Thursday, 21 June 2018

BUAT SEMENTARA INI, KERAJAAN MESTI SEKAT MUSA SAFRI DAN RAZAK BAGINDA DARIPADA MENINGGALKAN NEGARA


Harapan kita untuk melihat kes pembunuhan Altantuya Sharibuu dibuka atau dibicarakan semula nampaknya semakin cerah dan hanya selangkah saja lagi menuju kebenaran dan keadilan.


Setelah bapa Altantuya bersama peguamnya, Ramkarpal Singh berjumpa dengan Peguam Negara, kemudian membuat laporan polis dan semalam bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang bersetuju kes itu dibuka semula, hakikatnya hanya masa saja yang menjadi penantian bilakah segala-galanya akan bermula.


Selepas ini, sebaik saja Peguam Negara mengarahkan kes dibuka semula, maka siasatan dan seterusnya perbicaraan akan segera berjalan. 


Di akhirnya, yang diharapkan ialah keadilan dapat ditegakkan dan siapa yang mengarahkan pembunuhan itu dapat dihukum dengan sewajarnya.

Dalam laporan polis yang dibuat oleh bapa Altantuya bersama Ramkarpal, mereka jelas menamakan Musa Safri, bekas ketua pengiring Najib Razak yang merupakan pegawai atasan kepada Azilah Hadri Umar dan Sirul Azhar, sebagai individu yang harus disiasat dan diambil keterangannya.


Dalam pembicaraan sebelum ini, pihak pendakwa mengatakan tiada keperluan untuk memanggil Musa Safri sebagai saksi, lantaran itu motif Altantuya dibunuh jadi tergantung dan misteri, meskipun kedua-dua anggota UTK yang menjadi pengawal Najib itu sudah dijatuhkan hukuman mati.


Hanya dengan memanggil Musa Safri ke kandang saksi saja dapat diketahui mengapa Azilah dan Sirul melakukan pembunuhan tersebut.


Adakah mereka diarahkan oleh Musa Safri untuk melakukan pembunuhan itu atau sebaliknya?


Jika arahan itu wujud, siapakah pula yang mengarahkan Musa Safri berbuat demikian?


Dalam kes berkaitan, Razak Baginda yang pernah dituduh bersubahat dan kemudian dibebaskan juga mesti dipanggil semula ke kandang saksi atau perbicaraan semula dilakukan terhadapnya.


Sebelum ini, apabila Razak Baginda dibebaskan, pihak pendakwa tidak mengemukakan rayuan sama sekali yang memberi gambaran pendakwa seolah-olah setuju dan berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu.


Apakah sebenarnya hubungan Razak Baginda dengan Altantuya?


Mengapakah pada malam sebelum kematiannya, Altantuya didapati datang mahu berjumpa Razak Baginda dan membuat kecoh di pintu pagar rumahnya?


Apakah yang dicarinya daripada Razak Baginda?

Untuk memastikan keadilan dan sama ada Najib atau sesiapa yang lain terlibat atau tidak dalam pembunuhan Altantuya atau apakah motif wanita Mongolia itu diletupkan dengan bom C4, Musa Safri dan Razak Baginda adalah dua individu sangat penting yang mesti dipastikan diambil keterangannya serta dibawa ke mahkamah.


Oleh kerana hanya faktor masa yang akan menentukan bilakah kes ini akan dibuka semula, buat sementara waktu ini pihak berkuasa seharusnya segera menyekat Musa Safri dan Razak Baginda daripada meninggalkan negara ini.


Mereka mesti dihalang daripada ke luar negara sepertimana langkah yang sudah diambil terhadap Najib, Rosmah, Arul Kanda, Irwan Siregar dan sederetan nama yang lain lagi.


Jangan sampai Musa Safri dan Razak Baginda lebih dulu lari ke luar negara sehingga akhirnya tak dapat dikesan seperti Musa Aman dan Jamal Md Yunos yang masih hilang sampai hari ini di mana akhirnya keadilan yang ingin dicari tergendala sekali lagi. (ShahbudinHusin 21/06/2018)

33 comments:

  1. Ramai yang menghilang. Yang jahat, watak tak senonoh, nak hilang, lantak lah. Good riddance.

    Tapi yang jenayah atau ada kaitan dengan jenayah, sebagai saksi atau apa sahaja, jangan kasi hilang. Ikat bola nya ke tiang bendol, kalo boleh.

