Thursday, 30 August 2018

BILA LAGI PAKATAN HARAPAN NAK ADA MEDIANYA SENDIRI?


Kerajaan Pakatan Harapan sudah mentadbir negara ini melebihi tempoh 100 hari sejak menang pada pilihanraya umum 9 Mei lalu.


Walaupun dalam tempoh 100 hari yang sudah berlalu itu, isu paling banyak diperkatakan ialah tentang janji manifesto Pakatan Harapan yang kononnya masih banyak tidak ditunaikan, tetapi sebenarnya ada perkara lain yang turut menjadi bualan, namun ramai orang seperti terlepas pandang mengenainya.


Perkara tersebut tidak lain ialah tentang penyebaran berita-berita palsu mengenai kerajaan dan pemimpin tertentu Pakatan Harapan yang jelas lebih menular dan berleluasa berbanding era BN dahulu.


Ia sama ada berita itu diputarbelit, direka atau diadakan daripada tiada dan kemudian disebarkan secara meluas melalui media sosial dan kumpulan-kumpulan Whatsapp.


Kerapkali juga berita-berita tertentu direka dengan menggunakan nama portal berita yang menjadi pilihan ramai bagi meyakinkan orangramai mengenainya.


Tidak saja Perdana Menteri, menteri-menteri dan pemimpin tertentu dalam Pakatan Harapan yang selalu menjadi sasaran, malah Mufti Perlis pun menjadi mangsa dengan berita palsu mengenai kononnya beliau bercakap mengenai wang pencen sebagai haram baru-baru ini.


Hakikatnya, apa saja yang boleh dijadikan untuk mengurangkan keyakinan kepada kerajaan, akan adalah pereka berita palsunya.


Tidak cukup dengan itu, media arus perdana tertentu juga kebelakangan ini sudah mula kembali dengan perangai lama dengan suka memutar belit berita fakta tentang pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan.


Nampaknya media arus perdana ini hanya insaf pada peringkat awal UMNO dan BN hilang kuasa saia, tetapi kemudian perangainya tetap sama seperti dahulu. 


Pemimpin-pemimpin kerajaan yang suka dan teruja dalam memberi ruang kepada media arus perdana membuat liputan program-program mereka hendaklah sedar bahawa media arus perdana, kecuali RTM dan Bernama yang merupakan milik kerajaan atau Astro dan Sinar Harian yang menjadi milik bebas, selainnya adalah tetap milik UMNO atau tauke mereka UMNO.


Oleh itu, para menteri dan mereka yang berjawatan dalam kerajaan hendaklah berpada-pada dan jangan terlalu memberi muka kepada media arus perdana berkenaan.


Bila-bila masa media tersebut boleh spin, putar belit atau melaga-lagakan apa yang pemimpin Pakatan Harapan perkatakan.


Ingat sekali lagi - tauke mereka tetap UMNO.


Dalam menangani penyebaran berita palsu dan kelakuan media arus perdana yang kembali dengan perangai lama itu,  satu-satunya cara yang berkesan ialah dengan dengan setiap parti atau menteri mesti mewujudkan pasukan media sosialnya sendiri.


Pasukan ini bukan saja berperanan menyebarkan segala perkembangan atau maklumat berguna kepada rakyat, tetapi juga mesti pantas menangkis dan memperbetulkan berita-berita palsu yang tersebar.


Kita harus sedar bahawa  UMNO sudah tiada isi lagi mahu diperjuangkan kepada masyarakat kerana mereka bukan lagi kerajaan dan juga kerana kerosakan besar yang ditinggalkan oleh Najib Razak dan Rosmah Mansor, lantaran melemahkah Pakatan Harapan melalui berita-berita palsu dan tidak benar adalah pendekatan pilihan mereka sekarang ini.


Dalam hal ini, meskipun ada SKMM yang sepatutnya menangani berita-berita palsu itu, tetapi nampaknya selepas PRU14 lalu agensi tersebut turut lesu berbanding sebelumnya.


Apakah SKMM masih bersimpati dengan kekalahan UMNO atau kerana ramai kakitangannya yang simpati dengan UMNO, lalu ia seperti tidak bertindak apa-apa sekarang ini?


Maka itu, Pakatan Harapan jangan bergantung harap kepada SKMM sebagaimana era Najib dahulu yang mana pantang ada berita palsu di media sosial, begitu pantas sekali tindakannya menangkap atau menyiasat sesiapa yang terlibat.


Langkah seterusnya ialah Pakatan Harapan wajib mewujudkan media arus perdananya sendiri dengan secepat mungkin. Jangan lagi bergantung kepada media arus perdana sedia ada.


Kalau sekarang pun media arus perdana sudah mula spin, putar belit dan bertindak melaga-lagakan sesama parti atau pemimpin dalam Pakatan Harapan, bayangkan bagaimana perangai mereka menjelang PRU15 akan datang?


Kita sudah jadi kerajaan, inilah masanya membentuk benteng penyebaran maklumat yang mantap. Jangan tunggu lama-lama.


Mulakan sekarang jika ingin Pakatan Harapan memerintah Malaysia dalam tempoh yang lebih lama. (ShahbudinHusin 30/08/2018)

32 comments:

  1. Replies
    1. Baca manifesto!' - pesan Rais pada menteri
      Pasukan Malaysiakini | Diterbitkan 17 Ogs 2018, 5:08 petang | Dikemaskini 17 Ogs 2018, 5:14 petang

      A+ A-

      100 HARI | Menteri dan timbalan menteri perlu meluangkan masa untuk membaca Buku Harapan iaitu manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (HARAPAN), kata Ketua Biro Strategi dan Dasar BERSATU, Datuk Rais Hussin Mohamed.

      "Ini hanya satu pemerhatian tetapi menteri dan timbalan menteri pun tak baca manifesto.

      "Jadi permintaan pertama saya adalah orang yang sepatutnya menunaikan apa yang dijanjikan mesti membacanya," katanya yang juga pengerusi jawatankuasa manifesto HARAPAN ketika wawancara bersama Malaysiakini sempena 100 hari pentadbiran HARAPAN.

      Rais berkata begitu juga dengan ketua setiausaha dan pegawai tinggi kerajaan.

      "Semua pelaksana, mereka juga perlu baca manifesto - penting kerana ini dasar dan perkara utama dalam pentadbiran HARAPAN. Justeru mereka patut tahu," katanya lagi.

      Manifesto HARAPAN mengandungi 10 janji untuk 100 hari. Tetapi bagi jangka panjang ia merangkumi 60 perkara yang ingin dilaksanakan HARAPAN.

      Bagaimanapun kerajaan hanya mampu memenuhi dua daripada 10 janji itu, iaitu pemansuhan GST dan penilaian semula projek-projek mega.



      Rais menegaskan ia bukanlah bermakna kerajaan mungkir janji kerana para menteri bekerja keras untuk menunaikannya walaupun dengan tempoh yang sedikit lama.

      Beliau berkata manifesto itu dirangka berdasarkan maklumat awam tanpa butiran yang baru diketahui HARAPAN selepas menjadi kerajaan, terutama berkenaan kadar hutang negara.

      "Tetapi kita percaya dengan sedikit masa dan penentukuran dalam rancangan kita, semua janji ini dapat dipenuhi," katanya.

      Beliau lebih percaya dalam mencari penyelesaian berbanding memberi alasan bagi mengabsahkan kegagalan menunaikan janji.

      'Dulu orang tak peduli'

      Rais berkata lagi, hakikat bahawa manifesto HARAPAN hangat diperkatakan - hampir saban hari - selepas PRU ke-14 sendiri adalah satu bentuk kejayaan.

      "Dalam 13 PRU lalu, manifesto hanya dibincangkan sebelum PRU dan tidak selepas.

      "Tetapi selepas PRU ke-14, semua orang bercakap tentangnya setiap hari.

      "Ada keghairahan baru dalam penyertaan demokratik...orang ramai menjadi semakin peka," katanya.

      Beliau juga ditanya tentang Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba 'mengecilkan' manifesto itu, antaranya apabila berkata "ia bukan kitab suci" dan "terlalu tebal".



      "Jika seseorang itu berkata ia bukan kitab suci, saya serahkan kepada dia sendiri. Mungkin ia bagi membina naratif untuk mengurangkan tekanan kepada menteri.

      "Dalam menguruskan negara, and tidak boleh merangka manifesto yang nipis. Ia perlu tebal, terutama apabila merangkumi semua lapisan masyarakat.

      "Apa yang penting adalah apa kandungannya. Kita tidak patut tumpu kepada alasan tetapi bagaimana untuk melaksanakannya."

      Pada 14 Mei lalu beliau berkata jawatankuasa pemantauan manifesto akan ditubuhkan. Menurut Rais, beliau memang ada membangkitkan perkara itu kepada kerajaan.

