalayak ramai adalah selaras dengan perintah ALLAH SWT dalam Surah An-Nur Ayat 2.

      "Apakah melaksanakan hukum yang diperintah oleh Allah boleh dianggap zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan? Jangan kita mendahului ALLAH dan Rasul dalam urusan hidup dunia ini," katanya.

      Katanya, hukuman ke atas pesalah dengan enam kali sebatan syarie langsung tidak menyakiti apa lagi mencederakan pesalah.

      "Ia sekadar memalukan dan yang lebih penting ialah dia bertaubat dan memohon keampunan ALLAH di atas kesalahannya. Bukan sahaja itu, hukum syarak juga mempunyai nilai pencegahan ke atas masyarakat di mana penyaksian ke atas hukuman itulah nilai pencegahan kepada orang ramai agar tidak melakukan kesalahan yang sama.

      "Ini berbeza dengan sebatan sivil yang ternyata gagal mencegah perbuatan jenayah kerana ia dilakukan secara tertutup. Kegerunan hanya ada kepada yang melakukan jenayah, bukan bersifat mencegah mereka yang belum atau berhasrat melakukan jenayah," katanya.

      Delete
  15. Haiya..Pak Laman memang butut
    Itu Wak sikalang takut
    Kalau songlap SPRM ikut
    Sikalang nyolok tin biskut..

    Blo Pininglalat lu butut ciakap
    Wak Inglis talak cekap
    Sikalang masuk class Mentakab
    Pandai Inglis balu lengkap..

    Dulu ada dingar mana
    Masa undi atak bayar
    Satu NGO Wak guna
    Kasi wang, homestay..Wak kaya!

    Plesiden NGO cali olang
    Wak janji kasi wang
    Bagan Latok lia selang
    Konboi keleta kasi peluang!

    Satu hali sebulum undi,
    KL, Selemban jalan pagi
    Bagan Latok mau pigi
    Plet keleta sulah bagi!

    Walau minang talak guna
    Tipu sinang maluah mana
    Sikalang liam sini sana
    Lia sibuk kumpul dana?

    Wong Fan Tun
    (Wa tumpang Fan Tun,jangan malah aa..)









    ReplyDelete
    Replies
    1. Hina Sultan Johor: Umno Pulai lapor polis
      MOHD FIRDAUS YON 6 SEPTEMBER 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore143
      Hina Sultan Johor
      Rokiah (tengah) bersama ahli Umno Bajahian Pulai di hadapan Balai Polis Tampoi.
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      JOHOR BAHRU - Umno Bahagian Pulai membuat laporan polis terhadap satu akaun Facebook yang didakwa mengeluarkan kenyataan biadab yang menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

      Laporan polis tersebut dibuat Ketua Wanita Umno Bahagian Pulai, Rokiah Hassan kira-kira jam 5.40 petang di Balai Polis Tampoi, di sini, hari ini


      Rokiah berkata, kenyataan melalui akaun laman sosial Facebook terbabit disedarinya sekitar jam 12.30 tengahari ketika berada di pejabat Umno Bahagian Pulai.



      “Saya terbaca satu posting di Facebook yang turut memuat naik gambar Sultan Johor dengan kenyataan biadab dan menghina.

      “Saya mewakili Umno Bahagian Pulai dan juga anak jati Johor membuat laporan kerana sangat tidak berpuas hati terhadap individu tersebut kerana telah menghina DYMM Sultan Johor,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

      Rokiah berkata, penghinaan seumpama itu memperlihatkan serangan terhadap institusi diraja dengan penyerang terbabit bersembunyi di sebalik laman sosial.

      “Sultan Johor tidak patut diberikan penghinaan sebegitu kerana selama ini kita tahu Sultan Johor ialah sultan yang dekat dengan rakyat.

      “Tuanku tetap berada bersama dengan kita. Kita sebagai rakyat Johor tetap akan taat setia kepada Sultan Johor. Ini adalah satu penghinaan yang tidak dapat kita terima,” katanya.

      Menurutnya, Umno bahagian itu mahu polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pemilik akaun laman sosial terbabit.

      Delete
  16. PH diasaskan atas perjanjian Mahathir akan passkan baton kpd Anwar jawatan PM dalam masa tertentu selepas menang PRU14.

