Friday, 27 July 2018

RAFIZI TANDING TIMBALAN PRESIDEN, CUBAAN ANWAR SINGKIR AZMIN?


Sementara Azmin Ali masih menimbang-nimbang dan belum lagi membuat keputusan jawatan mana yang mahu ditandinginya, Rafizi Ramli sebaliknya lebih dulu mengumumkan pengesahannya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan September ini.


Dengan perkembangan ini, jika Azmin mahu mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PKR yang sedang disandangnya, bermakna pertandingan akan menyaksikan pertembungannya dengan Rafizi yang sekarang merupakan Naib Presiden PKR.


Sebaliknya, kalau Azmin memutuskan untuk bertanding jawatan Presiden, beliau akan berhadapan dengan Anwar Ibrahim yang kini sudah sah mengumumkan bertanding jawatan tersebut.


Apakah pilihan Azmin? 

Walaupun Anwar masih merupakan tokoh yang dhormati dalam PKR, apatah lagi kedudukannya sebagai bakal Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir Mohamad, hasrat beliau untuk menduduki kerusi Presiden PKR yang selama ini dipegang oleh isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail ialah tidak lain untuk mengukuhkan lagi cengkamannya dalam parti itu.


Ikut logik, jika beliau kekal sebagai Ketua Umum PKR sekali pun dan dalam masa yang sama sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan, ia sama sekali tidak menggugat kedudukannya sebagai bakal pengganti kepada Tun Mahathir untuk jawatan Perdana Menteri.


Namun, dengan tiba-tiba Anwar mahu mengisi kerusi Presiden PKR, gambarannya ialah beliau ada sedikit kecurigaan terhadap kesetiaan atau ketakutan kepada kemungkinan Azmin akan menggugatnya di masa-masa depan.


Lebih-lebih lagi Azmin kini adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, suatu jawatan kanan dalam kerajaan dan bukan lagi sebagai Menteri Besar Selangor.


Diberitakan bahawa dalam susunan kabinet baru-baru ini, nama Azmin tidak disenaraikan langsung oleh PKR sebagai salah seorang calon menteri kabinet atas kefahaman beliau sudah pun memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.


Meskipun perlantikannya mengejutkan PKR, tetapi ia dalam waktu yang sama menunjukkan keyakinan Tun Mahathir terhadap kewibawaan Azmin dalam mentadbir Selangor selama ini serta mahu bakatnya diperluaskan lagi di perintkat Pusat.


Yang turut mengejutkan juga, Azmin difahamkan tidak berunding sama sekali mengenai perlantikan itu dengan Anwar, sebaliknya beliau terus saja menerima tawaran jawatan yang dibuat oleh Tun Mahathir itu.


Dengan itu, Anwar difahamkan ada berasa sedikit terguris hati dengan Azmin.


Dengan Anwar sudah sah bertanding jawatan Presiden PKR dan menyusul pula Rafizi mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden, Azmin kini seolah-olah sedang diasak untuk diketepikan berikutan kecurigaan yang kian bercambah terhadapnya.


Dalam hal ini, pilihan terbaik bagi Azmin ialah mengekalkan jawatan Timbalan Presiden yang sedang disandangnya kerana berdasarkan reputasi dan kedudukannya dalam kerajaan sekarang, peluangnya memenangi jawatan itu jauh lebih baik berbanding Rafizi.


Azmin hanya mungkin tergugat untuk mengekalkan jawatannya jika Anwar bersungguh-sungguh dan secara terbuka menyokong Rafizi. 


Tetapi, tindakan itu bukan saja merbahaya kepada Anwar, malah memungkinkan berlakunya perpecahan yang berpanjangan dalam PKR selepas ini.


Sebaliknya, jika dengan pengumuman lebih awal oleh Rafizi bertanding jawatan Timbalan Presiden itu membuatkan Azmin memutuskan bertanding jawatan Presiden PKR, sebenarnya itulah yang ditunggu-tunggu oleh Anwar dan kumpulannya.


Ia bukan saja akan menyaksikan serangan habisan-habisan  oleh Anwar dan kumpulannya untuk mengenepikan Azmin, malah mungkin  akan disusuli dengan pelbagai serangan lain yang lagi.


Logiknya juga, terlalu sukar buat Azmin untuk mencabar Anwar bagi kerusi Presiden PKR itu.


Namun, jika itu yang berlaku, yang pasti akhirnya Rafizi akan menang percuma sebagai Timbalan Presiden PKR.


Sudahnya nanti, Anwar dan kumpulannya akan menguasai sepenuhnya PKR.


Maka, bertahan di kedudukan nombor dua dalam parti adalah pilihan terbaik buat Azmin demi masa depannya. (ShahbudinHusin 27/07/2018)

58 comments:

  1. Sahabat2 ku sehidup semati di blog ini...kini dah sah lah Pizi bakal bertanding jawatan Timbalan presiden PKR . Kita pun tau..Pizi ni ada lah anak didik DSAI ..apatah lagi sama2 MCKK old boys.

    Cuma tak tau lagi sapa lawannya. Kalau Azmin masih nak mempertahankan jawatannya tu..memang hebatlah pertandingan kali ni. Tapi berita sahih lagi boleh dipercayai dari dalam PKR sendiri mengatakan kartel Azmin dah paksa dia bertanding jawatan presiden lawan DSAI. Azmin dapat sokongan kuat dari YB Mak Lampir dan MB Selangor serta lebih dari 40 orang MP2 PKR. Kartel Azmin merasakan dengan sokongan power dari Tun M serta pimpinan2 tertinggi Amanah serta DAP...dia mampu membuat upset yang tak diduga oleh sesapa pun.

    malah majoriti penganalisa2 politik tempatan termasuklah Buddin, pemilik blog batu api ni meramalkan pertandingan yang bakal berlaku antara Azmin dan DSAI sebenarnya adalah cover untuk Tun M lawan DSAI. Azmin adalah proksi Tun..jika Azmin menang. pengaruh DSAI dalam PKR akan lebur. DSAI takkan menjadi ancaman lagi kepada Tun M untuk jawatan PM..dan pastilah Tun bebas memerintah selama mana yang dia nak. Azmin menang..jadi Presiden PKR..Kak Wan akan lepaskan jawatan TPM dan bakal diisi oleh Azmin. Jadi betul lah cakap2 ramai yang mengatakan Azmin ni sedang digroom oleh Tun M jadi PM ke 8.