      'Adili kami dalam masa lima tahun'

      Bagaimanapun beliau berkata kerajaan memutuskan untuk menubuhkan jawatankuasa dalam kabinet dan ia dipengerusikan Mahathir sendiri.

      "Jika saya perdana menteri, saya akan panggil orang luar untuk melakukan audit (kepada manifesto) kerana ia akan memberi perspektif yang berkecuali - anda tak boleh audit kerja sendiri.

      "Tapi (Mahathir) merasakan wajar agar ia diadakan di peringkat kabinet - untuk menunjukkan signifikannya," katanya lagi.

      Delete
    2. Kalau harta Jamaluddin Jarjis 2.1 billion, berapa harta Mahathir?



      Saya tak tahu dan tak terfikir bahawa harta peninggalan Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (JJ) adalah 2.1 billion sehingga ibunya Aminah Abdullah, 83 tahun menutut mendapatkan bahagian yang sah atau faraid seperenam daripada peninggalan harta pusaka tersebut.

      Saya tak mahu buat apa-apa tohmohan tetapi sangat sukar bagi saya untuk menjelaskan bagaimana seorang bekas Menteri Kewangan Kedua mempunyai harta sebanyak itu?

      Kita belum tahu lagi berapa ramai pimpinan UMNO yang mempunyai harta mungkin lebih daripada apa yang dimiliki oleh JJ

      Mahathir Mohamad adalah Menteri Kewangan selepas Anwar Ibrahim di pecat. Mahathir pernah memberi jawatan Menteri Kewangan sekejap kepada Tun Daim dan kemudian mereka ada sedikit krisis antara Tun Mahathir dan Tun Daim, akhirnya Mahathir mengambil alih semula jawatan Menteri Kewangan dan antara yang menjadi Menteri Kewangan Kedua semasa Mahathir menjadi Menteri Kewangan ialah Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (JJ) iaitu pada 20 November 2002 sehingga 26 March 2004 sehingga Pak Lah menukar JJ ini kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Januari 2004 - Mac 2004), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mac 2004 - Mac 2008) dan akhir sebelum meninggal dunia sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (Julai 2009 - Februari 2012).

      Kalau JJ ada duit 2.1 billion. Tak hairan lah anak-anak Mahathir menjadi antara orang terkaya di Malaysia. Kalau bapa Mahathir macam bapa Najib kita mungkin tak berapa hairan. Kalau atuk Mahathir sama dengan atuk Najib antara yang ada saham dengan pusat judi genting yang berpendapatan 160 billion setahun kita tak hairan.

      Saya pernah membaca pendedahan Mahathir mempunyai sekitar US $40 billion dan tercatat di Wikipedia dan paling aneh berlaku nama Mahathir Mohamad dengan misterinya dipadam dari senarai Wikipedia yang memberi maklumat tentang harta yang dimiliki oleh pemimpin semasa dan bersara di negara-negara serata dunia.

      Dengan menyebut 53 rujukan, Wikipedia telah menyenaraikan Mahathir sebagai bekas pemimpin negara yang kedua terkaya di dunia selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang memiliki sejumlah sekitar US $40 ke US$ 70 billion.



      Walau bagaimanapun, laman Wikipedia yang masih boleh dilayari di Malaysia, nama Mahathir dengan misterinya telah dipadam pada hari Isnin 17 Disember 2012 beberapa minit selepas Malaysia Chronicle menyiarkan berita Mahathir now the world's second richest ex-leader with US$ 44 BILLION? (Mahathir sekarang bekas pemimpin kedua terkaya dengan harta sejumlah US$ 44 Billion?). Pembaca boleh rujuk pada versi bergambar laman web dimana nama Mahathir disenaraikan dengan jelas selepas Mubarak dan bandingkan ia dengan versi seperti di pautan.
      (http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_heads_of_state_and_government_by_net_worth.)

      Tak hairan kalau mengikut sumber maklumat tidak rasmi Mahathir menyalurkan lebih kurang RM500 juta (½ billion) untuk Harapan menggunakannya dalam kempen menjatuhkan Najib sehingga berlaku krisis dalam PKR dalam menentukan siapa pimpinan Harapan sehingga Nurul Izzah pergi membujuk Mahathir di luar negara pada masa itu.

      Delete

    3. Itu belum lagi berapa banyak duit untuk kempen melobi dalam DAP sehingga DAP sanggup menerima Mahathir. Dalam isu ini mengikut maklumat hanya parti Amanah sahaja yang mudah berkira, beri aje duit terus terima tanpa soal.

      Cuba bayangkan 222 kerusi parlimendan 505 kerusi DUN yang mana bahan kempennya ditukarkan kepada logo PKR pada saat akhir yang difahamkan semuanya sebelum ini tersedia untuk PRU dengan logo masing-masing. Berapa kosnya? Semuanya Mahathir boleh selesaikan kerana bagi Mahathir "MONEY IS KING".

      Tapi Mahathir cerdik dia buat tahi tapiNajib yang terpalit. "Money Is King" dilemparkan kepada Najib sebagaimana dia lemparkan tuduhan kepada Najib bahawa Najiblah perompak wang rakyat. Sedangkan sebelum ini 22 tahun dia dalam UMNO memperkayakan anak beranak dan kronik dengan MEROMPAK WANG RAKYAT. Rakyat tertipu sehingga Mahathir menjadi suci dan bersih. Budak-budak lahir selepas zaman reformasi sangat mengaungkan Mahathir kerana mereka baca buku sejarah yang menceritakan kehebatan Mahathir sebagai bapa permodenan Malaysia. Mereka tak tahu Mahathir bapa firaum, Mahazalim dan perosak bangsa dan agama serta perompak wang rakyat.

      Saya tak ulas panjang cukup sekadar itu. Sebelum saya mengakhiri tulisan ini saya ingin imbas bagaimana bekas-bekas Menteri Kewangan Malaysia dalam politik mereka seperti Tengku Razaligh yang banyak menggunakan wang untuk parti Semangat 46, Anwar Ibrahim untuk PKR, Mahathir dengan Bersatu. Daim aje yang tidak terlibat secara serius.

      Mereka semua mempunyai wang yang sangat banyak....
      Mana mereka dapat?K
      Kalau tak merompak hak milik rakyat.
      Rakyat jangan mudah bodoh dan terperdaya dengan kata-kata manis mereka ini.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. Bekas pembantu khas speaker DUN Pulau Pinang ditahan



      BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang bekas pembantu khas Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dibuat seorang wanita yang mendakwa dicabul lelaki itu.

      Sumber berkata lelaki berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang hari ini selepas diminta hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) untuk memberi keterangan.

      "Menurut mangsa berusia 31 tahun, kejadian itu berlaku pada Jumaat lepas semasa syarikat dia bekerja menganjurkan majlis jamuan sembahyang di bangunan syarikat kejuruteraan berkenaan di Jalan Rumbia, di sini.

      "Dalam kejadian pukul 11.15 malam itu, mangsa naik ke tingkat tiga pejabat syarikat untuk mengambil minyak angin berikutan rakannya tidak sihat," katanya kepada Bernama, di sini malam ini.

      Katanya lelaki itu bertindak mengekori wanita berkenaan sebelum secara tiba-tiba menolak mangsa ke dinding serta mencium mulut serta meraba badan termasuk tempat sulit wanita tersebut.

      Sumber berkata mangsa yang terkejut dengan perbuatan lelaki itu menangis dan menjerit dengan kuat, namun tiada sesiapa mendengarinya kerana suasana di tingkat bawah ketika itu agak bising dengan persembahan nyanyian.

      "Lelaki itu kemudiannya memujuk mangsa yang sudah berkahwin tersebut supaya tidak terus menjerit serta menangis sebelum dia meninggalkan wanita berkenaan di situ. Mangsa yang trauma membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut," katanya.

      Katanya, lelaki itu akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah reman dan kes tersebut disiasat menurut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. - Bernama

      Delete
    6. Dulu lulus ECRL bukan nak cari untung
      RAZIATUL HANUM A RAJAK 23 OGOS 2018
      Abdul Rahman Dahlan
      Abdul Rahman Dahlan - Foto Bernama
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      KUALA LUMPUR - Kerajaan dahulu meluluskan projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) bukan kerana mahu mencari untung.

      Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata hasrat BN ketika meluluskan projek itu bagi memberi peluang pembangunan di kawasan Pantai Timur.


      “Dulu BN luluskan ECRL untuk memberi peluang kepada kawasan pantai timur membangun seiring dengan pantai barat. Mereka dah lama ketinggalan.

      “Pengoperasiannya bukan tempat cari untung. Ia adalah pemangkin ekonomi. Kita akan untung pekerjaan, pembangunan dan aktiviti ekonomi,” katanya melalui ciapan di Twitter, semalam.

      Kelmarin, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan mengumumkan pembatalan ECRL dan projek Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP) yang menerima pelbagai reaksi.

