Thursday, 7 June 2018

TUN MAHATHIR MULA "PASANG PAGAR", BN AKAN SEMAKIN SUKAR UNTUK BERKUASA SEMULA


Di sebalik rayuan Pemangku Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan ketegasan Pakatan Harapan Sarawak menolak sebarang bentuk kerjasama dengan PBB, Abang Johari Abang Haji Openg akhirnya tetap dengan keputusan membawa parti itu keluar meninggalkan BN.


Tindakan Presiden PBB ini hanya selangkah saja lagi untuk beliau membawa PBB bekerjasama secara rasmi dengan kerajaan Pusat pimpinan Tun Mahathir Mohamad, kalau pun barangkali untuk membawa parti yang ada 13 kerusi Parlimen itu menyertai Pakatan Harapan akan memerlukan lebih banyak masa lagi.


Meskipun ketika ini Pakatan Harapan Sarawak menolak sebarang bentuk kerjasama dengan PBB, khususnya kerana parti itu juga dikaitkan dengan Taib Mahmud ketika menjadi Ketua Menteri Sarawak dahulu, tetapi lama-kelamaan keperluan kepada kerjasama itu pasti sukar ditolak.

Harus diingat bahawa politik ialah “game of numbers” dan siapa yang lebih angkanya, maka dialah yang menang. Dalam keadaan sekarang, memang Pakatan Harapan sedang menguasai kerajaan dengan 122 kerusi berbanding BN yang ada hanya 79, Pas 18 dan Bebas 3, tetapi melakukan suatu usaha sehingga PBB keluar BN, ia adalah suatu tindakan politik yang bijaksana.


Dengan keluarnya PBB daripada BN, gabungan itu kini hanya tinggal  66 kerusi Parlimen saja lagi. Dari segi jumlah kerusi, PBB adalah komponen kedua terbesar selepas UMNO yang mempunyai 54 Ahli Parlimen.


Lebih daripada itu, ketiadaan PBB juga akan menambah-sukarkan lagi BN untuk kembali berkuasa dalam PRU15 akan datang.


Lebih parah lagi buat BN jika selepas ini semua parti komponen di Sawarak turut mengikut jejak langkah PBB itu.


Sebelum ini, berikutan BN hilang kuasa buat pertama kalinya dalam pilihanraya 9 Mei lalu, tiga parti di Sabah iaitu PBRS, UPKO dan LDP sudah pun mengumumkan keluar BN.


Tanpa sokongan daripada parti-parti di Sarawak, manakala Warisan sudah menjadi dominan di Sabah menenggelamkan UMNO, BN menjelang pilihanraya lima tahun akan datang bukan saja jadi semakin mengecil, bahkan akan dilihat sebagai gabungan yang hanya mewakili parti-parti Semenanjung semata-mata.

Dengan realiti seperti itu, lebih-lebih lagi jika kepimpinan UMNO dan BN selepas ini terus dibayangi serta dikaitkan dengan Najib Razak yang terpalit dengan skandal rasuah terbesar di dunia, harapan BN untuk kembali mendapat sokongan rakyat pasti saja ternampak lebih sukar.


Tidak kira siapa pun Presiden UMNO selepas ini, baik atau pun Zahid Hamidi Tengku Razaleigh Hamzah, BN tetap berada di laluan sukar penuh berduri.


Makna kata, kepantasan Tun Mahathir meyakinkan  Abang Johari untuk menjalin kerjasama dengan kerajaan Pakatan Harapan, seterusnya sehingga membawa keluar PBB meninggalkan BN, selain tindakan bijak, ia  juga memperlihatkan bagaimana Tun Mahathir sedang "memasang pagar"  untuk menghalang BN daripada kembali berkuasa semula.


Walaupun Tun Mahathir dijangka akan berundur dua tahun lagi untuk menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim, beliau nampaknya sedang mempersiapkan untuk Pakatan Harapan berkuasa dengan lebih lama lagi selepas ketiadaannya. (ShahbudinHusin 07/06/2018)

47 comments:

  1. Apa saja asalkan tidak jenis Najib lagi di negara ini.

    Taib? Claire Brown Sarawak Report akan berkerja keras lagi.

