Tuesday, 15 May 2018

PKR MESTI BANYAK BERSABAR, TEMPAT ANWAR SEBAGAI PM SUDAH TERJAMIN


Selepas Tun Daim Zainuddin menyatakan adalah tidak bijak untuk melantik Anwar Ibrahim secara tergesa-gesa sebagai Perdana Menteri dan kemudian Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula pantas menyetujui perkara itu, bila Tun Mahathir Mohamad patut mengadakan peralihan jawatan sepatutnya tidak berbangkit lagi.


Bagi Tun Daim, peralihan kuasa seharusnya berlaku pada pertengahan penggal nanti.


Ini bererti tempoh itu mencukupi untuk Tun Mahathir menyelesaikan kerja-kerjanya ke arah memulihkan negara dan melakukan reformasi kepada institusi-institusi penting dalam negara.

Dr. Wan Azizah menyambut kenyataan Tun Daim itu dengan menyatakan Anwar tidak akan tergesa-gesa ke arah itu, di sebalik pembebasannya akan dijadualkan esok.


Kami sudah bincang perkara ini bersama dan diharap di bawah Tun Mahathir, semuanya akan berjalan lancar, katanya yang sudah pun diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Meskipun Anwar akan dibebaskan esok setelah Lembaga Pengampunan Diraja dijadual bermesyuarat jam 11 pagi, ada beberapa proses perlu dilalui sebelum beliau boleh kembali ke arena politik.


Selain memerlukan waktu untuk berehat, Anwar juga tentunya perlu menjadi Ahli Parlimen terlebih dahulu untuk membolehkannya kembali aktif dan menjadi pengganti kepada Tun Mahathir.


Dalam hal ini logiknya tentulah Anwar akan mengganti tempat Dr. Wan Azizah di Pandan di mana suatu pilihanraya kecil perlu diadakan dan kemudian menjadi Timbalan Perdana Menteri mengambil alih tempat isterinya sebelum mengambil alih jawatan Perdana Menteri.


Tidak manis jika Anwar bertanding di tempat lain yang akhirnya akan menyebabkan beliau, Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah berada dalam politik serta kerajaan secara serentak.


Soalnya ketika ini Dr. Wan Azizah baru saja menjadi Ahli Parlimen Pandan dan Timbalan Perdana Menteri, malah belum pun lagi mengangkat sumpah bagi jawatan tersebut.


Maka itu, usaha untuk mengembalikan Anwar ke arena politik wajar dilakukan dengan mengambil sedikit masa dan  tidak secara tergesa-gesa.


Namun, yang lebih penting daripada soal Anwar dan Dr. Wan Azizah itu  ialah Tun Mahathir selaku Perdana Menteri kini sedang bertungkus-lumus bekerja keras memulihkan negara ini.


Beliau perlu melakukan banyak kerja, bertemu dengan ramai orang penting dalam kerajaan dan mengambil tindakan-tindakan tertentu sebagai menunaikan janji Pakatan Harapan untuk memulih dan menyelamatkan negara.


Semua usaha Tun Mahathir ini perlu disokong kerana beliau terlihat amat serius ke arah itu.


Bagaimana Tun Mahathir menyekat perjalanan Najib Razak dan Rosmah Mansor, mengambil tindakan terhadap Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Pengerusi 1MDB yang juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan, menubuhkan Penasihat Kerajaan dan sebagainya adalah bukti-bukti yang menunjukkan bagaimana seriusnya beliau dalam memenuhi janji Pakatan Harapan kepada rakyat.


Harus diingat bahawa antara sebab rakyat mengundi Pakatan Harapan ialah kerana yakin dengan sosok yang bernama Tun Mahathir serta mahu melihat tindakan sewajarnya diambil terhadap Najib, Rosmah dan deretan kroni lain yang dikaitkan dengan skandal mega 1MDB itu.

Lagi pun, siapakah lagi yang mampu sehebat Tun Mahathir yang mampu serta berani mengambil tindakan-tindakan tersebut di ketika cuti rakyat diberikan umum dan hanya beliau seorang saja baru mengangkat sumpah jawatan mentadbir kerajaan?


Untuk itu, dalam tempoh setahun dua ini biarlah Tun Mahathir, Dr. Wan Azizah dan barisan kabinetnya melaksanakan kerja-kerja mereka yang sedang diperhati dan dinilai oleh rakyat terlebih dahulu.


Kepada penyokong dan mereka yang mahukan Anwar mahu jadi Perdana Menteri, bersabarlah sedikit kerana tempat tersebut boleh dikatakan sudah terjamin untuknya.


Selepas Tun Mahathir memulihkan negara ini dan menyumbat ke penjara ramai penduriana wang rakyat, Anwar akan mewarisi negara ini dalam keadaan yang lebih baik dan selesa.


Jika Anwar dan penyokongnya boleh bersabar dengan pelbagai dugaan dan ranjau selama 20 tahun perjuangannya selama ini, apakah setahun dua lagi meniti kesabaran sesuatu yang payah? (ShahbudinHusin 15/05/2018)

88 comments:



  1. LANGKAH PANDAN atau LANGKAH PONDAN

    Adakah pilihanraya kecil akan diadakan di Parlimen Pandan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar menjadi wakil rakyat dan dilantik menjadi Perdana Menteri?

    Mengarut......

    1) Pakatan Harapan bukan parti pembangkang seperti ketika Langkah Kajang dilakukan.

    2) Sekiranya dilakukan apakah isu yang nak dibangkitkan? IMDB,GST, Datuk Seri Najib? Isunya ialah kerana nak bagi DS Anwar jadi PM? Lucukan.....

    3) Sebelum ini pengundi menyokong DS Anwar kerana merasakan beliau telah dianiayai, kini beliau telah bebas dan boleh menjadi PM dengan hanya menjadi senator. Undi simpati telah tiada.

    4) Mampukan DS Anwar menang dengan majoriti lebih besar dari Datuk Seri Wan Azizah? Sekiranya ya, maka baguslah. Sekiranya tidak, maka ini akan mencalarkan kejayaan PH baru-baru ini bahkan ia akan memcerminkan sokongan rakyat kepada beliau.

