Monday, 17 September 2018

APA LAGI REKAAN CERITA DONGENG NAJIB SELEPAS INI?


Beberapa hari lalu Najib Razak dengan bangganya mendedahkan sepucuk surat yang kononnya ditulis oleh seorang putera Diraja Arab Saudi kepadanya berhubung pemberian derma kontroversi sebanyak RM2.6 bilion melalui laman Facebooknya.


Putera Diraja Arab Saudi yang didakwa menandatangani surat berkenaan ialah Putera Saud Abdul Aziz A-Saud.


Namun demikian, surat yang bekas Perdana Menteri  rujuk sebagai "bukti" bahawa berbilion wang yang didepositkan ke dalam akaunnya adalah "derma" bukan ditandatangani oleh nama putera Diraja Arab yang berkenaan, lapor The Edge Weekly hari ini.


Meskipun surat itu ditandatangani oleh Saud Abdulaziz Al-Saud, laporan itu mendakwa dokumen berkenaan sebenarnya disediakan dan ditandatangani oleh individu bernama Mohammad Abdullah Al Koman.


Mohammad Abdullah mendakwa dia adalah wakil kepada Putera Saud Abdul Azizi Majid Al Saud.


"Mohammad Abdullah memberitahu penyiasat bahawa dia adalah orang yang menyediakan dan menandatangani surat berkenaan bagi pihak putera Arab itu," kata laporan itu, yang menambah Mohammad Abdullah tidak dapat memberi butiran lanjut berhubung pemindahan wang kepada Najib kerana melibatkan "kepentingan keluarga diraja Arab Saudi".


"Dalam kata lain, Mohammad Abdullah memberitahu pasukan penyiasat Malaysia bahawa mereka perlu percaya bahawa surat itu datang dari keluarga Diraja Arab Saudi.


"Sumber berkata bahawa selepas perjumpaan dengan Mohammad Abdullah, penyiasat menyimpulkan bahawa 'tidak selamat untuk mengesahkan wang berkenaan yang datang dari Blackstone dan Tanore adalah derma oleh Arab Saudi, kerana masih tidak jelas dan kekurangan dokumen yang menyokong kenyataan itu'," tulis laporan itu.


Kahkahkah....apa lagi agaknya rekaan cerita dongeng Najib sebagai "facebooker tegar" selepas ini? (ShahbudinHusin 17/09/2018). 

58 comments:

  1. ketawa dulu kah kah kah. FIRST

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahakahkahatetawa lh lg bro..

      Apa nak jd..apa nak jd..berbelit2lh lg..
      Makdatok..banyak tu rm3biliun dikoceknya..
      hebatnya najib satu dunia dia kasi gegar..dangkat msk nama dlm guiness world of record..hahahkekehkehtheh.. kleptokrasi star..

      HahahahaapanakjdbangShah..


      Delete
    2. KOTA KINABALU: Prime Minister Dr Mahathir Mohamad today said he was not convinced that the opposition would support the move to restore equal partner status to Sabah and Sarawak.
      Speaking to the media here today, he said the opposition’s support was needed to make up the necessary two-thirds majority before the Federal Constitution can be amended.

      Delete
    3. PH tak jamin Islam, kita terpaksa 'back off'



      KUALA NERUS - Gerakan perubahan diambil Pas bersama mana-mana rakan ganding menetapkan Islam sentiasa diutamakan

      Malah parti dipimpin Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini tidak menoleh ke belakang lagi apabila rakan gandingnya yang dulu tidak dapat menjamin Islam di hadapan.

      Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hasan berkata kebersamaan itu pada awalnya memang untuk menggerakkan jentera perubahan namun mereka terpaksa berundur.

      "Jadi awalnya kita memang bersama dengan mereka untuk menggerakkan jentera perubahan malah kita pernah bersama menyertai Bersih 1, Bersih 2 dan kita juga menyertai gabungan PR pada peringkat awal.

      "Tapi apabila kita melihat aliran gerakan perubahan itu tidak jamin meletakkan Islam di hadapan maka kita terpaksa 'back off'," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Muktamar Pas ke-64 melabuhkan tirai, hari ini.

      Katanya, hala tuju Pas dalam menuju ke PRU15 dapat disimpulkan dengan jelas selepas muktamar kali ini.

      "Kesimpulannya ialah Islam memimpin (tema Muktamar Pas ke-64) dengan maksud Pas akan mencari rakan ganding untuk menghadapi PRU15 .

      "Rakan ganding yang boleh menerima dasar dan prinsip perjuangan Islam Pas bawa. Sudah tentunya kita sedang bergerak untuk membawa perubahan," katanya.

      Mengimbau gerakan perubahan dulu, Nasrudin berkata Abdul Hadi sendiri telah menegaskan perubahan itu tidak ada makna sekiranya tidak tahu di mana letaknya Islam.

      "Memang dulu sudah ada gerakan perubahan tapi seperti mana yang presiden sebut, apa erti perubahan itu jika tidak tahu letak duduknya Islam itu dalam arus gerakan perubahan.

      "Jadi apa yang kita nak jana sekarang ialah kita nak beri penekanan kepada masyarakat, perlunya membuat perubahan. Kalau dulu rakyat buat perubahan dengan tumbangkan Umno-BN, kini kita lihat PH juga tidak meletakkan satu kadar perubahan yang tepat dengan kehendak Islam," katanya.

      Katanya, dengan mengangkat matlamat Islam memimpin, hala tuju Pas menuju pilihan raya akan datang adalah untuk memastikan gelombang itu adalah gelombang Islam.

      Delete
    4. Royalti: Petronas rugi jika beri 20%, kata Dr Mahathir



      KOTA KINABALU: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus berdolak-dalik berhubung isu royalti kepada negeri pengeluar minyak dengan menegaskan penunaian janji manifesto Pakatan Harapan (PH) akan memberi kesan buruk kepada Petronas.

      Dr Mahathir memberitahu pemberita hari ini kerajaan pusat bimbang janji itu hanya akan meningkatkan kos operasi Petronas menyebabkan syarikat itu kehabisan wang.

      Manifesto PH berjanji menambah bayaran royalti kepada negeri pengeluar minyak iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu daripada 5% kepada 20%.

      “Petronas adalah sebuah syarikat yang unik kerana ia merupakan satu-satunya syarikat milik kerajaan yang terlibat dalam eksplorasi, pembangunan, pengeluaran dan petrokimia.

      “Orang dari seluruh dunia meminta Petronas bekerja di negara mereka, jadi jika Petronas hanya mengutip royalti, kita akan rugi banyak. Kita perlu pertahankan kekuatan Petronas,” katanya.

      Pada masa sama Dr Mahathir berkata, bayaran tunai 5% kepada negeri pengeluar minyak perlu dikaji semula.

      Beliau bagaimanapun berkata angka 5% itu dikira berdasarkan kos operasi dan jumlahnya agak besar bagi syarikat tersebut.

      Apabila ditanya sama ada kerajaan pusat bersedia melepaskan bayaran 5% yang diterima daripada Petronas kerana kerajaan juga mengutip cukai dan dividen, Dr Mahathir mempertahankan bayaran itu dengan berkata kerajaan juga memberi balik wang itu kepada negeri.

      “Malah banyak kerajaan negeri berhutang dengan kerajaan pusat dan tidak membayarnya. Ini pinjaman tak berbayar yang bermakna Putrajaya boleh bangkrapkan kerajaan negeri yang tidak bayar balik hutang,” katanya.

      Paling penting, kata Dr Mahathir, semua rakyat tanpa mengira negeri harus belajar untuk hidup bersama dan bersikap adil antara satu sama lain.

      Beliau menegaskan kerajaan pusat mengetahui masalah yang dihadapi negeri Sabah, malah telah melakukan banyak pembaikan di negeri itu.

      “Sabah yang saya lihat pada 1965, kali pertama saya ke sini, tidak mempunyai jalan raya di luar Kota Kinabalu. Walaupun (bekas ketua menteri) Haris Salleh memiliki kereta Jaguar, dia boleh memandu jarak sejauh 20 batu sahaja.

      “Tetapi sekarang, serba serbi ada. Kita akan terus bangunkan Lebuhraya Pan Borneo, tetapi ia akan berjalan perlahan sedikit kerana kita tidak ada duit,” katanya.

      Delete
    5. Penjara tak buat Anwar faham derita rakyat, tapi membuatkan Anwar makin rakus



      Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak pandangan sinis segelintir golongan muda yang beliau sudah tua dan tidak lagi relevan untuk memimpin.


      Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR dan juga ketua umum Pakatan Harapan berkata, pengalaman dipenjarakan selama 11 tahun menjadikan beliau seorang yang cukup memahami masalah rakyat, khususnya derita golongan bawahan apabila menjadi pemimpin nanti.

      “Ada pandangan sinis yang mengatakan saya sudah tua dan tidak lagi relevan (untuk kembali ke dalam kerajaan),” katanya berucap dalam Majlis Makan Malam Pidato Malaysia Baru: Mengisi Harapan Rakyat, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam ini.

      Anwar menjelaskan semasa di penjara, beliau banyak bergaul dengan golongan bawahan yang hampir 90% ialah penghuni penjara dan warga asing.
      “Saya pernah menyaksikan anak muda yang dipenjarakan kerana hanya mencuri seluar jeans dan warga asing yang datang ke sini untuk mencari rezeki, tetapi ditipu dan dihukum penjara.”

      Minta maaf aku kadang kala gelak aje apabila dengar Anwar bercakap kerana satu antara kelebihan Anwar ialah percakapannya. Melalui percakapannya ramai yang kena 'kencing' (istilah selepas kerajaan PH)
      Penjara membuatkan Anwar faham derita rakyat?
      Ini satu lagi nak kencing penyokong.

      Masih ingatlagi Anwar ke Terengganu untuk memaksa Abdul Hadi menanda tangan persetujuan untuk isterinya jadi MB Selangor?

      Mereka bertemu bagi memecat TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan mula-mula nak ganti dia (Anwar) jadi MB, tapi Allah takdirkan dia tak boleh bertanding, kemudian ganti dengan isterinya Wan Azizah.