    Tun Mahathir sendiri dah sahkan Fake News Law akan di humban. Kita bebas mengkritik.

    ReplyDelete
    Replies

    1. UMBRELLA - RAMALAN KU BENAR BELAKA


      PERDANA MENTERI KE 8 - Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail

      TPM - Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin

      TUN AKAN BERUNDUR LEBIH AWAL DARI YANG DIJANGKA, dah letih dah...... IAITU SEBELUM..........

      Adakah DS Wan Azizah mampu?

      Tidak perlu risau kerana yang menggerakkan kerajaan Harapan adalah Ahli Majlis Kepemimpinan Tertinggi Pakatan Harapan yang dianggotai oleh empat rakan kongsi yang mempunyai kuasa setara. Keputusan adalah secara konsensus atau majoriti sekiranya konsensus tidak dicapai.

      PM hanya mengikut arahan yang diberi oleh AMKT serta melaksanakan apa yang dirancang. Dalam struktur PH selepas Tun memulihkan kembali negara, PM sudah tiada kuasa seperti dulu.

      Betui ka......saja main-main agak......jangan percayalah.....kalau anda marah maksudnya anda percaya....

      Kawallah sikit perasaan tu....

      DS Anwar tetap...tetap...jadi PM ke 8, jangan marah.....

      Van Jenazah cantik
      Bunga Mawar kembang
      Wan Azizah cantik
      Bang Anwar bimbang

      Delete
    2. Fauziasmara.....saya percaya 51% ramalan nujum kamu....he....he....
      Saya teringat seorang nama pelik spt kamu sewaktu saya sek Besut dulu. Nama Nainoorasmara.....he...he....sedara awak kot...(gurau....jgn marah)
      Selamat Berpuasa.

      Delete
  2. Benda busuk tinggalkan atau buang saja.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh, Bang. The ideal does not exist. No such thing as utopia.

      Kalu kita pilih yang wangi saja, takkan nak kasi lain orang yang bususk aje.

      Mesti ada wangi busuk di mana mana pun. Hidu yang wangi, godam yang busuk. Balon depa yang buat busuk.

      Delete
    2. yg tersepit dilepaskan..
      nnt yg si tersepit gigit yg melepaskan..
      hmm.. itu lah turn..

      Delete
  3. TunM sentiasa berhati hati pada PKR
    PKR + UMNO +PAS mula sukar
    Percaturan Anwar menemui jalan buntu
    TunM the lagend

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuat kamu bekerja untuk UMNO BN ya, tuan. Kerja kamu adalah melaga-lagakan DSAI dan Tun Dr. M. Hentikanlah perangai buruk tu. Tak usahlah kamu nak menyamar menjadi penyokong Tun Dr. M. Bau orang seperti kamu kami kenal sangat. Woi, baik kamu pergi jaga BN yang makin nak karam tu. Pergi cepat. Tak payah dan membatu api di sini.

      Delete
    2. Kasi bkti "melaga laga". Kasi penerangan mcm mana melaga laga.

      Semua orang mesti boleh keluarkan pendapat. Yg nuduh aje tak bagus. Di kedua dua pihak.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Kamu tak nampakkah unsur mewlaga-lagakan DSAI dan TDM di atas tu? Tak nampak atau sengaja buat tak namoak?

      Delete
    5. Umno bkn nak Karam,tp dh karma pn.
      Tinggal sikit masa lagi nak jadi tukun.

      Delete
  4. Salam.kalau Benda Yg mendatangkan kebaikkan pada negara, tak Salah kalau nak buat.. Tapi diharap tapis dulu sesiapa Yg nak menyertai PH. Kerana melawan rasuah merupakan tujuan rakyat tumbangkan BN. Kalau semua Dah clear buat lah. Cuma diharap Tiada Yg lompat tu Cuma utk menyelamat kan diri saja. Cuma pandangan peribadi saya saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budaya katak lompat tak bagus. Philippines dah ada gejala katak lompat 50 tahun dulu. Berkecai masyarakat depa. Penuh dgn korapsi.