    5) Adakah DS Anwar tidak akan kalah? Pengundi bandar pernah menyokong pembangkang dan pembangkang sekarang ialah BN. Pengundi yang tidak berpuas hati akan melakukan undi protes. Bagi mereka tidak mengapa jika hilang satu kawasan parlimen, kerajaan PH tak akan tumbang.

    6) Sekiranya PRK ini berlaku maka rakyat akan merasa dipermainkan dan hanya dijadikan mainan politik. Wang dan masa rakyat dibazirkan.

    7) Rakyat akan hilang hormat pada kerajaan baru ini yang masih merasa diri sebagai pembangkang.

    8) Kejayaan PH baru-baru ini bukan atas faktor DS Anwar, kegemilangan beliau hampir berlalu.

    9) Kreadibiliti dan kepercayaan rakyat kepada Tun M dan kerajaan PH juga akan merosot. Bahkan seluruh dunia akan memberi perhatian kepada permainan politik ini.

    10) Pelabur luar akan hilang keyakinan apabila kerajaan mengambil langkah yang tidak matang dan berpolitik sepanjang masa.

    11) BN akan memainkan isu ini habis-habisan sepanjang kempen. Pengundi yang merasa dipermainkan akan mengundi BN atau tidak keluar mengundi.

    12) Nasihat saya, terimalah perlantikan sebagai senator dan seterusnya menjadi Perdana Menteri. Sekiranya bertanding belum tentu lagi menang, maka adakah layak menjadi Perdana Menteri.

    Buatlah tindakan yang akan memudahkan PH memenangi pilihanraya akan datang, cuma empat tahun sahaja lagi. Masa tu bertandinglah sepuas-puasnya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tersangat-sangat setuju dengan pandangan fauziasmara yang manTOP. Tindakan-tindakan yang lebih kepada kehendak parti dalam keadaan rakyat baru memberikan mandat kepada kerajaan baru untuk memimpin mereka kearsh kesejahteraan mereka jangan dipersiakan.

      Delete
    2. Teori bobooh mempersoalkan prk Pandan..

      Delete

    3. Dalam kita meraikan kemenangan janganlah kita lupa kepada penyumbang terbesar kemenangan ini.

      Tanpa beliau BN adalah sukar ditumbangkan. Beliau telah memudahkan kita.

      Ucapan terima kasih dan tahniah dari saya buat Datin Seri Rosmah Mansor.

      Delete
    4. Kalau begitu, sila cadangkan satu tempat lain yg mana DSAI tak dilihat:

      Mempermainkan rakyat
      Membazir masa dan wang rakyat

      Harus diingat skg PH sudah jadi kerajaan dan bukannya pembangkang lagi. Seharusnya kita sbg penyokong kerajaan skg sudah boleh mencadangkan dan bukannya dok bangkang je sampai mati

      Delete
    5. Betul tu! Sebenarnya najib dan rosmahlah yg membuat rakyat mengundi pakatan!!! Setuju sgt2!

      Delete
    6. My little comment on point number 12 of fauziasmara's statement.

      Rather confusing and can lead to confusion if the statement is misinterpreted .

      Are you suggesting that being a senator , Anwar is eligible to be Prime Minister ? If that's what you are implying , the answer is nil !

      It is clearly stated ;
      Cabinet ministers can be appointed from either house , the Dewan Negara or Dewan Rakyat UNLIKE the Prime Minister . The Prime Minister MUST be from the Dewan Rakyat . Meaning Anwar has to stand election and be a Member of Parliament for eligibility of the PM post .

      Delete
    7. This comment has been removed by the author.

      Delete
    8. Jangan mengarut... Mana boleh Senator dilantik menjadi PM. Hrp baca Perlembagaan Negara ya.

      Delete
    9. What is the likelihood that there will be quite a number of "vacant seats" once the 1MDB and other corruption cases (embezzlement, abuses, receipt of illegal funds, etc) completed. Putrajaya constituency could be poetic victory for DSAI.

      Delete
  2. Nampak nya Dr Wan Azizah sudah terima keadaan -

    Wan Azizah setuju suami tak dilantik PM serta-merta
    May 15, 2018 - Free Malaysia To Day

    Timbalan perdana menteri itu berkata, masa untuk Anwar Ibrahim menggantikan Dr Mahathir sudah dibincangkan.

    PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersetuju suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad serta-merta, menjelang pembebasan ketua umum PKR itu esok dan kemungkinan pengampunan diraja untuk membenarkan beliau kembali berpolitik.

    “Kami sudah bincang perkara ini bersama dan kami harap di bawah Dr Mahathir, semuanya akan berjalan lancar,” katanya ketika ditemui di Hospital Rehabilitasi Cheras, di mana Anwar sedang dirawat.

    Ini selepas gesaan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin, yang kini sebahagian Majlis Penasihat Kerajaan untuk kerajaan baru Pakatan Harapan berkata, ia tindakan “bodoh” untuk melantik Anwar sebagai perdana menteri sekarang.

    Hari ini, Dr Mahathir memberitahu The Wall Street Journal ia mengambil masa “1 hingga 2 tahun” untuk bekas timbalannya menggantikan beliau sebagai perdana menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr Wan Azizah dah lame bersetuju dengan cadangan tun pegang teraju negara selama 2 tahun semasa penubuhan majlis ptesiden PH...

      Delete
  3. first and foremost agenda rakyat yang paling penting...agenda peribadi or party boleh taruk tepi dulu.
    baru malaysia boleh maju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Bro Mat Noor.......PKR perlu matang........kemenangan PRU14 ialah KEMENANGAN RAKYAT bukan KEMENANGAN PARTI.

      Rakyat sedang memerhati.......Pakatan Harapan tak sampai setahun jagong memerintah.

      Sekarang ni……………..MATA RAKYAT tertumpu kepada isu-isu KEUPAYAAN dan KECEKAPAN kerajaan Pakatan Harapan dalam menangani kemelut dan masalah2 berikut:
      Ekonomi
      Perubatan
      Pendidikan
      Keselamatan
      Kos hidop
      Peluang pekerjaan
      Rasuah
      Pecah Amanah
      Pelaburan
      Rule of Law

      Sedang rakyat heboh mahukan perubahan dan jalan keluar kepada masalah2 di atas……………..adakah elok jika Pakatan pulak heboh nak ubah Perdana Menteri…???

