Sunday, 15 July 2018

KEGAGALAN PERTAMA ZAHID HAMIDI YANG MEMUNGKINKAN LEBIH BANYAK KEGAGALAN LAIN DI MASA DEPAN


Sedari awal lagi, sebaik saja nama bekas Peguam Negara, Apandi Ali tersenarai sebagai salah seorang Ahli MT UMNO yang dilantik, ramai yang memberi reaksi dengan menggelengkan kepala masing-masing.


Sepantas itu kemudiannya media sosial sarat dengan luahan kekecewaan, tidak setuju serta marah oleh ahli dan penyokong UMNO sendiri dengan pilihan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Zahid Hamidi itu.


Malah, langsung tidak ada yang memberi pujian kepada perlantikan Apandi itu atau mengatakan ia sebagai pilihan tepat yang dirasakan mampu memberi sumbangan ke arah memperkuatkan UMNO setelah kehilangan kuasanya pada pilihanraya 9 Mei lalu.


Secara mudahnya, Apandi dengan  beberapa keputusannya dalam membersihkan nama Najib Razak sebagai Peguam Negara dalam skandal 1MDB sebelum ini, ia adalah tindakan yang dilihat tidak berwibawa dan tidak disenangi oleh ahli-ahli UMNO.


Cuma, dulu mereka tidak berani bersuara kerana cengkaman "cash is king"  yang terlalu kuat diamalkan Najib. Kini, dengan rata-rata sedar Najib adalah punca utama kekalahan UMNO dan BN, mereka tidak mampu lagi untuk terus berdiam diri.


Di sudut yang lebih parah, perlantikan Apandi itu adalah juga bukti paling nyata tentang kegagalan serta tahap kemampuan Zahid Hamidi sebagai peneraju baru UMNO dalam usaha memulihkan parti tersebut.


Kenapa Zahid Hamidi begitu naif sehingga gagal melihat bahawa Apandi bukanlah sosok yang mampu memberi apa-apa sumbangan ke arah memperkuatkan UMNO?


Ini adalah kegagalan pertama yang tidak sepatutnya dilakukan oleh Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO yang sekaligus membayangkan lebih banyak kegagalan lagi akan terus dilakukannya selepas ini.


Lebih dari itu, penolakan Apandi sendiri terhadap lantikan tersebut dengan alasan bimbang keputusannya sebagai Peguam Negara sebelum ini memberi kesan negatif kepada parti, dengan sendirinya mengesahkan bahawa bekas Peguam Negara itu juga sedar dirinya adalah pilihan yang tidak baik dan salah buat UMNO.


Dengan salah membuat pilihan itu, meskipun ditolak beberapa jam kemudian oleh Apandi, majoriti perwakilan UMNO kini harus menyesali keputusan memenangkan Zahid Hamidi dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO, baru-baru ini.


Zahid Hamidi, seperti yang diketahui dan disedari oleh ramai mereka yang mengenalinya, beliau bukanlah pemimpin yang sesuai untuk menerajui UMNO ketika dalam keadaan susah, apalagi untuk memulihkan parti itu dengan keringat dan semangat perjuangan.


Beliau adalah sosok yang hanya sesuai ketika UMNO di era menang dan senang di mana percaturan dan senyumnya lebih mudah digunakan untuk menghidu pelbagai peluang perniagaan serta jawatan bagi dirinya sendiri.


Dengan isu perlantikan Apandi yang secara nyatanya memperlihatkan kegagalan Zahid Hamidi, sebagaimana yang sudah dijangka dan banyak ditulis sebelum ini, keberadaannya sebagai  Presiden UMNO tidak lebih merupakan suatu berita gembira buat Pakatan Harapan dan kerajaan baru pimpinan Tun Mahathir Mohamad.


Selagi UMNO dipimpin beliau yang mungkin lebih banyak lagi kegagalannya akan terus terserlah selepas ini, bersedialah untuk parti itu sekurang-kurangnya 15 tahun lagi menjadi pembangkang di negara ini. (ShahbudinHusin 15/07/2018)

44 comments:

  1. Replies
    1. Second, hehe

      Budin kata, "menggelengkan kepala masing-masing".