    Sapa pulak yang akan menggantikan tempat Azmin bertanding Timbalan Presiden. Ada dua pilihan kuat..pertama YB Zuraidah dan yang kedua YB Nik Nadzmi, yang mengatakan akan melepaskan jawatan ketua pemuda PKR. Kedua2nya adalah orang kuat kartel Azmin. Tak mustahil juga..YB Amiruldin, MB Selangor juga akan mengisi tempat yang dikosongkan oleh Azmin. Apa2 hal pun..kartel Azmin bakal memberi cabaran hebat kepada team DSAI untuk jawatan2 tertinggi PKR.

    Tak sabar rasanya menunggu tibanya bulan Ogos yang bakal mengubah lanskap politik negara. Tentu DSAI tak menyangka bekas protegeenya kini menjadi bakal musuh ketatnya. Paad pandangan ramai orang, khususnya ahli2 PKR...mereka mengibaratkan Azmin sebaagi David dan DSAI sebagai Goliath..dan seperti dalam kisah tu, pastinya David yang berjaya menundukkan Goliath.

    Apa pendapat sahabat2 sekelian, terutamanya melayutakberkhatan dan Fan Tat????


    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye... Termakan jugak aku dengan hasutan ko ni ye GN... Hehehe. Nampak macam ada kewarasan di hujah ko tu. ..Hahaha

      Delete
    2. Xander Shakadera...alahaai.. apasal lah susahnya nama kau nak taip ni. Ini berita terkini yang baru aku terima...YB Amiruddin , MB selangor tu adalah calon terbaik dari kartel Azminyang akan bertanding untuk jawatan Ketua pemuda PKR. Jadi aku tarik balik kenyataan aku yang mengatakan dia adalah salah sorang calon Timbalan Presiden ganti Azmin kat atas tu.Segala kesilapan adalah sangat2 dikesalkan !!!

      Delete
    3. Geng Penjilat Najis. Kau tiada sahabat di blog Budin kerana kau pengkhianat bangsa dan negara cuma ada sahabat cybetrooper penjilat yang menyondol. GENG PENJILAT

      Delete
    4. pendapat aku senang saja geng najis
      kau jgn sibuk2 jaga tepi kain orng boleh tak..pi tolong tampal kapal umno yg makin nak,karam sbb dah bocor sana sini tu..wakakaka

      Delete
    5. Aku adalah nonpartisan.....GN. Kahkahkahkah ptuih....tiru sikit

      Delete
    6. Nik Nadzmi telah membuat sokongan terbuka kepada Rafizi bertanding Timbalan Presiden PKR .. apa cerita?

      Delete
    7. TDM adalah seorang politikus yang cermat dan berpandangan jauh. Langkah politik yang diambil kadangkala diluar jangkauan.
      Satu senario yang diluar jangkauan ialah meletakkan Azmin didalam situasi yang sulit. Jika Azmin terdorong untuk bertanding Presiden PKR, adakah ini jalan yang dihampar agar beliau kecundang, dan meletakkan laluan yang lebih mudah untuk MB Kedah melangkah keperingkat Pusat selepas Anwar? Adakah ini legasi yang ingin ditinggalkan olih TDM?

      Delete
    8. Azmin Ali makin tersepit sekarang .Sikapnya membuat keputusan sendiri tanpa mengikut arahan parti akhirnya memakan diri..Sistem Evoting yang akan digunakan dalam pemilihan PKR kali ini mungkin akan menyumbang kekalahan Azmin Ali kepada Rafizi kali ini. Jika sistem biasa pengundian biasa ,Azmin ada kelebihan jika dilihat kepada pengalaman lepas pemilihan tahun 2014 yang dicemari macam macam isu, Mungkinkah Azmin Ali akan mencapai kompromi dengan anwar?.Situasi yang agak mencemaskan buat Azmin dan peluang untuk Anwar mengukuhkan pengaruhnya dalam PH yang agak tergugat dengan kelibat Tun M selepas PRU 14.

      Delete
    9. 2,000 Umat Islam Banjiri Himpunan Kebangkitan Ummah



      KUALA LUMPUR – Lebih 2,000 umat Islam dari seluruh negara membanjiri Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu di sini, pagi ini bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Ummah.
      Kehadiran individu berkenaan mewakili pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA).

      Antara tuntutan mereka ialah membantah pertikaian kedudukan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan menolak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

      Perhimpunan yang bertema ‘Malaysia Baru Pasca PRU-14: Islam Melayu Terancam’ dimulakan dengan bacaan al-Fatihah dan laungan ‘Allahu Akbar’.

      Tokoh negarawan yang dijadualkan untuk berucap pada acara itu termasuk bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan. – BH Online


      : Ini adalah permulaan kepada gabungan NGO Islam untuk bangkit bersama. Dalam media sosial machai PH menyerang kononnya himpunan ini anjuran PAS.....

      Delete
    10. Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.
      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.
      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.

      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.

      Delete
  2. Sobat2 muslimin ku sekelian.......Dalam satu wawancara dengan CNN dengan Tun M baru2 ni, pemimpin berusia 93 tahun itu berkata: "Saya perlu percayakan Amwar - sama ada saya suka atau tidak. saya tidak boleh berada di sini pada setiap masa." Ditanya berhubung tempoh masa untuk Anwar menggantikannya, beliau menjawab: "Jika syarat untuk kami (beliau dan Anwar) berkerja bersama adalah saya menjadi perdana menteri untuk dua atau tiga tahun, bagi saya itu tidak penting." "Saya akan patuh kepada kehendak rakyat," katanya lagi.

    Namun Mahathir juga berkata jika rakyat mahu beliau berkhidmat lebih daripada tempoh yang dipersetujui Pakatan Harapan, beliau akan berbuat demikian.

    Timbul juga spekulasi yang kuat dan cakap2 politik yang boleh sahih lagi boleh dipercayai bahawa masa depan Anwar sebagai perdana menteri masih tidak menentu dan ada kumpulan dalam lingkaran Mahathir yang tidak mempercayainya.