      Apa yg paling utama di sini…………AGENDA RAKYAT atau AGENDA PARTI….???

      Tsunami Rakyat pada PRU14 berlaku atas sebab semua faktor di atas………..bukan hanya kerana DS Anwar Ibrahim……………….kalo semata-mata nak tengok DS Anwar jadi PM…………dah tentu masa PRU13 2013 lagi Tsunami Rakyat sudah terjadi dan PAKATAN RAKYAT menang PRU13 sama sepertimana kemenangan PAKATAN HARAPAN di PRU14 ni.

      Kepada semua parti2 komponen Pakatan Harapan………..tolong realisasikan HARAPAN RAKYAT…………tolong dulukan AGENDA RAKYAT atau anda semua akan diadili oleh rakyat Malaysia pada PRU15 nanti.

      MANDAT 5 TAHUN ni bukan tahun “berbulan madu” (honeymoon years) untuk Pakatan Harapan………….ini bukan ujian sekolah……….tapi ini ialah AMANAH RAKYAT kepada PH supaya bekerja untuk rakyat.

      5 tahun bukan lama pon….………..pejam celik udah 5 tahun yeooopppp………..kalo tak perfom maka lunturlah kepercayaan rakyat kepada PH……………..dan Tsunami Rakyat akan berlaku sekali lagi untuk mencari kerajaan yg komited bekerja untuk rakyat berbanding untuk parti atau ahli2 parti.

      To all Pakatans……………….tolong hentikan politiiiikkkkk sepanjang zaman anda…………..sedarlah anda sudah menjadi KERAJAAN MALAYSIA………….maka tolong bagi PENUMPUAN kepada kerja2, amanah dan tanggongjawab terhadap RAKYAT dan NEGARA.

      Perlu kita ingat di samping penyokong2 DAP dan Amanah………………..Tun Mahathir mempunyai kumpulan penyokong2 DIE HARDnya yg BESAR………….dan kita tak nafikan DS Anwar jugak punya penyokongnya tersendiri……….….maka jika digabungkan semua penyokong2 ini, Tsunami Rakyat akan berlaku.

      Bayangkan kalo PPBM tak wujud…………Tun Mahathir tak kembali memimpin sebuah parti dan setelah PAS keluar dari Pakatan Rakyat………………Pakatan hanya terdiri dari 3 buah parti saja ……………honestly, teman tak nampak adanya kekuatan untuk Pakatan melawan BN hingga berjaya ke Putrajaya.
      Namun……ini personal view teman sendiri………kita semua boleh berbeza pendapat…….tak derrrr masalah.

      Kesimpulannya perlu ada kerjasama yg MANTAP dan ERAT di kalangan Pakatan Harapan.

      Dulukan AGENDA RAKYAT dari AGENDA PARTI.

      Mata rakyat tertumpu 100% kepada anda……….maka kepercayaan dan mandat rakyat jangan sekali-kali diabaikan.

      Delete
  4. Tanpa Tun Mahathir jgn mimpi la nak menjamah Putrajaya.Paling byk pkr boleh memang +- 30 kerusi ,itu pun dgn bantuan PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Busuknya mulut kau. Kalau ye pun nak cucuk, gosoklah gigi tu dulu, baru tak ada bau petai.

      Delete
    2. Macai umno cub@ nak masuk jarum plak..

      Delete
    3. Buang la DNA umno tu dulu,baru leh sembang.Mulut busuk..

      Delete
  5. Mahathir menang pun kerana tapak asas nya telah disediakan oleh Anwar...utk mwnyediakn tapak ini Anwar telah berkorban utk rakyat...

    Mahathir menang pun kerana dia berada pd masa dan tempat yg betul ketika kemarahan rakyat sdg meluap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tok janggut, saya mengundi TUN MAHADIR walaupun saya pangkah PKR sebab saya tiada pilihan. Sama seperti saudara Shukur 18.51 di bawah, inilah nawaitu saya. Sya takkan sekali-klai mengundi Anwar@pkr jika tida faktor Tun Mahadir.

      Delete
    2. Cik minah...

      Tanpa tun anwar tak mampu tumbangkan Umno dan tanpa anwar tun tak berupaya kalahkan najib dan umno...

      Cedik lah sikit cara berfikir...

      Delete
    3. Inilah komen tahap cibai yg keluar dari pemikiran sengket yg x perlu ada dlm pakatan! Kalau x ada apa nak komen baik tak yah komen! This is how it all started!! Air tenang kau gi mengatal bgi komen yg boleh buat org pkr naik angin!! Stupid ass!!

      Delete
    4. Ip man, saya sangkakan anda berpegang kepada princip CHECK & BALANCE di mana semua orang digalakkan memberi padnangan. Rupa-rupanya hanya pandangna yang memihak ikut acuan anda.
      Maaflah saya sudah tersilap.

      Delete
    5. Ip man,

      Kamu tak perlu keluarkan kata kata kasar. Kau tak setuju dgn Cik Minah, kau cakap, tak payah keluar kata2 kotor. Dia dan sesiapa lain boleh keluar pendapat bertentangan dgn kamu. Kamu perlu terima dissenting voices.

      What's with you? Go see a specialist doctor, get advice and treatment for your inability to communicate with decorum and decency.

      Delete
    6. What's with me? What does she hope to gain by giving such statement? And you shame on you! Belajar tinggi tinggi tapi tak boleh nak apply simple logic! U d one who need to see the doctor!!

      Jari tgh utk anda!!

      Delete
    7. Wowowo....rileks semua tak yah terlalu emosi..cool down k tak payah perah minyak semua.
      Discuss la secara aman.

      Delete
    8. Mohamed,

      Bagus anda coba mengamankan keadaan. Tapi perlu

      1. dapatkan persepsi yang betul. Kalau ha nya bertukr fikiran, "tak kena" lah mengatakan "emosi .. cool down .." dsb nya.

      2. anda perlu melihat pihak mana yang "tak kena" dan buat pendirian mana betul mana salah.