      [ARTIKEL BERKAITAN: ECRL, saluran paip gas Sabah dibatalkan]

      Namun hari ini, beliau menyatakan keputusan tersebut belum muktamad.

      [ARTIKEL BERKAITAN: Pembatalan ECRL,SSER belum muktamad]

      Menurut Rahman, hasrat sama dikongsi oleh Tun Mahathir ketika meluluskan projek Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pulau Pinang.

      “Dulu Lebuhraya Utara Selatan dan Jambatan Pulau Pinang dibuat bukan untuk keuntungan daripada operasi pun.

      “Sewaktu itu hujah utama Tun Mahathir membina projek sosioekonomi itu ialah penambahan pekerjaan dan aktiviti ekonomi yang bakal meningkat, bukan buat untung syarikat,” katanya.

      Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata kerajaan sepatutnya menumpukan kepada pengurangan kos bukan membatalkan terus projek bermanfaat itu.

      “ECRL adalah ‘game changer’ untuk Pantai Timur, satu idea yang mampu menjadikan pantai timur semenanjung Malysia maju.

      “Kalau PH nak kurangkan kos, tumpukan kepada laluan utama dan asal iaitu Tumpat ke Gombak sahaja buat masa ini. Jangan dibatalkan semua,” katanya.

      Delete
    7. Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.
      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.
      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.

      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.

      Delete
  2. Kat sini pon ada jugak.
    Yang namanya justice leauge, geng najib dan baruah baruah umnoharamjadah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan AES: HARAPAN lebih kejam, kata MCA
      Diterbitkan 17 Ogs 2018, 6:33 petang | Dikemaskini 17 Ogs 2018, 6:41 petang

      A+ A-
      MCA hari ini menempelak kerajaan Pakatan Harapan yang memutuskan untuk tidak menghapuskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tetapi sebaliknya akan meneruskannya di bawah seliaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai 1 September.

      Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dalam satu hantaran di Facebook berkata, PKR dan DAP selama ini mahu AES dihapuskan kerana berpendapat sistem itu kejam dan menjadi alat oleh kerajaan BN.

      "Oleh itu saya terkejut apabila kerajaan Pakatan Harapan mahu meneruskan sistem AES malah berkata tiada lagi diskaun terhadap saman AES seperti yang dilakukan kerajaan BN. Bukankah ini lebih kejam?

      "Lim Guan Eng juga terkenal kerana melarang AES dipasang di Pulau Pinang dan mendesak sistem itu dihapuskan dan menuntut semua denda yang telah dibayar dipulangkan," kata Wee.



      Beliau mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini yang mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membatlkan 3.1 juta saman AES yang belum berbayar.

      Mengulas lanjut, Wee berkata, jika kerajaan HARAPAN berhasrat membatalkan saman AES mereka perlu adil dengan memulangkan semula bayaran denda yang telah dilunaskan oleh pesalah AES yang lain sejak 2012.
      Menurut Loke, pembatalan itu dilakukan selepas kontrak syarikat pengendali sistem AES yang akan tamat pada 31 Ogos ini tidak disambung kerajaan.

      Bagaimanapun operasi kamera dan saman AES akan diambil alih sepenuhnya oleh JPJ mulai 1 September depan.

      Malah, kata Loke, penguatkuasaan akan dilakukan dengan tegas tanpa sebarang diskaun.

      Delete
    2. bila mahu mansuh tol jambatan Pulau Pinang
      Diterbitkan 17 Ogs 2018, 6:58 petang | Dikemaskini 17 Ogs 2018, 7:02 petang

      A+ A-

      Umno terus mempersoalkan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menghapuskan tol Jambatan Pulau Pinang walaupun telah 100 hari mentadbir negara ini.

      Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Nibong Tebal, Mohd Norhiesham Ismail berkata, perkembangan berkenaan menunjukkan seolah-olah HARAPAN mempermainkan perasaan pengundi yang telah menyokong mereka.

      Katanya, janji berkenaan wajar ditunaikan memandangkan bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng begitu bersungguh-sungguh membuat tawaran itu ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU-14).

      “Guan Eng mahu hapuskan tol selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji akan memansuhkan tol bagi penunggang motosikal Jambatan Pulau Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) merampas negeri ini.

      “Tawaran beliau (Guan Eng) ketika itu seperti mahu mencabar apa yang ditawarkan BN, namun selepas menang mereka beri alasan mahu kaji terlebih dahulu menyebabkan ribuan pengguna Jambatan Pulau Pinang tertanya-tanya tentang janji berkenaan,” katanya yang dipetik oleh portal Utusan Malaysia, hari ini.

      Pada April lalu, Najib menjanjikan bayaran tol untuk penunggang motosikal yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang akan dimansuhkan jika mereka berjaya menguasai negeri itu pada PRU ke-14.

      Namun Lim yang juga adalah setiausaha agung DAP menawarkan tawaran lebih menarik.


      Katanya, jika Pakatan Harapan (HARAPAN) menjadi kerajaan persekutuan bukan saja tol untuk motosikal dihapuskan, malah untuk semua kenderaan.

      Mengulas lanjut, Norhiesham berkata, sikap berdiam diri Lim menimbulkan pelbagai persepsi antaranya ‘cakap tidak serupa bikin’ dalam kalangan rakyat terhadap pemimpim HARAPAN.

      “Sebelum ini, mereka (kerajaan negeri) pernah berjanji untuk menghapuskan tol Sungai Nyior di Butterworth sekiranya menang pada 2008, namun perkara berkenaan tidak dilaksanakan sehingga hari ini,” katanya.

      Delete
    3. Rundingan China: Tun Mahathir diakui lakukan perkara paling bodoh



      Bercakap pada sidang akhbar di Beijing, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir tanpa berselindung mengkritik pentadbiran terdahulu pimpinan Datuk Seri Najib Razak mengenai rundingan dengan syarikat China.

      “Kebodohan sebegini tak pernah dilihat dalam sejarah Malaysia,” katanya merujuk kepada projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saluran paip gas oleh Suria Strategic Energy Resources (SSER)

      Mahathir mengesahkan beliau menangguhkan ECRL dan SSER dan menyifatkan HSR sebagai projek yang “tidak perlu” untuk rakyat.

      “Baik, jika kami perlu membayar pampasan, maka kami perlu membayarnya.”

      PROTON GEELY
      Bagaimanapun, Tun Mahathir yakin kerjasama antara Proton dan Geely yang dirunding oleh Kerajaan Najib sebelum ini bakal memacu syarikat automotif pertama negara itu sebagai pengeluar kenderaan bertaraf dunia.

      “Melihat apa yang Geely telah lakukan, saya rasa mereka mempunyai kapasiti untuk mencipta kereta elektrik pertama bersama Proton.

      Najib Razak telah menstrukturkan semula Proton setelah syarikat itu mengalami kerugian dan risiko pekerja hilang pekerjaan.

      DFTZ-ALIBABA
      Bagitu juga projek DFTZ yang berjaya dirunding antara kerajaan DS Najib dahulu dengan Jack Ma dari Alibaba, Tun M menyifatkan ia adalah amat bagus untuk negara.

      Beliau tidak membatalkan projek DFTZ tersebut kerana Alibaba sudah bertapak di Malaysia dan ia adalah satu nama yang besar dalam dunia perniagaan.

      TIADA SATU PROJEK G2G YANG BERJAYA DIBAWA BALIK
      Jika dilihat dari lawatan Tun M ke China, tiada satu pun kejayaan pelaburan G2G (Government to Government) yang dibawa balik ke Malaysia.

      Dalam sidang media tersebut, Tun Mahathir tidak menyatakan apakah kejayaan beliau dan delegasi dalam rangka lawatan ke China. Beliau cuma hanya mengkritik kerajaan terdahulu.

      Tun Mahathir kelihatan agak marah dan emosi ketika sidang tersebut dan beliau beberapa kali telah menggelar Ds Najib seorang yang bodoh.

      Rata-rata media di China telah melaporkan Pemimpin negara mereka kurang berminat untuk berurusan dengan Tun Mahathir. Mungkin ini yang membuatkan Tun M menjadi emosi ketika ditanya wartawan.

      Dipercayai Tun Mahathir hanya mahu menukar perjanjian projek infrastruktur mega yang telah ditandatangani Ds Najib dan mahu memberi projek itu kepada syarikat swasta.

      Kerajaan China tidak berminat dengan idea ini yang dilihat penuh dengan karenah birokrasi.

      KEPUTUSAN PALING BODOH DALAM SEJARAH
      Ramai pakar perniagaan dan ekonomi mengakui Tun Mahathir sebenarnya telah melakukan keputusan yang paling bodoh dalam sejarah kerana membatalkan projek yang sangat diperlukan oleh rakyat seperti ECRL dan HSR.