    Prinsip itu diterima semua pemimpin PH. Tiada bantahan dari siapa2 mengenai asas2 coalition ini sebelum langkah kePRU dan berjaya.


    Cabaran2 Mahathir sbg PM selain dari menyuci berak2 merata klepto yalah kesihatan beliau sendiri, kesihatan Muhyudin dan kurang pengalaman Menteri2 baru PH.

    Anwar bertanding kerusi Parlimen yalah langkah pertama utk bantu Mahathir kukuhkan PH dan bersedia pelan transisi bila Mahathir rasa yg masa yg sesuai utk handover kpd Anwar.

    Mengapa penyokong2 PH perlu ragu-ragu langkah Anwar dan tidak sokong 100%. Adakah kita jugak ragu janji dan resolve Mahathir utk lihat ini berlaku?

    Apakah kita bersedia lihat Najib Klepto kembali berkuasa secepat kilat jika Mahathir tidak sihat atau kelemahan Menteri2 atau succession plan yg tidak kemas atau PH berpecah kerana isu prinsip?

    Kita patut tumpu kpd satu musuh sahaja Najib Klepto! Bukan satu hari belasah Klepto, hari berikutnya ABAI. Itu namanya bunuh diri, self destruction PH.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Zulkifli,

      Anwar sudah silap langkah sejak di bebaskan dari penjara dan di ampun Agong. Dia nampak gelojoh nakkan kuasa, pergi melawat istana. Di Johor, yang kontroversi TMJ sedang berlaku sekarang di mana ada di sebutkan dia dan bapa dia tak sukakan Tun Mahathir, pemimpin PH, selepas Pru14, menjadi PM.

      Di Kelantan di mana Sultan Kelantan yang memegang jawtan YDP Agong telah membikin Tun Dr Mahathir menunggu 5 jam kesejukan hawa dingin di dewan, bagi upacara mengangkat sumpah sebagai PM.

      Setuju, "Kita patut tumpu kpd satu musuh sahaja Najib Klepto!"

      Dan jangan merapati mereka yang nampak nya tak sukakan pemimpin PH - got to remember, the "enemy" of your friend should not be your friend.

      Delete

    2. Otherwise you get perceived by the rakyat as the enemy also.

      Got to get yourself "unperceived so". Got to take time. In any case, Tun has humongous amount of work - thinking, planning and implementing measures to undo Najib's ill doings, develop the nation, get the country on the right track, including reinvigorate NEP and achieve the aims of the Bumiputera Agenda that Azmin announced recently.

      Delete
    3. Bro..
      Bayang2..tiada rupa hanya bentuk..
      Takut..suatu bentuk tiada rupa..
      Bayang2..takut terbentuk..
      Takut..merupa tidak hanya di bentuk2..
      Kehkehkehhehada takut bayang2 kasi tutup..banyak bising lg buatpa meletup2..amcam bhai..

      Endors!..zulkifli abu bakar

      Delete
    4. Sebat: Pandang hukuman secara positif
      AIMAN SADIQ ABDULLAH 6 SEPTEMBER 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore586
      Sebat: Pandang hukuman secara positif
      Muhamad Hafizuddin Abdul Rahim dan Nor Asfa Yusuf
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      KUANTAN - Rakyat Pahang menyambut baik pelaksanaan hukuman sebat terhadap pesalah golongan songsang di khalayak ramai.

      Tinjauan Sinar Harian mendapati rakyat juga berharap pelaksanaan hukuman tersebut dapat segera dijalankan di negeri ini.


      Seorang penjawat awam, Muhamad Hafizuddin Abdul Rahim, 28, berkata dirinya memandang perkara ini ke arah positif kerana dilihat dapat membanteras gejala songsang daripada berleluasa.

      "Hukuman sebat di khalayak ramai pada dasarnya cukup bagus untuk memberi kesedaran kepada pesalah supaya tidak mengulangi kesalahan.

      “Hukuman ini juga mampu memberi kesan mendalam serta pengajaran kepada masyarakat terutama pesalah kerana memberikan pengajaran yang amat berguna,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, semalam.

      Dalam pada itu, seorang peniaga, Nor Asfa Yusuf, 26, turut menyambut baik tentang pelaksanaan hukuman tersebut namun perlu dijelaskan secara terperinci kepada rakyat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan timbul salah faham.