      Abdul Hadi dikatakan memerahi Anwar. petikan percakapan Abdul Hadi kepada Anwar, "Ana ingat enta telah serik (insaf) setelah kena penjara"?
      Abdul Hadi kata lagi "Ini semua punca enta jadi KHADAM TUN MAHATHIR selama 16 tahun"?

      Anwar Ibrahim datang bertemu Abdul Hadi bagi "memaksa" Abdul Hadi menandatangani memorandum untuk diberikan kepada Sultan Selangor hanya Datin Seri Wan Azizah sahaja calom Menteri Besar Selangor?

      Abdul Hadi memberikan penjelasan dengan baik dan Anwar Ibrahim marah-marah dengan suara yang nyaring. Ada 6 orang saksi semasa pertemuan tersebut, salah seorangnya ialah Saifudin Nasution. Anda boleh bertanya si Saifuddin ini untuk pengesahan.

      Akhirnya 2 perkataan di atas membuatkan Anwar terus ter'duduk'.




      Ini adalah gambar dirakamkan oleh BERNAMA semasa Anwar balik daripada pertemuan dengan Abdul Hadi di lapang terbang Kuala Terengganu. Sehingga ada troll rambut Anwar telah jadi rambut TS Khalid Ibrahim.

      Hari ini Anwar bawa cerita bahawa PENJARA MENGAJAR DIA ERTI DERITA RAKYAT.
      Anwar engkau masih belum berubah dan Anwar kena tahu MAHATHIR JUGA BELUM BERUBAH.

      Agaknya boleh 2 ekor singa ada pada satu puncak gunung?

      ZULZALLYZUKARNAIN

      Delete
    6. Wah Seronoknya Najib Sindir lagi Lim Guan Eng Pasal Harga Kereta



      KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengakui beliau mungkin silap kerana tidak membuat kenyataan akhbar bagi mengumumkan harga semua kereta turun apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 2015.

      Bekas Perdana Menteri berkata, beliau sepatutnya mengumumkan harga semua kereta turun ketika GST dilaksanakan seperti dilakukan seorang ‘individu’ yang mengumumkan lima jenama kereta turun harga apabila Cukai Barang dan Cukai Jualan (SST) dilaksanakan melalui kenyataan dan sidang media.

      “Tidak seperti pelaksanaan GST, ada juga kereta yang naik harga dengan SST tetapi tidak disebut dalam kenyataannya,” katanya dalam entri di akaun Facebooknya, hari ini.

      Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini memberikan senarai lima jenama kereta yang menunjukkan penurunan harga selepas pelaksanaan SST.

      Antara lima jenama kereta itu ialah Perodua, Honda, Toyota, Volkswagen dan BMW dengan penurunan harga antara RM2,000 hingga RM3,000.

      Najib berkata, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), beliau menonton klip video Datuk Ahmad Maslan yang berkata harga barang akan turun apabila GST dilaksanakan.

      “Sebenarnya, Datuk Ahmad betul kerana memang ada barang yang alami penurunan harga apabila GST dilaksanakan seperti kereta, alat ganti, tayar, minyak pelincir, perabot, alat-alat elektronik dan lain-lain. (Barang ini dinaikkan harga semula berbanding GST apabila SST dilaksanakan dua minggu lalu).

      “Inilah yang sebenarnya dimaksudkan dan dijelaskan oleh beliau - bukan semua barang. Saya mendapati sesi temubual televisyen mengenai GST dengan Datuk Ahmad Maslan itu selama satu jam.

      “Tetapi sesi TV beliau disunting menjadi 15 saat saja oleh pakar propaganda Pakatan Harapan (PH) yang mahu membina persepsi bahawa beliau kata semua barang akan turun harga semata-mata untuk memburukkan beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

      “Oleh kerana klip 15 saat ini sangat viral, maka ramai yang tertipu dan tidak mendengar penjelasan sebenar atau penjelasan penuh wawancara satu jam itu,” katanya.

      Bekas Presiden UMNO itu menyifatkan apa yang berlaku itu sangat tidak adil tetapi ia antara cara PH menggunakan propaganda yang jelas kurang jujur.

      “Anda boleh baca laporan berita mengenai setiap jenama kereta yang turun harga dengan GST pada 2015 di http://paultan.org/tags/2015-gst-car-prices/.

      “Selain harga turun apabila GST menggantikan SST pada 2015, kerajaan BN di bawah saya juga memansuhkan cukai impot untuk kereta dari Jepun dan memberi insentif EEV yang banyak mengurangkan harga kereta yang jimat petrol,” katanya.

      Delete
    7. Senarai Flip - Flop kerajaan Pakatan Harapan #MalaysiaBaru



      Naratif yang berubah-berubah:

      April: Janji yang kita buat dalam manifesto sudah dikaji secara terperinci, Apa yang kita janji dalam manifesto pasti dapat dilaksanakan!

      Rujuk: https://m.malaysiakini.com/news/417981

      June: Sukar laksana manifesto dalam 100 hari, Manifesto dibuat berasaskan kepada pengetahuan yang tidak mencukupi kerana kita tidak tahu setakat mana kerosakan yang telah dibuat.

      Rujuk:http://m.utusan.com.my/berita/nasional/sukar-tunai-janji-100-hari-8211-pm-1.683859

      Julai: Manifesto PH bukan kitab suci yang perlu dipatuhi, sebaliknya ia berfungsi sebagai panduan saja.Kerajaan sedia menanggung dosa sekiranya gagal melaksanakan janji-janji yang terkandung dalam manifesto PH.

      Rujuk: https://m.malaysiakini.com/news/434417

      Ogos: Janji manifesto dibuat dalam keadaan PH percaya akan kalah PRU, sebab itu ia sukar dilaksana, sebab itu kita tidak boleh memberikan janji yang tidak boleh ditunaikan.

      Rujuk: https://m.malaysiakini.com/news/43890

      Ogos: Jika hutang negara tidak mencecah RM1 trilion, mungkin janji-janji tersebut boleh dilaksanakan. Namun dalam keadaan ekonomi tidak berapa baik, ia akan ambil masa.

      Rujuk:http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/tidak-perlu-tempoh-masa-tunai-janji-manifesto-1.871297

      Ogos: Janji 100 hari, PH hadapi banyak kekangan.
      Beban yang besar yang ditinggal oleh pemerintah dahulu ialah hutang bertrilion ringgit, untuk membayar faedah sahaja boleh jadi kita muflis. Apatah lagi dengan bayaran hutang pokok.

      Rujuk:http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/janji-100-hari-ph-hadapi-banyak-kekangan-1.874195

      September: Laksana semua manifesto, Kerajaan PH akan rugi besar. Sebahagian daripada janji manifesto berkenaan menimbulkan banyak masalah dan memerlukan kajian semula.

      Rujuk:http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/laksana-semua-manifesto-kerajaan-ph-akan-rugi-besar-1.879921
      .
      Sudah-sudahlah tu dengan naratif flip-flop mengenai manifesto ni, kejap data tak cukup, kejap sebab tak jangka menang, kejap sebab hutang 'bertrillion' ringgit..last2 kerajaan akan rugi besar pula..

      Den rhaso kerajaan baik 'gentle' jelah ngaku yang memang tak berniat pun nak laksana manifesto mereka sejak dari awal laei, sebabnya rakyat banyak yang dah matang dan senang, kalau tak takkanlah Tabung Harapan boleh collect sampai 200 juta, rakyat boleh faham tol tak boleh dihapuskan, PTPTN harus dibyar..benda2 common sense yang dulu susah nak faham dah boleh dihadam oleh rakyat kita pasca PRU 14.

      Dan most important, Najib dah 'Tombang'. Jadi sebenarnya rakyat takkan ambil hatipun.. No worries 🤭.

      Sekian.
      Sumber : http://thekl-chronicle.blogspot.com/

      Delete
    8. PH = LGBT = UEC = RASIS = ULTRA KIASU = LIBERAL = SEKULAR = PLURAL = NEPOTISME = BOROS KRONI = KELENTONG KRASI = TERORIST = SYIAH = anti melayu = anti islam = ANTI RAJA = EVANGELIST = SUBAHAT KUASA ASING = SLOW SLOW TIPU ( SST )= SELECTIVE PROSECUTION = BN = SIS = G25 = MUNAFIK = KEDEKUT RAKYAT = anti hudud = ANTI TAKZIR = KENCING HANCING SATU MALAYSIA = BARU BERAPA BULAN DAH BUAT MACAM-MACAM BENDA TAK SENONOH = islam ikut kepala hotak dia = PARTI SODOM = HIPOKRIT = MAHU ISLAM IKUT NAFSU DIA = puak SESAT = KERAjaan SARKAS = BAPOK PONDAN = KAKI BULI = PENDENDAM = MAKIN HARI MAKIN MEMBUSUK = KELDAI DAP = TOMMY TOM CAT AG LAW OF JUNGLE = KENCING SEPANJANG JALAN = BERAK TENGAH JALAN = FIRAUN = BANDUAN HOMO = GOVERMENT OF THE APE = parti dajjal BENDERA MATA SATU = BAIL OUT SPLASH MAHAL GILER MULALAH BEBANKAN RAKYAT NAIK TARIF = MENJARAH HARTA RAKYAT DENGAN MEMBAHAGI ANTARA FAMILY PRESIDEN PPBM, DAP & PKR =

      Delete

    9. JUSTICE LEAGUE = CAPTAIN MALAYSIA = PEROSAK MALAYSIA = GENG NAJIB = yenggedey valikopo = LEBAI MODEN DLL

      JUSTICE LEAGUE = PENJILAT NAJIB

      NAJIB = UMNO = 1MDB = CURI RM2.6 BILLION DUIT RAKYAT = RASUAH RM90 MILLION KPD YOU KNOW WHO = KLEPTOKRAT = SONGLAP RM16 BILLION DUIT CUKAI HILANG = LAYAN UEC = ANTI BM = ANTI MELAYU & ANTI-ISLAM = ANTI EVANGELIST = SYIAH

      = JUAL TANAH KPD PUAK CHINA KOMINIS, BENARKAN FOREST CITY PROSPEK BERJUTA RAKYAT CHINA MASUK JADI PENDUDUK TETAP SELEPAS 12 TAHUN BOLEH MOHON KERAKYATAN = BENARKAN TEMBOK BESAR CHINA DI KUANTAN (COMMUNIST CHINA INSIDE MALAYSIA) = JEJASKAN MARUAH DAN KEDAULATAN BANGSA DAN NEGARA = EXTREMIST = TERORIST = PINDA AKTA KESELAMATAN NAK KUASA ISTIHARKAN DHARURAT BILA KALAH PRU14 =

      = SUBAHAT KUASA ASING PANGGIL CIA BILA NAK KALAH PRU14 = DERHAKA KPD BANGSA & NEGARA = MASUK PENJARA 10-20 TAHUN SELEPAS BICARA 7 TUDUHAN YANG SEKARANG SUDAH ADA DI MAHKAMAH =

      WHAT HE CAN DO (EQUATING STYLE), WE CAN DO BETTER

      Delete
    10. Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.
      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.
      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.