      “Saya tidak pernah nampak mana-mana pemimpin dunia membatalkan projek untuk rakyat semata-mata untuk diberikan kepada syarikat swasta.” kata Joseph Paul seorang pakar perunding kewangan.

      “Kerajaan China tidak rugi apa-apa kerana mereka sudah tentu menuntut pampasan gantirugi. Hanya rakyat Malaysia yang rugi kerana projek itu dibatalkan.” sambungnya lagi.

      Sekiranya ia dibuat di masa akan datang, kos pembinaanya tentu akan lebih mahal berkali-kali ganda dari harga sekarang.

      Lebih bodoh lagi Tun Mahathir diibaratkan seperti membodohkan dirinya sendiri kerana tidak membatalkan usahama Proton dengan Geely, dan juga membatalkan projek DFTZ (Alibaba).

      Ini adalah kerana kedua-dua projek itu datangnya dari apa yang disifatkannya sebagai rundingan “bodoh” Najib.

      Tun Charlos


      : Mahathir sebenar lupa samada dia dah batal atau tidak projek dengan China. Itu bila ditanya dia hentam aje.. mana dia ingat... sebenarnya MAHATHIR BUKAN MELAYU LUPA..

      Delete
    4. Tonggeng..tonggeng..

      Renti2kanlah temberang auta murahan dgn mengutip bahan2 sampah hanya untuk memburuk-burukkan Tun M dan PH.

      Dengar nih....

      Hanya Tun M saja pemimpin negara yg ada jati diri untuk bersuara kpd pihak istana & kuasa2 asing demi memartabatkan kedaulatan dan wilayah negara.

      Apa ada pemimpin2 tertinggi Pas Pussy & BN-umno berani berbuat demikian di persada antarabangsa, kecuali memekak melolong di kampung halaman sendiri saja....??

      Ketika pemerintahan beliau pertama kali, seinci tanah pun tidak pernah dicerobohi atau diambil orang luar. Malah pulau layang2 dibom oleh jet2 pejuang negara kita atas arahan Tun M sebagai amaran kpd Vietnam, China & Filipina agar tidak menceroboh kedaulatan negara. Pak Lah & Najib - habis negara diperkotak katik oleh Spura, pejuang Sulu & komunis China.

      Kedua pm ke 5 & ke 6 betul2 takdak telur, termasuk kamu terus menerus melarikan diri dari bersemuka dgn saya - tak gitu, kan..kan..kan.....??

      Delete
    5. Senjata rahsia

      Keempat, pada saat-saat akhir pelawa Datuk Seri Najib Razak untuk turun berkempen, sama ada di Seri Setia atau Balakong. Ia boleh dianggap sebagai senjata rahsia untuk memenangkan pembangkang di Selangor.

      Sifirnya sangat mudah. Di Seri Setia parti yang bertanding mewakili pembangkang bagi mencabar hegemoni HARAPAN ialah PAS.

      Abdul Hadi, Nasrudin dan rakan-rakannya yang penuh bakat dan kebolehan itu tentu dapat mengolah sokongan padu di kalangan penyokong PAS.

      Kalau bernasib baik kempen dan syarahan mereka juga akan memberi kesan kepada penyokong HARAPAN. Silap-silap hari bulan habis semua hati anggota Parti Amanah Negara (AMANAH) berbolak-balik dek hujah-hujah penceramah PAS yang fasih itu.

      Dengan dibantu simpulan bahasa, bidalan dan peribahasa yang memang dikuasai PAS, ia boleh memberi kesan kepada penyokong PKR dan BERSATU. Jika itu berlaku, hanya penyokong tegar DAP sajalah menjadi harapan calon HARAPAN di Seri Setia.



      Tambahan pula PAS meletakkan Dr Halimah Ali (gambar) sebagai calon mereka.

      Secara jujur, Dr Halimah ialah winning material untuk Seri Setia. Dia bukan saja mempunyai pengalaman sebagai wakil rakyat, malah turut pernah menjadi exco Selangor.

      Di luar pula dia tidak banyak mencipta kontroversi. Jauh benar beza pengalaman Dr Halimah berbanding calon HARAPAN, Halimey Abu Bakar.

      Pantang diusik

      Dalam keadaan begitu, kemunculan Najib menjadi pelengkap janji kemenangan yang bersinar terang di Seri Setia dan Balakong.

      Tugas Najib sebenarnya bukanlah sukar sangat. Beliau hanya perlu memahamkan penyokong Umno dan BN bahawa mereka tidak ada pilihan kecuali mengundi PAS di Seri Setia.

      Kemunculan itu juga membuka ruang buat Najib menjelaskan tuduhan yang dikaitkan kepadanya oleh kerajaan. Isu 1MDB, misalnya. Jadi, tidaklah beliau hanya berceramah di Facebook semata-mata.

      Najib cuma perlukan sedikit masa untuk menawan hati pengundi. Bukankah penyokong Umno sangat terkenal dengan budaya menelan apa saja yang dilafazkan oleh pemimpin - dan beka pemimpin - mereka?

      Jangan pedulikan kritikan orang seperti Datuk Seri Johari Abdul Ghani atau Datuk Seri Khaled Nordin yang berpendapat Najib perlu menjarakkan diri daripada Umno.

      Kelima - dan terakhir - PAS perlu membuktikan mereka tetap relevan sebagai parti yang sentiasa bersemangat waja. Memang hakikatnya itulah. PAS ibarat anak muda yang sentiasa berdarah panas dan bersemangat tinggi.

      Pantang diusik sedikit, PAS akan cekap berpencak dengan lincah di padang yang mereka ciptakan. PAS tetap malar segar dan tak pernah tua, malah pada ketika tertentu kita kagum kerana parti itu tidak pernah beranjak usianya.

      Tidak dapat dipastikan sama ada ia kerana DNA parti itu yang setiasa muda atau mengalami masalah tumbesaran.


      Tapi bagus juga, sebab PAS akan kekal gagah laksana anak remaja dan tetap memiliki stamina untuk melakukan uji kaji demi uji kaji. Biarkan saja parti lain menjadi kerajaan di Putrajaya, kerana yang penting PAS bertanding dengan kerelaan penuh tidak menjadi kerajaan.

      Mungkin itulah yang dirujuk Abdul Hadi sebagai "semangat pembangkang".

      AL-ABROR MOHD YUSUF ialah wartawan Malaysiakini yang sedang melakukan eksperimen sebagai rakyat Malaysia.

      Delete
    6. Ada implikasi tersirat batal ECRL, TSGP
      NURUL FIRDAUS KHAIRI 24 OGOS 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore148
      Ada implikasi tersirat batal ECRL, TSGP
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      KUALA LUMPUR - Terdapat beberapa implikasi yang masih tidak diketahui mengapa kerajaan memutuskan untuk membatalkan projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).

      Penganalisis undang-undang, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, apa yang dikatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan mudah untuk diselesaikan walaupun China tampak seperti tidak membantah.


      Menurutnya, isu ini akhirnya akan diselesaikan oleh birokrat kedua-dua negara.

      "Bagi saya kontrak itu bukan batal serta-merta.

      "Mungkin juga ada implikasi untuk kontrak seperti memerlukan bayaran pampasan dan sebagainya, yang kita tak tahu," katanya kepada Sinar Harian.

      Nik Ahmad Kamal berpendapat masa depan negara mungkin boleh jadi sukar atau mudah jika terdapat hubungan dengan negara China selepas ini.

      [ARTIKEL BERKAITAN :ECRL, saluran paip gas Sabah dibatalkan]

      Sebelum ini, Dr Mahathir berkata kerajaan pada ketika ini tidak mampu untuk membayar kos projek tersebut.

      Malah tegasnya, buat masa ini, Malaysia tidak memerlukan projek seumpama itu.

      Delete
  3. Betul budin. Sokong 100%. Tp alangkah bagusnya kalau perkara itu dimulakan dari blog sendiri. Maksud sy, bila lagi nak cantas artikel kopipes yg bersepah kat sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batal ECRL Untuk Sekat Kemajuan Negeri Pembangkang



      PEMBATALAN projek keretapi dari Pantai Barat ke Pantai Timur (ECRL) yang diputuskan semasa pemerintahan Barisan Nasional mencetuskan rasa kesal dan tidak puas hati negeri-negeri Pantai Timur, yang kesemuanya dikuasai parti pembangkang.

      Pembatalan ini menimbulkan persepsi bahawa ia dilakukan untuk membalas dendam terhadap pentadbiran sebelum ini dan menghukum negeri-negeri yang tidak berjaya dikuasai Pakatan Harapan.

      Selain Sabah yang turut diabai kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, projek ECRL yang sudah bermula proses pembinaannya boleh dianggap satu rancangan mengelakkan negeri-negeri pembangkang menikmati pembangunan dan kemajuan.