      Di United Nations pun, depa tak kata "Woi kamu semua, jangan berseliseh faham semata." Depa kaji, mesyuarat, dahtu kasi tahu pihak berkenaan yang perlu ambil tindakan, bukan semua pihak yang terlibat.

      Melainkan Donaldo Trumpo, yang sentiasa kata Yahudi Zionis betul, org2 Palestin salah. Di suruh nya menantu nya yang Yahudi Zionis jaga Middle Eastern Affairs. Meluat aku nengok buka Kedutaan Amerika di Jerusalem.

      Delete
    9. No. 3 untuk Mohamed,

      Anda lihat lah komen2 yang janggal, kata2 "cibai" yang mula mengeruhkan keadaan.

      Tidak beri Cik Minah mengeluarkan pendapat, mengata "Kalau x ada apa nak komen baik tak yah komen!" Menuduh Cik Minah pulak yang mulakan keadaan yang "tak kena".

      Saya malas nak layan pengkomen saperti itu lgi. Tapi perlu pertahankan hak sesiapa yang suka mengeluarkan pendapat, walau pun tak sedap degor di telinga sesiapa. Boleh jawab, tapi perlu dengan decorum and decency.

      Delete
  6. Salam..

    Tak tahu lah saya akan orang lain. Tapi saya, saya memilih Pakatan Harapan kerana amat yakin dengan kemampuan Tun Dr Mahathir untuk kembali memimpin dan memperbetulkan keaadaan Negara Malaysia. Itulah nawaitu saya ketika keluar untuk mengundi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu cakap siapa yg hebat antara keduanye...yg pasti gabongan 2 pemimpin yg yakinkan rakyat pilih PH...

      Kalo tun madey yakin beliau dapat sambutan tun madey dah bertanding sendirian...

      Kalo anwar yakin boleh kalahkan najib dia tak perlu terima bersatu...

      Jelas...gabongan yg hebat...tak usah cerita yg karut marut...

      Delete
    2. Great mind think alike!

      Delete
    3. Buat apa nak sembang faktor TM DSAI sbb apa nak ngundi yg penting kita dh ada kepimpinan yg baru.Mcm budak2 la.Skrg ni move on la,apa yg baik kita support.Klu nak sembang pasal TM DSAI je bila nak selesai.Aku kalau nak sembang hal tu boleh je sbb sept 98 tu aku ada kat rumah DSAI.

      Delete
  7. Begitu banyak kerja yang perlu di buat, tak tentu berapa lama baru siap sehingga kesan nya nyata di lihat. Antara nya:

    1. Memulihkan keadaan di semua Kementerian dan Jabatan Kerajaan, "shuffle" jawatan, tentukan mereka yang ta'at setia nya ada pada Najib tidak pegang jawatan penting.

    Biasa nya senang jikalau Ketua Setiausaha Negara, Ketua PDRM, Angkatan Tentera, Peguam Negara, Ketua Hakim, SPR, SPRM dll itu nyata "neutral". Hal ini mungkin rumit dan remeh.

    2. Meng"review" dasar2 Kerajaan yang lalu mengikut manifesto PH, terutama nya membuang GST, menentukan pendapatan Kerajaan berikut nya boleh mebiayai perbelanjaan Kerajaan dengan kadar yang berpatutan

    3. Menentukan harga barangan stable, tidak melambong naik berterusan

    4. Meng"review" projek2 Najib, terutama nya yang menjejaskan kedaulatan (sovereignty) negara, saperti Kawasan Perindustrian China Kominis di Kuantan yang guna bahasa depa, peraturan depa, pekerja depa, kemasukan kawasan itu di kawal depa orang China Kominis. Juga Forest City di Johor yang membolehkan 2.8 juta rakyat China menjadi rakyat Malaysia selepas 10 tahun menjadi penduduk tetap di negara ini, melemahkan jumlah dan kuasa Melayu.

    5. Meng"review" projek2 yang harga nya di curigakan, saperti ECRL yang di anggar RM35 billion akhir nya di beri kapada CCCC syarikat yang di punyai gomen China Kominis dengan harga RM55 bilion. Projek itu nampak nya memenuh defence and trading interests China Kominis yang di katakan mahu satu laluan alternatif ke Selat Melaka jika ada blockade di perairan Singapore yang ada kemudahan tentera laut America

    6. Mendapatkan Kerajaan di hormati sehingga mereka yang "above politics" tidak "dabble in politics" saperti di kata bekas menteri Nazri Aziz bila ada "spat" dengan TNJ dulu

    7. Menyiasat salah laku Najib dan kuncu kuncu nya, menyediakan kes2 mahkamah bagi nya, menentukan pengadilan yang memuaskan

    8. Menentukan cara2 bagi mengurangkan korapsi dan melaksanakan cara2 itu sehingga kedudukan Malaysia di Corruption Perception Index meningkat baik

    9. Melaksanakan semula Dasar Ekonomi Baru yang Najib pendamkan, menaikkan % kekayaan Melayu bukan sahaja di bidang kekayaan korporat yang Tun M telah laksanakan dahulu, juga di bidang2 lain ekonomi negara saperti bangunan komersial dan perumahan

    Bermacam macam lagi perlu di lakukan dek Tun Dr Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah mula dah apo yang aku kato di 1 di atas -

      Shuffle mengshuffle:

      Five senior police officers reshuffled
      Bernama

      The police today announced transfers of five of its senior officers, effective June 18.

      https://www.malaysiakini.com/news/425109

      Delete
  8. taada kenyataan dari dsai n wan azizah nak jadi pm tergesa2.nampak gaya macam ada yg tak suka dsai jadi pm.sekarang serangan demi serangan sedang dilakukan.apakah ini bertujuan supaya rakyat benci pada pkr sedangkan mereka berkorban segalanya.masuk keluar penjara.

    mereka cuma mahu apa nak diputuskan biar bersama.itu saja bukan nak hancurkan kerajaan ph.

    cuba baca blog satu mamak dari dulu sampai sekarang hentam dan memburukan dsai.apakah kumpulan yg mahu menyingkirkan dsai sdg menyusun strategy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat tak habaq nama blog?

      Keputusan Jemaah Menteri telah di buat bukan sahaja dengan rundingan biasa tetapi juga dengan mesyuarat Ketua Ketua parti parti komponen.