      Bukan saja mengeleng, bro, jugak mengetawakan hahaha hohoho hihihi.

      Mesti punya geram si mamat2 Najib membaca ini semua.

      Sori fellas, in politics, no such thing as friends.

      Delete
    2. Only convenient partners.

      Umno-PAS, kekadang convenient, kekadang tak.

      Nampak nya, RM90 juta pun tak convenient, hehe

      Delete
    3. Maka hendaklah barang sakalian faham akan duduk perkara itu sebenar. Ada pun Si Zahid yang berasal dari tanah Jawa Ponorogo itu tersangatlah bebal orangnya. Adapun diceriterakan orang bahawasanya selain dari bebal, perangainya juga dikatakan sangat perengus. Perihal dikisahkan orang pernah sekali ditampar dan ditumbuknya sesorang lelaki yang menggagahi anak perempuan jandanya sehingga juling mata akan si ken
      dak anakanda beliau.

      Adapun kerja sehari- hari Jahid Ponorogo sebelum kehilangan kerajaan adalah memungut hasil penat lelah orang Bangladesh jua adanya... maka terlalu banyak lah uwang pemerasan ke atas rakyat Bangla seumpama hamba abdi juga diperlakukan mereka itu..... dikisahkan orang uwang di dalam simpanan isterinya saja ada setengah biliun manakala di dalam tabung anakandanya pula hampir satu biliun.


      Adapun uwang yang banyak itu tidaklah dapat jua mengubati akan kedunguan dan kebebalan yang ada. Maka dilantiknya orang yang lebih dungu dan bebal sebagai juak pengampu seperti Tuan Apandi Ali itu sebagai punahsihat. Harapannya semoga dia kelihatan sedikit cerdik berbanding Lokman Adam adanya....

      Sekian menurut yang ampunya cerita....

      Delete
    4. Wah, ini Tun Sri Lanang Sejarah Melayu punya cerita ni, bang.

      Ha nya tidak sebut kisah Hang Tuah masa dia bertarung bersilat dinegeri Jawa.

      Tapi yang punya berbilion itu bukan budaya Melayu, tak masuk dalam Sejarah Melayu.

      Gamak nya pengaruh Raden Bahar (asal Jawa) yang jadi Sultan Johor diJohor Lama, selepas gerago Portugis serang dan tawan Melaka beratus tahun dulu.

      Ada direkod Muzium Johor Lama ditempat Kerajaan Johor lama dihulu Sungai Johor dekat Kota Tinggi.

      Nampak nya wong Jowo pun boleh tuntut negara ini? Perlu ditulis Sejarah Melayu sekali lagi?

      Delete
    5. Hal Raden Bahar menjadi Sultan di Johor Lama ini tentu menyenangkan hati Zahid.

      Tapi tidak tahu lah jika dia tahu aspek sejarah Melayu itu.

      Delete
    6. Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.
      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.
      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.

      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.

      Delete
  2. lagi mudah di tanam lepas ini

    ReplyDelete
  3. Tujuan zaid komidi melantik pandi kerna nak menjahanamkan lagi parti keramat melayu yang bernama umno. Pandi dengan bangga mengatakan macam ikan balik kelubuk. Bila dikecam oleh masyarakat, pandi buat u turn, dengan menolak pelantikkan MT tersebut.....ini kah bekas AG yang najib lantik mempunyai intergiti bergini?

    ReplyDelete
  4. BERANI BERKATA APANDI BOHONG 38
    26 Jul 2017 | Legal

    1. Ada komen bahawa saya tahu isi kandungan laporan-laporan oleh Bank Negara, MACC dan Auditor General kepada Apandi. Ya. Saya tahu. Saya memang tahu.