      Apa yang dikesalkan ialah selain pembatalan ECRL, Mahathir turut mengubah janji royalti 20 peratus daripada produksi kepada negeri-negeri pengeluar minyak kepada 20 peratus daripada keuntungan, yang mungkin lebih rendah berbanding royalti.

      Selain Sabah, semua negeri yang terkesan dengan royalti minyak dan ECRL ini ialah negeri dikuasai pembangkang.

      Pemimpin-pemimpin negeri terbabit menyatakan rasa tidak puas hati dengan pembatalan projek infrastruktur pengangkutan itu.

      Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pembatalan merugikan ketiga-tiga negeri, yang kesemuanya diperintah pembangkang di Pantai Timur – Pahang, Terengganu dan Kelantan, yang mana kerja-kerja awal pelaksanaannya telahpun bermula.

      “Di Pahang sahaja, kemajuan yang dicapai ialah antara 13 dan 14 peratus setakat ini. Malah, di tapak-tapak seperti Genting dan Bentong, kerja-kerja mengorek terowong bagi laluan bawah tanah ECRL telahpun bermula.

      “Selain itu, kerja-kerja untuk pengambilalihan tanah sudahpun berada di peringkat Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri dan ini termasuk bagi tanah milik persendirian yang perlu kemudian diwartakan untuk ditetapkan jumlah pampasan kepada mereka,” katanya.

      Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata amat merugikan andai ECRL dihentikan terus lebih-lebih lagi proses awal pelaksanaan projek itu sudah berjalan.

      “Proses awal membabitkan pembinaan laluan, stesen, terowong dan jambatan sudah pun dilakukan termasuk mengambil alih tanah.

      “Malah, ada terowong sudah digali sejauh 50 meter dan pada hemat saya, langkah menghentikan pelaksanaan projek ini satu kerugian, sepatutnya boleh buat proses baru membuka tender kepada syarikat tempatan untuk adakan kerjasama dengan luar negara pada kos munasabah,” katanya.

      Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri memberi sokongan penuh dengan sebarang usaha membangunkan negeri itu oleh kerajaan persekutuan.

      “Sebab itu kita sokong penuh projek ini. Bila dibentang untuk kemajuan negeri dan perhubungan antara negeri di Pantai Barat dan Pantai Timur.

      “(Malah) pembinaan ini bakal mewujudkan peluang pekerjaan. Atas sebab itu kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan dan membantu dalam proses pengambilan tanah dan lain-lain,” katanya ketika ditanya pandangannya berkenaan ECRL pada April lalu.

      Delete
    2. Tonggeng..tonggeng..

      Renti2kanlah temberang auta murahan dgn mengutip bahan2 sampah hanya untuk memburuk-burukkan Tun M dan PH.

      Dengar nih....

      Hanya Tun M saja pemimpin negara yg ada jati diri untuk bersuara kpd pihak istana & kuasa2 asing demi memartabatkan kedaulatan dan wilayah negara.

      Apa ada pemimpin2 tertinggi Pas Pussy & BN-umno berani berbuat demikian di persada antarabangsa, kecuali memekak melolong di kampung halaman sendiri saja....??

      Ketika pemerintahan beliau pertama kali, seinci tanah pun tidak pernah dicerobohi atau diambil orang luar. Malah pulau layang2 dibom oleh jet2 pejuang negara kita atas arahan Tun M sebagai amaran kpd Vietnam, China & Filipina agar tidak menceroboh kedaulatan negara. Pak Lah & Najib - habis negara diperkotak katik oleh Spura, pejuang Sulu & komunis China.

      Kedua pm ke 5 & ke 6 betul2 takdak telur, termasuk kamu terus menerus melarikan diri dari bersemuka dgn saya - tak gitu, kan..kan..kan.....??

      Delete
    3. PAS bukan berjuang untuk Melayu semata-mata - Tuan Ibrahim



      PETALING JAYA: PAS hari ini menggariskan syarat bagi kerjasama dengan Umno, termasuk parti komponen barisan Nasional (BN) untuk memperjuangkan hak semua rakyat, bukannya orang Melayu sahaja.

      Ini berikutan temu bual bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan FMT yang mendedahkan keputusan Umno mendekati PAS sebelum pilihan raya umum 9 Mei lepas merupakan taktik politik yang mengambil kira peningkatan konservatisme dalam kalangan orang Melayu yang terus menyokong PAS.

      Bagaimanapun Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata partinya disalah tafsir sebagai memperjuangkan hak orang Melayu semata-mata, sedangkan ia berjuang untuk hak semua rakyat.

      “Umno berjuang untuk orang Melayu, MIC untuk orang India dan MCA perjuangkan hak orang Cina.

      “Akan tetapi,” katanya, “isu kemiskinan misalnya tidak boleh diperjuangkan mengikut kaum. Ia melampaui kaum. Kita perlu melihat isu itu sebagai rakyat Malaysia, dengan mengambil contoh Kelantan yang memenuhi keperluan semua rakyat melampaui pertimbangan kaum, termasuk komuniti minoriti Siam dan India.

      Tuan Ibrahim berkata, PAS komited dengan pendiriannya untuk mentadbir negara berdasarkan prinsip Islam yang melindungi hak semua orang.

      PRK Seri Setia ujian kerjasama Umno-PAS

      Umno bersetuju menggerakkan jentera pilihan rayanya untuk membantu PAS sepanjang tempoh berkempen selama 21 hari dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia awal September depan.

      Ia juga berjanji untuk memberi laluan kepada parti Islam itu sebagai membalas keputusan PAS tidak bertanding dalam PRK Sungai Kandis awal bulan ini.

      Umno berjanji bekerja keras berkempen untuk PAS dalam PRK dijadualkan 8 September depan.

      Bagaimanapun Tuan Ibrahim berkata beliau mengambil pendekatan “tunggu dan lihat” sama ada sokongan itu akan menghasilkan undi untuk calonnya Dr Halimah Ali.

      “Terdapat ramai penyokong Umno di Seri Setia,” katanya. “Setakat ini kami gembira dengan sokongan mereka tetapi tidak pasti sama ada sokongan itu akan bertukar menjadi undi.

      “Jika calon PAS mendapat sokongan besar daripada ahli Umno di Seri Setia, maka kami boleh membincangkan syarat kerjasama dengan Umno untuk kepentingan negara. Tetapi (Umno) mesti berubah jika mereka mahu bekerja rapat dengan kami.”

      Sehingga kini kata Tuan Ibrahim, PAS belum menerima apa-apa permintaan rasmi daripada Umno untuk bekerjasama.

      Katanya, buat masa ini parti Islam itu akan terus bekerjasama dengan Umno atas isu terpilih yang dipersetujui bersama.

      : Sekarang PAS dan UMNO mencari titik persamaan untuk bersama. Entah ada entah tiada bergantung kesungguhan kedua-dua parti berkenaan. PH makin gelabah....

      Delete
  4. Terbaru, Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari berkata pembatalan projek yang bakal memberi manfaat pada rakyat ini akan mencetuskan rasa tidak puas hati kerajaan PAS Kelantan dan juga rakyat negeri itu yang sudah lama mengharapkan manfaat ekonominya.

    Selain pelbagai halangan pembinaan lebuh raya hingga ke Kelantan, negeri dikuasai PAS itu juga kini terpaksa melupakan impian untuk menikmati pengangkutan lebih pantas dari Pantai Barat ke Kelantan ekoran pembatalan ECRL.

    Alasan hutang semakin sukar diterima kerana motif politik peribadi amat jelas dalam keputusan pembatalan ini.

    Pembatalan projek ini dikaitkan juga dengan lawatan ke China baru-baru ini yang tidak menunjukkan hasil seperti diharapkan, mendorong beliau mengumumkan pembatalan di sana pada saat akhir sebelum berangkat pulang.

    Tindakan seterusnya Mahathir akan terus diperhatikan, sama ada projek ini akan dihidupkan semula dengan kontraktor baharu seperti yang menjadi spekulasi ramai pengkritiknya.

    Sumber : Mynewshub.tv

    : Mahathir cuba sembunyi kuku dan sifat politik dendamnya....

    ReplyDelete
  5. tak payah buat yg baru. tal lama lagi ada beberapa peluang utk beli 'off d shelf' bila umno pupus n mca d terima masuk PH.

    sabar aja !

    ReplyDelete
    Replies
    1. PRK Seri Setia: Kagum dan kaget strategi PAS
      Nazri Noor | Diterbitkan 16 Ogs 2018, 9:38 malam | Dikemaskini 16 Ogs 2018, 9:53 malam

      A+ A-

      ULASAN | Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia tentunya kagum dan mampu berbangga dengan personaliti dan latar belakang calon PAS Dr Halimah Ali.

      Beliau yang merupakan bekas ADUN Selat Kelang selama dua penggal, dan juga bekas exco Selangor di era Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi menteri besar ini tentunya mempunyai track record politik yang mengagumkan.