      Perlu beri Tun M "the last say", kalau tak mesyuarat 2 hari pun tak selesai, contoh nya, Mat Sabu pun mahu equal number of cabinet posts bagi parti nya.

      Lagi penting: di mana mana negara pun, PM punyai kata putus.

      Delete
    2. Memabg tak ade sebab dah ade persetujuan tun madey jadi pm untuk tempoh 2 tahun...

      Delete
  9. DSAI tak minta pun jawatan Perdana Menteri bila dia keluar dari penjara. Kenapa kecoh sangat. Malahan dia bagi sokongan pada Tun Mahathir. Yang bising ialah penyokong TM macam Zainuddin Maidin dan Daim. Orang sekeliling Tun Mahathir ni lah dulu yang bagi maklumat palsu hingga DSAI dipecat dan di penjara. Jasa DSAI sendiri amat besar hingga Tun Mahathir menggunakan platform PKR yang DSAI. Kalau PKR tiada bolehkah Tun Mahathir jadi PM hari ni. Jadi bertenang la. Kenapa nak panas punggung bila DSAI nak dibebaskan esok. Sambutlah pembebasan DSAI dengan hati terbuka dan ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak betul kamu cakap tuh, karim.

      Bukan "Orang sekeliling Tun Mahathir ni lah dulu yang bagi maklumat palsu hingga DSAI dipecat dan di penjara."

      Ketua Polis Negara yang beri maklumat itu.

      Delete
    2. Yg kecoh tu jarum umno...hati2 ..

      Delete
    3. Apa yang sibuk hal dulu2,boleh tak semua look forward for the furture..watever it is mari semua geng ph rapatkan saf untuk menghadapi cabaran yang akan datang nanti

      Delete
    4. Org pkr rata rata tak amik kisah pun smpai bila Tun nak jadi PM!! Reformasi bukan semata mata utk melihat anwar jadi pm! Reformasi utk melihat negara ditadbir dgn telus, amanah dan berintegriti! Klu Tun boleh buat benda tu, tujuan reformasi telah tercapai! Tinggal nak bersihkan nama anwar jer lagi!!

      Delete
  10. cakap jgn sebarangan laaaaaaa........kekuatan ada pada kedua pemimpin2 ini TM dan DSAI......kalau TM aje pon belum tentu menang....tu sebab TM sendiri sanggup bersama dgn tujuan bersama iaitu menjatuhkan kerajaan Najib...tak payah melaga-lagakan laaaa....bagi peluang depa semua melaksanakan tugas....perhatikan 100 hari ni...
    ada akal guna dgn bijaksana....maaf sekira terkasar Bahasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...hati2 jarum umno nak pecahbelahkan PH...

      Delete
  11. Zeti yg sentiasa gagal

    Council of elders yg Penipu !!


    Memansuhkan GST mungkin mengambil masa lebih lama daripada 100 hari yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan, kata bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz

    Melantik 5 org bodoh pencen ini idea Tun Diam Cibainuddin

    100 hari tak dapat

    last last dah 5 tahun kaki penipu ni tak tunaikan janji

    YG PELIK

    BODOHNYA MADEY NYANYUK DOK DENGAR CAKAP TUM DIAM..

    5 KAKI KENCING RAKYAT YG DI LANTIK MADEY D BULLDOZER


    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni sape ni...kuang ajo bena bahasa

      Delete
    2. Bro malaysia baru...bertahun berjuang disini untuk menangkan PH...menang pon 113 kerusi tanpa warisan...

      Jadi bukan mudah untuk menang...nak hancurkan memang mudah...

      Tun madey dah tunaikan janjinbebaskan anwar dengan pengampunan...adekah mudah untuk dapat pengampunan Agong dengan adenye peguam negara?...disaat kita bercuti tun memerah otak untuk mengelak dari apandir bagi mendapatkan pengampunan....akhirnye berjaya...

      Tun sudah ade formula gst garga minyak dan baiki ekonomi...tapi tun mao pastikan formulanye berkesan ato tidak...sebab tu dia lantik 5 orang pakar untuk tun kaji adekah saranan dari pakar sesuai ato perlu tambahbaik formula beliau...tun dari dulu tidak cedok bulat2 dari penasihat...itu cara tun bekerja...

      Jangan terburu2 buat kesimpulan...

      Delete
    3. Bertahun di blog ini tidak memberi sesiapa hak mennggunakan kata2 kusut dsb nya.

      Atau hak mengutuk Tun M dengan kata2 saperti "Council of elders yg Penipu !! ... Melantik 5 org bodoh pencen ini idea Tun Diam Cibainuddin"

      Jugak mengata "BODOHNYA MADEY NYANYUK DOK DENGAR CAKAP TUM DIAM.. 5 KAKI KENCING RAKYAT YG DI LANTIK MADEY D BULLDOZER"

      Dah lah memaki, mencarut, jugak tak beri penjelasan ke atas tuduhan lir nya, saperti mengata "kaki penipu ni tak tunaikan janji".

      Aku sokong kata2 rizal yuduf.


      Delete
    4. Nak kritik, boleh.

      Tapi Gunakan lah bahasa yang semenggah.

      Dan beri lah fakta2 dan hujah2 yang boleh di terima rakyat yang telah mengundi kasi Tun M dan PH menang.

      Delete
    5. Tu rizal tukang angkat beg rosmah tu...DNA UMNO
      ,Jgn layan buat semak blog budin je.

      Delete
  12. Tulisan terbaik Patut dibaca berulang kali dan difahami sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  13. Kepada semua, bawak mengucap dan bawak bertenang.

    Kita dh menang dah

    Janganla jadi mcmni pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu rasa ada tension di sini ke, Tajul?

      Aku rasa tidak.

      Ha nya mengeluarkan pendapat yang berbeza, ada masa bertentangan, satu dua kata2 yang "tak kena". Itu saja.

      Semua orang perlu di bolehkan mengeluarkan pendapat. Ini demokrasi. PH mendokong konsep dan perinsep demokrasi.