    2. Saya tahu isi kandungan laporan Bank Negara kerana A.G. Gani Patail telah menunjuk laporan itu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa dia masih menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dalam ucapan Muhyiddin sebagai Presiden PPBM, dia sering menyebut berkenaan laporan-laporan yang ditunjuk kepadanya oleh A.G. semasa A.G. belum dipecat oleh PM. Dan kepimpinan PPBM, termasuk saya telah bincang laporan-laporan ini. Sebab itu saya tahu. Saya tidak akan cabar Apandi bersumpah jika saya tidak tahu kandungan laporan. Saya tahu A.G. Apandi bohong, sebab itu ia letak laporan itu di bawah Akta Rahsia Rasmi.

    3. Kami tahu dan Tuhan lebih tahu. Jika berani bersumpahlah.


    4. Wang tidak boleh dipindah dari satu tuan punya kepada tuan punya yang lain tanpa surat menyurat. Wang berbillion bahkan bermillion pun tidak boleh disimpan sebagai wang tunai. Ia perlu disimpan dalam bank. Jika melalui bank, bank juga akan masuk dalam buku akaunnya semua butir-butir berkenaan tuan punya, jumlah, matawang, haribulan, cek, bahkan kedudukan kewangan dan punca kekayaan orang yang menderma, atau membayar, atau membeli. Juga akan disebut nama penerima, haribulan, dan segala transaksi yang melibat wang berkenaan. Tidak mungkin wang tunai sebanyak itu diguna. Semua transaksi mengguna cek. Dan segala-galanya ditulis dalam cek berkenaan, dan buku akaun bank.

    5. Satu surat dari pemilik asal tidak mencukupi. Siapa sahaja boleh tulis surat seperti ini. Dokumen-dokumen lain perlu ditunjuk sebagai bukti kebenaran kenyataan kedua-dua pihak, pemilik, penerima, bank yang mengeluar dan bank yang menerima. Setakat ini dokumen-dokumen ini tidak ditunjuk sebagai bukti.

    6. Sesungguhnya pemidahan wang yang begitu banyak perlu direkod dalam berjela-jela kertas. Paper trail memang ada untuk pihak berkuasa menyelidiki akan kebenaran dakwaan oleh mana-mana pihak. Orang lain juga boleh mendapat maklumat jika mereka membuat kajian.

    7. Tetapi dalam kes US$681 million bersamaan RM2.6 billion yang ada dalam akaun Najib di Ambank, selain dari kononnya pengakuan oleh penderma Arab, tidak ada dokumen lain untuk bukti kesahihan pemindahan wang yang begitu banyak kepada Najib. Kita juga perlu diberitahu bagaimana duit ini diperolehi oleh Arab kaya ini. Tentulah ia memiliki jauh lebih banyak dari duit yang diberi. Cakap mulut Arab, Najib dan A.G. tidak cukup untuk menyakini mahkamah atau orang ramai berkenaan punca USD 681 million yang masuk dalam akaun Najib. Juga bahagian yang kononnya dikeluar.

    8. Sebaliknya Dept. Of Justice Amerika Syarikat memberi keterangan yang cukup berkenaan dengan pengaliran wang dari 1MDB kepada beberapa syarikat dan bank di Cayman Island, British Virgin Islands, Singapura dan akhirnya ke dalam akaun Najib di Ambank yang kemudian melalui beberapa bank dan syarikat kepada Jho Low. Jika DoJ membohong, samanlah jabatan ini. Tetapi Apandi atau Najib tidak saman walaupun tuduhan itu kena pada batang hidung mereka.

    9. Jikalau Apandi tidak tahu semua ini ia patut berhenti dari jadi Pendakwa Raya (AG). Bahawa dia masih pegang jawatan penting ini ialah kerana dia melindung dan dilindungi oleh Najib.

    10. Sesungguhnya satu lagi Royal Commission of Inquiry perlu diadakan untuk selidik kes ini. Jikalau isu tiga puluh tahun dahulu perlu disiasat kenapakah jenayah terkini disembunyi.

    11. Berani kerana benar. Jika takut menubuh RCI untuk ini, sebabnya tentulah kerana salah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak usah harap lah depa nak tubuh RCI on their follies.