      Tidak kurang hebat juga latar belakang keluarga, pendidikan, dan kerjaya yang cukup mengkagumkan. Apa tidaknya, belum pernah ada sebuah keluarga yang kesemua lapan orang ahli keluarga adalah doktor.

      Beliau, suami dan 6 orang anak semuanya doktor. Hebat dan mengkagumkan. Syabas PAS.

      Sebenarnya, tidak sedikit calon-calon PAS yang mempunyai latar belakang yang mengkagumkan. Pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu, PAS Selangor khasnya, dalam bahasa mereka sendiri, “membariskan tiga penceramah selebriti, dua calon bukan Islam, lima jurutera, lima doktor perubatan, dua akitek, tiga lulusan doktor falsafah, dua profesor madya dan seorang akauntan. Serta sembilan calon muslimat, satu angka yang mengatasi parti-parti lain, malah negeri-negeri lain yang PAS bertanding”.

      Bagaimanapun, umum mengetahui, PAS menerima tamparan hebat di Selangor setelah kalah di semua kerusi parlimen, kalah di semua 15 kerusi kecuali satu kerusi DUN, dan hampir kesemua calon mereka tidak langsung diendahkan oleh rakyat tanpa mengira profesor atau selebriti. Malah 11 calon DUN dan empat calon parlimen mereka hilang deposit.

      Calon-calon doktor PAS

      Barisan calon yang mengkagumkan tidak semestinya membawa pulangan yang lumayan, malah sebaliknya terbukti membawa malang.

      Tidak kurang hebat juga dengan trend untuk PRK. Ambil contoh 3 PRK yang terdekat, PRK Sungai Besar 2016, PRK Kuala Kangsar 2016, dan kini PRK Seri Setia, semua calon PAS adalah bukan sembarangan.

      Tetapi secara kebetulan, kesemua mereka adalah doktor profesional. Dr Abdul Rani Osman di Sungai Besar, Dr Najihatussalehah Ahmad di Kuala Kangsar dan kini Dr Halimah Ali di Seri Setia.



      Kebetulan atau tidak, itu bukan persoalannya. Persoalan yang lebih utama ialah, PAS berusaha menonjolkan tokoh yang berlatarbelakangkan profesional dan bukan konvensional ulama atau guru pondok.

      Umum mengetahui akan nasib yang menimpa kedua-dua calon PRK yang lalu. Dr Rani yang kalah tercorot di tempat terakhir di PRK Sungai Besar terpaksa kembali ke tempat asal di parlimen Kapar untuk PRU ke-14.

      Dr Rani berkesudahan tewas dengan defisit melebihi 16,000 di tangan calon PKR. Beliau cuma mampu memintas dua calon India. Kerusi yang beliau tinggalkan seterusnya dimenangi oleh calon Pakatan Harapan (HARAPAN) pada PRU ke-14.

      Dr Najihatussalehah pula, walaupun mampu menduduki tempat kedua mendahului calon AMANAH pada PRK Kuala Kangsar, namanya terus dilupakan selepas itu.

      Calon AMANAH yang beliau ketepikan, Dr Ahmad Termizi pula terus dicalonkan untuk PRU ke-14, dan hampir berjaya memintas calon BN.

      Yang pasti, kedua-dua calon yang impressive sebegini dilihat hilang dan dilupakan, setelah tewas di PRK.

      Delete
    2. Kerajaan PH hanya tutup kelemahan tadbir negara
      SITI AZIELAH WAHI 24 OGOS 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore205
      Lokman Noor Adam
      Lokman Noor Adam
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      PUTRAJAYA - Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam berkata, kerajaan PH cuba menutup kelemahan dan kegagalan mereka mentadbir negara dengan membuat pelbagai dakwaan terhadap kerajaan terdahulu.

      Lokman berkata, dakwaan demi dakwaan dibuat kerajaan PH dengan alasan mereka mewarisi sebuah kerajaan yang bermasalah adalah tidak benar dan tidak berasas.


      Sebaliknya menurut Lokman, kerajaan yang ditinggalkan BN kepada PH mempunyai kedudukan ekonomi yang cukup baik.

      “Malaysia ketika di bawah kerajaan BN mencatatkan kadar pertumbulan 5.3 peratus iaitu kedudukan ketiga terbaik dunia. Rizab negara pula adalah

      sebanyak 438 bilion. Manakala lebihan akaun semasa mencatatkan sebanyak RM15 bilion tertinggii setakat ni.

      "Peratus perbelanjaan negara pula hanya 12.5 peratus berbanding ketika pentadbiran Tun Mahathir sebelum ini sebanyak 21 hingga 30 peratus.

      "Bagaimana mereka mengatakan kita tinggalkan kerajaan yang bermasalah. Ini tidak boleh diterima akal sama sekali,” katanya ketika dihubungi Sinar

      Harian.

      Beliau mengulas mengenai dakwaan Menteri Kewangan di Parlimen baru-baru ini bahawa kerajaan BN merompak hasil RM18 bilion daripada wang tuntutan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

      Lokman berkata, menteri tersebut tidak 'pandai' ekonomi dan menyebabkan menteri itu mengeluarkan kenyataan ‘kurang bijak’ dari semasa ke semasa.

      "Lebih teruk lagi katanya apabila menteri itu tidak menyedari kesan beliau memperkenalkan sifar GST sementara pelaksanaan SST.

      “Ini juga satu kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. Beliau (Guan Eng) patut sedar sebulan kita kutip 3.9 bilion hasil GST, " katanya.

      Katanya, kerajaan sepatutnya tangguh GST sehingga benar-benar bersedia laksanakan SST.

      "Sifar GST menyebabkan kita kehilangan RM11 bilion tidak sampai seratus hari kerajaan PH memerintah,”ujarnya.

      Malah, Lokman berkata kerajaan PH juga gagal memilih keutamaan apa yang perlu didahulukan, dan apa yang perlu dikemudiankan dalam mentadbir kerajaan.

      Beliau berkata kerajaan membuat kenyataan negara mengalami masalah kewangan sehingga menubuhkan Tabung Harapan untuk rakyat menyumbang sedangkan pada masa sama mereka menurunkan papan-papan tanda 1Malaysia dengan kos RM18,000 setiap satu.

      Menurut beliau, dalam keadaan ini kerajaan sepatutnya mempunyai banyak lebihan tunai lebih-lebih lagi dengan pelbagai langkah penjimatan yang diumumkan termasuk pemansuhan elaun sara hidup kepada nelayan, bantuan kepada peneroka Felda dan pemansuhan banyak agensi.

      “Semua tindakan tersebut sepatutnya menyebabkan mereka ada banyak lebihan tunai yang boleh dibelanjakan, tapi persoalannya mana perginya duit-duit ini?,”soalnya yang turut menambah kerajaan tidak sepatutnya berdepan masalah kewangan.

      Sehubungan itu beliau mencadangkan Ketua Umum PH melakukan sesuatu bagi menyelamatkan keadaan.

      "Saya cadangkan pemimpin PH seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sesuatu bagi menyelamatkan keadaan.

      Tambahnya sekiranya mereka dibiarkan memerintah negara lebih lama, maka lebih banyak kerosakan dilakukan kepada negara.

      “Pimpinan PH perlu bertindak sebelum berlaku kegawatan ekonomi yang akan memberi kesan kepada rakyat dan akhirnya menyebabkan PH ditolak termasuk Anwar Ibrahim,"katanya.

      Delete
  6. Setuju dgn bulat ken. Terajang dulu yg bersepah2 d blog ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batal ECRL umpama menghukum rakyat Pantai Timur



      SHAH ALAM - Pemuda Umno menyeru Kerajaan PH agar mengenepikan ego politik untuk kembali ke meja rundingan dengan Kerajaan China bagi mencari solusi terbaik agar projek projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dapat diteruskan.

      Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebarang terma yang didakwa tidak menguntungkan boleh sahaja dirundingkan kembali agar rakyat tidak jadi mangsa pembatalan projek yang sudahpun bermula.

      Bahkan menurutnya, Pemuda Umno tidak mahu generasi mendatang terpaksa mewarisi beban pembayaran pampasan yang tinggi akibat pembatalan projek yang sudah bermula dek kerana keegoan pimpinan hari ini menghapuskan ‘legasi infra-rakyat’ yang dicetuskan kepimpinan terdahulu.

      “Pengumuman pembatalan projek ECRL oleh Kerajaan PH sejurus Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali dari lawatan kerja ke China amat mengecewakan.

      ”Keputusan berkenaan seolah-olah satu hukuman kepada rakyat di negeri-negeri Pantai Timur khususnya Kelantan, Terengganu dan Pahang hanya kerana mereka tidak memilih Kerajaan Pakatan Harapan,” katanya dalam laman sosial facebook miliknya, hari ini.