      Delete
    2. Blog Shahbudin ini mashhor, page views nya sudah meningkat 41 juta. Komen komen nya selalu 200 di zaman benda Allah yang menggunakan berbagai nama termasuk Geng Najib memasukkan kopipes tak berhenti henti.

      Sekarang dia dah jarang masuk pun, jumlah komen masih dlm lingkungan 100.

      Aku fikir, sesiapa nak tahu "pendapat rakyat biasa yang anti Kleptocracy etc", mereka lihat blog ini.

      Jadi, teruskan lah mengeluarkan di sini pendapat2 pro, against atau neutral berkenaan apa2 isu.

      Selamat malam. Aku ada lain programme pulak.

      Delete
    3. Yer...semua orang boleh kluarkan ideanye...tapi bagilah idea yg tidak buka ruang umno cucuk jarum...semua blog PH dipantau oleh umno...setiaap kata2 tuan2 akan digunakan oleh umno sebagai senjata untuk serang PH...

      Delete
    4. Kita cakap tak cakap pun, depa boleh ambik apa saja hal yang berlaku di negara ini, "goreng" dan pusing nak caci kita.

      Kita perlu boleh kritis pimpinan kita supaya tiada selewengan dan songlapan, tidak kuku besi dsb nya yang kita tenat nak hapuskan di zaman Najib.

      Ha nya kita mesti beradab sopan, jangan guna kata2 kusut, kasar, maki dan mencarut.

      Delete
  14. Ssh btl org yg pandi sgt nak komen2 mcm ni. Org bwh yg selalu rosakkan keadaan dan menghuru harakan keadaan. Xsempat apa2 dah bnyk bunyi. Dah pelahap sgt ke. Biarlah pemimpin yg kita sokong tu bt kerja. Kita yg lantik diorg kan... biarlah diorg bt kerja dulu. Xsempat 2 minggu menang dah kluar mcm2.

    ReplyDelete
  15. Malaysiabaru, ko memey pandai bijak lagi bijaklaksana, agaknya pernah jadi pemimpin besar pernah jadi org penting kenal semua pernah berdialog gan semua org bijak pandai...pernah jaga wang negara... angkat semua laaa...ko memey hebat....jadi ko kira 100 hari ko tengok ade perubahan tak kat diri ko? Kalau camtu gak...duk diam2....kalau nak bagi pendapat berilah tanpa mencaci....dont be a negative person always...

    ReplyDelete
  16. Ntahlah..rasa2nya 'perit' jugak DSAI ni nak menjamah kerusi PM tu. Apa taknya siang2 lag Tun M dah booking KDN untuk diserahkan kepada TSMY dan pertahanan kepada Mat Sabu, proksi rapatnya. kita pun tau betapa powernya 2 kementerian ni dalam kerajaan Msia. Dengan dibantu oleh council of elders yang dipilih sendiri oleh Tun M, pasti akan mengukuhkan lagi kedudukannya dalam politik negara. Tak mustahil dalam masa 1-2 tahun spt yg disebut2kan oleh Tun M untuk mengemudi negara, ia akan memberi masa yang lebih dari cukup untuk Tun M menguatkan cengkamannya ke atas seluruh pentadbiran negara dan memastikan segala arahannya dipatuhi sepenuhnya. ketika itu, takde sesapa pun termasuklah DSAI akan mampu untuk menguggat kedudukannya dan tak mustahil...pentadbiran Tun sebagai PM akan menjangkau sehingga PRU15 nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. So apa kena mengena ngan ko? Ehh ko ingat yg majoriti ngundi tu agaknya dorg nak apa? Asal negara ni diurus tadbir ngan baik, who gives a shit siapa pm nya! Asal bukan rosmah!

      Delete
    2. Geng najis patutnye risaukan umno nak kena haram...

      Delete
    3. Geng najib ,

      I think you miss the boat ..not once but most of the time .

      It was clearly mentioned , the setting up of the council of elders is to look into the implementing of the 100 day promise put forward by Pakatan Harapan .
      Even the chairperson , Daim clearly mentioned , the council will be disbanded by then . On top of that , none of them is appointed permanently . All of them are still attached to current position (as far as I know).
      Zeti is still with Asean Infra Bank , Hasan Merican is with Temasek , Komo is still with the UN agency , Robert Kouk will co-relate from HK . Daim ? no insult but just look at him .

      Thus , your analysis and hypothesis is nothing more , nothing less ...just plain bullshit !

      Delete
    4. Bravo, diny. Well said.

      Delete
  17. berbaik sangka lebih baik. Masa akan menentukan. Kita mesti pastikan sokongan penuh kepada mereka. Beri mereka peluang. Tak payah kite pening2. Ikut ja dulu kan baik.

    ReplyDelete
  18. Tun M pun dah bagi statement...jika ditakdirkan DSAi akan dibebaskan pada Rabu 16 Mei ni, jawatannya hanyalah sebagai ketua umum PKR saja dan kuasanya sama dengan pemimpin2 parti komponen lain dalam PH, tak lebih dan tak kurang. Tun M juga menyatakan hanya PM, TPM , menteri2 dan TPM2 yang dilantik dan mengangkat sumpah saja yang ada kuasa penuh dalam pentadbiran negara. Kalau ikut perlembagaan, DSAI hanya boleh menjadi YB setelah 5 tahun dari tarikh pembebasannya dari penjara dan memenangi PRK ataupun PRU, tapi ada kemungkinan beliau boleh membuat permohonan untuk mempercepatkan proses tersebut. Itu pun jika diluluskan..apa2 hal kita tunggu ajelah tindakan seterusnya setelah dia dibebaskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ki taj payah nyibok lah geng najis...

      Delete
    2. One of the many reasons on why UMNO/BN was kicked out is Najib perception that the rakyat are all plain stupid and dumb .

      Delete
  19. TIDAK WAJAR LANTIK ANWAR JADI PM DALAM MASA TERDEKAT, KATA DAIM
    Posted by Editor | 15 May 2018 | 320







    PETALING JAYA: Tun Daim Zainuddin berkata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak wajar dilantik serta-merta sebagai Perdana Menteri sebaik kembali ke Parlimen.

    Ini kerana menurut Daim, tindakan untuk menukar perdana menteri sebegitu adalah sesuatu yang tidak bijak kerana sebarang peralihan kuasa sepatutnya berlaku pada pertengahan penggal.