      Bukan tak berani, ha nya bola depa dah kena pegang. Kalo Najib, di pegang Mak Badak.

      Depa tau, kalo aibkan orang2 PH, sekarang PH merintah, senang boleh aibkan depa.

      Bukan main2 - Pandi pun givap lantikan MKT.

      Delete

  5. "Apandi ..membersihkan nama Najib Razak sebagai Peguam Negara dalam skandal 1MDB sebelum ini, ia adalah tindakan yang dilihat tidak berwibawa dan tidak disenangi oleh ahli-ahli UMNO."

    Diketawakan depa diseluruh dunia yang baca skandal 1MDB, beb.

    Malaysia dapat imej sebagai Banana Republik atau central African state.

    Amat ngang punya Pandi. Wak Jahit pulak nak agong2kan. Double ngang.

    ReplyDelete
  6. Bro Isa terbaik komen
    Bijan ke Pandi.."you're my friend"
    Menyokong Bijan,oh bukan main
    Kini siaplah, kerajaan dah lain!

    Mat Sengeh banyak buat silap
    Katanya dah jumpa 'penderma Arab'
    Semua dibuat nak cover songlap
    Nak pimpin negara janganlah harap!

    Dulu masa pru empatbelas
    Satu ngo tanggungjawab galas
    Kumpul ic habuan dibalas
    Bantu si Sengeh tersangat jelas!

    Pernah di bank jadi Pengerusi
    Kaya raya wang berpeti
    Politik wang senang nak kasi
    Pada negara konon berbakti!

    Yang paling ketara Tun dihina
    "bin Iskandar Kutty" dia mendakwa
    Mintak bukti entah ke mana
    Mungkin bukti di kampungnya, Jawa!

    Boleh ke dia pulak tunjukkan
    Tempat asal kampung dan pekan
    Lahir di mana cerita sakan
    Rakyat nak tahu bohong ke bukan!


    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantun terbaik, Sdr Fan Tun.

      Sekarang Wak Jahid bertelagah dengan KJ Kerry Okspod puak Double ee mcm Azees ex-Tabung Haji.

      Delete
    2. Pantun bermutu begitu lah yang bikin saya percaya blog Shahbudin ini dibaca depa digomen jugak.

      Apa tah lagi depa Pembangkang yang nak tahu berapa sengit nya depa kena balon disini. Oleh Sdr Shahbudin dan kita peserta pro-PH.

      Bukan saja in prose, jugak in verse, poetry.

      Gua puji bukan sebab ada sebut nama gua. Pahal pun Isa ha nya lah nama blogging gua. Nak tahu nama penuh gua, kena bayar RM90 juta. Gua tidak korapsi, ha nya business-minded, hehe.

      Delete
    3. Terbaik bro fan tun..

      Bro isa, kalau dipuji pun memang patut
      Madah bro fan tun, memang ada class, bahasanya santai penuh bermakna
      Tapi dulu ada seekor langau yang terperasan pantunnya bagus dan suka mencarut
      Bila tumbangnya BN, mamat tu pun terbang hilang ntah kemana..

      Pembaharuan akan berlaku jika orang dahulu
      Melepaskan pucuk pimpinan pada muka yang baru
      Bukannya masih muka yang lama, yang ahli tengok pun berbulu
      Dah kalah pun masih tak sedar diri, itu yang haru..

      Kalau cakap pun bunyinya angkuh
      Layakkah orang begini dijadikan contoh
      Hanya pandai mengambil peluang, menangguk di air yang keruh
      Agaknya sipenipu ni fikir, rakyat ni bodoh..

      Berceramah dengan menghina orang
      Memang dirinya menempah malang
      Walaupun kaya orang tak pandang
      Kerana akhlak buruk dan mulutnya busuk seperti longkang..




      Delete
    4. Kalau langau, terbang ke najis lah dia, Bang.

      Najis Najib. Kesian, dia sekor saja di sini. Paling tinggi 2-3 ekor puak dia.