      “Pelaksanaan hukuman seperti ini perlu dihebahkan secara langsung kepada orang ramai termasuk kaedah sebatan yang hendak dilaksanakan terhadap pesalah,” katanya.

      Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Ukhwah dan Silaturahim Pahang (Ukhwah), Zulkefly Senek berkata, pihaknya berharap masyarakat tidak memandang negatif perkara ini yang dapat menjadi titik tolak membendung amalan itu dengan lebih tegas

      "Hubungan songsang ini perlu dibendung dan kita percaya hukuman sebatan ini menghantar mesej bahawa perbuatan tidak sesuai dan salah seperti lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) tidak wajar dilakukan,” katanya

      "Hukuman berkenaan boleh dijadikan bentuk pendidikan untuk mendidik anak muda mengenai kesalahan amalan LGBT sekali gus menangani penularan gejala itu yang semakin membimbangkan," katanya.

      Delete
  17. Buatlah mcm lks n tony pua buat. Muhyuddin mmg sgt x sihat, timbnya bolih tengok selfie bwh skirt.pdrm,jbtan cukai, sprm, imigresen dan bnyk lagi, smuanya masaelah tidak telus n bersih. Smuanya bnyk kudis n kurap. Kan lebih baik tanpa heboh2 bantu muhyudin bersihkan smua kurap n kudis dkalangan penjawat2 ni. Bersihkan nama baik puak2 gelejoh ni. Bukannya berwayang n berdrama dgn skrip2 si piji. Kalau nak respectlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tommy Thomas pemurah, baik hati gugur kes
      TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN 6 SEPTEMBER 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore1.3K
      Jamal Md Yunos
      Jamal Md Yunos
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      PUTRAJAYA - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos memuji sikap pemurah Tommy Thomas sebagai Peguam Negara (AG).

      Ini berikutan sejak Pakatan Harapan berjaya mentadbir kerajaan, banyak kes yang telah dikemukakan terhadap beberapa individu seperti bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Menteri Kewangan, Datuk Jamal Md Yunos digugurkan dan ditarik balik.


      Justeru katanya, beliau mengambil kesempatan sikap itu agar Thomas menyemak dan menarik balik pertuduhan dikemukakan kepadanya.

      "Hari ini saya mengambil kesempatan atas pemurah peguam negara untuk beliau juga menarik juga kes- kes yang sedang saya hadapi," katanya.

      Menurutnya, orang ramai juga diseru agar tidak melepaskan kemarahan terhadap Thomas kerana sikap tersebut.

      "Jangan marah kepada AG. AG ini cukup baik hati berbanding dengan sebelum ini semua jahat- jahat," katanya.

      Beliau berkata, mana-mana pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berhadapan dengan kes mahkamah diminta menulis surat rasmi atau menghantar representasi kepada peguam negara.

      "Yang marah di sebelah sana itu kerana mereka tidak memohon. Jadi kalau tidak mohon macam mana AG nak lepaskan," katanya sambil tersenyum.

      Jamal berkata, tindakan Thomas juga membantu mengurangkan kesesakan banduan di dalam penjara.

      "Kuranglah orang masuk penjara. Perbelanjaan kerajaan pun jimat maklumlah negara dikatakan sedang menghadapi masalah kewangan dan sebagainya," katanya.

      Terdahulu, Jamal tiba di pekarangan bangunan Jabatan Peguam Negara jam 2.45 ditemani peguamnya, Datuk Imran Tamrin.

      Beliau kemudiannya meluangkan masa selama lima minit dengan pegawai Thomas untuk menyerahkan surat permohonan tarik balik tiga pertuduhan yang sedang dihadapinya.

      "Saya ada tiga kes sedang berjalan di mahkamah dan dua lagi akan didakwa dalam masa terdekat manakala 25 kes sedang disiasat," katanya.