    Daim yang juga antara lima pakar dalam Majlis Penasihat Kerajaan berkata, beliau sebelum ini menemui Anwar dan memberitahunya “anda semua mencuba banyak kali dalam pilihan raya tetapi gagal. Sama ada suka atau tidak, Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya (mengalahkan BN).”

    “Jika anda mungkir janji kepada rakyat, mereka tidak akan percaya anda lagi,” katanya dalam temu bual dengan akhbar Singapura, Straits Times.

    Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh berusia 70 tahun itu dihukum penjara lima tahun pada 2015 bagi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, yang didakwa penyokongnya sebagai bermotifkan politik.

    Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, bersetuju memberi pengampunan dan pembebasan serta-merta kepada Anwar yang bakal dimuktamadkan esok.

    Dr Mahathir sebelum ini berjanji akan kekal sebagai perdana menteri selama dua tahun sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Anwar.

    Bagaimanapun isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

    Sementara itu, pada Ahad lalu, Anwar turut menyuarakan sokongan PKR kepada kepimpinan Dr Mahathir susulan bantahan terhadap pelantikan tiga menteri Kabinet oleh pengerusi Pakatan Harapan (PH) tanpa wakil parti berkenaan.

    Anwar juga meminta kepimpinan PKR memastikan kekuatan Kerajaan Persekutuan pimpinan Dr Mahathir dan Azizah terus dipertahankan.

    ReplyDelete
  20. geng najib umur tun 93 tau bukan 39 so jgn nak jd batu api lak..masanya terlalu singkat utk nk jadi autocrat semula.

    ReplyDelete
  21. PERCAYALAH! UMNO AKAN BANGKIT DI TANGAN ZAHID
    Posted by Editor | 15 May 2018 | 125







    UMNO akan bangkit. Itu meru­pakan mesej tegas di­suarakan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden.

    Dalam sidang akhbar pertama beliau selepas mengambil alih tugas-tugas Presiden parti, Ahmad Zahid nampak yakin dan tidak teragak-agak untuk membawa perubahan kepada parti itu.

    Di hadapan petugas media dan juga Ketua-ketua UMNO Bahagian di Menara Dato Onn’, Ahmad Zahid melaungkan keyakinan beliau bahawa UMNO mampu bangkit daripada kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) baru-baru ini.

    Beliau tidak teragak-agak me­nubuhkan jawatankuasa khas untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab bagi membangkitkan kembali UMNO sebagai kuasa politik negara.

    Sebagai ‘nakhoda’ baharu parti, Ahmad Zahid yang dibantu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, optimis ujian dilalui parti itu adalah sementara untuk menguji kekuatan mereka.

    Apa yang penting ialah kepe­mimpinan dan ahli akar umbi merapatkan barisan bagi melayari cabaran serta dugaan getir yang sedang melanda parti itu.

    Dalam PRU-14 lalu, Barisan Nasional (BN) memenangi 78 kerusi Parlimen dengan 54 daripadanya disumbangkan oleh UMNO.

    Sekiranya diambil kira sebagai parti tunggal, jelas UMNO mendahului parti-parti lain waima dalam gabungan Pakatan Harapan sekalipun.

    Itu jelas memberi gambaran bahawa UMNO mampu merealisasikan kebangkitan, sekiranya parti itu mampu menstruktur semula ke­pemimpinan dan sistem mereka, tidak mustahil mereka bangkit dalam tempoh lima tahun akan datang.

    Sebagai langkah permulaan, Ahmad Zahid memberi amaran bahawa kepemimpinan UMNO akan mengekang segala usaha untuk meracik parti itu.

    “UMNO masih ada roh yang kuat untuk bergerak, biarpun yang mahu menghancurkan itu di luar UMNO,” tegas beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid ade kes polis tumbuk kawan anak dia...tun madey dah gesa sprm siasat kekayaan luarbiasa zahid...tunggu masa aje...

      Delete
    2. Bayangkan muka zahid bila polis tangkap dan gari zahid...

      Dia pernah menghina tun madey...tun madey takkan lepaskan...ingat tu...tunggu masa aje...hihihi...ape komen geng najis..

      Hishamudinn nak kena jawab kpd mat sabu isu swastakan tanah askar...

      Delete
    3. 5 tahun pengundi yg biasa mendapat bantuan umno akan kekeringan....setia lagi ker pengundi umno untuk bantu umno dapat lebih 54 kerusi dlm pru 15?..

      Tv3 dan utusan tidak boleh lagi bantu umno...

      Umno jadi pembangkang dan pembangang yg tak bermya...

      Delete
    4. Skang ni pun berduyun duyun antar borang nak join! Serba salah jadinya!!

      Delete
    5. Hello Geng Najib .

      As I had said earlier , Zahid statement was based on the perception the rakyat are plain stupid and dumb .

      Bukan saja Zahid , hampir keseluruhan kepimpinan UMNO tidak mempunyai kredibiliti , tiada aura , tiada charisma lagi .

      Saya masih lagi dan tetap melabelkan Zahid kaki penipu , kaki bohong serta antagonis tidak bertempat .

      Saya mencuba tidak 'bias' dalam memberi pendapat . Saperti tanggapan saya bahawa Muhyidin tak mungkin menjadi PM ,bagitu juga usaha Zahid mengetuai kebangkitan UMNO/BN .
      Both of them lack the 'uumph' factor (full~stop).

      Delete
    6. Laporan Odit Negara telah direlease, boleh baca exec summary di website AN.

      Mungkin Tuan Budin boleh kupas next posting kenapa big coverup, tapi yg jelas killer Clause 118 MnA 1MDB bukti kan siapa kingmaker walaupun Hafarizam bs klepto tak tahu apa dia sign.

      Checkmate no. 1, KJ dah bikin Tony Fernandes mengaku "grave judgment error defending klepto and not the truth about 1MDB".

      Mungkin lepas ni, ada yg mengaku pula tersilap Arab(s) yg dijumpai gara2 semua Al-Saud rupa sama termasuk Cina Apek gemuk pakai jubah Arab dan tulis surat indemnity donation dlm gaya Malaysia.