      Tapi setuju bahawa yang asyik kopipes atas banyak nama itu sebenar nya sekor saja.

      Dia kena penyakit Multiple Personality Syndrome, MPS.

      Delete
  7. Xpe, wak jahit bolih ganti dgn abbot castello saorang lagi, khalid x pig(polis inspektor general).

    ReplyDelete
  8. PM sahkan bekas hakim speaker baru Dewan Rakyat
    Norman Goh
    15 Jul 2018, 9:41 pagi (Dikemaskini 15 Jul 2018, 10:19 pagi)

    A A
    Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Yusof dipilih sebagai speaker Dewan Rakyat yang baru.

    Ditemui pemberita selepas pertemuan dengan kerajaan Sarawak di Kuching hari ini, beliau berkata perkara itu akan diumumkan tak lama lagi.

    "(Speaker baru adalah) bekas hakim," katanya.

    Ketika ditanya adakah bekas hakim itu adalah Mohamad Ariff, Mahathir menjawab, "ya".

    Pada 11 Julai lalu, Malaysiakini melaporkan sumber berkata Mohamad Ariff mungkin dipilih selepas calon terdahulu Datuk Johari Abdul mencetuskan kontroversi ekoran kedudukannya sebagai ADUN Gurun.

    Mohd Ariff juga ketua jawatankuasa disiplin AMANAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bijak. Amat bijak. Keputusan Tun Mahathir.

      Walau pun gua sedih sikit sebab Rais Yatim tak dapat jawatan itu. Dia dah "bersedia" menjalankan tugas itu jika di pilih. Kot sebab dia lambat masuk PPBM, dia missed the post.

      Tapi nasib jugak lah bukan Lim Kit Siang. Gua tarak masalah dengan politik nya selepas PH jadi gomen. Tapi, sebab dia pernah di "halau dari dewan", kot kalo dia jadi Speaker, dia pun nak buat ruling mcm itu, hehe.

      Delete
    2. Rais lambat kerana sikap tunggu dan lihat PH menang dulu...tidak tegas...orang mcm ni tak sesuai diberi jawatan..

      Delete
    3. maaf kalu saya kata, banyak yg 'calculative' mcm ts rais ini.

      mereka tunggu sahingga 'd weather is clear' sebelum 'melompat'.

      elok pun dia tak d pilih utk menjadi speaker dewan.

      kita harus 'consistent'.

      'prinsip perjuangan tidak bolih d kompromi'.

      A rolling stone gathers no moss - Publilius Syrus.

      Delete
    4. Saya fikir pendirian Rais Yatim tidak begitu negatif kepada PH.

      Yang penting nya ia lah dia menentang arus diUmno/Bn tapi liat nak tinggalkan jawatan Penasihat sociobudaya - kalau tak silap jawatan nya.

      Saya minat dia sentiasa bertindak dan selalu memperingatkan semua orang supaya bertindak berdasarkan Perlembagaan negara. Berkenaan BM, contoh nya.

      Delete
  9. Imigresen: Jho Low guna nama sama pada pasport Saint Kitts dan Nevis

    Bernama
    15 Jul 2018, 8:28 pagi (Dikemaskini 15 Jul 2018, 8:30 pagi)

    A A
    Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai menggunakan nama yang sama pada pasport negara Saint Kitts and Nevis yang dimilikinya, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

    "Kita dapati beliau masih gunakan nama yang sama (Low Taek Jho) pada pasport itu," katanya.

    Katanya adalah menjadi satu kesalahan sekiranya seorang warganegara Malaysia memiliki dua pasport.

    "Di negara ini kita tidak mengamalkan dua kerakyatan, setiap rakyat mesti memiliki hanya satu kerakyatan dan satu pasport Malaysia," katanya kepada media selepas meninjau proses prapelepasan jemaah haji oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan pihak berkuasa Arab Saudi di Sepang semalam.

    Beliau berkata pihaknya terus menjalinkan kerjasama dengan dengan pihak berkuasa imigresen di seluruh dunia selain penglibatan pihak polis, interpol dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) dalam menjejaki Jho Low.