      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.

      Delete
    11. KEPALA BAPAK PUCCIMAK BUDAK PIPI BOYOT JHO TAEK MENGATA

      Saya tak salah, kata Jho Low di laman web peribadinya

      Ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho muncul semula di laman web peribadinya bagi membela diri terhadap dakwaan berhubung skandal 1MDB.

      Bulan lalu, kenyataan yang tertera pada laman web www.jho-low.com itu berbunyi "selamat datang ke laman web peribadi Jho Low, seorang dermawan global, pelabur dan usahawan".

      Namun versi terkini laman web itu kini berbunyi "laman web ini menyediakan maklumat dan fakta, dokumen mahkamah dan bahan-bahan lain bagi pihak Jho Low, seorang dermawan global, pelabur dan usahawan yang telah dikenalpasti oleh pelbagai pihak sebagai individu dalam apa yang dikenali sebagai saga 1MDB.

      "Mr Low juga akan memberikan komen dan pendapat, serta kenyataan umum melalui jurucakapnya dan pasukan perundangan. Low kekal menegaskan tidak bersalah dan percaya beliau akan buktikan apabila semua bukti yang relevan dibentangkan di mahkamah yang adil.

      "Pengunjung digalakkan untuk kembali ke laman web ini bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan semasa," katanya.

      Laman itu juga memaparkan surat ditandatangani Jho Low, menyatakan ia bertujuan untuk menentang tuduhan terhadapnya berhubung skandal 1MDB, yang digambarkan sebagai kes 'kleptokrasi terburuk dalam sejarah' oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ).

      "Banyak tuduhan itu datang dari blog, maklumat bocor yang tidak betul dari agensi-agensi kerajaan seluruh negara atau tuduhan yang tidak dibuktikan di mahkamah, yang saya tidak pernah diberikan kesempatan untuk menjelaskan perkara sebenar.

      "Laman web ini adalah satu usaha untuk mengubahnya," katanya.

      Low dalam surat tersebut, berkata objektif laman web itu adalah untuk menyediakan "pandangan seimbang" terhadap tuduhan dan menyatakan "kebenaran".

      "Biar saya jelaskan: Saya tidak bersalah. Lihat kembali, saya mungkin lakukan perkara berbeza seperti anak muda lain, namun apa-apa kesilapan saya tidak seteruk seperti dakwaan dibuat terhadap saya."

      Jelasnya, beliau mahu laman web itu menerangkan fakta dan cerita sebenar yang telah dipesongkan sejak sekian lama.

      "Saya hanya minta semua pihak - mahkamah, pendakwa dan orang ramai bersikap terbuka sehingga semua bukti menjadi jelas," katanya.

      (Bersambong)

      Delete
    12. (Sambongn)

      Entiti disebut dalam DOJ dipadamkan

      Mahkamah Sesyen Putrajaya mengeluarkan waran tangkap terhadap Low bulan lepas di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA).

      Bagaimanapun tiada sebarang penunjuk bahawa jutawan kelahiran Pulaiu Pinang itu berhasrat kembali ke Malaysia untuk bertemu pihak penyiasat.

      Low dalam suratnya berkata beliau memiliki pendapat tersendiri mengenai kedaulatan undang-undang, rasuah politik dan proses keadilan di Malaysia serta mahu perkara itu jelas kepada umum.

      Di halaman butiran 'Mengenai Jho Low' dalam web yang dikemaskini itu, rujukan terhadap firma Jynwel Capital Limited dan Jynwel Charitable Foundation Limited yang dikaitkan dengan jutawan itu juga telah dipadamkan.

      Penerangan terdahulu yang menyatakan Low "menyelia strategi operasi dan pelaburan bagi firma itu dan menjalin perkongsian seumur hidup dengan pelabur penting di Asia dan Timur Tengah, seperti dana kekayaan negara terkemuka, syarikat pelaburan antarabangsa utama dan syarikat keluarga besar" juga dihapuskan.

      Sebaliknya, laman web yang dikemaskini itu hanya memberikan penerangan ringkas berbunyi: Low Taek Jho adalah pelabur dan dermawan global yang telah melabur dalam banyak syarikat, pembiayaan, penyusunan semula dan projek pelaburan lain yang pelbagai dan rumit di pelbagai sektor.

      "Sektor ini termasuk media dan hiburan, penggunaan dan peruncitan, sumber dan tenaga, hartanah dan perhotelan, besi, komoditi dan infrastruktur".

      Keterangan lain dalam web itu menyebut mengenai anugerah yang dimenanginya dan latar belakang pendidikan beliau.

      Hubungannya dengan pelbagai entiti seperti Viceroy Hotel Group, The Electrum Group dan EMI Music Publishing, yang sebelum ini disenaraikan dalam versi laman web lama, juga telah dikeluarkan.

      DOJ mendakwa Low memperoleh kepentingan dalam entiti-entiti tersebut dengan menggunakan dana 1MDB yang didakwa diseleweng.


      Secara keseluruhan, DOJ percaya sekurang-kurangnya AS$ 4.5 bilion telah disalahgunakan daripada 1MDB dan Low memainkan peranan utama dalam penyelewengan tersebut.

      Pihak berkuasa Malaysia mengenal pasti sebahagian daripada dana ini dimasukkan ke akaun bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

      Najib bagaimanapun menafikan sebarang salah laku atau mengambil dana awam untuk keuntungan peribadi.

      Delete
    13. Politik Islam : Laungan Human Right dahulu, baru Aqidah?



      Untuk mencapai Negara Islam Malaysia yang hakiki, bolehkah terlebih dahulu kita hanya membawa mesej hak asasi manusia, good governance, kebajikan, dan sewaktu dengannya bagi mendapatkan pengaruh dan bekerjasama dengan musuh Islam bagi menjayakan agenda tersebut untuk sama-sama dapatkan kuasa besar ataupun wilayah ‘ammah sesebuah Negara?

      Kemudian apabilah sudah miliki tampuk pemerintahan Negara, barulah kita berterus terang mengenai agenda Islam yang kita bawa, barulah berterus terang mahu mengukuhkan Aqidah Islam rakyat dan melaksanakan segala undang-undang Syariah.

      Apakah politik sebegini patuh syariah?

      + + +
      Syeikh Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi ketika mentahqiq kitab Ma’alim fi At-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) dalam tajuk “Tabiat Manhaj Qurani” karya Imam As-Syahid Syed Qutub rhm ada menyatakan beberapa persoalan berkaitan manhaj Nabi saw dalam membawa perubahan. Persoalan-persoalan ini sangat penting untuk diteliti untuk kita fahami dasar politik Islam, sekaligus memandu segala tindakan politik gerakan Islam di Malaysia agar tidak tersasar jauh dari tujuan atau Maqasid Siyasah Syar’iyyah iaitu menegakkan Syariah Allah di muka bumi ini dan menundukkan segala sistem dan kekuasaan kepada Allah swt semata-mata.

      1) Mengapa Rasulullah tidak bermula dengan laungan islah sistem politik?

      Fasa awal dakwah Nabi, utara tanah arab (kawasan Bumi Syam) dikuasai Rom dan selatannya, Yaman dikuasai Parsi. Maka hanya tinggal tanah gersang padang pasir yang dikuasai arab.

      Mengapa Rasulullah tidak memanfaatkan ‘modal’ kedudukan yang tinggi dan pengaruh yang kuat dalam qabilah Arab yang dimilikinya (kisah perletakan hajar aswad sebagai contoh), bagi melaungkan kesatuan seluruh qabilah Arab dan seruan berjuang mengembalikan hak-hak mereka dari Rom dan Parsi? Malah Baginda s.a.w menolak segala tawaran hebat untuk menduduki takhta pemerintah.

      Tetapi yang dipilih adalah sanggup bersusah payah, diseksa, dipulau semata-mata kerana laungan isu Aqidah, yang mencabar kedudukan pembesar-pembesar Arab.

      2) Mengapa Rasulullah tidak bermula dengan islah sistem sosial?

      Sistem sosial dunia arab ketika itu sangat teruk. Pembahagian harta kekayaan dalam masyarakat Arab berlaku dengan penuh kezaliman. Harta kekayaan dimiliki oleh minoriti yang punya kedudukan dan kemuliaan. Manakala majoriti rakyat hidup miskin lagi terhina.

      Maka mengapakah Rasulullah yang terkenal dengan sifat Al-Amin tidak saja mengangkat bendera ‘kebajikan’, ‘keadilan sosial’ bagi mendapat pengaruh rakyat yang membolehkannya mendapat kuasa politik? Sedangkan baginda mampu sahaja untuk mengambil kesempatan dengan kelebihan yang dimiliki untuk melaungkan sedemikian?

      3) Mengapa Rasulullah tidak bermula dengan laungan islah Akhlak?

      Tahap akhlak Arab jahiliyyah teramat runcing. Zina, arak, bunuh, sudah menjadi lumrah kehidupan arab jahiliyyah.