    Gua pun rasa Musa Safri dan Razak Baginda tuh ada kaitah dengan pembunuhan Altantuya. Kesian bapak dia muka pun dah berkedut, kot amat sedih tak dapat "closure" kpd pembunuhan anak nya.

    Peguam Negara Thomas, sila tentukan ayah Altantuya dapat lihat pengadilan bagi mendiang anak nya. Itu minima yang kami rakyat tuntut.

    Motif lain kami ia lah untuk melihat jika proses pengadilan itu membawa kpd "the skirt chaser" (kata2 Tun Razak, spt di maklomkan).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapak Altantuya doktor. Ada duit untuk ke Malaysia coba dapatkan penyelesaian kematian anak dia.

      Yang takda upaya buat demikain, alang kah sedih nya.

      Terasa banyak berlaku di zaman Najib saje. Kemerosotan moral dan juga kekesanan proses kehakiman dan keadilan.

      Delete
  2. Kenapa pembukaan semula kes jenayah ini perlu mendapat persetujuan PM?...kes jenayah menjadi tanggongjawab AG untuk menegakkan keadilan kpd mangsa...

    Tugas kerajaan melantik AG yg berwibawa dan buang AG yg berat sebelah....

    Dari zaman Ghani Patail lagi kes ini tidak diberi keadilan kpd altonya... DSP Musa Safri orang yg sampaikan arahan kpd pembunuh upahan tidak disoal siasat

    Kalo mahu tegakkan keadilan Ghani Petail dan Ketua polis negara jugak patut di soalsiasat kenape beliau tidak arahkan polis siasat Musa safri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nya bukan membuka semula kes jenayah ini perlu mendapat persetujuan PM.

      Ha nya kebetulan, selepas membuat laporan Polis, depa semalam dapat bertemu dengan Tun Mahathir.

      Tun di katakan "setuju" kes itu dibuka semula ha nya sebagai reaksi depa jumpa dia. Bukan "meluluskan" nya.

      Delete
    2. betul tu bro. ag yg boleh check ada case atau takde to proceed. pm is legislative not executive.

      Delete
    3. Benar kkb..AG n KPN lepas..mereka pun main peranan yg mencurigakan..siasat jgn x siasat..membujur lalu melintang patah..

      X sabo bebenor bang Shah..kes makwa mongolia tèrzalim ni dbicara srmula..
      woii korang yg bersubahat jgn lari tau..lari pasti salahhahahaha..

      Delete
    4. Betul bro KBB. Ghani Patail perlu di soal siasat juga.

      Delete
  3. Imej polis malaysia telah tercemar...siasat 1 mdb bertahun tak pernah selesai....cari orang yg hilangkan diri tak jumpa2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, Muhyiddin pun dah kata "dukacita" dengan Polis dan Imigeresn, yang nak di rombak.

      Saya minat nak lihat rombakan nya. Mengarut sangat korapsi di dua badan Kerajaan itu.

      Delete
    2. memang kena siasat jugak ex igp. dah pencen boleh pulk dapat offer masuk glc. apa kebenda yg dia tau glc?

      dedak punya pasal..

      Delete
    3. Si jamal tu pun x dpt2..apacite..polis malaysia the best..hahahahahserupahantujugakahkahkahakakaa

      Delete
  4. kalau saya ada kuasa mungkin lebih drpd 1000 akans aya sekat drpd keluar Negara.

    ReplyDelete
  5. Perlu kembalikan maruah diri sendiri, maruah rakyat, maruah negara.

    Integriti. Makna besar kapada yang fahamkan nya. Tapi tidak di peduli Najib, Rosmah dan yang seakan nya. Memang perlu mereka di sumbat banyak tahun dalam penjara.