      Delete
  18. 'Abai..O..abai..lembu2 tu dah kekandang ke'
    'Ada yg dah masuklh bang..yg lain tu ke condo'
    'Abai..mana siZi'
    'Kat sg.agaknya..mancinglh tu bang..nak tes jorang katanya hari tu..pakai tali rapia umpan taik lembu'
    'Apa2lh siZi ini'..
    'Biorkanlh bang..nak dpt ikan beso katanya kat pertandingan kolam pak kedil lan tu..
    'Abai sizahid puas x nampak..kemana ye'..
    'La abg x tau ke..pelik dia bawak tali kedlm hutan..dgr cakap orang dia dah berserabailh bang..abg pilh tengoklh..mana tau kot djerut lehernya nanti..
    'Kau ni mcm2lh abai.kena jerut adalh..bye'
    'Oh lupa pulak..jgn ko abai kaldai kat tepi hutan tu..ingat'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib tanya apa jadi kepada dua tuduhan terhadap dirinya
      MOHD HAFIZ ISMAIL 6 SEPTEMBER 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore5.9K
      Najib
      Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto Bernama
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membangkitkan persoalan mengenai perkembangan dua tuduhan terhadap dirinya sebelum PRU14 iaitu kehilangan dana rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM160 bilion dan 40,000 hektar tanah Kementerian Pertahanan.

      Katanya, selama lima bulan memerintah, PH boleh merujuk dan membuat siasatan sesuka hati bagi mencari bukti tetapi, sehingga sekarang, tiada pengumuman atau kenyataan bagi kedua-dua tuduhan serius ini


      Berikut merupakan kenyataan penuh Najib:

      Sebelum PRU14, kita dengar tuduhan-tuduhan seperti Melaka Gateway, Forest City dan Taman perindustrian MCKIP di Kuantan di mana ia kini ternyata fitnah terhadap saya.

      (Baru saya tahu cara penyelesaian isu “jual negara” ialah dengan merendahkan tembok kilang besi sebanyak 1.2 meter (3.9 kaki). Mengapa dulu tak beritahu?)

      Saya juga ingin bertanya mengenai dua lagi tuduhan yang amat berat yang dibuat terhadap saya sebelum PRU14.

      Yang pertama ialah tuduhan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa sebanyak RM160 bilion telah ‘hilang’ dari dana rizab Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah pentadbiran saya di mana ia disamakan dengan RM31.5 bilion (bersamaan dengan RM100 bilion pada hari ini) yang lesap akibat pertaruhan Forex ketika beliau menerajui pentadbiran kerajaan pada tahun 90an, dah sudahpun disahkan oleh RCI.

      (Wang rizab antarabangsa BNM RM160 bilion ini bukan hilang atau di curi tetapi ditukar dari mata wang asing kepada ringgit dalam usaha mempertahankan nilai ringgit pada waktu itu. Ia tidak sama dengan kehilangan akibat kalah judi opsyen Forex dalam skandal tahun 1990an itu)

      Kedua ialah tuduhan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz sebulan sebelum PRU14 di mana bekas menteri ini memulakan kenyataan tuduhannya dengan ayat "saya bersaksi dengan ALLAH" dan diakhiri dengan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” kononnya 40,000 hektar tanah telah diswastakan kepada syarikat milik tiga individu dan mereka kini memiliki ‘setiap inci tanah’ Kementerian Pertahanan atau pihak tentera.

      Nama ALLAH telah digunakan untuk melemparkan tuduhan. Ini satu tuduhan palsu yang amat berat yang digunakan untuk menaikkan kemarahan undi tentera sebelum PRU14.

      Kini, PH telah memegang Putrajaya selama 5 bulan dan boleh merujuk dan membuat siasatan sesuka hati untuk mencari bukti tetapi hingga sekarang, tiada pengumuman ataupun kenyataan pernah dibuat mengenai kedua-dua tuduhan yang amat serius ini.

      Apa telah jadi dengan dua lagi tuduhan ini?

      Delete

  19. KEPALA BAPAK DEPA (pinjam kata2 Al Jibo) mwngata: Pegawai kata Forest City 'terlalu mahal' bukan jurucakap rasmi

    Pemaju projek Forest City, Country Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV) berkata pegawai syarikat itu yang dipetik The Washington Post dalam laporannya bukanlah jurucakap rasmi dan pandangannya tidak mewakili syarikat itu.

    Syarikat itu merujuk laporan bertarikh 10 September lalu - yang dipetik Malaysiakini semalam - yang antara lain memetik pegawai itu sebagai berkata projek tersebut diakui terlalu mahal untuk warga Malaysia.

    Pegawai itu juga mengakui keadaan kini tegang ekoran campur tangan kerajaan dalam projek di Johor Bahru itu.