    Anwar, 70, berulangkali menyebut beliau tidak tergesa-gesa. Tengok aje lah... Kali terakhir beliau dikatakan tidak sabar untuk menggantikan Mahathir, bekas timbalan perdana menteri itu berakhir di penjara, dengan mata lebam.


    Sudah terang lagi bersuluh... Mahathir sendiri nampaknya ada masalah kepercayaan terhadap bekas musuhnya yang kini kembali menjadi bakal penggantinya.

    Sebab tu lah...Tun M beria2 menyokong Azmin untuk bertanding jawatan Presiden PKR. Dia amat2 mengharapkan aagr Azmin menang dalam merebut jawatan tu kerana masa depannya sendiri sebagai PM kini bagai telur di hujung tanduk, bila2 masa aje boleh jatuh berkecai. Jadi tak mustahil..Tun akan berbuat apa saja within his power untuk memenangkan Azmin dan kartelnya.

    Dah tentu Tun Daim yang tak diam tu juga aakn menyokong kartel Azmin. Dia tau jika Anwar menang pasti jawatan PM akan menjadi lebih hampir kepada Anwar dan kalau ini berlaku...antara orang yang pertama diterajang keluar dari kerajaan ialah dirinya.

    Sebaik saja menjadi PM, Anwar pasti akan melakukan pembersihan besar2an dalam kerajaan untuk memastikan segala orang2 kuat Tun M dinyah keluar..apatah lagi hubungan Tun Daim dengan Anwar pun bukannya baik sangat sejak dulu lagi.

    Tentu Pak diny setuju bahawa sebenarnya...perebutan jawatan presiden PKR ni merupakan pertembungan antara pengaruh Tun M dengan Anwar. Rasanya ramai rakyat mengharapkan Anwar menang..untuk mengimbangi kuasa mutlak yang kini di tangan Tun M. Juga sebagai signal agar Tun M berpegang teguh pada janjinya untuk menyerahkan tampuk kuasa kepada Anwar dalam masa 2 tahun lagi....lagi bagus sebelum jangka masa tu.

    Rakyat tak mahu dengar cakap Tun M yang berbelit2 tu..sekejap 2 tahun..kemudaian 3 tahun..lepas selama mana yang rakyat nak dia berada sebaagi PM. Tanpa Tun pun, Anwar mampu menyelesaikan segala masaalah berkaitan ekonomi dan memerangi rasuah serta ketirisan dalam kerajaan.Kerbau berpegang pada talinya...manusia berpegang pada janjinya. Tak perlu lah berdolak dalik memberi pelbagai alasan..apa yang rakyat nak ialah sampai masanya seperti yang dijanjikan..jawatan PM tu WAJIB diserahkan kepada Anwar...tanpa sebarang kompromi !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyangak elit berlambak2 tu x pulak ko nak kata..puak melayu mana yg ko nak pertahankan tu bhoi..melayu yg sanggup gadai melayu ye..ko gendang mcm mana punlh..x dapek nak kami ikut tari ko tu beb..
      Kata mudahnya..pi maboklh ko..

      Delete
  3. OK sobat2 sekelian...mohon untyk meninggalkan blog ni sebentar...pemborong2 sayur2an dah sampai. InsyaAllah..jika takde aral melintang, akan disambung semula nanti. Wassallam semua !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak GN, takkan nak blah cepat sangat? Aku baru nak order tomato dgn kau.

      Delete
    2. Hati2 Geng Penjilat Najis kerana yang datang tu pemborong oink oink nak beli kau.

      Delete
    3. Hoiii geng najib dunguuuuu nk g mne tu

      Delete
  4. Anwar bukan kecil orang. Dia boleh baca niat TDM lantik Azmin dlm kabinet sbg satu usaha memecahbelahkan PKR dan melumpuhkan 'grassroot'nya dlm parti itu dan seterusnya meleburkan impiannya untuk menyandang jawatan PM yg dia dahagakan selama ini. Sebab itu Anwar tak nak kasi peluang kuda TDM itu naik ke pucuk pimpinan parti.
    Anwar tahu TDM bukan ikhlas untuk berbaik dan buka ruang untuknya ke puncak persada, dia dan partinya hanya digunakan sbg batu loncatan oleh TDM untuk menumbangkan BN. Namun, Anwar tak bodoh...pelandok tidak lupa jerat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke dia boleh baca niat TDM lantik Azmin dlm kabinet sbg satu usaha memecahbelahkan PKR?

      Memang dalam politik banyak boleh dibaca dari tindakan sesiapa. Ramai yang lain baca itu ia lah untuk memuaskan hati ahli dan penyokong PKR supaya PKR yang dapat banyak kerusi di PRu14 diberi perwakilan dalam kabinet dan Presiden dan Tambalan Presiden.

      Naib Presiden Rafizi? Itu di atas kebijaksanaan Tun Dr Mahathir lah. Mungkin dia tidak minat orang yang selalu bising.

      Delete
    2. Bacaan politik orang awam tidak sama dengan bacaan politik pengkaji politik, dalam politik tiada istilah baik sangka kerana terlalu banyak berbaik sangka hanya merugikan diri sendiri. Tidak mudah bagi DSAI melupakan perbuatan Tun M dahulu. Sudah tentu DSAI sudah dapat membaca percaturan politik Tun M .Perlantikan Azmin sebagai menteri kanan menguatkan lagi sangkaan azmin adalah orang Tun M sementara azmin sudah diketahui adalah anak angkat Tun M .Jadi kekalahan Azmin memcerahkan peluang anwar menjadi PM ke 8 sambil kemenangan Azmin menyukarkan lagi DSAI menjadi PM ke 8 kerana TUn M masih berdolak dalik tentang tempohnya menjadi PM.

      Delete

  5. Budin,

    Bagi saya biar Azmin bertanding sebagai Presiden. Kalau kalah pun kalah sebagai jantan.

    KJ berani, maka Azmin sebagai pemimpin masa depan perlu juga berani. Orang tua macam Tun M dan Ku Li pun sanggup ambil cabaran.....