    Dalam pada itu, harap jenayah, korapsi, integriti dll ada di ajar di sekolah. Dalam perkara civics atau pengtahuan am. Secara basic sahaja memadai.

    Generasi akan datang mesti lebih baik dari sekarang. Kalau tidak, jahanam negara. Bermula dengan Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...integriti pihak penguatkuasa dan yg berkuasa di zaman najib telah merudum...yg berkuasa hanye melidongi pihak yg lebih tinggi kuasanye...

      Tanah felda tergadai dah senyap...banyak kes yg tak diketahui status...

      Delete
    2. Yes bro..back to basic..civic minded people..see how well behave they re..just throw their rubbish thru their car window along the highway and to a corrupted civilianct..with no guilt..as u say bro..back to school..indeed.

      Delete
  6. najib na lepas diri dia sekarang dia cakap bod dan managment 1mdb tipu dia.

    nanti apa pulak alasan dia, klu kena panggil dalam kes tantuya ni ek...

    ReplyDelete
  7. IGP: Altantuya murder to be re-investigated
    Faisal Asyraf | Published on Today 3:00 pm

    Police will re-open an investigation into the murder of Mongolian national Altantuya Shaaribuu, said inspector-general of police Mohamad Fuzi Harun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siasatan dah ade...cuma perlu soalsiasat musa safri untuk tentukan siapa dalang yg arahkan bunuh altonya....mengikut situl beliau terima arahan dari musa safri...kunci mencari dalang sebenar ade pada musa safri.

      Ketua pengarah imigresen perlu dipanggil untuk tahu siapa yg arahkan rekod kemasukan altonya dipadamkam..ketua polis negara dan Ghani petail mesti jugak di soal untuk tahu siapa yg arahkan musa safri tidak di soal siasat...mereka2 yg berkaitan surat akuan sumpah statutori PI Balasubramaniam mesti jugak disoalsiasat...

      Delete
    2. eerr nanti ada kepala albabi ckp musa safri ni pun baik dgn TUN kot...kalau ikut teori dia TUN yang ada skandal dgn toya.

      Delete
  8. CLUE! Siapa yg arahkan to delete kemasukkan altantuya di jabatan imegration?nama islam altantuya AMINA.
    Ada pegawai kastam ditembak mati oleh pembunuh upahan?
    Siapakah dia col.heryati yg ditugaskan untuk dptkan C4 dari kem tentera?


    APAKAH MOTIF PEMBUNUHAN?....CEMBURU???.

    Kedatangan altantuya hanyalah nak beritahu najib,perutnya dah 3bln berisi.....siapa sebenarnya BERKEPENTIGAN dgn kematian altantuya dgn segala bukti dlm perut hancur bekecai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang, minat nak tahu - tolong beri link atau pencerahan kpd mana mana maklumat yang di sebut itu.

      Example, delete nama Altantuya, Col Heryanti, 3 bulan berisi.

      Terima kasih.

      Delete
    2. okay tuan! saya dah lama dah give up dgn kes altantuya sejak 2006! bila asyik bn menang pilihanraya..
      kebanyakkan info di atas,saya ikut kes di mahkamah..
      yg pada asalnya zulkifly nordin salah saorng peguam bela razak baginda/sirul!bila perjalanan kes dah sampai climac tiba2 zulkifly nordin tarik diri..dgr cerita dia dpt dedak!
      kes-kes yg dipadamkan oleh hakim
      tak benarkan saksi penting musa safari dipanggil.
      gambar altantuya dinner dgn najib,disingapore yg dibawa oleh kenalan/saudara altantuya tak dibenarkan jadi saksi..
      col heryati dari tentera yg kereta suzuki dirakam oleh tol plus tak dipanggil.
      siapa yg arah delete pasport altantuya ditolak hakim....
      Message najib ka razak baginda 'be cool ,l'll be seeing igp' ditolak hakim mentah2.

      perbicaraan seterusnya jadi CARTOON...
      peguam bela & peguam dakwa tukar2 pendapat dan jadi kawan...soalan2 peguam dakwa kawtim dgn peguam bela.....ALL IS HISTORY..

      Nak tahu info detail tunggu buku deepak jaykesen,kawan rapat rosman yg belot..