    Katanya, pasport Jho Low juga telah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen pada 15 Jun atas permintaan SPRM berhubung penyiasatan mereka terhadap skandal 1MDB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar khabar bahawa Jho Taek dah tukar rupa, buat operasi plastic surgery.

      Apa kah mungkin dia sekarang rupa serupa dengan Najib? Kalau begitu, tangkap Najib aje dua kali - sekali sebagai Jho Taek, hahaha.

      Delete
    2. Pohon MLA dgn FBI buat Special Ops style tangkap Equanimity diBali. Lagi pun JL yalah person of interest kpd kedua2 negara. St. Kitts and Nevis close to US byk US influence diCarribean dan byk radar beroperasi on drug cartels.

      Satu cara lagi engage professional bounty hunters berlambak diUS yg boleh track JL quickie for the right price. MP Kepong dah offer RM100K tapi kena up lagi lah USD500K-1M mungkin pro bounty hunters atau org dalam JL yg kena kencing mnat. Track location pinpoint , Special Ops swoop in.

      Kalau diterritories Cina: HK, Macau, Taiwan, Mainland Cina kena engage Robert Kuok dia influence dgn semua diaspora Cina dan sekutu President Xi. Kalau price ECRL doubleup kerana Najib markup utk JL, President Xi boleh kekal Project ECRL at reduced price dan forfeit JL kpd Malaysia.

      Yg panting search kena remove dari PDRM letak bawah 1MDB Task Force Hamid Bador. Bypass sakibaki proNajib cash is king. Boleh fikir outside the box sikit.

      Delete
    3. Sokong cadangan gunakan bounty hunters. Harap PDRM dan/atau SPRM buat begitu, gunakan duit yang dirampas atau dibeku diakaun sepolan2 berkenaan.

      Robert Kuok tidak boleh diharap sebab dia dilaporkan mengaku "twin footed", satu diChina.

      Tidak akan dia mahu dikengkangkan hingga kelengkang dia pecah!

      Delete
    4. Ko berak tahi apa ni cik indrana?

      Delete

    5. Sabelom indrana menjawab, saya ingin terjah sedikit dan menjawab bagi nya -

      Anon, kamu cium lah tahi dia tu. Kalau wangi, tulen lah tahi dia.

      Kalau busuk menaus, itu tahi Najib, Zahid dan puak nya lah.

      Kamu suka mencium tahi ke?

      Delete
  10. jgn marah jika saya katakana bahawa perkara yg sama ujud dlm PPBM.(there is a dearth of potential young leaders).

    Selain drpd tun m n 2 a certain extent ts muyid, saya tidak nampak kelibat 'capable n extraordinary leaders'.

    u take both of them away from d equation (especially tun m), PPBM n by extention PH wil disintegrate.

    bagi PH ada beberapa pemimpin2 muda ( saperti rafizi, nik nazmi, tony phua n chin tong, 2 name a few ) harus d beri peranan dlm kerajaan mulai sekarang.

    yg menggerunkan, saya baru mendpt maklum mengenai 'sexual orientation" yb syed sadiq, menteri belia n sukan . ( ada satu video yg sdg berlegar d kalangan anak2 muda).

    jika video itu benar, maka sesuatu yg drastik olih kerajaan (tun m) wajib d ambil utk mereda kan keadaan kerana impak berita ini d kalangan anak2 muda yg 'normal' wil b devastating.

    juga, jika ciri2 'bersih, pintar n cekap' (clean, clever n capable = 3C) tidak jadi kan panduan, maka saya khuatir hayat PPBM/PH tidak akan lama.

    wallahu'allam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kah dia jenis yang "that way inclined" jugak?

      Habis lah dia dan rosak lah imh PH jika begitu.

      Dia perlu diganti. Mengambil jenama "budak hingusan" dari KJ.