    "CGPV terkejut kerana The Washington Post tidak memberikan kami ruang untuk komen terhadap perkara sensitif yang dibangkitkan laporan itu terlebih dulu.

    "Kami terbuka untuk berhubung dengan mereka untuk menjelaskan perkara itu dari sudut pandang kami atau berkenaan maklumat yang diperolehi wartawan mereka," kata CGPV dalam kenyataan hari ini.

    Laporan itu juga menyentuh soal warga tempatan yang tidak mahu melihat "rakyat China mengambil alih tanah Malaysia".

    "Mereka tidak suka dengan cara kita berniaga. Jelas bahawa harga hartanah itu terlalu mahal untuk rakyat Malaysia dan kita memang menyasarkan kepada rakyat China," katanya seperti dipetik.

    CGPV berkata pembeli bukan warga China - dari Singapura dan Malaysia - semakin bertambah di projek Forest City, dan pihaknya juga mula menyasarkan pembeli dari negara lain, antaranya Hong Kong, Macau, Taiwan, Indonesia dan Dubai.

    "setakat ini, asas pelanggan kami bersifat pelbagai dan daripada hampir 30 negara dan kami menjangka ia akan terus meningkat pada masa akan datang," katanya.

    Syarikat itu berkata mereka kini sedang mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa dari kementerian perumahan dan kerajaan tempatan Malaysia.

    Komen: KEPALA BAPAK DIA LAGI mengata "pihaknya juga mula menyasarkan pembeli dari negara lain, antaranya Hong Kong, Macau, Taiwan".

    Bodoh dan bangang tak tahu bahawa "Hong Kong, Macau, Taiwan" ada lah negara China jugak - Macau ada "Macau Special Administrative Region of the People's Republic of China", bermkna Macau ada lah China jugak.

    Kot depa bangang tak juga pernah dengor "one state two systems" untuk Taiwan dan Hongkong yang ada lah kepunyaan China.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS seru k'jaan benarkan negeri laksana hukum syarak
      Diterbitkan 6 Sep 2018, 6:45 petang | Dikemaskini 6 Sep 2018, 6:53 petang

      A+ A-
      Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) memberikan peluang negeri-negeri melaksanakan hukum syarak.

      "PAS menyeru kerajaan HARAPAN memberikan kesempatan kepada negeri-negeri melaksanakan hukum syarak yang berada di bawah bidang kuasa negeri, bukan mempertikaikannya.

      "PAS melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan kabinet berhubung kes rotan yang dijalankan oleh mahkamah Tinggi Syariah di negeri Terengganu.

      "Kenyataan kabinet jelas mempertikaikan bidang kuasa mahkamah syariah negeri yang berada diluar bidang kuasa kerajaaan pusat," katanya dalam suatu kenyataan hari ini yang mengulas isu sebatan terhadap dua pasangan lesbian di Terengganu.

      Anggota parlimen Kubang Kerian juga berkata hukuman sebat syariah jauh lebih ringan daripada hukuman rotan mahkamah sivil.

      "Apakah melaksanakan hukum yang diperintah oleh Allah boleh dianggap zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan?

      "... hukuman tersebut jauh lebih ringan dari sebatan dalam penjara, yang juga ternyata gagal mencegah jenayah berbanding hukuman syarak yang mahu mencegah jenayah dalam masyarakat," katanya.

      Kehadiran orang awam

      Terdahulu hari ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman berkata beliau tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukuman sebatan di khalayak ramai seperti di Terengganu awal minggu ini.


      “Sama ada ia patut dilakukan di khalayak ramai atau tidak, secara peribadinya saya tidak setuju,” katanya yang turut memaklumkan perkara berkaitan mahkamah syariah terletak bawah bidang kuasa negeri, bukan kementeriannya.

      Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa pada 3 September lalu berkata pihaknya mengambil pendirian bahawa hukuman sebat ke atas dua pesalah syariah di Terengganu berkenaan dijalankan mengikut proses undang-undang negeri.

      Katanya, pihaknya turut mengikut perkembangan kes tersebut dan difahamkan hukuman dijatuhkan mengikut kaedah Islam.

      Bagaimanapun beliau berkata aspek kehadiran orang awam sewaktu proses sebatan perlu dilihat semula.

      Delete