      Harap jangn ada cakap 16 September melalui katak lompat lagi.

      Delete
  5. Sekarang sudah terjawab satu lagi doa mereka. Rupa2nya gabungan yg mrk pohon spy dhancurkan Tuhan adalah gabungan mereka. Satu demi satu parti mula meninggalkan umno. Tak lama lagi umno akan terkontang kanting ke sana ke mari tanpa ada sesiapa yg peduli. Selepas itu umno dipersilakan untuk meninggal.

    ReplyDelete
  6. Rakyat yang waras hanya nak ingatkan PBB satu perkara aje...jangan terlalu mengharap pada 'pagar' tu, bukan apa2 takut2 'pagar' tu yang yang makan padi nanti ...takke haru namanya tu !!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa2nya ada tujuan Tun M mainkan peranan agar PBB meninggalkan BN...dia dah standby kalau DSAI bawa PKR bergabung dengan UMNO dan Pas...tapi dah tentu DSAI dah terhidu taktik Tun ni, dia pasti dah ada strategi untuk meneutralisekan keadaan...Otai lama lah katakan. Kita tunggu aje lah apa bentuk rentak permainan yang bakal ditunjukkan oleh depa berdua...rasa2nya DSAI lebih cekap dalam hal ni !!!!!

      Delete
    2. Rakyat yang waras tak boleh bayangkan bagaimana gandingan 3 tokoh prolifik politik negara bergabung nanti..DSAI, TG Razaleigh dan TGHH, dah pasti bergoncang dan bergegar lah persada politik Msia....pasti tak tidur lena Tun M dan pimpinan DAP, BERSATU dan Amanah nanti !!!!!!

      Delete
    3. TRH dan umno is history. TGHH seorang kaki u turn. Cakap pagi petang tak pakai. Cakap petang, pagi dah lain. DSAI pelakun filem Tamil. Dialog kosong dan aksi dipentas tidak memikat rakyat yg kini lebih matang dari 20 tahun lepas.

      Delete
    4. Oii mamat gn lebih baik ko pi nanam sayur kat kebun ko dr ko menceceh pasal gabungan yg ntah apa2 tu..umnobn buah hati ko tu dah cerai berai bagai bhai..kawan kita atas tu kata dpersila meninggal..hahahagondorowonatang...

      Delete
    5. Tak tau pulak Hospital Bahagia benarkan pesakit dema bernama Geng Najib ni meghaban kat media sosial. Kita kesian kat mamat ni sebab macam-macam teori tak masuk akal kesan meghoyan apabila BN kalah hari tu. Takpelah. Meghoyanlah aok puas-puas kat sini. Segala teori konspirasi aok akan terbukti SALAH dulu, kini dan selamanya.

      Delete
  7. Ramai juga batu api dalam blog Shahbudin ini, ya. Tak usahlah nak menyamar. Baik kamu semua (yang berkenaan tu) pergi tolong kapal BN/UMNO yang dah nak tenggelam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batu api amende? Ckp terang2 le. siapa ckp apa buat apa yang di katakan batu api. Supaya semua tahu. Tak setuju, boleh debat.

      Atuk aku kata itu demokrasi. Aku tak jumpa pun atuk aku

      Delete
    2. Biar mereka bertelagah org dh tahu itu org umno.

      Delete
  8. MCA mempersoalkan janji Pakatan Harapan (PH) untuk berlaku adil kepada semua Ahli Parlimen selepas menerima peruntukan yang berbeza dengan Ahli Parlimen kerajaan.

    Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata peruntukan yang diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak sampai pun 50% daripada yang diterima Ahli Parlimen kerajaan.