      Rasulullah yang terkenal dengan akhlak yang mulia boleh saja melaungkan slogan pemulihan akhlak bagi mendapatkan sokongan dan pengaruh untuk menjalankan projek-projek selepas itu, tetapi mengapa isu Aqidah yang penuh halangan juga dilaungkan? Malah para Sahabat r.a sanggup diseksa dipulau demi mempertahankan Aqidah.

      Delete
    14. + + + +

      Cuba kita kaitkan balik dengan apa sedang berlaku di Malaysia hari ini.

      Apakah keutamaan gerakan Islam di Malaysia dalam melaungkan perjuangan mereka? Adakah terlebih dahulu melaungkan Negara Berkebajikan, Good Governance, Human Right, malah bertahaluf dengan musuh Islam, kemudian hari baru sama-sama berusaha menegakkan syariah Allah di Malaysia?

      Jawapannya sudah jelas dipamerkan melalui tindakan politik atau siyasah Nabi saw terutama di awal dakwahnya di Makkah selama 13 tahun.

      Kenapa saya fokuskan pada fasa 13 tahun di Makkah?

      Kerana fasa di Makkah adalah fasa awal dakwah di mana umat Islam ketika itu tidak punya negara untuk mempertahankan Aqidah dan menyebarkannya ke seluruh alam. Dan kita hari ini seolah-olah –dari sudut peringkat dakwah- masih lagi berada di fasa Makkah iaitu fasa awal dakwah ataupun disebut marhalah at-taksis (peringkat pengasasan), semenjak jatuhnya khilafah Islam yang terakhir satu abad yang lalu. Umat Islam seluruh dunia wajib bangkit mengikut manhaj yang sama sepertimana Nabi saw dan para sahabat dahulu bangkit membawa perubahan.

      Tidakkah kita mahu menjadi golongan yang dimaksudkan dalam hadith Ar-Rasul saw berkenaan Khilafah ‘ala minhaj An-Nubuwwah di akhir zaman?

      تكون النبوة فيكم ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة فتكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون ملكًا عاضًا فيكون ما شاء الله أن يكون، ثم يرفعها إذا شاء الله أن يرفعها، ثم تكون ملكًا جبرية فتكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها، ثم تكون خلافة على منهاج النبوة، ثم سكت
      “Adalah Kenabian (nubuwwah) itu ada di tengah-tengah kamu sekalian, yang ada atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang berdiri di atas manhaj kenabian (Khilafah ‘ala minhajin nubuwwah), yang ada atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Kekuasaan yang menggigit (Mulkan ‘Aadhdhon), yang ada atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Kekuasaan yang memaksa (diktator) (Mulkan Jabariyah), yang ada atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya, apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang berdiri atas manhaj Kenabian (Khilafah ‘ala minhajin nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.
      (HR Ahmad)

      Hadith ini dinilai hasan oleh Syeikh Albani dan Syeikh Syu’aib Arna’uth

      Delete


    15. Hikmah bermula dengan isu Aqidah.
      Imam As-Syahid Syed Qutub telah menerangkan dengan penuh jelas akan hikmah bermulanya dakwah Nabi saw dengan laungan Aqidah. Menurutnya, Allah tidak mahu membersihkan bumi ini daripada taghut Rom dan Parsi dan menggantikannya kepada taghut Arab.
      Allah mahu menghapuskan segala kuasa taghut di bumi ini. Bumi ini adalah hak milik Allah. Maka semua urusan dan kekuasaan wajib tunduk pada Allah. Jalannya tidak lain tidak bukan adalah dengan mengangkat bendera “La Ilah illa Allah”. Kerana Allah mahu seluruh manusia mengiktiraf bahawa Al-Hakimiyyah Lillah (الحاكمية لله), bermaksud kuasa tertinggi adalah milik Allah. Inilah yang ditanam dalam hati umat Islam di Makkah selama 13 tahun !
      Syeikh Dr. Solah Al-Khalidi menyatakan bahawa hanya permulaan dengan isu Aqidah dapat merealisasikan matlamat (البدء بقضية العقيدة يتحقق الهدف). Ya, inilah hakikatnya, sebab kita jelas matlamat akhir kita adalah membawa manusia kesuruhannya tunduk kepada sistem Islam, maka jalannya wajib jelas dan berterus terang sejak dari langkah pertama demi menjamin tercapainya matlamat. Jika kita asyik pusing-pusing dengan idea human right, good governance, dan sebagainya, sampai satu masa ia akan terbatas, tidak akan mampu mencapai matlamat menegakkan syariah Allah kerana manusia ketika itu hanya bertuhankan human right yang tidak punya apa-apa asas yang kukuh, tidak mengerti apa itu hakikat Aqidah Tauhid.
      Rasulullah amat memahami bahawa semua sistem kehidupan (kebajikan, keadilan sosial, ekonomi dan lain-lain) tidak dapat tertegak melainkan berdiri atas asas Aqidah. Aqidah lah yang menetapkan pertimbangan dan nilai tersebut. Tanpa akidah, segala idea hebat yang dilaungkan tadi hanya kosong tidak bernilai bagaikan habuk yang beterbangan.
      Allah dan Rasul-Nya mahu semua ‘bendera’ dan laungan berdiri atas dasar Aqidah. Atas kesedaran manusia akan keesaan Allah dan hak Allah mentadbir bumi ini secara mutlak. Sehingga apabila umat Islam memiliki aqidah yang kuat dan rasa ‘muraqabah Allah’, segala sistem ataupun syariat yang ditaklifkan ke atas mereka selepas itu bukanlah satu benda yang berat !
      Satu contoh bukti yang terhasil adalah apabila disyariatkan hukuman hudud, ia bukanlah satu bebanan ke atas para Sahabat. Kita boleh dapati dalam sirah nabi, para sahabat yang dikenakan hukuman hudud amatlah sedikit.
      Hikmah lain juga adalah supaya manusia mengimani “la Ilah illa Allah” dalam apa jua situasi dan masa. Bukan hanya beriman apabila ditawarkan manfaat-manfaat duniawi dan dipamerkan kecantikan serta kehebatan sistem negara Islam. Tidak, sama sekali tidak. Allah inginkan manusia beriman kepada-Nya dengan penuh keikhlasan yang datang dari lubuk hati yang murni dengan kesedaran aqidah yang tertanam dalam diri dalam apa jua situasi dan masa.

      Delete
    16. + + + +

      Inilah serba ringkas yang dapat saya simpulkan dalam tulisan kali ini. Tulisan ini sekaligus menolak idea liberalisme dan sekularisme yang tidak mempunyai asas Aqidah, malah menjadi senjata halus pihak musuh bagi menutup segala kezaliman dan keganasan mereka terhadap umat Islam sepanjang sejarah di samping memancing umat Islam untuk terus bekerjasama menjayakan agenda mereka. Hanya orang yang naïf sahaja akan terpedaya dengan segala idea tersebut dan tanpa disedari sedang menjayakan agenda halus musuh memerangi pemikiran umat Islam.

      Semoga Allah merahmati dan terus menunjukkan kepada kita jalan lurus yang menyampaikan kita hingga ke Syurga Firdaus-Nya, insya Allah.

      Saya yakin, ramai pemimpin gerakan Islam sudah pernah membaca tulisan Syed Qutub ketika berbicara tentang perkara yang disebutkan di atas. Namun, adakah dapat diimplementasikan dalam alam realiti ketika sibuk dengan segala macam sepak terajang politik Malaysia hari ini?

      Rujukan :
      Ma’alim fi At-Tariq, Syed Qutub
      Ma’alim fi At-Tariq, Tahqiq & Ta’liq Syeikh Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi
      Manhaj Haraki fi Zilal Al-Quran, Syeikh Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi

      AhmadKhairuddin.com

      Delete
    17. This comment has been removed by the author.

      Delete
    18. Tommy Thomas mungkin langkah kiri PM



      SAYA jahil undang-undang dan apa lagi ilmu kehakiman.

      Ketika PM Mahathir mengangkat Tommya Thomas jadi Peguam Negara, takwil saya hanya dia bukan orang Islam. Sesudah negara tidak berjalan mengikut perundangan Islam, biarlah Peguam Negaranya yang maklum hati umat Islam.

      Atas imejnya seorang pengamal undang-undang yang dihormati, tidak upaya saya pertikai wibawanya. Tentulah PM lebih mafhum, mahu seorang Peguam Negara membanggakan Perdana Menteri, kerajaan pimpinannya dan negara yang dikatakan memerangi rasuah.

      Kebimbangan awal saya setelah itu, komen seorang hakim pada saya, ia mungkin ke arah meminggirkan kes rasuah Lim Guan Eng yang baru jadi Menteri Kewangan. Saya tiada sikap jika kesnya dibuang atau diteruskan hinggalah saya membaca komen bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan tulisan seorang pengamal undang-undang di Sinar Harian.

      Tun Hamid tidak dapat terima rasional dan kebijaksanaan Tommy menarik diri jadi pendakwa terhadap dakwaan yang dikenakan kepada Najib dan pendakwaan kepada peguam Datuk Sulaiman Abdullah dan bekas hakim Sri Ram.

      Tun Hamid juga kes Guan Eng tidak diteruskan. Dia memberi hujah undang-undang mengapa kes itu wajar dibicarakan. Saya suka kepada semua alasannya. Sebagai jahil undang-undang jika saya komen boleh mendedahkan saya sebagai loyar buruk. Tetapi pengamal undang-undang yang hendak menegakkan negara undang-undang dan memerangi rasuah, patut mengamati komen bekas ketua hakim itu.

      Penulis di Sinar Harian pula membandingkan kes Guan Eng dengan kes Dr. Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor.

      Kedua-dua kes didakwa atas dakwaan yang sama. Jabatan Peguam Negara menarik balik dakwaan itu dengan alasan bukti tidak cukup dan jika diteruskan perbicaraan, ia mungkin ditolak oleh mahkamah. Apa guna diteruskan pendakwaan apabila ia dirasakan tidak boleh menang.