      Asyraf berkata, keperluan untuk satu infrastruktur pengangkutan awam darat yang pantas dan moden bagi menghubungkan Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung adalah penting untuk menjadi pemangkin pertumbuhan yang memungkinkan kesan gandaan ekonomi (economic multiplier effect), selain kemasukan pelaburan domestik da
      Labels n asing.

      “Ia secara tidak langsung dapat merancakkan ekonomi tempatan dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

      ”Kerajaan BN dahulunya melancarkan Projek ECRL bernilai RM55 billion (kini RM66.7 billion) sebagai satu inisiatif berimpak tinggi di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

      Menurutnya, projek rel membabitkan dua fasa sepanjang 688 km berkenaan akan menyambungkan Pelabuhan Klang dan Pengkalan Kubor, Kelantan yang dijangka siap pada 2024 akan dapat menambah 1.5 peratus kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan dijangkakan mewujudkan lebih 80,000 peluang pekerjaan.

      ”Tidak semuanya legasi kepimpinan terdahulu harus dihapuskan hanya kerana dendam politik sehingga ‘memangsakan’ rakyat Pantai Timur yang berhak menikmati kesaksamaan pembangunan ekonomi dan tidak hanya berpusat di sebelah Pantai Barat.

      Delete
    2. Biasa aku suka mendengar khutbah di Arafah.. kali ini.. hurm..



      Biasa akan suka untuk mendengar khutbah di Arafah.. kalini.. hurm..

      Akibat dari Menteri Agama bersalaman dgn Nisha.. sahabat saya telah terserempak dengan Mak Nyah di tandas salah sebuah shopping mall terkemuka di Putrajaya..

      Sahabat saya menjerit kerana terkejut kerana apabila dia menyedari kehadiran maknyah tersebut, sahabat saya sedang membetulkan tudungnya..

      Sahabat saya terjerit (tak terkeluar maknyah ttp..): "LGBT ! LGBT ! Habis aurat saya kamu tengok.. pergilah ke tandas lelaki.. ini tandas utk perempuan..!"

      Mak Nyah tersebut tanpa segan silu telah membuat panggilan telefon utk mengumpulkan kawan-kawannya utk berhimpun menggertak sahabat saya..

      Mujur makcik-makcik lain muslim dan non-muslim di dalam tandas tersebut menyokong sahabat saya.. menyebabkan berlaku bertikam lidah sehingga memaksa pegawai sekuriti untuk meleraikan nya..

      Namun ianya tidak berakhir di situ.. sahabat saya telah diekori sehingga menyebabkan beliau tidak berselera untuk mencari tempat makan.. asal tujuan beliau ke situ.. maka sahabat saya terus ke parking lot.. masih sambil diekori oleh mereka.. mujur tempat parking lot premier ada pegawai polis..

      Kini.. siapa mangsanya? Nampak tak wahai Menteri.. kata-kata anda yg cuai telah menyebabkan mereka semakin berani menganggu privasi dan mengancam keselamatan wanita Muslim dan non-Muslim..

      Katakan sekumpulan Mak Nyah masuk tandas wanita.. dan sahabat saya sorang-sorang dalam tandas tersebut.. boleh bayangkan atau tidak betapa terancamnya keselamatannya..

      Susuk tubuh lelaki.. kudrat lelaki.. kekuatan lelaki..

      Allahu Rabbi.. Allahu Musta'an.. siapa yg akan membela wanita.. seperti Sultan Mu'tasim yg menggertak utk hantar bala tentera di saat wanita Muslimah diganggu oleh Yahudi sehingga terselak auratnya..

      Siapakah gerangan pengganti susuk tubuh keberanian.. peduli.. izzah nya.. Mu'tasim?

      Pn Widad Ahmad Asnawi


      : Kini usaha meliberalkan Islam sedang giat dilakukan dan didalami oleh parti Islam progresif Amanah....

      Delete
  7. Jangan pertikai kerjasama MCA, PAS



    KAJANG: MCA akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang merestui mereka bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

    Sehubungan itu, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mempertikai dan memperlekehkan kerjasama parti itu dengan PAS.

    Katanya, PAS merestui MCA bertanding di Balakong begitu juga UMNO dan GERAKAN.

    “Justeru, MCA akan terus bekerjasama dengan parti pembangkang lain yang bersetuju dan merestui kita.

    “Kalau orang sokong kita, pasti dialu-alukan (sokongan) mereka. Perjuangan kita jelas, tidak sama macam DAP yang selalu lupa sejarah, kutuk kerjasama kita dengan PAS sedangkan mereka pernah bekerjasama membentuk kerajaan negeri di Selangor,” katanya ketika berceramah membantu kempen calon MCA, Tan Chee Teong di Taman Megah di sini, malam ini.

    Ka Siong turut menegur pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang bertindak seperti pembangkang dalam ceramah PRK.

    Katanya, beliau melihat kebanyakan pemimpin PH mengorek kes membabitkan BN bukannya menumpukan kepada usaha menunaikan janji Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    “Sebagai kerajaan sepatutnya tidak perlu lagi buat kerja mengorek kesilapan orang... buatlah kerja,” katanya.

    Beliau juga menegaskan MCA sebuah parti yang mengakui kesilapan dan menerima kekalahan pada PRU-14 dan bersedia membuat perubahan dan transformasi.

    “Kita mahu menjadi pembangkang yang baik supaya menjadi kumpulan yang boleh semak dan imbang kerajaan.

    “Semalam pemimpin DAP, Lim Kit Siang minta MCA tidak perlu jadi kumpulan semak dan imbang sedangkan beberapa minggu lalu dia yang kata kerajaan perlukan teguran dan pemantauan daripada penyokong kerajaan, pembangkang, media dan masyarakat umum.

    “Inilah sikap pembangkang selalu lupa, buta sejarah dan cakap tidak serupa bikin, ” katanya.

    : MIC dah jumpa Presiden PAS, MCA maybe akan jumpa Presiden PAS selepas PRK untuk elak menjadi isu....

    ReplyDelete
  8. Setuju.. Tapi PH seolah lambat bertindak.. Lebih memilih tunggu dan kaji.

    bankami.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapatan Kajian Rakyat tidak gembira dengan kerajaan PH



      Menjelang 100 hari pentadbiran kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan tempoh hari, banyak page di Facebook yang membuat undian untuk mengukur tahap kepuasan dan kegembiraan rakyat di alam maya atau netizen terhadap 100 hari pemerintahan kerajaan Malaysia hari ini. Hasil undian ini, rata-rata majoriti netizen tidaklah begitu gembira dan tidak berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan hari ini selepas 100 hari.




      Berikut adalah antara keputusan undian kepuasan terhadap kerajaan baru ini yang dianjurkan oleh page-page FB yang mempunyai ramai Likers dan Followers seperti Kelab Maya Mahathir, Suara Rakyat, Otai Bersih, The Patriots, The Malaysian Insight dan TTKM.





      Nak kata yang undi ini kebanyakannya penyokong atau ahili pembangkang pun tidak juga, kerana beberapa page yang membuat tinjauan ini adalah page yang pro kepada pembangkang terdahulu yang kini sudah menjadi kerajaan, dan ada juga page yang neutral yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

      Walaupun kajian Merdeka Center menunjukkan 2/3 rakyat berpuas hati dengan kerajaan pilihan mereka PH, namun tinjauan di media sosial menunjukkan keputusan yang sebaliknya yang tidak memihak kepada kerajaan.

      Malah mengikut kepada kajian yang dilakukan oleh Ilham Center pula, kurang 50% pengundi Melayu yang merasakan Malaysia kini di landasan yang betul.

      Maka kenapa berlaku yang sedemikian?
      Kenapa majoriti rakyat yang kurang berpuas hati pada pentadbiran kerajaan baru?
      Mengapa berlaku penurunan sokongan dari orang Melayu terhadap kerajaan baru ini?

      Faktornya banyak, cuma aku gariskan 3 punca yang utama sahaja.

      1. Kakitangan awam ramai tidak berpuas hati

      Terdapat lebih kurang 1.6 juta penjawat awam yang berstatus tetap di negara kita yang terdiri dari pegawai pentadbiran, kakitangan sokongan, guru, anggota keselamatan dan sebagainya, juga beberapa ribu kakitangan berstatus kontrak.

      Ramai di kalangan mereka ini merupakan pengundi Pakatan Harapan pada PRU14 yang lepas kerana merasakan PH mampu membawa perubahan kepada kehidupan mereka dari sudut kebajikan dan juga penuruna kos sara hidup.

      Namun setelah PH menang, apa yang diharapkan tidaklah kesampaian. Kenaikan satu tahun gaji tahunan yang dirancang oleh PM Najib sebelum itu dibatalkan, bonus raya pula dikurangkan dah diterhadkan hanya kepada pegawai gred 41 ke bawah, perbelanjaan jabatan dipotong dan disuruh berjimat cermat.