      Sekarang baru kita faham kenapa AG USA kata 1MDB "the worst klepto case in a the world".

      Delete
    7. Setuju dgn komen2 Kejora Bapok di atas.

      Zulkifli, KJ tak boleh percaya punya orang. Nak coba jadi harimau yang duli sembunyi di bawah skirt Najib. Skirt? Masa di Eglaaaaand, dia pakai skirt orang Scotlaaaand, hehe.

      Delete
  22. Tuhan dah benci umno kerana umno di penuhi prompak besar dan prompak kecik...

    Siapa yg berwibawa dlm umno untuk bangkitkan kembali umno?...

    ReplyDelete
  23. Tak dapat nak gambarkan mcmana umno dn zahid sendiri boleh bangkit kerana selama 60 tahun mrk menggunakan media massa dn agensi2 kerajaan dn memonopoli stesen tv dn akhbar utk mendapatkan sokongan rakyat dn menabur propaganda parti..kalau berjaya jgk wak mungkin dah berumur 92 tahun tp dh bertongkat kot..kira ok la tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid ni ntah2 nnti melutut kat Tun ngan nuar merayu2 nak masuk pakatan! Jenis cam ni yg x de jati diri dan karisma! Gud luck ler zahid!!!

      Delete
  24. bilo laaaa geng najib ni nak soddar…...lambek laie laaaaa…...5 taun laie...elok ko menobeh kobun dulu….somak dah....cukup limo tau cito balik yo....skg ni dok ontok2....

    ReplyDelete
  25. saya adalah peminat pada kedua2 pemimpin.saya setuju 100% dgn tuan budin.

    ReplyDelete
  26. Pengerusi Majlis Penasihat Putrajaya Tun Daim Zainuddin berkata adalah "tidak bijak" untuk tergesa-gesa untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

    Beliau berkata peralihan kuasa daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya berlaku ketika "pertengahan" penggal.


    Pangker15 May 2018 at 21:02
    Malaysiabaru, ko memey pandai bijak lagi bijaklaksana, agaknya pernah jadi pemimpin besar pernah jadi org penting kenal semua pernah berdialog gan semua org bijak pandai...pernah jaga wang negara... angkat semua laaa...ko memey hebat....jadi ko kira 100 hari ko tengok ade perubahan tak kat diri ko? Kalau camtu gak...duk diam2....kalau nak bagi pendapat berilah tanpa mencaci....dont be a negative person always

    PANGKER PANTEK PANCAKE

    APA HAK KAU NAK SURUB KAMI DOK DIAM

    YG DI PASTE ADAKAH FAKTA

    BUKANKAH HANYA PENIPU YG TIDAK TUNAIKAN JANJI???


    SKRG KALAU IKUT CARA BN OSMAN MB JOHOR KINI GILIRAN AKU PULA


    KALAU AKU SURUH PANTEK MAK KAU BERHENTI MENGENYAM SUPAYA KAU TAK LAJIR D DUNIA NI BOLEH KER???

    BOLEH KER PANGEK TONGEK?

    BOLEH KER..

    AKU NAK AJAR PANTEK MAK KAU PULAK DOK DIAM DIAM BOLE?

    PANTEK ATAS DAN BAWAH ???


    BOLEEEH TAK BANGSAT WOII??

    ReplyDelete
  27. malaysiabaru,

    Beri lah fakta2 dan hujah2 yang oleh menjustifikasikan tuduhan kamu "PENIPU YG TIDAK TUNAIKAN JANJI".

    Elakkan lah kata2 kusut dan lucah.

    Lebih berfaedah komen2 kamu jika sentiasa buat begitu.

    ReplyDelete
  28. An opinion entitled "Harapan already not walking the talk", published by Malaysiakini, showing the writer's lack of understanding of politics and the term "due process of the law" -

    The fellow said, "Respect Najib as the former prime minister, do not treat him like a criminal.

    "Impound his passport by all means but Harapan has already locked him up figuratively. Has Prime Minister Tun Mahathir acted hastily and vengefully?"

    What "lock him up" are you talking, man? You don' know there is a need to ensure he doesn't run away and it'll be almost impossible to get him back to face trial if he absconds to a country which has no extradition treaty with us?

    ReplyDelete
  29. Hehehehe marah betul....mencarut aje....relax bro malaysiabaru....tak tahan wak duk bilik sebelah...atau di sinun....cheers

    ReplyDelete
  30. Pada penyokong Tun dan PPBM mohon sedar diri anda menang 13 kerusi saja dan kalah banyak dengan UMNO dan PAS dari kerusi yang anda tandingi jadi di sini suara PKR adalah paling besar sebagai parti dominan dalam PH dan kami tidak pernah pun nafikan faktor Tun sebagai kemenangan PH dan penyokong2 PPBM jangan la nafikan juga faktor kami sebagai kemenangan PH.

    Ini bukan one man show yang sorang boleh claim dia lebih superior dari sesiapa.Kalau dengan bawa nama Tun sahaja boleh menang, tak perlu Tun susah payah join coalition dengan parti2 lain.

    Bertanding sendiri atas tiket PPBM macam PAS buat.Masalahnya Tun pun tahu dia takkan menang tanpa sokongan padu segenap sudut.

    PRU 13 Tun jelajah 1 malaysia juga untuk menangkan BN. BN menang tapi dengan majoriti yang makin mengecil bahkan hampir kalah.

    Mana pengaruh Tun nya? Mana hilangnya penyokong Tun waktu tu? Jawapannya, ada tapi tak cukup.Ditambah lagi dengan reformis semua benci Tun. Mangsa2 zaman Tun semua tolak Tun.

    Cuma kali ini, resepinya, semua bersatu. Yang tolak Tun dalam kalangan reformis dan ahli PKR pun ketepikan perasaan, sebab sentimen ubah dan dijanjikan DSAI sbgai PM in waiting.
    Melayu, cina, india, penyokog bn, pkr, bahkan pas, polis, tentera, berpadu tumbangkan BN.

    So, berhenti kata Tun adalah segalanya. Ini kemenangan Rakyat Malaysia. Jangan spoilkan dengan tindakan overclaim yg sia2.

    ReplyDelete