      Delete
    2. Nazmi, Rafizi dan yang seperti nya tidak dilantik menteri mungkin sebab tidak dipersetujui PKR sendiri (tidak dicalonkan Dr Wan Azizah sebab lain camp?), atau DAP atau lain lain parti komponen PH.

      Atau Tun ada "grand design" yang kita tidak nampak. Dari pandangan kasar, kalau mereka itu dijemaah menteri asyik bertentangan pandangan, susah juga. Sudah lah DAP dijangka selalu bertentangan pandangan dengan yang lain.

      Atau ada strategi berkaitan Bang Non.

      Delete
    3. Tahi apa yg ko berak kat sini cik indrana?

      Delete
    4. Sabelom indrana menjawab, saya ingin terjah sedikit dan menjawab bagi nya -

      Anon, kamu cium lah tahi dia tu. Kalau wangi, tulen lah tahi dia.

      Kalau busuk menaus, itu tahi Najib, Zahid dan puak nya lah.

      Kamu suka mencium tahi ke?

      Delete
  11. Baru kita nampak skrg kenapa ramai yg panggil dia Zahid komedi

    ReplyDelete
  12. punya la aku scrol ke bwah cari komen budak2 bijan.tak jumpe pn.diorg dh surrender ke

    ReplyDelete
  13. Sudah tentu lebih banyak yang tidak betul dibuat pemimpin Umno dimasa akan datang.

    Zahid mahukan unsur unsur keMelayuan walau pun dia darah Jawa dan minatkan Banglas, dan Khairy mahukan Umno dibuka kapada bukan Melayu, ada darah India (Mamak), berpendirian liberal dsb nya.

    Kelam kabut, lintang pukang dibuat mereka. Apa kah itu penting kepada kita? Penting, sebab mana tahu 50 tahun dari sekarang mereka menang PRU dan memerintah semula!

    Mahu tentukan yang memerintah itu Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. U are just another stupid racist. Racist tiada tempat di sisi manusia,agama dan Allah.
      Wahai Mat Zendut itulah yang diucapkan oleh umngok bersama dengan InsyaAllah. Tengok apa yang Allah balas,terkubur juga.
      Jadi jangan lah jadi bodoh racist. Kan yang memerintah tu umngok sebelum ini. Apa yang rakyat cakap? Umno dikutuk melayu tipu melayu dan PAS dikutuk penjual agama oleh rakyat melayu Islam sendiri. Jangan lah jadi budak kurang berpelajaran. Kita semua rakyat Malaysia. Kita nilai seseorang politikus mengikut komitmen,polisi,berbakti dan sebagainya kepada rakyat dan negara.
      Yang akan pasti dikutuk serendah rendahnya akhlak manusia ialah orang mcm kamu racist bahlol.

      Delete
    2. zenda 14:39 mat zendut tu kau. Msg di atas untuk kau. Kalau nama mat zendut tidak sesuai minta IC baru dari zahid komedi. Letak saja zenda a/l zendut. Racist pariah.

      Delete
  14. Bekas PM kesali sokongan 'madah berhelah' pada Umno

    15 Jul 2018, 1:22 tengahari (Dikemaskini 15 Jul 2018, 1:47 tengahari)

    A A
    Datuk Seri Najib Razak menasihati mana-mana anggota Umno yang enggan atau tidak berani berkorban mempertahankan pertubuhan itu supaya meninggalkan parti berkenaan dengan segera.

    Beliau yang sebelum ini menjadi presiden ketujuh Umno berkata parti itu tidak memerlukan individu yang berpaling tadah, atau menunjukkan kesetiaan apabila ia menguntungkan diri sendiri.

    "Kadang-kadang ada juga orang kita melaungkan kesetiaanya, tapi kesetiaan itu waktu kita berkuasa.

    "Apabila kita dah tak ada kuasa, bendera Umno dipijak-pijaknya.

    "Orang begini memang lebih baik dia keluar Umno. Kita hanya nak orang yang setia dan sanggup atau berani mati dalam Umno," katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian hari ini.