      Akan tetapi dengan masalah yang sama yang dihadapkan kepada Khir Toyo, pendakwa menang bicara. Dr Khir telah dipenjarakan.

      Kes Khir Toyo berlaku lama sebelum kes Guan Eng.

      Mengikut penulis itu, biasanya sesuatu kes yang sampai ke mahkamah tinggi segala keterangan dan keputusannya menjadi rujukan kepada penghakiman sebarang kes selepasnya.

      Maka dia tidak nampak pentadbiran Peguam Negara sekarang memberi telitian dan perbandingan antara kes Khir Toyo dan kes Guan Eng.

      Dari logik dan hukum akal, akal saya atas kedua-dua kes yang didakwa di bawah perkara yang sama, hanya salah satu daripada penghakiman itu betul, Kedua-duanya adalah tidak betul.

      Kalau penghakiman atas kes Khir Toyo betul, mengetepikan kes Guan Eng ada tidak betul. Jika keputusan atas kes Guan Eng itu betul, maka penghakiman atas Khir Toyo adalah tidak betul.

      Tanggapan saya atas dua ulasan terhadap wibawa Jabatan Peguam Negara di bawah Tommy Thomas tidak mencerminkan kecemerlangan yag diidamkan oleh Perdana Menteri Mahathir jika dia tidak berpolitik kayu tiga atas keadilan yang kita dapati sekarang.

      Mahathir, kerajaan baru dan rakyat mahukan pemerintahan yang bersih, bebas rasuah, adil dan saksama.

      Rata-rata orang takwil dan perleceh prestasi 100 hari kerajaan itu. Empat bulan pertama Peguam Negara dilihat tidak menolong meyakinkan harapan Perdana Menteri, Kerajaan Harapan dan rakyat mencapai matlamatnya.

      Lainlah kalau Tommy begitu kerana melaksanakan apa yang PM mahu dia buat dan bukan buat apa kejaksaan patut buat. Tommy mungkin sudah buat apa yang terbaik, tetapi tidak membantu mencapai harapan Harapan.

      SUBKY LATIF

      Delete
    19. Kerjasama PAS-UMNO Sekat Kemaraan Liberal




      KEMARAAN golongan liberal daripada pelbagai kumpulan dalam politik Malaysia sejak sedekad lalu menuntut kerjasama lebih rapat antara PAS dan UMNO bagi memastikan kuasa untuk mempertahankan dan melaksanakan Islam tidak terus terhakis.

      Kumpulan seperti Sisters in Islam, Islamic Rennaissance Front, dan kumpulan lain yang bergiat melalui pelbagai platform dalam politik negara semakin lantang dan berani selepas Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

      Sudah dapat dilihat beberapa tindakan yang dilakukan dengan kuasa sebagai kerajaan seperti menilai semula peranan Jakim dan usaha menutup IKSIM, dan penonjolan aktivis liberal di media perdana negara yang disokong oleh menteri sendiri.

      Menteri-menteri PH pula terdiri daripada mereka yang sedia mengemukakan pandangan berkaitan Islam yang lebih menyebelahi ideologi PH yang dikatakan berdasarkan prinsip rahmatan lil alamin, tetapi sebenarnya diselewengkan.

      Justeru, langkah ke arah kerjasama lebih rapat antara PAS dan UMNO yang disaksikan dalam muktamar PAS ke-64 wajar dipandang positif oleh umat Islam.

      Kehadiran Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai tetamu yang duduk sekali dengan barisan kepimpinan PAS memberi isyarat yang baik dalam usaha membela Islam di negara ini.

      Selain Ahmad Zahid, hadir sama ialah Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Ketua Penerangan, Datuk Shamsul Annuar Nasarah.

      Pemimpin lain yang turut hadir ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Wanita, Datuk Noraini Ahmad dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Lokman Noor Adam.

      Kerjasama ini mesti mengambil kira pendekatan “Islam memimpin” seperti yang disebut oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya.

      Tindak-tanduk dan kenyataan menteri-menteri PH sudah jelas menunjukkan mereka tidak boleh diharapkan untuk membantu menjaga kedudukan Islam.

      Malah, walaupun ada suara-suara menuntut pembelaan Islam dalam kalangan PH, suara itu akan segera ditutup dan dihalang oleh parti yang lebih berkuasa.

      Maka ini menunjukkan PAS dan UMNO mesti mengambil tanggungjawab membela Islam dengan mewujudkan dan mengukuhkan satu kerjasama kalangan parti Melayu Islam.

      Sudah tentu, pihak PH dan mereka yang berkepentingan mendukung ideologi liberal akan bimbang dan cuba menggugat kerjasama ini dengan pelbagai cara.

      Seperti yang dijangka, pemimpin-pemimpin PH dan media liberal mengecam dan mempermainkan kerjasama ini.

      Mereka menawarkan ulasan yang mendakwa kerjasama ini akan mengakibatkan kedua-dua parti rugi kerana penolakan rakyat.

      Kerjasama yang sudah bermula dalam dua pilihan raya kecil sebelum ini sudah menunjukkan tanda-tanda menjanjikan.

      Kerjasama lebih rapat berdasarkan kepentingan bersama membela Islam dan orang Melayu mesti terus diperkukuhkan mulai saat ini, kerana PH dan pendukung-pendukung liberalnya terus rakus dan tidak berehat daripada agenda mereka meliberalkan negara ini. – Mynewshub.tv

      Delete
    20. This comment has been removed by the author.

      Delete
    21. Syarikat Anak Perdana Menteri Berminat Menjadi Pembekal TNB Pula



      Selepas mendapat kontrak RM11 juta dari Telekom baru-baru ini, syarikat anak Perdana Menteri Malaysia yang dimiliki oleh Tan Sri Mokhzani Mahathir berminat pula untuk menjadi pembekal khidmat jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB)

      Mokhzani yakin bahawa syarikat pengeluar gentian optiknya itu boleh bekerja dengan baik menyokong agenda telekomunikasi syarikat utiliti elektrik negara.

      "Teknologi sentiasa berubah dan ini bermakna pengguna mahukan akses yang lebih luas dan pantas tetapi pada harga yang lebih rendah seiring dengan yang dibincangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.

      Katanya, pengumuman TNB baru-baru ini untuk menembusi pasaran komunikasi fiber telah menarik perhatian syarikat beliau.

      Oleh kerana sifat ingin tahu, Mokhzani mahu mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif ber­kenaan dan bagaimana Opcom boleh memainkan peranan dan terlibat sama.

      “Opcom adalah pengeluar gentian optik yang ditubuhkan di Malaysia, kami akan cuba untuk mengambil bahagian memenuhi permintaan bagi cadangan daripada pelanggan kami,” kata­nya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Opcom beberapa hari lalu.

      Pada minggu lalu, TNB me­ngumumkan ba­kal me­laksa­nakan projek perintis penawaran khidmat HSBB di Jasin, Melaka menggunakan infrastruktur fiber optik miliknya bermula September ini.

      Projek rintis yang dijangka siap pada akhir 2018 meliputi 1,100 daripada 4,300 kediaman di tiga kawasan iaitu Taman Merbau, Taman Maju dan Felda Kemendor, di Jasin, Melaka.

      Melalui projek berkenaan, TNB akan meneroka potensi menggunakan kapasiti aset telekomunikasi kami yang sedia ada bagi NCP.

      Dalam perkemba­ngan lain, Mokhzani berkata, nilai projek dalam tangan Opcom mencecah le­bih RM100 juta dan dijangka boleh bertahan sehingga perte­ngahan tahun depan.

      Mokhzani mengakui industri te­lekomunikasi sedang menghadapi tempoh yang mencabar ketika ini, disamping kerajaan juga mempunyai masalah kewangan yang teruk akibat kerajaan terdahulu.

      Tetapi beliau yakin OPCOM akan mendapat lebih banyak peluang untuk mengembangkan perniagaan di negara ini pada masa akan datang.

      -Tun Carlos

      Delete
    22. Adun PAS cabar Pahang ubah cuti hujung minggu ke Jumaat



      KUALA NERUS: Perwakilan PAS Pahang, Zuridan Mohd Daud mencabar kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) menukar cuti hujung minggu di negeri itu ke Jumaat bagi membuktikan keikhlasan mereka untuk bekerjasama dengan parti Islam itu.

      “Kita cuma ada satu permintaan, kalau betul Umno hendak bersama kita, kami Adun PAS di Pahang bersepakat menuntut Jumaat (dijadikan) hari cuti sepertimana Kelantan, Terengganu dan Johor.

      “Kita mohon kepada pemimpin di Pahang supaya berusaha menjadikan Jumaat hari cuti sebagai tanda, bukti kesungguhan untuk kerjasama kita dan Umno-BN.

      “Kita mesti meneliti sejauh mana keikhlasan Umno dan BN dalam menerima dasar-dasar kita dan tidak menentang usaha kita untuk mengeratkan syariah Allah,” kata Adun Damak itu ketika membahaskan ucapan dasar presidennya pada Muktamar PAS ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak, malam tadi.

      Pada 27 Julai lalu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar dilaporkan berkata, parti itu bersedia menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam usaha menjadikan Jumaat sebagai cuti hujung minggu.

      Katanya, cadangan menukar cuti hujung minggu di Pahang kepada Jumaat dan Sabtu berbanding Sabtu dan Ahad ketika ini dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat.

      Beliau berkata, PAS Pahang akan membuat pungutan suara dan mengumpul tandatangan rakyat yang menyokong cadangan itu sebelum menghadap Tengku Abdullah.

      Delete
    23. Pemilihan PKR: Dua lelaki ditahan SPRM terlibat politik wang



      KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lelaki di Kedah, semalam, disyaki terlibat dalam politik wang bagi pemilihan pemimpin cabang PKR.

      Menurut laporan Astro Awani yang memetik sumber berkata, suspek pertama berusia 48 tahun ditahan pada pukul 12.20 tengah hari di sebuah restoran di Alor Setar, manakala suspek kedua, 46, ditahan pada jam 3.25 petang di Plaza Tol Plus Pendang.