    PKR akan berpecah walau Azmin bertanding sebagai Presiden atau timbalan. Kalau Azmin menang sebagai Timbalan Presiden sekalipun apa gunanya sekiranya tidak disukai oleh Presiden.

    Ini kalilah untuk Azmin tunjuk keberanian kepada ahli PKR dan menyatakan bahawa Anwar bukanlah seorang yang kuat dan tidak boleh dicabar. Biar ahli PKR buka mata.

    Alang-alang menyeluk perkasam........


    Najib boleh kalah, takkan Azmin tak boleh menang....


    Sekarang orang tengah buat perubahan.....

    ReplyDelete
    Replies

    1. Pemilihan akan ada lagi......orang muda perlu berani ambil cabaran.......

      Kali ni sekiranya kalah, beliau tiada jawatan dalam PKR tetapi ada jawatan sebagai menteri. Maka suaranya masih laku.

      Beliau kemudiannya boleh bertindak menerang Anwar dari luar sebagaimana KJ menyerang Zahid juga menguatkan kedudukannya. Beliau boleh menjadi ahli yang lantang menegur.

      Sekiranya beliau pandai menegur atau mengkritik saya pasti untuk pemilihan akan datang beliau mampu memberi cabaran yang sengit buat Anwar.

      Anwar sebenarnya seperti Zahid, cuma pandai bercakap tetapi kurang pandai bekerja, malah tiada idea-idea yang hebat.

      Biar melalui laluan yang sukar dan penuh cabaran.....kelak kejayaan anda akan dikagumi.....

      Delete
    2. Sokong fauziasmara. Kalau tak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya. Kalau tak mencuba, mana nak tahu nasibnya. Tuah ayam boleh dilihat,tuah manusia Allah yang tentukan. Kalaui tak cuba, sampai mati takkan tahu apa hasilnya. Azmin cuma ada dua pilihan A atau B. Dan dua-dua pilihan ini ada kesannya yg mesti dihadapi.

      Delete

    3. Cik Minah....

      Sekiranya beliau bertanding kali ni, maka beliau telah membuka pintu untuk dirinya......

      Untuk pemilihan akan datang beliau bukan lagi orang baru sebagai calon presiden.

      Orang muda perlu berani.....berani untuk gagal.....

      KJ gagal...

      Ku Li gagal.....

      Gagal dalam perjuangan yang bermaruah.....

      Bayangkan sekiranya Azmin gagal sebagai Timbalan Presiden dikalahkan Rafizi......ini adalah kegagalan yang memalukan.

      Adalah amat sukar untuk beliau bangun semula selepas ini. Akan hilang perasaan hormat ahli PKR terhadap beliau. Malah kedudukan beliau sebagai menteri juga akan dipertikaikan malah tidak lagi dihormati. Malah akan timbul cakap-cakap yang akan mengatakan Rafizi lebih layak sebagai menteri ekonomi. Kedudukan beliau sebagai menteri akan sedikit tergugat. Setiap tindak tanduknya akan diperlekehkan. Isu kekalahan ditangan Rafizi akan dijadikan mainan.

      Kalau kalah pun, anda pernah menjadi "CALON PRESIDEN"........

      Dua keadaan KEGAGALAN yang perlu ditempuh Azmin.......

      1. Kalah ditangan RAFIZI????????????

      2. Kalah ditangan ANWAR???????????

      Pilihlah yang mana satu.

      Delete

    4. Sekiranya beliau berjaya menewaskan Rafizi, ia tidak membawa apa-apa erti dalam perjuangannya. Tidak memberikan apa-apa mata bonos.

      Tak jantan....KJ lebih jantan....


      Lebih bergaya jika dikalahkan Anwar daripada mengalahkan Rafizi.


      Mana tahu kalau-kalau Azmin boleh menang sebagai Presiden.........

      Rasanya bolehhhhh.......

      Pemilihan PKR bukan seperti UMNO........

      Delete

    5. Calon Presiden:

      1. Anwar
      2. Azmin

      Calon Timbalan:

      1. Rafizi
      2. Zuraida

      Delete
    6. fauziasmara...Aku pun setuju dengan pendapat kau. Azmin memang boleh menang kalau dia bertanding jawatan tu. Sokongan padanya cukup kuat sekarang. Grass Roots PKR pun dah muak dengan telatah Amwar yang dah meroyan sangat nak jadi PM..tak sabar2 lagi. Sampai sanggup berkelana seluruh dunia untuk tunjukkan kononnya dia ni diterima sebagai world class leaders. Mabuk ke apa dia tu...dah macam Bulat kontol dan Smart Romen pulak aku tengok...kan ???

      Delete

    7. Geng Najib....


      Langkah yang akan diambil oleh Azmin dalam pemilihan kali ini perlu dilihat dalam ruang yang besar.......

      ......bukan sekadar Presiden PKR.......

      .......tetapi Perdana Menteri........

      Adakah beliau mempunyai semangat dan azam yang kuat........

      Layakkah beliau bertanding sekadar timbalan menentang Rafizi?????????


      Lakukan REFORMASI!!!!!!!!!!


      LAWAN TETAP LAWAN!!!!!!!!!!!!!


      Jangan cerita tentang perjuangan kalau....


      Ada berani????????

      Delete
    8. fauziasmara..,Semua orang tau Azmin ni adalah anak didik Tun M. Tun lah yang telah mengenalkan Azmin kepaad DSAI bila Azmin baru habis belajar dari US. Tun jugak lah yang meminta agar DSAI ambil Azmin sebagai SU politiknya dan dari saat itu lah Azmin telah mempelajari sepak terajang politik secara mendalam. DSAi begitu mempercayai Azmin hingga dikatakan dia lebih dipercayai dari ahli keluarga DSAI sendiri.

      Waktu era Reformasi..Azmin adalah orang kepercayaan DSAI paling kanan dan banyak tindakannya direstui oleh DSAI sepenuhnya. Dia juga lah yang menjadi orang perantaraan antara DSAI dan pemimpin2 serta akar umbi sementara DSAi di Sg. Buluh. Dari situ lah bintang politiknya terus bersinar hinggalah dilantik Timbalan presiden PKR.