    “Dengan hujah dan nada yang sama, kita ingin tanya balik Ahli Parlimen PH, terutamanya daripada DAP, yang semasa berkempen dulu berjanji untuk berlaku adil kepada semua Ahli Parlimen.

    “Rakyat di Ayer Hitam, Cameron Highlands, Kota Bharu, Mersing dan lain-lain kawasan tak bayar cukai ke? Atau pun bayar cukai separuh saja?” katanya kepada FMT.

    Semalam, kerajaan mengumumkan akan menyalurkan RM100,000 kepada Ahli Parlimen daripada parti lawan untuk kegunaan sebagai wakil rakyat kawasan masing-masing.

    Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri kali ke-3.

    Beliau berkata jumlah peruntukan yang disalurkan itu tidak sama dengan jumlah peruntukan untuk Ahli Parlimen kerajaan.

    Katanya Ahli Parlimen kerajaan akan menerima RM500,000 dan peruntukan itu akan disalurkan sebelum Aidilfitri.

    Wee yang merupakan Ahli Parlimen Ayer Hitam, bagaimanapun mengakui keputusan kerajaan PH memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang adalah dialu-alukan memandangkan ia tidak pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. - free malaysia today

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita warga Malaysia wajar menganggap ubn itu kesan sejarah. Disebut sekali sekala buat contoh bidalan saja. Selainnya anggap kisah mereka itu cerita cartoon yg terpisah dari alam nyata. Biarkan anjing menyalak.

      Delete
    2. The 'Three Mosquitos' (UMNO, MCA & MIC) are dying entities beyond any salvation due to the fact that.....

      UMNO - Unruly Mohd Najib Organization.
      MCA - Makes Chinese Angry.
      MIC - Makes Indian Crazy.

      Delete
    3. Apa bende MCA tu gang bang?
      MCA = Memantat Cibai Anjing
      Ke GN?
      Patut lh kuat menyalak.

      Delete
  9. Replies
    1. Rakyat nakmsarankan cai2 PH agar membeli ubat kat atas tu..ialah untuk mengubat kepala mereka yang dah semakin ting tong !!!!!!

      Keh..keh..keh...

      Delete
    2. Ko pun sama dah semakin tong ting tong..

      Delete
  10. geng najib, u should spend your time and energy to help umno. it is time for umno to focus on how to be an effective opposition, not thinking of next election.

    most of those umno suckers are still unable to accept reality! they are still cursing the malays that abandon umno and cause the defeat, but they failed to realize that the umno that help the malays has long gone! what ever left are those anal lickers and self serving parasites!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ada faedah melayan karenah anjing anjing peliharaan ubn. Selagi ada dedak mereka akan menyalak
      Al maklum anjing peliharaan.mkn tanggung berak cangkung. Sekolah tak habis tapi cakap tinggi.

      Delete
  11. HASUTAN : Polis Buka Kertas Siasatan Ke Atas A. Kadir Jasin
    Diterbitkan Belia Bangkit Pada 2:04:00 PTG


    POLIS mengesahkan Ketua Unit Media Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A. Kadir Jasin disiasat berhubung tulisan di blognya berhubung peruntukan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kertas siasatan telah dibuka mengikut Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.

    Katanya, polis telah menerima tiga laporan terhadap Ketua Media dan Komunikasi, Majlis Penasihat Kerajaan itu susulan artikel yang ditulis di dalam blog peribadinya

    “Kami menerima tiga laporan setakat ini dari Selangor dan Kelantan dan kertas siasatan sudahpun dibuka ke atas kes ini,”kata Fuzi seperti yang dipetik sebuah portal berita tempatan.

    Siasatan itu berhubung catatatan di blognya dalam bahasa Inggeris bertajuk “Constitution: The King and the Pauper” yang disiarkan pada Isnin lalu.

    Kadir malah mendakwa pihak kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM257 juta kepada Yang di-Pertuan Agong untuk 16 bulan sehingga April tahun ini.