      Kedua-dua suspek dikatakan meminta wang suapan RM20,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan agar namanya yang telah didaftarkan untuk pemilihan parti dikekalkan di dalam sistem, sekali gus layak untuk bertanding.

      Sumber berkata, suspek terbabit sebelum itu telah memaklumkan kepada lelaki terbabit bahawa namanya dan beberapa individu lain lagi akan digugurkan daripada senarai calon, namun boleh dikekalkan sekiranya membayar suapan tersebut.

      Menurutnya, susulan penahanan itu, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM10,000 daripada kedua-dua suspek.

      Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

      "Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar pagi ini bagi tujuan permohonan reman.

      "Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009," ujarnya.

      Delete
    24. Berpusing-pusing kepala Wan Saiful cari alasan PTPTN akhir dia fitnah PAS

      Senang sungguh tugas Pengerusi PTPTN. Bukan untuk mencari jalan penyelesaian bagaimana hendak membantu Mahasiswa memyelesaikan masalah hutang mereka, sebaliknya menunding jari ke sana sini.

      Kalau sebelum ini Wan Saiful Wan Jan menyalahkan DS Najib Tun Razak sehingga mendapat maki hamun netizen, kini beliau beralih menyalahkan PAS, kononnya PAS punca desakan supaya PTPTN diberi percuma.

      Pakatan Harapan cuba dan telah memperbodohkan Rakyat Malaysia. Mereka meletakkan otak Rakyat Malaysia di lutut kaki mereka. Sudah jelas di dalam manifestomato mereka janji hendak menstrukturkan semula hutang PTPTN. Kenapa sekarang PAS dan DS Najib menjadi kambing hitam untuk dipersalahkan. Bodoh sangatkah penyokong Pakatan Harapan ini?

      Berikut adalah bukti penjelasan Pakatan Harapan yang dipetik melalui Buku Harapan (halaman 136) yang menerangkan mengenai semua manifesto (janji) pilihan raya Pakatan Harapan. Janji ini wajib ditunaikan oleh mereka sepertimana yang telah dijanjikan. Melainkan mereka menggunakan kata-kata Pengerusi Pakatan Harapan, "Manifesto bukan kitab suci."

      Delete
    25. Theory PD 116' Kerajaan Boleh Bertukar?



      Adakah pengakhiran Kerajaan Tun dan PH?

      KENAPA ANWAR PILIH PORT DIKSON?
      Kenapa PD? Kan banyak lagi kawasan selamat yg boleh dipilih tanpa sebarang penghalang utk kemenangan dgn majoriti besar utk PRK kali ini.

      PORT DIKSON / TELUK KEMANG

      PD sebenarnya tercatat sejarah sebelum ini merupakan kubu kuat kepada BN, ini tidak blh dinafikan kerana siapa tidak kenal dgn TS Isa Samad, dulunya dikenali Hero Teluk Kemang (kini PD) terlalu kuat dan kebal utl ditumbangkan, dengan isu Felda keatasnya pun di PRU atau PRK dia tetap menang bergaya.

      Bagaimana pun akhirnya dia ditumbangkan diluar medan pilihanraya dgn strategi PR yg mengheret beliau dgn pelbagai tuduhan dan tambahan aib sebagai rumusan utk rakyat terutama di PD menolak beliau sebagai wakil rakyat dgn tindakan keatasnya bukan semasa beradu menang di PRU.

      Rakyat di PD yg majoritinya dari kaum Melayu dan India sebenarnya dari golongan Peneroka, Petani dan Nelayan sudah tentulah memilih beliau kerana YB dari kalangan Menteri atau pemimpin besar memberi bonus dan perhatian keatas PD, kerana itulah PD adalah kubu kuat utk BN, kalau diikutkan senario kaum maka sdh blh kita katakan PD dihuni oleh parti UMNO, PKR dan PAS mengikut komposisi kaum yg ada.

      Ini bermaksud kekuatan DAP dan PBBM tidak disini, bertambah pelik kenapa Anwar tetap pilih PD? Bukankah banyak tempat lain yg lebih terjamin dan selamat untuk Anwar. Apa yg DAP dan PBBM mampu buat bukan dikawasan mereka?

      KENAPA PD JUGA?
      Ini bermaksud gelangan PRK yg penonton besarnya UMNO, PKR dan PAS, bukankah kawasan yg juga ada penyokong DAP PBBM dapat membantu Anwar, malah bukankah mereka juga blh memastikan kemenangan bergaya dgn majoriti lebih tinggi serta dari segi jentera bukan masalah besar lagi.

      PBBM dan DAP bermaksud ancaman jika mereka diantara yg berkempen atau membantu di PD. Rakyat mmg banyak telah diinaya dan dihukum oleh kerajaan TUN dan PH ketika ini, cuba bayangkan apa yg PH dah buat utk rakyat di PD.

      Bonus dihapuskan, harga sawit jatuh tergolek, janji utk hapuskan hutang mereka rupanya kencing tipu PH, bantuan dimansuhkan, subsidi nelayan mansuh, pesara tentera dikhianati dgn penukaran YB yg bukan kerana meninggal dunia dan banyak lagi kerja DAP dan PBBM yg menyebabkan rakyat PD menyimpan parut dan dendam, kini PRK pula yg menyebabkan negara bakal rugi 4 juta hanya kerana utk Anwar jadi PM 8. Jadinya DAP dan PBBM ibarat tuba dan bukannya madu utk PD.

      PD MEMASTIKAN ANWAR SEBAGAI PM 8?

      Tak semestinya PD blh menentukan Anwar sebagai PM8 spt janji Tun dan DAP sebelum ini, bukankah utk menuntut janji dari hasil menumpang PKR blh dipastikan dituntut dgn bertanding di Langkawi sahaja. Anwar bakal dapat laluan Ekspress sebagai PM baru bagi PH. Lagi pun Tun dan DAP sudah berjanji menyerah takhta PM utk Anwar? Tidak perlu bazir duit rakyat dan hasrat tercapai, Tun blh diletakan sebagai penasihat atau barisan CEO negara spt Tun Daim, Zetty atau Robert Kuak.

      Bukankah PH sdh sebagai kerajaan, hanya perlu menyerahkan tampok pemerintah nom satu kepada Anwar sahaja. Kita dapat lihat TUN dan sekutu kuatnya DAP telah pun mengakui negara semakin gemilang dgn pentadbiran mereka kini....

      Delete
    26. APAKAH PILIHAN KERAJAAN KEHENDAK ANWAR?

      Kerajaan yg dibentuk oleh TUN dan DAP sdh pun tersedia, kenapa anwar tidak seghairah semasa beliau dipenjara, kalau dilihat Anwar tidak lansung menunjukan kemarahan atau memuji kerajaan yg kini dikuasai TUN dan DAP. Adakah pilihan lain atau kerajaan sekarang tidak lansung memenuhi bayangan atau impian beliau?

      Kita boleh rumuskan disini, kalau kerajaan yg telah nampak berjaya memikat dan mendapat restu rakyat, maka sudah tentulah dia boleh terima. Sebaliknya kalau ianya merupakan neraka kepada rakyat, makanya sudah tentulah Kerajaan Baru edisi Anwar yg tiada kaitan dg PH lebih memudahkan beliau kerana tak kan semua kerosakan Anwar kena tanggung.

      Kita boleh nilaikan sebagai rakyat, adakah kerajaan hari ini yg dikehendaki rakyat? Mana mungkin ianya bersih dan ketika ini satu malaya telah pun ditipu hidup-hidup malah dihukum dgn pelbagai kemansuhan batuan, kenakan cukai, tipu semua janji, menjelekan sifat pemerintah terhadap PM 6, Perasuah bebas, Hakim negara, YB dan kaitan semuanya kroni. Malah mana mungkin Anwar boleh bebas dgn kehadiran orang kuat TUN yg diberi kuasa menentukan spt Daim, Zetty, Robert, Guan Eng, Zuraida, Azmin dan banyak lagi yg bakal mengerumuni Anwar disetiap pegerakan.

      Kerajaan baru adalah resolusi utk jawapannya. Disini beliau blh menjadi PM dgn tiada segala bentuk keburukan yg sudah pun PH calarkan kepada rakyat. Anwar juga bukan orang yg patut dipertanggung jawabkan hasil kerosakan TUN dan DAP sebagai badi atau najis yg ditinggalkan TUN dan DAP. Tentunya dipenjara Anwar sudah banyak belajar utk tidak silap kelai kedua.

      MAMPUKAH ANWAR MEMBENTUK KERAJAAN?

      Adakah Anwar terpaksa bergantung dgn kerajaan TUN yg ada hari ini utknya? Terima apa sahaja yg ada, buruk baik terpaksa ambil dari Tun dan DAP.

      Mungkin ramalan itu yg digambarkan oleh Tun bahawa Anwar terpaksa akur dan terima apa sahaja warisan darinya tanpa pertikaikan. Sebenarnya tidak.... tidak sama sekali, Anwar tidak perlu terpaksa terima, ugutan atau segala ramalan tidak diperlukan utk Anwar membentuk kerajaan nya.

      Cuba kita kira bagaimana Anwar boleh buat kerjaannya sendiri tanpa DAP, TUN dan semua jemaah menteri yg ada. Mudah sungguh malah Tun, DAP dan Kroni dah boleh bungkus dan berambus terus.
      Dengan gabungan yg ada Anwar dah boleh buat kerajaan barunya, UMNO 51, PKR 47, PAS 18 sudah cukup bagainya membentuk kerajaan baru yg bersih dari segala perlakuan terdahulu oleh PH yg menipu rakyat dgn janji dan ternyata gagal dalam banyak pekara membuatkan rakyat sukar menerima dan rasa tertipu dan dihukum zalim oleh PH.... PH yer bukan Anwar.

      Malah masih ada BONUS dgn MIC 2, MCA 1, tidak termasuk yg akan paling tadah dan lompat terutama yg terpinggir oleh kerakusan DAP Guan Eng yg terlalu kamcing dgn TUN. Jadi soal membentuk kerajaan DAP dan PBBM bukan keperluan utk beliau.