      Malah ada kakitangan berstatus kontrak yang ditamatkan perkhidmatan mereka, menyebabkan mereka rasa kepercayaan yang mereka berikan kepada PH telah dikhianati. Tambah lagi kos sara hidup tidak banyak menurun apabila kerajaan tidak meneruskan pemansuhan tol, menurunkan harga minyak dan sebagainya.

      Maka sebab itu ramai kakitangan awam pada hari ini tidaklah begitu gembira dengan kerajaan yang ada pada hari ini.

      2. Orang melayu ramai tidak berpuas hati

      Kaum melayu dan bumiputera merupakan penduduk majoriti di negara ini. Jika dilihat pada pola pengundian ramai yang tidak berpuas hati, tak salah jika aku katakan majoriti orang yang mengundi untuk tidak berpuas hati itu adalah orang melayu, terutama orang melayu dari golongan bawahan dan pertengahan.

      Ini kerana dalam tempoh 100 hari ini agak banyak isu yang mengusik sensitiviti orang melayu dan agama Islam, antaranya isu bahasa kebangsaan, isu sekolah kebangsaan, pelantikan jawatan tinggi dalam kerajaan di kalangan orang bukan melayu, melayu pendatang, pengiktirafan UEC, pembelaan terhadap golongan minoriti LGBT dan sebagainya.

      Delete
    2. Ya, DS Najib mungkin ada ambil sedikit pendapatan negara ini untuk pelaburan 1MDB dan sebagainya, tapi aku tak nak komen panjang sebab kes masih dalam siasatan, maka biarlah mahkamah yang menentukannya. Walaupun begitu, negara kita masih mampu untuk meneruskan pelbagai projek pembangunan, memberi pelbagai bantuan dan membayar pinjaman.

      Namun apabila cukai GST dimansuhkan dan digantikan pula dengan SST, pendapatan kerajaan pasti akan berkurang dengan banyak. Ditambah pula dengan pemberian semula subsidi kepada petrol, menyebabkan peruntukan kerajaan semakin banyak digunakan untuk subsidi. Maka nak tak nak terpaksalah berjimat cemat, potong perbelanjaan itu ini untuk menampung perbelanjaan dan membayar hutang yang banyak.

      Analoginya lebih kurang sama seperti yang aku pernah terangkan dalam artikel "Kelas mengenai ekonomi dan hutang negara" ini;
      Ada seseorang yang bergaji RM20,000 sebulan, mahu membuat pinjaman rumah yang bernilai RM1 juta. Setelah bank mempertimbangkan tahap pendapatan bulanannya, bank pun meluluskan pinjamannya kerana merasakan orang itu mampu untuk membayar ansuran pinjamannya yang berjumlah RM5,000 setiap bulan.

      Namun pada suatu hari, orang ini memberi rumahnya kepada kawannya yang bergaji RM7,000 sebulan, dan kawannya itu perlu sambung bayar pinjaman rumah tersebut yang berjumlah RM5,000 setiap bulan. Dengan gajinya yang sebanyak RM7,000 itu, dia memang masih mampu untuk membayar jumlah ansuran tersebut, namun terpaksa berjimat cermat dengan begitu drastik sekali semata-mata untuk membayar hutang rumah agar tidak mengalami krisis kewangan.

      Namun ia pasti tidak menjadi masalah, jika orang itu mampu untuk meningkatkan pendapatannya sama atau lebih dari pemilik asal rumah tersebut.

      Sebab itu mahu tidak mahu, kerajaan hari ini perlu mencari cara dan jalan untuk meningkatkan pendapatan negara, kalau tidak lebih pun dari dulu, tapi sekurang-kurangnya sama seperti dahulu, agar bukan sahaja hutang negara dapat dibayar tanpa perlu terlalu berjimat cermat, memotong kos bajet, membatalkan pelbagai program dan projek, malah dapat melunaskan janji-janji pilihanraya serta memulihkan semula ekonomi rakyat.

      Sekarang ini rakyat nak berbelanja pun dah sangat berkira-kira, sebab ada yang sudah hilang pekerjaan, ada yang tiada kenaikan gaji, ada yang tidak mendapat bonus. Apabila kuasa berbelanja kurang, maka kuranglah aliran wang, perlahanlah pergerakan ekonomi rakyat.

      Orang kurang membeli, peniaga kurang mendapat untung, pemborong pun takde untung banyak, pengilang pun tak mungkin mengalami kerugian. Bila dah kurang keuntungan dan rugi, mereka nak naikkan gaji dan bagi bonus kepada pekerja pun susah, malah mungkin terpaksa buang pekerja untuk jimatkan kos operasi, silap-silap ada syarikat yang bungkus terus.

      Tapi jika pendapatan rakyat pun semakin banyak, terutama kakitangan kerajaan yang mempunyai kuasa membeli yang besar, dari peniaga, pemborong, pengilang, semua akan dapat untung lebih. Bila dah banyak untung, baru pekerja mereka pun boleh dinaikkan gaji dan diberi bonus yang banyak, produk yang lebih baik pun lebih banyak dapat diciptakan.

      Kerajaan boleh korbankan ahli politik dan bekas pemimpin dahulu, tapi jangan sesekali korbankan ekonomi rakyat. Kerosakan telah berlaku, tapi ia masih boleh dan sempat untuk dipulihkan. Kerajaan perlu buatlah apa-apa pun untuk meningkatkan pendapatan negara, tapi pastikan pendapatan rakyat dan bantuan kepada rakyat turut meningkat.

      Jika tidak, amat mustahil untuk mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat pada kerajaan hari ini.

      Sumber : BUASIR OTAK


      : Setakat ini yang rakyat gemberita BN jatuh aje, selain itu semuanya kena kencing sahaja...

      Delete
  9. Justice League - di akhir zaman akan muncul dajal dan dajal kecil. Fitnah secara besar besaran akan berlaku...

    Jadi jangan jadi hamba pada duit, dengan melakukan domba politik & fitnah, hidup ni singkat taubatlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malah golongan melayu dari golongan bawahan dan pertengahan ini lah yang merasa terkesan apabila kos sara hidup itu tidaklah menurun seperti yang diharapkan. Golongan ini juga yang termasuk dalam golongan kakitangan awam dan kakitangan kontrak yang diberhentikan.

      Maka yang mengundi untuk berpuas hati dengan kerajaan hari ini tinngal lah segelintir orang melayu atasan yang merasakan mereka tidak kisah sekiranya kerajaan PH gagal melaksanakan manifesto PRU mereka asalkan Najib jatuh, golongan bukan melayu yang mendapat kelebihan dan keuntungan dengan hal seperti pengiktirafan UEC, penambahan peruntukan pada sekolah berasaskan kaum, serta golongan minoriti seperti LGBT, mereka yang berideologi liberal, sekularisme, atheist dan sebagainya kerana suara mereka kini semakin mudah didengari.

      Jangan kerana terlalu mengejar sokongan minoriti menyebabkan hilangnya sokongan majoriti.

      3. Golongan yang ekonomi mereka terkesan secara langsung

      Golongan yang ekonomi mereka terkesan secara langsung selepas perubahan kerajaan sudah pasti antara golongan yang sangat tidak berpuas hati dan sangat tidak gembira dengan kerajaan hari ini. Antaranya adalah orang yang hilang pekerjaan kerana khidmat kontraknya ditamatkan serta merta, serta mereka yang terlibat dengan projek-projek berkaitan kerajaan yang dibatal dan ditangguh kerana langkah penjimatan.

      Apabila kerajaan mengumumkan untuk menangguh dan membatalkan beberapa projek, ada pekerja yang turut diberhentikan, ada yang dipindahkan kerana ketiadaan projek, ada juga yang menanggung kerugian.

      Alasan atas tindakan kerajaan ini adalah kerana kerajaan menanggung hutang yang terlalu banyak, menyebabkan kerajaan terpaksa berjimat cermat dengan membatalkan kenaikan gaji kakitangan awam, membatalkan banyak projek dan menangguhkan pelbagai janji pilihanraya.


      * * * * * * * * * *

      Bukanlah nak kata langkah berjimat cermat itu tidak bagus, tetapi mengapa ketika kerajaan BN dulu, dalam banyak-banyak hutang pun kerajaan masih boleh menaikkan gaji kakitangan, memberi bonus kepada semua kakitangan kerajaan dan melaksanakan banyak projek pembangunan?

      Sebab itu cukai GST dan program rasionalisasi subsidi wujud, untuk menjadikan negara kita sebagai negara berpendapatan tinggi. Apabila negara sudah mempunyai pendapatan yang tinggi, barulah kerajaan mampu untuk naikkan gaji dan bagi bonus pada kakitangan kerajaan, melakukan lebih banyak projek pembangunan dan membuat lebih banyak pinjaman.

      Delete