    Menurutnya, purata RM16 juta sebulan dibelanjakan oleh pihak istana meliputi penyelenggaraan kediaman dan istana, barangan peribadi, pesawat dan pengangkutan, latihan dan peralatan pengiring, pakaian dan barangan upacara, hadiah dan cenderamata, lawatan luar negara dan gaji kakitangan istana.

    Bekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times Press itu bagaimanapun tidak menyatakan sumber maklumat berhubung perbelanjaan istana itu diperolehi. - SUMBER

    ReplyDelete
  12. PERSEDIAAN KE ARAH NEGARA REPUBLIK?

    Ini persediaan ke arah pembentukan Republik. Mereka cuba menggambarkan bahawa Institusi DiRaja ni sudah tidak lagi relevan dan hanya menghabiskan wang rakyat.

    Sampai masa yang sesuai institusi DiRaja Malaysia akan tunduk kepada tekanan puak2 yang Pro Republik ini.

    Sayang...masih ramai yang dibuai mimpi indah.😥

    Saya tak faham apa motif penyokong tegar Mahathir, Kadir Jasin yang juga Ketua Media dan Komunikasi Council of Elders “mendedahkan” jumlah perbelanjaan untuk Yang Dipertuan Agong.

    Angka yang didedahkan juga sangat meragukan tanpa butiran ke atas apa yang diperuntuk dan dibelanjakan.

    Saya ada nampak yang viralkan spreadsheet perbelanjaan untuk Agong, tapi saya rasa itu spreadsheet palsu untuk mencemarkan nama Agong mengambil peluang keadaan tegang di antara Istana Negara dengan Putrajaya di tengah-tengah isu perlantikan Peguam Negara yang baru.

    Peruntukan dan perbelanjaan kepada YDP Agong disenaraikan di dalam bajet tahunan kerajaan dan juga penyata kewangan kerajaan yang diaudit. Ada juga perincian ringkas bagi setiap item peruntukan yang ditetapkan.

    Contohnya bagi tahun 2017 dan 2018, kerajaan menganggarkan peruntukan sejumlah RM13.5 juta setahun bagi peruntukan perbelanjaan diraja bagi SPB YDP Agong dan RM1.5 juta untuk elaun-elaun diraja.

    Angka-angka ini jauh sekali dengan apa yang didedahkan Kadir Jasin dan penyokong kerajaan yang lain iaitu RM257 juta. Adakah Council of Elders mempunyai akses kepada “Fail Merah” yang memperincikan butiran perbelanjaan untuk YDP Agong dan disembunyikan daripada umum?

    Kadir Jasin perlu tunjukkan bukti dan sumber dia bukannya bergantung kepada satu spreadsheet yang tidak menyatakan sumber dan rujukannya.

    Motif Kadir Jasin mungkin mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa Agong bermewah-mewah menggunakan dana awam, mungkin dia mahu rakyat benci kepada Agong selepas isu perlantikan Peguam Negara tapi melemparkan angka perbelanjaan Agong seperti ini perlu disandarkan dengan bukti dan sumber.

    Yang ada rujukan adalah sumber Kementerian Kewangan. Adakah ini bermaksud angka Kementerian Kewangan tidak boleh dipercayai? Adakah Jabatan Audit Negara tidak mengaudit angka-angka ini? ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keh keh keh... Apa itu murka? Kata seorang pembesar umno.

      Delete
  13. kengkawan...Korang perasan tak dalam setiap Sidang Media selepas Mesyuarat Kabinet, Lim Guan Eng mesti kena ada sebelah Perdana Menteri. Sekejap sekejap berbisik. Selepas berbisik PM tukar topik. Apa sebenarnya yg berlaku? Siapa arah siapa?

    Yang pasti, Tun tidak lagi seperti dulu....... Tun yg cukup tegas dan dominan dalam apa jua yg dilakukannya kini seolah2 hanya menerima arahan dari orang lain aje berkaitan apa isu yang nak diperkatakannya !!!!!!....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Astagfirullah..sampai kesitu ko tembak beb..memang patutlh ko tong ting tong..hahahabanyak klentong

      Delete
    2. Hahahahaha.... Lawaknya GN.. Tapi aku rasa bisikan Kak Ros di katil lagi berkesan kot.