      Delete
    27. DAH BOLEH BAYANGKAN KAITAN KERAJAAN DAN PD?

      Menang atau kalah Anwar di PRK PD sebenarnya tidak menghalang usaha belaiu utk membentuk kerajaan baru. Begitu juga UMNO atau PAS yg akan bertanding di PD juga tidak boleh membentuk kerajaan semula.

      Dalam suasana PD yg majoriti pengaruh dari 3 parti utama ini PKR, UMNO dan PAS yg mendemonasi pengundi utama di PD maka tak sukar sgt jika Anwar bertanding dgn baik, berhemah dan Aman tentunya rakyat akan menaruh harapan baru kepada rakyat PD dan Malaysia terhadap Anwar sebagai PM dan Kerajaan Baru.

      Kalau spt kebiasaannya rutin kali ini PAS pula berikrar membantu UMNO utk PRK PD, maka makin mudahlah Anwar punyai kawan baru atau lebih tepat lagi Anggota Kerajaan BARU yg menjadi harapan Rakyat yg haus dgn keamanan dan kemajuan yg tertunggak akibat tertipu utk lebih baik dgn janji PH yg menipu di PRU 14 yg lepas.

      Apa lagi disaat akhir pula calon BN umum tarik diri atau tidak bertanding menandakan Anwar sudah ada Kerajaan baru yg bakal dibentuk manakala Tun dan DAP sudah boleh berkira utk berhincit dari Putrajaya dan bersedia menerima hukuman seperti mana mereka menghukum pemimpin yg difitnah dan Rakyat yg dizalimi.....

      UMNO : TIADA MASALAH, paling jelas kawan yg menjatuhkan spt MCA, MIC, Gerakan yg sebenarnya merupakan sial kekalahan yg ada sebelum berperang disetiap kali PRU sudah boleh dibuang. Bayangkanlah setiap kali PRU dikalangan merekalah sebenarnya kekalahan sudah pun ada di BN sebelum diundi dalam PRU. Yang setia dan dikenal pasti blh jamin kemenangan blh meneruskan sbgai kompenan yg baik.

      PAS : PUN TIADA MASALAH

      Pas akan dilihat lebih baik dan mempunyai rakan yg lebih mantap dam setia berbanding sebelum ini spt DAP, AMANAH yg mengkhianati dan PKR juga telah dibersihkan kerana mereka yg berkepentingan kini sdg bersama TUN dan DAP atau lebih tepat lagi talibarut
      Guan Eng selama ini dlm paryi PKR

      SABAH & SARAWAK : Sudah tentulah mereka akan kembali kepada kerajaan Baru yg menjaminkan mereka. Dan inilah juga GRAND BONUS utk Anwar yg boleh mengekalkan beliau serta sokongan seluruh negara bersamanya,,,,

      NAMPAK TAK ' THE THEORY PD 116'

      Nampak pelik tetapi tak boleh dinafikan boleh berlaku, in sha Allah taala. Rakyat dizalimi sdg berdoa. Kunfayakun....

      @ artikel dari Pejuang siber dalam pertapaan.
      Tq Otai....

      Delete

    28. Memang susah menang tapi Umno mesti cabar di PD, kata Ketua Double ee (spt Azees ex-Tabung Haji) Kerry Okspod KJ. Tak dapat jadi Presiden Umno, tak sanggup lick the wounds, mesti nak bising sikit, kalo tak, nanti orang pikior dia dah lenyap -

      Umno mesti tentang pertabalan politik di PD, kata KJ

      Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata Umno atau BN mesti meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson nanti.

      Kata Khairy kerusi parlimen di Negeri Sembilan itu memang sukar untuk dimenangi namun cabaran perlu diberikan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

      Alasannya, supaya Anwar tidak "ditabalkan" untuk menjadi perdana menteri kelapan Malaysia.

      "Pertabalan adalah untuk raja-raja. Dan Anwar bukan (raja)," ciapnya di Twitter hari ini.

      Khairy berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun yang berpendapat pembangkang tidak perlu meletakkan calon di PRK Port Dickson sebaliknya membiarkan Anwar menang.

      Aminuddin yang juga Ketua jentera pilihan raya Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi PRK itu berkata pembangkang hanya perlu memberi laluan kepada presiden PKR itu yang mengatur langkah untuk kembali ke parlimen sebelum dilantik menjadi perdana menteri.

      Jumaat lalu Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu belum ada kata putus sama ada untuk meletakkan calonnya pada PRK Parlimen Port Dickson atau tidak.

      Menurut Annuar hal itu akan dibincangkan pada mesyuarat Umno 24 September ini.

      Itu khianat parti

      Minggu lalu pula seorang bekas menteri kanan Umno Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau akan berkempen untuk memenangkan Anwar walaupun Umno akan meletakkan calonnya di situ.

      PAS turut tidak ketinggalan memperkatakan PRK Port Dickson. Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu sedia meletakkan calonnya pada PRK berkenaan jika Umno atau BN tidak berbuat demikian.

      Kata Khairy Umno dan BN perlu menolak amalan politik yang dianggapnya tidak boleh diterima itu.

      “Umno-BN mesti bertanding. Port Dickson bukan kerusi yang boleh dimenangi (dengan mudah) tetapi kita mesti melawan politik yang tidak tahu malu ini," ciapnya.

      Khairy turut mengulas pendirian Nazri untuk berkempen bagi pihak Anwar.

      Kata bekas menteri belia dan sukan itu, peraturan Umno adalah jelas dan sesiapa yang berkempen untuk parti lawan boleh disingkirkan.

      "Itu bukan lagi meraikan perbezaan pendapat. Itu mengkhianati parti," katanya.

      xxx

      Khianat parti Umno takpa, wahai Mister Double EE

      Delete

    29. DAH SEPERADO SANGAT, TAK HABIS HABIS MAMAT2 TUH NAK SPIN AND COOK UP STORIES -

      Najib pertahan surat dari 'putera Saudi'

      Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan surat dan dokumen lain yang didakwanya sebagai "bukti" bahawa wang yang diterima dalam akaun bank peribadinya adalah derma daripada putera diraja Arab Saudi.

      "Adalah penting untuk kita ambil perhatian bahawa kesemua surat-surat yang diterima oleh bank dan saya itu menggunakan kepala surat Putera Abdulaziz Al-Saud dan kesemua surat berkenaan menggunakan tandatangan yang sama.

      "Pada ketika saya tidak boleh mengesahkan apa yang dikatakan penyiasat itu mengenai tandatangan itu, apa yang saya tahu dalam dunia perniagaan, ada juga berlaku kakitangan menandatangani surat bagi pihak majikan mereka," katanya dalam catatan Facebook hari ini.

      Beliau mengulas artikel The Edge Weekly hari ini yang memetik penyiasat yang tidak disebutkan namanya mengatakan surat itu tidak ditandatangani Putera "Saud Abdulaziz Al-Saud", tetapi seorang lelaki bernama Mohammad Abdullah Al-Koman yang mendakwa sebagai wakil Putera Abdulaziz Majid Al -Saud.

      Sumber itu berkata kepada The Edge Weekly bahawa Mohammad tidak dapat memberikan maklumat lanjut mengenai urus niaga berkenaan kerana ia melibatkan "kepentingan keluarga diraja Saudi".

      "Dalam kata lain, Mohammad Abdullah memberitahu pasukan penyiasat Malaysia bahawa mereka perlu percaya bahawa surat itu datang dari keluarga diraja Arab Saudi.

      "Sumber berkata bahawa selepas perjumpaan dengan Mohammad Abdullah, penyiasat menyimpulkan bahawa 'tidak selamat untuk mengesahkan wang berkenaan datang dari Blackstone dan Tanore adalah derma oleh Arab Saudi, kerana masih tidak jelas dan kekurangan dokumen yang menyokong kenyataan itu," tulis laporan itu.

      Jabatan Keadilan AS (DOJ) sebelum ini mendakwa dana Blackstone dan Tanore berasal daripada 1MDB.

      Sementara itu, Najib berkata artikel berkenaan tidak menyebut mengenai dokumen rasmi bank yang menunjukkan pemindahan dana yang dibuat melalui akaun bank Kementerian Kewangan Arab Saudi dan daripada bank akaun milik Putera Faisal bin Turkey bin Al-Saud di Arab Saudi.

      Kata Najib, semua pemindahan dana juga tidak pernah dipertikaikan oleh bank penerima ataupun Bank Negara Malaysia (BNM).

      Artikel itu juga katanya tidak menyatakan fakta bahawa beliau telah memulangkan RM2.6 bilion kepada Tanore beberapa bulan selepas menerimanya sebagaimana ditunjukkan oleh dokumen bank yang didedahkan minggu lalu.

      Baca: Saman DOJ: Dakwaan rompakan berbilion ringgit 1MDB

      Najib berkata pemulangan dana yang disebut sebanyak RM2.6 bilion itu turut diakui oleh Wall Street Journal melalui buku ‘The Billion Dollar Whale’.

      "Ini membuktikan saya tidak mencuri atau menyimpan berbilion ringgit untuk kegunaan peribadi dan saya bukanlah penyangak, penyamun atau pencuri sebagaimana dituduh pelbagai pihak," kata Najib.

      Untuk rekod, Malaysiakini sebelum ini pernah menimbulkan persoalan mengenai identiti "Putera Faisal", kerana tidak ada seorang pun memiliki nama yang sama seperti dokumen itu yang dikenal pasti sebagai ahli keluarga diraja Saudi.

      DOJ mendakwa daripada AS$ 681 yang dipindahkan dari Tanore ke akaun Najib (dirujuk sebagai 'Malaysian Official 1' dalam dokumen mahkamah DOJ) pada Mac 2013, kira-kira AS$ 620 telah dikembalikan kepada Tanore pada 26 Ogos tahun itu.

      Ia berkata sekutu Low Taek Jho, Eric Tan kemudian menyerahkan wang tersebut melalui perantara dan menggunakan kira-kira AS$ 27.3 juta untuk membeli kalung loket berlian 22 karat untuk isteri Najib, Rosmah Mansor, serta pelbagai karya seni.