      Kita juga tau Pizi dan Azmin ni tak sebulu angin apabila langkah Kajang gagal. Azmin tidak menyokong langkah ini walaupun ia adalah brain child DSAI. Azmin melihat Pizi kini lebih direstui oleh DSAI berbanding dirinya. Apa tah lagi bula Kak Wan yang disebut2 sebagai bakal MB selangor dihijack oleh Azmin. Hubungan rapat Azmin dengan pihak Istana Selangor memberi kelebihan yang besar kepadanya untuk dilantik oleh Sultan sebagai MB.

      Tak timbul samaada Azmin layak atau tidak untuk menjawat PM in waiting jika dia menang jawatan presiden PKR. Sebagai anak didik Tun M, dah tentu Tun takkan membiarkan Azmin begitu saja sebagai PM. tun boleh memberi nasihat dari belakang tabir..mungkin sebagai God Father politiknya. Itu lah gunanya diujudkan council of Eminet Persons..bukan saja untuk memberi nasihat berkaitan Ekonomi negara tapi kini merangkumi politik juga.

      Jadi rasanya dah sampai masanya untuk Azmin bergerak setapak lagi ke hadapan dalam karier politiknya. Sampai bila dia nak duduk di bawah bayang2 DSAI...kini dah tiba masanya yang sesuai untuk Azmin menyerlahkan kewibawaannya sebagai pengganti Tun dan DSAI. Dia kini hanya selangkah saja lagi dari mencapai matlamat perjuangan politiknya selama ni.

      Yang membezakan untuk dicapai matlamat tu atau tidak ialah jawatan Presiden PKR. Kita doakan agar niat suci murninya tu dimakbulkan Allah. Aminnnn !!!

      Delete

    9. Geng Najib.....

      Jangan simbah minyak banyak sangat......

      Apapun saya setuju.......

      Delete
    10. Geng Penjilat jangan lah cuba memerangkap penyokong PH dengan cara menyibuk pasal PKR. Tiada keikhlasan langsung. Seorang yang racist cuba menunjuk nuetral. Pooodahhhh pengkhianat.
      Gua caya sama lu. Kah kah kah

      Delete
    11. GENG PENJILAT NAJIS DAH ADA JAWATAN BARU PULAK.DI LANTIK ZAHID AGKNYA..

      SEBAGAI GENG BATU API PKR..

      WAKAKAKA

      Delete
  6. Silap tun naikkn azmin jadi penganti dia, mane tau, Tun bijak, tau la dia ape yg terbaik utk negara dan rakyat. Bukan mcm org yg kurang hajar dgn org tua. Betul2 lantik org bawahan cuma yes man. Nak selamat la katanya. Last2 rakyat je humban dia masuk tong sampah. Dah tu berani tunjuk muka kat selangor, tempat yg tinggal 3 kerusi je. Biase la. Kat dlm ni pun ade seko yg ada hikmat TEBAL MUKA tahap piston kapal tongkang. Like father like son... Tak payah komen ye. Jijik nak baca. Kawan aku takde yg bodoh. Diharamkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, dia bukan ada hikmat TEBAL MUKA, tp cuma guna petua iaitu tampal dengan kulit babi. Sebab tu tebal giler.

      Delete
    2. Smart Romen dan Bulat Kontol...Ini berita terbaru, fresh from the Oven bhai !!! Mesti kau dua orang terkejut king kong sampai takde selera nak makan seminggu ....

      Menjelang pemilihan parti bulan depan, Setiausaha Pemuda PKR Selangor Syed Badli Shah Syed Osman mengumumkan peletakan jawatan selepas mendakwa berlaku amalan kronisme dan nepotisme di kalangan pimpinan parti di negeri itu.

      Syed Badli mendakwa sikap mementingkan kroni semakin parah apabila hanya 'pengikut kabilah' tertentu diberikan habuan dari segi jawatan lantikan politik. "Saya menyelar sikap segelintir pemimpin PKR Selangor yang menjadikan habuan jawatan lantikan politik sebagai usaha untuk mengekalkan pengaruh dan kuasa.

      "Secara jelas jawatan- jawatan lantikan politik hanya diberikan kepada mereka yang menunjukkan taat setia kepada kabilah tertentu dan tidak lagi menerusi merit," dakwanya dalam satu kenyataan media.

      Syed Badli mendakwa dalam penentuan jawatan ahli majlis misalnya nama-nama mereka yang dicadang daripada peringkat cabang diketepikan walaupun sudah 'berjuang sekian lama' dalam parti itu.

      "Sikap kuku besi terserlah dengan tidak meraikan perbezaan pendapat dan dianggap menderhakai kepimpinan negeri.

      "Budaya tegur-menegur tidak lagi subur dalam Keadilan (PKR) Selangor akibat dari sikap angkuh dan sombong segelintir kepimpinan negeri. "Mereka lebih gemar kepada ahli yang hanya tunduk dan patuh tanpa mengeluarkan sebarang pendapat yang bercanggah," dakwanya.

      Justeru itu, Syed Badli berkata beliau meletakkan jawatan berkuat-kuasa serta merta sebagai setiausaha AMK Selangor kerana menganggap demokrasi telah mati dalam PKR Selangor. "Saya juga menggesa kepimpinan utama Parti Keadilan Rakyat untuk campur tangan dalam isu pembahagian jawatan lantikan politik di Selangor yang jelas kelihatan berat sebelah," katanya.

      PKR Selangor dipimpin oleh pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga merupakan bekas menteri besar Selangor. Malaysiakini sedang berusaha untuk mendapatkan respon daripada pimpinan PKR Selangor berikutan dakwaan Syed Badli Shah. -malaysiakini

      Nampak gayanya...perpecahan dalam PKR ni lagi teruk dari yang disangkakan oleh rakyat. Memang sah lah kartel Azmin dan DSAI tengah memperhebatkan langkah2 mereka untuk menguatkan sokongan dalam kalangan pemimpin2 dan peringkat grass roots. Takde bezanya PKR ni dengan parti2 lain di Msia, khususnya Bersatu. Masih menggunakan taktik merasuah pemimpin2 mereka dengan jawatan parti dan projek2 untuk mengukuhkan kuasa.

      Apa nak diherankan..semuanya belajar dan mengambil iktibar dari pengerusi PH tu. Mana lagi tumpahnya kuah kalau tak ke nasi beb !!!!