    Kata Najib, untuk golongan yang tersebut, sokongan mereka hanya diberikan ketika parti berada di tampuk kuasa, namun ia hilang sebaik sahaja pemimpin itu jatuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinggalkan le Umno tuh, kamu me'.

      Masuk Bersatu. Berduyun duyun.

      Najib pun dah tak suka korang. Pada hal dia yang buat keroje mencuri, menyamun duit 1MDB, dikeji rakyat hingga Umno/BN lingkup diPru14.

      Dahtu nak marah korang pulak. Apa korang nak tunggu lagi kalo dah camtu?

      Delete
  15. GN dan JL tengah mogok kot. Dah hampir tgh bulan ni...duit belum masuk lagi. Tak ada apa2 komen pun... biasanta meluru datang...siap kutuk2 budin lagiki hahahaha

    ReplyDelete
  16. Najib 'willing to bet' Harapan's fuel price promise a mere fairy tale

    But, has he any money to bet? Kupla Bapak kudut punya worang.

    ReplyDelete

  17. Hahaha, nyata mereka sudah bercelaru di Umno.

    Ini juga satu lagi ketidak serasi nya keputusan Zahid kepada ahli ahli Umno:

    Diarah ke Perlis, Khaled serah pada Zahid memberi pencerahan

    Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyerahkan kepada presidennya untuk menjelaskan rasional beliau dipilih menjadi pengerusi badan perhubungan parti itu di Perlis.

    Kata Mohamed Khaled pelantikannya ke jawatan itu mengundang banyak persoalan di kalangan pimpinan Umno Perlis.

    Menurutnya penjelasan itu sewajarnya dibuat secepat mungkin demi kepentingan Umno secara keseluruhan.

    "Harapan saya ialah pencerahan daripada presiden ini akan segera dapat dilakukan agar tidak tertangguh lagi usaha pembaharuan Umno pasca pilihan raya umum ke 14," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Semalam Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi mengumumkan senarai pengerusi badan perhubungan Umno negeri serta anggota lantikan Majlis Tertinggi (MT) Umno.

    Seperti biasa pelantikan itu menarik perhatian ramai atas pelbagai sebab. Pemilihan Mohamed Khaled mengetuai Umno Perlis adalah salah satu daripadanya.

    Untuk rekod Mohamed Khaled ialah bekas menteri besar Johor dan pernah dilantik sebagai pengerusi badan perhubungan Umno negeri berkenaan.

    Dalam persaingan merebut jawatan naib presiden Umno pada 30 Jun lalu beliau berada di kedudukan terakhir berbanding dua pemenang lain.

    Ada perancangan sendiri

    Di peringkat dalaman parti Mohamed Khaled dianggap lebih berani bersuara menongkah arus dan mendedahkan pernah "diserang" kerana membangkitkan isu 1MDB.

    Tempat Mohamed Khaled di Johor digantikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut Datuk Ir Hasni Mohammad.

    Perlis ialah negeri terkecil di Malaysia dan mempunyai tiga kerusi parlimen dan 15 DUN saja. Bagaimanapun selepas PRU ke-14 lalu Perlis menjadi negeri terakhir membuat pelantikan menteri besar serta barisan exco negeri.

    Sebelum ini badan perhubungan Umno Perlis diketuai Datuk Seri Shahidan Kassim.

    PRU ke-14 lalu menyaksikan Pakatan Harapan menawan Johor tetapi gagal mengatasi BN di Perlis.

    Kata Mohamed Khaled beliau menghargai kepercayaan yang diberi Ahmad Zahid untuk mengetui Umno Perlis.

    "Saya juga berharap dengan pengumumam perlantikan jawatan utama parti seperti yang telah diumumkan oleh presiden, kita semua dapat mula bekerja dengan segera untuk membangunkan semua wibawa Umno," katanya.

    (Mengapa Khaled tidak terus menjalankan kerja dan coba mengambil hati mereka yang merungut di Perlis? Kesian juga Ahmad Zahid, tidak dapat bantuan dari yang di lantik, yang patut gigih membantu nya.)

    ReplyDelete