      Najib dan Jho Low masing-masing menafikan melakukan sebarang salah laku.

      POOOOOORRRRRAAAAH ...

      Delete
    30. SI PARIYAYA YANG INI PULAK KETINGGALAN ZAMAN, TAK TAHU NEGARA INI DAH DI MUSNAHKAN DEK BOSS DIA -

      'Jangan tunggu sampai negara musnah'

      Datuk Lokman Noor Adam hari ini sekali lagi mengepalai protes pembangkang dalam usaha mereka mengecam pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

      Bersama kira-kira 30 penyokong anggota Majlis Tertinggi Umno itu turut menyampaikan ucapan di luar Kompleks Pertama yang terletak di antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

      Sebelum itu mereka berkumpul di luar pusat beli-belah berkenaan sejak tengah hari.

      MASIH ADA LAGI SAKI BAKI DEDAK NAJIB NAMPAK NYA, TAPI DAH TAK BANYAK, YANG KELUOR PUN TAK BERAPA KETUL AJE.

      Delete
  2. Najib haramjadah ni bakal jadi banduan perdana di sungai buloh resort
    Bawak sekali geng najis haramjadah kat sini sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada soal lagi dia masuk penjara. Ha nya soal berapa tahun dalam penjara.

      Aku harapkan 10-20 tahun. Tak melampau jika hendakkan begitu.

      7 tuduhan mahkamah yang ada sekarang, kata lah ada berbelas lagi dalam masa berikutan = 20 tuduhan. Kalau 4-5 tuduhan sahaja yang sabit kesalahan, purata 4 tahun penjara bagi tiap satu kesalahan, = 20 tahun.

      Ok lah, kasi dia 15 tahun. Cukup untuk dia merekut dalam cell, botak hingga tinggal beberapa helai sahaja rambut dia, bongkok berlipat badan dia, completely out at the end of it. Tak terdaya nak mebohong menipu, mencuri dsb nya selepas itu.

      Delete
  3. Syaitan bertanding dgn Iblis ... dua2 mahu bersemayam dalam tubuh Ahjibgor.

    ReplyDelete
  4. cerita pasal dongeng ni....memang dah jadi budaya org org Melayu Islam kat Negara kita ni sejak dari dulu lagi....rasanya ada yg dah dpt PhD buat kajian cerita dongeng ni...

    khurafat...tahyul...mitos...mistri...tulah...sumpah...daulat...dan yg seumpamanya masih lagi menjadi sebahagian senjata bagi pemimpin feudal utk terus menguasai pengikutnya...

    kesah pemimpin pas dgn khurafatnya...kesah pemimpin umno dgn tahyulnya...kesah raja dengan daulat dan tulahnya...

    kesah dongeng najib....melayu akan bangsat bila umno kalah...

    ....yang paling bimbang ialah khurafat atau dongeng akan datang...antaranya dongeng reformasi....dulu ada pemimpin gunakan Melayu utk survival politik...skrng ni ada yg guna reformasi utk survival dan hagemoni politik....harap rakyat m'sia khasnya golongan muda jgn jadi bodoh lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dongeng tuu Tonggeng.
      Tonggeng tuu dongeng.....!!

      Delete
  5. sudah sudah lah jib,,dulu masa bkuasa kau menikus diam bile rakyat tanye,,,ko buat telinga pekak ,skarang kau berpencak silat,kung fu sana kung fu sini, telinga kauu tak pekak bah kan sensitif ,,,cuba pertahankan diri sendiri,,,,tak yah lah,ready je pegi inn sg buloh,,,rakyat dah tak respect & percaya ko lagi

    ReplyDelete

  6. Jibo tak boleh tipu lagi. Akan di ketahui, di dedahkan tiap kali dia coba menipu.

    Coba dia mesti terus coba. Dia muka dah macam kulit mak badak (real badak) tapi dah tak tahan malu, nak coba tunjukkan dia tak curi, rompak dan lanun RM2.6 bilion itu.

    Kita mesti tahikan dia tiap kali dia buat begitu. Siapa yang ada bukti di sebalik apa cerita yang di rekakan nya itu, sila lah keluarkan dan tibai ANAK KEPALA BAPAK DIA tuh

    ReplyDelete

  7. Memang amat koman individu bernama Mohammad Abdullah Al Koman yang menanda tangan surat yang konon nya dari Putera Saud Abdul Aziz A-Saud.

    Di ketawa di seluruh dunia lagi kamu Najib Al Jibo. Givap lah. Semangkin kau coba nak nunjukkan kau tak bersalah, semangkin nampak kau menipu tak habis habis.

    Emak kau Tun Rahah pun mesti dah tak tahan membaca pasal cerita kau nih. Gamak nya dia tak baca atau dengar berita TV, radio dll yang ada kaitan dengan kau, Jibo,

    Nasib lah dia kuat pegang kpd agama Islam yang haramkan bunuh diri, kalau dia bukan Islam, tak tahu lah jika dia tertekan amat sangat hingga berbuat begitu.

    Bedebah betul, kau, Najib. Tak kesiankan langsung emak kau.

    ReplyDelete
  8. Boleh la jibo belatih duduk dlm penjara lupakan kemewahan., Anwar elok jer.... Rasa lah balasan khianat amanah yg diberi

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum wbth!...semoga anda semua dirahmati allah swt...ISU NYA BAGAIMANA CARANYA KITA NAK CARI BUKTI YG NAJIB ITU BERSALAH?..cuba fikir fikir..ha..ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. duit masuk 2.6 bilion dlm acc dia dah cukup bukti dia bersalah....dah tu dia buat bodoh jer alasan BNM tak kata salah...

      Delete
  10. Dia ni patut diberi nama baru (untuk buang segala yang tak kena). N AJAIB!

    ReplyDelete
  11. Ha ha ha Dongeng tuu Tonggeng.
    Tonggeng tuu berdengung dongeng...!!

    Dongeng tuu Tonggeng.
    Tonggeng tuu berdengung dongeng...!!

    Dongeng tuu Tonggeng.
    Tonggeng tuu berdengung dongeng...!!

    Dongeng tuu Tonggeng.
    Tonggeng tuu berdengung dongeng...!!

    Ha ha ha ......!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa hal pak man tempe?
      Dah pencen kote pun lembik,
      Carilah ubat kuat
      Nanti bini lari ikut jantan lain

      Delete
    2. Semua orang tahu si bapok wak kojola kengkang kepala mancis tu pelacur.
      Hisap rokok john.

      Delete

    3. Jugak suka letak rokok John di belakang dia

      Delete
    4. AKU TENGAH GODA BEKAS KEKASIHNYA
      PENSYARAH PERANAKAN IBAN-BRITISH
      BERMATA BIRU
      KINI SU POLITIK KAT SRAWAK

      COBA...COBA MANALAH TAHU

      Delete
    5. YANG AKU HERAN DAN MUAL
      DIA MASIH ADA PERASAAN KAT KEJORA

      INI YANG AKU CEMBURU!!!
      UBAT APA YANG KO KASI TU KEJORA

      Delete
  12. Najib, bila bertahun tahun dalam penjara, tentu menulis buku.

    Penuh dengan cerita dongeng. Kot karang bersama (co-author) dengan mak badak.

    Walau pun cell berlainan, dia kena aturkan dapat berkomunikasi dengan mak badak dalam penjara. Di zaman dia merintah, tentu boleh. Zman sekarang, tak tau lah.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Kot dia akan jadi Librarian di peroustakaan penjara. Sori lah, apa saja berkenaan 1MDB akan di haramkan nya di perpustakaan itu. Di penuhi dengan dongeng2 "bukti derma Arab" karangan dia dan mak badak.

      Demikian lah al kisah Najib dan mak badak dalam penjara.

      Delete
  13. tak hairan Mat Dongeng suka dan selalu mendapatkan khidmat "Pawang 2 Baldi "..Hehehekikikihahahakahkahkah

    ReplyDelete
    Replies

    1. Pawang memawang, bomoh membomoh mak badak pun banyak cerita.

      Ada yang kata dia simpan patong hitam. Benar ke tak, sesiapa tahu, tolong lah ceritakan lebih sikit di sini, terima kasih.

      Delete
    2. Patong Hitam yang disimpannya tu ialah Wak Suman, penjual Tempek Bacin tersohor di JB dan Singapork !!!!!

      keh..keh..keh...Harrk..Tuii..kokokikhkikioikhkik !!

      Delete
  14. MASA KAT SUNGAEI BULOH NANTI
    BOLEHLAH TULIS BUKU DONGENG TU

    KALU TAK SILAP 12 TAHUN
    BOLEH BUAT 10 BUAH BUKU

    ReplyDelete
  15. Apahal pulak wak Suman tempe?
    Dah pencen ni, relaks sudah laa
    Pergilah berubat, kote tu dah lembik
    Nanti bini lari ikut jantan lain

    ReplyDelete
  16. KABAR BAIK! KABAR BAIK!

    Untuk memperkenalkan diri dengan benar,
    Nama saya ibu SUSAN dari [SUSAN BOWMAN LOAN COMPANY]

    Saya adalah pemberi pinjaman pribadi, perusahaan saya memberikan pinjaman dalam berbagai jenis dengan tingkat bunga 2% saja. Ini adalah peluang finansial di depan pintu Anda, daftar sekarang dan dapatkan pinjaman cepat Anda.

    Ada banyak orang di luar sana yang mencari peluang atau bantuan keuangan di seluruh tempat dan masih, tetapi mereka tidak dapat memperolehnya. Tapi ini adalah peluang finansial di depan pintu Anda dan dengan demikian Anda tidak dapat melewatkan kesempatan ini.
    Layanan ini membuat baik individu, perusahaan, pebisnis dan wanita.
    Jumlah pinjaman yang tersedia berkisar berapa pun jumlah pilihan Anda untuk informasi lebih lanjut hubungi kami melalui email:

    Susanbowmanloancompany@gmail.com

    ReplyDelete