      Delete
    3. Terima kasih Bang Omar. Saya tak ikut bicara kes itu. Tak ingat di mana masa itu.

      Masa Najib pegang kuasa, semua boleh jadi. Atau tak jadi. Ikut apa dia mahu. Termasuk tak panggil saksi penting.

      Jadi, sekang IGP dah kata nak re-investigate. Peguam Negara dah kata nak re-open case (kot dia yang arahkan IGP). Dan Tun dah setuju.
      All in place untuk siasatan betul, proses mahkamah betul.

      Ketua Hakim dan Presiden Mahkamah Rayuan yang Najib sambongkan tempoh kerja lebih dari biasa pun dah letak jawatan. Ada peluang dapat keadilan sepenuh nya kali ini.

      Bagus untuk bapak Altantuya. Bagus untuk kita. Terutama nya kalo membabit Najib dan/atau Rosmah, hingga depa masuk penjara.

      On top of hukum penjara dari kes 1MDB. Yang Tun kata ada "multiple charges". Tak boleh lepas dari tuduhan depa tuh. Syabas.

      Delete
  9. Sori Budin, off-topic - Forest City sentiasa menarik perhatian. Kerana besar implikasi nya.

    Forest City, the US$100 billion mixed development project being constructed off the Johor coast, has also not been spared Dr Mahathir's criticism.

    He believes that the housing units in the project, which is a joint venture between the Johor ruler and Chinese property developer Country Garden Holdings, are beyond Malaysians' reach, and will likely be snapped up by wealthy Chinese nationals.

    “We don’t want to have whole cities built in Malaysia (by developers who then bring in) foreigners to stay there. That is what I am against.

    “I am against it, even if (the investment is) from India or from Arab countries or from Europe. Foreign immigrants in huge numbers, nobody will welcome, certainly not in Malaysia.”

    Saya sokong sepenuh nya apa Tun Mahathir ckp.

    Tak boleh, mengarut pihak yg meluluskan projek itu. Najib juga mengarut, mendiamkan saja ketidak semenggah nya projek itu. Tidak selaras dengan perinsip perpaduan negara, rakyat/penduduk tidak berinteraksi. Kumpulan pendatang tidak tersorok di sana sini, saperti bandar si kaya tersendiri.

    Apa tah lagi orang asing yang mendudukki nya, yang tak mungkin menyerap niai2 tempatan. Kerana tak bercampur, tak berjiran dan berinteraksi dengan orang tempatan.

    Mesti di publicize dari masa ke masa. Hingga di tukar keadaan nya, planning nya - contoh nya, harga jualan yang membolehkan rakyat tempatan membeli nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan:

      Kumpulan pendatang yang tersorok di sana sini ..

      Delete
    2. Dilaporkan forest city ade kaitan syarikat sultan Johor..

      Delete
    3. Saya tak setuju Forest City.

      Konsep "Bangsa Johor" pun saya tak setuju.

      Saya tak setuju YDP Agong bikin Tun Mahathir tunggu 5 jam menggigil sejuk aircond untuk angkat sumpah sebagai PM.

      Saya tak setuju Raja2 nakkan alternative names to those proposed by the PM. Or Rulers by the MB.

      Saya setuju dan sokong bekas menteri Umno Nazri Aziz kata "royalty should not dabble in politics".

      Delete
    4. Sori lah banyak yang saya tak setuju.

      Tapi ini demokrasi. Boleh berbeza pendapat.

      Dan mengeluarkan suara.

      Delete
    5. tu pasal la ada orang atas sudah berasap kepala bila lubuk emas nya nak di godeh oleh rakyat bawahan(?)

      Delete
  10. Bila kes ini di siasat semula dan musa safri di panggil ada yg tak boleh tido....dulu ade kuasa boleh tido lena...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tido sudah tak lena macam2 yang difikirkan dan mudah mudahan takda sape yang kena sumbat dalam tong.

      Delete
  11. Tahan, jgn xtahan....jahanam negara ini klu malaun2 ni bersepah dlm negara kita.

    ReplyDelete