      Delete
    3. Mana lagi tumpahnya tahi kalau tak ke mulut GNajis beb!!!

      Delete
    4. Bagus2 hanya yg ikhlas je terus bersama pakatan. Yg harap jawatan dan habuan boleh chawwww

      Delete
    5. Jamesdean1MDB...Isunya ada ke mereka yang betul2 ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara dalam PH ni???? Kalau nak cari mereka yang sedemikian tu memang bubarlah kerajaan PH ni...takde yang layak untk memegang sebarang jawatan dalam kabinet di peringkat nasional maupun negeri. Dalam PH ni...jawatan dan kuasa serta mengumpul harta berpisah tiada bhai, sentiasa berjalan seiring!!!

      Delete
  7. Dlm pertuduhan kes liwat & zina tahun 1998:

    Mangsa liwat dinamakan sebagai Azizan drebar dia, Sukma Dermawan adik angkat dia dan Munawar orang kerja pejabat dia.

    Pasangan zina pula ialah Shams..., isteri kpd rakannya, Azm...
    Dlm kes ini di sebuah villa, tilam dari villa itu dibawa usung ke mahkamah untuk menunjukkan tompok2 air mani kering pasangan zina itu.

    "Dulu dia sapu bini aku, la ni aku nak sapu pula jawatan dia..."

    Kah kah kah kah kah kah kah kah kah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh... Tp tak ada dengar pulak ada org kena letup atau kena buang kerja utk tutup rahsia.

      Delete
    2. Anunimouse..ko lepak dlm jamban lebih baik..

      Delete
    3. zina ke ziana bg non??

      kah kah kaaahh kaaahh

      Delete
    4. Sedapnya menuduh orang berzina. Tak ingat mati ke. Ingat Allah boleh lupakan saja ke tuduhan tanpa bukti tu... Salah satu tuduhan berdisa besar... menuduh perempuan baik berzina... makan boleh sebarang makan...tuduh2 tu kena jaga2....

      Delete
  8. Pertanding merebut kedudukan dlm menarajui parti pkr semestinya berlandaskan demokrasi tulin..
    Sesiapa pun boleh bertanding atas kemampuan empunya diri serta sokongan..dlm pkr semua open..ramai yg hebat..otai2 reformasi..angkatan muda..dan pkr bkn parti melayu je ianya parti pelbadai kaum malaysia..tian chua..sivarasa.lateefa bian pun boleh..terpilih ato x hendaknya berlapang dada melainkan ada agenda tertentu kepentingan diri dan kelopok semata..
    Kedudukan akan dtg kami jangka x kira sapa lawannya..presiden: Anwar Ibrahim..tpresiden: Azmin Ali..kalas

    ReplyDelete
  9. Sebagai pemerhati luar, saya lebih berharap agar 'status quo' ujud d 'hierarchy' atasan dlm PKR.

    banyak yg menggunakan perkataan 'Mahathir" bagi membayangkan siapa PM ke8 i.e huruf 'A'. pd mereka A = anwar atau azmin.

    mengapa tidak A = azizah ?.

    panduan saya, bagi seseorang pemimpin, 3 ciri penting wajib d penuhi :-

    bersih, pintar n cekap.
    (clean, clever, n capable = 3C).

    wan azizah hanya perlu d beri masa utk 'understudy' tun m bagi memenuhi criteria 'cekap' kerana pd saya, beliau masih bersih n amat pintar.

    tetapi, jika anwar ( yg pd saya sudah luput tarikh n penuh dgn controversy) masih mengidamkan jawata empuk PM, maka azmin wajib menetang nya.

    sdr rafizi masih juga bersih n amat pintar tetapi masih blm terdedah dgn selok belok 'governance'. saya yakin peluang dia utk memimpin Negara akan tiba pd masa akan dtg - insya'allah.

    cadangan saya "Status Quo Please"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dato' Rahman jpc......

      Rafizi seorang yang rajin dan bijak....tetapi lebih kepada angka....

      Dalam berpolitik beliau gagal kerana terlalu lurus bendul. Beliau menyerang sesiapa sahaja yang tak betul tak kira kawan atau lawan. Sikap yang betul tapi tak sesuai pada keadaan.

      Usaha beliau berkempen sepanjang PRU14 amat saya hargai...

      Delete
    2. Bijak nya dia sampai didakwa dimahkamah, tak ingat jika ada yang sangkut hingga dia ke penjara.

      Oleh itu, bijak nya itu tadak lah begitu sangat.

      Delete
  10. Dato..'sudah lupuk tarikh'tiadalh ungkapan sebenar dlm politik..contoh udah ada..'dan penuh dgn controversy'..ianya keyakinan kepercayaan bg setiap individu serta kelompok terhadapnya dlm kes2 perbadi rasuah salah guna kuasa..kesemuanya itu kes liwat 1 n 2 cukup membrangsangkan bg sesetengah pihak yg gentar jika beliau berkuasa..apa kami x silap ketika beliau merangkap PM ketiadaan Tun bercuti keluar negara..dkuatkan bpr akta rasuah..rentetan berikutnya maka buku 50 dalil Anwar xboleh jd PM tersebar luas..the rest is history and most of them dead..sejujurnya kita ketahui bhw beliau lebih berpengalaman dlm selok belok berkerajaan..itu kuasa dtahap tim.pm..kemampuannya sebagai pm belum duji terserlah..most welcome kalo dato ada pencerahan yg kami x reti..tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya hormati pandangan sdr.

      saya pernah berkhidmat d bawah nya d treasury n pernah bersama nya d uni malaya.

      saya memberi pandpt secara ikhlas kerana tiada motif sampingan.

      saya sudah membangunkan blog sendiri bertajuk 'ramblings (celoteh) of rahman jpc' n insya'allah akan mula menyiarkan article pertama bertajuk 'sengketa d antara ds najib n tun m.- usaha ikhlas yg tak kesampaian' (26/6 15) pd minggu hadapan.
      ia adalah reprinting dgn ulasan terkini.

      saya ada menulis satu surat rayuan bertajuk 'rayuan ikhlas kpd ds wan azizah' kpd ds azizah n menyiarkan nya pd 12/ 3 /14.

      insya'allah saya akan kongsikan bersama dgn ulasan tambahan dlm blog saya kelak.

      salam.