      Delete
  14. ISU WANG DERMA RM2.6 BIL... TAN SRI ZETTY SEBENARNYA TAHU HAL SEBENAR, MALAH BELIAU YANG CADANGKAN AGAR WANG TERSEBUT 'WIRED' TERUS KE AKAUN PERIBADI DS NAJIB... ISH... ISH... ISH...

    Melihat “Kertas Siasatan terhadap Najib Razak” yg disiapkan oleh KP SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pd tahun 2015, yg viral di FB dan whatsapp, jelas kita tahu yg kemasukan dana ke akaun DS NR adalah utk tujuan derma.

    Bersama-sama dikemukakan ialah surat drpd Saud Abdulaziz Majid Al-Saud, apabila diminta dokumen sokongan mengenai wire transfer kemasukan wang.

    Juga diketahui terdapat 4 tranche money trail iaitu drpd akaun peribadi Prince Faisal, akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi, akaun syarikat Blackstone dan Tanore.

    Wire transfer dibuat setelah merujuk kpd Gabenor BNM, Tan Sri Zeti. Dan siasatan juga mendedahkan bahawa Tan Sri Zeti sendiri yg mencadangkan supaya wire transfer dibuat terus ke akaun Ambank milik DS Najib Razak

    Dan yg paling penting, walaupun 2016 di mahkamah Singapura disebut akaun Tanore adalah didaftarkan oleh Eric Tan Kim Loong, siasatan SPRM awal-awal lg mendedahkan yg walaupun akaun tersebut diregister oleh Eric Tan, ianya adalah syarikat milikan keluarga Di Raja Arab Saudi dan Eric Tan bersama Jho Low merupakan lantikan keluarga Diraja Saudi sendiri utk bertindak sebagai wakil.

    Eric Tan dan Jho low juga disebut sebagai Trusted Associate kpd Keluarga Diraja Saudi. Perlu juga diingatkan bahawa yg maklumat ini disahkan oleh Keluarga Diraja Saudi lebih awal, pd 2015, lebih awal drpd prosiding mahkamah Singapura 2016.

    Sumber : Syed Agil Jamalullail

    ReplyDelete
  15. Seperti yang telah saya sebut berkali-kali dengan izin dan kehendak Allah Tun M akan menang semua pertempurannya.

    Pagar yang Tun mula pasang ini akan menyebabkan apa-apa usaha BN khususnya UmNo untuk berkuasa semula melalui pintu belakang menemui jalan buntu.

    Walaubagaimanapun, mereka akan terus mencuba tanpa menyedari bahawa percubaan demi percubaan mereka hanya akan membawa pertempuran di antara kebenaran melawan kebathilan mencapai klimaksnya, sehinggalah pada akhirnya yang bathil itu akan benar-benar lenyap.

    Hebat ayahanda Tun; biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambung sikit JD, bak kata bidalan leluhur, becik ketitik olo ketoro. Bagaimanapun dan apa cara pun, kebathilan itu pasti akan lenyap.

      Delete
  16. https://khairultheceo.wordpress.com/

    ReplyDelete
  17. https://khairultheceo.wordpress.com/formula-kaya/

    ReplyDelete
  18. kalu pru pangkah bn/pas jgn lah menyemak demand mcm2

    ReplyDelete
  19. MACC seeks Jho Low and Nik Faisal over SRC International probe

    The MACC has urged businessman Low Taek Jho and lawyer Nik Faisal Ariff Kamil to assist their investigations on SRC International Sdn Bhd.

    MACC described Nik Faisal as a director of SRC International...

    Apasal MACC ckp cara baik bebenor? "Seeks assistance"...

    Sebab belom cukup bukti ye? Belom boleh demand? Habaigh, depa yang crime suspects pun kena anggap depa mcm org yang di hormati ke?

    ReplyDelete