      Delete
  11. Sesiapapun boleh bertanding utk apa jawatanpun..pkr bukan umno,nak menang taburkan wang

    ReplyDelete
  12. INI PERKEMBANGAN YANG SIHAT. BERTANDINGLAH. JANGAN MELIHAT PERTANDINGAN ITU SEBAGAI PERSETERUAN. LIHAT PERKENBANGAN INI SEBAGAI SUATU PERKARA YANG MERAIKAN DEMOKRASI DAN PADA MASA YANG SAMA MENGGALAKKAN KEMUNCULAN PEMIMPIN YANG BERWIBAWA SEBAGAI PELAPIS KEPIMPINAN PKR. TAK PERLU CURIGA. BERFIKIRLAH DENGAN TULUS.

    ReplyDelete
  13. Apa lagi, lawan sajalah no 1 tu. Anda org pertama beri air percuma pd rakyat selangor dlm negara ini. Inshallah, tuhan melindungi anda.

    ReplyDelete
  14. Tak hbis2 kisah pkr merebut jwtn. Ni le punca keretakan dlm PH. Sy sokong DS Wan Azizah, sebgai TPM kuat bkerja sana sini membantu rakyat.

    ReplyDelete
  15. Tular berita hari ini yang mengatakan Presiden UMNO , DS Zahid Hamidi sedang mempertimbangkan cadangan aagr had umur untuk menjadi ahli UMNO di negara ini diturunkan kepada 16 tahun. Ia adalah sebagai persediaan awal dan respons kepaad cadangan yang dibuat oleh Kerajaan PH agar umur pengundi di Msia diturunkan kepada 18 tahun.

    Menutut DSZH, tidak ada salahnya untuk UMNO menurunkan had umur keahlian parti tu sebab had umur remaja di peringkat dunia ialah 15 tahun. Rakyat merasakan tindakan UMNO adalah sesuatu yang sangat2 baik lagi proaktif. Warga Msia wajar didedahkan kepada politik di peringkat awal sebagai persediaan untuk mereka mengambil alih tugas mentadbir negara apabila tiba masanya. Apatah lagi bagi orang melayu, semangat cinta agama , bangsa dan negara semakin terhakis dari jiwa mereka. Pastinya dengan menjadi menjadi ahli parti UMNO di usia muda seperti ini...mereka dapat dipupuk dengan semangat patriotik dan cinta negara. Dengan menghayati perjuangan tokoh2 leluhur dalam UMNO, mereka dapat didik dengan sikap2 positif seperti berani, bertanggungjawab dan tidak mengenal erti kalah dalam perjuangan menegakkan kebenaran, menentang kebatilan... yang semakin berkembang subur sejak kerajaan Era baru ni mengambil alih tampuk pemerintahan. Semoga cadangan bernas oleh DSZH ni menjadi kenyataan demi kelangsungan bani Melayu tercinta di negara ini.



    ReplyDelete
  16. Ahli2 PKR melihat peluang Rafizi untuk menang dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR adalah agak cerah. Dia dilihat mendapat restu kuat dari ketua umum PKR dan juga dari presiden, Kak Wan. Bukan itu saja, ada bebeapa orang heavyweight PKR kini dilihat berada dalam kem Rafizi..dan dah tentu ini memberi signal yang cukup2 tidak bauk kepada kartel Azmin...atau sesapa saja yang bertanding jawatan tu.

    Beberapa nama dispekulasikan berada dalam kem Rafizi termasuklah rakan sejawatnya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar. Nurul Izzah, yang pernah bersama Rafizi dalam pasukan sama pada pemilihan PKR 2014, dijangka akan mempertahankan jawatan naib presiden.

    Nama lain yang turut dikaitkan berada dalam kem Rafizi adalah Anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, Anggota Parlimen Selayang William Leong dan Anggota Parlimen Sungai Siput S Kesavan. Menurut sumber, ketiga-tiga nama ini juga dijangka bertanding jawatan naib presiden. Dua lagi nama yang turut dispekulasikan berada dalam kem Rafizi ialah Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga Rodziah Ismail.

    Rafizi juga dijangka akan membuat road show ke seluruh negara untuk bertemu ahli2 akar umbi PKR untuk menerangkan kepada mereka kenapa beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden tersebut. Ini dah tentu ada kaitan dengan grand design DSAI yang hendak mencantas pengaruh Tun dalam PKR melalui proksinya Azmin. Selagi Azmin dibiarkan memegang jawatan penting dalam PKR..selagi tu lah DSAI tidak akan tenang untuk mengatur strategi selanjutnya demi memastikan PM ke 8 menjadi milik DSAI. DSAI khuatir segala perancangannya tersebut akan dibocorkan oleh Azmin andaikata dibincangkan di peringkat majlis tertinggi PKR.

    Kini...DSAI menganggap Azmin dan kartelnya sebagai pariah dalam PKR. Mereka tidak seharusnya mendapat kepercayaan dalam kalangan ahli2 PKR untuk menduduki sebarang jawatan penting parti. Dah tentu lah, pemilihan parti kali ini adalah medan terbaik untuk kartel Azmin dihapuskan sehingga ke akar umbi..once and for all.

    Ada satu peribahasa cina yang mengatakan..Jangan sekali2 memaksa seekor harimau yang luka hingga ke dinding, kelaak ia aakn melawan balik sekuat hati..dan itu lah yang bakal berlaku kepada DSAI jika dia terus memandang rendah kemampuan kartel Azmin untuk mempertahankan diri. Tak mustahil...Kartel Azmin akan melawan semula dengan segala semangat dan kekuatan yang ada pada mereka. Ini pastinya akan memberi pukulan maut pada DSAI dan teamnya yang mungkin kini terbuai dengan kemenangan yang bakal memihak kepada mereka.

    Betul lah perpatah melayu lama tu...air tenang jangan disangka tiada buaya..bukan setakat buaya jolong2...tapi dikhuatiri buaya tembaga pun banyak. Salah2 menjulurkan kaki...ngap..kena sentap dengan mereka. Berpada2lah DSAI...takut2 kena ngap dengan kartel Azmin pulak nanti !!!

    ReplyDelete
  17. Tidaklah perlu tunggu samada Anwar bersungguh atau tidak menyokong Rafizi bertanding Timbalan Presiden, kerana kalau bukan isyarat Anwar, Rafizi tidak akan menyondol ke jawatan tersebut.

    Persoalannya siapa calon Timbalan Presiden yang layak untuk berganding dengan Azmin jika bertanding Presiden.

    Calon yang layak adalah Saifudin tetapi sudah pasti bersama Nurul dan Tian Chua di kem Anwar.

    ReplyDelete
  18. Kengkawan semua ..mohon lari sikit dari tajuk posting Buddin, tapi ada kaitan dengan PKR jugak.

    Pakatan Harapan (PH) perlu menang besar pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis 4 Ogos ini demi meneruskan kesinambungan agenda pembangunan negara, khususnya di Selangor, kata Ketua Armada Parti BERSATU, Syed Saddiq Abdul Rahman.

    Beliau berkata sekiranya PH tidak menang besar, ia memberi isyarat bahawa Umno dan PAS akan bergabung menentang PH pada pilihan raya umum akan datang.

    “Keputusan PRK ini akan menjadi keputusan sangat unik kerana PAS dan Umno sedang ‘test market’ (menguji situasi semasa) di mana mereka tidak mahu adakan pertandingan 3 penjuru.

    “Kalau kita (PH) tidak berjaya menang besar, besar kemungkinan ini dijadikan isyarat bahawa kedua-dua parti itu akan bergabung berentap dengan PH dalam PRU akan datang,” katanya.

    Nak menang besar itu ok lah. Tapi apa manifesto yang boleh mendorong rakyat untuk menyokong Pakatan Harapan? Nak turun harga minyak kepada RM1.50 ke? Atau nak hapus tol?

    Atau PAKATAN HARAPAN nak KENCING lagi rakyat?



    Saya melihat dan meneliti ceramah-ceramah kedua-dua pihak. Ceramah daripada BN dan Lokman Adam nampak begitu agresif dan mereka menawar satu alternatif selepas mereka ditolak oleh rakyat dalam PRU-14 lalu. Ada isu yang di bawa dan ternyata dekat di hati warga Sg. Kandis.

    Antaranya ialah harga Petrol, pengiktirafan UEC, Harga barang, Agama Islam, Bahasa Melayu, PTPTN dan Zakir Naik. Isu2 ni dilihat sebagai ketidak mampuan kerajaan PH untuk diselesaikan secara tuntas.

    Ceramah-ceramah calon PKR, Zawawi nampak hambar, tak ada isu dan nampak tak ada kesamaan pakatan antara PKR dengan BERSATU, AMANAH dan DAP. Tiada isu rakyat yang dibangkitkan sekadar menyerang PAS.... sedangkan PAS tak bertanding dalam PRK kali ini.

    Isu PAS sokong UMNO dan nak UG dengan UMNO/BN masih dimainkan sedangkan mereka telah dimalukan dalam parlimen kerana tak boleh bukti tuduhan PAS terima wang RM90 juta setelah mereka menjadi kerajaan dan berkuasa.

    Ternyata kempen PAKATAN HARAPAN, khususnya calon PKR ni sangat memalukan dalam kempen PRK kali ini....dan tidak mustahil akan berlaku upset yang pasti memalukan PH, khususnya PKR. Cakap2 ahli PKR di Sg. Kandis yang nak sabotaj calon mereka sendiri kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan calon semkin rancak kedengaran. Malah ada yang berani mengatakan... PRK kali ini adalah pra pertembungan diantara kartel Azmin dengan team DSAI..memandangkan calon PKR kali ini adalah dari team DSAI dan mengenepikan calon dari kartel Azmin yang lebih disukai oleh warga Sg. Kandis.

    ReplyDelete
  19. Seperti biasa, mula2 masuk, aku komen di atas tajuk pos.

    Lepas itu, kali ini sori Budin, nak off-topic, geram tengok soalan ini di keluarkan atau di bentuk dengan tujuan jahat atau tak sempurna sama ada dek Malaysiakini atau Dr MOHD HAZMI MOHD RUSLI pensyarah kanan di Universiti Sains Islam Malaysia dan profesor pelawat di Sekolah Undang-undang, Far Eastern Federal University, Vladivostok, Rusia.

    Kepala Bapak Dia (pinjam kata2 Najib) atau Malaysiakini yang memilih tajuk rencana itu - "Melayu kaum pendatang di Tanah Melayu?".

    Ini yang di tulis nya (extrak), komen aku dalam bracket:

    Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan bahawa hak-hak istimewa bagi orang-orang Melayu di Malaysia, yang merupakan kaum bumiputera di negara ini, akan dilindungi sewajarnya.

    Terdapat segolongan kecil rakyat Malaysia yang memperkatakan bahawa orang-orang Melayu bukanlah orang asal di negara ini tetapi adalah pendatang dari Indonesia. (Nasib lah dia kata "segolongn kecil", kalo tak, meletop ahli2 Persatuan Sejarah Melaysia yang telah keluarkan 2 buku menunjukkan Melayu berasal di Gugusan Pulau2 Melayu (the Malay Archipelago) 6,000 tahun dahulu dan telah merantau, keluar masuk dipulau2 itu, termasuk Sememnanjong Tanah Melayu.

    (Buku2 nya ia lah: 1. Tamadun Alam Melayu 2. The Malay Civilization, boleh di dapati di Wisma ejarah, depan IJN, Jalan Tun Razak, KL.)

    Malah, seorang tokoh politik DAP, Chong Eng, juga pernah mengatakan pada tahun 2011 bahawa masyarakat Melayu di Malaysia adalah pendatang dari Indonesia.

    (Bodoh nya dia menyebut "tokoh politik", konon. "Tokoh politik" apa macam itu - buta sejarah, kemungkinn besar dia keturunan "ultra kiasu, ungrateful ingrate coolies pendatang", tak reti terima kasih kapada Melayu yang sudah persetujukan hak kerakyatan depa dimasa Merdeka.)

    ReplyDelete